Nyanyian Cinta dari Hujung Rimba  

23 Disember 2010
:: Rindu mencecah purnama

katamu rindu
kutanya, apakah bisa dihimpun?
jika bisa, timbunkan setiap kelahirannya
agar nanti ia bisa tinggi
jadi menara
hingga mencecah purnama.


22 Disember 2010

jikalau
puisi-puisi ini terlahir dari rerumputan
adalah bunga-bunganya yang kecil dan halus
berkembangan dengan meminjam warna
putih, kuning dan kebiruan
mewarnai hatiku yang lugu.


18 Disember 2010
:: Svetlana...

Lama tidak bersua. Rasanya kali terakhir pada majlis Convenites 2004 dulu. Beriya-iya Svet nak jumpa. Jadi aku pun memenuhi hasrat bekas rakan sekelas ku ini. Asalnya ingin bertemu di KL, tetapi akhirnya terjadi di Seremban. Mengenali beliau 27 tahun yang lalu, tidak ada bezanya hari ini. Kami senang bertemu dalam suasana yang santai di rumah Aida. Aida sediakan kek keju yang sungguh sedap. Terima kasih atas kesempatan bertemu. :)


sabar Svet... kita ambik gambar dulu... huhu


yeahh... telah selamat kita bedal... yummy...


thanks to the chef...


just for the camera


just for the camera... again huhu


isn't that so yummy, so rich, so indulgent, so.... adeh... tak boleh makan selalu ni... huhu


choc moist...


manggo cake.... i'm addicted to this cake... sedapnya laaaa... later i share this with nisah and arisa and piyan+acap+dila.

Komen Anda [ Enter Erikas ]


12 Disember 2010
:: Piknik Ubi Rebus...

Kami tidak merancang beriya-iya sangat, sekadarnya sahaja. Juga tidak sempat menalifon dan menjemput ramai kawan-kawan, kebanyakan yang kuhubungi punya agenda dan urusan sendiri justeru tidak memungkinkan mereka hadir sama. Mus, tuan punya ubi rebus pun demam panas di saat akhir dan tidak dapat turut sama. Syukurlah Ayu sekeluarga tetap menunaikan janji sekali gus mengambil subjek utama si ubi rebus di rumah Mus dalam perjalanan ke tempat yang dirancang, Taman Tasik Permaisuri.

Hari sudah tinggi ketika aku, mak dan Arisa sampai ke lokasi yang dirancang. Atikah sudah lama menunggu. Aku memulakan aktiviti fotografi bersama Atikah dan berkongsi ilmu yang ada. Tidak beberapa ketika kemudian Ayu pun tiba dengan sekotak besar juadah perkelahan. Aku hanya bawa sandwich sahaja.

Masa membawaku tenggelam dalam kegairahan merakam potret mereka sekeluarga. Semuanya sporting dan memberi kerjasama. Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan walaupun masih banyak yang perlu kupelajari. Ayuhlah kukongsikan di sini.

Ni lah 'hero' of the day, ubi rebus :) so yummy... thanks Mus..


Keledek rebus yang manis... thanks Ayu...


Dah tak tau nak bawa apa... ini saja yang sempat kubuatkan... lain masa aku tukar menu ok..


Have a beautiful day everyone... mug dari Donatello, sewaktu kunjungan ke Bandung Mei 2008...


Terima kasih pada Arisa yang jadi model terjun hari tu.


Terima kasih pada Atikah yang sudi meluangkan masa untuk kita prektis fotografi sama-sama.

Terima kasih buat semua yang hadir. Untuk Mus yang demam denggi, semoga lekas sembuh, insyaAllah kita akan adakan piknik serupa ini lagi nanti ya.

Komen Anda [ Enter Erikas ]


Sila ambil perhatian, semua imej adalah hakcipta © Elaira.Net. Sebarang penyalinan tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

 

Sedang Menghadami

 

arkib - nov 10, okt 10, mei 10, mac 10 , dec 09
Copyrights © 2002 - 2010
Myths in the Haze
http://www.elaira.net