Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

ERIKAS II

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.my
olai tannon lama
olai tannon
fajar
silence
rosh
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari
sang perba
wilis

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u
emel@artakus

~@~

MAKKAH AL MUKARAMAH

Terkini dari Kota Mekah

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah
pyanhabib

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib
alamat cinta

~@~

KANVAS

yusuf gajah
alfienaive

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson
dewangga sakti
filem pendek
vovin

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal
shaliza
shaliza fp
alamgrafik
alfiearth

kenrockwell
better photo

kodak
fototeacher
fotokawin

betterdigitalphotography
digital-photography-school

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
basrie

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS & FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
budu dan belacan
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
sinzmanual
bob danial
norhaidatul azian

~@~

ISLAM

saifulislam
harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita
umrah2u

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki
razzi rahman

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007

Ver 6.0
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac - mei 2008
jun - julai 2008
ogos 2008
sept 2008

Ver 7.0
okt 2008
nov - dec 2008
jan 2009
feb 2009
mac 2009
april 2009
mei 2009
jun 2009
julai 2009
ogos 2009

~@~

30 Sept 2009
:: Bahana Serbuan Raya Suprise... hak hak hak

Membuat kejutan buat kawan-kawan yang kita sayang memang sesuatu yang indah dan selalunya amat dihargai kerana ia meninggalkan kenangan manis dalam hidup sahabat kita itu. Seperti yang Yan lakukan tahun lalu.

Tetapi tidak kurang juga penganjur kejutan menerima bahana dek kejutan yang tak menjadi seperti malam tadi. (Aku memang tak boleh tahan gelak betul ni, dan aku dah berkongsi dengan Aliff dan Liana yang terlebih dahulu dengan Jundak melalui YM )

Semalam aku zombi. Sebab tidur lambat. Dan aku berpuasa. Ditambah dengan perjalanan dari stesen komuter ke rumah yang jem sehingga meter teksi mencecah rm7.50 walau jaraknya sekangkang kera, yang kalau dengan meter lama teksi hanya sekitar RM4.50 kalau jem. Jadi semua elemen itu bercampur baur dan membuatkan aku terus tertidur dengan memegang Hikayat Lang Surya sebaik lepas waktu Isyak.

Pagi ini, seingat aku ... aku bermimpi akan satu panggilan talifon. Kebetulan bateri fon kong. Jadi selepas aku cas baru lah aku boleh tengok call history... Betul rupanya ada orang call aku malam tadi sewaktu aku sedang melayang di antara awan gemawan. Lalu aku dail nombor tersebut. Tiada jawapan. Wah merajuk benar orang ni. Hati kubergetar antara ralat dan kelucuan.

Aku hantar sms. Syukur, ia dibalas. Memang betul rupanya, mereka tiga beranak dah berdiri di luar pintu rumah aku!!! Ya Allah rasa berdosanya. Tapi malam tadi aku memang betul-betul knock-out, mamai semamai-mamainya.

Jadi kalian, agak-agaklah kalau nak buat kejutan pun. Walau pun mereka tu tinggal di kejiranan aku, tetapi ini lah kali pertama mereka sampai ke rumah aku. Pulak tu, pintu tak berbuka... dan terpaksa balik.... kesian betul lah.

Yang demikian aku jemput mereka dalam agenda terencana, malam esok ok. Jadi Attokz, Faezah dan Whilea... malam esok jangan lupa. Lain kali jangan buat suprise-suprise macam tu ok, kesian kat Whilea tu..huhu.. Dan jangan merajuk lama-lama, nanti hilang encem 'Artakosku' hak hak hak.

Aku akan bukak restoren bertahap dunia kembali huhu.. ada sesiapa lagi nak turut sama? Tapi ingat ya, let me know... no suprise-suprise ok...

Bakal turut sama memeriahkan 'mini' launching Kembara Lang Surya malam esok:
- Panji
- Aliff (de return)
- Jundak
- Awek Jundak
- Liana
- dan Rosh yang selalu sibuks, yg juga ilustrator untuk kulit depan Hikayat lang Surya.

p/s: Sempoii ngan bang Mael takmo turut sama kah?

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

29 Sept 2009
:: Kembara Lang Surya: Pendeta Gua Khayalan

 


Aku memang tak boleh menunggu. Keterujaan berganda. Gembira bukan kepalang rasanya. Walau bukan hasil karya aku, walau hanya sekadar menumpang gembira... tetapi Tuhan sahaja yang tahu gembiranya aku bila novel fantasi pertama Jundak terbit di pasaran.

Dan betapalah Tuhan jua yang tahu ... aku betul-betul terkejut bila ada penghargaan untuk Elaira... tak cukup itu... lengkap dgn gambar sekali. Ish Jundak.. terkedu laa...

Semoga kelahiran novel fantasi pertama yang berkualiti tinggi dari Jundak ini akan menjadi katalis bagi beliau melengkapkan dua siri lagi dalam judul yang sama. Semoga juga ini adalah gerbang dunia penulisan yang gemilang buat Jundak.


Terima kasih kepada Jundak yang sudi bersusah payah datang ke ofis aku bagi menhantar sendiri buku tersebut dan melayakkan aku sebagai pemilik pertama buku ini. Sungguhku terharu.

Untuk tempahan kalian boleh mengirim emel kepadaku di elaira4ever@yahoo.com. Harga cuma RM16 termasuk harga pos di Semenanjung Malaysia.

** gambar cilok dari blog inderawangsa huhu aku lupa bawak kabel henfon daa...

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

:: Serbuan RAYA... part 1.

Balik dari kerja petang semalam ngam-ngam sampai rumah azan maghrib pun berkumandang. Aku pun tergesa-gesa membuka bungkusan mee goreng yang aku beli di stesen komuter. Separuh kutinggalkan buat mak. Ketika itu mak di dapur menumbuk sambal gesek atau sambal ikan bilis. Bahan-bahannya ikan bilis, sedikit bawang merah, cili api mengikut kepedasan, sedikit garam dan beberapa biji limau kasturi. Sambal gesek ini pernah licin hingga ke piring sewaktu Bengkel Novel PEN di Seri Menanti Resort. Itu cerita sambal... yang aku nak cerita ialah kes serbuan malam tadi.

Bukan kes jenayah. Cuma selepas maghrib No One Like You menjerit dari talifon canggeh aku.

Aliff di talian. "Ado ghumah tak malam ni? Poyi ke mano-mano tak?"

Aku. "Tak de ke mana. Right here waiting je".

Aliff. "Kalau macam tu kejap lagi saya sampai."

Aku. "La pesal tak bitau awal-awal nasib ko la kat ghumak aku tinggal habuk kueh jek."

Aliff. "Alah tak kisah lah... apa ada je."

Aku. "Ok lah, datang la copek. Aku nak mintak pandangan dari sudut mata advertising dan direktor Ahmad Nisfu ko pasal job aku Dec nanti. Weh... sabtu ni ko free tak? Jom ikut aku pi tgk tempat kejadian kat Taman Warisan... kita buat sketch story board sket. Ahh... ko datang la dulu nanti kita diskas sampai pagi... aku nak carik member kreatip nak berangan sama ni."

Talian dimatikan. Aliff janji akan merempit ke rumahku selesai solat Isyak nanti. Dah banyak kali dia cuba call Attokz dan Faezah... tapi jiran bertuah aku tu gagal dihubungi, kiranya serangan malam ini kurang sengit lah. Tapi dalam kepala, peluru apa yang aku nak nantikan kat diorang ni. Nak tak nak kena turun beli bahan la sikit kat bawah ni. Paling tidak kapur barus... haha...

Sedang aku bukak perusahaan restoren maju jaya, No One Like You menjerit lagi. Aikk nombor siapa pulak ni... tak keluar nama.

Suara. "Boleh cakap dengan Puan Masliza?"

Aku blur. "Ni sapo nih?"

Suara. "Hahahahha... sure akak bengang kena panggil puan kan. Ada rumah tak malam ni? Nak datang boleh?"

Aku. "Tak boleh!!! Sebab aku tak kenal ko sapa. Hahahahha..." Aku pun gelak ala Mahmud June dalam iklan teh lipton.

Suara. "Alaa... akak cakap laa ngan budak sebelah saya ni ha..." Aikk main passing-passing pulak.

Suara2. "Akak...."

Aku. "Hah...! Korang rupanya. Kembar nama berbeza hurop saja. Apa kes? Puas aku masak kaw-kaw kat kampung... jenuh aku nunggu tak sesampai."

Suara2. "Sori la akak... tak sempat la kitorang... saya ke JB bla bla bla... nak datang boleh tak?"

Aku. "Datang lerrrrr betuah woiii... tapi nasib laa... sapa soh bitau jam jam tu... apa ada je la ek..."

Talian dimatikan. Aku kembali ke ruang restoren bertaraf dunia melakonkan watak chef terhebat... huhu..

No One Like You menjerit lagi. "Akak tingkat berapa dah lupa????"

Aku. "Tingkat mangkuk tingkat. Tahap mpat ploh mpat setengah. Panjat laa..." Apa daa.. aku lain laa byk lupa... korang memuda pe kes semua lupa??? Ish... bimbang aku tentang sudah gaharu cendana pula nanti ni... takut kut terlupa injek pulak... alamat luruh gigi laa baru gaharu... huhu...

No One Like You menjerit lagi. "Akak... ese dah sampai dopan pintu pagar dah ha..."

Aku. "Ha pasang laa pelita tepi pagar tu semua dulu ya..."

Aliff. "Akak blok berapa?"

Aku. "Blockage..."

Huh... terjejas kerjaya chef aku. Aku memerlukan seorang pembantu atau secretary selayaknya untuk tugas-tugas mengangkat dan menjawap talifon.

Dan mereka pun tiba. Rombongan pertama si kembar nama berbeza hurop itu, Asiah dan Aziah sampai beberapa minit awal mendahului minah rempit si Aliff. Mereka bawak bihun sup fuyoo... alahaiii... kalau tau tak payah la aku meng-chef kan diri. Tak lama kemudian Aliff pula sampai... dengan lagak ala Vick Morro nyer dia pun terus ke dapur dam membuka beg sandang belakangnya yang besar itu lalu mengeluarkan sebungkus rendang beku. Sah ghondang dari Jolobu la ni... Terasa aku macam student kat oversea pulak diorang bawak macam-macam. Kaya sungguh budi kawan-kawan yang aku suka ni. Terima kasih daun keladi, bawak la apa yang patut kalau datang lagi ya... huhu

Aku pun menyudahkan kerja-kerja chef di dapur restoren terkemuka dengan kadar garam sedikit berlebihan tetapi masih boleh dimaafkan. Orang tua-tua kata kalau masak terlebih garam ni tanda nak kawen dah, maka korang semua siap-siap lah tempah baju baru yer... mana tau sehari dua aku tampal kad kawen kat sini pulak kan... huhu... berangan kosong laa...

Dan kami pun berborak sakan... Asiah dan Aziah dah k.o. kena peluru hidup... dalam jam 10 lebih dah mintak diri dah.. maka kami pun bermaaf-maafan lah dengan bersungguh-sungguhnya. Sementara Aliff jamming berborak dengan aku sampai jam 1.30pagi. Isu hangat. Tak boleh tulis sini, nanti jari aku kontot menaip... sebab... panjang ceritanya. Sempat lah kami berkongsi puisi dan melakar Taman Warisan. Aliff menurunkan ilmu melukis cahayanya padaku. Terima kasih Aliff... nanti ko ajar aku lagi ok. Harap-harap kita boleh berkarya sabtu nanti di medan tari cahaya dan warna.

Aliff balik. Aku tak boleh tidur. Dan hari ini aku jadi zombie di ofis... dengan headfon melagukan lagu-lagu di bawah ini.

** Nota kaki - peluru dan kapur barus tiada kena mengena dalam cerita ini.

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]


:: Aku terjumpa ini...

Semalam sewaktu aku melihat status kawan-kawan dalam YM, aku terlihat satu link di nama Yaqen, maka aku klik. Aku pun dibawa ke youtube, di sana kutemukan deretan vc yang mempersonakan. Dari perantau nun di Perth, mungkin pelajar-pelajar Malaysia di sana agaknya. Sesuatu yang sungguh menarik pendengaran adalah kualiti vocal mereka, bagi telinga aku yang biasa-biasa ini ia sungguh sempurna dan indah. Jadinya seharian lah aku mengorek koleksi lagu-lagu mereka yg di upload ke youtube. Yang demikian aku kongsikan dengan kalian. Oh ya.. vc yang ini tak ada Yaqen... dia ada dalam lagu Mengintai Dari Tirai Kamar... terbaikkk lah kalian! Keep up the good work ok. Aku dah jadi peminat terbaru mereka rasanya ni...

To Kassim, Ajek dan kawan-kawan... nanti post lagu-lagu rock kapak lagi okeh

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

28 Sept 2009
:: Rindu Lagi...

hatiku tercalar
kerana sepotong rindu
pagi ini suasana menjadi sayu
ketika kutatap wajahmu

tergamit-gamit hati ini
untuk kembali menelusuri memori
kembali berdiri dan mengungsi
membawa seluruh diri dan keberadaan
mengungsi daerah suci
adalah hatimu

aku pejamkan mata
tautan kasih tidak terperi
menikmati rindu terdalam
abadi

dalam kelam yang masih bercahaya
aku damba satu kepulangan
aku nanti satu gamitan

moga nanti bila kubuka mata
sinar itu kembali meraja
dan decit burung-burung pagi
kembali menyapa dengan tawa dan ceria
membasuh rindu
menyatukan kasih kita.

28 SEPTEMBER 2009 : 11.30AM
... dalam rintih merindu burung-burung pagi.

~~~

:: Kembali bekerja...

Hari ini hari pertama kembali bekerja setelah cuti panjang Hari Raya. Rupanya Hari Raya kali ini juga cukup sempurna. Walau ongah tidak ada pada raya pertama, kemeriahannya tidak sedikit pun tercalar. Walaupun aku tidak menyediakan pakaian serba baru, juadah hari raya juga yang sungguh sederhana kebanyakan kuih along yang sediakan, sedikit pun tidak tercela indahnya. Lemang, rendang, nasi impit dan kuah kacang pula tidak sedikit pun terbazir dan terbuang, alhamdulillah semuanya sempurna. Kami sekeluarga bersolat sunat hari raya di surau, abang ipar dan Amy ke masjid Sri Menanti berjemaah bersama Tuanku Mukhriz (Yamtuan Besar NS). Tetamu juga ramai yang tiba berbanding tahun-tahun lalu, mungkin kerana kebanyakan orang cuti keseluruhan minggu justeru mereka tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan desa. Kesempatan berhari raya dalam cuti yang santai membolehkan mereka bertandang ke rumah jiran tetangga dan saudara mara sehingga ke hari raya yang ke tujuh.

Dalam diam aku terharu, atas kunjungan sahabat. Terima kasih buat Hanis yang sudi meranduk kelam malam hingga menemukan 'istana' di hujung rimbaku yang seadanya. Sungguhpun kali pertama bertemu, serasa seperti sudah tujuh tahun kita berkenal mesra. Dan kalau lah tidak terbatas dek waktu yang sudah menghampiri tengah malam... pastilah lebih rancak bual dan tawa kita. Terima kasih atas ruang yang Cik Lie sediakan, kerana dari sanalah kami mengerat persahabatan.

Terima kasih buat Nisah... setelah beberapa tahun tidak dapat beraya bersama, alhamdulillah tahun ini kita berdua tak lagi sorang kulu sorang kilir. Kok marin tu manjang tak jumpo, heboh dek berayo mah sedaro, yo mengoja kotu cuti yang sompit. Akhir e kito bertelipun jo yang dapek eh, bilo Nisah telipun... awak selalu e nun sodang bejalan ko Jolai... kok tak ko Kopih, kok tak nun ko Palong pulak. Yo sedaro maro nan jauh amek diam eh. Jadi e bersuo lah uwan eh somo cucu-cucu eh nan belimo tu, termasuk putera bongsu anakanda Mustakim.

Kedatangan Nisah kunantikan dengan masak lomak cili api ikan dgn bacang muda. Dek sebab bacang rumah jiran sebelah berbuah, maka itu-itu saja menu aku dari puasa lepas huhu... memang susah muaknya walau seringkali masakan itu dan itu saja. Kok nak tau penangan eh, mako nior eh biar lobih, dah tu lado e pun biar berapi boto... dilawan eh pulak mo masam bacang mudo tu... perghhh tak terkato laa... menyobut eh pun kocur air liur dek eh ha.

Hari raya ke tujuh Nisah talifon beritau supaya aku membeli dan membaca Berita Harian, katanya ada cerita aku dalam surat khabar itu. Aku berjanji untuk mendapatkan, tertanya-tanya juga apa yang Nisah maksudkan. Aku meneka-neka pastilah cerpen dia keluar surat khabar lagi. Maka aku mendapatkan senaskah BH di stesen Petronas dalam perjalanan menghantar Ashraf pulang ke KPTM Kuantan. Tergelak juga aku membaca bila perwatakan dan sedikit latar kehidupan dikarangkan dek Nisah dalam cerpen itu. Huhu... aku saja yang malas menulis.

Terima kasih kerana dailog arwah uwan yang selalu berkata kepada cucu-cucunya supaya belajar memasak masakan tradisional kuih muih dan segala juadah hari raya semasa ada hayatnya, dan tidak menunggu hingga setelah dia meninggal turut diabadikan dalam cerpen itu. "Sok den dah tak do layi kau bawak la piuk belango ko kubo den tu ha... kojut an la den... uwan... uwannnn... camno nak masak kesirat ni ha, camno nak buek lomang ni ha." Semua itu masih baru dalam ingatan, setiap kali uwan mengunyit pulut untuk dibuat pulut kuning, setiap kali dia memasak penganan (dodol), kesirat, berojik (wajik) dan apa jua... itu lah yang selalu dibebelkannya. Dan kerana itu juga lah aku selalu menebeng (memerhati) apa yang dibuatnya. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat jua aku pelajari walau tidak sebaik air tangan dia. Life is always so beautiful.

Sahabat baik ku Ida yang sudah jarang amat dapat bertemu sekarang sejak dia mendirikan rumahtangga tahun lalu dan berpindah pula mengikut suami ke Kuantan awal tahun ini juga sempat datang berhari raya. Selebihnya saudara mara, sepupu jauh dan dekat. Mungkin kerana kebiasaan mak yang tiba di rumah mereka pada setiap satu hari raya tetapi tidak pada tahun ini, membuatkan mereka meneka-neka bahawa mak tak berapa sihat dan ramai-ramai tiba ke rumah kami pula. Mak memang kurang sihat sikit, tak larat nak berjalan merata.

Sempat juga bertemu bapa-bapa saudara yang tinggal jauh bersama anak-anak mereka, hari raya ini mereka pulang berziarah saudara mara dan kami berjumpa di rumah saudara mara yang lain juga. Aku sayu mengenangkan kalau dulu sewaktu kecil, mereka semua itu sentiasa berada di sekitarku. Mereka akan berbasikal dari rumah masing-masing tiba ke Buyau menziarahi ibunda mereka (kakak kepada arwah uwan) dan pasti akan ke baruh juga (rumahku) bertanyakan khabar kami pula. Itu sekitar lewat 70-an dan awal 80-an. Sungguh aku rindu masa-masa lalu. Kini semuanya telah tiada, telah pulang ke rahmatullah, dan pak cik-pak cik pula sudah tidak sihat lagi, dan dibawa anak-anak tinggal bersama mereka. Udo ke Johor, Yah Ulu Sidin ke Kuala Lumpur, Yah Ulu Talib kadang-kadang di Johor, kadang-kadang di Kajang. Cuma mungkin Yah Borang Seleiman saja yang tinggal di kampung, itu pun berulang alik mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur. Hidup telah berubah, mak sendiri sudah tidak tinggal di kampung kan. Tetapi hidup tetap indah.

Gambar-gambar raya masih terperuk dalam kamera. Termasuk gambar-gambar awan di sepanjang perjalananku. Aku teringat DD bila ambil gambar awan, dia suka gambar awan, dan dengan hp canggih dia. Malangnya kebanyakan gambar yang DD hantar ke hp lama aku tu dah lesap dikebas dek indon durjana kat KL Sentral tu hari. Memang tak selamat la hidup indon tu, buat jahat kat negara orang... balik aa tanam keledek kek blakang ghumah kau sanun. Nek moyang den marin tang indon juo... tapi tak ando lak tak senereh cam kau tu doh. Mang ... ni sungutan kontrovesi ni.. hahaha...

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

15 Sept 2009
:: Menjelang Hari Raya 1430H

Hari Raya bakal tiba tidak berapa hari lagi. Tahun ini penuh dengan kesederhanaan, persediaan mengikut kemampuan semasa. Tetapi aku mula terasa ia mungkin sedikit hambar, bukan kerana persediaan yang sungguh sederhana itu, tetapi kerana ongah sekeluarga akan pulang beraya di Sungai Petani. Walaupun hampir saban hari kami bertemu, tetapi hari raya adalah sesuatu yang lain. Sudah beberapa tahun kebelakangan ini kami memang beraya bersama, kerana keluargaku kecil. Jadi kakak dan abang akan beraya bersama kami dahulu. Tahun ini kerana kesihatan mertua ongah kurang memuaskan, maka mereka akan berhari raya di sana.

Hari Raya nanti aku bakal cuti panjang, sehingga ke hujung minggu yang berikutnya. Aku akan di kampung sahaja sepuasnya. Ada beberapa rancangan terhadap apa yang ingin kulakukan nanti. Moga berkesempatan dan menjadi.

Lusa aku bakal pulang ke kampung. Mungkin blog ini akan tinggal sepi dari sapaan mataku sendiri. Mungkin aku akan menulis jika ada kelapangan. Tidak ada rencana untuk berziarah merata-rata kerana keterbatasan perbelanjaan, maka aku di rumah sahaja menikmati indah, damai dan segarnya angin kampung.

Buat semua yang tiba ke sini... kuucapkan Selamat Hari Raya, mohon kemaafan atas segala kesilapan, moga Hari Raya kali ini membawa seribu pengertian yang tulus buat kita, dan semoga bertolak dari itu kita boleh menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa.

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

 

14 Sept 2009
;: Angan-angan

Aku sering berangan-angan. Angan-anganku ada yang menjadi realiti, ada juga yang hilang bersama angin lalu. Bila ada sesuatu peristiwa, aku akan mengangankan peristiwa-peristiwa lanjutan dari peristiwa itu. Aku akan tersenyum dan gembira.

Angan-angan itu ada yang bercambah menjadi harapan. Dan bila itu terjadi, sebenarnya aku telah bermain dengan bahaya. Ya, ada ketikanya harapan itu sangat berbahaya. Bermula dari dada yang sarat mengharap itu lah percaya meraja. Dan bila percaya, bermakna aku telah meniti ke puncak nipis yang paling tinggi.

Sepahit mana pun angan-angan itu musnah kerana ianya hanya angan-angan, atau tidak ada kesungguhan untuk menjadikannya realiti, atau ia tercerna dari minda di luar sana dan aku tiada kuasa untuk mengolah atau menentukan daya tujahannya bisa membaya ke tangga nyata, atau apa sekali pun alasannya - ia tetap bermula dengan sesuatu yang indah dan mengasyikan.

Mungkin mimpi terbang juga terlahir dari angan-angan yang sukar untuk dizahirkan, lalu terbentuk satu mega harapan yang tersimpan dalam memori ingatanku dan teraktif sewaktu tidur, menghadiahkan mimpi dan sekaligus melunaskan harapan. Sekurangnya, daya kemahuan dan anugerah Allah itu terzahir dalam bentuk yang indah - mimpi.

Aku tahu angan-angan itu seringkali melukakan. Tetapi aku tidak akan berhenti berangan, kerana ia bermula dengan keindahan, dan selalunya diiringi senyum dari hati.

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

9 Sept 2009
:: Tarikh Hari Ini

Cantikkan tarikh hari ini? 999. Tidak ada apa-apa keistimewaan pun bersemperna itu. Sekadar ia cantik sahaja. Seperti juga dengan 08.08.08 yang berlaku ketika aku masih di bangku sekolah. Dan selamanya aku akan ingat Miswati berkaitan tarikh itu.

Ketika itu minda masih cetek, tidak banyak pengetahuan dan rujukan - bila kawan-kawan heboh memperkatakan 'keberkatan' tarikh tersebut, maka mudah saja aku percaya. Dan aku dan Miswati menulis di atas sekeping note seringgit... aku ambil sebelah, dia ambil sebelah - antara butiran yang kami tulis ialah "semoga kita akan kaya" serta beberapa pesanan agar tidak melupakan persabahatan indah itu selamanya. Aku tidak lupa, cuma sekarang amat sukar untuk bersua. Tapi entah ke manalah agaknya sebahagian duit seringgit tu agaknya. Tenggelam dalam barang aku yg banyak-banyak tu lah agaknya atau dalam album gambar lama-lama.

Mungkin hari raya nanti aku mahu merancang sesuatu dan ajak kawan-kawan MGH88 yang lain sama-sama berziarah ke rumah kawan-kawan yang agak jarang datang ke re-union kami.

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

:: Roses are red my love...

Seperti kebanyakan wanita, kami suka akan bunga-bunga. Dan aku suka kan bunga ros atau bunga mawar. Kerana indahnya, kerana harumnya. Kerana damai yang dibawanya ke dalam hati.

Tapi...

Jarang benar aku mendapatnya. Kerana harganya mahal untuk kubeli dan ia cepat pula layu, yang demikian agak tidak berbaloi.

Dari kecil aku selalu berangan, seperti drama-drama yang aku tonton, seorang wanita itu selalu sahaja dihadiahkan jambangan ros. Aku senyum-senyum mengenang usia dewasa kelak, mungkin juga aku akan melalui ketika yang sebegitu. Aku menunggu untuk jadi dewasa.

Sewaktu di asrama yakni sekolah menengah, kawan-kawan selalu membeli dan menghadiahkan bunga sesama sendiri. Bukan aku. Aku tidak menerima, dan aku tidak ingat jika aku pernah memberi. Aku sudah melupakan. Dan aku menunggu untuk menjadi dewasa.

Dewasa pun tiba, malah sudah lama ia tiba. Tetapi perkara itu tidak berlaku. Lalu aku berangan sendiri, suatu hari rumahku akan kuhias indah dengan ros segar. Kuntuman itu akan mampu menggembirakanku.

Tapi...

Perkara itu juga tidak terjadi. Ros tetap mahal dan aku berfikir dua kali setiap kali berhasrat. Jadinya aku sekadar menjeling jambangan-jambangan indah di kedai bunga yang aku lintasi.

Tapi suatu masa dulu aku pernah mendapat satu jambangan besar bunga ros, dan ia sungguh-sungguh bermakna. Ia yang pertama. Ketika itu aku sungguh gembira, air mata pun mengalir. Ros merah jambu dengan bunga kecil berwarna kuning sungguh sempurna. Ia hadiah hari graduasi dari insan yang paling kusayangi, dari nyawaku, dari kehidupanku - ibu.

Aku tau harga jambangan itu sangat mahal tetapi pada hari itu ibu tidak memikirkan soal itu. Sejambangan hangat dalam kucupanku. Aku keringkan, dan bertahun-tahun kusimpan sehingga saat ibu telah tinggal bersamaku dan kami ingin berpindah ke rumah yang lain. Katanya, buanglah.

Maka aku buangkan bunga kering yang telah mereput. Tetapi aku simpan memori dan kasih sayangnya pejap-pejap, akan kudakap hingga akhir hayat.

Ia mungkin jambangan pertama dan terakhir yang pernah aku terima dan miliki. Terima kasih mak untuk kasih mak sesuci syurga.

~ ni seme yg rasa nak sambung study ni... nak dapat jambangan ros dr mak lagi huhu... oh duet di manakah ko...

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

8 Sept 2009
:: Hati Mulia...

Satu ketika dulu seorang sahabat bertanya kepadaku, apakah cita-citaku? Maka aku ketika itu menjawap, aku mahu menjadi seorang insan yang berhati mulia. Ketika membaca baris ayat ini dia mungkin mengingati pertanyaannya beberapa tahun lalu, ketika itu pucuk perkenalan baru saja bercambah.

Sepenuh hati, itulah aku nak jadi, tetapi bukan mudah. Kerna selagi bergelar manusia, selagi itulah hasutan syaitan akan memesongkan niat murni kita. Aku berusaha, walau berkali tersasar aku tidak pernah berhenti untuk terus berjalan di jalan yang lurus itu. Mempunyai hati yang mulia adalah matlamat abadi. Sesukar mana pun, aku tetap berjalan ke arah itu.

Tadi, seorang teman yang lain pula bertanya, kenapa ujian berulang kali tiba ke pintu hidupnya, mengetuk dan memporak perandakan mukim perasaannya, sedangkan dia tidak pernah berbuat yang tidak-tidak kepada si pembawa gulana.

Aku katakan dalam hidup ini sememangnya ada hati-hati yang tidak tenang, dan mereka itu cuba mengadakan ketenangan dan kepuasan dengan mengganggu gugat kehidupan orang lain yang dilihatnya lebih sempurna dan teratur. Itu lumrah. Dan kerana lumrah sebegitu mungkin kebanyakkan orang menerima perangai manusia yang sebegitu sebagai satu fenomena yang biasa. Cuma apabila yang disakiti itu adalah hati kita, maka sedikit sebanyak kesabaran kita tercabar dan ada masa pula amarah meraja. Sungguhpun begitu bukan lah bermakna kita telah menolak dan melupakan hasrat suci kita untuk mempunyai hati yang mulia.

Sebenarnya soalan kenapa ujian datang berulang itu kita semua telah pandai menajawapnya, cuma sejauh mana dalam keadaan tidak tenang kita mampu menghadami.

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

7 Sept 2009
:: Siri resepi 'off da werl elaira - part 8' : Ikan Sambal Kicap

Oleh kerana Hanis dah batalkan acara berbuka bersama petang ini, maka aku pun pulang ke rumah dengan satu menu dalam kepala. Seingatnya seperti aku tidak pernah memasak resepi seperti yang ini. Jadi aku pun mengarang-ngarang dalam kepala. Setelah selesai solar Asar, aku pun masuk 'pejabat'.

Kali ini 'the making off'nya tidak dapat kusiarkan. Kerana bahan-bahannya yang amat mudah dan resepi ini memang 'off the world' (seperti naik roket menculin ke angkasa...) huhu... yang demikian senarai bahan-bahan dan cara memasak ikan sambal kicap yang sungguh happening ini adalah seperti berikut:

- bawang merah segenggam

- bawang putih setengah genggam

- halia seinci, saiz sebesar ibu jari

- cili api pedas - kesemua bahan ini ditumbuh lumat

- ikan selar (seberapa yang kalian mahu), oleh kerana hanya aku dan ibu maka seekor sudah memadai, itu pun tak habis.

- ikan selar dibedak kunyitkan dengan sedikit garam. Goreng hingga garing sedikit. Bila sudah masak toskan minyak dan letak dalam mangkuk yang sesuai.

- oleh kerana taugeh semalam telah kuhabiskan untuk laksa sarawak, maka tauhu nya terbiar sepi, yang demikian hari ini kugorengkan sekali tauhunya, bila sudah kekuningan diangkat dan disusun di kiri kanan ikan goreng tadi sebagai bantal gulingnya.

- tumiskan bahan-bahan yang dah ditumbuk lumat tadi sehingga garing kekuningan dan rakan serumah mahu pun emak mula bersin-bersin. Itu tanda masakan yang sedang aku masak mempunyai darjah kelazatan yang off the world... huhu...

- apabila sudah garing dan naik baunya, masukkan setengah cawan air asam jawa, apa bila mendidih masukan kicap pekat dan sedikit kicap manis. Jenama apa pun sedap, jika sekiranya anda hanya mempunyai kicap masin maka mesrakan rasanya dengan sesudu rata gula pasir.

- biarkan kuah sambal kicap mendidih seketika, kemudian masukkan bawang besar yang sudah siap dihiris, lada besar merah atau hijau yang sudah dihiris (dalam peti ais tidak ada bahan ini, jadi aku skip saja lah).

- apa bila bawang kelihatan layu padamkan api dan bolehlah menyendukkan sambal itu ke atas ikan tadi. Kalau nak lebih meresap sos kicap kedalam ikan, maka ikan goreng itu di masukkan ke dalam kuali sewaktu kuah sedang mendidih, gaulkan dan angkat. Tapi dalam kes aku tadi, aku hanya tuangkan kuah ke atas ikan tersebut.

- kalau suka hiaskan lah hidangan anda, dek sebab lebihan daun ketumbar semalam ada lagi, maka kuletakkan setangkai dua di atas ikan goreng itu. seperti gambar di atas.

- langkah seterusnya ialah MAKAN huhu... kena pulak dengan nasi yang sedang-sedang lembutnya, huhu.. cukup lah tu, kecur air liur.

Sekian, untuk tatapan mata di bulan puasa.

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

6 Sept 2009
:: Siri resepi 'off da werl elaira - part 7' : Laksa Sarawak

Ok kali ni laksa sarawak, tapi seperti biasa tetap versi "off the world" a.k.a resepi "outer space" aku. Aku ejas dan rombak sesuka hati tanpa terjejas sedikit pun kelazatannya... huhu. Kita teruskan dengan bahan dan cara membuatnya:

- 1 pek/cawan perencah laksa sarawak - tanpa ini resepi ini adalah sekadar air rebusan ayam sahaja - mengerikan ya?

- santan kelapa - dari sebiji kelapa

- ayam, bebola dan kek ikan (ini aku je yg buat - tidak terdapat dalam resepi asal). Kali ini aku tak sempat nak rebus dan carik-carikkan ayam, maka aku potong kecil dan... off you go into the periuk..done..

- sedikit taugeh (dicelur), telur dadar dan daun ketumbar

- setengah paket bihun (direbus hingga masak dan tos kan airnya)

- rebuskan ayam dan pes laksa sehingga masak. Amla ada bagi tips untuk lebih sedap sila tumiskan bla bla bla terlebih dahulu baru masukan pes dan seterusnya. Tapi hari ini kita shortcut saja lah. Nak cepat.

- bila ayam dah masak masukan bebola dan kek ikan, masukkan santan, reneh hingga masak. Aku tidak tambah garam kerana selalunya dalam pes tersebut sudah ada garam yang mencukupi, kalau tak cukup nanti tambah kemudian saja. Lagipun banyak-banyak garam tak elok untuk kesihatan huhu..

- siap!

- letak lah bihun, kuah dengan segala rambu rambanya, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar - SERTA jangan berlengah lagi... slurrrppppppppp.... oppsss... kalau baca masa puasa maka sabar dulu ok... tunggu masuk waktu berbuka dulu.

- yang tidak aku sediakan bersama resepi kali ini adalah: sambal belacan, limau kasturi, udang.

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

:: Siri resepi 'off da werl elaira - part 6' : Rendang Pucuk Pegaga

Inilah yang aku idam-idamkan setelah sekian lama. Bukan senang nak dapat pucuk pegaga kampung. Seperti yang aku ceritakan dulu aku cungkil sendiri di halaman rumah. Dibersihkan dari pasir dan daun-daun yang mati, akarnya pula tidak dibuang - that is the best part! (Fajar, lirik lagu apa ni? )

Baiklah aku mulakan cerita untuk resepi yang satu ini pula ya.

- cili api segenggam, kunyit hidup sebesar ibu jari sepanjang satu inci setengah - ditumbuk lumat.

- santan kelapa dari satu biji setengah kelapa (bergantung sebanyak mana pucuk pergaga itu) - ambil kira2 4 cawan santan sahaja - pekat.

- ikan bilis, serai 2-3 batang, daun limau purut 3-4 helai

Ya itu sahaja bahannya.

- masukan cili dan kunyit yang ditumbuk dalam kuali, masukkan santan pekat tambahkan 2 keping asam keping, masak sehingga kuah masak dan mulai susut. Memang ia akan kelihatan seperti tidak cukup kuah, tetapi sekejap lagi nanti air dari pucuk pegaga itu akan keluar dan 'membanjiri' kuali anda huhu...

- masak lah sehingga kuah kering, masukkan ikan bilis, serai yang telah diketuk dan daun limau purut. Kacau selalu sehingga kering dan berminyak.

- siap!

Sedia untuk dihidangkan, aku suka kalau dimakan bersama nasi lembik yang panas - aromanya juga off the world! Cuba lah...

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

5 Sept 2009
:: Ramadhan di Jalan Tunku Abdul Rahman

Sabtu lalu, setelah pulang dari Pasar Tani Kelana jaya, Nana meminta ditemankan ke Jalan TAR untuk mencari sesuatu buat ayahnya nun di Miri sana. Objektifnya sehelai kemeja yang ringkas dan boleh juga dipakai pada hari-hari biasa. Makanya kami keluar awal, 9.30pagi dari rumah dan menjelang jam 10pagi kami telah pun berada dicelah-celah gerai yang padat sendat dengan dagangan masing-masing di Jalan TAR.

Aku memang tidak berhajat untuk membeli apa-apa. Senang kata tanpa berselindung, tiada peruntukkan. Ya, sudah dua tahun tiada pakaian baru menjelang hari raya, tidak mengganti langsir baru di rumah KL mahupun di kampung, tiada apa jua yang selazimnya diperbuat orang menjelang hari raya. Cuma kesiapan yang sungguh sederhana, yang demikian tidaklah pula mengurangkan kemeriah dan penghayatan hari raya itu.

Mungkin jua kerana usia pun sudah setengah abad, jadi keterujaan untuk pakaian baru di hari raya itu sudah lama berlalu, dan tumpuan pula meresap ke hala lain. Kuih muih raya juga tidak mendapat peruntukan, pendapatan tidak bersisa malah perbelanjaan setiap bulan tersantak ke sen yang terakhir, dan sewaktu masih mempunyai tabungan dulu, duit tabungan juga menjadi mangsa menjelang akhir bulan. Sekarang tanpa tabungan, perlu tersenyum dari hati, berzikir dan bertasbih, mensyukuri masih diberi nyawa dan masih mampu menikmati segala yang indah-indah di alam ini... demikian, aku merasa sungguh berada.

Oleh itu aku mengambil kesempatan untuk merakam suasana di Jalan TAR. Aku tidak mahu menarik perhatian orang ramai mahupun peniaga, kerana mereka selalunya resah apabila lensa kamera dipetengkan tepat ke arah mereka. Maka aku gunakan salah satu teknik yang aku pelajari dari video-video online, majalah-majalah skala murah iaitu mengambil gambar dari aras pinggang. Maka kugantungkan saja kamera yang mencecah sekilo itu dileher dan dengan bebas aku menekan punat perakam. Oleh kerana tidak mengangkat kamera ke paras mata dan mengamati ruang yang ingin dirakam melalui view findernya, maka aku main agak-agak sahaja. Ada yang menjadi, ada yang tidak... Ayuhlah kukongsikan mana yang dapat.


Kemeja-T dengan mesej yang sinis.


Pilih.. pilih...


Hah.. ini memang kemeja-t yang drastik mesejnya. Tiga orang lelaki ini seperti berminat saja?


Beli dodol kak?


Sedang menongkah arus manusia yang semakin ramai di celahan gerai, kami terserempak dengan krew Pengacara Icon sedang membuat persiapan.


Lama juga abang ni merenung dan bertanya-tanya tentang kuih-muih, mungkin mencongak-congak berapa kotak perlu dibeli.


Model tudung yang masam :(


Cantik-cantiknya runner meja ni... kalau lah...


Beli kak telekung sulam untuk solat sunat Hari Raya.


Gelang kristal yang berwarna-warni dan bergemerlapan...


Ketupat palas... sedapnya lah tu.


Kain pelikat la la la la...


Buah tamar segar...


Cantik tu kak...


Bunga-bunga matahari....


Selamat Hari Raya... :)


Kaki lima menuju ke Sogo yang sesak.


Shop till you drop kena saman... huhu...

Kami pulang awal sebelum Jalan TAR benar-benar sesak dipadati manusia. Menjelang jam 12tgh hari kami beredar. Awalnya ingin mencuci mata ke Sogo, namun bila melihat kesesakkan yang bermula dari kaki lima blok Sogo, kami membatalkan hasrat. Lagipun tidak ada apa yang ingin kami cari di Sogo.

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]


:: Siri resepi 'off da werl elaira - part 5' : Kerabu Mangga

Ini adalah antara bahan-bahan yang aku gunakan untuk membuat kerabu mangga versi off the world aku, yang orang lain tak buat macam tu kut. Mungkin ada sedikit atau banyak perbezaan. Tetapi yang penting memang "off the world!"

- sebiji buah mangga muda.

- cili api secukupnya.

- sekuntum bunga kantan

- sebatang serai

- beberapa biji limau kasturi

- sedikit udang kering

- sebiji bawang besar

- daun limau purut (tiada dalam gambar)

Parutkan mangga. Hiris semuanya dengan halus. Dan gaulkan. Masukan jus limau bertapis (lebih kurang 5 biji) dan gaulkan sehingga rata.

Tambahkan gula (3-4 sudu mengikut citarasa sendiri) dan sedikit garam.

Rehatkan selama setengah jam atau lebih, sedia untuk dihidangkan.

Selain dari menyediakan kerabu mangga, masakan lain termasuk lah gulai daging salai dengan bacang muda, masih ada baki lagi, aku ambil 4 buah tempohari. Ada juga pisang kapas dari kampung untuk dibuat lepat. Tetapi kali ini aku hanya ingin bercerita tentang kerabu mangga sahaja.

Udang kering yang digoreng garing, kemudia di tumbuk dan ditaburkan dalam bahan-bahan yang lain.


Gaulkan semuanya.


Punya lah sedap...


Ongah mendahului sebaik azan bergema...

Aku pun panggil ongah dari blok sebelah untuk sama-sama berbuka puasa. Lagi ramai lagi seronok kan. Kakak ipar bawa asam pedas ikan kembung dengan bendi, ikan bilis goreng tepung dan sayur. Pian pula ke pasar ramadhan membeli martabak. Kali ini kami tak guna saprah seperti biasa, guna dulang atau kami panggil "jamba" baru re-al feeling kampungnya huhu...

Tu kalau korang teropong betul-betul boleh nampak gulai daging salai dengan mangga muda... hoho bercerita je kecur air liur aku.

KOMEN ANDA [ ERIKAS II ]

 

 

 

yang berziarah di hujung rimba...

 

Puteri Elaira

Create Your Badge


Visit PENA

Jom Shoping

Jom Tonton


Kelab Sahabat
M. Nasir

Sertai kami di:
Yahoo Group
sahabat_mnasir

-----

Syair Debu

Terindah

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada
Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua


Bacaanku

Sudah Tamat

 

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

 
Copyrights © 2002 - 2009 Myths in the Haze
http://www.elaira.net