Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through... w w w . e l a i r a . n e t

Shout Here ;)
 

Puteri Elaira

Create Your Badge

Arkib Hujung Rimba
untuk membaca catatan terdahulu, sila klik di sini

Arkib MitH

Nov 09

...

Buku Tamu

Dunia Auroraku

ArtakusDotMy
OlaiTannon
OlaiTannon (lama)

fajar
silence
rosh
sempoiizone
esis
silence@fofo
azreyzal
lelasari
sang perba
wilis

Photography

AlfieWedding
AlfieBlog
Udey
Moqh

Rarindra Prakarsa

EddiePhotoVideo
RudyLightroom

 

Dunia Buku

29 Dec 2009
:: Tahun baru semakin hampir

Dua hari sahaja lagi tahun 2009 akan berakhir. Semakin lama usia, semakin cepat masa beredar. Mungkin kerana semakin banyak perkara yang ingin kuperbuat. Atau semakin banyak perkara yang aku kejarkan agaknya.

Melihat kembali sepanjang tahun 2009, ia bukanlah tahun yang mengecewakan. Sekurangnya beberapa perkara telah berjaya aku lakukan, kemuncaknya menunaikan umrah bersama mak dan ongah Jun lalu, syukur alhamdulillah.

Pada suku tahun yang terakhir aku berusaha keras merealisasikan sebuah kehidupan yang indah, seperti mana yang layak aku kecapi. Sederhana itu asasnya, tetapi positif itu tunjangnya. Alhamdulillah Tuhan mendengar doaku, dan mengurniakan semangat yang hangat dan dapat pula kukongsikan bersama rakan-rakan yang lain.

Melirik kembali perjalanan setahun ini... mungkin boleh kusenaraikan aktiviti penting yang kulalui dari masa ke semasa, semoga di tahun hadapan keindahannya lebih berganda.

jan - trying satay padang and soto medan for the first time
feb - konsert alam musik m.nasir di istana budaya
mac - first wedding assignment, kajang, nurul & nordin
         - second wedding assignment, jelebu, rauf & girl
         - hot air ballons
april - tag along wedding assignment, shah alam
          - Abg Pat at Sci Fi PWTC
may - i've got my driving licence - finally
          - end of may fly for umrah
jun - umrah - madinah & makkah almukarammah
july - kuching for the first time
aug - mgh88 re-union
sept - hari raya yg sungguh sempurna
okt - fotografi outing with moqh and udey
       - sg tekala (first time) with mgh88
nov - completed the alchemist and the secret
dec - third wedding assignment, parit buntar, is & ainon
       - fourth wedding assignment, taman warisan, is & ainon
       - professional photography course at agrotek garden resort ulu langat - thats the wrap for 2009.

Syukur alhamdulillah. Besemangat untuk menginjak ke tahun baru. Semoga tahun 2010 bakal lebih cemerlang buat diriku dan kawan-kawan yang aku sayang semua. Aku bersyukur bertemu dengan ramai insan yang baik-baik, adakalanya rasa seperti tak percaya.

Begitu jua kudoakan buat kalian yang baik-baik di luar sana, semoga beroleh kejayaan dan ketenangan hidup.

Komen Anda [ Enter Erikas ]

22 Dec 2009
:: Hujung minggu yang indah di Agrotek...

Tiga minggu yang padat dengan aktiviti fotografi baru sahaja berakhir. Cuti Krismas dan tahun baru aku hanya mau rehat-rehat sahaja. Aku mahu pulang ke kampung, tidur nyenyak dan dibangun kan kokokan ayam. Disambut embun dan kabus dingin yang segar.

Terasa penat, barangkali faktor usia atau faktor-faktor lainnya, namun semua itu tidak sedikitpun melunturkan semangatku. Dengan izin Tuhan aku akan dapat apa yang aku cari dan apa yang aku usahakan. Biarlah bertatih di usia remaja senior sekali pun, tetapi langkahku kali ini penuh keyakinan. Akan kupadatkan usaha, apa hasilnya kuserahkan pada Tuhan... dan aku redha.

Empat sesi fotografi bersama raja sehari Is dan Ainon telah kusempurnakan. Dua sesi di majlis rumah Ainon, satu di majlis pihak Is dan satu sesi fotografi outdoor. Sekarang tinggal kerja-kerja suntingan dan membentuk album.

Hujung minggu yang baru berlalu ini pula kuhabiskan dengan menyertai kursus fotografi profesional anjuran APV di bawah kelolaan Eddie. Kiranya apa yang Alfie ajarkan sebelum ini aku ulangkaji bersama Eddie, malah dalam kursus kali ini aku banyak mempelajari teknik fotografi yang baru. Sajian kursusnya padat dan memenuhi jangkaanku. Selebihnya adalah dari usaha dan kreativiti diriku sendiri. InsyaAllah aku akan berusaha bersungguh-sungguh.

Kursus ini menjadi kenangan yang indah buatku semestinya. Penyampai-penyampai yang mengajar dengan sepenuh hati, memberi bimbingan teori dan praktikal di berbagai lokasi yang cantik dan menarik, siang dan malam. Eksperimentasi berbagai keadaan dan majlis, semuanya sungguh bermakna. Para peserta yang ramah tamah dan tidak lokek berkongsi ilmu menjadikan kelas teori berlangsung dalam suasana pembelajaran yang ceria dan meriah, begitu juga dengan sesi praktikal yang selalu sahaja mencuit hati. Rata-rata aku bertemu dengan sekumpulan manusia yang sama-sama teruja dan bersungguh-sungguh dengan apa yang kami temui dan pelajari. Detik kehidupan begini memang sangat berharga dan aku bertuah dianugerahkan Pencipta untuk melaluinya bersama insan-insan yang baik seperti kalian.


* gambar kredit Eddie of APV

Kerana kursus fotografi ini juga aku kenal dengan Agrotek Garden Resort di Ulu Langat. Resort yang benar-benar mencuri hatiku dengan ketenangan dan kehijauannya. Damai dari hiruk pikuk kota lumpur yang berselirat ini. Dan ianya tidak jauh dari kediamanku. Pulang petang semalam kukhabarkan pada mak akan hasrat membawanya ke tempat tersebut untuk berehat-rehat, dia setuju. InsyaAllah suatu masa nanti aku akan bawa mak ke situ, berehat-rehat sambil menikmati keindahan irama percikan sungai yang mengalir di antaranya.

Kepada Penciptaku, kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana anugerahMu yang penuh keindahan ini dan permudahkanlah perjalananku ini... aminnn...

Komen Anda [ Enter Erikas ]

15 Dec 2009
:: Tidak kutahu...

Tidak kutahu mana yang benar mana yang palsu
kata bertingkah kata, semua disulam menjadi gurindam mengasyikan.

Tidak kutahu apakah lahir tulus dari jiwa
hasrat demi hasrat dan direkat dalam geluk harapan
diransang agar tumbuh subur dan mekar... menjadi kepercayaan.

Tidak kutahu antara benar tuntutan atau sekadar alasan
atau ilmuku tidak tertebar maka aku kecundang menghadam makna
dan akhirnya aku dipersalahkan atas tamak dan sempit fikiran
mengabai keagungan dan menidak keruntuhan yang kian bermaharajalela.

Tidak kutahu doktrin apa yang kau suntikkan
separuhnya aku mahu percaya kerana menurut pada takdir
separuh lagi hatiku lumat mengingat perjalanan ini likunya semakin getir
separuh keliru kerana maruah dan harga diri dikitai dan dinafikan
aku ini mulia, kerana aku manusia... begitulah kata
apakah aku terus jadi hina, kerana memelihara sekuntum hati
yang terlalu kerap dituba, diracun dan dihumban ke tepi
apakah perasaan seorang perempuan itu langsung tidak perlu ditimbangkan
tidak perlu diendahkan, tidak perlu difikirkan, tidak perlu... kerana tidak penting
yang penting perjuangan yang entah mana dasarnya
yang entah mana junjungannya... tiba-tiba melangit...
wah... seperti tergawang saja tanpa kaki
bagaimana memastikan kelangsungan julangannya
apakah sehari cuma dan berikutnya rebah menyembah bumi
mendebu dan lesap tak berbekas ?

Tidak terhadam olehku hasrat hatimu
kelam dan bukat berbatu-batu
tidak tercerna dek mindaku
geliga tidak menghuni di situ.

Apakah terbaik bagiku
menarik langkah dan berdiam
mencuri lena dan melupakan.

Apakah lebih indah hidupku
meneguk kasih curahanMu
tanpa menggapai titisan madu
dari cangkir yang selalu meracun kalbu.

Komen Anda [ Enter Erikas ]

9 Dec 2009

Langkah semakin laju dan yakin menjelang hujung tahun. Basah dari limpahan kasih Allah yang turun dari langit menyegarkan semangat dan memberi kekuatan setiap kali titisan itu memercik dan membasahkan wajah, persis basuhan damai dan tenang terhadap jiwa yang seringkali kelayuhan mengadakan kehidupan di kota lumpur ini.

Di celah semua kebukatan dan keseliratan hidup yang terkejar-kejar, aku temukan sebuah taman yang tenteram yang sentiasa menghampari perjalananku ke mana jua, kanopi hijau yang sentiasa memayungi dan meredupi tempat ku berdiri sehingga sejahtera terimbas dan terserlah buat semua.

Semua ada dan lengkap, cukup dan mencukupi. Indah tidak terperi, asyik bak gurindam beralun dari anchala bersalju... damai dan dingin tiupan bayunya. Demikian kuhiasan sebuah taman... dalam hati. Moga kekal bersemi hingga akhir nanti.

Komen Anda [ Enter Erikas ]

8 Dec 2009
:: Perjalanan ke Utara

Seingat aku sudah lama tidak berjalan sejauh ini. Perjalanan kali ini ke Parit Buntar, atas undangan dan juga memenuhi permintaan sahabat untuk merakam gambar majlis perkahwinannya.

Oleh kerana sahabat baikku yang seorang lagi, Cik Laili juga tinggal di sana, maka inilah kesempatan melepaskan rindu setelah lama tidak bertemu.

Perjalananku disempurnakan oleh Aziah yang sudi memandu ke utara, diserikan lagi oleh adik-adiknya. Bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 8.45pagi dan selamat sampai di tol Bandar Baru jam 12.30tgh. Kami tunggu Laili datang menjemput kami di tol Bandar Baru, lama juga menunggu rasanya tidak kurang dari setengah jam. Rupanya jarak antara rumah Laili dan tol Bandar Baru agak jauh juga.

Laili bawa kami ke rumahnya di Taman Desa Indah. Makan tengahari sudah terhidang, kemudian berehat seketika sebelum menghala ke Parit Hj. Aman mencari rumah pengantin. Syukur rumah pengantin hanya sekitar 15 minit perjalanan sahaja dari rumah Laili.

Ahad pagi, Laili bawa kami bersarapan di pinggir Sungai Perak. Ada dua ekor kucing yang manja-manja menemani kami.

Selalunya bila merakam secara rasmi, aku terbeban dengan tanggungjawap untuk menghasilkan gambar yang indah seperti yang merekaharapkan, sekali gus perasaan ini kerap kali mengganggu tumpuan. Syukur kupanjatkan segalanya berlansung dalam tenang. Terima kasih buat Aziah yang sudi menemankan tanpa mengira penat sepanjang dua hari aku merakam memori raja sehari ini.

Ini adalah majlis perkahwinan yang ke empat aku rakamkan secara rasmi. Seperti yang sebelumnya aku melakukannya sebagai memenuhi permintaan sahabat. Aku belum menjadi jurugambar perkahwinan yang mahir, masih banyak yang perlu kupelajari, pun begitu aku harap apa yang aku usahakan dapat memuaskan hati sahabat-sahabat yang memberi kepercayaan kepadaku.

Majlis akad nikah adalah pada hari Sabtu dan bersanding pada hari Ahad.

Sekitar majlis perkahwinan Iskandar - Ainon, 4 dan 5 Disember 2009

Buat Is dan Ainon, Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Jumpa hujung minggu ini pula untuk majlis bertandang yang bertempat di Taman Warisan Putrajaya.

Komen Anda [ Enter Erikas ]

 

 

 

 

 
Copyrights © 2002 - 2009 Myths in the Haze
http://www.elaira.net