Nyanyian Cinta dari Hujung Rimba  

29 Oktober 2010
:: Nasi kicap...

Ada hari nya, nasi panas yang agak lembut dititiskan kicap manis sudah mencukupi untuk melampiaskan jeritan kelaparan :)

 

Komen Anda [ Enter Erikas ]


27 - 29 Oktober 2010

Mith kini ver 8.0. Lapan tahun aku melakari Hujung Rimba. Walau kebelakangan ini kurang kesempatan kuberikan padanya.

Telah berlalu lima hari yang lalu, harijadiku. Tahun ini ia hadir bersama demam panas seminggu sebelumnya, dan di harijadiku mak pula menerima giliran. Sudah lama tidak demam panas sehingga kehilangan selera makan dan tidur terganggu oleh batuk yang merengsakan tekak. Setiap kali dipembaringan mukus ditenggorokkan berbunyi-bunyi dan seperti menggaru-garu, memaksa untuk dibatukkan. Batuknya pula kering dan setiapkali kulepaskan ia seperti mengikis kulit-kulit nipis di bahagian dalam tenggorok dan akhirnya batuk menjadi berdarah.

Sesiapa pun demam akan ditanya, sudahkah ke doktor? Ya, seawal demam lagi aku sudah ke doktor. Tetapi ubat-ubatan doktor senilai RM32 di klinik keluarga itu tidak sedikitpun bertindak sebagai agen pereda atau penyembuh. Demam terus saja tumbuh dan merimbun seperti dibaja-baja. Aku pun tidak bisa ke mana-mana selain berbaring di kasur dan ke bilik air. Selalu orang berkata sakit itu kifarah dosa, aku tidak merungut tentang itu. Cumanya tubuh jadi tidak selesa sama sekali, dan mungkin juga membuat mak yang melihat kegusaran, kerana aku amat jarang demam tidak bangun-bangun dan tidak menjamah makanan.

Apapun demam itu sudah berlalu, seminggu pula selepas itu kepala serasa besar dan seperti diayak kolek tak berhaluan. Pening. Mungkin tekanan darah rendah. Pun kudayakan ke pejabat. Malangnya Jumaat lalu mak pula yang demam. Kasihan mak. Mungkin berjangkit atau apa, tapi demikianlah. Kasihan sungguh mak tak tidur bermalam-malam dirasuk batuk yang sungguh menyiksakan kudrat tuanya. Kuberitahu Ongah seawal pagi minta dicarikan air kelapa muda. Along pun sampai menjelang tengahari. Menjelang petang demam mak sedikit usai, mungkin beroleh semangat dikelilingi anak-anak dan cucu. Namun setelah along balik, demam mak muncul semula.

Ahad Along datang lagi dan mak bertambah baik. Tapi hari ini sewaktu hendak ke pejabat kulihat mak tak bangun-bangun dari pembaringan. Rupanya mak demam lagi, kurasa badan mak panas. Sebelum ke pejabat kupesankan mak agar bangun makan ubat. Sebentar tadi kutalifon rupanya mak tak bangun-bangun, serasa sungguh sakit-sakit seluruh badan katanya. Kuminta Pian untuk tengok neneknya sebelum dan selepas solat Jumaat. Dan pastikan mak menjamah makanan dan ubat. Esok kalau demam mak tak reda, akan kubawa ke doktor. Dalam masa yang sama temujanji dengan doktor pakar reumatic tidak dapat dipenuhi atas keuzuran mak, aku akan minta tarikh temujanji yang baru.

Kata mak tadi, Along pula dah demam.... memang musim agaknya ni. Moga semuanya segera sembuh.

Komen Anda [ Enter Erikas ]


20 Oktober 2010 - 20102010

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terlalu banyak memikir persepsi orang lain melumpuhkan daya kreativitiku. Dengan itu bermula semula di hari ini, aku ingin tiada apa menjadi empangan, biar semuanya mengalir deras dan liar... seperti semuanya ketika ia baru bermula dulu.

Ayuh, berpacu laju!

 

Komen Anda [ Enter Erikas ]


18 Oktober 2010

Bila tengok gambar lama-lama, tak dapat tidak bibir akan menguntum senyuman, selebihnya tawa yang lanjut akan memenuhi suasana sambil ingatan meniti ke masa-masa lampai yang sungguh indah dan manis di ingatan.

Komen Anda [ Enter Erikas ]


2 Sept 2010 / 23 Ramadhan 1431

akhir-akhirnya kita ini berkayak di laut gelombang yang bukat
nyawa kita itu pontang panting
kala timbul bernyawa, kala tenggelam ke kalutan meraup udara
tertakdir kita punya paru bukan insang
nah, kalau ketika ini yang punya insang pun dihumban ke daratan
mengeletik pula dambakan air.

akhir-akhirnya kita ini baru menyadari
yang kita itu sedang meniti sehelai benang yang rapuh
lancar atau gugupnya langkah adalah dari ratipan hari-hari
pada jemari pada hati dan pengertian yang jauh tersemat di dalam nyali
kita ini pengungsi mimpi.

Komen Anda [ Enter Erikas ]


26 Ogos 2010 / 16 Ramadhan 1431

My master has planted the fragrant seed of love in my heart
Which flourished with modesty, piety and acceptance of his existence
My God is present in every throbbing pulse
My spiritual guide is ever-present
The one who blew life into me


Komen Anda [ Enter Erikas ]

 

Sedang Menghadami

 

arkib - mei 10, mac 09, dec 09
Copyrights © 2002 - 2010
Myths in the Haze
http://www.elaira.net