Nyanyian Cinta dari Hujung Rimba  

18 Feb 2011

Cinta ini kekasih
telah ranap dibantai taufan
rusuknya telah patah-patah dan remuk
dadanya bungkas sehingga mencampakkan nyawanya jauh ke dalam kelam yang bukat.

 

 

9 Feb 2011

Dan segerombolan dubuk itu pun berlalu sambil menggonggong bangkai tinggalan cheetah yang tewas. Tidak lama selepas itu mereka pun menghunggis tengkuk sesama sendiri berebutan saki baki rampasan tadi.


19 Jan 2011


Dari kiri Langsat dan Pandan yang sedikit nakal dipandu oleh pengasuhnya En. Zainuddin mengucapkan "Selamat Datang" kepada kami.

Langsat dan Pandan. Dua ekor anak gajah yang sungguh comel. Aku jatuh kasih.

Berkesempatan ke Kuala Gandah, pusat pemuliharaan gajah Perhilitan semalam. Sebagai jurugambar bagi seorang sahabat yang mahu merakamkan gambarnya bersama anakanda tercinta di taman rekreasi ini.


17 jan 2011

Lama dulu aku pernah membaca blog KasimSelamat. Kisah seorang tiba-tiba kehilangan upaya dan menjadi lumpuh setelah diserang demam denggi. Semudah itu sahaja segalanya bertukar corak. Dari seorang yang bebas bergerak dan berkerjaya, semuanya terhenti setakat itu sahaja. Usia yang muda dan bertenaga bukanlah halangan untuk penyakit meraja.

Kisah beliau ini membawa keinsafan pada diri, bahawa tiada apa yang bisa sempurna dan kekal selamanya. Sayu benar hati membaca kisah hidup dan keadaannya seharian. Tapi demikianlah takdir menentukan perjalanan hidupnya.

Mungkin kita boleh belajar sesuatu dari perjalanan hidup insan ini, telusurilah.


12 Jan 2011

Telah 12 hari tahun masihi yang baru ini berlalu, barulah hari ini aku mengaut kekuatan untuk menulis lagi di sini. Bukan tiada bahan, tetapi selalu kuabaikan. Ada masa aku jadi bosan kerana persoalan yang itu-itu juga yang melintasi minda. Jadi, dari menulis perkara yang sama, lebih baiklah aku berdiam sahaja (buat sementara).

 

Komen Anda [ Enter Erikas ]


Sila ambil perhatian, semua imej adalah hakcipta © Elaira.Net. Sebarang penyalinan tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

 

Sedang Menghadami

 

arkib - dec 10, nov 10, okt 10, mei 10, mac 10 , dec 09
Copyrights © 2002 - 2010
Myths in the Haze
http://www.elaira.net