Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.my
olai tannon lama
olai tannon
fajar
silence
rosh
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari
sang perba

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah
pyanhabib

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib
alamat cinta

~@~

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson
dewangga sakti
filem pendek
vovin

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal
shaliza
shaliza fp

kenrockwell
better photo

kodak
fototeacher
fotokawin

betterdigitalphotography

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
basrie

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS & FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
budu dan belacan
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
sinzmanual
bob danial
norhaidatul azian

~@~

ISLAM

saifulislam
harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita
umrah2u

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki
razzi rahman

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007

Ver 6.0
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac - mei 2008
jun - julai 2008
ogos 2008
sept 2008

Ver 7.0
okt 2008
nov - dec 2008
jan 2009

~@~

27 Feb 2009
:: Kalau dunia tanpa DU-IT

Selalu aku tertekan, bila tidak mempunyai cukup duit. Langkah jadi pendek. Perasan jadi mudah marah. Pertimbangan jadi senget. Fikiran jadi buntu. Begitu berkuasanya duit dalam kehidupan, sehingga bisa meragut ketenangan.

Banyak masa aku benci duit. Kerana ia menarik fikiran dan konsentrasi jauh dari fikiran-fikiran yang sewajar dan selayaknya menjadi keutamaan ruang berfikir di mindaku. Begitu juga ruang untuk aku berkarya semahunya.

Berdiri di atas dunia sementara ini, aku merasa dilekakan oleh masalah duit. Harian jadi sibuk memandang ke depan merangka rencana yang bisa menghasilkan duit. Walau tidak terlalu materi, menolak keperluannya untuk melangsungkan kehendak dan rencana adalah tidak mungkin sama sekali.

Secara tidak langsung aku pernah mengutuk mana-mana pihak yang memanipulasikan duit demi kuasa dan kedudukan, memandang sepi kenaikan harga barang dan kos hidup. Mereka tidak cukup bijak untuk memahami perasaan marhein seperti aku. Mereka terlalu sibuk memikirkan dan menghitung percaturan hidup serta kuasa mereka sahaja. Sedangkan mereka dipertanggungjawapkan untuk memikir dan menyediakan keselesaan rakyat sewajarnya.

Duit tak ada. Maka duit dicari, difikir bagaimana dan di mana mahu mencarinya. Kemahuan dan keperluan pula semakin mengada-ngada.

Dan. Sejenak aku jadi takut dengan kealpaan ini. Kerana telah tidak berfikir sesuatu yang patut kufikirkan melebihi DU-IT.

Kalaulah dunia tanpa duit mungkin ada senangnya. Tidaklah aku terkinja-kinja mengejar dunia. Tetapi nanti tidak ada faktor penarik atas usaha dan segala daya. Manusia sememangnya dahagakan ganjaran dan duit telah mengelabui mata hati. Pingat semata tanpa diiringi tunai tidak bererti dan menjadi cemuhan di kemudian hari. Apa yang sudah dicorakkan di minda kita? Duit telah menjadi utama dan ukuran segalanya.

Serba salah sungguh di buatnya.

20 Feb 2009
:: Few Good Things...

Health:
1.       Drink plenty of water.
2.       Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3..      Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4.       Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5.       Make time for prayer.
6.       Play more games.
7.       Read more books than you did in 2008.
8.       Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9.       Sleep for 7 hours.
10.     Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.

Personality:
11.    Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12.   Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13.    Don't over do. Keep your limits.
14.    Don't take yourself so seriously. No one else does.
15.    Don't waste your precious energy on gossip.
16.    Dream more while you are awake.
17.    Envy is a waste of time. You already have all you need.
18.    Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19.    Life is too short to waste time hating anyone. Don't h ate others.
20.    Make peace with your past so it won't spoil the present.
21.    No one is in charge of your happiness except you.
22.    Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23.    Smile and laugh more.
24.    You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:
25.    Call your family often.
26.    Each day give something good to others.
27.    Forgive everyone for everything.
28.    Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29.    Try to make at least three people smile each day.
30.    What other people think of you is none of your business.
31.    Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

Life:
32.    Do the right thing!
33.    Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34.    GOD heals everything.
35.    However good or bad a situation is, it will change.
36.    No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37.    The best is yet to come.
38.    When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39.    Your Inner most is always happy. So, be happy. Smile!

Last but not the least:
40.    Please Forward this to everyone you care about. - I didn't, I just sticked it here.

19 Feb 2009
:: Girls Day Out...

Rasanya bakal banyak acara begini di hujung minggu. Sebenarnya ia kisah setelah aku dan Yan menonton Geng tempohari. Selepas senak perut dan kering gusi ketawa dalam panggung, aku paksa-separuh-rela Yan posing sekitar megamall itu, kebanyakan gambar adalah simpanan peribadi kami sahaja. Sebahagian kukongsikan di sini.


lapar pula... singgah di Laksa Shack, tengok menu dulu... pilihan aku laksa Johor

Hampir seharian di Mid Valley, selesai zohor kami menuju Ampang Puteri melawat sepupu Yan yang mengalami sakit barah otak. Sungguh tersentuh aku melihat seluruh keluarga ini bersama petang itu. Lalu kuminta izin untuk mengabadikan saat-saat itu.

Dari wajah-wajah ini terlukis seribu cerita yang tidak habis kubaca. Mata pantas saja berkaca. Harapan seperti ringan dan mudah saja terbuai disergah sepuput angin sekalipun. Redha, tetapi dalam masa yang sama siapalah yang bisa menafikan kesedihan. Buat sementara biarlah gambar ini yang berbicara. Dan kudoakan buat Abg Lias agar diringankan segala apa pun bebanan dan sakitnya, untuk keluarga pula tabahlah kalian dan bersabar, Tuhan menguji kita dengan berbagai suratan. Untuk kisah selanjutnya kalian boleh baca di blog Yan.

17 Feb 2009
:: My Weeken Was GENG!

Aku pergi tengok Geng dengan Yan. Ia seperti yang aku harapkan. Tidak mengecewakan walau ia tidaklah sampai ke tahap Ice Age (itu lain kategori jadi tidak sewajarnya aku membanding antara dua animasi ini).

Aku nyaris tergolek ke lantai bila Upin tahan kereta lembu Rajoo dan Ipin pula menggunakan kalau tak silap aku cermin sisi motorsikal, untuk melakukan 'imbasan bom' ke atas Sapy, lembu betina si Rajoo yang pada ketika itu sedang menarik kereta lembu yang dinaiki oleh Badrol, Lim dan Rajoo. Memang aku tak tahan ketawa, aku rasa mungkin bahu lebam juga lengan Yan aku pukul-pukul. Dan lagi satu scene bila mereka menggelunsur di atas tunggul melengkung (dalam gambar sebelah) dan berada di tubir. Si Rajoo beriya takut terjatuh ke jurang, tapi Upin dan Ipin pula melompat-lompat supaya kayu itu jatuh. Kalian patut lihat ekspresi wajah mereka.

Cuma kalaulah boleh ditambahkan lagi scene Upin dan Ipin tu, maksudku mereka itu selaku watak utama aku rasa lagilah menarik. Kerana kebanyakan dialog bersahaja Upin dan Ipin selalunya lucu-lucu belaka. Selain itu banyak pengajaran yang berguna diserapkan dalam filem animasiini, bukan sahaja untuk kanak-kanak malah untuk yang lebih dewasa juga. Panggung penuh. Atas ralat teknikal, tiket yang kami tempah awal pada jam 11pagi telah terbatal, dan waktu tayangan jam 1 tengahari pula sudah hampir habis tiketnya. Maka aku dan Yan duduk di baris paling hadapan, betul-betul sebelah kanan skrin. Tapi tempat kaki yang sungguh luas sehingga aku boleh menghentak-hentakkan kaki sewaktu ketawa... huhu...

Tahniah buat Les' Copaque Production, aku rasa ini satu permulaan yang baik maka teruskanlah. Moga kami tak perlu menunggu sehingga dua tahun lagi untuk filem yang kedua ya.

p/s: Erkk... rasa macam nak pergi tengok lagi lah...

14 Feb 2009
:: My Valentine

Pagi-pagi lagi selepas suboh aku ke Pasar Tani Kelana Jaya, mencari ikan selar segar untuk mak. Alhamdulillah banyak ikan selar yang besar hari ni. Kemudian memberi sayur-sayur dan mee kari yang mak pesan. Balik. Lebih kurang pukul 8pg aku sudah sampai ke rumah semula.

Hampir tengahari aku dengar mak di dapur. Membersihkan ikan-ikan rupanya. Kalian boleh lihat gambar-gambar kat atas tu. Dan dalam hati, ini juga berkaitan dengan cinta kasih, bukan menyambut atau apa... sekadar terlintas di minda sahaja. Jadi aku ingin abadikan, sambil belajar. Yang aku fokus di situ ialah jejari mak yang telah berubah mengikut masa, yang telah dimamah usia. Lihatlah kedutannya, sendi-sendi yang membengkak dari artritis.

Melihat semua itu kasih sayang yang sedia ada dalam hati bertambah dan melimpah ruah. Untuk itu kuabadikan di sini. Mak, my love for you is eternity!!!

12 Feb 2009
:: Senarai Lagu Konsert Alam

Hari ni aku dapat senarai lagu-lagu yang bakal dinyanyikan di Konsert Alam M. Nasir nanti dari Ain di Luncai Emas. Jadi sahabat semua bolehlah mula menghafal lirik, supaya nanti boleh menyanyi bersama.

ADA
AKAR KITA

ANAK ANAK KITA

ANDALUSIA

APOKALIPS

BALADA SEORANG TEMAN
BILA RUMI MENARI
BUKALAH HATIMU
DAH LAGU TU
DEMI MASA
DI BALIK CERMIN MIMPI
GONG IMPIAN
HIDAYAH
HIJAB KEKASIH
JUWITA

KERONCONG NOSTRADAMUS

KIAS FANSURI
LANGGAM PAK DOGO
MASIRAH
MELAWAN ARUS
MENTERA SEMERAH PADI
OH! ANAK

PERANG YANG LAGI SATU

PHOENIX BANGKIT DARI ABU

TARI CINTA RIMBA MISTIKAL
RAIKAN CINTA
SAHABAT GUA

SEMAKIN NYATA

SENTUHAN LISTRIK MU

BERIKAN NURBISA
EKSPRESS RAKYAT
FALSAFAH CINTA
HATI EMAS
KEPADA MU KEKASIH
KERONCONG UNTUK ANA

MANTERA BERADU

RAJAWALI TERBANG TINGGI

10 Feb 2009
:: Le Tour de Aurora..

Ada faktor, yang kalau tak cukup tidur pun tidak menjadi hal. 'Sezombi' mana pun tidak menjadi halangan, dan boleh saja bangun cergas seawalnya dan gembira segembira-gembiranya, teruja dan bersemangat berkobar-kobar. Apa lagi kalau bukan panggilan Hojainan oleh Sultan Aurora!

Asalnya aku harus menaiki komuter ke stesen UKM, dan dari sana Jundak akan menumpangkan aku. Tetapi Jundak sudah tukar rancangan, dia ambil aku di rumah. Ini sudah lebih dari bagus! Permulaan hari yang sempurna.

Sedaya upaya berusaha untuk sampai seawal yang mungkin di istana Sultan Aurora kerana perjumpaan kali ini penting dan berbeza dari selalu, tetapi kita hanya merancang Tuhan yang menentukan (oh... loyanya dengan ayat klise ini). Setelah mengambil Panji di Seksyen 7 Bangi, kami tersekat di salah satu bulatan. Tiba-tiba berderet-deret anggota polis trafik menghambat perjalanan. Kami tertanya-tanya sesama sendiri, terjawap tidak lama selepas itu bila kereta-kereta yang dipenuhi stiker Le Tour de Langkawi berderet-deret di bulatan depan kami.

Ya, kerana semuanya atas kurnia Tuhan, maka kesempatan ini kuambil untuk berlatih mengambil gambar pergerakan laju. Setting memang manual, Alfie dah ingatkan sewaktu kelas pertama lagi "Mulai sekarang akak pakai manual saja tau... prektis sampai pandai." Dan sejak itu, walaupun dia tak ada aku sentiasa ingat pesanannya, dan terngiang di telinga bila-bila aku cuba memusing dail tu. Huhu... Jadi, untuk kakukan pergerakan 200f/s should be ok, aperture 8 atau 7.1 ok kut. Hahahaha.. aku memang tak pasti, tapi cuba sajalah. Walaupun hasilnya amat sederhana, tapi aku puas hati, sekurangnya masa setengah jam lebih terpaksa menunggu di terik matahari aku dapat mempelajari sesuatu.

Ayuhlah kukongsikan hasilnya, lepas ni nak dengar komen cikgu pulak


sempat senyum rupanya abang trafik ni...hehehe


memang orang kata 'capturing the moment' tu sangatlah betulnya. belaku sekejap sahaja,
if you're not ready, you gonna miss it...


memang harus dibaiki lagi..


Selepas habis semuanya lalu, kami pun menuju ke Seremban. Mesyuarat berlangsung sehari suntuk tersantak ke maghrib. Hasil perbincangan banyak, semuanya memberansangkan. InsyaAllah apa yang aku impikan sejak lama dulu bakal membuahkan hasil. Menjunjung titah baginda sultan sepenuhnya, menuntut pengorbanan dan kesungguhan. Semoga Allah permudahkan buat kita, dan tidak ada hati yang kecewa kelak.

Its all about passion! And determination!! Go Elaira! Go! Semoga semangat semalam sentiasa hangat dan membara, membawa kita kepenghasilan sesuatu yang bermanfaat buat bangsa, nusa dan agama. InsyaAllah.


sedapnya air oren tu... buat mencair otak yang tepu...


tajamkan pensil, tajamkan minda dan seluruh pancaindera...


and get connected!

~~@~~

# Dalam perjalanan ke Seremban semalam stesen radio Era memutarkan lagu Yuna, Dan Sebenarnya. Wah, nampaknya stesen radio dah mula memainkan lagu Yuna. Tak lama lagi bertambah meletuplah adik sorang ni. You go girl!

6 Feb 2009
:: Yang terkesan selamanya...

Hari ini aku ingin menulis tentang lagu yang memberi kesan dalam hidupku. Ada beberapa lagu yang mendapai piawai segar-sepanjang-masa-seperti-baru-mendengarnya. Dengan ertikata lain tidak pernah bosan mendengarnya, seperti Srikandi Cintaku, Berikan Nurbisa, Dealova dan beberapa yang lain yang tidak dapat kusebutkan ketika ini. Kebanyakan lagu tersebut tidak kosong, ada mesej yang kuat dan mengajak kita berfikir atau mengundang rasa ingin tahu kisah di sebalik penceritaan yang ringkas di dalam senikatanya.

Kebanyakan lagu ini ada kesamaannya dari pencipta dan penulis liriknya. Selalunya pendengaranku akan mudah tertarik dengan melodi yang ditulis oleh M. Nasir walau pun dilengkapi dengan senikata/lirik oleh orang lain. Dan senikatanya pula oleh Allahyarham Loloq (Al-Fatihah), begitu juga kalaupun lagunya tulisan orang lain tetapi liriknya oleh Loloq. Apatah lagi kalau gabungan mereka berdua, memang tak mampu ditolak untuk menjadi santapan halwa telinga. Bagiku hampir semua lagu/lirik tulisan atau gabungan mereka berdua adalah lagu jiwaku.

Banyak juga hasil karya orang lain yang mendapat tempat dihati dan pendengaranku, ada juga yang mengkagumkan, aku tidak menafikan. Tetapi karya mereka berdua lebih mengesankan.

Mentera Semerah Padi  (Lagu : M.Nasir / Lirik : Nurbisa)
Aduhai Kasih! Aduahai  (Lagu & Lirik : M.Nasir )
Secangkir Kopi Semanis Puan  (Lagu : M.Nasir / Lirik : Loloq)
Wadi  (Lagu & Lirik : M.Nasir )
Anak-Anak Kita  (Lagu & Lirik : M.Nasir )
"Tanya Sama Itu Hud-Hud"  (Lagu & Lirik : M.Nasir )
Sentuhan Listrikmu  (Lagu & Lirik : M.Nasir )
Lara  (Lagu : M.Nasir / Lirik : Nurbisa)
Bukalah Hatimu  (Lagu & Lirik : M.Nasir )
Perang Yang Lagi Satu  (Lagu & Lirik : M.Nasir )
Ada  (Lagu & Lirik : M.Nasir )
Bonda  (Lagu : M.Nasir / Lirik : Nurbisa)

Canggung Medonan adalah album kegemaranku. Bagiku ini album terbaik diantara album-album yang pernah dihasilkan oleh M. Nasir. Aku membeli kasetnya sewaktu menuntut di UiTM di tahun 90-an dulu. Lagu-lagunya menemani pembelajaranku sepanjang masa. Ada semangat yang tersuntik ke jiwa, buat menguat semangat meneruskan perjuangan yang serba mencabar.

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Lagu Bonda, adalah lagu keramat. Lagu semangat bagiku. Lagu yang seiring dengan pesan, nasihat dan harapan mak terhadap perjuanganku merubah taraf kehidupan kami. Sangat 'mahal' lagu itu padaku, sangat berharga. Kerana ia mengiringi tiap langkahku di perkampungan ilmu itu.

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Dan jua langkah-langkah seterusnya dalam mengenang betapa jitu kasih sayang yang melimpah dari sanubari seorang ibu. Oh, sekarang juga rasanya nak balik menatap wajah bonda.

5 Feb 2009
:: Nikkor AF 75 - 240mm


kredit foto: draungmah

Tujuan asal adalah untuk meminjam flash. Maka petang semalam aku pun ke rumah Ongah. Dia yang mempelawa sewaktu kami di kampung dua minggu lalu. Malangnya flash tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Rosaklah agaknya. Walaubagaimanapun, ada yang lebih baik dari itu. Rupanya lens 75 - 240mm kamera slr Ongah sesuai dengan "boifren" aku tu. Wah apa lagi, bersorak sakan lah aku. Pun begitu, belum sempat menguji sepenuhnya. InsyaAllah akan ku praktikan dengan bersungguh-sungguh. Cuma sekarang kena menuntut dan mempertingkatkan lagi ilmu mengatasi getaran... huhu...

Cayangggggggggg Ongahhhhhhhh!

4 Feb 2009
:: Semangat Renegad

aku telah memberi kata
dari kata itu dadanya membusung semangat
membakar segenap buana asanya
menjadi kental dengan kepercayaan
terbentang menjadi harapan
melangit memayungi perjuangan.

maka aku ini lah yang tidak boleh undur
laksana adikung pembawa panji-panji kehormat
berdiri aku harus teguh
berlari aku harus pantas
berfikir aku harus deras
bertingkah mengorak senjata jangan sampai sekutu tertetas.

persis air di jeram
percikan membasahi
deruan membingitkan
redahan meligatkan pusingan roda-roda kincir angin
melumatkan gandum buat hidangan kalian
yang dahagakan pembacaan.

tenaga dan semangat ini kubaja
langkah dan hasrat ini kubebat kalimat
perjuangan ini demiMu atas jalanMu
moga tersentuh jiwa-jiwa yang mencari
akan kata di sebalik kata
akan pesan di sebalik pesan
akan azimat berpuncakan kitab.

bts. 2.20am

 

3 Feb 2009
:: Terkini tentang Sahabat MGH88

Sesampai di rumah kulihat di talifon bimbit ada panggilan tak berjawap dari Jedah. Aku dail semula, peti suara. Jedah panggil semula, aku sedang solat. Aku dail semula nombornya selepas itu. Jedah membawa berita buruk, seorang junior kami, yang biasa kami panggil Siti Sam sewaktu di MGH (Malay Girls Hostel dan Sekolah Menengah Convent Seremban) dulu telah maut dalam kemalangan kereta bersama anak-anaknya.

Menurut Jedah, dia tiba-tiba dihubungi Julaiha (junior juga yang satu batch dengan arwah), menurut Julaiha dia mendapat nombor hubungan Jedah apabila melihat borang insurans di meja rakan sepejabatnya. Secara kebetulan dan benar-benar seperti drama - yalah, hidup ini pun satu dramakan? Maka Julaiha lah yang memberitahu tentang kemalangan itu. Katanya mendapat liputan meluas media massa. Aznil turut mengulas dan menjadikannya isu di stesen radio Era. Kejadian berlaku pada hari Isnin, 19 Januari 2009. Dilaporkan di akhbar dan media massa pada ke esokan harinya.

Puas aku menggeledah internet sebentar tadi tetap tidak berjumpa. Entah apalah agaknya tajuk berita berkenaan, aku cuba meneka-neka beberapa tajuk yang mungkin digunakan, tetapi masih tidak berjaya. Moga nanti ada yang berjaya mencari keratan akhbar tersebut dan berkongsi imbasannya dengan sahabat yang lain.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah serta anak-anak, moga roh kalian ditempatkan disisi roh mukmin yang beriman dan beramal soleh. Aminnn...

~~@~~

:: Noor Svetlana

Ketika mencari-cari berita kemalangan yang menimpa arwah Siti Sam, aku terbaca tajuk besar di akhbar Harian Metro Online; "Saya nak awak duduk penjara". Tajuk yang menarik membawa pembacaanku.

Seorang suami menolak isteri kedua ke dalam sungai pada jam 12.30 tengah malam. Ini memang percubaan membunuh ni. Aku teruskan pembacaan. Syukurlah sang isteri terselamat selelah lebih 3jam bertarung nyawa di arus deras Sungai Bukit Rangin. Berpantang maut sebelum ajal, dia terselamat apabila dapat berpaut pada akar pokok bakau.

Macam-macam benar ragam manusia sekarang. Walaupun tidak terkejut, tetapi tindakan sang suami benar-benar diluar batas kewarasan seorang muslim. Nah, patutlah sedemikian adanya kisah poligami mereka, salah haluan barangkali. Untuk berita selanjutnya kalian boleh membaca di sini.

Hampir di akhir pembacaan sepotong nama melintas. Svetlana. What???? Aku baca dua kali lagi. Noor Svetlana. Mana ada orang lain dengan nama begitu di Malaysia ini. (Mungkin juga nama Elaira belum ada duanya buat masa ini di Malaysia ini, maksudku dengan awalan Puteri dan diakhiri Elaira hehehe :p).


Svet, aku, Michele Lee, Citah - classmate 1 & 2 Jade, 3 Leo, Convent Seremban '84 - '86,
di malam Convenites 19 Julai 2003.

Ini pasti dia. Tidak syak lagi. Kubaca di situ, Penolong Pendakwa Raya. Sah!!! Dia adalah graduan perundangan dari United Kingdom. Kali terakhir bertemu di majlis re-union di rumah Citah tahun 2002. Kalau tak silap ada aku abadikan catatan itu di laman web MGH88 dulu. Ketika itu dia bertugas di Jonson and Jonson Johor Bahru.

Aku tersenyum meleret, entah puas hati atau berbangga atau keduanya sekali, bila mengenang rakan sekelas berjaya begitu. Aku terbayang lagak Svet sewaktu hari guru mengajuk Cikgu Shariff, satu dewan riuh ketawa. Svet memang bijak dan menonjol sewaktu di sekolah, tetapi dia tidak pernah meninggi diri dan dia tidak memilih kawan, biar bagaimana pun latar belakang seseorang itu. Semoga terus berjaya sahabat, kami tetap mengenang kau di setiap perjumpaan dan re-union MGH88. Bila ada kelapangan sudi-sudikan lah bersama kembali.

 

 

 

 

yang berziarah di hujung rimba...

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Jom Shoping

Jom Tonton

Konsert Alam Musik
M. Nasir di
Istana Budaya
27 Feb - 1 Mac 2009

Harap maklum, Konsert Alam Musik M.Nasir di Istana Budaya akan diadakan pada 27 Feb - 1 Mac 2009.

To KSMN, jom jadikan ini gathering kita!

Kepada mereka yang tak dapat ke rakaman konset Salam Dunia seperti saya (demam) dan tak sempat juga nak duduk depan tv masa raya dek melayan tetamu, maka jom lah kita tonton online di website tv9. Klik banner di atas.


Kelab Sahabat
M. Nasir


Satu Usaha Murni
Lagu Jiwa Kenduri Kawen

Juwita
mySpace
facebook

-----

Terindah

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Deeper conversation - Yuna

Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
And I'm learning you

Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
And I'm learning you

And if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

I let my guard down for you
And in time you will too

If you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

If you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

Bacaanku

Sudah Tamat

 

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net