Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon lama
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
rosh blog
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari
sang perba

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah
pyanhabib

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib
alamat cinta

~@~

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson
dewangga sakti
filem pendek
vovin

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal
shaliza
shaliza fp

better photo
kodak
fototeacher
fotokawin

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
basrie

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS & FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
budu dan belacan
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
sinzmanual
bob danial

~@~

ISLAM

saifulislam
harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita
umrah2u

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki
razzi rahman

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007

Ver 6.0
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac - mei 2008
jun - julai 2008
ogos 2008
sept 2008

Ver 7.0
okt 2008

~@~

:: 25 - 27 Okt 2008

Ke Kuala Pilah menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak lelaki sulung Kak Long Rahimah. Aku mengenali Kak Long sewaktu mula menjalani alam pekerjaan di Ampangan Seremban. Ketika itu hampir setiap hari aku dan Kak Siti ke rumah Kak Long untuk makan tengahari atau berbincang soal perniagaan sambilan MLM, yang pertama dan terakhir kusertai. Dan kini walaupun aku tidak lagi terlibat dengan perniagaan tersebut, dan hanya sebagai pengguna kepada barangan tersebut sahaja, persahabatan serta ingatan tetap kekal mesra, walaupun tidak dapat selalu berjumpa.

Dulu sewaktu aku di UiTM, Kak Long sekeluarga ke Glassgow mengikut suaminya melanjutkan pelajaran. Kemudian Kak Long di Pulau Penang pula juga kerana mengikuti suami bertugas di sana. Seingat aku pada tahun 2003 aku sempat berkunjung ke rumahnya ketika Hari Raya. Dan mungkin itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya. Seingat aku lagi lebih kurang dua tahun lalu kami sering berhubung di talifon, tetapi tidak sampai sempat bersua muka.

Sedar tak sedar waktu telah menerbangkan kita jauh, Imran yang dahulu masih di sekolah rendah dan selalu semput-semput kini sudah pun mendirikan rumah tangga. Masa benar-benar menenggelamkan aku jauh, rasanya hanya baru kelmarin semuanya berlaku.

Hidangan istimewa disajikan buat tetamu, masakan kampung semuanya, sayur umbut kelapa masak lemak putih, sayur nangka, gulai daging masak lemak cili api, sambal gesek*, ayam goreng serta beberapa hidangan lagi. Satey, tapai, ABC, lemang, rendang, antara juadah Hari Raya yang turut sama dihidangkan mentelah masih dalam bulan Syawal.

Bertemu dengan pengusaha dan empunya Taharah Global Sdn Bhd, Kak Zakiah yang juga adalah teman akrab Kak Long sedari bangku sekolah. Kami makan semeja, dan berjelalah bicara soal perniagaan dan sejarah persabahatan beliau dan Kak Long. Sesungguhnya pertemuan itu membenihkan inspirasi, menyemarakkan semangat dan serasa bertemu suluh yang bisa membawa berlari. InsyaAllah.

Mungkin terlalu leka bersembang dengan kenalan lama dan baru, pengantin yang agak jauh nun di atas pentas jadi tidak terperhatikan, maklumlah aku pun rabun. Cumanya ada satu pertemuan yang terkesan melebihi semua pertemuan. Bila mana denai dan galur lama diselusuri, masih ada kembang-kembang mekar dan masih harum tumbuhnya menghadap matahari keindahan sebuah kehidupan. Istimewa dan sangat indah, kukotakkan dalam kaca terindah buat kenangan seumur hayat, agar ia kekal seperti adanya, indah dah tidak pernah layu. Syukur Tuhan atas bumi yang sungguh subur dan menghijau hingga tidak satu pun dedaunnya rengsa dan layu dilupai masa.

kek pelangi sedang disediakan, yang dalam oven tu portion khas untuk aku huhuhu... mahal sunggoh! TQ Cik Senah! Psst...tempahan dibuka sekarang ;)Setelah meninggalkan majlis aku dan Nana ke rumah Hasnah, jua melengkapi undangan. Sebetulnya majlis di rumah Hasnah adalah di sebelah malamnya, tapi oleh kerana aku ingin kembali ke Kota Lumpur sebelum malam berlabuh maka aku singgah sahaja apa adanya. Hasnah masakan kek pelangi sebagai kek harijadiku, sungguh terharu atas ingatan. Kek yang masih panas sangat enak dimakan dengan sirap dingin. Aku turut dibekalkan dengan mee kari. Maka penuhlah ruang belakang kereta Nana dengan lauk pauk dari kenduri Kak Long dan bekalan dari rumah Hasnah.

Kami beredar dari rumah Hasnah sambil berpesan agar menitipkan salam buat teman-teman lain yang bakal tiba malam nanti, cemburu benarnya bila mengingatkan malam nanti bakal ada majlis yang indah dengan ayam panggang dan segalanya, derai tawa sahabat MHG88 (ex-Convent Seremban), tetapi kerana aku harus bersegera pulang, maka aku ingatkan yang indah-indah sahaja adanya. Dengan izin Tuhan, aku pasti bertemu sahabat-sahabat kesayanganku lagi satu masa nanti.


Sewaktu ingin meninggalkan rumah Nisah, langit senja bertatahkan keemasan begini. Aku tidak mengabadikan wajah bayinya di lensa kamera, jadi ini saja yang kubawa pulang. Bahawa langit ini bersaksi akan pertemuanku dengan insan kecil yang sungguh indah wajahnya, keemasan itu jua terlukis diromannya. Moga dewasa menjadi solih dan berbakti pada agama dan bangsa.

Ketika melalui Paroi waktu sudah menghampiri jam 6petang. Aku ingat-ingatkan jalan ke rumah Nisah, kalau tidak singgah hari ini bila lagi? Maka kami membelok ke kanan di simpang Gedong Lalang menghala ke Jiboi Baru. Alhamdulillah Nisah ada di rumah, maka dapatlah bersua dengan bayinya yang baru berusia seminggu itu, sungguh comel. Bayi lelaki pertama, aku tumpang gembira. Kak Long (anak sulung Nisah, sudah tidak malu-malu lagi menyahut bila disapa. Rutinnya tetap dengan permainan komputer, sementara dua lagi adiknya memerhati. Salsabila berbaring bersama adik kecilnya, bila kucuba hampiri dia pantas menggeleng, dimataku itu sungguh comel. Dengan kudrat kecilnya untuk 'mempertahankan' adik lelaki yang masih merah, dia hanya mampu menggeleng bila aku ingin menyentuh adik lelakinya itu. Ahh... comel benar...

Bersembang dengan Pak Cik (ayah Nisah) menghanyutkan aku hingga menghampiri Maghrib. Tentang susur galur, bagaimana kami bersaudara, bagaimana asal usul nenek moyang kami dari Sumatera menghilir Sungai Siak dari Minangkabau dan memudik Sungai Muar hingga ke Kuala Pilah, Seri Menanti, Lenggeng, Ulu Langat dan sebagainya. Benar-benar menghayalkan dan seolah tebawa ke masa lampau pula. Bebarapa fakta dikupas dan dikongsikan. Aku berhasrat menuliskan semua maklumat ini, agar nanti mudah generasi keluargaku memahami asal usul mereka, ya sudah tentu aku punya sebab musabab yang kukuh kenapa aku mahu mereka tahu semua ini.


Oleh kerana impian harijadiku selalu inginkan kek blueberry tidak tercapai, maka kupotong chocolate moist yang Mira buatkan untukku (oh sungguh terharunya bonda, terima kasih anakanda isk isk) dan kuletakkan blueberry di atasnya. Mencukupi. Sesungguhnya yang sederhana itulah yang terindah. Begitu juga dengan kek pelangi hadiah dari Hasnah. Sempurna segalanya.

Sampai di rumah sekitar jam 8malam. Tak berapa lama selepas itu adik-adik ipar Ongah datang bertandang. Maka riuhlah teratak kecilku, mee kari dari kiriman Hasnah ku keluarkan, begitu juga kek harijadi, kek coklat moist yang Mira buatkan, juga kek pelangi yang Hasnah hadiahkan. Alhamdulillah walaupun masa singkat sempat jua kuhidangakan tetamu seperti yang sepatutnya, walaupun awalnya mereka menolak kerana sudah terlalu kenyang dengan hidangan di rumah Ongah. Indah bila keluarga berkumpul begini.

Esoknya aku punya agenda menggeledah Low Yat bersama Nana. Misi belum sempurna walau matahari sudah lama tenggelam. Kami pulang dengan hasrat menyambung misi esoknya. Isnin, cuti Hari Deepavali. Rancangan berubah bila Hasnah menalifon dan memberitahu akan ke rumah. Aku pening kepala memikir apakah menu yang ringkas dan mudah untuk dimasak. Bangun awal pagi esoknya satu set menu siap dalam mindaku; nasi karot, ayam masak merah, sup sayur campur. Bila Hasnah sampai, dia bawa sekali pajeri terung cina, dan masakkan pula goreng terung telunjuk kampung dengan cili api. Sempurna! Cuti tiga hari yang tidak terasa berakhirnya.

22 Okt 2008
:: MitH kini Ver 7.0

Bermakna ini adalah tahun ketujuh aku aktif dalam penulisan blog. Sewaktu aku bermula, tidak begitu ramai penulis blog yang ada di tanah air ini. Medium yang digunakan untuk menulis blog pula adalah laman web-laman web percuma dengan ruang dan bandwidth yang agak terhad. Pun begitu ia tetap meriah dan mampu mengikat ukhwah dan mengeratkan silaturahim. Maklumat bertukar minda dan inspirasi menjalar ke setiap sukma. Secara tidak langsung aku melihat blog sebagai satu medium pemotivasi secara senyap.

Hari ini blog tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Mungkin selaras dengan banyaknya aplikasi blog yang dapat digunakan secara percuma. Bloger tidak lagi perlu mereka bentuk blog dan catatan boleh diabadikan hanya dengan mengisi diruang yang disediakan. Dan seorang individu mungkin mempunyai beberapa blog sesuai dengan tema dan bentuk penulisan yang berbeza yang ingin disampaikan. Mungkin juga melalui beberapa identiti yang dicipta. Blog juga tidak semata berkisar tentang diri pemiliknya saja, ada yang berona politik, seni, perniagaan dan macam-macam lagi.

Aku berkongsi hari lahir dengan MitH. Terima kasih buat semua teman-teman tersayang yang sudi memberi ucapan di talifon, sms, emel, facebook, friendster, tagged dan secara live. Terharu sungguh atas ingatan kalian. Walaupun hajat hati untuk bertemu Ita dan meraikan bersama tidak kesampaian, malah usaha untuk bertemu Ita sedari sebelum puasa hingga ke hari ini masih belum berhasil. Moga kita bertemu juga dalam waktu terdekat ini.

17 Okt 2008


14 Okt 2008
:: Puisi cinta...

Telah kau isi hatiku
dengan seribu warna
seribu kemeriahan
debur laut, bersenandung dengan cinta sang camar
desir angin, melagukan puisi kasih awan gemawan

Seperti menelusuri denai hijau dipinggir rimba
hijau nan damai terbawa ke lubuk sanubari
dan sepi dari sulaman belantara
terpinggir menjadi indah yang merestui suasana

Segenap ruang terisi
ini cinta, cinta, cinta...
biarlah aku lemas selamanya
biarlah kemabukan ini melayangkan aku ke seluruh buana
biar tiada jalan pulang pun aku rela

Seluruh hidup ini
seluruh nafas dan degup jantung ini
seluruh keberadaan ini
telah tertunduk pada utuhnya kasihmu

Biarpun prahara membadai
tiadalah berganjak pautan
maka biarlah aku menyintaimu seluruhnya
kerna dengan begitu aku damai.

~~@~~

:: Hati kita...

Hati tersentuh pilu bila membaca akhbar hari ini. Berita tentang seekor paus terkandas di pantai Kuala Sungai Nenasi, Pekan, Pahang. Kesal kerana usaha menyelamat mamalia ini tidak dilakukan dengan bersungguh. Hanya sekumpulan penduduk dari kampung nelayan di situ yang prihatin dan cuba membantu dengan kudrat setakat yang ada. Semoga paus ini terus bernyawa menanti air pasang semula. [ berita ]

 

~~@~~

:: Selamat Hari Lahir Razliza...

Selamat Hari Lahir buat Raz atau selalu aku panggil "Bireh", sahabat dari darjah 1 - dalam darjah yang sama, dan berlanjutan ke sekolah yang sama di Convent Seremban, walau tidak lagi di kelas yang sama (dia lebih bijak dan di tempatkan di kelas orang-orang bijak, aku kelas belakang-belakang sikit ) tetapi kami tinggal di asrama yang sama.

Di hari lahirmu ini, aku ucapkan semoga sehat walafiat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah senantiasa. Terima kasih atas persahabatan murni selama ini. Semoga silaturahim kita kekal selamanya.

13 Okt 2008
:: Hari Mengantuk Antarabangsa...

Hari ini adalah Hari Mengantuk Antarabangsa. Hujung minggu yang padat, mungkin sebab terbaik untuk menjawap perkara tersebut. Sabtu berkursus seharian, tiba di rumah selepas azan maghrib. Ahad memasak seharian kerana saudara mara sudi bertandang. Bukan rumah terbuka, hanya Kak Non dan Abg Arshad (suami) serta anak mereka Nordi dan Saiful (suami Nordi) yang datang. Kakak dan abang ipar turut sama, yang kemudian Abang dan kakak ipar juga turut sama tiba.

Terlebih dahulu sebelum itu Jedah, Netty dan adiknya. Oleh kerana kedatangan saudara mara kecuali Jedah dan Netty tidak dirancang maka aku tidak merancang rapi dengan hidangan. Yang mana sepatutnya boleh saja aku selesaikan dengan sekali masak. Dengan demikian aku boleh saja menghabiskan masa melayan tetamu.

iron chef... huhuMalam tadi pula memenuhi permintaan Pian supaya Uwannya tidur di rumahnya. Jadi aku pun ikut sama. Aku pulang ke rumah 5.30pagi untuk bersiap-siap ke pejabat pula.

Alhamdulillah, hari ini bermula pula dengan puasa sunat Syawal. Justeru dengan kesejukkan yang tidak sihat di Bangunan Fima ini, maka aku merasa benar-benar lesu dan mengantuk. Sungguh tidak selesa begini. Semoga esok lebih segar dan minda lebih produktif.

Ada juga yang bertanya samada aku buat rumah terbuka atau tidak tahun ini. Sebenarnya aku rasa aku belum pandai mengatur rumah terbuka begitu atau lebih tepat memanggil kawan-kawan datang ke rumah dalam jumlah yang ramai. Pengalaman dua tahun lalu mencemaskan. Mungkin aku perlu merancang dengan lebih teliti. Untuk memasak sendiri semua hidangan juga mungkin terpaksa difikirkan semula. Aku bukan jenis yang cekap di dapur. Mungkin sebaiknya ada yang harus dipesan sahaja. Aku mahu lebih masa bersama kawan-kawan dan sanak saudara.

Kepada kawan-kawan yang ingin berziarah, jemputlah ke rumah. Tak perlulah tunggu rumah terbuka, bila-bila pun boleh asalkan beritahu aku terlebih dahulu. Takut nanti kalian datang rumah berkunci pula.

~~@~~

:: Datuk Shah Rukh Khan lagi...

dia pun keliru agaknya... hmmHari ini akhbar mula menjawap mengapa anugerah diberikan YDPN Melaka kepada aktor Bollywood Shah Rukh Khan. Boleh baca di sini.

Rupanya sahabat kita lebih sedap ulasannya, ayuh kita baca di sini.

Kadang-kadang aku terfikir, apakah isu sebegini sengaja diadakan, sengaja ditimbulkan untuk memeriahkan kehidupan dan membawa kita jauh dari berfikir perkara yang lebih penting lagi? Hiburan atau percandaan politik? Politik mampu dan membolehkan bermacam perkara dilakukan. Ya kan?

10 Okt 2008
:: Kehilangan 3...

Seawal pagi mendapat SMS dari Senah, ibu sahabat kami Aeen, kritikal di hospital, mohon didoakan kesejahteraan. Aku yang sememangnya maklum akan keuzuran ibu sahabatku berdoa agar Maha Pencipta mempermudahkan segalanya. Aku maklum akan ini bila beberapa hari lalu sempat bertanyakan keadaan allahyarhamah dari Aeen sendiri. Kanser paru-paru, hati tidak berfungsi - kedengaran amat serius padaku. bersama Aeen di majlis perkahwinan Ida Mei lalu...Tidak lama kemudian satu lagi SMS dari Senah menyusul, memberitahu bahawa beliau telah pun pulang ke rahmatullah, innalillah. Aku terus menalifon Aeen mengucap takziah dan pesan suapya bersabar menghadapi semua ini. Itulah hukum alam. Sebagai memenuhi kitaran, dan peringatan kepada kita yang masih berwenang melata agar ingat perjalanan kita ini penghujungnya di mana.

Aku menalifon Ita, sahabatku itu juga sayu. Senah menalifon pula, masih atas kesedihan yang sama. Ita menalifon sekali lagi mengajak aku menziarahi keluarga sahabat kami itu, malangnya aku tidak dapat sama hanya berkirim salam takziah. Izai juga menalifonku atas perkara yang sama. Kenangan zaman persekolahan diimbaunya, ke rumah Aeen, mak cik masakan gulai itik dan mereka mandi sungai Muar. Aku ketika itu tidak turut sama.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi roh orang-orang yang beriman dan beramal solah.

~~@~~

:: Untuk difikirkan...


Datuk? Shah Rukh Khan ... berpedang menentang Portugis?

"Panglima TLDM, Shah Rukh terima gelaran Datuk Wira, Datuk

MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.

Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk."

                                                                    Dipetik dari Berita Harian Online

Perkataan pertama yang keluar dari mulutku bila rakan sekerja memaklumkan tentang berita mutakhir di Berita Harian Online ini ialah "Apo ko bangang bona?"

Kalau betul nak beri penghargaan kepada artis, berilah pada Apek ke, Rosyam Nor ke, atau mana-mana artis kita yang telah bertungkus lumus memeriahkan persada seni tanah air kita ni. Amy Search pun aku tak pertikai kalau dia dapat. Aku tengah fikir ni, apa sumbangan SRK kat Melaka? Sesiapa yang tahu tolong beritahu aku ok.

Wallahualam aku ni mungkin tak tahu banyak perkara, tapi sekali aku tengok kenyataan akhbar tu aku memang dah rasa - alahai apa nak jadi dengan Malaysia ni? Tak habis-habis satu demi satu keb******* diciptakan oleh orang-orang penting negara. Akan tegak atau bertambah goyah negara begini?

Tak mau cakap banyak, kalau kalian hendak, kalian fikir lah sendiri. Terasa sungguh lawaknya, tapi aku tak ketawa pun.

9 Okt 2008
:: Aidilfitri yang sempurna...

Syukur Alhamdulillah. Semua impian Hari Rayaku tercapai. Perkara-perkara yang ingin kulakukan pada hari Raya kali ini diberi kelapangan oleh Allah s.w.t untuk melaksanakannya dan menjadikan Hari Raya itu sempurna dan akan tersemat kemas di dalam hatiku sebagai kenangan yang murni.

Impian Aidilfitri itu bukanlah hasrat menggunung-gunung, hanya yang biasa-biasa saja tetapi telah meninggalkan gembira dan keindahan yang berpanjangan. Aidilfitri sememangnya istimewa, walau tahun ini tiada baju baru, kasut baru, tudung baru, langsir baru dan semua yang baru, ia tetap meriah dan sempurna dalam erti tersendiri.

Seperti kebiasaan sedari lahir, aku menyambut lebaran di lembah hijau perkampungan di Bandar Di Raja Seri Menanti. Aku pulang awal dengan mengambil cuti sedari Jumaat sebelumnya. Rumah yang tinggal sedari awal Ramadhan perlu juga dirapikan. Aidilfitri hari indah, semestinya rumah juga perlu dirapikan serba sedikit, agar ia layak menerima tetamu yang berkunjung nanti.

Tong-tong air yang tersimpan di setor aku keluarkan. Adat Hari Raya bekalan air selalu terputus-putus, jadi persediaan awal untuk keluarga kecil kami perlu juga dibuat, agar tidak tergendala urusan di pagi Raya. Dibersihkan dan diisi air buat mandi dan memasak. Langsir lama juga ditukar, Hari Raya perlu diperuahkan, kata mak.

Sederhana, itu sebenarnya suasana Hari Raya bagi keluarga kami. Dan dalam kesederhanaan itu teranugerah satu rasa indah yang sukar kulukiskan dengan kata-kata di sini. Satu rasa yang mencorak indah ke seluruh saraf, dalam nafas yang terhela, dalam senyum yang memekar, dalam lirik mata menyapa wajah-wajah yang amat kusayang, dalam salam, dalam pelukkan, dalam dakapan, dalam desir angin yang diam atau gemuruh, dalam dentuman karbaid meriam buluh atau mercun roket, dalam lembut cahaya mentari sisir rimba malas-malas menginjak senja dan segalanya.

mesen kelapa memerah santan dengan kakak ipar memasukan pulut dengan along lemang pulut dibakar mengadun tepung utk buat lemang tepung dengan emak... training in progress :D

Kakak dan abang serta keluarga mereka pulang sehari sebelum hari mogang, hari Isnin. Hari mogang kami cuma menyediakan rendang ayam dan lemang sahaja. Rendang daging telah siap malam mogang. Jadi kami tidak begitu tergesa-gesa. Melomang kali ni kerjaku bertambah bermula dari memesen kelapa, memerah santan, memasukkan beras dan santan ke dalam buluh seterusnya membantu mak membancuh tepung untuk lemang tepung. Selalunya abang ipar yang memesen kelapa, kakak ipar dan along yang memerah santan. Tapi kali ini kerana rendang-rendangku sudah beres awal, maka aku ambil alih apa yang patut. Lebih kepada seronok barangkali, sampai terasa berebut-rebut untuk membuat kerja-kerja di dapur dengan anak-anak saudara.

Seperti mengacau penganan juga, melomang ini adalah kerja bersama seisi keluarga. Setiap orang ada peranannya, termasuklah Pian yang termuda sekali tu, tugas Pian ialah mengangkat batang2 buluh lemang ke langgaian untuk dibakar. Oh ya selain itu kerja tetap Pian ialah memasang pelita-pelita di sekeliling pagar. Hmm... rupanya minyak tanah sangat mahal sekarang ya? RM12 untuk setengah tin segelen tu, aku terkejut. Lemang siap dibakar pada malam raya, memang telah menjadi kebiasaan kami 'menyerang' lemang panas. Lemang panas-panas tu pasti terkorban 5 - 6 batang. Ada yang suka lemang pulut ada yang suka lemang tepung. Maka riuh rendahlah suara masing-masing di depan tv, meminta dibelahkan sebatang lagi.

bentuk beruang... tak sempurna mata, hidung dan mulutnya saja... tak sempat..Lampu pelita melintuk-lintuk, lampu kelip-kelip di tepi tingkap, rendang telah siap dimasak, nasi impit menunggu sejuk, Pian dan anak-anak buah bermain mercun dan bunga api ( macam lah aku tak turut sama ), lemang pun dah siap, - malam raya yang sempurna. Alhamdulillah. Bersegera tidur, esok mau bangun seawalnya untuk solat sunat Aidilfitri di surau kampung.

Aku jarang ke pusara Arwah Abah, tapi kali ini itulah impianku, walaupun tidak digalakan menziarah pusara. Dari surau kami ke pusara nenek, abah dah atuk. Sejuk nisan Abah dalam kaku yang sebegitu lama, pagi Syawal ini hangat seketika dalam sentuhan tangan-tangan kami. Walau sebak kutahankan airmata, kerana aku percaya dalam kunjungan sekali-sekala begini Abah pun tentu tidak mahu melihat deraian airmata, yang demikian kuaturkan senyum mulus penuh kasih sayang.

Abah tidak pernah jauh, sebahagian dari dirinya hidup menjadi aku. Ongah membacakan doa-doa kami sekeluarga mengaminkan. Kulihat pusara abah tampak kusam digulir waktu. Tutupbumi tumbuh melata antara dua nisan. Pusara Abah tidak begitu terurus, hanya mengharap ihsan penjaga kuburan sahaja, ada sebatang tunggul kayu yang sudah ditebang di bahagian kepala pusara, kami pun jarang benar singgah. Semenjak Ramadhan lalu aku terasa seperti ingin selalu ke sana. Dan aku ingin menjaga pusara itu agar ia sentiasa rapi. Aku ingin tanam serumpun bunga.

kakak ipar dan anak-anak, adila dan mirabeta dan along
wajah-wajah di pagi Aidilfitri
Pian bersalaman dengan Onyang nya sambil diperhatikan oleh mak giliran Amy pulak, mak akan introduce sorang2 cucu dia... setiap kali raya atau berjumpa, Uwan Acik dah lupa-lupa semuanya... aku rasa, aku pun dia dah tak ingat siapa... huhu

Hari Raya pertama ke Tanah Datar, Tanjung Ipoh dan Tanjung Galau mengunjungi sepupu, bapa saudara, nenek saudara dan saudara-mara yang lainnya. Sampai di rumah setelah azan maghrib bergema dilantun bukit bukau yang melingkungi perkampungan kami. Malam itu kakak ipar masakan lodeh yang tidak sempat di buat malam sebelumnya. Menjadi! Sedap benar rasanya, tapi dek kerana kekenyangan dari rumah saudara mara maka aku makan sepiring kecil sahaja. Aku lihat Ongah beriya-riya menambah... orang lain pun sama.

Hari Raya kedua, Ongah sekeluarga pulang ke rumah mertua di Sungai Petani. Perjalanan yang dirancang seawal pagi ditangguhkan sebentar kerana kakak dan abang sepupu menalifon ingin bertandang. Lama juga Ongah tunggu tapi Kak Ombung dan keluarga tidak juga sampai, maka Ongah bertolak sebelum sempat bertemu mereka. Sahabat di sekolah rendah dan di MGH88, Razliza sekeluarga sampai sewaktu hampir tengahari. Sebelah petang barulah kami dapat keluar rumah menuju ke Lenggeng rumah keluarga abang ipar pula.

Walaupun Along tidak berkahwin dengan abang ipar, kami tetap bersaudara. Abang ipar adalah dari pecahan keluarga sebelah atuk dari mak. Adik kepada atuk yang bernama Bakar telah menetap dan berkeluarga di Lenggeng. Jadi petang itu kami menziarahi keluarga yang ada di sana. Lama benar tidak berkunjung, pak cik-mak cik semua sudah nampak berumur dari kali terakhir kami bertemu beberapa tahun yang lalu. Hampir maghrib kami ke rumah Kak Non semula (kakak abang ipar) yang terletak bersebelahan tapak asal rumah pusaka Mak Long ( emak abang ipar). Rumah pusaka dari kayu dan berseni bina Melayu telah dirombak dan diturunkan ke bawah, kerana keluarga abang ipar yang besar bila ramai adik beradiknya yang pulang maka rumah tersebut dapat digunakan juga.

Senja itu Wati, anak ketiga Kak Non yang bertugas sebagai guru di Samarahan, mula mengeluarkan satay-satay yang telah dibeli oleh Nordi (kakak kedua) untuk dibakar. Ayah, kak longnya serta anak-anak saudaranya yang lain belum pulang dari beraya ke Rantau rumah saudara mara mereka. Sementara itu selepas maghrib abang ipar membantu Wati menyediakan tempat membakar di bawah pepaleh di sebelah kanan rumah. Mak sibuk berbual dengan Kak Peah yang terlantar sakit. Kak Peah kami panggil juga Kak Ngah Peah adalah kakak kepada Kak Non dari bapa yang berlainan. Kak Peah ada seorang abang, Along Rahman yang tinggal di Kedah. Along Rahman tidak balik raya kali ni.

Kak Peah cacat penglihatan sedari umur remajanya setelah mengidap demam panas. Dan kini dia mengidap parkinson pula. Kasihan benar aku melihat dan mendengar rintihannya mengadu pada mak. Berjuraian air matanya merintih nasib malang hidupnya. Bahagian dia telah dapat aku lihat di depan mata, aku ini pula tidak tentu bagaimana adanya. Sayu benar melihat penderitaan Kak Peah, tapi apalah yang dapat kubantukan selain mendengar rintihan dan berusaha memujuk.

Di luar bau satay dibakar mulai menusuk hidung. Tidak berapa lama mereka yang pergi beraya di Rantau pun pulang. Nasi dihidangkan di beranda depan rumah bersebelahan dengan pepaleh tempat abang ipar dan Wati mengipas satay. Keluarga si sini ramai, jadi meriahnya lebih. Abang Kamal ( abang kepada abang ipar) dan Abang Zul ( adik bongsu abang ipar) serta keluarga mereka pun ada sama. Inilah kesempatan usik mengusik dan mengeratkan silaturahim keluarga.

along, mak dan kak nonTidak ketinggalan tali temali persaudaraan dan keluarga turut sama disembangkan, biar didengar anak-anak buah yang masih mentah, biar mereka tahu bagaimana pertalian keluarga ini terjalin. Walau kami bukan orang lain, kalau tidak dikisahkan mereka tak akan tahu. Dan ia perlu diulang selalu. Sebahagian dari salahsilah ini telah kutuliskan, dan aku bercadang untuk melengkapkan pecahan di sebelah arwah atuk Bakar pula nanti. Dan aku juga berhasrat untuk menjejak kembali pecahan dari sebelah moyang (ayah uwan/nenek) yang ada di Ulu Langat. Anjang (adik arwah abah) selalu mengunjungi mereka. InsyaAllah kami akan pergi juga nanti, dan Ongah telah bersetuju untuk menghantar aku dan mak ke sana. Along pernah ke sana semasa remajanya bersama arwah uwan, malangnya Along tidak cenderung menyimpan sejarah dan dia lupa. Kami pulang malam itu juga, memandangkan ada yang berjanji untuk bertandang ke rumah esoknya.

Hari Raya ketiga, rumah telah sunyi hanya tinggal aku dan mak. Along dan keluarga sudah di Lenggeng meneruskan beraya bersama keluarga di sana. Sedang aku leka menikmati keindahan pagi yang hujau dan segar talifon berbunyi, Amin suami dari sahabatku Senah menalifon memberitahu mereka akan tiba sebentar lagi dan minta disediakan sarapan. Aku pun bersiap-siap di dapur. Tak lama mereka pun sampai, maka rumah mak riuh semula. Hampir tengahari sahabat suami isteri Zali dan Fauziha serta dua puteri mereka sampai. Zali dan Fauziha ini pernah aku ceritakan dulu, kami bertiga dalam kelas yang sama dari darjah satu hingga enam. Kami berpecah sewaktu sekolah menengah. Aku ke Convent Seremban, Fauziha ke Sekolah Tuanku Jaafar Kuala Pilah dan Zali ke Sekolah Tuanku Muhamad Kuala Pilah. Jodoh, mereka berkahwin kira-kira tujuh tahun yang lalu dan dikurniakan dua orang puteri yang sungguh comel. Malangnya aku terlalu sibuk di dapur untuk merakam gambar tetamu-tetamu yang hadir.

Tengahari itu pula, keluarga mak saudara dan sepupuku sampai. Kembali meriah rumah mak dengan suara kanak-kanak, selintas melihat mereka berlarian dan tertawa menjadikan suasana Hari Raya bertambah-tambah indahnya. Aku dah sepupuku Ila sebaya dan bersekolah sama sewaktu di sekolah rendah. Yang demikian seperti mini re-union pula. Kami berempat, satu kelas di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir, Sri Menanti.

Aku tidak hidangkan nasi, sebab semua orang pasti kekenyangan. Aku sediakan lontong dan masakan mee hailam. Tak tahu lah bagaimana rasanya, tapi aku rasa it should be ok, sebab l i c i n ...

Hari Raya keempat (sabtu) adalah hari mengemas sedunia. Tidak ada tetamu dari jauh hanya jiran tetangga. Cuaca pula panas hingga ke petang, maka hari yang baik untuk membasuh segala selimut, tuala dan baju-baju yang berlonggokkan. Esoknya kami sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur.

Singkat. Aku merasakan cuti raya kali ini agak singkat dan tergesa-gesa, tapi aku puas hati semua impian rayaku tercapai. Syukur Alhamdulillah. Semoga hari Raya kalian juga seindah yang kurasa. Keindahan itu bukan terletak pada kebendaan atau keberadaan, cukup dalam suasana yang paling sederhana dan yang terpenting keindahan itu tersemat di hati. Ia ada dalam hati, kita hanya perlu menyuburkannya saja. Yang pahit dan getir pun akan indah, jika kira memilih untuk melihatnya dari sudut yang positif. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya, minal aidil walfaizin....

[ catatan ini dibuat khas sebagai memenuhi permintaan Fajar di bumi Scotland. Semoga kalian terus tabah dah Amir Yusuf segera sembuh, insyaAllah ]

7 Okt 2008
:: Kuih Tengkorak: The Return...

Hari ni E1 hantar kuih Tengkorak yang aku pesan sebelum raya dulu. Tapi kuih tu tiba lepas raya, jadinya kuih Tengkorak lepas raya. Bagus juga, sekurangnya aku boleh memonopoli balang tu seorang diri tanpa berebut-rebut dengan anak-anak buah (oh keji nya idea!). Kuih Tengkorak ini atau nama asalnya "The Greatest of White Rock " rangup dan manis rasanya. Dan konsepnya ialah sekali makan tak boelh berhenti selagi tak habis satu balang. Cukuplah aku mempromosi untuk E1. Lainlah kalau dia ofer nak beri satu balang percuma Raya Haji nanti. Oh ya, kata E1 tempahan untuk Raya Haji telah dibuka. Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk membuat tempahan untuk Raya Haji, dipersilakanlah menghubungi E1.

:: Happy Birthday Yann...

Selamat Harijadi buat Yann. Oleh kerana kita amat sukar untuk mengatur pertemuan maka kuhadiahkan kek di sini saja ya.

Happy birthday, dear friend of mine
No other person, comes to mind
That I could wish more happiness for
Because to me, you're truly one of a kind.

My dear friend, no other one to me
Could ever in anyway, more precious be
No other friendship, I might ever share
To ours, could in anyway compare.

So special is the bond, the two of us share
Always for each other, we know the other's there
My dear friend please know, on this your special day
From my heart, lots of love and best wishes come your way.

Happy Birthday my Dear Friend

 

yang berziarah di hujung rimba...

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Jom Shoping

Jom Tonton

Konsert Alam Musik
M. Nasir di Istana Budaya Oktober '08

Harap maklum, Konsert Alam Musik M.Nasir di Istana Budaya telah ditangguhkan ke bulan Januari 2009..

dari:
Pihak Pengurusan Luncai Emas

Kepada mereka yang tak dapat ke rakaman konset Salam Dunia seperti saya (demam) dan tak sempat juga nak duduk depan tv masa raya dek melayan tetamu, maka jom lah kita tonton online di website tv9. Klik banner di atas.


Kelab Sahabat
M. Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha MurniLagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita
mySpace

-----

Terindah

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Besame Mucho - Diana Krall

Bésame, bésame mucho
Como si fuera esta noche
La última vez

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Bésame, bésame mucho
Como si fuera esta noche
La última vez

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Quiero tenerte muy cerca
Mirarme en tus ojos
Verte junto a mi
Piensa que tal ves mañana
Yo ya estaré lejos
Muy lejos de ti

Bésame, bésame mucho
Como si fuera esta noche
La última vez

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Bacaanku

Sudah Tamat

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

Buku-buku boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net