Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon lama
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
rosh blog
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari
sang perba

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib

~@~

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson
dewangga sakti
filem pendek
vovin

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal

better photo
kodak
fototeacher

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
basrie

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
shaliza
shaliza.com
sinzmanual

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki
razzi rahman

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac - mei 2008
jun - julai 2008
ogos 2008

~@~

25 Sept 2008
:: 25 Ramadhan 1429

Cepatnya masa. Ramadhan yang indah ini sudah mau berlalu, tinggal lima hari sahaja lagi. Sayu rasanya hati.

Ramadhan kali ini aku merasakan satu kehidupan yang sangat sempurna dan cukup indah. Seindah mana pun ia bakal berlalu juga. Sedih.

Semoga keindahan ini terbawa dan terpinjam untuk setahun yang akan datang. Aku akan merindui Ramadhan seindah ini.

Untuk semua Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Semoga bergembira di hari yang mulia ini.

Salam kasih dari hujung rimba.

16 Sept 2008
:: Perlunya kita berfikir...

Dalam menjalani kehidupan ini, kita sememangnya berfikir. Sehabis bila lapar pun kita akan berfikir untuk makan apa. (Mentang-mentang bulan puasa, bicara makan saja ya ). Yang demikian berfikirlah. Kalau ketika itu fikiran kita kusut dibebani masalah bertan-tan, laksana pergunungan Everest terhempap di atas kepala sekali pun, carilah ruang untuk berfikir. Biar ruang itu sedikit, asalkan kita mampu berfikir dan mempertimbangkan hal-hal dengan waras dan sewajarnya.

Terutama hal-hal berkaitan hubungan kita sesama manusia. Rakan-rakan dan handai taulan yang berada di sekeliling kita ini amat berharga sebenarnya. Maka hargailah sewajarnya, tidak perlu berlebihan kerna yang sederhana itu juga adalah tuntutan agama.

Jangan nanti bila susah baru nak cari mereka. Jangan salahkan mereka kalau mereka tidak dapat berada di sisi kita seperti yang kita harapkan. Dan jangan salahkan mereka kalau mereka tidak akan berada di situ lagi dan menghilang dari dunia kita. Belajarlah menghargai insan-insan yang hadir dan ada dalam kehidupan kita, sebelum mereka pergi dan tiada.

12 Sept 2008
:: I wish everyday is Ramadhan...

Ramadhan kali ini berbeza. Sehingga membuat aku kata "I wish everyday is Ramadhan, the whole year through." Perkara yang paling berharga dan mahal dalam hidup memenuhi Ramadhan ini - ketenangan dan kegembiraan. Ya Allah syukur seluas jagatraya segala isi alam atas kurnia sebegini, terharu dianugerahkan ihsan untuk merasa nikmat Ramadhan, apakah buat pertama kalinya? Aku rasa ya... buat pertama kalinya. Mungkin bagi kalian ini biasa, tapi jujur bagiku ini pertama kalinya. Mungkin baru kali ini Tuhan itu sampaikan 'pelajaran' ini kepadaku.

Ramadhan ini hidup lebih teratur. Aku berpeluang pulang seawal 4.30 petang. Perjalanan pulang dengan van-komuter-bas lancar. Asalkan berada tepat pada masanya di setiap stesen. Aku mau merasakan semua ini sebelum hidup berubah nanti. Sampai ke rumah awal, menatap wajah mak dan memasak juadah berbuka yang sederhana untuk kami berdua. Dan ya, aku juara! Juara kerana setelah 11 hari berpuasa, belum sehari pun aku berbelanja di Pasar Ramadhan. Dan aku akan cuba kekalkan selama mungkin. Terasa seperti satu cabaran dan keseronokkan pula dengan tidak mengunjungi Pasar Ramadhan. Selain dari mengelakkan pembaziran dan berlebihan, aku juga mampu berjimat sekurangnya RM10 sehari. (Kalau ke Pasar Ramadhan sudah pastilah tidak kurang dari RM10 sehari akan dibelanjakan.)

Pagi ini adalah pagi selepas hujan. Bumbung kereta Nana basah dengan bintik-bintik bekas air hujan. Suasana masih kelam ketika kami memulakan perjalanan ke pejabat. Belum pun jam 7pagi, harus bersegera sebelum lalu lintas sesak dan senak. Setengah jam kemudian aku di perkarangan bangunan pejabat.

Sejuk dan segar. Indah. Mendongak ke atas melihat langit. Ohh... cantiknya, awan berdelar-delar dan langit membiru. Mentari pula mula bersinar garang di langit timur. Sayang sungguh aku tidak membawa kamera bersama, jika tidak tentu bisa kukongsikan dengan kalian di sini.

Keindahan di mana-mana, ingin kupetik setiap kuntumnya dan selitkan di sanubari kalian setiap satunya, biar apa yang terasa ini dapat dirasai bersama. Indahnya dunia.

10 Sept 2008
:: Lawa Terung, Resepi istimewa Ramadhan di Hujung Rimba...

Tiap kali Ramadhan kami pasti tidak pernah tinggal untuk menyediakan resepi kegemaran keluarga ini. Kami panggil "Lawa Terung". Dulu semasa masih kecil dan arwah nenek masih ada, dia selalu menyediakan juadah ini untuk kami. Tetapi ketika itu aku tidak suka masakan ini. Tekak anak-anak mungkin, hanya mau lauk yang sedap-sedap sahaja. Mungkin juga faktor usia atau entah apa adanya, maka semakin banyak masakan yang aku tidak suka sewaktu kecil dahulu menjadi kegemaran kini. Dan juadah ini adalah salah satunya. Ayuhlah aku kongsikan dengan kalian, resepi menyediakan "Lawa Terung" ini... sangat mudah dan murah.

Bahan-bahannya:

Terung cina - dibakar hingga masak.
Kalau dulu arwah nenek akan bakar dengan api sabut kelapa yang kering.

Sekarang, mudah dan ringkas - bakar atas dapur gas saja lah.

Cili api - mengikut cita rasa, kalau nak pedas tambah lah lagi. dulu arwah nenek pernah tumbukkan lada hitam sedikit untuk aromanya, rasa hangat nya juga.

Ikan bilis - ditumbuk lumat.

Asam limau - kasturi atau nipis, boleh saja ikut mana yang ada.

Bawang kecil/merah - dihiris.

Pati santan kelapa (tiada dalam gambar).

Cara membuatnya:

Terung yang dibakar tadi dibuang kulitnya yang telah hangus. Dan dibelah-belah seperti gambar di sebelah.

Taburkan garam halus secukup rasa.

Taburkan ikan bilis yang telah ditumbuk lumat bersama cili api ke atas terung.

Taburkan juga bawang merah yang telah dihiris.

Untuk rasa 'dramatik' (banyak la aku punya dramatik :p) taburkan rempah kari secukup rasa. Aku memang jarang ada sukatan, main baling-baling je hehehehe...
Perahkan santan kelapa. Ambil patinya sahaja. Oleh kerana hidangan ini tidak dimasak selalunya mak akan ramas kelapa dengan air panas masak.

Gaulkan semua bahan yang ada di atas terung tadi hiingga mesra dengan terung.

Perahkan asam limau secukup rasa. Aku suka kalau ia lebih masam. Gaul rata semuanya.

Dah siap untuk dimakan bersama nasi putih atau tak putih. Huhuhu... kecur air liur aku wehhh...

Ni sumo yang raso nak buek layi sekali balik karang nih... adeh... sunggoh menjejerkan air liur huhu...

Aromanya... rasanya... hoho... cubalah baru tau.

Mudah kan? Dan rasanya sungguh lah enak. Selamat mencuba pada yang terasa nak mencuba.

 

4 Sept 2008
:: Yang indah...

Hari ini semuanya indah.

Pagi segar dengan kabus bukan dengan jerebu.
Kereta pertama yang terkesan kanta adalah BMW 5series di ruang letak kereta.
Jalanraya menuju ke pejabat tidak sesak.
Suasana perkarangan pejabat pun segar dan nyaman dihiasi bourgenvilla beraneka warna.

E1 yang tersangatlah jarang menegur di YM hari ni beri salam.
Salam yang aku tau maksudnya.
Minta pengesahan tempahan 'kueh tengkorak' yang dijualnya.
E1 gigih menjual kuih tengkorak, aku beri sokongan setelah bertanya harga aku pesan dua balang.
E1 kata tahun depan aku dapat bonus sebab dah jadi pelanggan setia dua tahun berturut-turut.
Terima kasih E1, nanti tahun depan aku tuntut.

Urusan hari ini semuanya berjalan lancar.
Lagu-lagu pun merdu.
Kawan-kawan mula merancang majlis berbuka, merangkap reunion tahunan.
Harus tempah tarikh awal-awal, kalau lambat takut bertembung dengan majlis berbuka yang lain pula.
Aku pujuk kawan-kawan yang 50-50 nak pergi tak ndak tu, akhirnya mereka setuju, aku kata tahun depan mana tau aku tak de di dunia ni lagi, jadi tahun ni lah kalian nak jumpa aku.
Mereka setuju untuk datang.

Ramai di pejabat hari ini.
Fairus kata wajahku berseri-seri Ramadhan ini, alhamdulillah.
Dia minta resepi sotong, aku cari dan ada banyak resepi di sini, nampak enak dan menyecurkan liur.
Tapi sebelum itu aku telah berikan Fairus satu resepi yang aku cipta-cipta sendiri.
Aku yakin resepi itu sedap dan boleh diaplikasi ke atas udang, ketam, ayam dan daging.
Tiba-tiba aku pula terasa ingin mencuba nanti.

Hari ini indah, begitu juga aku.

3 Sept 2008
:: 3 Ramadhan 1429

Tahun ini tidak ada ucapan seperti tahun lalu, aku pun tidak bising-bising tentang 3 Ramadhan tahun ini. Yang paling penting bagaimana 3 Ramadhan ini adalah sebermulanya kehidupan seorang aku.

Mak masak wajik manis malam ini, setelah siap dan entah bagaimana mulanya terluncur dari mulutku bahawa hari ini 3 Ramadhan dan ia adalah hari lahirku. Kata mak, nah justeru wajik manis ini adalah bersermperna ulangtahun kelahiranku lah. Aku senyum mulus, moga hidupku kan semanis wajik tanakkan mak. Aminnnn.

2 Sept 2008
:: Salam Ramadhan Al Mubarak dari Hujung Rimba...

ihsan dari www.amoudy.comAssalamualaikum, kesejahteraan kupohonkan buat semua pengunjung Istana di Hujung Rimba. Semoga dengan kehadiran bulan yang penuh berakah ini hati kita disejukkan dari segala hasad dunia. Semoga bukan hanya sebulan yang mulia ini kita penuhi harian kita dengan amal ibadah yang lanjut dari penghujung malam ke awal pagi, malah bisa juga kita praktiskan pada harian seterusnya sepanjang usia kita. Moga sejuk nurani, moga kekal putih hati kita menginjak usia tersisa.

Ramadhan kali ini umpama lantera-lantera yang benderang saling membidikkan cahaya yang sekelumit dan menggandakan lapisan cahaya sesama sendiri. Dan lintuk liuknya setiap satu ibarat nyanyian firdausi lurus ke dalam hati. Bergemerlapanlah seluruh maya malam Ramadhan menerangi kepergian mentari siang. Sapaan bayu pula adalah kembar beriringan meratipkan kasih Ilahi.

Indah. Dengan harapan yang sarat begini, hidup terasa lebih hidup. Syukur pada Pencipta atas kasih yang tidak berbelah bagi. Aminyarobbalalamin...

:: Buat pertama kali...

25 Ogos 2008. Banyak perkara akan berlaku buat pertama kali. Seperti jambangan mawar pertama yang aku dapat adalah dari mak di hari graduasi (oh terharu sungguh). Dan hari yang bertuah ini buat pertama kali kedua belah tanganku ditusuk jarum cik Misi. Setelah tangan kanan tidak merembeskan darah yang cukup untuk sampel ujikaji, Cik Misi beralih ke tangan kiriku pula. Bukan setakat memasukkan jarum dengan hujung getah bercabang tu, diperah-perah lagi, jarum getah sepanjang lebih dua inci itu disorong tarik entah berapa kali, darah pun tidak keluar juga. Aku pun heran kenapa lah darah tak mahu keluar. Syukurlah akhirnya cukup juga untuk dibuat sampel ujikaji. Dan kesan lebam di kedua belah tanganku masih 'lawa' hinga ke hari ini.

Aku ke HUKM menghantar mak atas pemeriksaan rutin, dalam pada itu demam pelik terus-terus mengganggu keselesaanku. Lutut sakit, pergelangan kaki sakit, kulit kaki terasa seperti melecur disiram air panas. Bila mak bertegas, aku pun ke Unit Kecemasan bahagian "Tidak Kritikal" untuk mendapatkan rawatan. Lama aku menunggu doktor, dari jam 11pagi hingga semua nya selesai lebih kurang jam 2.30petang. Kes aku bukan kes kecemasan, jadi aku kena tunggu. Kerana aku kakitangan swasta maka aku kena bayar RM30. Doktor kata aku bukan demam denggi, platlet darah aku 375. Aku gembira tapi kaki aku sakit tak terkata.

Doktor kasi aku ubat; paracetamol, antibiotik, umat selsema dan ubat batuk, walaupun aku tidak mengalami selsema dan batuk. Doktor kasi aku cuti sakit 2 hari. Mahal MC aku ni, dari hospital kerajaan dan satu dalam masa 5 tahun (atau lebih) barangkali?

Balik. Makan ubat bersungguh-sungguh. Sakitnya macam itu jugak. Susahnya nak berjalan. Gusi pun pecah-pecah dek panas badan yang tinggi. Mak masakan bubur, semangkuk kecil saja yang diterima tekakku. Dalam hati; ada peluang nak turun berat lah macam ni. Ongah belikan air kelapa, aku habiskan semua. Bintik-bintik merah naik di kaki dan tangan, aku jadi risau. Hidungku juga penuh tompok merah.

28 Ogos 2008. Khamis, kerana sakit yang seperti tiada redanya maka mak menggesa aku ke klinik swasta berhampiran rumah. Dr. Rama terangkan dengan jelas tentang sakit aku ni. Katanya aku bukan kena Chikungunya , tapi kena virus lain yang namanya Cellulitis. Dua kali aku tanya doktor tu nama virus tu. Aku tak tanya kali ketiga sebab tak nak lah nampak aku ni bodoh sangat kan. Jadi bila balik, aku kan nama yang hampir-hampir sama dengan bunyi yang aku dengar. Dan hasilnya sungguh memuaskan, lengkap dengan gambarajah penerangan lagi. Silalah rujuk Cellulitis agar kalian juga tahu.

Dr. Rama beri antibiotik yang lebih kuat, katanya aku mesti habiskan - tak ada masalah. Dia juga beri aku ubat tahan sakit, ubat kahak dan ubat sakit tekak. Aku tak batuk lah doktor. Mungkin pekej agaknya tiap doktor kalau orang demam dia akan beri ubat batuk dan selsema juga walau pesakit tak mengalaminya. Tak apalah, dalam keadaan ini dia yang lebih tau tentang penyakit aku. Kata Dr. Rama kalau esok (Jumaat) aku tak baik juga, sila berjumpa dia lagi untuk ujian darah sepenuhnya. Aku suka. Ringkas, tepat dan padat.

Balik. Aku makan ubat bersungguh-sungguh. Sabtu dah ada perbezaan, sakit dah kurang. Ahad, bertambah baik. Isnin aku sudah boleh berlari walau masih ada sisa sakitnya.

Bila terbaring dalam gelap dengan demam panas yang tinggi, mulut dan gusi pecah dan berdarah, imbauan yang sentiasa mesra denganku turut sama hadir. Apakah agaknya keadaan dalam lahat itu kelak? Syukur Tuhan aku masih diberi hidup untuk menikmati segala nikmat dunia yang tidak terkata indahnya. Syukur Ya Rab membolehkan aku menikmati Ramadhan sekali lagi tahun ini. Terima kasih buat kawan-kawan yang prihatin dan selalu bertanya khabar, sungguh aku terharu dalam sakit dan diamku dari dunia siber ini masih ada yang peduli. Moga kalian dan keluarga dijauhkan dari Cellulitis atau apa jua sakit yang lain adanya. Aminnn.

yang berziarah di hujung rimba...

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Jom Shoping

Jom Tonton

Konsert Alam Musik
M. Nasir di Istana Budaya Oktober '08

M.Nasir akan mengadakan konsert di Istana Budaya Oktober ini, bagi para peminat Sifu jangan lepaskan peluang ini. Keterangan lanjut sila hubungi Luncai Emas atau layari laman web Luncai Emas seperti di bawah.

Jumpa semua di sana!


Kelab Sahabat
M. Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha MurniLagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita
mySpace

-----

Terindah

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Bila Waktu Telah Berakhir - Opick

Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

Bila waktu telah berakhir
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi

Bacaanku

Sudah Tamat

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

Buku-buku boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net