Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon lama
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
rosh blog
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib

~@~

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal

better photo
kodak

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
shaliza
shaliza.com
sinzmanual

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac 2008

~@~

31 Julai 2008

Seawal pagi dikejutkan dengan status di YM Rudy, Al Fatihah SN Othman Kelantan. Satu lagi kehilangan dalam dunia sastera tanahair. Kali terakhir berjumpa Allahyarham adalah di ASWARA tahun lalu ketika Seminar Penulis Careka 2007. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi roh orang-orang yang beriman. Takziah buat Abang Zakir serta keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah ayahanda tercinta.

30 Julai 2008
:: Kebiasaan setelah tiada...

Selamat menyambut Israk & Mikraj. Semoga hari ini juga hati kita dibersihkan dari segala kekotoran duniawi, semoga hati kekal putih, bersih dan ikhlas.

Pagi tadi aku beri salam pada kenalan di YM, juga ucapan basa-basi semoga harinya ceria dan gembira. Diam. Ini kali ketiga salamku tidak berbalas. Lalu setengah jam setelah itu aku pun menghapus namanya dari senarai kenalan. Aku fikir yang mudah, persahabatanku sudah tidak diperlukan. Aku hormat kepadanya dan kerana itu aku tidak mahu pada masa akan datang aku jadi "mengganggu" dia pula.

Dan entah bagaimana sewaktu memadam nama beliau, aku turut memadam beberapa nama lain, kenalan yang sudah lama tidak berhubungan malah ada antaranya yang aku sudah lupa siapa. Ada juga diantara mereka yang akan menjawap acuh tidak acuh bila disapa. Walau sekadar baris-baris aksara, selalunya dapat kurasa emosi disebaliknya. Jadi lebih baiklah aku tidak sampai terketik nama mereka dan menjadi pengganggu pula. Bila-bila mereka perlu pasti mereka akan mencariku, semudah itu.

Tidak berapa ketika, salah seorang yang kupadamkan namanya dari senarai tadi memberi salam. Kusambut mesra. Aku terfikir, kenapa setelah sekian lama, sesudah aku padamkan namanya dari senarai baru dia beri salam.

Klise. Bila sudah tiada baru tercari? Ahh... tiada siapa mencari aku dan merasa kehilangan kalau aku tak adakan. Aku pun bukan siapa-siapa. Biarlah berlalu.

12 & 13 Julai 2008
:: Ipoh - Taiping...

Aku ke Ipoh. Bertemu sahabat lama, Fiza. Mencari gembira.

Gembira selalu jauh dan mahal. Di sana aku temui gembira, tidak begitu mahal walau perjalanan agak jauh juga. Selama berada di sana, aku gembira. Di sana seperti semuanya lebih hijau, lebih segar dan seperti memujuk hati. Aku menerima semua itu sebagai pujukan Pencipta kepadaku. Atas kasihNya aku dapat melihat dan menikmati suasana indah dan nyaman seperti yang selalu kuidamkan.

Ini papan tandanya, kalian boleh cuba nanti kalau lalu kat sini.Fiza bawa aku jalan-jalan ke Taiping, pulang ke kampung menjenguk ibunya. Dalam perjalanan singgah di Kg Jelutong membeli laksa yang sungguh sedap.

Fajar ... jgn tengok lama-lama :pDah nak habis baru teringat nak rakamkan gambar.

Kemudian di sebelah petang Fiza bawa aku ke Taman Tasik Taiping yang belum pernah aku lawati. Buat pertama kali, taman ini sungguh indah dan nyaman. Melewati kaki Bukit Larut, kami tidak sempat naik Bukit Larut dan melihat kuntuman tulip kerana hari sudah agak lewat petang. Petang selepas hujan. Aku suka alam selepas hujan.

gambar ini akan lebih cantik tanpa besi penyangga ini...Fiza bawa aku ke Burmese Pool, sebatang sungai yang aku percaya mengalir dari puncak Bukit Larut. Ketika memasuki jalan ke arah sungai tempat perkelahan itu jalanraya dialiri air-air yang deras menuruni bukit. Air-air hujan yang tertakung dari semak belukar di kiri kanan jalan meluru menuruni jalan yang curam. Satu permandangan yang cukup indah dan mendamaikan. Kubuka cermin kereta menyuakan muka disapa kedinginan hutan dan hawa bekas hujan.

Air sungai menggila mengilir, bukat dalam warna teh-susu. Kami sekadar melihat dari atas jembatan. Tanah yang basah dan tebing yang acup-acup air tidak memungkinkan kami untuk duduk berehat, tidak selesa. Setelah mengambil beberapa keping gambar mengikat kenangan, kami kembali menyusuri Taman Tasik Taiping.

Bangku Sepi Bangku Sepi.

Kuberi tajuk gambar ini Bangku Sepi. Pertamanya kerana ia dijadikan salah satu lokasi dalam filem Sepi, keduanya kerana ia memang kelihatan sepi. Pun begitu ia sungguh tenang dan damai. Cuaca ketika itu menyempurnakan segalanya. Redup dan basah selepas hujan

Aku suka tempat ini. Tetapi petang itu orang semakin ramai, alangkah indah kalau hanya kami berada di situ.

sunset    boating    daniel dan nana yang comel

Sebelum meninggalkan bandar Taiping, Fiza bawa ke gerai menjual sotong kangkung yang terkenal dengan keenakannya.

      

Sedapnya terasa hingga ke hari ini. InsyaAllah aku akan datang lagi. Terima kasih sahabat kerana gembira seindah ini.

4 & 6 Julai 2008
:: Sepi

Dua kali. Ya, aku menonton dua kali. Lain. Filem ini lain. Mungkin kalau ada diterbitkan dalam bentuk DVD aku ingin jadikannya koleksi. Tak banyak filem Melayu Malaysia yang aku kategorikan sebagai "lain". Salah satunya Dari Jemapoh ke Manchester.

Aku bukan pakar pengulas filem seperti Jimi, jadi apa yang boleh aku katakan; Sepi indah dan cantik. Sepi menyentuh hati. Sepi punya melodi yang membuai. Sepi realiti, walau sebahagian besar telah di fiksyenkan agar lebih menarik selera penonton. Ya lah, siapa yang ingin menonton kalau ia benar-benar seperti kehidupan biasa manusia sehari-hari. Antara scene kegemaranku walau tidak berapa logik ialah ketika Adam (Afdlin kodokku) dan Iliyana (Vanida) "disaljikan" dengan sepaket tepung. Sampai aku berkata "so sweet" and of course in real world kalau berlaku orang tak duduk lama di bawah tepung tu.

Kamu, kamu dan aku telah sebati dalam adunan inginkan kesempurnaan sedari kecil. Jadi dari satu sudut filem ini memenuhi keinginan terhadap kesempurnaan itu seperti kehidupan yang mewah walau dalam waktu yang sama disuakan juga dengan kehidupan berhutang dan dikejar kesempitan. Cuma ada satu scene yang aku masih ingat ia agak mengelirukan, scene di mana Marya (Eja) membaca surat dari Sufi (Tony Eusoff), kukirakan ia berlatar belakangkan rumah kediaman Marya yang kelihatan agak mewah perabot dan hiasannya, sepatutnya ia kelihatan sederhana kerana latar kehidupan yang agak susah digambarkan dengan suaminya (lakonan Riezman) sebagai penjual ikan dan berhutang dengan Ah Long. Mungkin aku mengamati dari sudut yang berbeza.

Scene kemalangan itu aku rasakan amat berjaya, ia benar-benar kelihatan semulajadi. Dan aku suka nilai-nilai yang membawa aku untuk berfikir sambil menonton, seperti mengapa ekspresi muka seorang pemuda India begitu mencurigakan melihat Imaan ketika di dalam LRT. Bagiku susunan scene filem ini sungguh licin, tidak lintang pukang atau kelam kabut dan mampu berkait antara satu dnegan lain dengan lancar. Dan aku suka kejutan bila di akhirnya barulah aku tahu teman lelaki Imaan itu sebenarnya sudah lama meninggal bila dipaparkan scene pembunuhan Khalil, lakonan Piere Andre. Cuma ada sesuatu tentang rambut si Imaan ni yang aku rimas, aku rasa itu rambut palsu and it doesn't blend. Sepanjang tu lah aku rasa macam nak tanggal-tanggalkan saja. Ada banyak ulasan lain yang lebih bagus dalam internet ini, kalian hanya perlu cari di .

Poster dan wallpaper yang ada di laman web rasmi filem ini juga kurang menarik bagiku. Aku lebih suka bendera Sepi berwarna merah yang tergantung di koridor kolej sebagai promosi pementasan teater. Ia ringkas dan lebih berkesan. Aku suka bendera itu, kalau ada saki baki props itu, boleh kirim padaku satu?

Aku mungkin melampau, tapi aku berikan sepuluh bintang dari sebelas bintang.

Usaha aku untuk menonton Ayat-ayat Cinta tidak berjaya. Waktu tayangan bercanggah dengan skedul harianku. Agak kecewa juga. Ada teman-teman di Indonesia yang sudi kirimkan DVD atau VCDnya buatku?

5 Julai 2008
:: Maskara 9

Bersama Yan dan AjamiPertama kali hadir bersama Yan setelah beberapa bulan aku tidak dapat turut sama dalam acara Maskara anjuran sindiket Soljah ini. Malam ini meriah, ramai teman-teman berkesempatan hadir. Acara baca naskah dan puisi sudah jadi majlis pertemuan sahabat pula.

Tok Rimau dan AttokzShahril, Elmaaniq dan isteri, Attokz dan isteri, Cik Daun dan suami (baca: Nesloais dan isteri), Esis, Khairunnasriah Abdul Salam, Alfie (malam ini dia tidak melukis, malam ini dia berlakon tanpa suara makan roti dan minum kopi tanpa menjemput aku huhu), Mohamin (masih dengan kamera pinjamnya), Nida - sampai lambat sikit, dan aku jumpa juga cikgu matematik aku masa tingkatan 1 dan 2; Cikgu Adnan dengan buku-bukunya yang best banget yang aku tak ada duit nak beli... ohhh sedihnya...salahkan minyak naik lah ni, duit buku aku dah buat beli ikan ngan ayam kat pasar! Tu aku tak sebut lagi Tok Rimau, OP, Spyz, ramai gila kalau nak sebut semua,

yang sungguh merdu suaranya...Untuk cerita hampir lengkap dan capaian-capaian lain cerita Maskara 9 ini boleh lah merujuk blog Attoch. Dan entah macam mana Attoch kata malam tu dia lambai-lambai aku, aku sikit pun tak nampak. Minta maaf banyak-banyak... aduh... malunya.

Selepas Maskara9 menutup tirai, aku telah dipelawa oleh Attokz dan isteri untuk menumpang kendera mereka pulang (baca: jiran sepakat membawa berkat ) dan atas kemurahan hati mereka juga sudi menghantar Yan pulang.

huhu.... ada kilat guruh petir ....Sempat mengeteh, mengkue-tiau dan menyatey di gerai makan berhampiran Sport Planet, Sunway.

Sempat juga ambil gambar ala-ala romentik di bawah sinaran cahaya lampu minyak tanah. Terima kasih kepada model-model yang turut sama menjayakan acara ini.

Terima kasih buat semua sahabat yang memeriahkan kehidupan seorang aku. Lain kali kita ulangi lagi!

 

8 Julai 2008

Betul kata Abang Pat. Jujur, ikhlas dan tulus tidak ada tempat di dunia ini. Pun begitu akan kuusung hati yang putih ini hingga bercerai jasad dan nyawa.

7 Julai 2008
:: Lagi dari hal cinta...

Menyintai itu sebenarnya tidaklah sesukar mana, asalkan hati kita ikhlas seadanya. Cinta yang sempurna tidak mendambakan lebih dari apa yang ada, menerima dan mensyukuri segala anugerahNya. Namun acapkali dalam mencari cinta dunia, kita melukakan hati-hati manusia. Pada kita itu mungkin biasa, kita tinggalkan kerana kita mencari yang paling sempurna. Satu yang kita selalu silap ialah dalam proses itu ada harapan yang kita baja di hati manusia, dan bila kita temukan cinta yang lain kita akan mengucapkan, saya terpaksa pergi atas kehendak keluarga, atau saya telah bertemu insan yang lebih memahami saya, atau saya telah redha dan mengikut takdir saja agar ia lebih riligus dan nampak tidak berdosa.

Ada berjuta skrip untuk nota selamat tinggal, tapi bila anda berhasrat untuk melakukannya, sebenarnya nota mana yang ingin anda gunakan itu tidak menjadi penting lagi. Anda tetap menghancurkan hati orang yang menyayangi anda sepenuh jiwanya. Apakah melukakan hati orang lain satu kesalahan? Atau ia satu jariah menjadi pelajaran hidup pada orang tersebut? Apakah kita akan menerima balasan dari Tuhan di dunia ini atau di akhirat kelak?

"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata."
An-Nisaa' : 120

Berhati-hati bila merasa sedih dan mencari cinta untuk meredakan kesedihan. Kerana ketika itu anda hanya pentingkan diri sendiri. Berhati-hati dengan lidah yang anda gerakkan untuk menuturkan kata, kerana jika anda tidak berpandukan kata Allah, maka anda akan menjadikan diri sebagai munafik abadi.

3 Ciri orang-orang munafik
Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik minimal ada satu ciri, sedangkan munafik tulen memiliki ketiga-tiganya. Ketiga ciri tersebut adalah

  1. Bila berbicara selalu bohong.
    Orang seperti ini tidak bisa dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Bisa jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya.
  2. Bila berjanji, tidak ditepati
    Orang munafik sulit untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya
  3. Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.
    Orang munafik sulit diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dia jaga dengan baik.

Semoga Allah SWT senantiasa melindungi kita dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik.

Nah, berapa ramai diantara kita yang sudah munafik? Nauzubillah.

6 Julai 2008
:: Pameran perkahwinan...

"Akak nak tempah untuk bila ya?" itu soalan yang diajukan oleh kebanyakan exhibitor yang menjaga booth mereka di Pameran Perkahwinan 2008 yang berlansung di Mid Valley Megamall. Aku sengih-sengih memberi tahu, kami datang untuk cuci mata tengok gambar dan segala yang cantik-cantik saja.

Maka dapatlah aku bertemu dengan Saiful Nang yang sekian lama menggembirakanku dengan fotografi yang unik dan istimewa.

Berbual-bual dengan Moqh dan kakitangan Candid Syndrome yang lain. Kejayaan mereka banyak menjadi inspirasi kepada mereka yang mula berjinak-jinak dengan dunia jurugambar perkahwinan.

Moga suatu hari nanti aku juga mampu merakam foto seindah yang terakam di lensanya. Kalau tidak sampai ke ttahap itu, menghampiri pun memadailah.

Berkesempatan juga berkenalan dengan Ahmad Fairus yang merakamkan bentuk fotografinya dlam bentuk seni halus. Ibarat sebuah lukisan dengan sentuhan lengkap yang memberi kelainan kepada penghasilan satu fotografi.

Kreativiti begini bukan sahaja dilihat cantik, tetapi mampu melakar penceritaannya yang tersendiri serta mengukir gembira pada insan yang melihatnya.

Mereka berdua adalah antara jurugambar profesional yang berjaya di usia muda. Di atas segalanya minat yang mendalam mengatasi segalanya. mengatasi jerih payah dan apa jua yang melintang menjadi halangan. Semangat begini yang aku kagumkan.

Tidak ada jalan pintas, aku sangat percaya akan itu. Segala kepayahan adalah permaidani jalan menuju kejayaan. masing-masing punya sejarah dan pengalaman pahit manis sendiri dalam mencipta kejayaan. Tahniah, sebagai anak Melayu aku bangga. Terima kasih sudi berbual dan berkenalan. Ada masa terluang kita pasti berjumpa lagi. InsyaAllah.

4 Julai 2008
:: Telah Sepi...

telah sepi
ruang yang dulu penuh dengan kidungmu
kini hening bergeming

telah sepi
aduan lara duka hati mengadun dini hari
kini mulai tersimpan kemas menjadi memori

beginilah hidup
seperti acap kali kita setujui
dan aku mesti tabah
seperti pesanmu di pertemuan lalu
dan tinggal aku menyusun puisi
dari sulaman embun dingin dan tajam
dari gurindam masa-masa yang pernah kita kongsikan

telah sepi
mengatur langkah dalam senyum manis dedaunan rimba
di mana hati mengusir lara
seperti pesanmu, aku harus tabah.

~~@~~

Selamat Hari Lahir buat Sifu M. Nasir. Semoga panjang umur dan dimurahkan Allah rezeki. InsyaAllah, Oktober ini sama-sama kita meraikan hari jadi saya pula di Istana Budaya ya?

3 Julai 2008
:: Ke mana kumelangkah...

ke mana aku sudah melangkah
apakah yang telah patah
pengabdian mana memupuk hati
jiwa yang mana menyusur bertemali
yang kuidam mahligai syurgawi
di sana atau di sini?

melangkah harus berhati-hati
banyak panduan berupa bisikkan
banyak godaan yang putih bernyali syaitan
memilih jangan tersisih
berselisih jangan sampai pedih
bertatih harus tegap
bersumbu agar tidak terus gelap

dalam hatimu kau temukan cahaya
langit yang mana suria yang mana
menyimbah wajah dengan cahaya Allah
mendegup di dada dalam bicara zikirullah
bertiup semilir membelai wajah
berdesir di telinga bisikkannya rahmah
membelai di hati agar jangan gundah
senyum terlukis perantara shahadah

ke mana kumelangkah
jubin-jubin marmar putih
debu-debu halus yang tak henti bertahmid
mensyukuri terpilih menghuni bumi yang ini.

1 Julai 2008
:: Menggapai Cinta...

kaki terpacak ke bumi
hati melangit mencari cinta
kudongakkan sanubari ... gapailah... gapailah...
aku rindu... teramat rindu, tawarkanlah

pada bicara tanpa suara
yang berbicara ke dalam hati terdalam
pada kata tanpa kerdipan mata
merenung redup seredup sapaan kejora
pada malam yang indah
pada malam tanpa gundah

hati melangit mencari cinta
sambutlah... sambutlah...
hati yang putih kupersembah
belailah... belailah...
taman syurga itu idaman pasti
tunjukkan ku jembatan merentas dunia
aku ingin menitinya kerana rindu ini semakin bergundam
aku sudi mengharunginya kerana gamitan cinta itu semakin mendendam

aku rindu teramat rindu
pada manis madu dan anggurMu
pada asyik irama menyembuh sendu
pada cahaya di dalam cahaya
menjadi lantera hati
sebelum masa hadir bersama secangkir mati.

23 Jun 2008
:: Senandung Semalam

Sebut sahaja tajuknya "Senandung Semalam" pasti ramai yang teringatkan lagu kumpulan Alleycats yang dirakamkan pada penghujung 70-an dan lagu tersebut segar hingga ke hari ini. Berkesempatan buat pertama kalinya menyaksikan secara langsung persembahan kumpulan ini dan tanpa mendiang Loga, walaupun merupakan satu kenangan yang indah, namun ia tetap satu lompang yang tidak terungkapkan. Berkesempatan beramah mesra dengan keluarga mendiang memang kuimpikan. Sekurangnya tertebus rasa tidak puas hati tidak sempat bertemu mendiang semasa hayatnya. Sempat mengusik Vic, kali ini dia hanya perlu bergambar di sebelahku dan bukannya keluar dating dengan beruk.


... yang ditinggalkan.

Mereka sekeluarga begitu mesra dan mudah didekati, tersentuh juga rasa. Maklumlah aku pun bukan sesiapa dan mereka sudi melayan cerita kenanganku dari zaman kecil membesar dan meminati karya seni kumpulan tersebut. Sedari kecil pemain piring hitam di atas rumah (kampung) memainkan lagu-lagu mereka. Susunan musik dan lirik yang istimewa dari sentuhan M. Nasir, S. Amin Shahab, Zainol Ali, Eric Yeo dan ramai lagi merupakan sesuatu dan begitu mengisi waktu.

Darsha, anak perempuan mendiang mewarisi bakat menyanyi ayahnya. Sambil belajar dia juga menyanyi di negeri kelahirannya, Pulau Pinang. Kalau lah aku punya kesempatan, mahu juga aku menonton persembahannya. Tapi maklum saja kadang-kadang mereka mengadakan persembahan di tempat yang aku canggung untuk pergi.

Kekuatan vocal Abang David (dia tak bagi panggil Uncle David, marah sungguh dia (berseloroh)) memang tak dapat dinafikan lagi, rasanya persediaan menghadapi konsert ini juga sudah jitu. Semuanya berjalan lancar dan tempoh selama lebih kurang dua jam setengah itu

Untuk kisah perjalanan konsert tersebut kalian bolehlah membaca ulasan wartawan di capaian di bawah:


[ akhbar ] [ akhbar2 ] [ akhbar3 ]

 

20 Jun 2008
:: Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007

Beberapa hari sebelumnya Nisah menalifon, kalau-kalau aku ada kelapangan dan berkesempatan untuk hadir di majlis meraikan pemenang-pemenang HSKU 2007, bertempat di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Nun sayup-sayup kudengar suara Kak Azah (editor Utusan) mengiyakan ajakan. Ini peluang baik untuk membakar semangat, fikirku. (Entah sebagaimana hangus harus semangatku dibakar sebelum aku bisa menghasilkan satu karya yang diiktiraf agaknya.) Pesan Nisah supaya membawa beberapa orang teman lagi, namun begitu sehingga aku berangkat pergi ke majlis itu, tidak ada seorang pun yang berkelapangan. Aku pergi sendiri. Tidak susah mencari premis tersebut bila ia benar-benar terletak di sebelah stesen monorel Raja Chulan.

Bertemu Nisah, Syukri dan bayi mereka di ruang legar dewan keraian. Aku melihat ramai kelibat kawan-kawan penulis yang sedia berkumpul dan berbual sesama sendiri. Antara kehadiran yang awal kuperasan ialah Serunai Fakir dan isteri, WB Rendra serta Salina Ibrahim.

Majlis agak lewat bermula dengan itu lewat jugalah ia berakhir hampir jam 12malam baru kami meninggalkan hotel tersebut. Ayuhlah kuceritakan dengan gambar.


       ... yang enak


      bersama sasterawan negara Pak Samad dan isteri, Nisah dan Salsabila.


      semeja dengan abang Zakir (S.M. Zakir) dan isteri, di kiriku Syukri suami Nisah.
      kredit foto : Nisah


       bersama Khairunnasriah Abdul Salam yang memenangi hadiah pertama kategori cerpen remaja - Banglo Kolonial di Lot 152


       bersama Siti Rahayu (Pemenang tempat pertama Novel Remaja HSKU - Warisnya Kalbu)


       semeja juga dengan Azizi Haji Abdullah, Dr. Ilias dan En. Mohamad Salleh Rahmad (datang menyapa), tidak
       kelihatan ialah Malim Ghozali PK dan isteri, juga Nisah, Syukri dan baby Salsabila.


       dari kiri Kak Azah, Siti Rahayu dan Nisah. Kak Azah kata kerusi yang aku duduk tu ada badi, kalau tahun depan
       karya aku tak keluar jugak..... (aku faham maksudnya huhu...)


       sebahagian dari teman-teman yang memenangi HSKU malam itu.

15 Jun 2008
:: Selamat Pengantin Baru Buat Cik Daun dan Nesloais...

Pagi Ahad. Tentulah perkara paling indah bergulung di dalam selimut selepas menunaikan solat subuh. Aku pun tidak ketinggalan, walau bukan rutin tetapi sesekali berkesempatan tidak kulepaskan.

Malas-malas bangun bila jam menunjukkan hampir 8.15. Ke dapur memasak sarapan, juga dalam suasana malas-malas. Menalifon Mie untuk pastikan rencana ke rumah Daun seperti yang dirancang. Mie masih di bulan. Aku harus berkomuter ke Sungai Buloh jika ingin menumpang keretanya.

Teringat sahabat baik Jedah yang tertinggal krim muka di rumahku hampir dua minggu. Dail 019298XXXX.

"Jedah, krim ko tetinggal kat umah aku."

"Hahahhahaha..." Jedah memang sinonim dengan ketawa begini sebelum berkata apa-apa. "Pueh la an mencarik e, ingat an tingga kek mano..."

"Datang lah ambik" aku memancing Jedah supaya datang ke rumah, biar terusir mendung basi di hati. (Starry starry night jadi lagu latar... sayu entah kenapa.)

"Minggu depanlah an ambik" balas Jedah.

"Aku tengah biul malas nak keluar pi kenduri. Kau buat apa?" meluahkan rasa hati.

"Kenduri kat mana?" soal Jedah semula.

"Kat Sijangkang, dokek ko ngan rumah ko?" soalku lagi.

"Laaa... dokek bona!!!" Jedah hampir menjerit, teruja.

"Kau nak poyi tak?" aku pun jadi teruja, rasa malas mula hilang.

"Sapo nikah?" cepat-cepat jedah bertanya.

"Kawan geng jurnal aku Cik Daun namanya...eh..." aku menjawap separuh bila menyedari Jedah pun kenal dengan Daun.

"Laa apo plak den tak kona, kan an jumpo dio maso kek Pangkor!!!" Jedah teruja.

"Lah iyo laa.. laki e dak Nesloais tu...ko ingat tak???" keterujaan berganda.

"Ingat! Ingat! Kuat juga memori Jedah walau sudah hampir dua tahun Projek Sotong Kering berlalu.

Kami berdua "Hahahhahahhahah.... " selama lima minit. Tidak. Tempoh itu aku lebih-lebihkan.

"Ok aku siap..." tiba-tiba aku bersemangat. Ada sesuatu yang membongkar semangat bila berbicara dengan sahabat terakrab.

Dail 019333XXXX. "Halo Mie, mintak maaf tak jadi join ko, akak pi ngan Jedah"

"Akak saja jer... @&^%$&.... saya dah tunggu kat komuter ni, siap basuh keter lagi.." Alamak, Mie tengah shooting drama ke ni?

"Kawan akak sudi nak ngikut Mie, akak berkomuter trus ke Port Klang ni. Kita jumpa kat sana ok." Klik. Aku letak talifon kelabu Telekom Malaysia. Rasa bersalah juga mungkir janji dengan Mie dan Umie, apatah lagi belum pernah bersua Anas. Harapan dalam hati berjumpa di rumah kenduri.

Perjalanan berkomuter sangat indah. Aku menghabiskan beberapa helai novel The Kite Runner sepanjang perjalanan yang sangat selesa itu. RM4.70 ke Pelabuhan Kelang. Sangat berbaloi dalam masa harga minyak kenderaan melambung naik begini. Aku tidak membeli minyak. Aku tidak punya kereta. Aku cuma terjejas dari harga barang yang turut melambung naik meraikan kenaikan drastik harga minyak tempatan dan global.

Tidak susah mencari rumah Cik Puan Daun, peta dari kad jemputan elektroniknya yang ku salin semula ke buku nota sangat jelas. Tetapi sebaik kereta Jedah memasuki Kampung Sijangkang hujan renyai mula membasahi bumi. Alahaiii... menyambut ketibaan Tuan Puteri yang satu ini agaknya. Kami meletak kereta di perkarangan surau yang cuma selang tiga buah rumah dari rumah pengantin. Dari jauh gonjong-gonjong putih khemah tetamu sudah kelihatan. Kelibat tetamu yang tiba dan beransur pulang memenuhi penglihatan. Kereta dipakir di sepanjang jalan sebelum dan melepasi halaman rumah pengantin.

Di khemah masuk aku bertanya kepada lelaki separuh baya yang dengan senyum ramah menyambut tetamu yang tiba, mungkin juga ayah pengantin atau bapa saudara terdekatnya fikir hatiku.

“Ini rumah Syura ya?” sekadar memastikan kami tidak perlu makan kenduri dua kali tengahari itu.

“Ya, ya, sila lah masuk.” Kami dipersilakan. Aku dan Jedah sengih-sengih lapar terus tercangak-cangak ke khemah tetamu di tengah-tengah halaman rumah limas kampung yang nampak redup dan selesa seperti kebanyakan rumah kampung yang sebaris dengannya. Jedah memuji-muji kampung Sijangkang yang cantik dan tenteram. Nantilah aku tanyakan kepada Daun kalau-kalau ada calon yang sesuai buat Jedah. Boleh Jedah selalu balik Sijangkang, ya? Mujurlah kata-kata itu hanya dalam hati, kalau kuluahkan pun Jedah hanya akan tertawa lanjut, kerana dari telinganya aku hanya berjenaka sahaja. Aku pun tidak serius untuk bertanya kepada Daun, apatah lagi dalam tempoh masa bulan madunya. Jangan jadi Ita yang mencuba nasib menghantar pesanan ringkas kepada pengantin baru sahabat kami yang selamat melangkah ke gerbang perkahwinan dua minggu lalu. “Tak diapikkannya sms aku doh”. "Apik" adalah bahasa kampungku yang bermaksud peduli. Begitulah kata Ita bila kutanyakan apakah dia sempat berjumpa Ida di Langkawi yang secara kebetulan dia juga berkhursus di tempat yang sama. Maka pengajaran buat teman-teman yang lain, kita harus buat-buat sombong dengan orang yang sedang dalam bulanmadu. Deria mereka amat terbatas. Tidak ada talifon yang berbunyi atau surat yang boleh dibaca. Harap maklum.

Di khemah pengantin kelihatan mempelai sedang hendak menjamu selera. Oh menunggu aku tiba barangkali. Aku nampak Nida yang jadi pengapit Daun turut sama duduk di hadapan deretan udang galah sebesar lengan yang menjejerkan air liur penggemar udang galah seperti aku.


Antara Geng Jurnal yang sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama.

Di khemah sebelah hujung sana pula kelihatan beberapa kelibat yang aku kenali. Wajah-wajah Geng Jurnal yang cantik tampan dengan pakaian serba indah, mengelap mulut masing-masing sebagai tanda sudah selesai menjamu selera. Mat Jan masih ratuk mengunyah. Basri, Iwan, Zhoulz, Ady dan beberapa orang lagi sudah berdiri-diri. Resamnya Geng Jurnal kalau menghadiri kenduri akan menunggu ahli-ahli yang lain tiba. Jadi kalau kalian lihat mereka berdiri-diri lama selepas membasuh tangan itu bukanlah bermakna mereka hendak makan sekali lagi, tetapi adalah menunggu kawan-kawan lain yang mungkin akan hadir juga. Sekali gus menjadi acara perjumpaan tidak rasmi sesama ahlinya.

Aku melambai-lambai, mujurlah Ady membalas kalau tidak malu juga jadinya. “Kita makan dulu lah Jedah. Kau pun laparkan?” aku mengumpukkan alasan lapar pada Jedah, sedangkan aku pun tidak kurang laparnya. Maklum perjalanan agak jauh juga, tambahan jam pun sudah 1.30 tengahari, memang waktunya perut minta diisi.

Nasi minyak yang masih panas dilengkapkan dengan lauk pauk kenduri kahwin menjadi santapan yang menyelerakan kami tengahari itu. Duduk semeja dengan seorang perempuan muda, kami berbahasa basi tentang beberapa perkara remeh. Akhirnya kami mendapat tahu bahawa dia adalah mak andam kepada pengantin. Aku meneliti kulit wajahnya sambil menjamah makanan. Rapi. Aku teringat wajahku yang mula dicemari jeragat. Terangkat-angkat lidah mahu bertanya, bagaimana untuk menghilangkannya. Pastilah dia punya cara atau pun petua. Tetapi bicara itu mati di dalam hati sahaja. Tidak sesuai dan tidak kena masanya.

Sebaik menghabiskan makanan di dalam pinggan, aku mengangkat muka mencari kawan-kawan yang berdiri-diri di tepi khemah sebelah kiri. Kulihat pengantin pun sudah bangun dari meja makan dan bersalam-salaman dengan tetamu dan kawan-kawan. Ahli-ahli Geng Jurnal berkumpul di ruang lapang di tengah khemah. Segera kulebarkan senyuman dengan wajah seramah mungkin bertemu kembali kawan-kawan. Bersalaman dan bertanya khabar. Aku mencari-cari Salina, tidak kelihatan. Jumaat lepas dia beritahu akan ke rumah Daun petang itu juga bersama Nida. Tidak lama kemudian aku lihat kelibatnya menghampiri kami. Setelah bergambar bersama pengantin aku pun mendapatkan dia. Berbahasa basi sambil ratuk mengelap peluh di dahi. Panas membahang. Hujan renyai yang menyambut ketibaanku tadi entah bila berhenti. Sedikitpun tidak mampu meredakan kehangatan mentari tengahari. Mungkin bukan rezekiuntuk bertemu Mie dan Rudy mereka telah datang dan pulang lebih awal.

Tetamu beransur pulang. Aku pun merasa sepatutnya begitu juga. Malah aku mula merasa tidak selesa bila peluh mengucur tanpa henti. Hangat dan panas meresahkan diri. Aku kembali semula ke meja di bawah khemah tempat Jedah duduk menanti aku selesai beramah mesra dengan Geng Jurnal lalu mengajaknya pulang. Pulang ke rumahnya. Ini akan menjadi kunjungan pertama aku ke rumah yang dibelinya sejak dua tahun lalu.

Dalam perjalanan keluar dari kampung Sijangkang, kami melewati sebuah gerai menjual air batu campur. Jedah berhentikan kereta dan membeli dua bungkus untuk kami. Aku terkejut dengan saiz bungkusan air batu campur yang agak besar, sedangkan harganya cuma seringgit lima puluh sen. Damainya desa, tidak hipokrit dan mendesak seperti di kota. Dalam cuaca panas petang yang terik seperti itu aku tidak bertangguh lagi menghirup air batu campur yang sejuk dan manis, tambah enak dengan suasana yang aku lalui ketika itu.

Sewaktu Jedah membuka kunci mangga pintu gerigi rumahnya, perjalanan hidup kami sedari mula berkenalan sewaktu sama-sama terpilih untuk bersekolah dan tinggal di asrama melintas mengilas ingatan. Aku tersenyum mengenang jalur hidup yang kami semua tempuhi kini.

“Alhamdulillah kan, kita semua dah ada rumah sendiri”. Rasa senang dari hati tulus mengalir dalam bicara.

“Ya lah, alhamdulillah” sahut Jedah. Dan beberapa nama sahabat yang lain juga kami sebut sambil memasuki pintu utama yang terus membawa ke ruang tamu.

Jedah memang ringkas, kemas dan tepat orangnya. Tidak sepertiku, yang terlalu banyak minat dan terlalu banyak barang yang dikumpulkan. Hampir semua yang kulihat mudah sahaja menjadi cantik di mata ini diikuti dengan hasrat untuk memiliki. Kerapian susunatur rumahnya begitu menyenangkan, dan sebenarnya aku juga inginkan kediaman yang ringkas dan kemas seperti itu. Selama memiliki rumah sendiri ini pun aku belum benar-benar meluangkan masa untuk menghias rumah mengikut citarasa yang tebal dengan nuansa alam semulajadi. Itu impian, insyaAllah satu-persatu akan aku usahakan.

Bila hidup bertambah tenang, minda terbuka untuk menyelongkari keindahan demi keindahan. Dan petang itu seperti kebiasaan kami yang telah mengenali hati budi masing-masing melebihi 24tahun, berbaring di ruang tamu dengan tv terpasang tanpa ditonton, kami berbual-bual tentang kehidupan masing-masing yang tidak kami kongsikan dengan sebarang orang, juga tentang ingatan kepada sahabat-sahabat yang lain. Hingga entah bila lena menakluk suasana.

Aku terjaga dalam gamam mengenangkan solat yang masih tertangguh. Jedah sudah di dapur memasak bubur jagung. Selesai mandi dan solat, bubur jagung manis dan biji-biji sagu yang jernih sudah sedia menanti. Ah sahabat, kau buatku terharu dengan sambutan yang sebegini. Bubur jagung manis kami nikmati sepuasnya di sertai tawa dan jenaka mengingat peristiwa lama dan dari bicara tentang sahabat kami Ida yang baru melangsungkan perkahwinan dua minggu lalu. Jedah berpesan, kalau aku sudah punya sesiapa bawalah kepengetahuannya, sebagai persiapan minda katanya. Ah sahabat, ruang ke arah itu kan masih berbalam, sementara ini kita lalui sahajalah kehidupan dan menikmati segala rahmat dan nikmat yang Tuhan kurniakan.

Perbualan tidak pernah sunyi dari menyingkap sejarah lama alam persekolahan. Khabar setiap sahabat yang sempat diingati pasti dipertanyakan. Di mana mereka tinggal, berapa orang cahaya mata, di mana mereka bekerja, bila kali terakhir berjumpa adalah soalan-soalan rutin ketika berjumpa sesiapa pun di antara kami. Aku tersenyum panjang dari bibir hingga jauh ke dalam hati. Rasa kesyukuran yang luhur kepada Pencipta kerana telah menganugerahkan kami dengan sahabat-sahabat yang sungguh istimewa. Mereka inilah juga kawan-kawan menangis. Selalu kukatakan dalam hati dengan rasa yang amat senang sekali, mereka telah sebati dalam diri melebihi saudara sendiri. Cukuplah memuji, berlebihan nanti jadi mudarat pula.

Selepas solat maghrib Jedah menghantarku ke stesen komuter Pelabuhan Kelang semula. Dia tidak dapat menunggu lama kerana tidak ada tempat untuk meletakkan kereta. Setelah menurunkan aku, dia pun pulang ke rumah. Berbaris di kaunter tiket, di hadapanku seorang lelaki berpakaian kemas dengan susuk badan yang kecil dan agak rendah. Sebentar-sebentar dia melihat ke belakang, aku buat-buat tidak tahu terus menunggu. Terdapat dua keping tiket di atas kaunter dan wang kertas empat puluh ringgit di tangannya. Sementara juruwang di kaunter tiket itu pula, seorang wanita sekitar awal empat puluhan sedang sibuk benar mengira-ngira wang. Aku tidak pasti apa lagi urusan lelaki tersebut, kerana menurut pemerhatianku tiket perjalanan sudah pun diperolehi, wang bakinya juga sudah dikembalikan. Lelaki tersebut berkata sesuatu kepadaku dalam pelat Jawa yang sukar aku fahami, aku sekadar tersenyum membalas kata-katanya itu. Aku setia menunggu hingga hampir lima belas minit waktu berlalu dan beberapa orang anak muda berbangsa Cina pula mula berbaris di belakangku. Tidak lama selepas itu lelaki dihadapanku berlalu setelah juruwang berkenaan berkata “Tidak cukup”. Mungkin dia ingin menukar wang kecil detik hatiku.

“Bandar Tasik Selatan.” Kataku kepada wanita berkenaan. Dia buat-buat tidak tahu dan terus mengira-ngira wang dalam mesen berkenaan. Apakah dia sudah menutup mesen dan ingin pulang? Ataukah kutipannya berkurangan dari yang sepatutnya? Ada masalah dengan kerjanya agaknya? Soalan-soalan di dalam hati kerana aku semakin resah menanti. Aku ulangi lagi kalau-kalau kata-kata ku tadi tidak didengarnya. “Tiket ke Bandar Tasik Selatan, kak.” Aku menaikan sedikit suara biar didengarnya. Dia masih buat-buat tak tahu. Aku jadi buntu. Kenapa dengan manusia ini, getus hatiku.

Anak muda Cina dibelakangku juga kelihatan resah dan mula bertanya, “Kenapa tu?”.

“Tak tahu lah.” Balasku sambil bermanis muka kepadanya.

Komuter pun sudah sampai, penumpang mengosongkan gerabak-gerabaknya. Beberapa orang India dan anak kecilnya mula memasuki gerabak yang paling hampir. Aku semakin geram. Di papan penunjuk waktu perjalanan tren, aku punya sekitar lima minit sebelum komuter bergerak semula menuju Kuala Lumpur.

“Ada masalah ke kak?” aku bertanya lagi.

“Guna mesen lah” kata perempuan itu tanpa memandang kepadaku. Ya Tuhan, benar-benar menguji kesabaran. Segera aku mengelintar di dalam helaian novel yang kubaca, kutemukan lima ringgit. Sepantasnya menuju ke mesen tiket dan menekan beberapa butang. Bersegera pula mendapatkan pintu tren yang masih terbuka dan mencari ruang duduk yang kena dengan hatiku. Tidak lama kemudian siren yang menandakan pintu tren akan ditutup pun berbunyi. Gerabak yang hanya diisi beberapa penumpang mula bergerak. Sejenak aku terfikir semula akan tingkah laku kakak juruwang di kaunter tiket tadi. Aku menggeleng-geleng sendiri, tidak faham langsung situasi yang baru saja aku alami. Terlalu berat lidahnya untuk berkata lebih awal jika dia tidak dapat melayan pembeli tiket yang telah lama beratur. Sungguh, manusia ini berbagai-bagai ragamnya.

Perjalanan berkomuter ke Kuala Lumpur juga seselesa sewaktu aku datang siangnya. Di luar kelam malam dicemari deretan lampu jalan, rumah-rumah berhampiran dan juga kenderaan yang lalu lalang. Tidak ada indahnya, bila cermin jendela dibias cahaya lampu di dalam tren yang sungguh terang. Aku membawa pandangan ke pembacaan semula. Garapan yang sungguh bagus, kecekapan penulisnya Khaled Hosseini menggambarkan suasana tanah airnya di suatu masa dahulu seolah membuat aku terbang semula ke masa lampau dan turut berada di lokasi penceritaan. Alangkah indah jika aku pun mampu menulis sesempurna ini. Kiriman Fajar dari bumi Scotland ini sangat bermanfaat buatku. Terima kasih sahabat. Cuma, entah ke mana waktu untuk aku membalas kiriman sahabatku itu.

Sesampai di KL Sentral aku pun turun, untuk ke stesen Bandar Tasik Selatan aku perlu mendapatkan tren ke Seremban. Tren yang kunaiki tadi meneruskan perjalanan ke Rawang. Tidak lama menunggu tren sambungan ke Seremban pun tiba. Agak padat juga penumpangnya, tetapi mengenangkan jarak yang tidak sejauh mana, aku turut menyumbatkan diri di celah orang ramai. Dua puluh minit kemudian aku sudah berbaris menunggu teksi di stesen Bandar Tasik Selatan. Walau jarak dari stesen ke rumahku hanya sekitar 20minit berjalan kaki, mengelak penat dan memikirkan esok adalah hari kerja, maka aku memilih untuk menaiki teksi saja untuk pulang.

Setiba di rumah, mak yang pulang ke kampung bersama abang petang tadi sudah pun lama sampai. Kata mak, dia sampai serentak azan maghrib tadi. Ada sebiji karipap dan sepotong apam balik serta suku jag air teh. Aku senyum-senyum memandang rezeki, dari perjalanan yang jauh perut terasa kosong juga. Aku keluarkan bubur jagung manis yang dibekalkan Jedah, “Nah mak, bubur jagung Jedah kasi”. Mak yang mengaku sudah kenyang menjamah juga separuh bubur tersebut, menghargai pemberian dan ingatan sahabatku yang sudah seperti anaknya sendiri.

Malam semakin larut, kantuk pun sudah bertamu. Demikianlah perjalanan satu hari dengan segugus pengalaman yang mengindahkan kehidupan, indah alam dan ragam manusia yang mengundang pemerhatian yang dalam. Agar kekal dalam kenangan ku abadikan dalam bentuk coretan ini. Aku berkira-kira untuk berkomuter ke Pelabuhan Kelang lagi bila-bila ada kelapangan. Mungkin kita boleh menjamu selera di Muara Ikan Bakar pula, ya Jedah?

[ Selamat pengantin baru buat Cik Daun dan Nesloais, moga kekal bahagia ke anak cucu. Catatan ini sengaja kutulis panjang selayaknya sebuat cerpen untuk rujukan dan kegunaan seorang sahabat juga. Akan kutanyakan pada Nisah apakah nama jenis tulisan sebegini, apakah ia boleh diperbaiki dan diangkat serta dinamakan sebuah cerpen? ]

9 Jun 2008
:: Sekali harung...

Oleh kerana terlalu banyaknya peristiwa yang kuhutangkan di blog ini, maka hari ini aku mengambil keputusan untuk menyelitkan semuanya dalam bentuk yang ringkas. Sekeping gambar dan beberapa baris ayat. Jika ada masa nanti akn kusempurnakan penulisan cerita yang sewajarnya.

8hb Jun 2008
Lama benar tidak berkunjung ke rumah Anjang Aziz di Sendayan. Maka cuti hujung minggu kali ini aku, mak dan abang sekeluarga meluangkan masa menziarahi keluarga pak cik adik kepada arwah abah ini. Petang yang cukup indah di kediaman baru beliau, selama ini sekadar mendengar khabar peneroka felda Sendayan mendapat habuan hampir jutaan ringgit dari tanah kebun yang terpaksa diserahkan untuk pembangunan, kali ini aku melihat sendiri hasil imbuhan itu. Udara yang nyaman menyambut kehadiran kami. Rumput yang hijau dan burung-burung petang menambah indah nuansa pertemua keluarga. Kami berbual lama hingga lepas maghrib dan makan malam juga. Aku mencari-cari raut wajah arwah abah dari wajah adiknya ini, hampir tiada. Namun aku terasa dekat dengan kerinduan berdekad itu. Mungkin kerana mereka sedarah sedaging. Indahnya dunia kalau arwah abah masih ada dan dapat menyertai kami dalam perjumpaan ini, satu harapan yang aku tau hanya angan kosong bertamu disela pertemuan itu. Sesekali pandanganku berkaca.

7hb Jun 2008
"Kata-Suara" di RA Fine Arts Gallery. Pertama kali sampai ke sini. Dalam majlis ini juga Pak Samad melancarkan buku puisi Mustapa Hj Ibrahim. Seorang pelukis yang menulis puisi. Kubawa Ashraf dan Adila, anak-anak Ongah turut sama. Sempat berkenalan dgn lebih dekat Dr. Siti Zainon Ismail. Sebelum ini aku telah pun memiliki buku puisi dan sketsa beliau Nyanyian Malam yang ditulis sepanjang tahun 1973 - 1975 berlatarkan kota Jogjakarta dan kota-kota lain di Indonesia. Menambah manis pertemuan bila kami sama-sama mengetahui kami berasal dari daerah yang sama - Kuala Pilah.

31hb Mei 2008
Majlis perkahwinan sahabat tersayang, Ida di Kampung Tengah, Sri Menanti. Majlis perkahwinan yang sungguh meriah, sempurna dan semestinya meninggalkan memori indah dalam perjalanan persahabatan kami yang bermula di tahun 1984 di Sekolah Menengah Convent Seremban dan bersama pula tinggal di Asrama Puteri Melayu Jalan Dato' Abdul Malek (MGH). Sabahat MGH yang lain turut hadir; Jedah, Aniza + keluarga, Janifah + keluarga, Aminah + keluarga, Hasnah + anak perempuannya, Citah + suami, Aeen + keluarga, Haslina + keluarga, Ain + keluarga, Kak Ju + keluarga, Ita, Imuih, Ayu + anak-anak. Ramau juga kenalan yang kelihatan di majlis ini, sebahagiannya sempatku bertegur sapa, selebihnya hanya sempat bertukar senyuman. Sempurna, itulah perkataannya, bermula dari susun atur majlis hinggalah ke lauk pauk dan jemputannya, semuanya sempurna. Tahniah buat sahabat kesayangan, selamat menjalani kehidupan baru semoga bahagia kekal ke anak cucu.

25hb Mei 2008
Tiba-tiba terasa ingin bermain dengan warna, maka kusempatkan diri mengikuti bengkel bersama kanak-kanak dan ibubapa mereka di Annex Gallery. Kali terakhir berguru adalah sewaktu di darjah enam. Hasilnya kanak-kanak yang turut sama melukis jauh lebih baik dari lukisanku. Terima kasih atas tunjuk ajar Alfie koordinator untuk hari itu. Dan tanpa malu aku suakan palitan warna yang tidak ada perincian itu pada En. Ali Akhbar ketika terserempak beliau di galeri Gajah-gajah tingkat bawah sewaktu aku ingin pulang. Katanya ia permulaan yang bagus. Nak belajar tak boleh malu-malu kan?

16hb - 19hb Mei 2006
Menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Indonesia. Pesawat mendarat di Jakarta seterusnya menyusuri lebuhraya ke Bandung. Kota yang nyaman, terkenal dengan jolokan kota bunga. Kunjungan lebih terisi dengan agenda membeli-belah, oleh kerana kami hanya mentertai kumpulan orang lain maka tidak banyak pilihan selain mengikut sahaja kakak-kakak yang lain membeli-belah. Hajat di hati untuk kembali lagi dan waktu itu aku berharap benar-benar dapat melihat bentuk mukabumi, tinggalan sejarah serta nuansa alam yang menarik ada di situ.

8hb Mei 2008
Menghadiri majlis perasmian Malaysian Naive Art di Annex Gallery Central Market. Diperkenalkan kepada Alfie oleh Yan, Alfie adalah salah seorang peserta yang turut mempamerkan lukisan-lukisannya di situ. Paling terpesona dengan lukisan Encik Ali Akhbar, sempat berbual dan bertanya latar pengalaman beliau dalam dunia lukisan, sempat juga berkenalan dengan keluarga beliau yang turut sama dalam majlis pada malam itu. Satu lukisan jua bermula dari satu palitan warna, moga satu masa aku juga mampu memalit warna yang bermakna. Satu dunia warna yang baru.

5 Jun 2008
:: Ubah cara hidup...?

Berapa ramai antara kita yang tersenyum mesra pagi ni? Yang masih memuji-muji ketokohan dan kewibawaan PM kita?

Waima kawan baik aku yang penyokong kuat UMNO tu pun dah keluar sumpah seranahnya, dan secara terus terang mengaku mengundi pembangkang dalam pilihanraya yang baru lepas. Hmm... tak puas hati benar dia nampaknya.

Kemarahan rakyat meledak. Terasa leher semakin dicekik. Kalau amarah ini diwarnakan merah, maka jika dilihat dari satelit kebanggaan Malaysia yang antara fungsi utamanya menyalurkan hiburan optima ke rumah-rumah, maka akan kelihatan merah mewarnai bumi Melayu yang ini.

Ya, seperti kata Pak Lah dalam berita malam tadi... "There's nothing we can do." Memang agak sombong ucapannya dengan wajah yang tersenyum dan berseri-seri seolah mengatakan, "I am not effected by what so ever changes over the fuel price.!" Macam tu? Ya Tuhan...

[ Samalah keluhan ini ketika tambang teksi naik, harga ayam naik, harga beras naik... semuanya sama. Kenapa amarah ini atas nama Pak Lah? Sebab beliau yang mengumumkan.. Sebab aku mengharapkan beliau yang memikirkan dan membela nasib marhein seperti aku. Dan banyak lagi sebab. Tapi begini saja lah, tiada apa daya lagi selain keluhan. Esok lusa semua harus ditelan dalam diam. Tak ada kudrat apa pun untuk merubah. Dan semakin lama, semakin rasa terketepi dalam dunia yang semakin kejam. Adakah satu masa nanti aku tidak mampu lagi bertahan dan terpaksa kembali ke hujung rimba, duduk diam bertanam kangkung dan ubi sementara menunggu nadi terhenti? ]

 

 

yang berziarah di hujung rimba...

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Jom Shoping

Jom Tonton

---

Konsert Alam Musik
M. Nasir di Istana Budaya Oktober '08

M.Nasir akan mengadakan konsert di Istana Budaya Oktober ini, bagi para peminat Sifu jangan lepaskan peluang ini. Keterangan lanjut sila hubungi Luncai Emas atau layari laman web Luncai Emas seperti di bawah.

Jumpa semua di sana!


Kelab Sahabat
M. Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha MurniLagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

-----

Terindah

Cedar of Lebanon... yang juga tajuk lagu Fairuz yang satu lagi

The Temple of Venus in Baalbeck

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Sebelum Cahaya
- Letto -
 

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Chorus:
Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Chorus

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Bacaanku

Sudah Tamat

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net