Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

GENG JURNAL

nisah haron
unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007

~@~


biarlah kalian yang teka meneka dan berkata-kata...

27 mac 2007

Ulasan perjumpaan Kelab Wizra 3/2007

21 Mac 2007
:: Remaja dulu...

Sewaktu remaja dulu aku bayangkan hidup ini laksana kisah pari-pari yang serba indah. Aku akan jadi kaya dan dapat bermain piano, harian bermandikan bunga-bunga rose, dapat mengunjungi tempat-tempat cantik di dunia dan akhirnya akan bertemu dengan jejaka tampan yang sukar untuk dibayangkan kesempurnaan perwatakannya. Ya... sama seperti kisah-kisah yang aku baca dan tonton. Hidup penuh harapan berbunga-bunga.

Hari ini mengenang itu semua aku terasa lucu. Yalah, apa sangatlah yang aku tahu tentang kehidupan pada waktu itu. Aku hanya mengira ianya semudah belajar sepenuh daya, mendapat tempat di pusat pengajian tinggi seterusnya mempunyai kerjaya yang baik-baik juga. Aku akan punya kereta dan rumah selain gaya hidup seperti yang sering kulihat di kaca tv. Hmm... besarnya pengaruh tv pada remaja.

Tapi hanya sekadar begitulah. Harapan remaja di selang-seli dengan tekanan belajar. Aku akui ketika itu aku sangat tertekan belajar. Terdesak untuk lulus. Terdesak untuk terus berada di asrama. Dan terdesak pula untuk mendapat tempat di pusat pengajian tinggi selepas tamat tingkatan lima. Apatah lagi dengan leteran mak yang jika aku tidak belajar betul-betul siapa akan menjaga aku kelak, ayah sudah tak ada, kami pula orang susah dan bermacam-macam lagi. Ada satu macam perasaan, sukar aku katakan. Mungkin kerana asalnya aku cuma pelajar di sekolah kampung dan dipungut oleh 'Rangcangan Khas JPNS' (yang telah dihentikan baru-baru ini) lalu ditempatkan di sekolah di bandar dan diberi kemudahan asrama. Ia bukan asrama penuh, tetapi peluang itu memang benar-benar mengubah keseluruhan hidupku dan rakan-rakan yang lainnya. Jika tidak aku mungkin masih berada di kampung dan meneruskan kelangsungan hidup dalam persekitaran itu sahaja.

Aku tidak sebijak dan secemerlang kalian. Tidak ada pencapaian yang boleh aku sebut atau kenang. Sekolah aku dulu terlalu ramai rakan-rakan Cina dan India yang jauh lebih bijak. Aku tertekan belajar kerana aku tidak belajar dengan cara yang betul. Cara itu tetap tidak betul walau sehingga aku menyudahkan sijil dan diploma. Bayangkan berapa peringkat kesusahan dan tekanan yang aku hadapi kerana lemahnya sistem pembelajaranku. Aku cuba menghafal seperti rakan-rakan lain tapi memoriku amat kecil. Dan masa jualah guru yang amat berguna. Seperti jua kata seseorang sewaktu mengecewakan cinta remajaku dulu, katanya aku akan sembuh dalam waktu.

Masa remaja semakin berbalam. Kenanganlah yang menjadikannya seperti hanya semalam. Berkongsi waktu-waktu itu bersama sahabat-sahabat yang aku kasihi, berkesempatan sesekali bertemu dan mengenang kembali merupakan sesuatu yang sangat istimewa.

Kini, kisah pari-pari itu semakin pergi walaupun aku masih menonton kisah seperti Lord of the Rings, Narnia, Cave of a Golden Roses (sekadar memberi contoh) dan berusaha agar sempat menonton 300 dan Pan Labyrinth. Masih menjadi peminat nombor satu siri Saga Artakusiad dan berjalan hampir sekali dengan alam Aurora itu. Aku sedar, amat sedar... bahawa sesuatu sudah tidak seperti dulu.

Perjalanan ini semakin hampir kepenghujungnya. Aku tidak mahu berada dalam keadaan tertekan lagi. Itu pilihanku. Hari ini aku sudah merasa berbagai pengalaman pahit maung kehidupan dan aku memilih jika boleh untuk tidak memburukkan keadaan. Aku pernah positif, berusaha untuk positif dengan sedaya upaya, dan akan positif esok lusa jika masih dipinjamkan nyawa. Tetapi cara aku melihat dunia sudah berbeza. Untuk apapun yang menyusahkan dan menyedihkan hati, aku hanya merasakan bahawa aku berhak terhadap masa-masa yang elok dan jauh dari itu semua. Kerana itulah banyak yang aku tinggalkan dan tidakku amalkan lagi. Banyak yang aku lepaskan, kerana mempunyai pun bukanlah seperti sepatutnya ia bererti. Pesona akan kehidupan jua beransur pergi... sekali gus membenarkan bait-bait kata dalam buku pengembaraan roh itu....

Ahh terlalu indah hidup ini untuk tidak menghargai sedegup jantung dan sehela nafas. Bergembiralah di jalan yang lurus!

15 Mac 2007
:: Meneruskan perjalanan...

Alhamdulillah mentari terbit cerah. Tapi bahangnya mengganas walau seawal jam lapan pagi. Malam isnin lalu mak demam panas. Mungkin disakat cuaca yang tidak menentu dan agak melampau ini. Sana-sini seluruh dunia digusarkan fenomena yang ada kalanya diluar dugaan. Bagi yang prihatin dan ada masa memikir soal alam, sudah pastilah hariannya runsing dan tidak tenteram mengenangkan dunia yang semakin diasak pencemaran atas nama kemajuan. Bagi yang tidak peduli mereka terus merontokkan segala apa yang semakin gondol.

Waktu mencecah dini hari demamnya semakin menjadi. Aku cemas dan risau. Dia mengadu perut kembung dan sakit seluruh badan, mentelah dia tidak menjamah makanan sedari petang, tak ada selera katanya. Semenjak mak disahkan mengidap SLE pada tahun 2005, aku perhatikan mak tidak tahan menanggung sakit walaupun hanya sekadar demam biasa atau sekecil tusukan selumbar. Mak menggigil, mengadu sakit dada dan serasa semput. Cemas ku berkati-kati, apa sangat lah yang mampu kubuat untuk meredakan demam mak. Ingin dibawa ke klinik dia tak mahu. Aku pujuk mak minum susu panas dengan quaker oats dan menelan paracetamol. Alhamdulillah setelah dilap dengan tuala lembab, panas badan mak menurun dan sekitar jam dua pagi dia terlena. Hari ini mak telah bertambah baik.

Sewaktu itu, Tuhan beri aku ilham. Beginilah kerisauan mak setiap kali dia membebel padaku agaknya. Semoga mak tidak berada dalam keadaan begitu lagi, aku pun akan berusaha menghindari dan menuruti segala daya.

Hidup ini sangat unik, sangat misteri, sangat istimewa. Terkadang kita mabuk dengan permainan dan hidangan yang melantunkan kita entah ke mana. Terkadang kita dikurniakan ilham untuk berbuat sesuatu. Terkadang ada insan yang sudi mengingatkan kita dari alpa yang berjela.

Aku pohon padaMu Sang Pencipta, Allah s.w.t Tuhan yang Maha Kaya agar semangat terus segar mekar dan membara. Aku ingin coretkan esok dan lusa dengan warna dunia yang ceria, agar kelak ia menjadi lampu kalbu menerangi perjalanan di dunia yang lagi satu.

Perjalanan ini sangat indah... dan aku memilih untuk meneruskannya. Perjalanan ini mungkin akan sukar lagi, tapi dengan izinNya aku akan beroleh jaya. Doakan aku...

8 Mac 2007
:: Bila bunga-bunga berguguran... (lagi...)

Satu pagi yang indah... dua hari lalu, halaman pejabat dihiasi bunga-bunga putih yang jatuh bertaburan di atas rumput. Satu pemandangan yang sangat indah, tenang dan penuh segar... mentelah di pagi-pagi begini sisa embun masih belum kering. Antaranya inilah yang sempat kuabadikan...

7 Mac 2007

Sebenarnya Sempoii tengah tunggu aku kat KL Sentral ni. Tapi aku nak juga tulis sesuatu kat sini.

Kesian betullah aku ni, nak update blog pun tak sempat. Tapi dalam keadaan kerja banyak macam ni lah idea tu banyak sebenarnya, tapi tak sempat nak tulis.

Agak sibuk kebelakangan ini, dipejabat sibuk dengan kerja-kerja dan projek yang perlu diselesaikan segera, di rumah pun sibuk menonton drama korea dengan kerja. Aku suka sibuk, sebab bila sibuk aku 'sihat' dan produktif. Macam-macam akan terhasil. Tapi.... tugasan Kelab Wizra belum aku sudahkan...

Sempoii ajak jumpa-jumpa dari semalam lagi, sampai merajuk-merajuk dia. Aku teringatkan drama Korea dalam Princess Hours tu. Nampaknya malam ni terlepas lagi lah satu episod, dan mak boleh tenang-tenang menonton Buletin Utama tanpa aku menukar channel pukul 8.30malam hehehe.

Zulela khabarnya dah sampai ke rumah. Tapi cukup sporting untuk datang semula ke KL Sentral memenuhi permintaan Sempoii... terharu... terharu...

OK lah, sebelum Sempoii merusuh di KL Sentral, lebih baik aku sudahkan tulisan ini. Tata...

2 Mac 2007

Agak sibuk dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah. Sementara itu nikmati dulu gambar-gambar yang tidak seberapa ini:

- My First Visit to Miri
- Limau Tahun Baru Cina
- Pisang dari Pasar Tani

Selamat berhujung minggu semua.


 

 

Terindah

Danial

Saksikan lagi satu kartun buatan Malaysia. Kali ni keluaran Sykt En. Nordin. Dan yang ini aku suka!

Setiap SELASA
7.00malam
RTM 1


Kelab Sahabat
M. Nasir

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Sesiapa yang mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan ingin mencuba
untuk uji bakat untuk filem Aduh Saliha amatlah di alu2kan.Bertempat di
Luncai Emas minggu hadapan,Isnin- Jumaat malam sehingga 9mlm. Keutamaan kepada ahli-ahli berdaftar Kelab Sahabat M.Nasir.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ain di talian Luncai Emas Sdn Bhd 03-6156 1357 / 6700

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Akan Datang

-----

Dunia

World Time

World Climate & Season

Google Earth

 

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Jujur - Ella

Duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberiku satu arti
sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekedar bersama

jujurlah padaku bila kau tak lagi setia
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku

jujurlah padaku bila kau tak lagi setia
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya

Free Download Here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri
Riwayat Mandolin
Jerat
Raja Kasih Yang Hilang

Mungkin (MTV by Rosh)

Pemilikan Terbaru

 

Bacaanku

 

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net
I am apart of this glamourous organization... :D