Nyanyian Cinta dari Hujung Rimba  

16 Mac 2011
:: Ipoh with Love - Part II: Gua Tempurung

Gua Tempurung atau Lu Tempurung???

Hari kedua kami ke Gua Tempurung. Bersarapan di Restoren Sinar Iman, hmm nasi lemak yang sungguh enak, maaf tiada gambar yang kurakam sewaktu sarapan.

Gerbang Selamat Datang ke Gua Tempurung. Suasana pagi masih berkabus, ketika ini kukira sekitar jam 9pagi. Segar dan sungguh nyaman.

Seperti yang tertera di papantanda, pintu masuk ke gua.

Flora di sekitar luar gua.

Bukaan mulut gua dari sebelah dalam. Dedahan cahaya yang salah menghasilkan gambar yang kurang memuaskan, tetapi jika sekadar untuk memahat memori... memadailah.

Dinding serta siling gua yang terbentuk dari hakisan serta titisan air, memahatkan berbagai arca serta rupa. Lukisan stalagmite dan stalaktic sungguh mempersonakan, banyak yang berupa binatang, malah ada wajah manusia juga.

Berupa kaki kuda. Malah kepala kuda juga ada di situ.

Berupa kucing dan anak kambing.

Dinding gua yang dibiasi cahaya lampu yang dipasang buat menerangi anak-anak tangga yang kami lalui. Di bahagian di mana cahaya matahari menembusi siling gua, lumut dan pakis tumbuh di dinding dan lantai gua.

Suasana dalam gua serta laluan eksplorasi.

'Potret Monalisa' di dinding gua.

Berhenti sebentar mendengar penerangan.

Indah dan mempersonakan.

'Imam dan makmumnya'.

Cangkul serta peralatan besi yang lain, kesan tinggalan komunis yang pernah mendiami gua ini, menurut pemandu perjalanan mereka sempat menggali bijih timah di sini.

Stalaktic yang terbentuk ini dikatakan mengambil masa lebih kurang 200 tahun untuk tumbuh sebesar ini. Ketika kami melewati tempat ini air masih menitis dari siling gua dengan bunyi percikan yang cukup harmonis dan damai, proses pembentukkannya masih berlangsung. Gambar ini telah dikecilkan, pada saiz asalnya titisan air dapat dilihat jelas.

Siling gua yang menitiskan air, indah... tetapi bila direnung lama-lama ia agak menggelikan.. huhu tegak roma... :D

Sahabat outdoor sedari waktu di politeknik, Fiza. Tempat Fiza berdiri ini adalah di manaterdapatnya 'aircond' istimewa di dalam Gua Tempurung ini. Angin yang begitu dingin disedut masuk ke dalam gua secara semula jadi.

Aku pun mahu merakam memori berdiri di laluan angin dingin yang deras.

Peluh mula membasahi pakaian. Sungguh aktiviti yang sihat, kalau lah boleh kuulang di setiap hujung minggu... boleh pecah lemak terkumpul ni hehehe.

Mencari bijih timah...??

 

more to come... editing now...

16 Mac 2011

Pagi ini langit kelabu, dadanya sarat menanggung beban yang bukat. Aku di hentian menunggu untuk ke destinasi berikutnya. Angin-angin mulai kasar, daun-daun kering habis dibongkar dan diterbangkan berpusing-pusing lalu tersebar ke seluruh kawasan parkir.

Sungguh indah suasana mengelus jiwa. Dan jejari ghaib itu terus-terusan membelai wajah dalam wadah Sang Kekasih, menyulam cintaNya rapat-rapat ke sanubariku.

Kekasih, pagi ini Kau telah tawarkan kerinduanku.

15 Mac 2011
:: Ipoh with Love - Part I

Selalunya kalau terlalu merancang tak menjadi. Kali ini semuanya bersahaja, alhamdulillah semuanya amat manis dan menajadi kenangan yang terlalu mahal buatku. Rancangan bercuti ini asalnya ke Penang, namun bila Fiza menjemput ke Ipoh, semua rancangan berubah. Aku setuju dan perjalanan berkeretapi menjadi pilihan mak. Tiket kubeli seminggu awal. Dan mak mendapat potongan harga untuk warga emas, mak gembira... aku berlebih lagi.

Mak tak mahu pakai tongkat, payung itulah yang dia jadikan tongkat. Mungkin mak tidak memerlukan sangga yang kuat kerana aku sentiasa memegang lengannya kejap-kejap di sebelah kiri.

Aku kurang pasti etniknya, mungkinlah bersekitar di negara Eropah berdasarkan rupa paras ibunya. Tetapi anak kecil ini sungguh comel, dan tersenyum kembali membalas senyuman dan sapaan mataku. Ketika gambar ini kurakam, dia sedang 'berbicara' dengan seorang gadis berbangsa India yang duduk di kerusi penumpang di belakang ibunya.

Kali pertama aku dan mak menjejakkan kaki di Stesen Keretapi Ipoh. Sebaik turun kuabadikan gambar mak.

Tidak berapa lama menunggu di stesen, Fiza tiba menjemput. Perancangan yang kami rencanakan tidak sampai sebulan lalu menjadi kenyataan hari ini. Fiza bawa kami ke Restoren Simpang Tiga yang selalu disebut-sebut dan dipaparkan di internet. Alhamdulillah masakannya enak-enak belaka.

Ini pilihanku, gulai masak lemak cili api pucuk paku, sambal hati dengan telur puyuh dan paru goreng garing.... its so yummy... rasa nak buat day trip ke sini lagi :)

Mak nak yang ringkas, sambal hati dengan telur puyuh, rendang daging minang, sayur taugeh. Yang bewarna kuning sejengkal tu urat lembu, Fiza punya pilihan, aku cuba rasa tetapi tidak menepati seleraku. Kata mak, arwah datuk dahulu biasa dengan makanan sebegini; urat, jangek, perut tembusu dll.

Sempat bergambar di depan Restoren Simpang Tiga selepas menjamu selera.

Petang itu Fiza ada mesyuarat di Hotel Impiana, dia bawa kami sekali. Aku dan mak berehat dengan selesanya di surau hotel, bila Fiza habis mesyuarat kami pula dijemput sama untuk minum petang.

Mak di lobi Hotel Impiana, Ipoh.

Petang itu setiba di rumah Fiza kami dihidangkan dengan makanan yang unik ini. Keropok kulit ayam dan goreng kaki ayam ala keyefsi hehehe... belum cuba belum tau, sudah cuba teringat selalu.

Selepas maghrib kami dibawa melawat ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah. Melihat sedemikian rupa bentuknya, memadailah aku merakam gambarnya dari luar sahaja. Agak seram, ditambah dengan cerita-cerita yang kubaca sebelum ke sini. Mungkin di lain kesempatan aku akan datang di waktu siang pula. InsyaAllah.

Demikian perjalanan kami ke Ipoh pada hari pertama. InsyaAllah akan kusambung lagi hingga ke hari ke tiga.

~the end of part 1~

Komen Anda [ Enter Erikas ]


Sila ambil perhatian, semua imej adalah hakcipta © Elaira.Net. Sebarang penyalinan tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

 

Sedang Menghadami

 

arkib - jan 11, dec 10, nov 10, okt 10, mei 10, mac 10 , dec 09
Copyrights © 2002 - 2010
Myths in the Haze
http://www.elaira.net