Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.my
olai tannon lama
olai tannon
fajar
silence
rosh
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari
sang perba
wilis

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u
emel@artakus

~@~

MAKKAH AL MUKARAMAH

Terkini dari Kota Mekah

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah
pyanhabib

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib
alamat cinta

~@~

KANVAS

yusuf gajah
alfienaive

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson
dewangga sakti
filem pendek
vovin

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal
shaliza
shaliza fp
alamgrafik
alfiearth

kenrockwell
better photo

kodak
fototeacher
fotokawin

betterdigitalphotography
digital-photography-school

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
basrie

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS & FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
budu dan belacan
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
sinzmanual
bob danial
norhaidatul azian

~@~

ISLAM

saifulislam
harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita
umrah2u

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki
razzi rahman

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007

Ver 6.0
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac - mei 2008
jun - julai 2008
ogos 2008
sept 2008

Ver 7.0
okt 2008
nov - dec 2008
jan 2009
feb 2009
mac 2009
april 2009

~@~

7 Ogos 2009
:: 123456789 - sekali seumur hidup...


I manage to capture this moment. Syukur alhamdulillah. Sekali seumur hidup ya?

6 Ogos 2009
:: ... terlakar di bulan?


wajah? karikatur?

 

5 ogos 2009
:: Seminar Sains Solat, Masjid Wilayah KL

let the pictures speak..


Pak Lah merasmikan...


buku-buku ini.


Tanda penghargaan.


Ketua Penyelidik Prof. Dr. Fatimah Ibrahim


Prof. Dr. Wan Abu Bakar


En. Ng Siew Chok


selepas aku memulakan meminta autograf, kebanjiran pun melanda, semua orang pun mahu untuk salinan mereka


for memory, do i look like breaking her ribs if i hug her? hak hak hak

* special thanks to my belove boss Dato' Hajjah Norah, for giving me one day off for this event... thank you so much muah muah muahhhh... bestest boss eva ;)

2 Ogos 2009
:: Kuching - da foto...

Ayam Penyet 101
- Introduction to Ayam Penyet

Marvelous! Finger licking good!
Aku tak order nasi, hanya ayam penyet ini sahaja. Tetapi menjelang habis sepaha itu kuratah, sudah terasa mau satu lagi dan lagi dan lagi... huhu

Aku beritahu Nett, aku sudah ketagih ayam penyet, dan... jika ada kunjungan seterusnya ke Kuching, maka ayam penyet adalah salah satu destinasi utama.

 

Airnya pula, teh tiga lapis ini. Tetapi versi Pekan Kopitiam dekat ofis aku lebih mengancam huhu..

Cerita pasal makanan ni buat aku rasa lapar lagi dan lagi dan lagi... is dangerous!

 

 

 

 

 

 

Raja Ayam Penyet Raja ini boleh ditemui di ... erk I need to ask Nett the location lah ;) wait aaa...

 

 

 


Cik Nett yang berhati mulia telah sudi mengorbankan kepenatan perjalanan ke Bali, demi menjadikan kunjunganku ke Kuching bermakna. Thanks Nett... love you more!

Gambar seterusnya bersambung nanti.. ok.. :)

 

- End of Introduction to Ayam Penyet

 

 

 

Masih lagi 1 Ogos 2009
:: Kerajaan kebosanan...

Sudah lima minggu berturut-turut aku pulang ke kampung, hujung minggu kali ini aku mengikat langkah dengan hanya berada di rumah KL sahaja. Rutin hari ini semuanya nil nil sahaja... kecuali seawal pagi ke pasar tani Kelana Jaya, pulang semula bersarapan dan nil.... sitting idle not doing anything. Seriously... not doing anything at all. Accept going through my cds and cassettes, collections since my teenages.

Found a cd with Vanila Ice, played Ice Ice Baby and sing along.... and... thats it... nil... my cpu shut down totally. No plan, no spirit... nothing...

Its a waste of time.. I know. But, being in KL on weekend without nothing to do is absolutely killing me softly. Berlainan dari di kampung. Di kampung, tak perlu berbuat apa pun, duduk saja di sofa, capai sebuah buku (tak ada pun tak apa) biar sekadar melangok sahaja, itu sudah cukup terisi. Penuh dengan segala keindahan dan segalanya ada. Walau yang kurenung sekadar laman kosong dengan deretan beberapa pohon kelapa dan berakhir di luar pagar yang ditumbuhi semak samun, kurasakan semua itu sungguh indah. Aku sendiri pelik memikirkan.

Minggu depan kalau diizinkan Tuhan, akan diadakan perjumpaan sahabat lama sekolah menengah dulu. Jika sebelum ini aku merasa sungguh teruja, tapi dengan kebosanan hari ini, semangatku seperti sudah hilang. Minggu ini persiapan terakhir harus dilakukan.

Semoga hujung minggu hadapan ceria dan penuh memori indah.

~~~

1 Ogos 2009
:: Burung-burung pagi...

Di mana burung-burung pagi
tika biasa ratusan hinggap di dada bumi
menjamah kasih manusia.

Pagi ini aku tercari kelibatmu
begini pun aku sudah rindu
dan rajuk tiba bertalu-talu
air mata persis manik-manik terurai
terhambur lerai semahunya
tak bisa teraup lagi.

Di mana burung-burung pagi
begini pun aku sudah calar
belum lagi kutinggalkan rumahMu
hatiku telah hancur
mengenang
p e r p i s a h a n . . .

* 11.6.09 subuh, hadapan King Abdul Aziz Gate 1,
   Masjidil Haram Kota Mekah.

31 Julai 2009
:: Yang...

Yang berterbangan itu
adalah rama-rama
tumbuh dari limpa,

Yang tersenyum melirih itu
adalah rimbunan mawar
mewangikan nyawa
kala mata terpejam
dan jiwa tersenyum terbalut kasihNya,

Yang mengerlipkan sayapnya itu
adalah bidadari
tumbuh dari sanubari
melayahi samudera sukma
menyentuh hati.


 

 

 

29 Julai 2009
:: Even lovers need a holiday...

Mesti kalian pernah mendengar ayat tersebut: Even lovers need a holiday. Kalau terlupa, ia adalah salah satu rangkap lagu Hard to say I'm sorry dendangan Air Supply Chicago, untuk mendengar kalian hanya perlu memuatan turun didahului dengan carian di Google.

Hari ini adalah hari ketiga aku di Kuching. Sarawak. Atas wadah kerja. Selain dari memenuhi tujuan ke mari, berjumpa kawan-kawan aku lebih selesa di bilik hotel sahaja. Memikirkan bahawa melihat-lihat sekitar Bandaraya Kuching ini boleh saja kulakukan pada masa akan datang dalam kunjungan percutian, maka aku tidak menyimpan rasa terpaksa melihat semuanya yang ada di sini dalam kunjungan yang pertama ini. InsyaAllah, jika dikurniakan Allah suatu masa aku akan dapat melihat semuanya dalam suasana yang lebih selesa.

Berbalik kepada serangkap lagu yang kutuliskan di awal tadi. Masa-masa aku berada di luar kawasan, menginap di hotel dan bersendirian, aku merasakan satu ruang yang cukup luas. Jika di Kuala Lumpur semuanya seperti sesak, semuanya harus segera dan masa sentiasa mencemburui setiap yang kukerjakan. Tapi ruang ini cukup luas dan memungkinkan aku untuk melakukang banyak perkara yang tidak dapat aku lakukan sewaktu di rumah sendiri.

Bila tugasan rasmi sudah lunas, aku terbebas dari sebarang aktiviti yang mesti-mesti, seluruh masa dianugerahkan Tuhan untuk aku merancang dan melakukan apa saja yang aku ingini. Terasa bebas mungkin kerana tiada siapa untuk meminta aku melakukan itu ini, atau terhalang oleh itu dan ini. Seluruh masa adalah untuk diri sendiri sahaja tanpa berkongsi dengan sesiapa, majikan, keluarga mahupun teman-teman. Dan sepertinya sesekali merasa begini adalah perlu. Ruang minda jadi terbuka dan banyak idea-idea baru menanti perancangan rapi untuk dilaksanakan. Termasuklah aku mempunyai cukup waktu untuk menulis.

Now, writing is lonely job is absolutely true. It is not because writing makes you lonely, but you need to be alone to finish the whole stack of writting. Interuption is major failure to what you are working on. Well at least I'm saying this from my amature point of view. I need to be alone with just my mind to compose a writting. Well, I know I sound unprofessional... thats why I call my self an amature or a person who writes just for the fun of it.

Being away once in a while doesn't mean you run away from your everyday life, or dislike a rutine that you live on all this while, but it gives you a 'break' to relax and... well... I think in that way 'a break' makes me even healthier, happier, appreciating life more, and loves everyone around me double tripple loving them when I last saw them when I depart for outstation. And of course seeing the beautiful creation on this earth makes my love for The Creator even more deeper. Love is in the air!

p/s: nak keluar dengan kakaknya si Moneirah pulak... le tour de Kucen... hak hak... dituliskan kemudian... ;)

:: Menunggu...

Aku di lobi hotel Habour View menanti Rahimah. Dia adalah kakak kepada Moneirah (ADN) yang sangat baik dan peramah.

Mon telah 'memaksa' kakaknya untuk bertemuku seterusnya bawa aku jalan-jalan sambil makan-makan keliling Kuching. Aku pun sempat bertemu abangnya Ibrahim yang turut sama menyertai kami di Cafe Ramai merasa laksa sarawak dan mee kolok yang enak sekali.

Ibrahim adalah Aurorans juga. Kiranya kunjungan aku ke sini amat bermakna sekali, disambut oleh Aurorans. Dan terima kasih kepada Ibrahim kerana membelanja laksa Sarawak yang menjadi kegemaranku sepanjan musim itu.

Dia juga sempat bercerita dan menunjukkan kepadaku pangkalan data tentang setiap kampung di bumi Sarawak ini. Antara data yang dimiliki ialah perincian secara lengkap tentang ketua kampung, populasi, sekolah, prasarana yang ada dan yang belum ada, keperluan masyarakat setempat yang berada jauh dari bandar, perkampungan pribumi yang sungguh cantik dan damai menghijau dan berbagai lagi maklumat yang sungguh berguna diperolehi dari penyelidikkannya sebelum ini. Istimewanya kerana dia mengalami sendiri kehidupan seharian pribumi itu, yang demikian melayakkan dia untuk bercakap dan mengulas setiap butiran yang tidak diketahui oleh semua orang.

Dia beri kulihat sebahagian dari pangkalan datanya, nyatalah kesungguhan dan minat yang mendalam mendahului hasil yang demikian membangakan. Gambar-gambar di setiap kampung dirakam dengan kemas. Selain mengumpul maklumat berguna, aku rasa inilah cara insan itu membawa jiwa lebih dekat kepada alam dan Tuhan. Kerana disepanjang jalan yang dilaluinya itulah setiap kasih dan kecintaan tertumpah sesama makhluk mahupun terhadap Pencipta. Aku kagum.

* jika ada yang ingin mendapat maklumat tentang pangkalan data ini, sila lah emel kepadaku. InsyaAllah akan kukenalkan kalian dengan pemiliknya. Urusan seterusnya pula adalah antara kalian. Strictly business I guess :)

Selepas perjumpaan di Cafe Ramai tadi, aku dihantar pulang semula ke hotel untuk check-out dan Rahimah pula berpapasan menjemput anak saudaranya dari sekolah. Dia berjanji untuk kembali dan membawaku melihat-lihat sekitar Bandaraya ini lagi, hmmm... mungkin untuk melengkapkan kunjungan aku harus jua merakam gambar patung kucing yang besar itu, insyaAllah. Dan membeli beberapa cenderamata barangkali, kalau ada yang kuminati.

Jujurnya aku kurang pandai untuk membeli cenderamata. Mungkin masa keterujaan begitu sudah berlalu agaknya. Ya, kalau sempat akan kubeli. Kalau tidak cukuplah aku pejap-pejap menyimpan memori sahaja. Tidak ada yang tidak indah dan menarik di bumi Tuhan ini, malah semua ini amat sempurna dalam penglihatan yang sederhana.

It is a beautiful life, a perfect notation from The Creator for us the creations about how much love is being poured each and every second, and with open heart, it takes less than a moment for a person to notice all that. :)

:: Projek SarawakStories.com [facebook]

Sewaktu berbengkel semalam, kami diberi latihan kerja untuk menjalankan satu kempen yang diberi tajuk Sarawak Stories. Sumbanganku jelas adalah isi blog ini sendiri nanti. Cumanya buat masa ini ia belum dilengkapi dengan gambar-gambar. Yaaa... ada yang elok dan banyak juga yang tidak eloknya. Walaubagaimanapun aku bersyukur sekurangnya terakam jua gambar yang kuhajati.

Fasilitator Hakim Albasrawy menyarankan aku menulis liputan tentang makanan. Jadinya mengikut saja apa yang kulalui sementara di sini, makanan kah, tempat menarik kah, semuanya aku tuliskan saja... termasuk mengenai penduduknya.

Yang demikian, insyaAllah aku akan turut menyumbang terhadap kempen tersebut. :)

 

28 Julai 2009
:: Unimas, Kota Samarahan

Hari kedua aku di kota Kuching. Tak banyak yang aku lihat setakat ini, hanya sekitar hotel dan waterfront yang sempat kulawati malam tadi. Aku tidak merasa teruja untuk melihat sekitar di sini. Mungkin kerana ini kunjungan kerja, dan aku tidak membawa dslr, jadi keterujaan untuk melihat dan merakam suasana di sekitar bandaraya ini tidak lah sampai ke tahap yang berganda. Yang demikian aku simpan sehingga aku punya teman untuk bersiar atau melawat sekitar ini di satu sesi lain yang bukan atas wadah kerja.

Berada di perkampungan ilmu seperti sekarang ini, membawa keinginan untuk berlama dan kembali mengulang zaman-zaman lalu sewaktu masih bergelar penuntut. Harum suasananya, segar dan kaya dengan lautan ilmu yang menunggu untuk diraup dan dipaterikan dlam minda dan dada adalah sesuatu yang amat indah. Menyenangkan dan menyemarakkan kehidupan.

Majlis ini belum bermula, kami tiba awal. Aku dijemput van MDeC di hotel awal pagi. Sepanjang jalan menuju ke sini sesak dan ada masanya seperti tidak bergerak, jam nya teruk sehebat KL jua. Rupanya ada satu kemalangan motorsikal yang amat dahsyat, kiranya seumpama ini adalah yang pertama aku lihat. Kemalangan itu mengakhibatkan motorsikal itu terlipat dua. Pastilah ia kerana kelajuan yang sangat tinggi, sehingga besi pun berlipat dua.

Sekarang ini aku menunggu. Kebosanan juga. Mungkin majlis akan bermula setengah jam atau lebih dari sekarang. Memang kami awal, kerana aku menumpang urusetia dan penganjur majlis ini, mereka tentulah harus datang awal... kan. I think I should move around, before i fell as sleep.

:: Nett - the return from Bali...

Terima kasih tak terhingga buat Nett yang baru balik dari Bali tu, sempat jua mengenepikan lelah dah datang berjumpa serta membawaku menikmati ayam penyet malam ini. Podeh.... but defenately I like it.

Gambar-gambar tidak dapat kumuatkan sekarang kerana terlupa membawa usb cablenya.... huhu... termasuk jua lah gambar yang tak seberapa regata semalam... bunga api dan bot-bot berhias lampu yang sangat cantik. Tetapi kerana 'boy friend' tidak ikut sama... indah itu terasa sedikit hambar. Its a lesson, tak kira berat bagaimana sekali pun, ia tidak seharusnya ditinggalkan... oh aku insaf... sungguh tidakkan kutinggalkan lagi.. huhu...

7 Julai 2009
:: Satu hari dalam hidup...

One day in your life
You'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around, you'll . . .

Ada kala kita bersua insan-insan yang istimewa dan meninggalkan jejak di dalam hati kita. Dan mungkin jua, kehadiran kita meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri seseorang. Ada antaranya kita tahu, pada masa yang sesuai. Dan ada antaranya yang kita tidak tahu, sampai bila-bila pun.

Ada antaranya pula yang menyentuh jauh dalam pengamatan seharian... pemahaman yang dalam tentang sesuatu, tentang kehidupan misalnya. Seperti aku melihat nenek tua di masjid tempoh hari. Telahan-telahan yang aku layari ketika melihat raut wajah, senyuman, gerak tubuh serta garis di wajahnya begitu mengasyikan. Walau tidak semestinya betul, tetapi semua maklumat itu murni.

One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day . . .

One day in your life
When you find that you're always waiting
 For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there

Dan, ke mana pun kita cuba lari dari membicarakan soal ini, pasti tersentuh jua. Ia seperti alami, cuma bagaimana kita menerima, mengingati dan memahami segalanya. Yang kita ingati tidak mudah terlupakan, istimewa kerana luka dan pedihnya, kerana indah dan asyiknya.

Dan ada di antaranya tertakdir dan terulang semula, suatu kesudian yang mungkin telah bertahun-tahun malap. Berkilauan semula menjadi mahligai yang tiada orang lain bisa mengerti. Kalaupun dulu telah mereput bak puing-puing hampa, kembali terbina istana... kerana terpinjam semula sebuah tugu.

You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day . . .

One day in your life
When you find that you're always lonely
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there . . .

Demikian, keindahan demi keindahan tercipta dalam kehidupan, yang tidak semua dapat kita hadami dan fahami. Subhanallah.

Dan moga, di celah-celah kehidupan ini ada insan yang sudi mengenangku dengan keindahan, sebagaimana aku mengenang mereka... indah, damai dan tenteram... persis One Day In Your Life. Dan semoga bila kutiada nanti, sudi pula mengirim doa-doa buat kesejahteraanku di alam yang lagi satu. :|

:: Berakhirnya Perjalanan Hidup Michael Jackson

Sebagai mengenang penghibur antarabangsa yang kukenali sejak dari sebelum bersekolah lagi dan sebagai mencatat sejarah ini di sini, untuk rujukan kemudian hari jika perlu. One day in your life juga adalah lagu pertama beliau yang menyentuh dan kekal dalam hatiku hingga ke hari ini.

Aku bukanlah peminat fanatik beliau, tetapi banyak lagunya yang aku suka. Zaman kegemilangannya dengan lagu-lagu hits seperti Beat it, Billie Jean, Say Say Say (bersama Paul McCartney), Somebody's watching me (bersama Rockwell) dan banyak lagi adalah sewaktu zaman remajaku. Waktu itu gaya dan lagu beliau menjadi ikutan. Walaupun begitu hanya satu album sahaja yang aku beli, iaitu Dangerous. Itu pun setelah bekerja. Mungkin kerana aura kedatangan beliau ke Kuala Lumpur ketika itu... aku pun tidak berapa ingat tahun berapa dia di Kuala Lumpur.

25 Jun 2009, industri musik dunia kehilangan insan ini. Seorang insan yang sejak lebih sepuluh tahun kebelakangan ini menghadapi siri tuduhan pencabulan kanak-kanak, kesihatan yang merosot, kesan pembedahan plastik yang memudaratkan dan sebagainya. Seorang insan yang digelar dunia sebagai Raja Pop dek kerana kehebatan pencapaiannya sebagai penyanyi dan penghibur.

Terkadang dalam hati terfikir, kasihan juga berada dalam situasi seperti insan ini. Tetapi itulah harga sebuah kemasyuran dan kejayaan yang terpaksa dibayarnya. Bermula dan berjaya dari usia kanak-kanak rupanya bukanlah semestinya sesuatu yang manis. Hidup disaluti kemewahan, apa saja dihajati dapat digenggam. Mewah dan berupaya mengadakan kehendak hati... tetapi dari sudut yang satu lagi mungkin hatinya terguris dengan perjalanan hidup yang sedemikian rupa. Dan begitulah adanya.

Salah satu dari video yang paling aku minati dalam siri jelajah HIStory. Rakaman Video di Munich adalah yang terbaik, begitu juga dgn persembahan beliau, bertenaga, bersungguh-sungguh dan penuh perasaan. Berbanding dengan persembahan yang agak keletihan di Seoul.

Aku teringat rakan sekursus CS10 dan juga rakan sekerja dulu, En Faisal. Dia ada pinjam kan cd HIStory, lama aku pinjam sampai berkali-kali dia tanya aku tak bagi balik sebab tak puas-puas nak menontonnya.

Ini adalah waktu-waktu wajahnya masih elok. Walaupun sudah mengalami perubahan besar. Lama kelamaan aku jua menyedari bahawa aku lebih suka melihat dia cantik dari zaman-zaman "She's out of my life" dulu... atau sewaktu lagu "Beat-it".

Tak pasti ini video tahun bila, tapi wajahnya sudah 'lari'. Mungkin juga kerana faktor-faktor tekanan dan masalah. Ketika ini dia sudah kurang cantik, tetapi tariannya tetap tiada yang bisa menandingi, walau Usher sekali pun.

Dan aku suka lagu ini (You Rock My World) kerana iramanya yang bersahaja tetapi menggembirakan. Sesetengah lagu dengan lirik yang positif dan diterima sebagai positif mampu meminjamkan inspirasi.

Dan aku begitu suka step "jerangkungnya" itu hahaha... (remember the time MGH88, kami suka tiru :p... Ita, Imuih... do you remember?) Ada banyak lagi video yang bagus-bagus kalian bisa gelintar sendiri di YouTube atau lain-lain medium.

Dan aku berdoa bahawa khabar tentang keislaman mendiang itu benar, jika benar maka Al-Fatihah ini menjadi hadiah buat kamu di alam sana.

Teringat lirik lagu beliau berduet dengan Akon, tajuknya Hold My Hand... liriknya begini...

This life don't last forever (hold my hand)
So tell me what we're waiting for (hold my hand)
We're Better off being together (hold my hand)
Than being miserable alone (hold my hand)

and so the words are true, and today life proves to you that it don't last forever. Semoga tenang di sana dan dirahmati Allah sentiasa. Amin.

 

5 Julai 2009
:: Sejuknya...

:) recycle dari entri selepas hujan beberapa tahun lalu...Aku di kampung. Sudah dua minggu berturut-turut aku pulang ke kampung. Hujung minggu di kampung memang selalunya indah. Udara yang bersih dan segar seperti membersihkan segala toksit dan kelodak yang telah terhimpun dalam diri sewaktu melata di kota lumpur.

Aku sudah di halaman seusai subuh, berjalan-jalan menghirup udara yang tidak tercemar. Tapi hanya untuk beberapa minit, kesejukkan pagi ini membuat aku masuk semula ke dalam rumah. Memasak air dan bersarapan.

Tidak ada kabus pagi ini, mungkin kerana sekarang bukan musim hujan. Tetapi angin bertiup agak deras juga. Aku mendongak ke langit, seperti ada ura-ura hujan akan turun. Biarlah hukum alam yang lebih arif menentukan cuaca hari ini, apa pun adanya segalanya tetap indah.

Teringat hawa di tanah haram yang sama sekali berbeza dengan suasana di sini. Itulah kali pertama aku mengalami hawa panas dan kering. Suhu paling tinggi rasanya adalah ketika kami di kota Madinah mencecah 45 darjah celcius, sementara di kota Mekah suhunya agak rendah sedikit sekitar 36 - 39 darjah celcius sahaja. Tetapi melalui makluman dari blog Cik Lie di kota Mekah, suhu di sana jauh lebih tinggi setelah aku pulang ke tanah air.

Tidak kiralah bagaimana berbeza cuacanya, setiap detik waktu di sana amat kuhargai, dan aku berdoa bersungguh-sungguh agar dijemput untuk menjadi tetamuNya lagi. Kerinduan menebal dalam ingatan yang sungguh istimewa sekali.

:: Sambungan catatan tanah suci.

Sebulan yang lalu telah tertakdir menjadikan perjalanan hidupku singgah ke kota-kota suci di bumi para Ambiya bagi menunaikan umrah dan ziarah. Syukur alhamdulllah perjalanan pergi dan balik serta segala urusan sepanjang berada di sana berjalan dengan lancar dan kami sekeluarga juga anggota rombongan yang lain telah di anugerahkan kesihatan yang baik, cuma mengalami sedikit demam dan batuk mungkin akhibat perubahan cuaca yang ketara.

1 Jun 2006 lebih kurang pukul 11.30pagi kami bertolak ke KLIA. Penerbangan berlepas kira-kira jam 4.30ptg mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai ke destinasi - Kota Madinah. Penerbangan terus dengan pesawat Saudi Air. Sepanjang perjalanan langit petang yang indah mengisi pandangan di jendela pesawat sebelum disilaukan oleh keputan awan tebal yang membalikkan cahaya matahari. Jendela pesawat kututup, seperti kebiasaan penerbangan jarak sejauh ini, makanan dihidangkan dua kali dan selebihnya kupenuhi dengan menonton dan membaca ayat-ayat suci. Dan bila kantuk meraja aku beroleh lena. Sesekali aku bertanyakan mak bagi memastikan dia selesa. Di sebelah kanan mak pula adalah abangku, Ongah.

Ketika temaram penerbangan transit di Riyard selama sejam, kami hanya menanti di dalam pesawat, penumpang tidak dibenarkan turun. Sebelum mendarat dari atas pesawat dapat kulihat dengan jelas lautan padang pasir. Fenomena yang baru pertama kali disapa mata, berbeza dari yang selalu kulihat di tanah air. Kalaupun ada aku berpergian ke Melbourne keadaan serta bentuk muka buminya berbeza dari tanah Arab ini. Ia bumi tandus dengan padang pasir dan bukit bukau berbatu. Tompokan rumpun rumput yang kecil-kecil kelihatan di beberapa kawasan sepanjang landasan kapal terbang. Amat sedikit yang masih hijau, kebanyakannya kering dan mungkin sudah mati.

Seterusnya pesawat menuju ke kota Madinah. Dari udara langit malam di cemari tompokan cahaya yang cemerlang di dada bumi. Ketika pesawat hampir mendarat aku dapat melihat dengan jelas kubah hijau dan minaret Masjid Nabawi indah dan sungguh mempersona dicahayai lampu-lampu dan ia lebih terang berbanding lain-lain cahaya di premis sekitarnya. Hati sungguh tersentuh, sayu dan terharu. Terharu kerana atas limpah kurniaNya, aku dapat bertamu ke sini, bumi para Ambia yang selama ini hanya kulihat gambar-gambar dan ceritanya sahaja.

Pesawat mendarat di lapangan terbang Madinah jam 1pagi waktu Malaysia, dan jam 8mlm waktu tempatan. Hawa yang berbeza menerpa wajah sebaik melangkah keluar dari pesawat. Hangat dan angin malamnya jua seperti resah. Airmata melaju, terharu yang dalam sukar untuk kutuliskan, bahawa dalam celahan hidup yang sebegini, dengan segala debu yang terpalit, Engkau masih sudi menjemputku menjadi tetamu di sini, di tanah haram ini. Tanah yang menjadi saksi perjuangan Junjunganku Ya Allah. Tanah yang mengincah perjuangan Rasullullah SAW. Tanah dan udara di mana suatu waktu dulu Baginda melata dan menyebarkan seruan suci. Oh... basuhlah hatiku Ya Allah, basuhlah nuraniku, basuhlah seluruh keberadaan aku di dunia ini... esok bila mentari terbit aku ingin membawa hati yang suci berziarah di Makam Baginda, sujud di masjid Baginda, sujud di RaudahMu Ya Allah... oh.. layakkah aku?

Dan basah lah hati, kebanjiran dari air mata yang dapat ku sembunyikan, selebihnya membasahi pipi. Dan aku tidak peduli kalau ia dilihat angin malam atau cahaya neon yang mencuri tenang malam. Aku sedang sibuk menatang sekeping hati minta diputihkan..... Ya Allah sudilah menerima sebuah kehambaan, seluruh penyesalan, segunung harapan merayu keampunan dan keredhaan terhadap perjalanan hidup yang telah kulalui dan akan kulalui. Berkatilah, rahmatilah seluruh keberadaan yang amat sementara di duniaMu ini Ya Rabb.

bersambung...


 

 

yang berziarah di hujung rimba...

 

Puteri Elaira's Profile
Puteri Elaira's Facebook Profile
Create Your Badge


Visit PENA

Jom Shoping

Jom Tonton


Kelab Sahabat
M. Nasir

Sertai kami di:
Yahoo Group
sahabat_mnasir

-----

Syair Debu

Terindah

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

One Day in Your Life


Bacaanku

Sudah Tamat

 

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2009 Myths in the Haze
http://www.elaira.net