Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon lama
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
rosh blog
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

~@~

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanual

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007
dis 2007 - jan 2008

~@~

19 Mac 2008
:: Seluruh langit...


Vincent Van Goh : Haystacks under a Rainy Sky

Ingin benar aku melakar seluruh langit
di tangan ini ada berbaldi-baldi warna seluruh alam
ada canting-canting batik purba
ada gurindam dari lebuh pasar mengembara

Seluruh langit pun tersenyum
dadanya lencun kucucuh corak entah rupa apa
katanya... lakarlah sesukamu mengikut hatimu
tapi jaga emosimu... emosi itu peluntur warna

Pada mentari cemerlang
warna-warna pun kering dan mengisahkan sebuah epik
kisah cinta, perang duka dan pelarian tanpa hujung
ada ratap tangis mengakhiri kesudahan yang suram

Dan langit pun menangis
seluruh warna pun luntur meniarap ke dada bumi
saki baki warna yang tertinggal pula bercampur aduk
dan membentuk hitam yang kelam

Aku lihat langit menjeling
katanya "Sudah kupesankan lewat pelangi dan renjisan mawar,
emosi itu meluntur warna, kau adunkan jua"
aku pun tertunduk menyesali
di tangan ada canting-canting batik purba
cuma baldi-baldi warna sudah hampa

Aku kembali mendongak mendepa mata separas
nun di sana ancala berbaris-baris
aku ingin mencari warna-warna seluruh alam
esok di dadanya akan kulukis kisah yang baru
kali ini emosi tidak akan mencela
kerana kali ini warna telah kuadun bersama batu.

 


27 Feb 2008
:: Hitam Putih Kehidupan...

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Ini lagu ketika di zaman persekolahan. Indah nasihatnya. Ketika itu bermaksud menasiahti belia agar menjauhi najis dadah. Ia terlahir sekali dengan album hitam putih kehidupan yang juga turut membariskan beberapa penyanyi lain.

Hari ini lagu ini terimbau dari ingatan seseorang tentang masa lalunya. Aku ingin abadikannya di sini, kerana seperti mana lagu ini mengetuk memori hidupnya... begitu juga denganku. Semoga hidup kita lebih ceria dan bermakna kedepan ini.

~~@~~

I had a great time at Puan's house last night. Agak jarang aku kisahkan tentang beliau di blog ini, seperti mana jarangnya aku menulis secara lengkap tentang pekerjaanku. Tapi hari ini aku ingin tuliskan seringkasnya, sebagai kenangan suatu masa nanti, jika umur panjang catatan ini pasti menjadi memori yang sangat indah.

Puan yang aku maksudkan ialah majikan tempat aku bekerja. Sewaktu awal kerjayaku, ketika itu beliau belum pun berpindah ke rumah yang sekarang ini, aku agak ratuk ke sana. Tetapi tahun-tahun kebelakangan ini agak jarang. Semua urusan kerjaku selesai di pejabat saja. Itu lebih mudah sebeanarnya.

Tahun ini kerana kedudukan beliau yang agak istimewa, maka semperna pihanraya umum dia dicalonkan sebagai ahli parlimen di kampung halamannya. Dan beliau telah menang tanpa bertanding. Aku tumpang gembira dan berbesar hati dengan pencapaian beliau. Justeru untuk mengucapkan tahniah dalam suasana yang tidak dibelenggu peranan pekerja-majikan dan suasana formal yang merengsakan, maka itulah aku ke rumahnya.

Maka dapatlah bertemu dalam suasana yang santai, dapat jua bersua dengan ahli keluarganya yang lain. Lama kami berbual di meja makan. Menyentuh sedikit hal kerja dan dia berkongsi kenangan manis sewaktu hari penamaan calon. Kami tertawa dan berkongsi gembira. Katanya suatu hari nanti mungkin aku juga akan dibawa dan berpeluang untuk melihat kawasan yang tidak tercemar itu. Dalam senyum bersahaja, hatiku teringin juga.

25 Feb 2008
:: Heaven...............!

Kata Belinda Carlise dalam lagunya, "Heaven is a place on earth". Mak pula akan kata, "dunia ini syurga mereka" bila melihat di kaca tv sorakan lupa diri pertandingan akhir realiti tv. Berbagai tafsir dan gambaran tentang istilah "heaven" atau syurga ini. Dan untuk kali ini, aku rasa ia lebih kepada rasa syukur yang mendalam tentang saat-saat indah yang sempat kami para sahabat MGH88 kongsikan bersama.

Tanpa rancangan yang begitu rapi kami merangka-rangka untuk ke Melaka menziarahi sahabat kami. Hajat ini sebenarnya sudah lama, tetapi seringkali tertangguh akhibat komitment kerja dan yang lainnya. Alhamdulillah petang Sabtu 16hb Feb, aku, Ita, Mus dan anak-anak selamat sampai ke rumah sahabat kami Ayu (Norchet Nusantara, seperti yang pernah kutuliskan di sini satu waktu dulu).

Minum petang yang sempurna menanti ketibaan kami. Roti jala dengan kuah kari, kuih ketayap, dan juga dengan kueh tradisi Melaka, inang-inang yang gurih sekali. Lihat sahajalah gambar-gambar ini... kecur air liur mengingatnya lagi.

Berbual mesra sambil menalifon kawan-kawan yang tidak sempat turut sama, dengan niat nakal mencalit cemburu di hati mereka. Petang itu sempurna, kasih sayang sahabat merangkul keberadaan yang sungguh sederhana tetapi pasti menjadi memori emas buat kami semua. Telah agak jauh perjalanan hidup yang kita lalui semenjak meninggalkan alam persekolahan dan asrama pusat di Seremban. Telah berbagai liku dan ranjau telah kita lewati. Petang itu kita hanya berkongsi gembira dan ria sahaja. Kita kotakkan duka dan hanyutkan ke Selat Melaka, biarlah ditelan samudera lenyap dan usah kembali lagi.

Kami cenderung untuk melihat kehidupan dengan warna-warna yang lebih ceria, dan segenap daya berjalan ke arah itu bergandingan tangan dengan rasa kasih yang membebat kemas hati, kali ini kita tempatkannya dalam cembul emas bertatah intan permata. Dan dengan senyum penuh ikhlas kita melata, sementara usia meminjamkan kita masa.

Makan malam yang sempurna di Muara Sungai Duyung dalam nuansa taman yang sangat kugilakan, tenang, hijau, damai dengan percikan air dari pancuran buatan, juga dari sungai yang mengalir diam di luar lamannya... melengkapkan kesempurnaannya bila ada acara seni musik dan tarian dipersembahkan, sempurna dalam dakapan kanta dan kelusan mesra tersemat indah di sanubariku.

Esoknya kami berkunjung ke kediaman sahabat yang satu lagi, Razliza atau mesra kami panggil Jaja di Sungai Udang. Aku dan Jaja atau lebih mesra ku panggil "Bireh" adalah teman semukim, bolehjuga dikata sekampung. Kami sedarjah dari darjah satu hingga enam. Sama-sama pula mendapat tawaran "Rancangan Khas" untuk bersekolah di Sek. Men. Convent Seremban - di mana segalanya bermula.

Undangan makan tengahari yang sungguh sempurna juga. Berbagai juadah menanti kami. Jaja sempat memasak segalanya, aku paling ingat sambal udang yang pedas dan manis. Enak-enak semuanya, dasarnya kami semua kekenyangan. Dengan anak-anak kalian bergaul mesra, aku tumpang bahagia. Lama kita berbual-bual melewati masa lampau, memaklumkan perkembangan terkini dan harapan untuk masa depan. Semuanya sempurna di kediaman serba hijau persis Istana di Hujung Rimba ini.

Panas petang agak garang di Sungai Udang, keringat luncur merayapi kening, namun itu tidak menghalang hasrat kami untuk meneruskan perjalanan ke beberapa destinasi pilihan yang bersesuaian. Meninggalkan sahabat tersayang dengan seribu kenangan manis dan janji untuk bertemu lagi.

Seterusnya ke Alor Gajah, menjejak pulut panggang/pulut udang yang istimewa. Memang sedap, turut dijual adalah sos kuih cucur udang, aku membeli sebotol... memang berbaloi.

Jam sudah mula menunjuk melepasi angka 5, bila kami meneruskan kembali perjalanan ke Kota Melaka. Kemahuan anak-anak juga mesti ditunaikan, kerana mereka semua anak-anak yang baik sekali, tidak banyak karenah dan sering bertolak ansur dengan ibu-ibu yang ada kala lebih keanakan dari mereka. Yang demikian kami menaiki 'River Cruise' di Sungai Melaka, aku membayangkan babak-babak pertempuran Portugis ketika membedil Melaka, begitu juga fiksi Nyemah Mulya dengan langkah tangkas bersilat membenamkan senjata ke setiap dada musuh-musuh yang mengacah kesejahteraan Melaka. Petang itu aku saudagar, aku srikandi dan aku bangsawan zaman silam di Sungai Melaka.

Mungkin begini suasananya suatu masa dulu... di ambang senja. Antara indah dan menggerunkan. Buah bedir dari Flor De La Mar pasti menjadi ketakutan rakyat di daratan.

Kami kembali semula ke Muara Sungai Duyung bagi melengkapkan ziarah di restoren Uncle Jalil yang juga adalah rakan sekerja Ita semasa di Allson Klana Bandar Baru Nilai sekitar tahun 90-an. Memang istimewa, hidangan nasi lemak dalam bungkusan-bungkusan kecil dan masih panas itu membuatkan sesiapa saja yang memakannya akan menambah dari sebungkus ke sebungkus lagi. Sementara juadah yang masih sempurna tidak sempat ku fotokan... mungkin gara-gara kelaparan. Yang demikian legasi ini sahajalah yang tinggal dan sempat kurakam.


Rangka kepala siakap saja yang tinggal nampaknya...


The shells... tapi percayalah sedap banget!!! Pedasnya cukup, manis nya juga cukup... marvelous! HEAVEN!

Ya, di sinilah kata-kata "heaven" itu terlahir... sebagai kesyukuran yang mulus kepada Pencipta, atas kurniaNya kami melalui hujung minggu yang sungguh sempurna dan gembira sekali. Memori yang sangat berharga semestinya, telah selamat merona sejarah persahabatan kita Febuari ini. Terima kasih sahabat kesayanganku atas masa-masa yang kalian kongsikan dan luangkan untukku. Dan aku teringat 'tangisan' manja dan rajuk yang panjang orang yang ditinggalkan... ha ha ha... lain kali pastikan kamu juga turut sama, ok. Never miss a thing about me... rugi... huhu...

Terima kasih teristimewa buat Ayu dan Encik Hamdan kita... kerana menaja penginapan dan makan-seperti-bukan-urusan-perniagaan-sesiapa-pun sepanjang kami di Melaka. Hmmm... sepertinya esok lusa kami ingin bertandang lagi ni...

Alang-alang melangkah ke Melaka
Tidak lengkap tanpa berpantun
Alang-alang kita bersaudara
Biar seusia kita tuntun.

 

* banyak yang aku katakan 'sempurna' walaupun semuanya amat sederhana dan biasa-biasa sahaja pada orang lain, kerana aku menerima semua kurnia Allah ini dengan ..... ahhh susahnya nak kata... its heaven!!!

 

16 Feb 2008
:: Semulus Taman Hati...

mulus
sejauh mana ia merona makna isi alam
dan telah kau lukiskan syurga
di setiap penjuru ruang yang dulu berbatu-batu

kelak
sejauh mana ia akan tumbuh dan mekar
semerah darah dan hatiku
apakah akan berdarah, tertitis dan tidak bertaup lagi

pada hari-hari yang sebegini
andainya mampu ingin ku hentikan bunyi
biar hanya irama detak jantung
memberi irama tanpa henti
selagi nyawa mendenyutkan nadi
menatang bukti kasih tulus Ilahi

hijau
taman harapan tersiram rahmat
menyambut suria pagi ini
dan busur yang berceracakkan kembali ke langit
meninggalkan parut yang terusung seusia dunia
moga kasih Allah yang tertumpah saban hari ini
menyembuh semuanya... dalam hatiku dan hatimu jua.

[ Tun Nyemah Mulia, bentangkan hamparan kuning, tengahari ini beta tiba... ]

~~@~~

Dari sanubari Rumi...

Kalau bumi dan gunung-gunung bukan pencinta,
rumput tidak akan tumbuh di dada mereka ... - Rumi

~~~

Cinta seperti menara cahaya ---
Di dalam menara itu --- api yang dahsyat!
Seperti burung kasuari, ruh-ruh terbang sekeliling menara;
Makanan mereka; api yang sangat sedap... - Rumi

~~~

Betapa bahagianya padang-padang
          tempat mawar dan eglantin berkembang
Dari air Cinta, dan tempat menjangan-menjangan
          itu merumput! - Rumi

~~~

Cabang-cabang Cinta berada di masa-sebelum-waktu,
         akarnya dalam keabadian;
Pohon ini tidak bersandar pada Singgahsana Suci
         atau pada bumi atau pada kaki. - Rumi

~~~

Ia yang jauh dari jaringan Cinta
Adalah burung yang tidak bersayap. - Rumi

15 Feb 2008
:: Sambut tanganku kawan, jangan engkau tenggelam!

Kerana hidup itu satu perjuangan, maka tidak sekalilah mengalah itu sepatutnya menjadi alas telapak kaki tatkala menelusuri perjalanan di bumi yang penuh rahmat ini. Terpanggil untuk meraup semangat agar kita bersama berjalan seiring dalam memenuhi makna kehidupan, maka kutiupkan hangat berbahasa itu dengan memulai rangkai kata berikut, menghiasi dan menjadi kesimpulan perbincangan.

Dan lewat petang itu, satu janji terukir... jalur-jalur kata dengan tajuk yang sama akan menyusur Isnin nanti. Nah, nyata tidak ada yang mati dalam hatimu itu, semuanya bercambah tinggal masa kau semai, baja dan sirami. Ayuh, kita mewarnai galeri seni...!

Seperti yang diabadikan dalam lembaran catatannya:
'Telunjuk Lurus Digalas Ibujari, Sahabat Tulus Mengasah Hatibudi'

Mata Kumpuan

kau kata aku batu
menulis kurang tau
tapi satu kau tak tau
ada mutiara dalam saku

kata itu ibarat madu
salah susun meluluh hati
kau hidang tengahari
panas membara mencengkam nadi

aku sudah muak kau ludah bagai sampah
kini aku bangun dengan kilauan pedangku
mata kumpuan buat memerhati gerak lakumu
yang selalu kau kata penuh jitu

kalau kau nak tahu
huraian itu di luar lagu
isi alam tak semua yang merapu
pengajaran Tuhan terus dalam kalbu

13 Feb 2008
:: Belangsungkawa cebisan nyali...

ada yang tidak terpecahkan
saat mentari memendam nanar yang dalam
luluh temulang mengusung gumpalan daging
yang kian reput meninggalkan kulit kian berkedut

ada yang tidak terpecahkan
saat rembulan bertanyakan mimpi siang
renta harapan digiring sang kata tak bermata
jauh dan jauh ke dasar kelam dan dusta

kepenatan ini panjang
sukalah sukma jika tidak berulang
tetapi takdir telah berwarna demikian
warnanya pula amat jelas dan terang

ada yang tidak terpecahkan
pada udam helaian nyali
saat gemawan berarak panjang dan perlahan
ada yang tidak terpecahkan
walau dilambung dan diindang samudera berantakan
yang ada menjadi serpihan untuk kesekian kalinya
melumatkan pada jernih sekeping hati.

 

11 Feb 2008
:: Dunia yang lagi satu...

Yang indah selepas seharian lumat menguis tenaga berkerja mencari rezeki, mengusahakan yang susah-susah dengan memeras minda dan mengerah tulang empat kerat melunaskan apa yang perlu atas nama melaksanakan tugasan yang diamanahkan, adalah tidur.

Tubuh perlukan tidur yang cukup bagi membolehkan tenaga yang segar terbekal tatkala mata celik subuh esoknya. Sewaktu tidur inilah kia sering di datangi mimpi-mimpi yang berbagai. Ada mimpi yan gindah, ada pula mimpi yang ngeri. Tidak kurang pula mimpi yang tidak kita mengertikan, dalam mimpi itu kita bertemu dengan orang yang tidak kita kenali, tetapi jauh di sudut hati kita memahami ciri serta peribadi orang tersebut. Seperti orang itu adalah orang yang terkenal, orang yang dihormati, seorang ulamak, dan berbagai lagi.

Ada juag mimpi yang mistik, meninggalkan kita tertanya-tanya apakah ini alamat perihal sesuatu atau sebagainya. Seperti bertemu kuda putih yang bertanduk, mendaki mahligai tinggi dengan tebing curam, bertemu orang tua yang mengajarkan sesuatu, dan bermacam mimpi lagi. Kesemua ini pernah kita dengar melalui penceritaan mereka yang pernah mengalaminya. Tetapi pernahkah kita terfikir, apakah mimpi itu sekadar mainan tidur atau sebenarnya jendela ke dunia yang lagi satu?

Apabila kita tidur, tubuh kita 'mati' sementara roh kita pula dikatakan hidup sepanjang itu. Maka roh kita itu menerawang ke dunianya yang tersendiri. Ada mitos orang tua-tua dulu berkata, kalau hendak tidur maka janganlah di dalam keadaan kehausan, kerana kelak nanti roh kita itu akan keluar dan mencari air. Roh yang haus itu selalunya akan pergi ke tempayan menyimpan air, dan semasa ia berada di dalam tempayan itu adalah keadaan yang kritikal, kerana jika tempayan itu tertutup dan roh tidak bisa keluar... maka jasad akan mati. Nah, begitu hebat dongengan arwah nenekku. Tetapi ketika bercerita itu tidak pula dia mengatakan itu cerita darinya, sebaliknya sering kali menyebut "kata orang tua-tua dulu...". Maka aku pun ketika itu percaya tanpa banyak bicara.

Dalam dunia yang serba moden hari ini, terdapat banyak agensi profesional membelanjakan jutaan ringgit bagi mengkaji perihal "dunia yang satu lagi ini". Maka sejumlah manusia dipasanglah dengan wayar-wayar perakan data dari kepala, nadi, jantung dan sebagainya untuk membolehkan mesen-mesen itu merakam perkembangan minda dan tubuh badan manusia semasa mereka sedang tidur dan bermimpi. Berbagai fakta juga mereka temui dan andaikan. Antaranya jika kalian berminat, bolehlah menelusuri laman-laman web berikut.

The Dreams Foundations
The Quantitative Study About Dreams
Dreams FAQ
International Institute for Dream Research

dan sekaliannya yang ada di dalam internet ini, kalian hanya perlu bertanya pada enjin carian yang akan membawa anda ke himpunan maklumat yang sekian jumlahnya. Dari hujung rimba ini, cukuplah kubekalkan dengan empat capaian itu.

Keanehan yang menjentik mindaku hari ini adalah, bagaimanakah pula terjadinya dua insan yang berbeza bermimpi bertemu dengan seorang manusia (wallahualam) yang mempunyai satu ciri yang sama. Secara tidak sengaja mereka bercerita dan mendapati mereka tidak tahu atau kenal pun dengan manusia yang ditemui di dalam mimpi itu. Dengan sedikit penyelidikan di dapatilah bahawa manusia yang digambarkan di dalam mimpi itu menyamai ciri sekian-sekian kepunyaan hamba Allah itu. Maka berdetaklah hati, persoalan kenapa mengapa datang bersilih ganti.

Benarlah alam ini banyak rahsianya. Pengajaran dari Tuhan itu juga berbagai bentuknya dan ia datang dalam berbagai pula caranya. Semudah tiupan angin yang mesra dan mendamaikan, hinggalah sesukar mimpi mistik yang sukar untuk dirungkaikan itu. Segala rahsia milik Allah jua. Wallahualam.

4 Feb 2008
:: Pemergian Abadi...

Petang ini aku dikejutkan lagi dengan sebuah pemergian abadi. Rutin melawat blog kawan-kawan tidak ada hari ini, kerana itu aku terlepas berita penting ini. Cuma hanya bila OP memberi mesej di YM aku jadi betul-betul terkejut. Sepantas itu juga aku menalifon Nisah, dan benarlah berita itu.

Sahabat, Panah Arjuna atau nama sebenarnya Ahmad Zafran Abdul Mutalib telah kembali ke rahmatullah semalam di dalam tidur. Memang aku sedia maklum tentang sakitnya, masalah jantung tetapi bila ia terjadi aku terpingga-pingga mengutip percaya.

Persahabatan kami hanya di alam siber, bermula beberapa tahun yang lalu ketika dia menegurku bertanyakan perihal buku-buku siri Saga Artakusiad. Yang kemudiannya lanjut dengan diskusi sastera, serta novel-novel karangannya. Dan baru-baru ini apabila aku mula menggunakan Tagged dan Friedster beliau rajin memberi komen.

Mengingat itu semua, tanpa aku sedar aku mengeluh kecil. Selepas ini tidak akan ada lagi nama beliau yang timbul di bucu kanan skrin monitor sebagai tanda dia ada online. Tidak sempat berjumpa di mana-mana aktiviti sastera yang kusertai, selalunya bila kutanyakan dia pasti menjawap, dia tidak berapa sihat. Dan begitulah berakhirnya sebuah kehidupan... aku yakin dia telah sedaya upaya melakar sebuah kehidupan yang sempurna. Impiannya telah jadi nyata dengan terbitnya buku-buku tulisan beliau. Akhir-akhir ini dia menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan hiasan kulit sebuah buku. Ya... bicara sahabat.

Al Fatihah buat Allahyarham, moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Doa dariku yang terdalam, moga sejahtera engkau di sana... di sisi Tuhan yang Esa. Tidak berapa lama pasti langkah ini akan menyusul jua, destinasi yang satu itu telah pasti buat sesiapa jua.

Offline 30 Jan 2008
:: Tiada Lagi Nurbisa...

Termangu Sang Camar
Melihat darah yang titis
Dari sayapnya
Di pohon ranggas berkurun

Air yang mengalir
Dari sungai-sungai kecil
Pun melimpah ke laut biru
Rimba membisu
Berteduh senja Lazuardi

Wahai kekasih
Sengaja ku singkapkan
Kisah sedih ini
Semoga menjadi cermin
Cintaku yang tersirat

Wahai kekasih
Berilah Nurbisa
Yang kau miliki
Semoga sembuh
Sayap yang terkulai
Sebelum malam.

Melalui senikata lagu inilah aku tertarik untuk mengenali siapakah penulis lirik lagu ini. Nama yang pertama kukenal adalah Nurbisa. Lagu ini asal mewarnai album Memburu Rindu, Hattan. Liriknya yang amat puitis serta menghadirkan seluruh keindahan alam dalam sebuah penceritaan lagu yang maksudnya begitu sayu. Bagiku itu sangat unik.

Kemudian aku mendapat tahu, selain Nurbisa penulis lirik ini juga memakai nama Loloq. Sebelumnya aku hanya terpaku pada satu nama - M. Nasir. Kemudian nama M.Nasir dan Loloq itu seperti seiring. Lagu yang baik di hiasi dengan senikata yang indah, membawa pemikiran jauh menyelami kasih Pencipta. Begitu aku menikmati hidangan dari dua nama besar dalam dunia seni tanah air ini. Seperti yang selalu aku sebutkan, mereka ini tidak membawa hiburan 'kosong' kependengaranku.

di rtm selepas rakaman zoom in m.nasir sedikit masa laluKesempatan bertemu di beberapa keraian kiranya membolehkan aku mengenali beliau secara dekat. Seorang yang simple dan bersahaja, itulah huraian ringkas tentang beliau. Sewaktu bertemu di majlis bacaan puisi APUKE, anjuran Komuniti Seni Jalan Telawi beberapa tahun lalu, beliau bercerita tentang sejarah pembabitannya dalam dunia penulisan lirik profesional. Kekuatan kosa kata dan ritma dalam mengadun penceritaan seringkas beberapa baris ayat sangat mengkagumkan, dan aku menyimpan hasrat untuk 'berguru' dengan beliau. Justeru melalui perancangan aktiviti Kelab Sahabat M. Nasir yang kurancang bersama Yan, bengkel penulisan lirik yang turut membariskan nama beliau adalah impian untuk mencicip secebis ilmu dari lubuk pengetahuannya.

Namun hasrat yang kami tangguhkan kerana kesibukkan pihak Luncai dengan produksi filem Aduh Saliha dan beberapa penglibatan lain tinggal hasrat sahaja kini. Kalau pun ia menjadi realiti, beliau tidak akan ada di situ untuk sama memeriahkan bengkel berkenaan. Aku tinggal hampa, dan ruang itu tinggal sepi.

Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan di sisi roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kehilangan ini pasti amat dirasai oleh seluruh dunia penggiat seni tanah air, dan peminat beliau. Al-Fatihah buat Rosli Kamis a.k.a Nurbisa a.k.a Loloq, semoga tenang engkau dalam persemadianmu.

Tiada lagi Nurbisa buat menyembuh sayap yang terkulai... kini luka pasti berdarah sepertiga malam, dan sungai yang mengalir ke laut pun merah... merembeskan tangisan darah berkurun.

Antara liputan yang memahat peristiwa:

buletin utama tv3
utusan malaysia
gua dot com
berita harian
Melodi

Dan ya, Al-Fatihah juga untuk bekas mufti Selangor, moga rohnya jua dicucuri rahmat. Maaf tidak banyak yang dapat kuperkatakan tentang beliau, mungkin kerana aku tidak begitu mengenali dan tidak begitu dekat dengan beliau. Jadi impaknya terhadap rasa hati itu agak berbeza. Buat Nor, terima kasih atas ingatannya. Dua insan ini berkongsi tarikh kematian yang sama. Mungkin juga nanti kita berkongsi tarikh kematian yang sama pula ya... siapa tau.

Ada sahabat yang beritahu bahawa ada perbahasan tentang isu ini. Aku ambil pemahaman yang positif selaras dengan kecetekkan ilmuku, antara kawan yang hampir dan ulamak yang jauh, tentulah perihal kawan kita itu yang terkesan dihati. Begitu juga antara ahli keluarga dengan pemimpin besar negara, pastilah rasa tentang pemimpin negara itu kurang memberi kesan pada kita, kerana ahli keluarga itu lebih dekat dengan kita. Walaubagaimanapun semoga keduanya dirahmati Allah dan ditempatkan disisi roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

 

yang berziarah di hujung rimba...

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Terindah

Cedar of Lebanon... yang juga tajuk lagu Fairuz yang satu lagi

The Temple of Venus in Baalbeck


Kelab Sahabat
M. Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha MurniLagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

-----

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Berikan Nurbisa - M Nasir

Free Download Here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri
Riwayat Mandolin
Jerat
Raja Kasih Yang Hilang
Jujur
By Your side

Mungkin (MTV by Rosh)

Bacaanku

Sudah Tamat

Sedang Dibaca

 

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net