Minat dalam bidang fotografi bukannya baru bagi Elaira. Minat ini sudah wujud sedari zaman sekolah lagi. Namun kerana kemampuan yang terbatas, bakat serta minat itu terpaksa dipendamkan sahaja. Memiliki dslr pertama pun setelah empat tahun menginginkannya. Alhamdulillah hasrat itu telah tertunai pada 31 Oktober 2008.

Kini Elaira bukanlah jurugambar profesional. Dia masih bertatih dalam mempelajari dan melengkapkan diri dengan selok belok ilmu senifotografi. Mendapat bimbingan pertama dari Alfie Earth, diikuti Eddie dan FotoImpian. Sementara bimbingan tak rasmi serta sesi outing bersama Moqh dan Udey Ismail, serta beberapa rakan yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.

Berkesempatan menghadiri seminar dan workshop bersama fotografer dari negara jiran Bapak Rarindra Prakarsa yang terkenal dengan efek *ROLnya.

Kesempatan menimba ilmu dari mereka yang lebih berpengalaman dan profesional dalam bidang ini sedikit sebanyak telah menguatkan semangat serta memberi inspirasi kepada Elaira untuk terus mempelajari bidang yang serba kreatif ini.

*ROL - Ray of Lights