Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.my
olai tannon lama
olai tannon
fajar
silence
rosh
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari
sang perba

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u
emel@artakus

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah
pyanhabib

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib
alamat cinta

~@~

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson
dewangga sakti
filem pendek
vovin

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal
shaliza
shaliza fp

kenrockwell
better photo

kodak
fototeacher
fotokawin

betterdigitalphotography
digital-photography-school

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
basrie

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS & FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
budu dan belacan
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
sinzmanual
bob danial
norhaidatul azian

~@~

ISLAM

saifulislam
harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita
umrah2u

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki
razzi rahman

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007

Ver 6.0
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac - mei 2008
jun - julai 2008
ogos 2008
sept 2008

Ver 7.0
okt 2008
nov - dec 2008
jan 2009
feb 2009

~@~

26 Mac 2009
:: Allah Hu...


berputar
dalam lingkaran maya
asyik menakluk
nanar dan mabuk
kapas-kapas syurga pun terapungan
dalam sanubari terdalam.

 



walau tidak memahami syairnya, kemantapan vokal dan persembahan ali zafar dan tufail ahmed serta susunan musik yang sangat bagus telah membawa penghayatan yang dalam terhadap bahasa antarabangsa yang satu ini - musik. samada mesej ketuhanan yang dibawakan (kuandaikan dari tajuk lagu), kekuatan vokal, kemantapan susunan musik, suasana studio atau apa saja elimen yang ada dalam klip video ini adalah material yang telah menarik minat dan penghayatanku. jika ianya mampu membawakan apa yang kurasa kepada kalian jua... maka inilah kukongsikan.
satu lagi rimba cinta mistikal... semestinya.

*terkenang syair-syair allahyarham nusrat fateh ali khan.

~~@@@~~

Something in me is urging, like there will be an explotion or time bomb ticking crucially. The sensation that is hard to describe. I don't know why I'm thinking in english now, I know its broken, but who cares, I'm doing what I want to do... improvement will take time, so let it be later. I guess this is what people often said about passionate. Which is actually the things that haunting your mind nights and days. Anywhere you go, where ever you are. And can't get rid of it.

It used to be something that I like to do so very much, but now I guess it has turned to be some kind of urge from deep inside of me, and wont subside... at least not for now. I want to know more and more and more..... and I cant wait!!! Oh this is such a torturing thoughts, it makes me suffer. I wanna go home to you, to hold you close, to experiment you, and capture every beauty and shades and love and everything that makes the world such a beautiful place to live on.

Always ... in love with you!

22 Mac 2009
:: Belon 'AIR' Panas... let the pictures speak...

I shot couple hundred of pictures on that day. Put up some. Will do for the rest... if I have some spare time.

19 Mac 2009

satu detik lalu
dua hati terbang tinggi
lihat indahnya dunia
membuat hati terbawa

... ada hari yang mimpi-mimpi indah tidak beredar. hadir membawa segar sepanjang hari. dan alam semua tersenyum. semangat dan harapan menggunung-gunung.

dan bawa ku ke sana
dunia fatamorgana
termanja manja oleh rasa
dan ku terbawa terbang tinggi oleh suasana

...minda tidak kering menjana idea. alam-alam indah tersusun di depan mata minta di potretkan. ada banyak harapan dari sanubari minta ditunaikan.

dan kau menawarkan rasa cinta dalam hati
ku tak tahu harus bagaimana
untuk raba mimpi atau nyata
dan bedakan rasa dan suasana
dalam rangka sayang atau cinta yang sebenarnya

...bibir terus tersenyum mengusaikan bongkah-bongkah kerja. lunas satu persatu membawa gembira.

dan bangunkanlah aku
dari buta mataku
jangan pernah lepaskan aku
untuk tenggelam di dalam mimpiku ...

17 Mac 2009
:: Dari syurga...

i guess some people are from heaven. they born on earth, but their hearts remain in heaven. and so they give heavenly love to mankind without reasons, they planted happiness in ones heart as a gift of light on the most cloudy day. thank you. may allah bless you forever.

Sekolah hidup hari ini mengajar aku bahawa di celah-celah dunia materi dan hipokrit yang amat hanyir ini, masih ada insan yang berhati jernih dan harum. Kejernihan hatinya menjernihkan galau di hatiku, keharuman hatinya, mengharumkan seluruh jagatraya.

Terima kasih cikgu, atas ketulusan budi seharum syurga.

6 Mac 2009
:: Mendakap Kehilangan... Amir Yusuf


mendakap kehilangan

I

sekeping hati ini luluh mengenangkan
kerinduan yang tidak terjujuk
keheningan yang tidak mampu dikampungkan
kepiluan yang tidak mampu diucapkan
bila ruang kasih diisi kepergian

anakanda,
sungguh bonda hilang kata-kata
semua bicara sumbang
semua gurindam hilang
yang ada hanya doa-doa kesejahteraan
mengiringi kepergian anakanda
ke alam kekal yakni barzah

adinda,
sungguh kekanda hilang madah
entah mana manis bicara
dapat memujuk adinda berdua
tiada pujukan bisa meredakan
tiada senyuman bisa menawarkan
rengsa hiba di kalbu kalian

moga kita bisa ikhlas dan redha
segala suratan dan takdir
segala hakikat dan kurnia Pencipta
dalam melayari arus
pelayaran hidup yang sementara ini.

II

Inilah kehilangan yang kita dakap
moga bisa kita mengutip setiap inci kehangatan
setiap zarah kekuatan
moga hari mendatang menghamparkan ketenangan
di antaranya membuka mata dan kalbu
hakikat alam dan hidup yang penuh sementara
moga ini menjadi jendela
membolehkan kita melihat keluar dari biasa
yang abadi, yang hakiki
satu perjalanan yang kita semua tujui
satu nokhtah yang abadi.

~~@@@~~

Buat Adindaku Fajar dan Anis, serta anakanda Najla, tabahlah.
Allahyarham Amir Yusuf tetap harum dalam lipatan ingatan kita semua.
Istimewanya permata hati kalian itu kerana telah menawan gugusan kasih sayangku.
Telah meruntun hati dan segenap perasaan tiap kali membaca perkembangan meskipun hanya dalam diam.
Kerana sebanyak itu jua, entah ke mana hilangnya kata-kata, serasa klise dan serasa terlalu ringan,
sedangkan dada penuh sarat airmata, entah ke mana layak ditumpahkan.
Kenangan teramat manis, meski mengenali Allahyarham hanya dalam kisah lewat adinda,
tetapi seolah telah bisa menyentuh jejari halus itu, bisa pula menghidu harum keberadaannya.
Istimewanya Amir Yusuf kerana hadirnya menitip sesuatu buatku, meski tanpa suara, mesti tanpa kata,
ia hadir ke dalam sukma, menerangi sanubari dan mengharumkan kalbu.
Moga kalian kekal tabah saban hari, meski bagaimana sekalipun rindu itu menggigit ia adalah anugerah dari Allah,
moga kerinduan begitu jualah yang tersemat dalam hati kita terhadap Yang Maha Pencipta. Kerinduan yang terindah.

kasih sayang,
Elaira, Kuala Lumpur.

~~@@@~~

abadi dalam ingatan:

Seluas Angkasa
Galeri Amir Yusuf

4 Mac 2009
:: Konsert Alam M. Nasir

bagaimana kan kumula...

Sesungguhnya hanya Tuhan saja yang tahu. Pergerakan laksana terantai. Urat saraf semuanya lesu. Otak tidak mahu seiring dengan peredaran mentari. Mungkin penat semalam masih berbaki, berkenduri di rumah sepupu jadi alasan rasmi.

Yan sms : Tak jadi datang awal. Jumpa kat KL Sentral je lah terus.
Aku balas sms : Ok. pukul berapa?
Yan sms : Pukul 5 KL Sentral?
Aku : ..... sambung mamai + lelap-lelap
* versi yg diringkaskan dan ditokok tambah.

Aku rasa macam ayat penyata. Jadi aku tak balas. Tak nampak pun ada tanda soal. Aku mamai, ngantuk-penat-malas amat-amat - satu pakej lengkap yang membuat aku menjalar dilantai bilik bacaan mengadap laptop, termanggu dan lelap.

Ting-tong! Mesej di YM, aku angkat kepala.

dan apakah kata-kata...

Yan kat YM : Oiii apsal mesej tak balas?
Aku kat YM : .... kena balas ek. kata kol 5.
Yan dah naik geram, telinga dah merah : Tak nampak tanda soal ke???
Aku masih mamai : ada ek tanda soal?

Aku memang tidak bersemangat langsung. Semangatku sudah terbang beberapa minggu lalu, aku tahu kenapa, tapi biarlah aku saja yang tahu. Rasa macam nak tidur-tidur sampai esok paginya saja.

Aku kat YM : nak pakai baju apa?
Yan kat YM : entah...
Aku blur dan tak tau nak pakai apa.

yang indah untuk diabadikan...

Dulu masa bulan 12 berangan nak turunkan dalam 5kg ke, boleh bergaya persis sang puteri ke Istana Budaya. Tapi hari ini bukan turun 5kg, malah naik lagi 5kg. Yang demikian dinasihatkan janganlah merancang untuk menurunkan berat, sebab ia adalah tindakbalas berbalik, yang bakal terjadi adalah disebaliknya.

tiap wajah berkisah...

5.20ptg.
Yan kat YM : Ok kak. Jom kita logout siap-siap.
Aku kat YM : Ya...

tiap madah bererti...

6.00ptg.
Yan sms : Aku dah sampai KL Sentral.
Aku sms : Aku baru nak mekap.
Yan sms : Tak pe Yan tunggu.
Memang terpaksalah kau tunggu Yan. Kasihan Yan. Momentum aku sangat rendah. Hampir tiada stamina. Mata pun macam Garfield je.

manakah ilhamku...

Tapi alhamdulillah, perkara lain tidak menjadi penghalang, baju ok, its not a bad tudung day as well, perjalanan lancar ke KL Sentral dapat pemandu teksi yang peramah dan baik.

cahya di matamu
senyum di bibirmu...

Jumpa Yan. Ambil teksi ke Istana Budaya. Sampai di sana ketika azan maghrib. Musollah yang sungguh selesa.

mengukir seribu tanda pertanyaan...

Sahabat MNasir yang pertama kutemui (selain Yan) ialah Harbans Kaur. Lamanya tak jumpa Untie ni, kali terakhir sewaktu Majlis Hari Raya di Bora Ombak tahun 2007 dahulu. Maka acara jerit-jerit peluk-peluk pun berlansung di booth Luncai. Dia nampak sihat dan teruja. Seterusnya beberapa sahabat lain yang kukenal; Pidah dan adiknya, Yuslina, dan tidak lama selepas itu Wanny pula tiba sewaktu membeli mug yang dipesan oleh Sempoii.

 

Sewaktu menunggu diruang legar Istana Budaya ini lah kelibat-kelibat artis terkenal melintas. Ramli Sarip, Azean Irdawati, Siti Nurhaliza serta suami, Dato' A. Rahman Hassan serta isteri dan mungkin beberapa orang artis serta celebriti lagi yang aku tidak sedari.

mungkinkah kau jua dalam kerinduan
di saat begini aku merindukan...

Konsert bermula dengan Di Balik Cermin Mimpi. Keterujaan pun bermula. Siapa yang tidak rindu? Konsert begini sudah lama kunantikan. Istana Budaya penuh, setiap wajah yang hadir mengharapkan persembahan yang mantap dari beliau.

dengarkanlah panggilanku
dengarkanlah lagu untukmu...

Arahan musik oleh Abang Nan (hutang ke hutan Belom tak langsai ni abg Nan... aku tuntut!), sempurna mengiringi persembahan dari awal hingga ke akhir. Cukup mantap dan berjaya menyampaikan keseluruhan perjalanan konsert itu kepada pengamatanku.

angin lalu kau sampaikan
rasa rindu yang membara
kepadanya...

Seluruh Istana Budaya (IB) beronggeng malam itu, meriah. Aku rasakan konsert Sifu begini kurang sesuai diadakan di IB yang perlu dihadiri secara formal. Hampir separuh konsert berjalan Sifu mengajak penonton "Ayuh, kita koyakkan tempat ini!!!" Apa lagi semua peminat pun bangun dan turut sama menari dan menyanyi.

Seperti kebiasaan hampir di setiap persembahan M. Nasir yang turut menampilkan Mohar sebagai pemain serulingnya, aku akan terpegun. Irama seruling buluh buatannya sendiri itu bisa menerbangkan aku jauh menerobos keindahan alam dan kasih sayang Tuhan. Akan terhampar padang-padang hijau nan damai direnjis pelangi dan siulan unggas-unggas yang ceria. Seperti terbawa ke Aurora? Terbawa ke Hujung Rimba? Melayang ke serata buana?

* Mohar. Gambar sewaktu latihan dari FB Abg Nan.
   Pinjam ya Abg Nan ;)

Alunan lunak gemersik itu seolah membawa puisi-puisi cinta Jalalludin Rumi atau Sheikh Fataah bergawang-gawang di udara. Lena di dalam jaga ... aku. Walaupun begitu hajat hati untuk bertemu beliau selepas konsert berakhir tidak menjadi kenyataan. Tiada pemusik yang keluar ke ruang legar hadapan dewan untuk bertemu peminat. Semua menyorok di belakang IB.

Dah Lagu Tu menampilkan penari-penari comel dari Aswara. Lagu berperisa Sunda ini jadi sesuatu yang istimewa dengan lenggok tari mereka yang gemalai. (Oh semasa menulis ini aku jadi teringat masakan Sunda semasa bertamu ke Bandung dulu, ikan gurame gurih, ulam-ulaman dan sambal belacan yang unik rasanya, enak sekali.)

Atas permintaan peminat, Sifu telah menyampaikan 3 buah lagu lagi setelah konsert yang bermula jam 9malam itu berakhir pada jam 11malam. Antaranya lagu kegemaranku Hijab Kekasih. Dan entah mengapa kurasakan seruling Mohar lain macam benar mendayunya. Terasa ringan dan melayang dibuatnya. Sungguh aku terbuai dan hadir sejumlah tenang. Persembahan berakhir jam 11.45malan. Terima kasih.

Selain itu persembahan Sifu secara keseluruhannya sempurna buatku. Semua yang aku harapkan ada pada Konsert Alam Musik ini. Semua lagu memang sedia hafal, cuma lagu balada Seorang Teman dari album Sang Pencinta yan gtidak kuhafali. Agak kurang memutar album itu. Kerana pendengaranku lebih lunak pada lagu-lagu yang kaya-nusantara seperti album-album sebelumnya terutama Canggung Mendonan. Tak perlu kuulaskan secara terperinci lagi rasanya. Lagipun aku kehilangan kata untuk menzahirkan apa yang aku rasa malam itu dalam bentuk tulisan. Indah dan mengasyikkan. Yang demikian kukongsikan saja dalam bentuk gambar ya.


sebahagian dari sahabat yang sempat kurakamkan bersama kak jeni, ada beberapa gambar lagi yang ku upload ke yahoo groups. sila rujuk sana ok.

Selepas konsert kami tak terus balik, sambung bersembang dengan para sahabat dan mengabadikan kenangan dengan bergambar sama, sambil berjujuk-jujuk janji untuk bertemu dan mengatur aktiviti buat Kelab Sahabat M. Nasir. Semalam telah kusempurnakan Yahoo Group yang baru, moga ia memudahkan para sahabat semua untuk berkomunikasi dan berkongsi. Sertai Yahoo Group sahabat_mnasir.

Terima kasih buat Min, kerna sudi tumpangkan aku balik.

 

yang berziarah di hujung rimba...

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Jom Shoping

Jom Tonton

Kepada mereka yang tak dapat ke rakaman konset Salam Dunia seperti saya (demam) dan tak sempat juga nak duduk depan tv masa raya dek melayan tetamu, maka jom lah kita tonton online di website tv9. Klik banner di atas.


Kelab Sahabat
M. Nasir

Sertai kami di:
Yahoo Group
sahabat_mnasir


Satu Usaha Murni
Lagu Jiwa Kenduri Kawen

Juwita
mySpace
facebook

-----

Syair Debu

Terindah

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Sahabat Gua

Berapa banyak bintang di langit kau kaji
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati

Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali

Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran

Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha
Perananmu dalam dunia

Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi

Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya

Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan...

Bacaanku

Sudah Tamat

 

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2009 Myths in the Haze
http://www.elaira.net