Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.my
olai tannon lama
olai tannon
fajar
silence
rosh
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari
sang perba

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah
pyanhabib

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib
alamat cinta

~@~

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson
dewangga sakti
filem pendek
vovin

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal
shaliza
shaliza fp

kenrockwell
better photo

kodak
fototeacher
fotokawin

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
basrie

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS & FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
budu dan belacan
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
sinzmanual
bob danial
norhaidatul azian

~@~

ISLAM

saifulislam
harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita
umrah2u

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki
razzi rahman

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007

Ver 6.0
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac - mei 2008
jun - julai 2008
ogos 2008
sept 2008

Ver 7.0
okt 2008

~@~

5 Feb 2009
:: Nikkor AF 75 - 240mm


kredit foto: draungmah

Tujuan asal adalah untuk meminjam flash. Maka petang semalam aku pun ke rumah Ongah. Dia yang mempelawa sewaktu kami di kampung dua minggu lalu. Malangnya flash tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Rosaklah agaknya. Walaubagaimanapun, ada yang lebih baik dari itu. Rupanya lens 75 - 240mm kamera slr Ongah sesuai dengan "boifren" aku tu. Wah apa lagi, bersorak sakan lah aku. Pun begitu, belum sempat menguji sepenuhnya. InsyaAllah akan ku praktikan dengan bersungguh-sungguh. Cuma sekarang kena menuntut dan mempertingkatkan lagi ilmu mengatasi getaran... huhu...

Cayangggggggggg Ongahhhhhhhh!

4 Feb 2009
:: Semangat Renegad

aku telah memberi kata
dari kata itu dadanya membusung semangat
membakar segenap buana asanya
menjadi kental dengan kepercayaan
terbentang menjadi harapan
melangit memayungi perjuangan.

maka aku ini lah yang tidak boleh undur
laksana adikung pembawa panji-panji kehormat
berdiri aku harus teguh
berlari aku harus pantas
berfikir aku harus deras
bertingkah mengorak senjata jangan sampai sekutu tertetas.

persis air di jeram
percikan membasahi
deruan membingitkan
redahan meligatkan pusingan roda-roda kincir angin
melumatkan gandum buat hidangan kalian
yang dahagakan pembacaan.

tenaga dan semangat ini kubaja
langkah dan hasrat ini kubebat kalimat
perjuangan ini demiMu atas jalanMu
moga tersentuh jiwa-jiwa yang mencari
akan kata di sebalik kata
akan pesan di sebalik pesan
akan azimat berpuncakan kitab.

bts. 2.20am

 

3 Feb 2009
:: Terkini tentang Sahabat MGH88

Sesampai di rumah kulihat di talifon bimbit ada panggilan tak berjawap dari Jedah. Aku dail semula, peti suara. Jedah panggil semula, aku sedang solat. Aku dail semula nombornya selepas itu. Jedah membawa berita buruk, seorang junior kami, yang biasa kami panggil Siti Sam sewaktu di MGH (Malay Girls Hostel dan Sekolah Menengah Convent Seremban) dulu telah maut dalam kemalangan kereta bersama anak-anaknya.

Menurut Jedah, dia tiba-tiba dihubungi Julaiha (junior juga yang satu batch dengan arwah), menurut Julaiha dia mendapat nombor hubungan Jedah apabila melihat borang insurans di meja rakan sepejabatnya. Secara kebetulan dan benar-benar seperti drama - yalah, hidup ini pun satu dramakan? Maka Julaiha lah yang memberitahu tentang kemalangan itu. Katanya mendapat liputan meluas media massa. Aznil turut mengulas dan menjadikannya isu di stesen radio Era. Kejadian berlaku pada hari Isnin, 19 Januari 2009. Dilaporkan di akhbar dan media massa pada ke esokan harinya.

Puas aku menggeledah internet sebentar tadi tetap tidak berjumpa. Entah apalah agaknya tajuk berita berkenaan, aku cuba meneka-neka beberapa tajuk yang mungkin digunakan, tetapi masih tidak berjaya. Moga nanti ada yang berjaya mencari keratan akhbar tersebut dan berkongsi imbasannya dengan sahabat yang lain.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah serta anak-anak, moga roh kalian ditempatkan disisi roh mukmin yang beriman dan beramal soleh. Aminnn...

~~@~~

:: Noor Svetlana

Ketika mencari-cari berita kemalangan yang menimpa arwah Siti Sam, aku terbaca tajuk besar di akhbar Harian Metro Online; "Saya nak awak duduk penjara". Tajuk yang menarik membawa pembacaanku.

Seorang suami menolak isteri kedua ke dalam sungai pada jam 12.30 tengah malam. Ini memang percubaan membunuh ni. Aku teruskan pembacaan. Syukurlah sang isteri terselamat selelah lebih 3jam bertarung nyawa di arus deras Sungai Bukit Rangin. Berpantang maut sebelum ajal, dia terselamat apabila dapat berpaut pada akar pokok bakau.

Macam-macam benar ragam manusia sekarang. Walaupun tidak terkejut, tetapi tindakan sang suami benar-benar diluar batas kewarasan seorang muslim. Nah, patutlah sedemikian adanya kisah poligami mereka, salah haluan barangkali. Untuk berita selanjutnya kalian boleh membaca di sini.

Hampir di akhir pembacaan sepotong nama melintas. Svetlana. What???? Aku baca dua kali lagi. Noor Svetlana. Mana ada orang lain dengan nama begitu di Malaysia ini. (Mungkin juga nama Elaira belum ada duanya buat masa ini di Malaysia ini, maksudku dengan awalan Puteri dan diakhiri Elaira hehehe :p).


Svet, aku, Michele Lee, Citah - classmate 1 & 2 Jade, 3 Leo, Convent Seremban '84 - '86,
di malam Convenites 19 Julai 2003.

Ini pasti dia. Tidak syak lagi. Kubaca di situ, Penolong Pendakwa Raya. Sah!!! Dia adalah graduan perundangan dari United Kingdom. Kali terakhir bertemu di majlis re-union di rumah Citah tahun 2002. Kalau tak silap ada aku abadikan catatan itu di laman web MGH88 dulu. Ketika itu dia bertugas di Jonson and Jonson Johor Bahru.

Aku tersenyum meleret, entah puas hati atau berbangga atau keduanya sekali, bila mengenang rakan sekelas berjaya begitu. Aku terbayang lagak Svet sewaktu hari guru mengajuk Cikgu Shariff, satu dewan riuh ketawa. Svet memang bijak dan menonjol sewaktu di sekolah, tetapi dia tidak pernah meninggi diri dan dia tidak memilih kawan, biar bagaimana pun latar belakang seseorang itu. Semoga terus berjaya sahabat, kami tetap mengenang kau di setiap perjumpaan dan re-union MGH88. Bila ada kelapangan sudi-sudikan lah bersama kembali.

 

28 Jan 2009
:: Kebanyakkan B L U E S...

Pantang cuti saja kemamaian cuti yang diistilahkan "monday blues" melanda. Maka hasilnya ramailah yang neneknya sakit, emaknya sakit, adiknya masuk hospital, motorsikalnya rosak atau alasan yang paling klise "aku MC hari ni" samada dalam sms atau pangilan dengan suara yang dibuat-buat benyek, ketara suara orang bangun tidur.

Selalunya muka-muka "blues" ni memang dah tentu siapa empunyanya. Orang yang itu-itu juga selalunya. Nanti setiap awal minggu atau awal hari bekerja seperti hari ini, dia pasti tak datang ke pejabat, alasan apa pun aku dah tak peduli, sebab dah terlalu kerap. Nak dengar alasan atau baca sms kenapa dia tak datang pun aku dah malas. Selalu pula awal-awal pagi lagi aku akan berseloroh, si polan pasti mc hari ni. Bila benar-benar dia tak datang kami akan ketawa bersama-sama sambil mengulang-ulang alasan yang diberi.

Mungkin sikap majikan yang terlalu baik hati dan tidak kisah dengan pekerja sebegini adalah salah satu faktornya. Tapi walaupun begitu, aku memang tak pandai nak mengambil kesempatan. Biarlah orang begitu, aku pun ada cara aku sendiri, dan aku tak selesa tidak hadir kerja semata dengan alasan-alasan murah yang direka-reka begitu. Ada masa aku tidak kisah, tapi ada masa mereka ini seperti "bad appple syndrome" yang boleh menyebabkan orang lain jadi kurang bersemangat pula. Bagi aku orang-orang yang sebegini amat sumbang bila mempersoalkan kenaikan gaji, komisen dan sebagainya. Tetapi itulah manusia dan ragamnya. Bila terasa lucu tertawalah sedikit, bila tidak jadikanlah ikhtibar.

Ini hidup, corakkanlah mengikut mahumu. Aku tetap memilih putih.

21 Jan 2009
:: Di atas jalan pulang...

Gerimis merenjis wajah
sore yang basah hamparan pulang
sejuta lelah mengintai
seratus lenyap di perdu mimpi.

Langit pun batuk
gerimis mengasar
tertunduk senduduk
wangian angkasa merapat ke dada bumi
lemas terpempan semua lara.

Hari berlalu dipuput kedinginan
basah tersiram selaksa impian
akulah ini yang bertongkatkan kesaktian
menerobos seluruh selirat
membebaskan resah
melayang dalam renjisan mawar Ilahi.

17 Jan 2009
:: Pengembangan Suku Selemak


Kelmarin bos belanja pizza. Entah kenapa kebelakangan ni
Puan suka beli-beli pizza pulak.


Semalam Meng Hong bawa kek keju... ohh... semua ni menyokong
ke arah pengembangan suku selemak aku la ni huhu...

** terma suku selemak ni dari Wanny (ksmn), bila beberapa orang (wanita-wanita cun berlemak) duduk sebaris untuk bergambar di Luncai Emas beberapa minggu lalu. Huhuhu...

Ohh... sungguh mencabarnya, lagi mengelak, lagi lah semua makanan tak sihat ni muncul depan mata, secara percuma pula tu. Uwaaaaaa....

16 Jan 2009
:: Jalan-jalan cari makan...

Dah lama merancang, tapi baru malam tadi jadi kenyataan. Aku bersama dua orang pelatih dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang tamat praktikumnya hari ni, dan dua orang rakan sepejabat telah jalan-jalan cari makan ke Kampung Baru. Misi; hendak merasa satay minang. Ada yang pesan bakso, aku pesan soto medan. Mungkin sebab kelaparan aku tak sempat nak ambil gambar sebelum makanan semua tu dihabiskan...huhu..

Kiranya meraikan hari terakhir pelatih-pelatih ini jugalah. Acara makan-makan di pejabat sudah kerap juga kami lakukan, jadi kali ini beralih ke luar pula. Cuma bila di luar, hanya inilah yang sempat turut sama.


Wajah ceria kekenyangan. Lepas ni kita cari kerabu mangga pula... hehehe

Habis menjamu selera di restoren minang, kami ke sebuah lagi restoren seafood, kali ini untuk makan kerabu mangga sahaja...boleh? Dan udang goreng tepung kegemaranku. Ya, sebab dah kenyang maka semua orang punya masa bertenang sebelum 'menyerbu' pinggan-pinggan hidangan. Kesempatan itu maka dapatlah aku abadikan santapan kali ini, kerabu mangga dan udang goreng tepung... yummy.


aarrgghhh... kecur air liur!!!


Dari kiri Faizah (anak Yeni), Syira & Eba (dua pelajar praktikal yang
tamat hari ini), Yeni dan Fiza (rakan sepejabat) dan aku yang dibelakang kamera.

 

15 Jan 2009
:: Moqh tak sombong :D

Setelah mengikuti perkembangan CandidSyndrome sejak dari tahun 2004, baru semalam aku berkesempatan mengunjungi pejabat mereka. Moqh yang buka pintu. Dan dia senyum lebar-lebar. Maka tak jadilah aku nak tulis entri besar-besar Moqh sombong tu. Selamat Moqh.

Tak adalah, aku tahu diorang semua kat CS tu peramah-peramah belaka. Lagipun ni bukan kali pertama jumpa, cuma mungkin diorang yang tak berapa ingatkan aku. (Lainlah kau tu Erra Fazira, cik Elaira weh ;))

Lama juga kami di sana. Maklumlah semuanya terutama SN dan PROnya Jasnita peramah-peramah belaka. Sampai dua kali refill air huhuhu... Kesempatan ini aku ambil untuk melihat hampir semua album yang ada di meja kopi ruang tamu pejabat CS. Jam 5ptg barulah kami beransur pulang.


Udey, Yati, aku, Shila dan Moqh.


bersama Saiful Nang, Principal to CandidSyndrome, bila la dapat berguru
ngan SN ni ya? Menurut SN waiting list utk phototchamp je ada 50,
kalau aku masuk list dah jadi 51.. huhu... dan lepas tu dia tak tahu bila nak
buat lagi sebab tersangatlah sibuknya. Adeh kempunanlah den... huhu


PR CS yang sungguh peramah, Jastina... terima kasih kerana sudi melayan
kitorang yang sangat banyak bertanya ni... :)


flipping through the wedding albums.. cantiknyaaaaa...


nanti kita posing sakan okeh :D


sudah sampai sini!!!

14 Jan 2009
:: Sejuk

Hari ni sejuk. Dalam kereta ke pejabat Nana sempat tanya, malam tadi tak hujan kan? Memang tak hujan, tapi bumi KL terasa sejuk. Nyaman. Sampai di pejabat, sejuk, walau pendingin hawa belum dihidupkan. Setelah dihidupkan apatah lagi.

Mungkin kerana hari masih awal, jam 7pagi.

Jam 8.45pagi aku turun membeli sarapan. Mentari cemerlang garang. Tapi suasana tetap sejuk. Tambah sejuk bila angin galak bertiup. Segar.

Kembali duduk di meja kerja. Separa kaku jemari di bekukan pendingin hawa dan cuaca di luar yang sejuk. Hoho.. Malaysia kini sudah kesejukkan.

~~

I wrote this to a friend and I want to keep it here too:

Things happen for a reason. Some we know now. Some we know then. Some we never know till the end.

Dear myself, do remember. :)

~

Ok. Nak bergerak ke CandidSyndrome. Moqh, kalau kau tak senyum-senyum ngan akak karang, esok bakal ada entri besar-besar dengan tajuk: Moqh Sombong! Hahhahaha..

7 Jan 2009
:: Preview Maut...

Nak pergi ke, tak pergi? Akhirnya aku pergi, sebab kukuh boleh jumpa Yann sekali. Kalau nak pergi sorang mungkin payahlah sikit. Dulu masa dapat undangan untuk preview Histeria, aku tak pergi sebab aku tak ada kawan, nanti aku tercangak-cangak sorang-sorang, malulah.

Jumpa Yan di KL Sentral, dan ke Mid Valley. Benarlah, kalau tak ada Yan aku bakal tercangak-cangak dengan malunya. Ramai jemputan dari kalangan artis, media, produser dan sebagainya. Tercari-cari Ajami, tapi tak nampak pun. Walaupun berdua aku masih juga merasa kami tercangak-cangak di Amarin Heavenly Thai Restaurant.

Ditegur oleh Sinaganaga. Oh lega, ada juga kenalan. Tak lama kemudian, kelihatan kelibat Sindiket Soljah yang lain, Mat Jan, Vovin dan seorang lagi yang aku tak tahu namanya. Di sini dapatlah berjumpa para pelakon, artis dan celebriti lain luar dari ruang kerja mereka. Yan berkerja keras mengenalkan aku dengan wajah-wajah glamur yang aku tak kenal, terutama artis-artis baru. Pertama kali juga bertemu dan berbual dengan wartawan tv Nas Ahmad. Michele, wartawan Melodi itu pun ada sama, pastilah untuk buat liputan bagi slot sensasi itu.

Dicelah-celah kelibat pelakon utama filem Maut seperti Que Haidar, Liyana Jasmay, Diana Danielle dan lain-lainnya aku melihat satu kehidupan yang berbeza dari marhain sepertiku. Jika kulanjutkan berfikir pastilah berbagai persoalan yang kutemukan. Ringkasnya, insan dan peranan di pentas kehidupan, begitulah. Bertemu Ajami di dalam panggung, sekadar menyapa ringkas, kami mencari tempat yang telah sedia sendat dengan hadirin. Lain kali kita pakai tag media ya Yan, ada banyak tempat duduk kosong untuk media dn krew. Akhirnya aku dan Yan menyertai Mat Jan dan Vovin duduk di tangga kelas eksklusif (hahaha).

Bagiku filem ini menginsafkan. Terutama pada kisah yang kedua, tentang pramugari yang berkahwin dengan seorang Mat Salleh dan telah mengamalkan cara hidup yang jauh menyimpang dari norma-norma seorang muslim yang sepatutnya. Dipendekkan cerita, dia telah jatuh pengsan dan koma. Dalam komanya dia bermimpi satu alam seperti yang digambarkan hari pembalasan. Bara api, ular besar dan siksaan ngeri yang digarap menggunakan kesan digital. Bagiku babak tersebut menginsafkan. Satu ingatan buat yang menonton, bahawa satu masa kita pasti ke sana. Kerana selama berjalan di muka bumi ini pun, maut itulah yang kita tuju.

Kisah yang pertama tidak kurang hebatnya. Sempat aku tertanya-tanya dalam hati, itu ini dan sebagainya. Tetapi sebahagian perjalanan ceritanya sudah boleh kuteka. Ada beberapa babak yang kurang logik, seperti tempoh masa penemuan mayat, dan dikatakan sudah berbau (melalui lakonan), yang demikian pastilah paling singkat sekitar tiga empat hari. Tetapi ketika jenazah dibujur dirumah, bahagian muka tebuka dan dilakonkan seperti kematian itu baru sahaja berlaku. Mayat tidak mereput dan tidak berbau. Mungkin aku terlalu mengamati ya?

Walaubagaimanapun, kisah yang ketiga tetang remaja punk atau black metal yang dilakonkan Que, bagiku kurang menyengat. Ada satu lompang yang tidak memegang kemas perjalanan cerita itu, bukan pelakonnya. Samada ia terlalu ringkas, atau sememangnya ia begitu, tidaklah aku tahu. Semoga yang menonton filem ini nanti juga akan mendapat mesej yang cuba disampaikan. Ia bakal ditayangkan 15 Januari 2009 nanti.

6 Jan 2009
:: Kalau bicara soal cinta... maka ini yang akan aku tuliskan... (lagi? well, more to come huhu )

Cinta itu memang pelik. Ada yang tiba-tiba jadi cerdik, bangkit dari kedunguan yang kelam, merangkak merintasi segala kepayahan semata untuk jadi bijak dan berjaya, dan terlihat gagah demi untuk meraih cinta.

Cinta itu keanehan yang menakjubkan. Ada yang tiba-tiba jadi bodoh dan hilang pertimbangan. Ada raja yang menjadi sahaya, ada panglima yang jadi penjenayah, ada jutawan melata melarat disimbah asid cinta yang mencacatkan.

Ada cinta pura-pura, yang sarangnya nafsu duniawi semata. Segalanya bisa ada, segalanya bisa jadi, maka melututlah diambang cinta, kau akan dimandikan berlian tujuh lautan. Sedang engkau hayal dituba dan nanar meneguk madu berkawah-kawah, maka engkau ditinggalkan dan kebingungan mengkaji formula, apa sebenarnya cinta, komposisi apa yang bisa meruap dan hilang ditelan titis-titis air dan mengabdi menjadi awan, kosong tidak berjasad, di gapai lerai, digenggam berderai?

Apakah ada cinta sejati? Kau hiris sekali pun nyawanya, ia tidak berpaling. Kau bakar, mendebu hitam bernama arang, kalau ada pula angin maka debumu bersebaran serata alam, tidaklah jua berganjak kecintaan kerana telah tumbuh menjadi diri, bernama debupun tersadai di tunggul mati, rela tumbuh menjadi subur dan kembang-kembang mengharum. Tersenyum kembali pada alam, melebarkan kasih dan sayang yang pernah mekar menjadi penawar tiap duka yang bertamu.

Ahh, mulus-mulus benar kisah cinta sejati. Yang benarnya semua palsu. Kalau adapun adalah cintaku padamu, yang telah naik martabatnya sehingga aku tidak lagi mengharap apa-apa, cukup berbahagia jika sepanjang sisa-sisa nafas ini dapat kuisi dengan memberi senyuman ke bibirmu.

Dan kau akan kembali. Pulang bila mendengar rayuanku. Tak usahlah bermimpi, tidak ada jembatan yang akan membawamu kembali. Semua itu sekadar gurindam penyedap hati. Yang ada cuma bangkai-bangkai mati, kita katakan ia hidup dan mewangi. Kita nafikan ia adalah kecubung hari-hari, berada di situ memastikan satu hari kita juga mati.

Entah apalah ikhtiar, mana kutahu apa dilubuk hati. Yang aku tahu, hati ini jernih persis embun pagi. Kalau kau racun maka berdarah dan matilah ia, kalau kau siram dan baja maka tumbuh mekarlah ia. Tetapi setelah keracunan demi keracunan, dituba bertahun-tahun tiada lekang, dan kau lengkapkan dengan satu pembunuhan yang sempurna, apa benarlah yang tinggal.

Dan aku masih menyusun senyum manis tanpa bisa kau melihatnya, dan aku masih membungkuskan hadiah teristimewa setiap kali ulangtahunmu, walau itu hanya dalam lagu. Dan segalanya kusulamkan buatmu, agar kau sentiasa tenang dan ceria, tidak kiralah kau masih menyimpan ingatan atau tidak. Tidak kiralah kalau kau sudah lupa nama dan parasku atau segalanya tentangku.

Kerana cinta itu adalah memberi, seperti pesanmu suatu waktu dahulu. Dan sejarahnya lebih lama dari usia pencinta dan si cinta. Dan aku genggam ke akhir hayat kerana begitulah aku berjanji padamu. Tidak kiralah kalau sampai bilapun kau tak tahu. Di sanubari inilah kusimpankan buatmu, keabadian cinta sejati.

~~~

Aku kurang suka membaca buku-buku kisah cinta. Entah. Aku tak nafikan ada antaranya membawakan kisah yang menarik. Tapi aku kurang suka. Aku akan lebih memilih buku-buku yang lain. Ada masanya aku muntah membaca luahan dan bicara tentang cinta, termasuk yang aku tulis sendiri. Geli geleman. Pelik juga kalau aku fikir-fikirkan. Tapi cinta itu satu elimen indah bila ia berlansung dalam kesempurnaan mengikut perencanaan fikiran seseorang itu. (Takrifan kesempurnaan berbeza antara individu.) Selebihnya ia akan menjadi duka nestapa yang meresahkan dan menyusahkan hidup. Ada yang jadi sakit malah maut juga. Bicara aku yang sepalit tadi memanglah tidak cukup untuk merungkai persoalan ini, ia hanya secubit dari lautan-lautan deskripsi tentang cinta. Tapi aku rasa ada masanya ia terasa indah bila menyentuh soal ini. Cinta itu mengisi ruang cakrawala dan amat luas ruang lingkupnya. Dan berbicara sedikit dari halnya, menjadikan hari indah berseri, apatah lagi jika bicara itu bukan hanya bersekitar di bumi.

5 Jan 2009
:: Yang Terfikir dan Tak Terfikirkan...

Tuhan akan beri ujian buat semua, tak kira siapa dan tak kira bentuknya. Kita selalu bertanya, mengapa kita? Kenapa kita diuji sehingga ke tahap yang sedemikian sekali? Kerana ada waktunya terasa begitu rapuhnya keimanan mempertahankan keyakinan dan prinsip diri. Seolah segala yang berada luar dari lingkup tubuh badan kita itu sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menyerang dan meleraikan segala apa yang kita bina dan pertahankan seusia hidup kita.

Mungkin, yang demikianlah indahnya hidup ini. Aku tidak dapat tidak akan berfikir berulang kali, mungkin itu fitrah diri justeru bila ada sahabat atau mak berkata, "Tak usahlah difikirkan sangat," ia seperti titisan air di daun keladi. Nasihat setulus itu tidak dapat kuhadami terus menerus. Aku tetap akan berfikir, berkali-kali. Sehingga suatu masa yang aku tidak endah lagi akan perkara tersebut. Dan di waktu itu pula, tidak ada katalis yang mampu membuat aku mempertimbangkan perkara itu untuk di bawa masuk dan dianalisa di makmal fikiran aku lagi. Setelah semua perkara yang meresahkan itu aku 'letakkan', maka ia jarang bisa memberi bekas lagi.

Aku tahu, aku tidak selalunya betul, tetapi acapkali apa yang terdetik di hati kecil itulah yang betul. Malangnya selalu saja tidak kuendahkan. Dan bila ia tertugu menjadi realiti, aku akan teringat semula... "Oh... betul apa yang aku sangka dulu..." tetapi detik selepas itu bakal sia-sia, jika diisi dengan penyesalan semata. Perkara yang sudah berlalu usahlah dikesalkan. Yang perlu kita buat ialah memperbaiki keadaan dan cuba sedaya upaya agar tidak berulang lagi.

Sekolah hidup semakin mencabar bila usia semakin bertambah, aku terus berdoa agar Tuhan sentiasa sudi memimpin perjalanan ini. Aku tak mahu berganjak sedikitpun dari jalan yang lurus ini. Perkenankanlah.

 

yang berziarah di hujung rimba...

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Jom Shoping

Jom Tonton

Konsert Alam Musik
M. Nasir di
Istana Budaya
26 - 28 Febuari 2009

Harap maklum, Konsert Alam Musik M.Nasir di Istana Budaya akan diadakan pada 26 - 28 Feb 2009.

To KSMN, jom jadikan ini gathering kita!

Kepada mereka yang tak dapat ke rakaman konset Salam Dunia seperti saya (demam) dan tak sempat juga nak duduk depan tv masa raya dek melayan tetamu, maka jom lah kita tonton online di website tv9. Klik banner di atas.


Kelab Sahabat
M. Nasir


Satu Usaha Murni
Lagu Jiwa Kenduri Kawen

Juwita
mySpace
facebook

-----

Terindah

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Tentang Kamu - BCL

Ku tak bisa menebak.
Ku tak bisa membaca.
Tentang kamu.
Tentang kamu.

Kau buat ku bertanya.
Selalu dalam hatiku.
Tentang kamu.
Tentang kamu.

Reff :

Bagaimana bila akhirnya ku cinta kau.
Dari kekuranganmu hingga lebihmu.
Bagaimana bila semua benar terjadi.
Mungkin inilah yang terindah.

Bacaanku

Sudah Tamat

 

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net