Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

GENG JURNAL

nisah haron
unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007

~@~

6 Jun 2007
:: Terpahat satu pengajaran

Pengajaran dari sekolah hidup adalah sebagai panduan melangkahi masa depan. Terkadang kita lupakan kerana sebab yang kita sendiri tahu. Dan terkadang ia berulang, ketika itu kita merasakan kebodohan diri kita membiarkan kesilapan yang sama berlaku dua kali dalam hidup.

Perkara sebegini buat aku keliru. Apakah semua manusia begitu? Lalu aku jadi curiga pada setiap mata dan wajah. Apakah senyum itu ikhlas dan jujur atau penuh maksud juga? Apakah salam itu dari hati?

Sungguh aku tidak suka curiga begini, tetapi hidup saban hari mengajarkan dan memberi peringatan... ada kala jengking di sebalik batu, bersedia untuk menyepit dan menyengatmu.

setuju tak?

 

Dalam Kerinduan...

Berita 1

Berita 2

Berita 3

Senandung lalu

... akan sentiasa hijau dalam kenangan.

 

Catatan Offline

29 Mei 2007
:: Yang sempurna itu mimpi...

Ada sesuatu yang sempurna bila ianya kekal mimpi. Kerana bila ia menjadi realiti, ketidak sempurnaannya begitu terserlah dan menyakitkan sebuah kehidupan.

Dari sebuah wajah terlahir berbagai kisah. Tetapi apa yang menempa hati di kala itu selalu menjadi penakluk utama layar pawagam hidup.

Ku masih ingat kata-kata Abg Pat bila aku bicarakan soal keikhlasan. Katanya membawa maksud, itu bukan wajah manusia hari ini. Hari ini tiada penilaian manusiawi tentang keikhlasan. Insan tidak memandang sesuatu yang tampil atas nadi keikhlasan. Aku ingat tentang itu, aku tak akan lupa. Tetapi kenyataan itu tidak akan membuat aku mentalkinkan naluri dan keinginan untuk terus ikhlas dan mengusung keikhlasan.

Jujur. Tidak ramai yang ingin berlaku jujur lagi hari ini, kalau bukan untuk sesuatu tujuan atau ganjaran di hujung perbuatan. Ada masa aku lihat manusia berlumba-lumba memutarbelitkan keadaan demi untuk sesuatu tujuan atau ganjaran hebat. Muslihat dibajai, kecerdikkan diasah bagi melindungi agenda hitam yang ranum dalam diam. Aku lihat semua ini dalam diam dan menyimpan sakit hati dalam-dalam.

Ada masa aku juga melihat manusia tertuba ketidak jujuran sendiri. Yang busuk itu akan berbau juga. Aku terkadang melihat wajah-wajah yang robek dilakar kebusukan hati masing-masing. Masalah di cari namanya. Atau mungkinkah masalah begini yang dikatakan kemuncak sesuatu pencapaian?

Kalau benar begitu, maka terjawaplah musabab aku sudah lama berada ditakuk lama.

[ ada lagi catatan offline... nanti aku uploadkan ]

5 Jun 2007
:: Selamat hari bumi...

Aku pencinta bumi dan alam sekitar. Maka selamat hari bumi. Itu saja ucapan ringkasku. Selebihnya tak perlu. Kerana ramai manusia yang memperjuangkan kitar semula, jadikan bandar dalam taman, sayangi sungai kita, dan segala macam slogan lagi adalah (mungkin) juga taukey-taukey balak haram. Dan aku tak sama macam mereka.

4 Jun 2007
:: Dia pun pergi...

Dalam kerinduan...

Dalam kerinduan yang memuncak menggunung
lalu berlinangan air mata menahan perasaan
digoda hayalan

Dalam kerinduan yang memuncak menjauh
tak kusedar kiranya cinta kita telah hampir pudar
tiada percantuman

Lalu aku bayangkan wajahmu di dalam sepi
betapa syahdu pertemuan indah pula senyuman
kulihat mawar merah segar di jejari manis mu
tapi mekar hanya seketika lalu ia kering layu

Get this widget | Share | Track details

Sungguh tak ada yang abadi. Aku terkesima menerima berita yang Yan sampaikan. Entah. Rasa tak sangka. Atau mungkin kerana aku belum sempat mengenalinya dengan dekat. Secepat itu aku mencari berita dia Bernama dan aku temukan... berita ini.

Zaman kanak-kanak ku di kampung berlatarkan lagu-lagu Alleycats. Banyak kenangan yang bersangkutan. Aku mengenali M. Nasir pun melalui album-album Alleycats. Dan aku lebih suka mendengar suara Loga berbanding David walaupun keduanya sama-sama bagus. Waktu itu tak banyak kumpulan musik yang dapat ku dengar. Dan bergantung pada apa yang kakak dan abang beli. Album-album Alleycats yang ada di kampung adalah dalam bentuk piring hitam.

Kerana kita pun berlainan agama... maka aku hanya mampu mengenang bahawa dia pernah menyejukkan hatiku dengan lagu-lagu dendangannya.

2 Jun 2007
:: Keajaiban...

Kadang kala aku merasakan keajaiban terbesar dalam hidupku adalah kegembiraan. Gembira yang lahir tulus dari persekitaran yang cukup ikhlas walau ianya datang dalam wadah yang cukup sederhana sekali. Seperti kegembiraan melihat senyuman dari wajah-wajah yang sangat kita sayangi, iaitu ahli keluarga kita (terutamanya wajah Bonda). Begitu juga senyum dan tawa yang dihadiahkan oleh mereka kepada kita. Sungguh, semua itu tanpa bersyarat. seperti gembira berkongsi satu saat yang suci dari segala hasad dunia.

Hari-hari kebelakangan ini Tuhan kurniakan aku satu nikmat yang tidak mampu kulukiskan dengan kata-kata di sini. Dia telah hadirkan insan-insan yang dengan tulus membawa keajaiban terus ke hatiku. Tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Perdulikanlah maslahat duniawi, detik-detik begini helahmu tidak menjadi.

Bila keindahan dunia terjelma dalam bentuk yang sangat mudah, bersahaja dan tanpa disangka... terus mengungsi ke dalam hati... percayalah bahawa keajaiban itu telah dikurniai Tuhan terus ke dalam lubuk sanubari.

21 Mei 2007
:: Masa...

Payah benar untuk aku meluangkan masa menulis di sini, saban waktu asyik teringat mahu tulis itu, mahu tulis ini, mahu kongsikan gambar dan macam-macam lagi. Apakan daya terdapat kekangan dan buat masa ini aku terpaksa akur sahaja. Doakan semoga aku segera bisa menghantar laptop ke pusat pemulihannya.

Malam ini aku akan ke Kuala Terengganu lagi atas tugasan rasmi. Tengah malam sabtu barulah aku akan kembali ke rumah. Aku telah memohon tiket pukul 10.15pagi, malangnya agak lambat diuruskan dan satu-satunya penerbangan pulang yang ada adalah sekitar jam 9.15malam. Apa aku nak buat seharian di Kuala Terengganu ya? Jogging di pantai? Menunggu matahari terbit? Mencari ikan goreng tepung lagi? Nampaknya aku harus mula mencari kenalan di Kuala Terengganu. Nanti boleh melawat muzium, perpustakaan atau toko buku.

Nanti sajalah aku berkreatif memenuhi masa. OKlah sekarang mahu kemaskan pakaian. Lagi sejam lebih aku harus berangkat ke stesen ERL.

10 Mei 2007
:: Jatuh...

Kau pernah jatuh? Tak kiralah jatuh tersungkur, tertiarap, tersembam, melutut, bergolek-golek atau apa saja jenis jatuh. Jatuh, maksud aku kemalangan kecil, bukan jatuh motor, terjatuh dari kereta atau lori, bukan juga terjatuh dari pokok sehingga patah tulang temulang. Dan bukan juga jatuh cinta ok.

Jatuh yang aku maksudkan lebih kepada terjatuh di khalayak ramai dan di kala usia sudah dewasa. Ada orang yang nampak. Tidak kiralah ditertawakan atau tidak. Ini pun satu isu lagi. Tak apa, kita cerita pasal jatuh dahulu. Kau ingat di mana kau pernah jatuh? Kata orang, tempat jatuh lagi di kenang. Nah, buktikan sekarang, bahawa kalian tidak lupa tempat yang kalian pernah jatuh.

Aku pun pernah jatuh, banyak kali. Ada yang tersungkur, lutut dan tapak tangan tercalar dan berdarah. Bila malam denyutan kesakitannya mengusir lena. Ada beberapa luka yang meninggalkan parut ke hari ini. Di pergelangan tangan kiri ada satu parut, bersamanya kenangan manis sewaktu remaja mendaki batu-batu jeram di Bukit Berkelah. Ya aku jatuh, ketika itu aku dan kawan-kawan meniti tubir batu untuk sampai ke jeram air terjun yang seakan memanggil dan menggamit supaya kami segera memesrai deburannya, tapi syukurlah tidak terus tergelincir ke jurang batu di bawah, jika tidak mungkin juga aku akan mengalami kecederaan yang lebih parah lagi.

Aku pernah jatuh di hadapan bangunan pejabat ketika bekerja di Seremban. Itu jatuh yang pelik. aku katakan begitu kerana aku tidak tahu pun bahawa aku sebenarnya telah terjatuh melutut ketika menaiki tebing di tepi longkang. Lebih hebat lagi lukanya dalam, kerana di situ penuh dengan batu-batu tajam. Malam itu kulit lutut terasa begitu tegang dan berdenyut semalaman. Aku tak boleh tidur. Ya mungkin aku menangis menunggu subuh, aku sudah lupa.

Banyak kali juga aku jatuh, namun tidak semua aku ingati. Tetapi ada satu jatuh yang istimewa. Aku katakan begitu mungkin kerana lokasinya dan jatuh itu tidak bersebab. Ya, aku pernah jatuh di depan lobi Menara 2, di Menara Berkembar Petronas. Ketika itu waktu pulang kerja. Aku ingat baju mana yang aku pakai, kurung kuning hitam. Entah bagaimana tiba-tiba sahaja kakiku jadi lembik, dan sedar-sedar aku sudah jatuh melutut di tepi pasu-pasu bunga di situ. Seorang lelaki budiman yang sangat kacak yang kebetulan lalu di sebelahku, pantas membantu. Mungkin tindakan spontannya, dan seperti itu juga aku menolak kerana aku tidak apa-apa dan turut sama terpingga-pingga memikir sebab aku terjatuh. Huh, jatuh yang tak berbaloi. Sakit pun tidak cedera pun tidak.... sekadar memberi malu sahaja. Hehehe... walaubagaimana pun terima kasih buat dia yang prihatin dan tidak ketawa melihat nangka busuk tersembam ke tanah. Ohh... aku lupa, waktu itu belum nangka busuk lagi lah... itu waktu-waktu bidadari puteri kayangan kekeke...

Dan, aku cukup benci melihat orang mentertawakan orang lain jatuh. Padaku terjatuh itu tidak lucu, tidak kiralah bentuk fizikal insan yang terjatuh itu. Aku lebih suka membantu dari tertawa. Setiap kali aku melihat sesiapapun mentertawakan orang jatuh aku pasti merasa gatal tangan ingin menolak orang itu pula sehingga terjatuh. Biar dia juga rasa ditertawakan. Bagi aku orang yang sebegini sombong dan suka melihat kejatuhan orang lain dari sudut apa sekali pun. Dalam keadaan tertentu jika boleh memilih aku akan menghindar dari berteman orang yang sebegini.

Kita perlu jatuh. Sekali atau berkali-kali. Supaya kita sentiasa ingat di mana tempat kita dan setakat mana sangatlah kekuatan kita untuk berdiri. Aku tidak takut atau malu untuk jatuh. Aku perlukan semua itu untuk sentiasa ingat dan dapat melihat perspektif kehidupan yang berbeza bila aku mendongak melihat orang lain yang berdiri. Aku perlukan semua itu bila kelak, aku akan bersemadi jauh lebih ke bawah dari tahap itu. Nun di bawah sana, jika masih bisa melihat bagaimana pula rasa dan perspektifnya?

9 Mei 2007
:: Berterbangan...

dari jendela kamar tumpanganDua tiga minggu kebelakangan ini aku ada tugasan di luar daerah. Pertama ke Kuala Terengganu dan kedua ke Brunei. Justeru, Dongengan di dalam Kabus ini sepi.

Kuala Terengganu
Aku suka melihat pantai yang terbentang dan lautan luas nan membiru. Apatah lagi dengan langit yang bersih dengan sedikit tompokan awan putih. Angin Cina Selatan yang gemalai menghanyutkan aku ke laut tenang tak terbatas. Hanya kalaulah kunjungan itu untuk berlibur, pastilah lebih indah lagi.

Cuaca memang agak panas dan kering sewaktu kunjunganku ke Kuala Terengganu. Rumput-rumput di jalanan menguning. Sepanjang dua hari di sana, setitik hujan pun tidak mendamaikan raga bumi yang kehangatan.

 


Hari kedua aku ke Setiu. Kata Raja Kegelapan itu daerah Istana Kerajaan Gelap. Tetapi hari itu cerah gemilang, tidak ada unsur kegelapan. Atau mungkin kelemayar intan Srikandi Aurora ini telah pun menyingkirkan semua delar gelap, waima sekelumit pun tidak tinggal lagi?

Petang itu dalam perjalanan pulang dari Setiu ke Kuala Terengganu, kami singgah di sebuah gerai yang betul-betul di tepi pantai. Hidangannya ikan kembung, ikan pari, sotong dan udang digoreng tepung rangup panas-panas, dicicah pula dengan sambal sedia ada. Ahh menyunting gambar-gambar ini buat aku terhidu-hidu baunya. Kecur air liur, lapar pula perut.

Dan sudah pasti aku pingin untuk berkunjung lagi, tetapi alangkah indahnya kalau kunjungan itu kelak bukan atas wadah tugas. Semakin banyak kawasan pantai timur yang kukunjungi semakin banyak permandangan yang menarik kutemui. Semakin banyak kasih Tuhan yang dipertunjukkan kepadaku. Syukur Alhamdulillah.

Brunei Darussalam
Mungkin kerana kunjungan yang berulang, maka aku tidak lagi teruja untuk kesana-kesini melihat setiap pelusuknya. Negara itu juga terasa bertambah dekat.

Aku suka berada di awan biru, melihat permukaan bumi dari atas sana memang sesuatu yang berbeza dari kehidupan seharian melata di dataran pamah, lembah atau bukit-bukau. Di atas sana ada ilham yang tiba, ada kedamaian yang membujuk sukma jauh dari segala onar tintaan manusia berwajah hitam.

Kali ini aku sudah bersedia lebih awal untuk merakam Kepulauan Natuna dari udara. Alhamdulillah, walaupun kualitinya tidak seelok mana.

Ayuhlah kukongsikan.

Melalui sumber pembacaan internet yang terhad kufahami bahawa kepulauan ini bebas dari pembangunan drastik. Dengan demikian keasliannya masih tidak terusik, dan aku juga membayangkan fauna dan floranya tidak dirobek jejari kasar pembangunan.

Dari udara beberapa batang jalanraya utama yang menghubungkan sebelah barat dan timur pulau jelas kelihatan, dan terdapat beberapa kelompok bangunan (yang kukira rumah atau pentadbiran daerah) bersekitar di tepi pantai. Pulau ini kaya dengan hasil galian petrolium. Natuna terdiri dari beberapa gugusan pulau, yang kelihatan dari jendela kanan pesawat adalah yang sempat kurakam dan kongsikan di sini sahaja.

Di kebanyakkan masa rasa ingin tahu itu indah. Manusia sanggup berbuat macam-macam bagi meredakan persaan ingin tahu mereka itu. Ingat tak tentang pasangan saintis Perancis, Maurice dan Katia Kraffts yang sanggup meredah lahar gunung berapi untuk membuat penyelidikan? Rasa ingin tahu membuatkan mereka tidak hiraukan keselamatan diri. Dan kesungguhan mereka itu juga telah membekalkan kita dengan maklumat yang tidak mungkin kita perolehi jika tidak ada orang yang sanggup mendekati ledakkan gunung berapi sedekat itu. Malangnya kesungguhan mereka itu jugalah yang telah meragut nyawa pasangan Kraffts ini. Justeru turut membuatkan aku teringat kepada mendiang Steve Irvin yang juga menerima nasib yang sama.

Curiosity kills the cat, namun tanpa kucing yang berani, sejauh mana sangatlah makna memberi erti. Aku rasa, aku bukanlah jenis kucing yang berani sangat, kerana bilamana tau untuk ke Natuna hanya dengan Adam Air dari Jakarta pun sudah membuat lututku longlai.

Nota:
5hb Mei yang lalu, Fajar Seluas Angkasa telah berangkat ke Scotland bagi menyambung pelajaran di peringkat PhD. Waktu aku menulis ini dia mungkin sedang menyesuaikan diri di tempat baru. Anis dan anakanda Najla akan menyusul kemudian, begitulah katanya sebelum berangkat dulu.

Aku tidak sempat menghantar Fajar di KLIA kerana baru sahaja pulang dan menyelesaikan beberapa urusan keluarga. Tetapi seandainya aku dapat tahu awal bahawa Nett dan Rudy juga sempat meluangkan masa menghantar Fajar ke KLIA, mungkin aku boleh menumpang kereta Nett. Tak apalah mungkin bukan rezeki aku.

Sungguh aku berhajat untuk melawati bumi beraja yang lagi satu itu. Semoga Tuhan memberi aku kesempatan kelak.... kesempatan masa dan kewangan. Sehingga impian itu tercapai, aku harap Fajar rajin merakam foto dan berkongsi dengan kita semua.

Semoga kita tetap terhubung melalui dunia maya ini. Semoga Tuhan panjangkan umur kita untuk bertemu lagi. Semoga pula berjaya mengejar cita-cita setinggi dan seluas angkasa. Doa dariku untukmu sekeluarga... selalu.

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Terindah

Danial

Saksikan lagi satu kartun buatan Malaysia. Kali ni keluaran Sykt En. Nordin. Dan yang ini aku suka!

Setiap SELASA
7.00malam
RTM 1


Kelab Sahabat
M. Nasir

- BOWLING INTER FC -

Tarikh : 2hb June 2007
Waktu : 1.00 ptg (Pendaftaran) Tempat : Ampang Superbowl , BERJAYA TIMES SQUARE Penganjur : Farah Fauzana FC

Setiap Fans Club harus menghantar 1 team (4 orang)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ain di talian Luncai Emas Sdn Bhd 03-6156 1357 / 6700

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

-----

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Magalenha - Sergio Mendes


Free Download Here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri
Riwayat Mandolin
Jerat
Raja Kasih Yang Hilang
Jujur
By Your side

Mungkin (MTV by Rosh)

Pemilikan Terbaru

 

Bacaanku

 

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net