Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

GENG JURNAL

nisah haron
unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007

~@~

28 Jun 2007
:: Aku harus diam ...

Seorang teman yang aku sayang berkecil hati denganku. Puncanya salahku, aku tidak mendengar. Aku tak mahu beri alasan, biarlah aku telan semuanya sebagai salahku total. Mungkin jua dia tidak sudi memaafkan. Aku hanya bisa memohon, memberi itu hak dia. Mungkin pada masa-masa tertentu aku harus mendiamkan sebahagian diriku dari terus berkata-kata tanpa henti supaya aku bisa fokus pada bicara teman-teman dan memahami perasaan mereka.

24 Jun 2007
:: Raba ...

Semalam perjumpaan dan kelas bimbingan Kelab Wizra. Seperti biasa ramai juga yang berjanji untuk hadir telah tidak dapat menghadirkan diri. Bagiku perjumpaan sebegini amat berharga selain sebagai tanda sokongan yang berterusan terhadap usaha-usaha Abang Pat dalam penulisannya adalah juga untukku mempelajari teknik penulisan secara formal. Kelas bimbingan percuma sebegini memang amat kuhargai, dan sebagai Aurorans aku merasa amat bertuah mendapat peluang sebegini. Aurorans di luar sana juga dijemput ya, kalau bukan untuk mempelajari teknik penulisan datanglah untuk mengeratkan silaturahim dan tanda sokongan buat Abg Pat.

Kata Abg Pat, dia kini akan menumpukan perhatian kepada usaha menerbitkan komik dan penulisan semula Saga Artakusiad. Apa pun outputnya, aku adalah orang yang paling gembira dan akan sentiasa memerikan sokongan selagi nyawa dikandung badan. Sehingga ianya menjadi realiti, aku tetap sabar menanti.

[Kata kunci perjumpaan kali ini ialah raba. Jangan salah faham. Sesiapa yang hadir akan faham.]

I didn't lie when I said they are starving... huhu... Ini markas Aurora sebab tu cahaya bersinar gilang gemilang... walaupun dalam gambar tu terdapat 3 orang suku kaum Morrok, tetapi bila di Menara Arkaina... mereka sekelumit pun tidak mampu menentang cahaya puak baik-baik ni kekekeke...

Happy Birtahday Abg Pat... semoga panjang umur dimuarahkan rezeki, diberkati Allah s.w.t., dikurniakan rahmat dan nikmat, berlimpah ruah pula ilham bagi menghasilkan karya-karya seindah Pedang Democles...

Barisan Srikandi Aurora. Sempoii de Morrok juga akan dituisyenkan agar menjadi Auroran kekeke... Pendedahan serta kesedaran tentang betapa baiknya orang-orang Aurora telah diberikan setiap kali ada peluang. Umpanyanya dihujung pertemuan kali ini Sempoii telah dihantar pulang oleh Srikandi Aurora... heh heh

Jemput tambah Panglime... Maklum lah dah berapa lama tersadai di tebing Minoas kan... air pulak tak surut-surut mesti lapar tu... sila sila... bihun Aurora special panas panas... Haiya itu pengantin aaa inai masih merah ooo... Selamat Pengantin Baru dari seluaruh warga Aurora...moga berbahagia ke anak cucu...

Salah seorang komposer berbakat Aurora... yan gponny tail tubukan Zamani Slam ok

Sesi meng-Karum-kan diri... mula-mula ambil tembakau... boh dalam kertas lepas tu gulung... turut kelihatan ialah Raja Kegelapan Sehari yang telah menghantar Permaisuri Kegelapan Sehari pulang ke kampung... begitu licik nampaknya... heh heh...

Sehingga ke kepingan tulang yang terakhir...

Cleaning time.... terima kasih tolong selesaikan masalah pinggan bertimbun tu... heh heh

Semua dah kenyang dan kelas pun bermula ... Epong penuh ekspresi... sampai angkat takbir tu ha... huhu...

Penuh semangat... bara membara, berapi-api... penuh satu whiteboard alasan-alasan yang dihadapi... selepas ini kita pun tahu bagaimana untuk fokus. Bagi kaun lelaki rokok, gitar, headphones adalah antara senarai kelengkapan bantuan untuk fokus... bagi kaum hawa pula ada wakil mengatakan coklat dan stoberi.... walaubagaimana pun keberkesanannya adalah terpulang kepada masing-masing. Sebenar tadi aku focus menulis entri ni, tiba-tiba mak datang dan berkata... "Kau tak dengar ke apa aku kata tadi..?" Heh heh nampaknya teknik menumpukan perhatian disamping lagu-lagu Mendiang Loga amat mujarab sekali! Sori mak... saya cuma mempraktik ilmu yang baru dierolehi Sabtu lepas. p e a c e . . .

Atas permintaan tuan rumahyang dah kecik hati dengan aku... inilah dia tuan rumahyang baik hati budi, pemurah lagi sporting, yang telah merelakan Aurorans mengganyang rumahnya sebulan sekali... terima kasih daun keladi, bulan depan tumpang lagi...


 

19 Jun 2007

Terlalu banyak yang kuhasratkan. Masa pula yang aku salahkan. Aku akan cuba mengatur dan melaksanakan satu-satu. Hari ini kukongsikan saja gambar-gambar di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Biarlah gambar-gambar ini yang senandungkan ceriteranya sendiri.

6 Jun 2007
:: Terpahat satu pengajaran

Pengajaran dari sekolah hidup adalah sebagai panduan melangkahi masa depan. Terkadang kita lupakan kerana sebab yang kita sendiri tahu. Dan terkadang ia berulang, ketika itu kita merasakan kebodohan diri kita membiarkan kesilapan yang sama berlaku dua kali dalam hidup.

Perkara sebegini buat aku keliru. Apakah semua manusia begitu? Lalu aku jadi curiga pada setiap mata dan wajah. Apakah senyum itu ikhlas dan jujur atau penuh maksud juga? Apakah salam itu dari hati?

Sungguh aku tidak suka curiga begini, tetapi hidup saban hari mengajarkan dan memberi peringatan... ada kala jengking di sebalik batu, bersedia untuk menyepit dan menyengatmu.

setuju tak?

 

Dalam Kerinduan...

Berita 1

Berita 2

Berita 3

Senandung lalu

... akan sentiasa hijau dalam kenangan.

 

Catatan Offline

29 Mei 2007
:: Yang sempurna itu mimpi...

Ada sesuatu yang sempurna bila ianya kekal mimpi. Kerana bila ia menjadi realiti, ketidak sempurnaannya begitu terserlah dan menyakitkan sebuah kehidupan.

Dari sebuah wajah terlahir berbagai kisah. Tetapi apa yang menempa hati di kala itu selalu menjadi penakluk utama layar pawagam hidup.

Ku masih ingat kata-kata Abg Pat bila aku bicarakan soal keikhlasan. Katanya membawa maksud, itu bukan wajah manusia hari ini. Hari ini tiada penilaian manusiawi tentang keikhlasan. Insan tidak memandang sesuatu yang tampil atas nadi keikhlasan. Aku ingat tentang itu, aku tak akan lupa. Tetapi kenyataan itu tidak akan membuat aku mentalkinkan naluri dan keinginan untuk terus ikhlas dan mengusung keikhlasan.

Jujur. Tidak ramai yang ingin berlaku jujur lagi hari ini, kalau bukan untuk sesuatu tujuan atau ganjaran di hujung perbuatan. Ada masa aku lihat manusia berlumba-lumba memutarbelitkan keadaan demi untuk sesuatu tujuan atau ganjaran hebat. Muslihat dibajai, kecerdikkan diasah bagi melindungi agenda hitam yang ranum dalam diam. Aku lihat semua ini dalam diam dan menyimpan sakit hati dalam-dalam.

Ada masa aku juga melihat manusia tertuba ketidak jujuran sendiri. Yang busuk itu akan berbau juga. Aku terkadang melihat wajah-wajah yang robek dilakar kebusukan hati masing-masing. Masalah di cari namanya. Atau mungkinkah masalah begini yang dikatakan kemuncak sesuatu pencapaian?

Kalau benar begitu, maka terjawaplah musabab aku sudah lama berada ditakuk lama.

[ ada lagi catatan offline... nanti aku uploadkan ]

5 Jun 2007
:: Selamat hari bumi...

Aku pencinta bumi dan alam sekitar. Maka selamat hari bumi. Itu saja ucapan ringkasku. Selebihnya tak perlu. Kerana ramai manusia yang memperjuangkan kitar semula, jadikan bandar dalam taman, sayangi sungai kita, dan segala macam slogan lagi adalah (mungkin) juga taukey-taukey balak haram. Dan aku tak sama macam mereka.

4 Jun 2007
:: Dia pun pergi...

Dalam kerinduan...

Dalam kerinduan yang memuncak menggunung
lalu berlinangan air mata menahan perasaan
digoda hayalan

Dalam kerinduan yang memuncak menjauh
tak kusedar kiranya cinta kita telah hampir pudar
tiada percantuman

Lalu aku bayangkan wajahmu di dalam sepi
betapa syahdu pertemuan indah pula senyuman
kulihat mawar merah segar di jejari manis mu
tapi mekar hanya seketika lalu ia kering layu

Get this widget | Share | Track details

Sungguh tak ada yang abadi. Aku terkesima menerima berita yang Yan sampaikan. Entah. Rasa tak sangka. Atau mungkin kerana aku belum sempat mengenalinya dengan dekat. Secepat itu aku mencari berita dia Bernama dan aku temukan... berita ini.

Zaman kanak-kanak ku di kampung berlatarkan lagu-lagu Alleycats. Banyak kenangan yang bersangkutan. Aku mengenali M. Nasir pun melalui album-album Alleycats. Dan aku lebih suka mendengar suara Loga berbanding David walaupun keduanya sama-sama bagus. Waktu itu tak banyak kumpulan musik yang dapat ku dengar. Dan bergantung pada apa yang kakak dan abang beli. Album-album Alleycats yang ada di kampung adalah dalam bentuk piring hitam.

Kerana kita pun berlainan agama... maka aku hanya mampu mengenang bahawa dia pernah menyejukkan hatiku dengan lagu-lagu dendangannya.

2 Jun 2007
:: Keajaiban...

Kadang kala aku merasakan keajaiban terbesar dalam hidupku adalah kegembiraan. Gembira yang lahir tulus dari persekitaran yang cukup ikhlas walau ianya datang dalam wadah yang cukup sederhana sekali. Seperti kegembiraan melihat senyuman dari wajah-wajah yang sangat kita sayangi, iaitu ahli keluarga kita (terutamanya wajah Bonda). Begitu juga senyum dan tawa yang dihadiahkan oleh mereka kepada kita. Sungguh, semua itu tanpa bersyarat. seperti gembira berkongsi satu saat yang suci dari segala hasad dunia.

Hari-hari kebelakangan ini Tuhan kurniakan aku satu nikmat yang tidak mampu kulukiskan dengan kata-kata di sini. Dia telah hadirkan insan-insan yang dengan tulus membawa keajaiban terus ke hatiku. Tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Perdulikanlah maslahat duniawi, detik-detik begini helahmu tidak menjadi.

Bila keindahan dunia terjelma dalam bentuk yang sangat mudah, bersahaja dan tanpa disangka... terus mengungsi ke dalam hati... percayalah bahawa keajaiban itu telah dikurniai Tuhan terus ke dalam lubuk sanubari.

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Terindah

 


Kelab Sahabat
M. Nasir

- SIFU'S BDAY-

Tarikh : 6hb July 2007
Waktu : Dinner
Tempat : Belum Confirm

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ain di talian Luncai Emas Sdn Bhd 03-6156 1357 / 6700

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

-----

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Alleycats - Dalam Kerinduan

Dalam kerinduan yang memuncak menggunung
lalu berlinangan air mata menahan perasaan
digoda hayalan

Dalam kerinduan yang memuncak menjauh
tak kusedar kiranya cinta kita telah hampir pudar
tiada percantuman

Lalu aku bayangkan wajahmu di dalam sepi
betapa syahdu pertemuan indah pula senyuman
kulihat mawar merah segar di jejari manis mu
tapi mekar hanya seketika lalu ia kering layu

 

Free Download Here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri
Riwayat Mandolin
Jerat
Raja Kasih Yang Hilang
Jujur
By Your side

Mungkin (MTV by Rosh)

Pemilikan Terbaru

 

Bacaanku

 

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net