Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through... w w w . e l a i r a . n e t

Shout Here ;)
 

Puteri Elaira

Create Your Badge

Arkib Hujung Rimba
untuk membaca catatan terdahulu, sila klik di sini

Buku Tamu

Dunia Auroraku

ArtakusDotMy
OlaiTannon
OlaiTannon (lama)

fajar
silence
rosh
sempoiizone
esis
silence@fofo
azreyzal
lelasari
sang perba
wilis

24 Nov 2009
:: ALZA

I like the name. I got a glance at it this morning on TV3 while about to go to work. And I was thinking... whoaaa... this is so me! Hahaha...

In the office, I try to browse some information and get a closer look at it. Not bad. It was said to consume less petrol than Myvi.

But I think its too large for one me.... well and mom.

But anyway, I always wish... this love of mine will come to my door step....... soon ;)

 

Komen Anda [ Enter Erikas ]

23 Nov 2009
:: Bencinta...

 

Ini salah satu lagu Faizal Tahir yang aku suka. Banyak lagunya yang aku suka. Tetapi terkini, inilah dia.

Sempat menonton pencalonan untuk ke AJL 24. Gusar bila Bencinta disampaikan oleh orang lain - Shila. Berdebar meniti satu-persatu lirik yang disampaikan serta lontaran vokalnya. Tapi bagiku dia berjaya membawakan lagu itu dan tidak cela semangatnya. Walaupun ada komentar yang aku baca, yang mengatakan beliau gagal membawakan lagu tersebut, malah 'menghancurkan' Bencinta. Aku rasa dia mampu melakukannya. Shila cuma perlu lebih yakin dan selebihnya biar takdir yang melukis sejarah.

Aku pingin melihat Faizal Tahir sendiri beraksi di medan AJL 24. Semoga beliau segera sembuh dan kembali sihat seperti biasa. Aku ingin melihat gimik Faizal kali ini, aku bayangkan sesuatu yang memukau.

Walau apa pun adanya, aku gembira ia berjaya meloloskan diri ke AJL. Indah jua kalau mampu menjadi juara. ;)

Moga berjaya. Kutunggu.

[ Melihat jauh dari sekadar persembahan dan nyanyian Faizal Tahir, ada medan semangat dan perjuangan yang mungkin bisa terpinjamkan. ]

 

Komen Anda [ Enter Erikas ]

22 Nov 2009
:: Seluruh Alam Pun Mendoakan...

Kita semua punya impian. Tingginya tiada batasan. Menjulang-julang dan meletup-letup.

Kita semua ingin berjaya. Melihat kejayaan orang lain dan rakan-rakan, bahangnya menguatkan semangat juga. Demikian semangat kita juga menjulang-julang dan meletup-letup.

Saban hari kita dilewati peluang. Banyak yang datang tergawang-gawang. Kata semua peluang itu - aku di sini, gapailah dan aku akan terbangkan kau ke mercu tertinggi jaya dan tenang hati.

Terpesona. Lalu aku pun bertanya. Di manakah jalannya?

Oh, jalanku sedikit sukar malangnya jembatan penuh duri. Hati-hati melangkah kamu pasti tiba ke puncak persis si polan-si polan. Indahkan kejayaan mereka? Jadi sakit sedikit tidak mengapa, itu lumrah. Bermula dengan langkah yang jitu, kemas dan tegap.

Ya, aku akur hukum alam, tidak ada kejayaan datang bergolek mencari kita. Kita harus berusaha meraih, mencari dan berjuang ke arah itu.

Cuma seperti juga insan-insan yang menghangatkan semangatmu dengan kejayaan yang mereka tempa, terdapat banyak sulur paut yang merenggut engkau kembali ke tanah. Waspadalah. Sekalipun pendakian itu tergelongsor, percayalah tangga itu telahpun engkau tempa. Bertatihlah kembali tanpa jemu, dan percaya kali ini langkahmu lebih laju.

Dengan izin Tuhan dan dengan seluruh kepercayaan, seluruh alam pun turut sama mendoakan kejayaan kita.

Demikian, jangan lupa tersenyum pada alam. :)

--*--

Berkesempatan mengunjungi Galeri ArusIdea di Jalan Ipoh. Kali pertama. Seperti selayaknya galeri lukisan, maka banyaklah lukisan di sana, tidak dapat kuamati semuanya kerana ia bersusun, ditindih begitu sahaja. Kalaulah ia di gantung dan diolah dalam susunan yang sempurna, kukira tentulah lebih mudah mengamati. Pun begitu ada ruangan di tingkat dua yang tidak kulawati, mungkin itu adalah ruang pameran yang sempurna - fikirku sendiri.

Suatu hari yang tidak lama dari sekarang, aku jua ingin memalit warna dalam tari dan kata hatiku sendiri. Hijau dan biru pasti mendominasi, pun begitu - lihat dahulu bila berus dan warna ada di tangan, impian apa yang kulakarkan.

Tanpa terduga, impian ini datang menjelma di depan mata. Indahnya dunia. Syukur Ya Allah.

Komen Anda [ Enter Erikas ]

21 Nov 2009
:: Yang tidak terdakap...

Sayu. Perhimpunan Penyair Nusantara tidak dapat kuhadiri.

Terasa tiek perjalanan kaki, terasa gagap bicara ini. Namun itulah ketentuan, ada aturan lain yang lebih menuntut kehadiran.

Kenduri perkahwinan di rumah sepupu yang sepelaung sahaja dari rumahku tidak dapatku hindari. Tambahan mereka suami isteri telah datang sendiri menjemput di rumah. Emak, tentulah mahu hadir. Kesungguhannya jelas bila sepanjang minggu dia sering mengadu sakit-sakit lutut dan pinggang, hari ini tiba-tiba seluruh sakit hilang.

Aku memilih untuk memenuhi permintaan emak. Berjumpa sanak saudara di sana nanti juga sesuatu yang kuutamakan. Makanya aku tenang berputih mata tidak dapat turut sama kalian se Nusantara duduk bersama, mengerat silaturahim menyulam puisi.

Sesuatu telah tertulis buatku di sana.

Komen Anda [ Enter Erikas ]

19 Nov 2009

Bersua Wan Nurfertiti di HUKM semalam. Dia sahabat lama di kampung, rakan sekolah dari darjah 1 hingga darjah 6 (kalau tak silap), kecuali kalau dia pindah ke tempat lain sebelum itu. Memori sudah usang, tapi kami masih ingat dan menyimpan kenangan bersama dengan erat.

Selepas menghantar specimen urine mak ke klinik nefro, aku bergegas kembali ke makmal ujian kerana dalam masa kurang lima minit mak akan diambil darah sekali lagi, ada empat set ujian darah berselang setengah jam yang perlu mak lalui. Tetapi sewaktu hampir ke pintu makmal, nama penuhku disebut kemas. Serentak itu database di minda memadankan rupa dan nama - Titi!!! jeritku, dan kami berpelukan erat.

"Kau buat apa kat sini?" Dia tanya aku dan aku tanya dia. Katanya dia menghidap SLE, sama seperti mak. Ya Allah. Kuusir gusar dari nada wajah. Dengan bersemangat kuyakinkan dia, tiada apa yang perlu digusarkan, hanya perlu ikuti rawatan dan perubatan, hindari makanan penuh urik asid dan bersenam.

Kupesankan agar sentiasa positif dan mengawal keadaan, semuanya akan baik-baik saja, dengan izin Tuhan.

Komen Anda [ Enter Erikas ]

17 Nov 2009
:: Perjalanan Cinta

tanda
terulang seribu legenda
mengingati kisah-kisah sugul
kepulangan abadi

meruntun
lara dan air mata
bangsawan dan jelata
langkah akhir pengusung
ke peraduan tidak bangun lagi

sayang
nafas kita ini tidak lama
sia-sia berlama rela leka diulit nestapa
usah ralit dibuai angin renta
bebaskan diri terjah serata maya
langit dan anchala bukan sempadan
samudera dan rimba bukan jua penghalang
ayuh menapak ke lembah bergemerlapan
kita tangguk titisan rahmat
belikat jaya kita raih dan patri ke hati
untaian mutiara jiwa kita rangkul menghias peribadi

cinta
terlalu asyik memeluk rasa
ada di mana-mana
meskipun pada kelibat terakhir
atau di nisan dingin
ia mendakapmu hangat
dalam lipatan kasih tak terungkai
di situ satu rasa hidup mekar tanpa mati
tulus selamanya mengucup hati.

11.30am

Komen Anda [ Enter Erikas ]

6 Nov 2009
:: MitH kini Ver 8.0

Lama blog ini sunyi. Bukan tak ada bahan untuk kutuliskan, tersangat banyak. Bukan pula tiada masa, masa mencukupi. Cuma mungkin 'omen' atau 'roh' nya belum tepat lagi ya?

Blog ini telah melangkah ke tahun yang ke lapan pada 22 Oktober lalu. Lapan tahun aku menulis di sini. Lapan tahun blog ini menyimpan seribu cerita yang telah aku kongsikan bersama kalian. Aku harap ia akan terus hidup bersama nafasku. Sejauh ini, ia sudah menjadi sebahagian dari kehidupanku. Semestinya indah.

Ulangtahun Myths in the Haze yang berkongsi dengan ulangtahun kelahiranku, hari itu sungguh sempurna pada tahun ini. Ucapan dari sahabat yang sudi menalifon, menghantar sms, meninggalkan pesanan di facebook, dan di Yahoo Messenger benar-benar memeriahkan keberadaan hari.

Tengaharinya Jundak meraikan di The Chicken Rice Shop, KL Sentral bersama Deilla dan Sempoii. Sempoii hadiahkan kek keju bluberi yang sangat kugemari dan kuidamkan di setiap ulangtahun. Sempoii belikan lagi teddy bear yang sungguh comel bersama sekotak ferraro roche yang dipeluknya. Baru malam tadi aku habiskan ketulan yang terakhir. Aku seperti ingin menyimpan selama yang boleh... kerana bersamanya kenangan yang terlalu indah.

Di sebelah malamnya pula Muzz bawakan kek bluberi coklat pula. Lucunya kek itu telah senget sewaktu sampai ke rumahku. Al-maklum minah rempit tidak menekan brek sewaktu melalui bonggol di jalan, dan rasanya kotak kek itu terhempas beberapa kali di dalam bakul motorsikalnya. Itu tidak mengapa, kerana keenakannya masih sama dan yang paling penting ingatan serta nilai persahabatan itu. Liana pula bawakan spageti olio versinya dan juga kek marble dan kek pisang. Aku suka kotak keknya. Aku cuma sediakan buah-buahan dan air.

Mona tiba awal mendahului semua yang lain. Kemudian Attokz, Faizzah dan Whilea yang sungguh comel. Kemudian Muzz sampai dengan kek sengetnya. Diikuti dengan Saida dan temannya. Terima kasih Saida atas ros merah jambu yang cantik, terharu sungguh mendapat bunga kegemaranku pada hari yang sungguh bermakna. Akhirnya Liana dan Panji pula tiba.

Aku tidak merancang sebarang majlis, cuma bila Muzz ingin tiba dan membawa sebiji kek aku terfikir untuk berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Dan secara kebetulan pula mereka semua dapat hadir.

Terharu sungguh dianugerahkan Allah hari yang seindah dan seistimewa itu. Terharu sungguh atas kesudian kawan-kawan memeriahkan hidupku. Semoga dikurniakanNya segala nikmat dan rahmat sepanjang kehidupan kalian.

Komen Anda [ Enter Erikas ]

5 Nov 2009
:: Mencari "rosemary and thyme"

Beberapa ketika dahulu, sewaktu usia masih larva, sewaktu buku-buku teks matematik yang tebal-tebal sangat kubenci, sewaktu rasa membuak-buak memikir sesuatu yang lain dari kebiasaan, lain dari apa yang teman-teman sekitarku perbuat, lain dari terjahan sosial dan kebingitan musik rock, aku menemukan cebisan irama ini yang tersemat kemas dalam hati.

Iramanya santun gemalai. Itulah tarikan utama. Seketika resah gulana usai dan menyisih jauh. Terbangkit nyali menongkah segala selirat. Damai dan damai tiba bersilih, memimpinku melayah bersama bayu... tenang menjadi urat nadiku.

Ketika itu, darah remaja manis dan lunak. Menanti apa saja wadah tertumpah pasti mampu diserap sanubari dengan kemas. Indah, kenangan dan udaranya ketika itu tidak terlupakan. Almarhum Nenda jua masih ada ketika itu (aku rindu).

Perjalanan masa selalu saja memakan ingatan, banyak yang tenggelam dalam lipatan kenangan. Irama itu berlalu dan diam dari mindaku, cuma sesekali ia melintas dari corong radio. Demikian ia tidak luput sepenuhnya.

Beberapa bulan lalu aku jadi ingat dan tercari. Tajuk tidak kuketahui, penyanyinya pun cuma kuteka-teka. Yang melekat di minda cuma dua bait perkataan dari keseluruhannya. "Rosemary and thyme..." itu sahaja yang aku ingat beserta melodinya. Puas aku mencari di internet, tidak bertemu. Dan hari ini aku cuba lagi dengan memasukan kata kunci "rosemary and thyme simon and garfunkel". Satu senarai panjang keluar. Dari situ aku mencuba di youtube. Alhamdulillah bertemu dengan mudah.

Dan kenangan menjadi baru. Wajah-wajah yang melukis suasana ketika itu kembali mesra di depan mata.... aku pun gembira.


Simon And Garfunkel — Scarborough Fair

Are you goin' to Scarborough Fair? Parsley, sage, rosemary, and thyme.
Remember me to one who lives there, she once was a true love of mine.

Tell her to make me a cambric shirt (On the side of a hill in the deep forest green).
Parsley, sage, rosemary, and thyme (Tracing a sparrow on snow-crested ground).
Without no seams nor needlework (Blankets and bedclothes the child of the mountain).
Then she'll be a true love of mine (Sleeps unaware of the clarion call).

Tell her to find me an acre of land (On the side of a hill, a sprinkling of leaves).
Parsley, sage, rosemary, and thyme (Washes the grave with silvery tears).
Between salt water and the sea strands (A soldier cleans and polishes a gun).
Then she'll be a true love of mine.

Tell her to reap it in a sickle of leather (War bellows, blazing in scarlet battalions).
Parsley, sage, rosemary, and thyme (Generals order their soldiers to kill).
And gather it all in a bunch of heather (And to fight for a cause they've long ago forgotten).
Then she'll be a true love of mine.

Are you going to Scarborough Fair? Parsley, sage, rosemary, and thyme.
Remember me to one who lives there, she once was a true love of mine.

Komen Anda [ Enter Erikas ]

 

 
Copyrights © 2002 - 2009 Myths in the Haze
http://www.elaira.net