Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

GENG JURNAL

nisah haron
unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007

~@~


biarlah kalian yang teka meneka dan berkata-kata...

2 Mac 2007

Agak sibuk dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah. Sementara itu nikmati dulu gambar-gambar yang tidak seberapa ini:

- My First Visit to Miri
- Limau Tahun Baru Cina
- Pisang dari Pasar Tani

Selamat berhujung minggu semua.

23 Febuari 2007
:: Mana Perginya Sopan?

Sebenarnya dah lama aku perhatikan. Tapi semua orang diam sahaja. Waima Tuan Mufti, para Ulama, Ustad-ustad, Raja-raja semuanya seperti mendiamkan diri saja? Atau aku yang jarang membaca akhbar ini tak tahu, bahawa telah heboh dilaporkan teguran mereka itu. Mungkin telah heboh di akhbar pihak pembangkang yang jarang dapat aku baca.

Punca yang aku bisingkan? Kalian buka lah tv. Lihat dan tontonlah lakonan apa dikaca tv itu, hiburan apa yang menari-nari. Aku sudah lama rimas, muak dan nak muntah. Dulu manusia perempuan berkemban. Sekarang, belakang semua terdedah, ada kain seperca elok-elok menutup tentang itu sahaja. Artis apa yang dipertontonkan saban hari? Bermoralkah, beradapkah, bersopankah? Inilah budaya semasa, mereka itu menjadi ikutan dan kegilaan ramai remaja dan orang tua.

Menonton sekelimbas TNL, aku terpempan melihat perempuan berkemban terdabik-dabik dada menyanyi dan menari. Entah artis apa namanya puas kuamat-amati, akhirnya tau juga namanya - Atilia, lengkap jika kusebutkan nama emaknya, Salamiah Hassan. Kembannya itu mungkin fesyen terkini di Malaysia, ya lah, ia sudah bertahun-tahun di Barat. Maybe she will look stupid if she's not wearing that kind of dress for the most talked about talk show on malam Jumaat?

She's not alone ok. Rata-rata artis perempuan yang keluar tv akan memilih untuk berpakaian begitu kalau dada mereka tak ada kurap. Dia sekadar contoh yang baru sebentar tadi berlaku. Ingat Dayang Nurfaizah dalam AJL yang lalu? itu yang aku ingat, yang aku dah lupa? Apa dah jadi Pak Menteri Penerangan sekarang ni? Semua boleh siar? Apa ke gilanya? Dulu ada juga dikerahkan meletak selendang bagi menutup bonjol-bonjol yang dah nak tersembul tu, sekarang?

Tak lama selepas itu Kyle XY pula memaparkan adengan kurang sopan dan biadap. Biadap? Keterlaluan perkataan tu? Kalau dah tak ada adap, tidak beradap, maka biadaplah kan? Dan anak buahku yang ranum 15tahun buntang tak bekerdip mengutip semua yang biadap di kaca tv. Badan penapis siaran sekarang sibuk mengira habuan atau kekenyangan di pesta makanan segera? Kenapa aku tak tutup saja tv? Sebab ramai yang akan buntangkan mata pada aku dan marah-marah. Aduhai...

Itu baru dua siaran yang aku katakan, yang lain-lain? Mujur aku tidak melanggan stesyen tv berbayar tu, kalau tidak sah-sah yang aku langgan adalah paparan-paparan biadap itu!

Kalian tau tak kenapa aku marah sangat ni? Kalau kalian kata kemarahanku ini hanya kerana tak puas hati kerana aku tidak dapat keluar tv dan berkemban, maka elok saja aku serahkan kalian ke sekolah latihan juruterbang di utara tu. Atau artis-artis kita patut ke sana dan dibenam dalam longkang najis? Atau tukang tapis, tukang lulus siaran, atau kementerian penyiaran, atau Jakim, atau mufti atau siapa? Perlukah aku minta maaf menulis sebiadap ini? Dapat kalian bayangkan apa jadinya anak-anak kalian di beberapa tahun akan datang? Tentulah apa yang mereka lihat itu menjadi biasa bagi mereka dan kemungkaran itu adalah kemodenan dan kemajuan... ya itulah yang mereka fahami nanti. Dan apa yang kita nak jawap bila disoal kemudian hari nanti? Atau sudah goyahkah kepercayaan adanya hari kemudian itu nanti? Ini sudah terlalu merbahaya! Pak Lah, tak kan nak tutup mata saja?

Seperti yang aku kata dulu, sewaktu harga barangan semua naik... suara aku tak ada guna. Aku cakap, aku tulis, aku tegur tak ada guna. Lalu siapakah empunya suara yang didengar? Tuanku Agong selaku ketua agama akan mendengar dan berbuat sesuatukah? Atau lebih senang buat-buat tak tahu?

Jangan marah kalau tergigit cili, ulama dan ustad hari ini lebih mementingkan berapa mereka akan dibayar jika berceramah dan meyeru ke jalan Allah. Tentukan dulu berapa imbuhannya, baru jernih muka untuk buat kerja. Apa dah jadi dunia? Nampaknya ungkapan kubur masing-masing semakin diguna dan dipakai.

Aku takut, amat takut, sedih, geram, kecewa... tapi hanya begitu sahajalah. Kerana lemahnya keimananku, aku tak mampu memegang pembesar suara berteriak di luar kementerian kalian, di luar pejabat agama kalian, atau di Jalan Mesjid India, di depan Sogo atau Lot 10! Fikirkan lah...

21 Febuari 2007
:: Cuti di Tahun Baru Cina

Cuti Tahun Baru Cina telah berakhir. Aku antara warga kota yang memulakan tugas hari ini, walaupun sebahagaian besar masih bercuti. Aku katakan begitu kerana jalanraya lengang seperti hujung minggu sahaja adanya. Perjalanan pergi dan pulang memakan masa sekitar dua puluh minit, berbanding sejam diwaktu lainnya. Jadi, siapa kata pejabatku jauh dari rumah?

Cuti Tahun Baru Cina yang telah berlalu itu juga telah kumanfaatkan dengan sepatutnya. Pulang ke kampung yang dingin, amat dingin hingga bukit bukau di ulu kampung lenyap sama sekali ditelan kabus. Dingin yang walaupun tidur dengan baju panas dan selimut tebal, tubuh masih meringkuk dan menggigil biru. Tapi begitulah indahnya dunia hujung rimba, yang telah tiga hari lencun disirami cucuran rahmat dari tuhan, mengusir panas berdentang, bahang yang merimaskan. Syukur jua buat Pencipta, segalanya terlalu sempurna diaturkan buat kami yang melata di bumi ini.

Cuti Tahun Baru Cina juga membolehkan aku dan Nana mencuri masa menjenguk Yah di Tampin/Alor Gajah. Sempadan Negeri Sembilan - Melaka. Aku tidak pernah menyangka bahawa jarak Kuala Pilah ke sana hanya sejam perjalanan cuma. Seingatku, aku tidak pernah ke Tampin sebelum ini walau ia tidak jauh dari daerah kelahiran ku. Perjalanan sungguh damai dengan segala permandangan baru dan sempurna seperti mana-mana hamparan kampung dan segala isinya, lengkap dengan binatang ternakan, sungai dan orang-orang kampung yang hilir mudik di jalanraya dalam suasana santai. Merentasi beberapa pekan yang selama ini hanya mesra di pendengaran sahaja, Selaru, Johol... Air Mawang. Dan akhirnya kami tiba di Tampin.

Rumah sewa Yah sempurna seperti mana rumah kampung yang lain. Indah dengan hijau dan siulan burung dari belukar kelampung. Halamannya segar dengan sayur-sayuran, satu permandangan yang mengasyikkan. Penghuninya rajin bermanja dengan bumi. Dan bumi tidak lokek dengan balasan, kami dijamu dengan hasil tuaian. Aku merasa jagung manis, kangkung segar dan ulam-ulaman yang rapuh. Percutian di pinggir desa yang sempurna.

Panas yang begitu membahang meresahkan. Redup pepohonan tidak menutup bumbung rumah. Peluh pun berpercikkan laksana gerimis tengahari itu. Namun aku tidak jua dingin. Di darat adalah sebidang kebun getah yang terurus. Di tengahnya ada beberapa bongkah batu bukit yang besar-besar. Susunannya dan imbasan mentari yang mula condong ke barat benar-benar mempersona. Sisinya redup dan tampak sejuk, seperti layaknya taman istana. Mungkin jua halaman bunian singgah bermain. Aku membayangkan kalaulah aku dapat bersiar-siar di situ. Atau duduk di atasnya dengan sebuah komputer riba, pasti ilham akan mengalir dari suasana, ke dalam hati, ke hujung jari...

Ketika mentari membaringkan pohon-pohon getah di sekeliling batu besar ke dada bumi, kami merentas negeri Melaka ke selatan. Tujuan tidaklah pasti, di tengah jalan kami memutuskan untuk ke medan ikan bakar yang selalu disebut-sebut orang berhampiran jeti ke Pulau Besar. Ini adalah kali ketiga aku ke Medan Ikan Bakar Pernu - Umbai. Perjalanan pulang direnjis hujan. Panas berdenting siangnya terusir secara semulajadi. Kesan La Nina memeritkan tekakku. Kelancaran perjalanan pulang dihambat lampu trafik yang berderet-deret. kami tiba di rumah Yah tika suku malam telah berlalu dan sahutan katak-katak beralun dalam simfoni alam yang cukup merdu.

Awal pagi esoknya kami leka dikelus bayu kampung yang segar, ya... pagi selepas hujan. Membaca di ruang tamu rumah kayu itu benar-benar sesuatu yang mengasyikkan. Secara ringkas kami bertiga berbincang tentang pembacaan kami. Ahh... benar aku rindu saat-saat ini. Mengingatkan aku ketika kami masih di Kolej Jati, di Seksyen 2 Shah Alam, bezanya kali ini Ainnie tidak ada bersama.

Menjelang tengahari kami menuju Bandar Hilir. Tumpuan tidaklah untuk memesrai kembali kesan-kesan sejarah tinggalan penjajah, kunjungan kali ini lebih kepada mengenali jalan sekitarnya. Nana berhajat membawa keluarga bercuti ke Semenanjung seterusnya ke Melaka. Kami singgah di Mahkota Parade mengalas perut. Setelah itu ke kedai musik, aku berjaya mendapatkan gantian bagi CD Sade yang telah hilang.

Seterusnya menunaikan hajat untuk singgah di kediaman Seluas Angkasa. Alhamdulillah, walaupun lebih sejam kami dibanting kekesakkan lalu lintas yang melampau, sampai juga kami ke destinasi sebelum mentari sisir rimba.

Keletihan. Dari jauh perjalanan dan disergah mentari garang. Seperti daun-daun kangkung di halaman Yah, aku pun sedikit kelayuhan. Maka sempatlah bertemu Najla. Tapi Najla bukan bayi lagi, dia sudah besar. Najla sudah pandai macam-macam. Wajah Najla jua semakin mirip ayahandanya. Kami dihidangkan laksa dan kek keju dari dapur bonda Najla, ia sungguh enak. Sayang sekali kami tidak dapat lama di istana Seluas Angkasa. Tidak sempat berbual panjang. Hari pula semakin petang dan perjalananku harus sampai ke kampung.

Setelah menghantar Yah dan Luqman pulang, aku dan Nana menyonsong jalan semalam untuk pulang. Syukur perjalanan kami baik-baik sahaja dan selamat sampai di kampungku sebelum maghrib berlalu.

Esoknya, perjalanan pulang ke Kota Lumpur yang sangat memualkan. Bukit Putus semput dengan kenderaan berbagai rupa bentuk menelusuri jalan ular kena palu itu. Untuk ke Seremban sahaja memakan masa hampir dua jam. Ridiculos! Perjalan ke KL pula sesak sehingga melepasi tol Nilai. Alhamdulillah sampai di rumah sebelum maghrib.

Along menalifon. Dia dalam perjalanan pulang dari menghantar anak sulungnya, Nurliana Lina ke Bandar Seri Iskandar. Lebuhraya sesak dan abang ipar keletihan. Dan mereka singgah di rumahku sebelum meneruskan perjalanan ke rumah mereka di Seremban.

Abang dan kakak serta anak-anak mereka yang ada berkumpul di rumahku. Panjang celoteh mak tentang rumah kami di kampung. Mak minta kami selalu pulang yang menjenguk rumah buatan arwah abah itu. Anai-anai menghuni rumah yang lama ditinggalkan. Dan tambah buruk lagi tanpa kita sedari banyak bahagian dinding rumah yang telah mula diratahnya.

Kami ini sibuk dengan duniawi kami mak, sedikit sekali kami untukkan masa untuk memenuhi permintaan mak. Aku melihat-lihat kalendar, mencari waktu sesuai untuk bawa mak pulang ke kampung lagi. InsyaAllah cuti sekolah yang akan datang, aku tunaikan hajat mak.

Abang berjenaka dan kami ketawa. Aku mengabadikan semuanya pejap-pejap dalam memori yang ada. Adila terkekek-kekeh di bahuku. Mak yang duduk di tengah-tengah kami lelap-lelap mata tertawa. Sungguh aku bahagia begini dalam keadaan yang sungguh sederhana keluarga berkumpul mengadap mak, seiring itu gembira dikurniakan Ilahi. Seruang dari gembira itu semua, aku merenung jauh pada satu masa, di mana semua ini bukan milikku lagi. Aku pun tidak tau, di waktu itu masihkah akan dibekalkan buatku memori indah ini mengiringi perjalanan sendiri seperti gemulah Setiausaha Syarikat tempat aku berkerja (yang kuceritakan dahulu, he cannot make it. ) dan gemulah suami anak saudaraku yang kutemui di Hari Raya yang lalu, yang telah pulang ke Rahmatullah di Tahun Baru Cina ini dalam usia awal 40-an dan 39 tahun.

Hmmm... begitu jua lah masa yang semakin sedikit buatku. Jika esok aku masih dipinjamkan nyawa, maka kalian akan dapatlah membaca catatan ini. Sehingga itu selamat malam, moga kalian senantiasa diberkati Ilahi.

10 Febuari 2007
:: Menghabiskan tugasan Kelab Wizra..

Tajuknya seperti seruan Doraemon saja. Tetapi ia tidaklah semudah itu, setidak-tidaknya sebelas Aurorans yang hadir di perjumpaan Kelab Wizra (Kelab Aurora sebelumnya) 20 Januari lalu tidak senang duduk dibuatnya. Setiap dari kami diminta oleh Abang Pat (Ahmad Partria Abdullah) untuk menghasilkan cerita pendek sepanjang sepuluh mukasurat, dan harus diserahkan selewatnya esok. Supaya dapat dinilai dan diulaskan pada perjumpaan akan datang, iaitu pada 24 Febuari. Dalam mesyuarat tersebut kami telah sebulat suara memilih genre fantasi, walau diberikan kebebasan untuk memilih genre yang lain. Aktiviti ini adalah bengkel penulisan secara berterusan. Kami akan dibimbing dan sebagai imbalan... Abang Pat juga akan menyiapkan sepuluh mukasurat bagi buku terbarunya.

Aku menerima tugasan ini dengan positif dan teruja, aku harap Aurorans yang lain juga begitu. Memikirkan outputnya satu masa nanti mengujakan. Dan aku amat bangga jika dapat lahir sebagai produk bimbingan eksklusif Ahmad Patria!

Tetapi untuk menuju ke arah itu usahanya harus jitu, banyak masa dan kerja rumah yang perlu aku disiplinkan terhadap harianku. Kadang-kadang aku terfikir, sebersungguh manakah aku dalam usaha untuk menjadi penulis, menjadi penyair... atau apa saja yang boleh aku namakan selaras dengan minatku.

Tugasan ini membuatkan kami sesama Aurorans berbincang dan saling mengadu masalah. Aku lihat ianya sebagai satu nilai yang murni, ukhwah menjadi utuh. Semoga tercapai hasrat Abang Pat untuk melihat kami kuat dalam persatuan ini.

Dan aku melihat ini lebih dari sekadar satu bentuk asuhan dari guru kepada pengikutnya. Untuk peminat Saga Artakusiad yang tidak jemu menanti dan bertanyakan buku ke lapan yang sempat hadir ke perjumpaan lalu, semoga sama-sama kita fahami bahawa tidak semudah itu menuliskan satu kisah, apatah lagi sebuah buku.

Dan semoga kali ini Abang Pat tahu, yang dia tidak kesendirian dalam melangkahi setiap bait dunia Aurora yang cuba ditintakannya. Kami ada bersama... melalui semua itu... tidak jauh dari angkatan perang Numerius, mahupun ketumbukkan Morrok yang terkandas di banjir Sungai Minoas. (Macam orang-orang kuning dalam iklan telekomunikasi tu ).

Semoga semua berjaya menyelesaikan tugasan ini. Aku? Thee he he... sehingga baris ayat ini ditulis, aku belum menyudahkannya lagi . Ya... ya... sebelum tamat hari esok insyaAllah aku emel kan.

9 Febuari 2007
:: Hadiah hari ini...

Seawal pagi tika di meja sarapan, aku mendapat kiriman pos laju. Isinya sebuah buku yang sememangnya kunantikan. Ketibaannya jua telah kumaklumi lebih awal.

Buku ini memang kuhajati, cuma masalah kewangan yang amat meruncing kebelakangan ini membuatkan aku menyimpan niat dalam diam. Buku adalah produk mekar sepanjang zaman, dengan izinNya aku akan dapat memiliki bila aku lapang nanti. Oleh yang demikian rasa teruja untuk memiliki sebaik ianya berada di pasaran sedikit masa lalu, aku redakan dan menunggu masa ia tiba dalam sederhana.

Diluar jangkaanku ada yang sudi mengirim sebagai hadiah. Dan terus buatku tersenyum dicanda gembira. Dan terus buat aku ingat sekitar sedikit masa lalu hadiah dalam bentuk yang sama dari orang yang sama. Hanya kerana ingin berkongsi keseronokkan membaca dan setelah itu berdiskusi tentangnya.

Terima kasih tak terhingga buat Fajar Seluas Angkasa, sudi mengirim dan berkongsi bacaan. Aku jarang membaca cerpen kerana ceritanya terlalu pendek, tetapi Kekasih Sam Po Bo cukup padat dan semua maksudnya sampai kepegetahuanku sebaik ianya tamat dibaca. Al maklum, penulisnya Faisal Tehrani, tidak perlu ulasan dan pujian tambahan dariku, nama itu sudah selari dengan kualiti kerjanya. Mungkin tidak semuanya sempurna, seperti fitrahnya manusia, tetapi apa yang ada memenuhi tuntutan pembacaanku - berfikir dan belajar sambil menelusur ke hujung cerita.

Tahniah buat penulisnya, semoga terus berjaya dalam usaha yang berterusan ini.

[ Untuk insan-insan yang membuatku gembira, dan melihat birunya langit dengan kepulan awak lebih indah, dan mendengar siulan burung lebih merdu, kembang dan kuntum lebih harum dan berseri... semoga Allah s.w.t mengurniakan segala sejahtera, segala berkat, segala rahmat, segala aman dan sentosa, segala gembira, segala bahagia... di mana saja kalian berada. Thanks for adding sugar to my cold water. ]

5 Febuari 2007
:: Selamat Ulangtahun ke-5 Anis Syazana

Petang semalam aku sempat ke majlis hari lahir anakanda sahabat karib di A&W tertua di Malaysia, di Petaling Jaya. Aku kategorikan ianya sebagai meriah bagi kanak-kanak yang hadir dan juga ibubapa serta mak cik-mak cik yang datang bawa anak buahnya seperti aku, atau mak cik yang baru balik dari kelas seperti Izai... heh heh... Mana tidaknya. sewaktu anak-anak gembira bermain dengan 'Mr. Bear', kami seronok menjamu selera. sudah lama tidak ke A&W sesekali terasa enaknya apatah lagi makan percuma.

Berjanji dengan Izai untuk bertemu di stesen KL Sentral. Aku tiba lewat. Terlepas komuter dan ERL Transit. Kami sampai di LRT Taman Jaya sekitar jam 5.30petang. Tapi alhamdulillah, nampaknya seperti majlis baru-baru sahaja bermula.

Tersentuh benar hati bila dalam keriuhan bermain dengan rakan-rakan Anis sempat datang dan menyalami aku yang baru saja usai berpelukan dengan ibunya. Ingatan di Cherating bersama Anis Disember tahun lalu segera pula meniti bibir mata. Mungkin dia juga masih ingat pada saat-saat yang kami kongsikan bersama selama beberapa hari di sana. Comel!

[ Gambar: Tu dia, sikit punya tepuk ko Has, mekasey laa kat ko... sudi jemput aku, merasa jugak aku layan birthday kat A&W... ye la dedolu aku kecik-kecik mana la dapat macam ni, dapat ke A&W pun selepas kita sekolah kat Seremban, tu pun jarangggg- jarangggg.... Buyau tak ado A en dabal yu doh... huhu...]


[ Akak A&W: Cuba teka kek apa kat dalam...
Anis: Who cares... I just wanna eat my cake....]

Tidak lama selepas itu Aeen sekeluarga pula sampai. Setelah tamat sesi permainan yang macam-macam (sebenarnya aku pun teruja nak turut sama, tapi bak kata Kak Ogy dalam ABPBH2006 senja tadi... aku ni remaja purba... maka simpan sajalah hasrat murni tu) maka tibalah acara memotong kek. Aku pula yang rasa tak sabar-sabar.... mak cik teruja okey... huhu...

Dan.... yessss!!! Aku yang berteriak dulu! Sponge Bob Square Pants!!! Anis memang peminat SPSP. Dan aku rasa aku pun suka.... sebab demi melihat sahaja SPSP tertempek kat kek tu... aku yang lompat-lompat teruja, memanfaatkan saat indah yang sedang berlaku... Has kata sayang tak boleh letak SBSP yang besar-besar. Ye lah, bentuk kek tu yang tidak mengizinkan. Dan ia bukan kek cokelat (syukur alhamdulillah, bolehlah aku betul-betul menikmatinya). Dan ia kek yang sungguh sedap! Terima kasih kepada Baker's Cottage yang pandai buat kek sedap macam tu, bukannya yang berkerim-kerim entah apa-apa rahsia macam satu kedai jual kek yang sungguh mahal tu... huhu...


[ Sikit punya fokus dua beranak ni dalam usaha menyalakan lilin. Sompek kau menyolit yo Aeen...]


[Mr. Bear nak kasi hadiah, tapi Anis kena kiss Mr. Bear dulu... ek elehhh kesian aku tgk Anis, dia tanak kiss Mr. Bear tu sebenarnya... kalau aku pun... aku tanak aaahhh... kekeke ]


Sempat bergambar dengan birthday girl dan Pak Bear sebelum pulang (seperti biasa, tukang ambil gambar selalu tak ada gambar huhu)

... dan juga mengambil gambar ini. Pian kata... Mas masuk kat internet tau... wokeh Pian your wish has been granted... ngeh ngeh...

Semoga dengan entri kali ini Incik Pian dan Puan Haslina gembira dan berbahagia selalu, terima kasih atas persahabatan yang sangat berharga, insan-insan seperti kalianlah yang menjadikan hidupku lebih bermakna dan indah. Terutama di laluan sukar sekitar tahun 1998 - 1999, masa-masa yang kita kongsikan di Sunway - Shah Alam. Makan malam di Seksyen 18 dan beri angsa makan di Tasik Shah Alam. Rindu sangat masa korang di Star Cruise. Kemudian tersenyum lebar bila dapat undangan nasi minyak korang pada tahun 2001. Aku - Izai - Jedah dan Ida ke Parit Buntar jam 4 pagi dari KL. Dengan sesat-barat tak boleh keluar dari Pulau Pinang sampai tengah malam. ... terlalu banyak kenangan manis yang kita kongsikan bersama. Dengan Has lagilah tak payah cerita... dari zaman aku pakai pinafo dan tocang dua ke sekolah.. heh heh... Thanks for the invitation, thanks for such a lovely time, and thanks for everything. Moga persahabatan ini kekal ke akhir hayat... aminnn..

Untuk Anis Syazana, semoga panajng umur murah rezeki, jadilah anak yang baik, yang solehah... yang berbakti kepada orang tuanya. InsyaAllah Aunty Mas will be around. Nanti bila lapang ajak mama dan papa datang rumah Aunty Mas ok... kita e n j o y ...................

Aku, Pian (anak buah aku pun nama Pian gak) dan Izai bergerak balik dengan LRT ke KL Sentral, Izai terus ke stesyen terakhir. Melayan Pian sebentar di KL Sentral dan berkomuter pulang ke rumah. Alhamdulillah, satu hari yang indah dan masih buatku tersenyum sewaktu menulis entri ini.

 

 

Santapan Rohani

"Matahari dalam dunia terbenam senantiasa,
Tetapi seribu suria yang itu luar biasa
Seribu matahari ini yang datang dari salawat
Tetap cemerlang begini dalam dunia dan akhirat"


Kelab Sahabat
M. Nasir

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Sesiapa yang mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan ingin mencuba
untuk uji bakat untuk filem Aduh Saliha amatlah di alu2kan.Bertempat di
Luncai Emas minggu hadapan,Isnin- Jumaat malam sehingga 9mlm. Keutamaan kepada ahli-ahli berdaftar Kelab Sahabat M.Nasir.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ain di talian Luncai Emas Sdn Bhd 03-6156 1357 / 6700

Terindah

Danial

Saksikan lagi satu kartun buatan Malaysia. Kali ni keluaran Sykt En. Nordin. Dan yang ini aku suka!

Setiap SELASA
7.00malam
RTM 1

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Akan Datang

Konsert Fantasia RTM1
26 Feb, 8.30mlm

3/2 - Show @ Titiwangsa
4/2 - ABP @ Genting
10/2 - Show @ JB
24/2 - Konsert Cit Cat Azwan @ Terengganu

-----

Dunia

World Time

World Climate & Season

Google Earth

 

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Dari Timur Terbit Cahaya - Debu

Dari timur terbit cahya,
Yang menyebar atas bumi,
Memenuhi jagat raya,
Dengan nur yang mengagumi,

Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah.
Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah,
Hu Allah.

Nur itu memang berkilat,
Menyilaukan mata saya,
Sinar-sinarnya merambat,
Kayak api bercahaya.

Kumemandang pandanganya,
Yang mengharukan hatiku,
Mengingatkan pada wajah,
Wajah cahaya mataku.

Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah.
Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah,
Hu Allah.

Tapi caya matahari,
Tak bisa dibandingkannya,
Dengan cahaya lestari,
Itulah jelas dan nyata.

Memang terang bulan sabit,
Yang lewat jalan angkasa,
Kalau matahari terbit,
Caya bulan tak perkasa.

Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah.
Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah, Hu Allah,
Hu Allah.

[ Penjelasan ]

Free Download Here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri
Riwayat Mandolin
Jerat
Raja Kasih Yang Hilang

Mungkin (MTV by Rosh)

Pemilikan Terbaru

 

 

 

Bacaanku

 

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net
I am apart of this glamourous organization... :D