Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.my
olai tannon lama
olai tannon
fajar
silence
rosh
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari
sang perba
wilis

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u
emel@artakus

~@~

MAKKAH AL MUKARAMAH

Terkini dari Kota Mekah

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah
pyanhabib

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib
alamat cinta

~@~

KANVAS

yusuf gajah
alfienaive

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson
dewangga sakti
filem pendek
vovin

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal
shaliza
shaliza fp
alamgrafik
alfiearth

kenrockwell
better photo

kodak
fototeacher
fotokawin

betterdigitalphotography
digital-photography-school

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
basrie

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS & FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
budu dan belacan
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
sinzmanual
bob danial
norhaidatul azian

~@~

ISLAM

saifulislam
harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita
umrah2u

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki
razzi rahman

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007

Ver 6.0
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac - mei 2008
jun - julai 2008
ogos 2008
sept 2008

Ver 7.0
okt 2008
nov - dec 2008
jan 2009
feb 2009
mac 2009
april 2009

~@~

31 Ogos 2009
:: Salam kemerdekaan yang ke-52

Cuti hujung minggu yang panjang dek sambutan ulang tahun kemerdekaan hari ini kupenuhkan dengan pulang ke kampung. Agak lama tidak bermesra dengan angin kampung aku jadi rindu. Yang demikian aku dan mak pulang sabtu lalu, demi terasa hawa kampung seawal di Bukit Putus lagi hati telah dibalut tenang dan lenang. Debu-debu kota telah sayup tinggal dan telah gagal menggugat damai seperti selalu. Kampung - here I come!

Kali ini pulang tanpa gajet seperti selalu, aku mahu mengurangkan berat beban, mentelah aku harus memimpin ibu. Walau tiada kenderaan sendiri dan bergantung sepenuhnya pada pengangkutan awam, aku yakin perjalananku dipermudahkan Allah, apa tah lagi perjalanan ini adalah menunaikan hasrat ibu yang ingin pulang ke rumahnya sendiri. Syukur ke hadrat Allah, perjalanan kami diselamatkan dari sebarang bala, walaupun ibu tidak seratus peratus dalam kesihatan yang sempurna.

Sabtu itu kami menaiki teksi ke pekan Kuala Pilah, setelah berkomuter ke Seremban sebelumnya. Ibu yang mudah semput berusaha jua berjalan dengan perlahan dan berhenti bila benar-benar tidak terdaya. Dia mahu mencari baja untuk pokok rambutan yang tidak pernah mengecewakan kami sekeluarga setiap tiba musimnya. Buahnya yang lekang dan manis meneguhkan langkah ibu. Aku memang tidak tahu kedai mana yang menjual baja, dan baja yang bagaimana rupanya yang dimaksudkan ibu, jadi mahu tak mahu dengan sedikit kepayahan ibu harus berjalan ke deretan kedai yang biasanya menjual baja pokok itu. Sekali gus mengingatkan dirinya ketika semuanya berbeza, ketika dia masih tinggal di kampung dan cukup cergas untuk ke pekan kecil ini sendirian. Selalunya di hujung bulan mengambil wang pencen arwah abah dan kemudian membeli belah segala keperluan dan kemahuan. Masa itu semakin sayup ibu tinggalkan. Sekarang ibu tidak lagi yakin untuk berjalan sendirian. Aku tidak mahu terlalu mengenang dan membezakan masa lalu, mudah aku akan sayu, tetapi mendahului semua itu aku redha dengan perjalanan masa dan takdirNya. Indah dalam garapannya yang tersendiri. Cuma aku berharap dapat memiliki kenderaan sendiri dan dapat pula memenuhi permintaan ibu untuk mencari segala keperluan dan bertemu dengan saudara mara yang dihajati.

Alhamdulillah bertemu dengan apa yang dicarinya Sebelum itu kami ke pasar, membeli sedikit daging segar dan juadah berbuka nanti. Aku membeli sebungkus rojak yang cukup terkenal di Kuala Pilah. Malangnya aku kurang peka dengan nama kedai mahupun pemilik, cuma kedai itu memang di sebelah pasar dan ia telah berada di situ sejak zaman anak-anakku lagi. Selang sebuah kedai lagi adalah kedai menjual cendol yang juga terkenal sedari ku kecil. Dahulu, kalau ibu baik hati dan sudi membawa aku bersama ke Kuala Pilah tiap kali mengambil pencen, gerai cendol itulah salah satu tempat kami melepaskan dahaga dari terik mentari, dan itu jualah yang aku idamkan setelah lenguh kaki mengikut ibu merambu keperluan di kedai-kedai kain, kedai runcit, kedai karpet dan segalanya. Ibu punya tabiat tawar menawar yang sungguh kukagumi, barangan dengan harga RM20 akan ibu tawar sehingga RM12, mengejutkan selalunya dia akan dapat membeli dengan harga demikian. Bakat itu tidak kuwarisi.

Seperti yang aku katakan tadi, pulang kali ini tanpa gajet - tiada kamera, tiada komputer riba, yang demikian perjalanan kali ini tidak dapat kudokumentasikan dalam bentuk gambar. Sementara kamera talifon pula, terlalu rendah kualitinya - buat sakit mata saja melihatnya. Lain kali sajalah kuceritakan tentang talifonku yang diambil orang di KL Sentral ya. Dan lain kali sajalah kuceritakan tentang talifon baru yang 'sungguh canggih' itu ya... huhu...

Dan kami meneruskan perjalanan ke kampung dengan teksi. Berbeza dari di kota, di sini hampir semua pemandu teksi kami biasa dan kenal. Perjalanan jadi santai dengan perbualan bertanyakan khabar dan kisah-kisah terkini sekitar mukim kami. Dan semestinya destinasi tidak perlu disebut, mereka tahu dan ingat rumah kami.

Semalam, aku dan ibu turun ke laman. Rumput telah panjang. Kata ibu biarlah dekat-dekat nak raya nanti dipotong rumput tu. Kalau awal sangat ia akan panjang semula menjelang raya, mentelah sekarang musim hujan. Aku iyakan saja. Dan di halaman, di celah rumpur, di rumpun kelapa, di tepi pagar... ada banyak pucuk pergaga yang tumbuh. Pergaga kampung lain rasanya berbanding dengan yang dibeli di pasar. Daunnya lebih kecil dan rasaya lebih enak dan harum. Aku ajak ibu cungkil pergaga dan dia setuju. Jadi selepas ibu mengupas beberapa biji kelapa, dia menyertai aku mencungkil pucuk pergaga dihalaman.

Betul-betul banyak rupanya. Walaupun daun nya kecil-kecil dan tersorok di bawah rumput yang panjang, tetapi ia mudah dilihat. Tidak ada gambar pergaga di halaman, dibawah ini ialah hasil yang berjaya kami pungut semalam. Kalau kuturutkan ke sekeliling rumah rasanya boleh dapat sekali ganda lagi atau mungkin lebih. Hajat hati nak kubuat rendang samada campur ayam, atau udang... atau ikan bilis saja pun sudah mencukupi dan aku sudah terbayang-bayang rasa dan aromanya. Tapi untuk membersihkan sebesen pucuk pergaga ini, silap-silap mau tersengguk-sengguk di buatnya.

Dan aku ingin bercerita tentang anak kelapa yang aku dan ibu 'sembelih' dan kami masak umbutnya petang semalam... juga pajeri terung cina dan masak lemak cili api ikan tenggiri kering campur bacang muda... tapi aku sudah mengantuk, esok pun harus bangun awal bersahur dan pergi kerja. Jadi aku paparkan gambarnya dulu ya, esok kusambung ceritanya. (Sepertilah ada yang membaca hahahha).

:: Siri resepi 'off da werl elaira - part 5' : Pajeri Terung Cina

:: Siri resepi 'off da werl elaira - part 4' : Gulai Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Salai dan Bacang Muda

25 Ogos 2009
:: Siri resepi 'off da werl elaira - part 3' : Mee hailam

Petang ni, aku hanya memasak mee hailam untuk hidangan berbuka. Baru empat hari puasa, dah tak rasa nak makan nasi. Ditanya-tanya selera, ikan ke, ayam ke? Semua nya tidak mendatangkan selera. Jadi aku masak mee hailam sahaja lah, mudah, ringkas dan tepat.

Ini bahan-bahannya. Dari kiri,

- bawang merah, bawang putih dan sedikit halia ditumbuk lumat. Halia penting untuk hilangkan bau daging ayam.

- bebola ikan, digoreng berasingan - aku suka begini, rasanya lebih sedap.

- daging ayam, aku gunakan sebelah dada ayam sahaja.

- sayur sawi - aku suka sayur banyak-banyak. Dalam hidangan kali ini hanya sawi yang ada dalam peti sejuk, kalau ada lobak merah, putik jagung, bunga kobis, boleh juga dicampurkan sekali.

- dan mee kuning, sebungkus. Aku rendam dan bilas beberapa kali, sedaya upaya untuk menghilangkan warna kuning dalam air basuhan tu.

Now, this is the makin of nya pula. Dari kiri,

- tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk tadi. Hari ni aku letak cili giling, baki dari kisaran untuk membuat sambal tempoh hari. Selalunya aku letak cili api, lagi menyengat huhu.

Sebenarnya di sinilah rahsia masakan aku yang tidak menggunakan perisa tambahan atau ajinomoto. Bawang yang ditumis hendaklah betul-betul garing (bukan hangus ya ), bila bawang garing baunya naik sekali gus akan memberikan rasa yang boleh mengenepikan peranan perasa tambahan. Jika kuantiti masakan banyak, maka bawangnya juga haruslah banyak. Dalam menu ini aku gunakan sekitar 5-6 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih dan sedikit halia, juga hampir dua sudu besar cili kisar.

- bila sudah sempurna garing, masukkan daging ayam yang dipotong kiub, gorengkan sehingga nampak daging itu masak.

- masukkan kuah sebanyak mana yang korang suka berkadaran dengan kuantiti mee. Tambahkan kicap pekat dan garam secukup rasa. Bulan puasa tak boleh rasa jadi agak-agak saja, biar terkurang jangan terlebih, kurang boleh tambah, terlebih... tambah air je lah nampaknya. Tapi nanti rasanya jadi tak sedap pula. Bila sudah mendidih bagai nak rak, masukkan mee dan sayur. Pasangkan api full blast. Kacau.

- bancuhkan 2 sudu besar tepung jagung dan masukan ke dalam masakan. Biarkan mendidih dan kuah akan memekat.

Siap!

Jangan lupa hirisan daun bawang dan daun sup, meriahkan juga dengan bawang goreng. Selamat mencuba.

p/s: apa kena aku kemaruk buat entri masakan ni? Boleh jadi Chef ni.. amacam Chef Wan... boleh join ka... hahhaha... tapi tak boleh laa guna nama Chef Liza - its taken huhu... Chef Mas - cam tak glamer... Chef Elaira? Hoho... unik gitu... siri saji masakan dari Aurora...

23 Ogos 2009
:: Siri resepi 'off da werl elaira - part 2' : Pengat mee sanggul dan pisang

Hari ini aku tak melapurkan perihal lauk pauk, kita tengok pula manisan ok.

Pergi pasar, merata-rata sungguh kami pergi, lepas hantar mak yang demam ke klinik, kami (aku - ongah - kakak ipar) hangkut mak ke kedai Pak Aji di Bandar Tun Razak. Hajatnya nak mencari sayur sahaja, but I end up beli segala macam barang buat stok bulan puasa. Hari kerja manakan sempat nak membeli semua tu kan.

The idea is, pengat mee sanggul + pisang nangka. Puaslah mencari pisang nangka serata alam. Di kedai Pak Aji tak ada, jadi ongah bawa pula ke Desa Tasik, tak juga ada... akhirnya Pasar Sungai Besi, barulah berjumpa. Dah sampai pasar, maka beli sajalah santan kelapa tua, biar lebih mudah kerja.

Mee sanggul yang sudah direndam, aku remdam semua yang ada dalam paket tu tadi, ada 6 sanggul semuanya. Mee sanggul ni Yeni kat ofis tu yang tolong belikan, dah dekat sebulan dah... sebab dia asik cerita dia buat pengat mee sanggul aku jadi teringin pula.

Cara membuatnya, didihkan air setengah periuk, dan masukkan pisang - sebab pisang tadi nampak seperti pisang masak paksa (diperam dengan karbaid) - jadi rebus pisang sampai nampak kembang.

Bila pisang sudah kembang, masukkan mee sanggul yang sudah terbarai sanggulnya tu.

Kemudian masukkan gula melaka/gula kabung/gula merah, dan tambah sedikit gula pasir kasar. Maaf gambar bahan-bahan tersebut lupa nak ambil, nama pun 'off da werl' ye tak? Huhu...

Bila gula sudah cair dan mee sudah empuk, masukkan daun pandan dan santan kelapa tua tadi. Santan dalam gambar ni banyak... jangan habiskan semua, letak sesedap rasa saja. Lebih kurang separuh lah. Kan aku dah kata, aku masak memang tak ada sukatan.

Kemudian masukkan segenggam sagu biji. Wallah... siap. Tapi... jam baru 4.30ptg, sabar dulu ya... tunggu berbuka ok baru kita nikmatinya.

Selamat berbuka kawan-kawan semua.. Jangan lupa solat tarawih ok.

p/s: aku nak pi sambung masak, bahagian aku masak sayur je hari ni... lauk pauk nanti akak ipar bawa dari rumah dia.

:: sambungan...

Sayur dah masak, lepas ni boleh tengok Syahadah

Dari kiri bahan-bahannya, sawi cina, udang segar, bawang dan cili merah... dan yang dah siap masak masih dalam periuk lagi... udang siap posing ying yang lagu tu... huhu..

Resepi? Ish... very da easy... didihkan air secukupnya, masukkan bawang, cili dan sedikit garam, kemudian masukkan udang dan cepat-cepat masukkan sayur. Nyalakan api full blast. Bila sayur dah cantik hijaunya masukkan sedikit santan, dalam kes ini santan baki dari penat mee tadi... didihkan sekejap sahaja dan tutup api. Siap.

Anda boleh saja berkreatif dengan mencampurkan soon, pucuk, bebola ikan, kentang... ohh... senarainya akan panjang... cukuplah tu. Nanti jadi bubur caca pula.

22 Ogos 2009
:: Siri resepi 'off da werl elaira' : Rendang Ayam

Selamat menyambut puasa tua, atau hari pertama puasa buat semua yang sempat singgah di hujung rimba.

Dek kerana tak 'mogang' maka hari ini aku masak sedikit rendang buat aku dan ibuku.

Di kiri ini adalah daging ayam, hati serta pedalnya yang sedang dikecut dengan api yang sederhana. Resepi rendangku senang saja. Bahan-bahannya:

- cili api sepedas yang diingini
- kunyit hidup lebih sikit

- kedua bahan ini ditumbuk hancur dan digaul dengan daging ayam kemudian dipanaskan dalam kuali dengan api yang sederhana, tambah sedikit garam, dari masa ke masa balikkan daging ayam supaya tidak hangus atau melekat di kuali.

- segenggam serai yang telah ditumbuk hancur, ditaburkan sewaktu air daging ayam belum benar-benar kering. Yang demikian aroma dan perisa dari serai akan turut meresap ke dalam daging ayam tadi. Kalau ada lengkuas, ambillah sebesar ibu jari, ditumbuk hingga halus dan dimasukan juga.

- apa bila sudah kering airnya dan bahan-bahan yang dimasukan tadi telah nampak teradun dengan sempurna dengan daging, maka boleh lah dimasukkan santan pekat bersesuaian dengan kuantiti daging.

- masukan juga dua keping asam gelugur, dan agak-agak garamnya (puasa kan, mana boleh rasa, tapi biar tak rasa garam nanti boleh tambah garam halus, dari kemasinan terlebih garam.

Minta maaf aku memasak memang tak ada sukatan, ikut suka hati aku je nak baling-baling.... huhu...

- kacau lah dari masa ke semasa, masaukan sedikit daun limau purut, dan masak sehingga kering dan berminyak.

Dan ketika artikel ini ditulis, seluruh ruang rumahku telah dipenuhi dengan keharuman rendang ayam power rangersku.

- di atas sekali tu adalah gambar masakan yang telah siap tetapi masih di dalam kuali. Selamat mencuba.

Nana pula tak larat nak makan rendang aku, kepedasan cili api tidak melepasi piawaian deria rasanya. Yang demikian dia memasak ikan tenggiri singgang yang sungguh enak untuk juadah berbukanya hari ni.

Aku tak sempat nak rakam masakan yang dah siap dimasaknya itu, tetapi 'the making off' nya yang sungguh berwarna-warni sempat kukongsikan dengan kalian di sini.

Kuih muih serta manisan? Rasanya memadailah dengan buah kurma lebihan dari yang kubawa dari tanah suci dulu. Hari ini tak perlulah memasak kuih, membeli pun tidak. Kempen mengelak pasar ramadhan yang kulancarkan di tahun lepas, dilanjutkan ke tahun ini... huhu...

Nanti kalau aku rajin, aku kongsikan lagi resepi 'off da werl' aku dengan kalian okeh. Hingga nanti, nak pergi tengok Jejak Rasul, kemudian Syahadah pula. Selamat berbuka.

 

21 Ogos 2009
:: Tahun ni tak mogang...

Ya, tahun ni kami tak 'mogang'. Sebab utama mungkin hari pertama puasa jatuh pada hari Sabtu. Sedangkan Jumaatnya (hari ini) adalah hari bekerja, jadi kami tak ada cuti untuk pulang ke kampung memasak lemang dan rendang dari daging 'mantai' semperna 'mogang' tahun ni. Sesuatu yang amat jarang kami tinggalkan. Dan suatu suasana kampung yang terlalu jarang kami ketinggalan untuk turut sama. Kelibat jiran mencari daun pisang, mengait kelapa, mengapak kayu, dan selalunya jika sempat keluarga berkumpul sama memasak bersama, kepulan asap dari api lomang mahupun rendang yang dimasak di luar dengan kayu api.

Ahh... semuanya terlalu indah, damai dan penuh kasih sayang. Dan tahun ini kami tidak berkesempatan untuk itu, lain rasanya. Cuma menanti hari mantai sebelum raya nanti sajalah jawapnya. Mak pula tak berapa sihat, kalau tidak boleh saja aku masakan 'lemang'

Perjalanan berubah dan merubah, insyaAllah dengan izinNya, dan jika umur panjang lagi, tahun depan kita 'mogang' ok.

Selamat menunaikan solat sunat tarawih dan selamat berpuasa ramadhan buat semua... moga ramadhan ini yang terindah buat kita semua.

14 Ogos 2009
:: Dan malam apa bila ia berlalu... (Al-Fajr:4)

Masa itu berjalan sepantas detik yang kita tinggalkan. Sebanyak mana terhampar untuk kita di detik-detik selepas ini, tidaklah berada dalam pengetahuan kita.

 

 

 

 

 

 

Al-Fatihah buat Ustad Asri Rabbani, Sastrawan Dharmala NS, nenda rakan sepejabat, sahabat Mon, mangsa kemalangan kereta yang diceritakan Yeni pagi tadi... dan seluruh kepulangan menemui Pencipta Yang Esa... semalam.

Tadi pula diberitakan pelawak Param Pendek yang selalu berlawak di kaca tv sewaktu kecilku meninggal dunia.

Untuk semua kepulangan moga tenang dan dicucuri rahmat Allah di dunia yang lagi satu. Untuk yang masih bernafas dan melata dibumi ini... bersedialah, sesungguhnya maut itu terpaling hampir.

12 Ogos 2009
:: Irama itu...

ke mana ia bicara?
ke lubuk hati yang terdalam

apa kata yang disulam?
tidak terhadam

ke mana ajakkannya?
cinta tidak terbatas
pada kehidupan
pada alam, pada Tuhan
dan... pada hari kepulangan.

...

... dan setelah itu
rindu meraja
pada hamparan luas nan hijau
ancala yang di damaikan kabus segar
pada harum dan kembang yang tidak pernah jemu tersenyum
walau hati dalam walang yang bukan kepalang
walau jiwa di hujani percikan meteor tanpa henti
kutadahkan lara pada semesta
basuhlah dan putihkan rasa
biar kembali hijau dan harum
biar selamanya jernih dan murni.

~~~

... pulang dari pejabat lambat hari ini sekadar menyampaikan hajat hati mencari satu lagu yang aku sudah lupa penyanyi dan judulnya. Lebih sukar lagi bila ia adalah lagu dan penyanyi Cina. Sayup-sayup memori teringat kembali kenangan lalu sewaktu di PDS, aku selalu mendengar lagu itu di radio lite and easy, lalu kutanya kan pada Ms. Yap by humming the rythym, dan dia tau. Kerana katanya itu lagu yang terkenal dinanyikan oleh mendiang Danny Chan dengan tajuk sekian-sekian. Ahh... good people always die young. That was the first Chineese song that I liked and admired so much until today. Later another one Pang Yau - Alan Tam.

Aku memahami lagu mungkin lain dari kalian. Ya, dan cara kita semua berbeza antara satu sama lain. Pemahaman dan bagaimana kita menghargai itu lain. Memang aku mudah tertarik pada irama yang indah, dan aku mendengar semuanya - sebanyak mana yang mampu kutemui, irama dari serata pelusuk dunia. Jika ada kesempatan, nanti kukongsikan mengikut masa.

偏偏喜欢你
曲:陈百强   词:郑国江


愁绪挥不去 苦闷散不去
Cannot get rid of the misery, loneliness still lingers.
为何我心一片空虚
Why is my heart so empty?
感情已失去 一切都失去
Love is gone, everything is gone.
满腔恨愁不可消除
All the anger and sadness are inerasable

为何你的嘴里 总是那一句
Why do you say the same thing over and over?
为何我的心不会死
Why can’t I just give up?
明白到爱失去 一切都不对
I do understand that when love is gone it is gone
我又为何偏偏喜欢你
But why do I still love you?

(chorus)*
*爱已是负累 相爱似受罪
Love is a burden, being in love is a crime
心底如今满苦泪
My heart is filled with tears
旧日情如醉 此际怕再追
The love we had was so good, it’s hard to get back
偏偏痴心想见你
But I still want to see you for one more time.

为何我心分秒想着过去
Why do I always think about the past?
为何你一点都不记起
Why don’t you remember any of it?
情义已失去 恩爱都失去
The love is gone, the passion is gone.
我却为何偏偏喜欢你
But why do I still love you.


kalanya, yang sedikit itu sungguh mencukupi
kerna seringkali tiada sedikit pun
yang demikian syukur kupanjatkan
sedikit itu memenuhi seluruh ruang hati
biar ia hanya sekadar memori...

 

So Nett,

this is the translation... isn't it such a beautiful love song? Menyentuh rasa dan peristiwa, dulu dan terkini... subhanallah. :)

7 Ogos 2009
:: 123456789 - sekali seumur hidup...


I manage to capture this moment. Syukur alhamdulillah. Sekali seumur hidup ya?

6 Ogos 2009
:: ... terlakar di bulan?


wajah? karikatur?

 

5 ogos 2009
:: Seminar Sains Solat, Masjid Wilayah KL

let the pictures speak..


Pak Lah merasmikan...


buku-buku ini.


Tanda penghargaan.


Ketua Penyelidik Prof. Dr. Fatimah Ibrahim


Prof. Dr. Wan Abu Bakar


En. Ng Siew Chok


selepas aku memulakan meminta autograf, kebanjiran pun melanda, semua orang pun mahu untuk salinan mereka


for memory, do i look like breaking her ribs if i hug her? hak hak hak

* special thanks to my belove boss Dato' Hajjah Norah, for giving me one day off for this event... thank you so much muah muah muahhhh... bestest boss eva ;)

2 Ogos 2009
:: Kuching - da foto...

Ayam Penyet 101
- Introduction to Ayam Penyet

Marvelous! Finger licking good!
Aku tak order nasi, hanya ayam penyet ini sahaja. Tetapi menjelang habis sepaha itu kuratah, sudah terasa mau satu lagi dan lagi dan lagi... huhu

Aku beritahu Nett, aku sudah ketagih ayam penyet, dan... jika ada kunjungan seterusnya ke Kuching, maka ayam penyet adalah salah satu destinasi utama.

 

Airnya pula, teh tiga lapis ini. Tetapi versi Pekan Kopitiam dekat ofis aku lebih mengancam huhu..

Cerita pasal makanan ni buat aku rasa lapar lagi dan lagi dan lagi... is dangerous!

 

 

 

 

 

 

Raja Ayam Penyet Raja ini boleh ditemui di ... erk I need to ask Nett the location lah ;) wait aaa...

 

 

 


Cik Nett yang berhati mulia telah sudi mengorbankan kepenatan perjalanan ke Bali, demi menjadikan kunjunganku ke Kuching bermakna. Thanks Nett... love you more!

Gambar seterusnya bersambung nanti.. ok.. :)

 

- End of Introduction to Ayam Penyet

 

 

 

Masih lagi 1 Ogos 2009
:: Kerajaan kebosanan...

Sudah lima minggu berturut-turut aku pulang ke kampung, hujung minggu kali ini aku mengikat langkah dengan hanya berada di rumah KL sahaja. Rutin hari ini semuanya nil nil sahaja... kecuali seawal pagi ke pasar tani Kelana Jaya, pulang semula bersarapan dan nil.... sitting idle not doing anything. Seriously... not doing anything at all. Accept going through my cds and cassettes, collections since my teenages.

Found a cd with Vanila Ice, played Ice Ice Baby and sing along.... and... thats it... nil... my cpu shut down totally. No plan, no spirit... nothing...

Its a waste of time.. I know. But, being in KL on weekend without nothing to do is absolutely killing me softly. Berlainan dari di kampung. Di kampung, tak perlu berbuat apa pun, duduk saja di sofa, capai sebuah buku (tak ada pun tak apa) biar sekadar melangok sahaja, itu sudah cukup terisi. Penuh dengan segala keindahan dan segalanya ada. Walau yang kurenung sekadar laman kosong dengan deretan beberapa pohon kelapa dan berakhir di luar pagar yang ditumbuhi semak samun, kurasakan semua itu sungguh indah. Aku sendiri pelik memikirkan.

Minggu depan kalau diizinkan Tuhan, akan diadakan perjumpaan sahabat lama sekolah menengah dulu. Jika sebelum ini aku merasa sungguh teruja, tapi dengan kebosanan hari ini, semangatku seperti sudah hilang. Minggu ini persiapan terakhir harus dilakukan.

Semoga hujung minggu hadapan ceria dan penuh memori indah.

~~~

1 Ogos 2009
:: Burung-burung pagi...

Di mana burung-burung pagi
tika biasa ratusan hinggap di dada bumi
menjamah kasih manusia.

Pagi ini aku tercari kelibatmu
begini pun aku sudah rindu
dan rajuk tiba bertalu-talu
air mata persis manik-manik terurai
terhambur lerai semahunya
tak bisa teraup lagi.

Di mana burung-burung pagi
begini pun aku sudah calar
belum lagi kutinggalkan rumahMu
hatiku telah hancur
mengenang
p e r p i s a h a n . . .

* 11.6.09 subuh, hadapan King Abdul Aziz Gate 1,
   Masjidil Haram Kota Mekah.

yang berziarah di hujung rimba...

 

Puteri Elaira

Create Your Badge


Visit PENA

Jom Shoping

Jom Tonton


Kelab Sahabat
M. Nasir

Sertai kami di:
Yahoo Group
sahabat_mnasir

-----

Syair Debu

Terindah

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

陈百强 - 偏偏喜欢你
曲:陈百强   词:郑国江

愁绪挥不去 苦闷散不去
为何我心一片空虚
感情已失去 一切都失去
满腔恨愁不可消除

为何你的嘴里 总是那一句
为何我的心不会死
明白到爱失去 一切都不对
我又为何偏偏喜欢你

(chorus)*
爱已是负累 相爱似受罪
心底如今满苦泪
旧日情如醉 此际怕再追
偏偏痴心想见你

为何我心分秒想着过去
为何你一点都不记起
情义已失去 恩爱都失去
我却为何偏偏喜欢你


Bacaanku

Sudah Tamat

 

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

lu
Copyrights © 2002 - 2009 Myths in the Haze
http://www.elaira.net