Nyanyian Cinta dari Hujung Rimba  

12 Julai 2011
:: Ayuh Kekasih...

Ayuh kekasih
kita nikmati titisan rahmat Tuhan
dari cangkir kasih sayangNya ini
redalah hatimu yang gulana itu
mengindar jauh dari teluk berbatu
yang ombaknya menghempas kejam

Ayuh kekasih
kuhulurkan tangan
biar kupimpin langkahmu yang kelayuhan
perjalanan ini masih jauh dan amat indah
kau mesti melihat semua ini dalam surya yang cerah
pesona yang mengasyikan ini harus kita ratah

Ayuh kekasih
percaya padaku, tidakkan kusia-siakan perjalananmu ini
telah kupahatkan kata pada nada
kembang mengharum membentang senyum
ghairah ia menanti sapaan mata dan belaian jemarimu
tersenyumlah dan ayuh melangkah mencicip indah demi indah.

20 Mei 2011
:: Terima Kasih Tuhan

 

19 Mei 2011
::

kau angin-angin bisu
ada kala derumu berbicara rancak dengan jiwaku
kelibatmu yang tiada
ada kala lebih nyata dari semua yang berupa

aku minta kau telusurilah segenap adrenalin ini
puja-puja ia agar rohnya kembali melonjak
biar perjalanannya menjadi pantas dan panas
mengocak gelegak dan didih yang tak padam
walau disiram hujan sejuta lautan.

9 Mei 2011
::

Rupanya tahun-tahun itu sudah lama benar berlalu. Rasanya seperti baru semalam. Ahh... demikianlah hayat ini menjadi semakin tua dan uzur.

http://www.youtube.com/embed/IgRfvWAZw5w

 

5 Mei 2011
:: Pinjam Duit...

 

4 Mei 2011
:: Tipah's Wedding, Alor Star

 

24 April 2011
:: Konsert "Untukmu Loloq"

Petang jumaat itu aku terbaca di akhbar. Aku pun menghubungi Yann, mengajak dan memaksa dengan segala makna agar dia menemankanku ke konsert tersebut. Dengan siapa lagi aku nak pergi, kalau tak dengan Yann kan. Ketika pulang dari kerja petang itu aku ke Istana Budaya membeli tiket untuk kami berdua. Alhamdulillah dapat tempat yang kami hajati. Aku sebolehnya mengelak tingkat atas, tidak selesa dan sakit tengkuk perlu 'meninjau' ke bawah.

Yann tiba menjemput selepas maghrib. Yann sudah ada kereta sekarang, jadi mudahlah urusan pergi balik kami. Kami sampai setengah jam awal dari waktu bermula. Menjenguk-jenguk juga di sekitar lobi Istana Budaya kalau-kalau ada rakan KSMN yang hadir, maklumlah kami sudah lama tidak bersua. Tiba-tiba muncul Rafidah dan adiknya. Apa lagi... meriahlah suasana. Kesempatan yang ada kami merakamkan gambar berlatarkan poster konsert.

Lirik-lirik ciptaan Allahyarham Rosli Kamis a.k.a Loloq tidak dapat dinafikan telah menyentuh dan menghuni sanubari rasaku yang terdalam sejak sekian lama. Syukur semasa hayatnya aku sempat berjumpa dan berkenalan. Namun hasrat untuk belajar serba sedikit dari beliau tidak menjadi kenyataan.

 

 

16 April 2011
:: Lembayung CINTA

marilah melangkah di bawah lembayung Cinta
seperti pagi ini ia menunggu setia di luar pintu
menjadi permaidani dan mengiringi perjalananku.

kasih sehangat surya pagi
telah ditempanya menjadi arca tergenggam
dekat sekali di sanubari
meminjamkan bahgia sepanjang hari
mengusir dingin yang jijik dan hanyir dari mengganggu
jauh dari keberadaan.

marilah melangkah di bawah lembayung Cinta
di bawahnya kita susuri sungai-sungai asyik
dalam debur dan nyanyian mempersonakan hati
bersama meratipkan nama Cinta yang tidak pernah susut.

marilah melangkah di bawah lembayung Cinta
lirikan matanya membuat dadaku bergetaran cemas
sapuan senyumnya membuat langkah ringan dan jasad terbang
hadir di antara dedaun hijau yang menarikan Cinta dengan gemalai
melayah turun dan meraup jemari dalam ajakan yang tak bisa dinafi.

Komen Anda [ Enter Erikas ]


Sila ambil perhatian, semua imej dan karya adalah hakcipta © Elaira.Net. Sebarang penyalinan tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

 

Sedang Menghadami

 

arkib - mac 11, jan 11, dec 10, nov 10, okt 10, mei 10, mac 10 , dec 09
Copyrights © 2002 - 2010
Myths in the Haze
http://www.elaira.net