Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.my
olai tannon lama
olai tannon
fajar
silence
rosh
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari
sang perba
wilis

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u
emel@artakus

~@~

MAKKAH AL MUKARAMAH

Terkini dari Kota Mekah

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah
pyanhabib

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib
alamat cinta

~@~

KANVAS

yusuf gajah
alfienaive

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson
dewangga sakti
filem pendek
vovin

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal
shaliza
shaliza fp
alamgrafik
alfiearth

kenrockwell
better photo

kodak
fototeacher
fotokawin

betterdigitalphotography
digital-photography-school

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
basrie

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS & FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
budu dan belacan
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
sinzmanual
bob danial
norhaidatul azian

~@~

ISLAM

saifulislam
harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita
umrah2u

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki
razzi rahman

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007

Ver 6.0
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac - mei 2008
jun - julai 2008
ogos 2008
sept 2008

Ver 7.0
okt 2008
nov - dec 2008
jan 2009
feb 2009
mac 2009
april 2009

~@~

28 Mei 2009
:: Menyahut PanggilanMu

Kalau inilah rindu
nanarnya aku mengenang indahMu
dan betapa tebalnya rasa
membedung seluruh hidup menatih langkah
teruntuk buatMu

Kalau inilah kasih
maka akulah kenari bernyanyi
lembah dan lurah kulayahi
kutaupkan hatiku ke hatiMu

Kalau inilah panggilan rindu dan kasihMu
maka akulah yang terpempan menatang lautan demi lautan kasihMu
dan dalam doa kudusku Ya Rabb, kusambut panggilan itu
kusemat kemas dalam sanubari
tercercah cahaya berlapis cahaya
daerah yang dulunya kelam kini terang benderang
tiada resah
tiada walang
yang ada, hanya tenang datang bertandang.


20 Mei 2009
:: Pelangi...

    

Sewaktu dalam perjalanan ke pejabat pagi ini langit di sebelah barat dihiasi pelangi yang cukup indah. Ianya jelas dan terang sekali, malangnya aku tidak membawa kamera, yang ada cuma kamera di talifon dengan kuasa 2megapixel. Rasa agak terkilan kerana jarang bertemu fenomena alam yang indah ini dengan delar yang begitu jelas. Jadi sesampai di perkarangan pejabat aku merakam saja keindahan itu dengan kamera-fon yang ada. Tidak berapa lama selepas itu ia pun lenyap dari daksina barat, diganti dengan hujan gerimis. Keindahan ini meninggalkan bahagia yang tenang dalam hati... dan senyum pun mekar kepada alam sebagai salam dan penghargaan atas sapaannya yang cukup indah pagi ini.

17 Mei 2009
:: Kemaafan terindah...

Lupakahlah puisi-puisi luka yang seringkali aku tuliskan di sini. Dengan izin Allah rasa-rasa itu tidak lama membukatkan nyali. Sekali terluah, tenang mudah saja menakluk dan bahagia pula meresapi sanubari. Syukur atas kurnia murni dari Penciptaku.

Dalam melayari kehidupan yang cukup sementara ini pastilah berbagai onak dan duri meruntun hati dan perasaan. Bila saja sesuatu berlaku bertentangan dengan kehendak hati, kita akan jadi marah dan kecewa. Di kebanyakkan masa kita lupa bahawa manusia itu terlalu jauh dari sempurna.

Bukan sekali aku merasa marah hingga terhambur kata-kata yang tidak manis. Sepertilah dengan kata-kata begitu segala luka bertaup malah tumbuh kembang mekar yang indah. Benar ketika itu aku puas hati, tetapi rasa marah dan benci itu meninggalkan satu jenis racun seperti nakotin dalam jiwa. Ketenangan itu jadi rapuh, minda jadi sendat, dan gelisah meraja.

Dulu, aku rasa agak pelik bila mendengar seorang yang rapat denganku boleh memaafkan seseorang yang telah merobek kebahagiaannya begitu saja. Aku berfikir mulia benarlah hati insan ini, aku mungkin tidak bisa begitu.

Beberapa hari lalu, walau mengambil masa yang panjang, aku juga telah mengambil keputusan untuk memaafkan. Nyata ia sangat indah. Seperti percikan bunga api tanpa henti yang menerangi perjalanan malam sunyi, begitu indahnya.

Dan bila keikhlasan itu benar-benar wujud, kecintaan itu bercambah di mana-mana. Bahagianya mekar berganda-ganda. Alam terasa lebih indahnya. Syukur Tuhan atas setiap zarah bahagia yang Engkau kurniakan.

Dan semoga dengan kemaafan yang paling indah ini, kita sama-sama mengecap tenang dan bahagia. Dan kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik di mata kita, terutama di mataNya.

14 Mei 2009
:: Beri aku tidur dan lupa...

luka ini telah membenihkan benci
dan kawah-kawah berisi nanah
semua ini seperti pesta buatmu
menjadi hiburan di hujung minggu

kau susun kata bergemerlapan
turun bagai hujan dari langit malam
berkerlipan menerangi hatiku yg kelam
tapi semua itu hanya dusta yg ditenun merupa manikam

tersedar begini ibarat luka lama kau simbah cuka
pedihnya kembali terasa
dan darah pun menitis
tidak kering walau dibasuhi hujan bergemerlapan
kerana dusta tidak menyembuhkan
malah agen pembunuh yang amat kejam

benci ini telah membenihkan kantuk
aku ingin tidur dan lupa
lupa pada semua luka yang kau guriskan
di hatiku yang selembut sutra.

12 Mei 2009
:: "Mak, saya dah lulus ujian memandu..."

Perkara paling mudah bagi orang lain inilah yang menjadi paling sukar untukku. Belajar memandu.

Dulu sewaktu di zaman persekolahan keterujaan untuk dapat memandu adalah sesuatu yang menghantui sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi. Dalam mimpi aku akan membawa bas sekolah, van dan kereta sedan dengan penumpang ataupun bersendirian. Tetapi selalunya mimpi itu akan bertukar tragis apabila sistem brek kenderaan jadi tidak berfungsi, atau sedar-sedar kenderaan tersebut sudah hilang atau tiada sterengnya, tidak kurang juga memandu kenderaan yang sangat berat dan tidak jumpa di mana pedal minyaknya, atau walaupun pedal minyak ditekan kenderaan tetap menginsut seperti siput.

Begitulah keterujaan zaman kecilku. Tetapi tiap kali keinginan ini menggelodak terpaksalah aku redakan, kerana ada saja batasan yang menghalang dari aku menjadikan mimpi-mimpi itu realiti.

Penghujung tahun lalu, aku mendaftar untuk belajar memadu bukan kerana mimpi-mimpi itu lagi. Tetapi lebih kepada desakan semua orang. Bukan hanya ahli keluarga dan kawan-kawan, malah jiran-jiran di kampung jua pernah bertanya kenapa aku tidak memandu. Kalau dia tanya kenapa aku tidak membeli kereta - nah, yang ini jawapannya memanglah kerana aku belum berkemampuan untuk membelinya.

Aku kasihan melihat mak yang terpaksa mengikutku mengendera komuter, turun naik tangga tinggi di setiap stesen. Mak bukan seperti dulu lagi tegap dan kuat. Kudrat tua mak semakin berkurangan, walaupun masih mampu tetapi aku seringkali jadi sayu. Dan selalu juga mak mengomel bila dia benar-benar tak larat untuk berjalan dan menaiki tangga kemudian bersesak-sesak di dalam keretapi walaupun pasti akan ada insan berhati mulia yang akan memberikan tempat duduknya kepada mak. Kerana itulah, aku korbankan segala ketidak selesaan dan menelan 'kesakitan' demi untuk belajar dan benar-benar memahami bagaimana untuk mengendera sendiri sebuah kereta.

Benar, aku jadi 'sakit' bila mengenangkan esok itu adalah hari sabtu dan aku harus belajar memandu. Beberapa kali aku demam hanya dengan mengenangkannya saja. Mak akan lihat betapa mendung dan beratnya nafas yang kuhela. Seluruh dunia terasa sempit dan menekan dada. Dalam erti kata lain, aku tertekan terpaksa melalui semua itu. Bagiku waktu belajar tidak cukup, kerana aku tidak sempat faham mekanisma pengendalian semua itu. Jadinya tubuh rasa terdera, kaki menjadi kejang, belikat sakit, jantung berdegup laju, kepala jadi sakit dan semuanya sungguh merimaskan.

Aku tidak tahu kenapa sesuatu yang sangat-sangat kuidamkan dulu menjadi seumpama racun apabila kulalui kali ini. Mungkin kerana keinginan yang melampau suatu waktu dahulu tetapi asyik tertunda dan terhalang membuatkan aku muak dan melupakan. Seperti yang aku kata tadi, semua itu aku telan dan lalui dengan sebuana walang. Dalam hati tak putus berdoa agar dipermudahkan Tuhan untuk aku memahami dan lulus ketika ujian nanti.

Dan hari ini syukur alhamdulillah, aku telah lulus ujian bahagian 2 dan 3 sekali gus melayakkan aku memegang lesen percubaan selama dua tahun sebelum dapat memiliki lesen kompetensi jika aku tidak melakukan sebarang kesalahan yang besar dalam sistem pemarkahan Kejara. Alhamdulillah aku tidak perlu mengulang ujian ini, dan semuanya selesai dengan sekali ujian sahaja.

Terima kasih buat mak yang tidak berhenti mendoakan, juga kawan-kawan dan sahabat handai yang budiman. Terutama Cikgu Zainal yang sungguh baik budinya mengajar aku tanpa jemu, walaupun sudah berbulan-bulan aku belajar dengannya. Sebelum dia aku belajar dengan cikgu yang garang, aku jadi bertambah tertekan dan lebih banyak buat silap. Tetapi dengan beliau, dia memberi aku masa dan bertolak ansur. Syukur.

Aku teringat anak-anak saudaraku yang telah mahir memandu memberi semangat. Terima kasih Ina, dan Mira yang beriya-iya memberikan aku kelas teori di rumah dan menyakinkan bahawa usunya ini boleh lulus. Ya ya... terbukti sudah kini, alhamdulillah. Aku talifon mak sebaik lulus bahagian kedua (parking dan bukit) dan juga selepas selesai ujian jalanraya. Tentu mak juga berdebar-debar menanti di rumah kerana itu aku maklumkan seawalnya. Ha ha ha... lawak sungguh aku kan? Benda kecil begini pun riuh rendah kujadikan.

Sahabat-sahabat yang mendoakan juga aku hubungi dengan SMS. Kak Siti terus menalifon diikuti dengan Senah. Nampak gaya nya kawan-kawan pun gembira lebih2 lagi. Terima kasih atas ucapan tahniah dari Nisah, Sempoii, Jundak, Panji, Aeen, Yan, Liana, Mira... dan mungkin ada beberapa nama lagi yang aku terlupa. Terima kasih atas doa kalian.

Seperti yang pernah aku katakan, banyak benda yang tidak datang dengan mudah di dalam hidupku, dan ini adalah salah satu darinya. Maka dengan apa yang Tuhan anugerahkan ini amat-amatku hargai.

Dan petangnya bila pulang, di ambang pintu lagi aku sudah memanggil mak.

"Mak! Mak! Saya dah lulus ujian memandu" sambil tersengih lebar-lebar. Dan mak menjawap...

"Elok lah... " sambil senyum-senyum.

Dan ayat itu ku ulang-ulang hingga ke esokkan hari nya, dan tanpa jemu-jemu mak akan menjawap...

"Elok lah... " sambil senyum-senyum.

9 Mei 2009
:: Pelancaran buku KACIP - Pipiyapong

Seingat aku aku tak kenal mamat ni macam aku kenal OP ke, Mat Jan ke, Basri ke, Mie de Incik Nordin ke, (yang tak disebut nama jangan kecik hati ok). aku cuma kenal nama Pipiyapong, membaca di beberapa blog atau media lain yang aku tak ingat. Mungkin juga di sebaran Maskara. Sehingga satu hari beberapa minggu yang lalu sewaktu menelusuri blog Moqh, dia tulis di situ mamat ni dapat komen paling banyak yang dia (Moqh) pernah lihat sepanjang dia memblog.

Hmm... ada apa tentang Pipiyapong? Aku pun klik link ke blog Pipiyapong. Memang sah komen yang berjela-jela dari peminat pembaca fanatik blog nya. Dalam entri itu Pipiyapong buat kenyataan mahu tutup blog. Maka merayu-rayulah pengikut blog beliau agar jangan sampai itu terjadi. Pipiyapong balas dalam ruangan komen, katanya beliau akan menulis semula kalau dapat dihimpunkan sekitar dua ribu komen di situ. Maka berhempas pulaslah pembacanya mengomen supaya bilangan komen mereka itu sampai ke angka yang diidamkan dek Pipiyapong. So sweet...

Tapi nampak gayanya Pipiyapong tak jadi tutup blog, dan mungkin semua itu hanyalah sekadar gimik dan sebagai kayu ukur setakat mana blognya menjadi perhatian dan diikuti... mungkinlah.

OP hantar mesej di YM tentang pelancaran di Annexe Gallery, ada persembahan Dewangga Sakti juga tu. Petang Sabtu aku memang tak ada agenda, lalu kususun dan ajak kawan-kawan yang aku suka (pinjam aa sindiket soljah punya tag ni) termasuk anak-anak saudaraku selaku pengiring ke atas puteri Aurora ini.

Kawan-kawan lain yang sudi mengorbankan masa ialah warga Aurora - Panji, Naim, Mon, dan Liana.

(gambar-gambar aku belum loading ke komputer, esok saja ok)
Masa sesi persembahan ada seorang awek cun yang membuatkan aku tak boleh berhenti merakam gambar dia. Liana, apa nama minah tu? Aku dah lupo he he he... XYZA ke? PQRTS? Lupa sungguh laa.. dasar regim memori serangga... huhu

Sudah lama tidak ke surau di bumbung Pasar Seni, keadaan jauh lebih selesa berbanding sewaktu di zaman UiTM dulu. Dan sebelum pulang kami sempat minum teh di Oldtown kopitiam.

Tahniah buat Pipiyapong atas pelancaran buku Kacip nya, walaubagaimana pun aku masih belum memiliki buku tersebut, (yang demikian aku dengan rasminya di label King Queen of Kodi huk huk) harapnya nanti juga bisa. Sekarang aku tengah berhati-hati dengan kertas yang bernama duit itu.

8 Mei 2009

Betul kata SueAnnaJoe of budu dan belacan, dulu sewaktu menggunakan kamera kompak rasanya aku lebih agresif dan lebih kreatif merakam gambar. Sekarang aku dah naik bosan dengan shot aku sendiri. Jadi menyampah dan macam... apa benda laa yang aku buat ni??? Adakah kekangan teknikal kamera tersebut membataskan kreativiti aku? Adakah kerana ia tidak punya live view jadi aku tidak dapat melihat hasilnya seperti yg aku mahu sebelum menekan tombol perakam itu? Sejuta alasan pun bisa, atau yang sebenarnya aku ni yang memang tak ada potensi? Hmmm kecewa sungguh. Yang demikian aku berazam, semua kutelan sebagai cabaran yang indah, insyaAllah beberapa ketika lagi aku akan merungkai satu-persatu permasalahan ini dan mampu pula datang dengan cara dan gaya sendiri.

4 Mei 2009
:: Yang tidak dapat kucatatkan sebelum ini...

Closing Pameran Aspirasi '09 - 29 April 2009

Forum SaiFai PWTC - 19 April 2009

Opening Pameran Aspirasi '09 - 7 April 2009

Gathering Kelab Wizra - 5 April 2009

A wedding in Shah Alam - 4 April 2009

Perkahwinan adik senah - 21 Mac 2009

Perkahwinan Nurul & Nordin - 13 Mac 2009

Outing Karyaneka -

Outing Mid Valley -

Outing Putrajaya - 1 Jan 2009

Outing Tasik Perdana - 30 Nov 2008

Kenduri Khatam Quran di Istana Sultan Aurora - 29 Nov 2008

Introduction to manual at KLCC - 15 Nov 2008

 

- bilalah dapat kuabadikan gambar-gambar semua itu di sini ya?

30 Apr 2009
::Kelelahan yang dalam...


Kredit: So, So tired

Tuhan,
aku ni kelelahan dari hidup yang kukejar-kejarkan
pada rutin yang aku suka
pada kesempatan yang sering menyuakan muka
pada kegemaran yang sering mengimarak kan jiwa
tapi terkinja-kinja buat aku letih seringkali tak bermaya.

Tuhan,
aku ini lunyai di perdu impian yang seringkali ku igaukan
kerana disergah beban yang melampaui daya
kerana diterpa prahara keseliratan kemahuan
kerana diajak kepada keindahan dunia
aku jadi lelah mengejar hari dan masa.

Tuhan,
serasa ingin tidur dipangkuanMu
dengan irama dari gemercik kali dan siulan unggas
serta bayu nyaman yang mendamaikan
aku ingin tersedar di syurgawi
idaman semua makhluk yang melata di bumi
aku ingin bangkit berjalan dalam damai
tanpa sekelumit pun kelodak menggugat sanubari
semua hanya tenang dan dalam diam.

yang berziarah di hujung rimba...

 

Puteri Elaira's Profile
Puteri Elaira's Facebook Profile
Create Your Badge


Visit PENA

Jom Shoping

Jom Tonton

Kepada mereka yang tak dapat ke rakaman konset Salam Dunia seperti saya (demam) dan tak sempat juga nak duduk depan tv masa raya dek melayan tetamu, maka jom lah kita tonton online di website tv9. Klik banner di atas.


Kelab Sahabat
M. Nasir

Sertai kami di:
Yahoo Group
sahabat_mnasir


Satu Usaha Murni
Lagu Jiwa Kenduri Kawen

Juwita
mySpace
facebook

-----

Syair Debu

Terindah

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Bencinta - Faisal Tahir

Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu…..hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengar ku
begitu mudah untuk kau terus berlalu nanti dulu
berikanlah waktu untuk aku untuk kamu

ingatkah lagi waktu kau bersamaku
kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu, benci padamu, cinta padamu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu
apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku
kaku aku melihat mu sedangkan aku mahu kau tahu
dengar kata ku aku cinta padamu
benci padamu cinta padamu

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci…. kamu…
aku cinta….kamu…

Bacaanku

Sudah Tamat

 

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2009 Myths in the Haze
http://www.elaira.net