Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon lama
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
rosh blog
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

~@~

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanual

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007

~@~

11 Feb 2008
:: Dunia yang lagi satu...

Yang indah selepas seharian lumat menguis tenaga berkerja mencari rezeki, mengusahakan yang susah-susah dengan memeras minda dan mengerah tulang empat kerat melunaskan apa yang perlu atas nama melaksanakan tugasan yang diamanahkan, adalah tidur.

Tubuh perlukan tidur yang cukup bagi membolehkan tenaga yang segar terbekal tatkala mata celik subuh esoknya. Sewaktu tidur inilah kia sering di datangi mimpi-mimpi yang berbagai. Ada mimpi yan gindah, ada pula mimpi yang ngeri. Tidak kurang pula mimpi yang tidak kita mengertikan, dalam mimpi itu kita bertemu dengan orang yang tidak kita kenali, tetapi jauh di sudut hati kita memahami ciri serta peribadi orang tersebut. Seperti orang itu adalah orang yang terkenal, orang yang dihormati, seorang ulamak, dan berbagai lagi.

Ada juag mimpi yang mistik, meninggalkan kita tertanya-tanya apakah ini alamat perihal sesuatu atau sebagainya. Seperti bertemu kuda putih yang bertanduk, mendaki mahligai tinggi dengan tebing curam, bertemu orang tua yang mengajarkan sesuatu, dan bermacam mimpi lagi. Kesemua ini pernah kita dengar melalui penceritaan mereka yang pernah mengalaminya. Tetapi pernahkah kita terfikir, apakah mimpi itu sekadar mainan tidur atau sebenarnya jendela ke dunia yang lagi satu?

Apabila kita tidur, tubuh kita 'mati' sementara roh kita pula dikatakan hidup sepanjang itu. Maka roh kita itu menerawang ke dunianya yang tersendiri. Ada mitos orang tua-tua dulu berkata, kalau hendak tidur maka janganlah di dalam keadaan kehausan, kerana kelak nanti roh kita itu akan keluar dan mencari air. Roh yang haus itu selalunya akan pergi ke tempayan menyimpan air, dan semasa ia berada di dalam tempayan itu adalah keadaan yang kritikal, kerana jika tempayan itu tertutup dan roh tidak bisa keluar... maka jasad akan mati. Nah, begitu hebat dongengan arwah nenekku. Tetapi ketika bercerita itu tidak pula dia mengatakan itu cerita darinya, sebaliknya sering kali menyebut "kata orang tua-tua dulu...". Maka aku pun ketika itu percaya tanpa banyak bicara.

Dalam dunia yang serba moden hari ini, terdapat banyak agensi profesional membelanjakan jutaan ringgit bagi mengkaji perihal "dunia yang satu lagi ini". Maka sejumlah manusia dipasanglah dengan wayar-wayar perakan data dari kepala, nadi, jantung dan sebagainya untuk membolehkan mesen-mesen itu merakam perkembangan minda dan tubuh badan manusia semasa mereka sedang tidur dan bermimpi. Berbagai fakta juga mereka temui dan andaikan. Antaranya jika kalian berminat, bolehlah menelusuri laman-laman web berikut.

The Dreams Foundations
The Quantitative Study About Dreams
Dreams FAQ
International Institute for Dream Research

dan sekaliannya yang ada di dalam internet ini, kalian hanya perlu bertanya pada enjin carian yang akan membawa anda ke himpunan maklumat yang sekian jumlahnya. Dari hujung rimba ini, cukuplah kubekalkan dengan empat capaian itu.

Keanehan yang menjentik mindaku hari ini adalah, bagaimanakah pula terjadinya dua insan yang berbeza bermimpi bertemu dengan seorang manusia (wallahualam) yang mempunyai satu ciri yang sama. Secara tidak sengaja mereka bercerita dan mendapati mereka tidak tahu atau kenal pun dengan manusia yang ditemui di dalam mimpi itu. Dengan sedikit penyelidikan di dapatilah bahawa manusia yang digambarkan di dalam mimpi itu menyamai ciri sekian-sekian kepunyaan hamba Allah itu. Maka berdetaklah hati, persoalan kenapa mengapa datang bersilih ganti.

Benarlah alam ini banyak rahsianya. Pengajaran dari Tuhan itu juga berbagai bentuknya dan ia datang dalam berbagai pula caranya. Semudah tiupan angin yang mesra dan mendamaikan, hinggalah sesukar mimpi mistik yang sukar untuk dirungkaikan itu. Segala rahsia milik Allah jua. Wallahualam.

4 Feb 2008
:: Pemergian Abadi...

Petang ini aku dikejutkan lagi dengan sebuah pemergian abadi. Rutin melawat blog kawan-kawan tidak ada hari ini, kerana itu aku terlepas berita penting ini. Cuma hanya bila OP memberi mesej di YM aku jadi betul-betul terkejut. Sepantas itu juga aku menalifon Nisah, dan benarlah berita itu.

Sahabat, Panah Arjuna atau nama sebenarnya Ahmad Zafran Abdul Mutalib telah kembali ke rahmatullah semalam di dalam tidur. Memang aku sedia maklum tentang sakitnya, masalah jantung tetapi bila ia terjadi aku terpingga-pingga mengutip percaya.

Persahabatan kami hanya di alam siber, bermula beberapa tahun yang lalu ketika dia menegurku bertanyakan perihal buku-buku siri Saga Artakusiad. Yang kemudiannya lanjut dengan diskusi sastera, serta novel-novel karangannya. Dan baru-baru ini apabila aku mula menggunakan Tagged dan Friedster beliau rajin memberi komen.

Mengingat itu semua, tanpa aku sedar aku mengeluh kecil. Selepas ini tidak akan ada lagi nama beliau yang timbul di bucu kanan skrin monitor sebagai tanda dia ada online. Tidak sempat berjumpa di mana-mana aktiviti sastera yang kusertai, selalunya bila kutanyakan dia pasti menjawap, dia tidak berapa sihat. Dan begitulah berakhirnya sebuah kehidupan... aku yakin dia telah sedaya upaya melakar sebuah kehidupan yang sempurna. Impiannya telah jadi nyata dengan terbitnya buku-buku tulisan beliau. Akhir-akhir ini dia menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan hiasan kulit sebuah buku. Ya... bicara sahabat.

Al Fatihah buat Allahyarham, moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Doa dariku yang terdalam, moga sejahtera engkau di sana... di sisi Tuhan yang Esa. Tidak berapa lama pasti langkah ini akan menyusul jua, destinasi yang satu itu telah pasti buat sesiapa jua.

Offline 30 Jan 2008
:: Tiada Lagi Nurbisa...

Termangu Sang Camar
Melihat darah yang titis
Dari sayapnya
Di pohon ranggas berkurun

Air yang mengalir
Dari sungai-sungai kecil
Pun melimpah ke laut biru
Rimba membisu
Berteduh senja Lazuardi

Wahai kekasih
Sengaja ku singkapkan
Kisah sedih ini
Semoga menjadi cermin
Cintaku yang tersirat

Wahai kekasih
Berilah Nurbisa
Yang kau miliki
Semoga sembuh
Sayap yang terkulai
Sebelum malam.

Melalui senikata lagu inilah aku tertarik untuk mengenali siapakah penulis lirik lagu ini. Nama yang pertama kukenal adalah Nurbisa. Lagu ini asal mewarnai album Memburu Rindu, Hattan. Liriknya yang amat puitis serta menghadirkan seluruh keindahan alam dalam sebuah penceritaan lagu yang maksudnya begitu sayu. Bagiku itu sangat unik.

Kemudian aku mendapat tahu, selain Nurbisa penulis lirik ini juga memakai nama Loloq. Sebelumnya aku hanya terpaku pada satu nama - M. Nasir. Kemudian nama M.Nasir dan Loloq itu seperti seiring. Lagu yang baik di hiasi dengan senikata yang indah, membawa pemikiran jauh menyelami kasih Pencipta. Begitu aku menikmati hidangan dari dua nama besar dalam dunia seni tanah air ini. Seperti yang selalu aku sebutkan, mereka ini tidak membawa hiburan 'kosong' kependengaranku.

di rtm selepas rakaman zoom in m.nasir sedikit masa laluKesempatan bertemu di beberapa keraian kiranya membolehkan aku mengenali beliau secara dekat. Seorang yang simple dan bersahaja, itulah huraian ringkas tentang beliau. Sewaktu bertemu di majlis bacaan puisi APUKE, anjuran Komuniti Seni Jalan Telawi beberapa tahun lalu, beliau bercerita tentang sejarah pembabitannya dalam dunia penulisan lirik profesional. Kekuatan kosa kata dan ritma dalam mengadun penceritaan seringkas beberapa baris ayat sangat mengkagumkan, dan aku menyimpan hasrat untuk 'berguru' dengan beliau. Justeru melalui perancangan aktiviti Kelab Sahabat M. Nasir yang kurancang bersama Yan, bengkel penulisan lirik yang turut membariskan nama beliau adalah impian untuk mencicip secebis ilmu dari lubuk pengetahuannya.

Namun hasrat yang kami tangguhkan kerana kesibukkan pihak Luncai dengan produksi filem Aduh Saliha dan beberapa penglibatan lain tinggal hasrat sahaja kini. Kalau pun ia menjadi realiti, beliau tidak akan ada di situ untuk sama memeriahkan bengkel berkenaan. Aku tinggal hampa, dan ruang itu tinggal sepi.

Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan di sisi roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kehilangan ini pasti amat dirasai oleh seluruh dunia penggiat seni tanah air, dan peminat beliau. Al-Fatihah buat Rosli Kamis a.k.a Nurbisa a.k.a Loloq, semoga tenang engkau dalam persemadianmu.

Tiada lagi Nurbisa buat menyembuh sayap yang terkulai... kini luka pasti berdarah sepertiga malam, dan sungai yang mengalir ke laut pun merah... merembeskan tangisan darah berkurun.

Antara liputan yang memahat peristiwa:

buletin utama tv3
utusan malaysia
gua dot com
berita harian
Melodi

Dan ya, Al-Fatihah juga untuk bekas mufti Selangor, moga rohnya jua dicucuri rahmat. Maaf tidak banyak yang dapat kuperkatakan tentang beliau, mungkin kerana aku tidak begitu mengenali dan tidak begitu dekat dengan beliau. Jadi impaknya terhadap rasa hati itu agak berbeza. Buat Nor, terima kasih atas ingatannya. Dua insan ini berkongsi tarikh kematian yang sama. Mungkin juga nanti kita berkongsi tarikh kematian yang sama pula ya... siapa tau.

Ada sahabat yang beritahu bahawa ada perbahasan tentang isu ini. Aku ambil pemahaman yang positif selaras dengan kecetekkan ilmuku, antara kawan yang hampir dan ulamak yang jauh, tentulah perihal kawan kita itu yang terkesan dihati. Begitu juga antara ahli keluarga dengan pemimpin besar negara, pastilah rasa tentang pemimpin negara itu kurang memberi kesan pada kita, kerana ahli keluarga itu lebih dekat dengan kita. Walaubagaimanapun semoga keduanya dirahmati Allah dan ditempatkan disisi roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

22 Jan 2008
:: Yang tidak terlukiskan...

Terhapus gemawan di hati
sinar selaksa lestari hadir dan memberi erti
pada nafas dan denyut nadi

Warna-warna alam memercik seri
merona segala lekuk dan lirikan
wajah dan alis yang mempersonakan

Gembira persis pelangi
datang dan pergi
itu ketentuan harus sentiasa diingati
agar tiada garis-garis halus
merembeskan duka berseliratan.

17 Jan 2008
:: Yang berputaran...

Hari-hari berlalu amat pantas. Hingga urat kaki timbul dan lenguh-lenguh mengejarnya. Ya, perihal dunia, moga aku tidak terleka dengan permainan indah yang sentiasa meniti di depan mata. Tuhan berikan sejuta kegembiraan lewat insan-insan yang kusayang, senyum dan tawa di mana-mana. Alam tambah mesra walaupun dalam senak nafas yang dituba asap berbisa saban hari, alam tidak pernah memungkiri janji mengiringi dan membimbing nurani di perjalanan ini.

Jadual yang ketat kususun memenuhi keberadaan tahun ini, dengan sesuatu yang baru dan moga ia mampu membawa pemikiran jauh dari debu-debu hitam yang selalu tiba dalam kecelaruan. Telah lain, segala corak dan rentak telah kuubah, moga kelainan ini meniupkan kehidupan yang lebih tabah dan penuh positif. Justeru membawa impian satu-persatu ke cangkir realiti kehidupan yang manis.

Maaf buat tetamu yang berkunjung ke sini (jika ada), kerana tidak ada ucapan Selamat Tahun Baru masihi selaras dengan dentuman dan percikan bunga api atau dengan nanar muda-mudi yang terkinja-kinja tanpa moral, lupa diri, lupa bangsa dan lupa Tuhan. Nauzubillah.

Tiada juga sempat ku ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah yang baru sahaja lapan hari berlalu. Semoga di tahun baru ini kita semua beroleh kehidupan yang lebih berkat dan diredhai serta dirahmati Allah. Dipermudahkan segala kesukaran dalam segenap perjalanan kita menuju hari akhir kelak. Semoga umat manusia lebih menyimpan rasa kasih sesamanya, jauh dari rusuh apatah lagi yang membawa amarah hingga kancah peperangan.

Dan beginilah hidup, aku setia melaluinya. Kali ini dengan lebih ceria dan penuh makna-makna. Terima kasih buat insan-insan yang hadir di mana-mana jua, dengan senyum ikhlas anda, matahari telah bersinar jauh ke dalam lubuk jiwa saya mencipta kolam dan pelangi yang indah sekali.


15 Jan 2008
:: Di mana rumahku...

Di manakah rumahku?
Di sini atau di situ?
Di sini berkasih dan bulan madu
Di situ kupulang untuk beradu

Di manakah rumahku?
Beratap lantai berdinding rumahmu
Bernafas sendat mencium debu
Mundar mandir jiwa pun tepu

Di manakah rumahku?
Pada deretan kertas dan buku
Pada ketukan papan kekunci bertalu-talu
Pada dingin yang mengupas segala isi dan kuku
Pada kurungan kecil sebuah meja dan sebiji lampu

Di manakah rumahku?
Langkah ini sering keliru
Bila lelah telah bertamu
Dimana pun kurasa rumahku.

150108 : 8.12am

9 Jan 2008
:: Pada satu perhentian...

Pada satu perhentian
Adrenalin pun mundar mandir menggelidah seluruh jagat yang tersapa
Ada kecelaruan dan pertanyaan....ada hakikat yang sukar dimengertikan
Apa yang mendatang apa yang terhidang apa yang telah ditelanjangkan
Kenyataan itu mengejutkan

Dalam terpingga-pingga mata yang celik jadi buta
Apa yang digapai apa yang raup apa yang dibelai
Segalanya datang silih bersilih dan menuntut penghematan bukan hanya dari mata

Perhentian ini mengelirukan
Kerna telah ada perhentian-perhentian sebelumnya yang juga menahan langkah untuk berlama-lamaan di situ.... ya ada juga yang mau kita selamanya di situ
Tapi fasilitinya tidak memungkinkan kita untuk berlama-lamaan di situ
Ruangnya mudah senak mudah koyak mudah rabak
Dan selalu pula kita ternanti-nanti pada ... ya kalau adalah semilir tiba membawa berita tanpa dusta...
Keseluruhannya ruang itu dibiarkan berdebu... lama tanpa di sapu

Dan kita melangkah lagi... keperhentian yang seterusnya
Keyakinan itu seperti sebati dengan diri... bahawa ini adalah perhentian terakhir
Kaki kita sudah terlalu sengal, nafas kita telah terlalu lelah
Kita yakinkan hadir kali ini untuk selamanya
Tapi kosong juga kotanya perlahan-lahan pula menjadi belantara... ke mana lari penghuninya

Perhentian ini
Yang terlihat dihamparkan permata dan manikam persis dari syugawi
Mengajak aku untuk duduk dan menikmati
Harum bunga-bunganya mesra dijabat udara yang berhembus dalam tenang
Walau pun segala yang indah-indah tersedia di perhentian ini
Belum tentu kan abadi, belum tentu kan mesra, belum tentu kan terkota
Kerana semua ini ilham Pencipta dan kita sebagai hamba hanya berhenti seketika
Sebelum rebah dan menutup mata.

9.1.2008 : 4.04pm

28 Dis 2007
:: Moga segera sembuh...

Terasa kaku jemari mengetuk papan kekunci untuk mengabadikan selembar lagi kisah dalam hidupku ini. Ya, aku berusaha mengutip seluruh kekuatan untuk meneruskannya demi memenuhi permintaan sahabat yang aku sayangi. Dia yang selalu menyokong agar aku terus menulis, malah antara insan terawal membaca segala bentuk tulisan aku sewaktu masih di bangku sekolah. Dia telah membaca semua buku kompilasi tulisan bloggers yang aku terlibat sama, bermula dari Jiwa Kacau, Masuk Barisan dan Pink Platun. Mungkin tidak semua tulisanku masuk dalam bakul minatnya, tetapi dia tidak pernah mengatakan sesuatu yang negatif apatah lagi melunturkan minatku. Sokongannya selalu membuatkan aku merasa apa yang kulakukan adalah benar dan bermanfaat.

Hari ini dia dibedah. Kanser payudara yang selama ini cuba dinafikan adalah kenyataan. Dua hari sebelum Hari Raya Kurban aku dan beberapa sahabat lain sempat menghabiskan masa bersamanya hingga awal subuh. Menghibur dan memberi sokongan serta semangat, alhamdulillah dia nampak bersedia dan tenang. Semalam, di wad hospital kami juga sempat berkumpul, tertawa dan berkongsi kasih sayang yang sedia terbaja sejak lebih 23 tahun lalu.

Oleh kerana cuti hujung tahun yang panjang, aku berada di kampung. Dengan itu juga tidak memungkinkan aku untuk berada disisi dan melawat dia di hospital. Mesej pesanan ringkas beliau memohon kemaafan sebelum masuk ke dewan bedah tambah membuat hati kami sayu. Alhamdulillah pembedahan yang berlansung seawal pukul 7.30pagi berakhir pada jam 1.30tengahari. Sepanjang waktu itulah kami para sahabat digigit gelisah yang teramat. Kami menalifon sesama sendiri, berkongsi cerita dan airmata, mendoakan sahabat tercinta selamat dan segera pulih seperti sediakala.

Alhamdulillah, Maha Suci Allah, doa kami dimakhbulkan. Lebih kurang jam 2.30petang aku telah dapat mendengar suaranya. Ada air mata kegembiraan menyambutnya. Syukur yang amat dalam kupanjatkan pada Allah s.w.t. Tidak terungkapkan kata-kata bagi menghuraikan bagaimana perasaanku ketika itu. Doaku yang pasti adalah dia benar-benar sembuh dari penyakit ini. InsyaAllah perkara pertama yang ingin kulakukan sebaik pulang ke KL ialah melawat sahabatku ini.

24 Dis 2007
:: Hujan dan angsa...

Hujan turun tak semena-mena. Panas yang tadi garang pun hilang tiba-tiba. Kain-kain basuhan yang separuh keringnya masih mengitai-ngitai di jemuran. Kalau lambat seminit alamat boleh diperahlah airnya. Curahan ini hampir tanpa alamat, mengejutkan isi rumah yang sedang leka dengan hidangan makan tengahari.

Hujan terus menggila, meneran segala air yang terkandung di atas sana agar tumpah semuanya, cepat-cepat dan seperti kalau boleh sekali gus semuanya biar berada di atas bumi pula.

Sepasang angsa kesayangan mengalu-alukan deruan hujan ini. Jelas terpancar cerianya, berlarianlah ia laki-bini kehulu kehilir dalam hujan yang melemaskan rumput-rampai di halaman.

Takungan-takungan air pun terbentuk di mana-mana tanah yang lekuk. Angsa laki-bini jadi tidak keruan. Lopak-lopak air itu segera diharungi. Titisan dari langit yang merembati daun pepohonan membingitkan suasana justeru menjadi melodi alam yang merdu gubahannya.

Angsa laki-bini mengepak-ngepak di dalam air, membenam-benamkan tubuh mereka yang munggil. Mungkin kalau kalian berada di negeri atas angin pasti petang ini leher kalian terpenggal, daging kalian yang pejal akan disalai atas api atau dibakar di dalam ketuhar menjadi hidangan petang Krismas. Tapi kalian di sini, bebas dan sangat di kasihi. Maka bergembiralah meraikan hujan tengahari ini.

Lehernya yang panjang dilunjurkan dalam air yang bertakung, dalam gerakkan yang pantas lehernya itu dibengkokkan ke sisi meraup sejumlah air dan dibawa ke tengah belakang. Gerakkan ini dilakukan berkali-kali. Ibarat mandi di sumur, 'limeh' sejenis bakul yang dibuat dari upih pinang digunakan sebagai gayung untuk meratakan air ke tengah belakang, ya persis itulah.

Setelah dua tiga kali mengulangi, paruhnya yang sasa itu menyikati satu persatu bulu sayapnya. Belum pun habis separuh dia kembali gilakan air, lalu ia mengepak-ngepak dalam air dan membasahkan seluruh tubuhnya berbulu itu. Air takungan menjadi keruh. Tetapi gembiranya angsa laki-bini ibarat berada di sauna yang ditaburi kelopak bunga-bunga harum dan aneka warna. Ia meraikan hujan ini dengan penuh makna.

Yang jantan di lopak yang agak dalam, sementar yang betina di lopak yang lebih kecil. Sebentar kemudian si jantan datang terkedek-kedek menghampiri yang betina, menyesakkan ruang ingin mengepak dalam air bersama. Yang betina tidak selesa beralih ke lopak yang lagi satu, menyelam-nyelam dan mengepak-ngepak menyelesaikan bulu di situ pula. Tidak berapa ketika si jantan beralih lagi mengikut yang betina, si betina rimas dan beralih ke lopak yang kecil lagi keruh itu semula. Aku tersenyum memerhati, namanya juga sepasang. Ayam jantan Mak Ngah datang mengacah-ngacah, si angsa jantan memanjangkan leher menyudu-nyudu mengejar si jalak merah. Terpekik-pekik si jalak mencari arah.

Aku lihat nun di bawah pohon manggis air hujan lebih banyak bertakung, tapi angsa laki-bini tak terliur pula dengan air yang dalam dan masih jernih itu. Aku menjerit-jerit dari tepi tingkap supaya angsa laki-bini berkubang di air yang dalam di bawah pohon manggis. Sekilas ia memandang berkerdip dan buat tak tahu.

Ya, yang indah dan selesa di mata kita tidak semestinya berada dalam keadaan yang sama di mata dan hati orang atau makhluk lain. Ya, Tuhan menjaga semuanya dalam tata kosmos keseimbangannya yang tersendiri. Indah... amat indah kehidupan ini.

22 Dis 2007
:: Dari pinggiran rimba...

Kali ini bukan pilihan, lebih pada menunduk mengikuti perjalanan masa, pun begitu seperti kebiasaannya daerah ini akan memeluk nurani membawa aku dekat sekali dengan alam dan kasih sayangNya. Dengan itu kulapangkan hati menghabiskan cuti yang kuhimpun dari awal tahun dengan hanya berehat sambil menulis dan membaca di hujung rimba ini. Moga aku bisa menghasilkan sesuatu sebelum cuti ini habis. Rencana untuk ke beberapa tempat terpaksa dibatalkan. Moga rencana ke Kenyir nanti tidak tertunda juga.

 

Kemesraan

Suatu hari
Dikala kita duduk ditepi pantai
Dan memandang ombak dilautan yang kian menepi
Burung camar terbang bermain diderunya air
Suara alam ini hangatkan jiwa kita

Sementara
Sinar surya perlahan mulai tenggelam
Suara gitarmu
Mengalunkan melodi tentang cinta
Ada hati
Membara erat bersatu
Getar seluruh jiwa
Tercurah saat itu

Kemesraan ini
Janganlah cepat berlalu
Kemesraan ini
Inginku kenang selalu

Hatiku damai
Jiwaku tentram di samping mu
Hatiku damai
Jiwa ku tentram
Bersamamu


Cuaca yang sejuk menggigilkan seluruh otot, serasa kejang bila angin desa yang gemalai melewati kulit, meremangkan roma. Sapaan yang mesra dan bebas dari klorofloro carbon. Irama dan nyanyian Iwan Fals teradun dalam suasana desa yang sederhana ini. Puncak bukit hilang ditelan kabus-kabus tebal, jernih anak air memercik keras di banir batang cengkering, laungnya sayup-sayup terdegar ke rumah pusaka ini. Hari sudah menginjak zohor, riang-riang sudah memberi petanda. Pun begitu suasana masih sejuk dan dingin.

Walaupun kubiarkan alunan musik ini dalam nada yang cukup perlahan, ia masih mengembara ke darat dan ke baruh, kedamaian desa ini telah memberi ruang bagi bunyi bergerak lebih bebas agaknya. Sesekali tempik gembira ayam-ayam mak ngah jiran sebelah bertemu kroni anai-anai membelah suasana. Ketenangan sebegini mudah saja menggamit lena. Rehat yang cukup sempurna setelah setahun dibalun hiruk pikuk kota penuh dusta dan berlumpur.

Aku melepaskan peluang malam ini untuk menyaksikan konsert Dewa walaupun sudah ditawarkan tiket percuma. Aku membayangkan suasananya yang mana aku mungkin tidak selesa. Mungkin di waktu lain saja kalau ada, tanpa sesak dan gempita jeritan manusia. Untuk Yann dan teman-teman yang lain, semoga bergembira dan selamat semuanya. Moga di lain masa aku sempat berjumpa Once ya.

Hari ketiga Hari Raya Qurban, terima kasih atas sms-sms ucap selamat merentasi selat dan benua, terima kasih juga atas kiriman kedinginan salju dari Scotland (patutlah Buyau bertambah-tambah sejuknya haha). Seluruh sejahtera buat kalian di luar sana, apa pun jua bentuk pengorbanan kalian moga diberkati dan dirahmati Allah SWT hendaknya.

17 Dis 2007
:: Detik masa

Bila degup jantung lain dari biasa, yang terbayang hanya selimut putih dan menelah-nelah perasaan dan rasanya menghadapi saat itu. Samada bersedia atau tidak, kita akan dijemput. Tidak ada karpet merah untuk orang kenamaan, tidak ada senyum mesra bagi yang tak berada, semuanya sama.

Denyut-denyut nadi yang tinggal ini adalah umpanya jam pasir yang jatuh sebutir demi sebutir, bezanya sebanyak mana bakinya di balang yang di sebelah atas, tidak kelihatan oleh mata kasar kita.

16 Dis 2007
:: Langgar pantang...

Kononnya aku berpantang dari membeli buku-buku baru selagi buku yang sudah kubeli tidak habis kubaca. Tapi semalam aku telah memborong empat buah buku di MPH MIdvalley untuk santapan pembacaan pada masa cuti yang akan datang.

           

dan sebuah lagi Ziarah Rindu - Mohamed Latiff Mohamed, maaf malas nak ambil gambar, scanner pula di rumah abang, anak-anak buah guna untuk kerja sekolah mereka. Beberapa buku yang telah habis kubaca kupinjamkan pula pada anak-anak buah yang sedang bercuti sekarang, sesuai dengan usia mereka; Ashraf dengan Bila Tuhan Berbicara, Adila dengan Manikam Kalbu dan Pian mendapat Nama Beta Sultan Alauddin. Secara kebetulan semuanya buku Faisal Tehrani. Aku mau ilmu yang ada dalam buku itu sampai kepengetahuan mereka juga. Cuma mungkin sedikit sukar bagi Pian bilamana dalam NBSA itu ada terdapat perkataan-perkataan klasik dan jarang digunakan. Tak apa di helaian-helaian terakhir buku itu ada di sertakan maknanya, dia cuma perlu rajin menyelak kebelakang. Secara positifnya aku fikir buku itu akan menambahkan daftar kata bahasa Melayu dalam minda Pian pada usia 9 tahun 26 Disember ini. Biar dia bermula awal, jangan jadi aku yang berlewa menyulam kerugian.

Berkesempatan juga aku dan Nana menonton filem fantasi Inggeris Golden Compas. Suka benar aku dengan cerita ini. Walaupun kisahnya belum tamat sepenuhnya, hanya selesai episod pertama, aku tetap puas hati dan mula mencongak -congak untuk menjadikan dvdnya koleksi peribadi seperti juga halnya dengan Lord of the Rings. Untuk kalian yang ingin meninjau tentang filem ini boleh lah merujuk laman web rasminya www.goldencompassmovie.com atau menonton trailernya di sini.

Dalam filem ini heroin kanak-kanaknya memakai nama Lyra, atau sebutannya Laira. Bertambah bersemangat lagilah aku mengikuti kisahnya. Tentang manusia yang dilahirkan dengan 'demon'nya berupa binatang. Demon kanak-kanak akan berubah-ubah bentuk dari satu binatang ke satu binatang dalam satu-satu masa mengikut keadaan. Tetapi bila mereka dewasa 'demon' mereka akan kekal dalam satu bentuk sahaja. Mereka tidak boleh dipisahkan, mereka akan merasa sakit jika salah seorang dari mereka disakiti. Aku pun tak mahu menulis lebih banyak tentang cerita ini, nanti jadi 'spoiler' pula, nanti ada pula yang marah-marah. Jadi kalian bolehlah membaca bukunya atau menonton sendiri cerita ini dipawagam.

12 Dis 2007
:: Penyakit Bohong

Zaman sekarang ini ramai orang suka berbohong. Ya, dalam perkataan lain menipu, berdalih, berdusta dan beberapa perkataan lagi yang ada di dalam kamus. Mungkin kalian boleh merujuk mana-mana kamus yang berkenaan. Aku pun telah menulis hal ini tidak berapa lama dahulu. Tapi kali ini rasanya isu ini lain sedikit. Yang ingin kuperbincangkan di sini kalau boleh adalah tentang hebahan kebangsaan atau antarabangsa tentang sesuatu isu.

Semalam di berita perdana ahli sains telah mengumumkan bahawa dalam tempoh 15tahun lagi Bandaraya Bangkok di Thailand akan sempurna ditenggelami air. Ini adalah berdasarkan keadaan cuaca global, pencairan bongkah ais di kutub utara, dan peningkatan paras air laut sebanyak empat inci setahun. Dalam visualnya digambarkan ombak memukul tembok yang dibina di tepi pantai, ombaknya melimpah hingga ke darat. Oh ini benar-benar membimbangkan.

Hmm tak payahlah kita melihat negara orang, mari kita tengok apa yang ada ditubir mata kita ini. Beberapa hari lalu Perdana Menteri kita dan Menteri-menteri yang lainnya buat ulasan tentang perhimpunan haram. Suasananya digambarkan sangat kecoh. Mereka ini perusuh berhimpun secara haram, tanpa kebenaran. Dari kaca tv aku lihat orang melaut dipecahkan oleh tembakan air dari "water canon". Beberapa bari berikutnya pula ramai sekali ditangkap termasuk peguam juga. Isu yang dibincangkan atau dituntut oleh kumpulan ini tentu lah kalian sudah maklum, boleh juga cari dari mana-mana akhbar tempatan online, mereka masih menyimpan berita tersebut.

Yang aku ingin perkatakan bukan peristiwa itu, tapi kebenaran di sebalik semua itu. Benarkah seperti yang dilaporkan atau sekadar ulasan yang ditokok tambah seperti lazim nya? Boleh rujuk blog Sempoii bagaimana berita semudah dan seringkas anaknya menalifon Bomba di kejadian kebakaran di tempat tinggalnya juga telah salah dilaporkan.

Ada banyak peristiwa dan keadaan yang digembar-gemburkan untuk kepentingan pihak tertentu. Dalam berita Sempoii itu mungkin disebabkan akhbar itu ingin menyampaikan bahawa dari talifon bimbit pun boleh mendail 999 untuk kecemasan, tetapi ia telah memalsukan fakta asal. Kisah air laut naik dan cuaca dunia berubah mungkin akan menguntungkan perniagaan tertentu dalam usaha menjual produk mereka yang mendakwa mesra ozon dan sebagainya. Mungkin juga akan ada mega projek untuk menambak kawasan tertentu bagi menghalang kawasan tanah rendah dari ditenggelami air laut. Mungkin juga menguntungkan ahli politik negara tersebut siapa tahu. Seperti banyak kes-kes yang digembar-gemburkan disekeliling kita demi menutup isu kenaikan harga gas, petrol dan sebagainya. Dalam keadaan 'huru-hara' yang disebabkan oleh penunjuk perasaan di perhimpunan haram itu pula... ada sesiapa ke yang beroleh manfaatnya? Kau rasa-rasa....?

11 Dis 2007
:: Jauh Dari Mu...

jauh darimu kurasakan perlu
agar kasih ini tebal dan jitu
biar sentiasa teringat padamu
dan membenarkan jiwaku terus lugu

jauh darimu memberi aku nyawa
dalam palitan rindu yang kepalang hebatnya
terasa kita semakin utuh menyelami erti sesama
melayar setahun jagung hidup berdua

kasih dinda padamu kanda
bersempadankan garis langit tanpa benua
melangkaui batas indera yang kita terdaya
menyelami samudera menerobos segala yang nyata

jauh darimu membawa pengertian padaku
akan dingin salju, akan bukat malam, akan harum sakura
akan jernih titisan embun, akan merdu degup jantung, akan harum taman sukma
akan gemersik suara cengkerik menghiasi keheningan malam,
akan indah ... oh...segala-galanya indah digumam rindu yang kepalang buatmu
akan betapa utuh kasih Pencipta meminjamkan kita pada satu rasa
meminjamkan kita satu ruang masa berkongsi dan melayari bersama
bahtera kehidupan yang saban hari kita dekorasi dengan seluruh jiwa.

jauh darimu kurasakan perlu
untuk kita menggelidah keberadaan dan ketidakadaan
dalam meghirup rahmat Tuhan yang tidak terperikan.

[terinspirasi dari kisah sang isteri yang berziarahan ke negara matahari terbit demi melunaskan tuntutan tugas]

 

7 Dis 2007
:: Seindah purnama...

Pada hari yang indah lebih tiga puluh tahun lalu, seorang ayah membawa pulang sekeping piring hitam berwarna merah. Di atasnya tulisan-tulisan Arab serta gambar-gambar penyanyi Arab menjadi hiasan. Ibu dan kakaknya turut naik sama ke atas rumah menghampiri satu-satunya pemain piring hitam kepunyaan keluarga. Pemutar piring itu dilengkapi dengan kuasa elektrik dan mekanismanya dikemaskan dengan kotak kayu lapis. Rekod baru tersebut dimainkan. Masing-masing mengambil tempat duduk di sofa sambil berbual-bual tentang penyanyi dan rekod baru tersebut. Si ayah menjadi profesor serba tau menjawap segala soalan dari ahli keluarganya tentang lagu-lagu baru itu.

Anak perempuan bongsunya berlari-lari ke sana kemari menggegarkan lantai. Sepantas itu juga dia ditegah kerana jarum pemain piring hitam mula melompat-lompat dan suara musik serta penyanyi itu juga mula kedengaran berulang-ulang. Kakaknya cuba menangkap si adik yang mula pula berteriak-teriak kegembiraan. Seperti lazimnya tidak ada siapa yang bisa menjinakkan anak kecil yang lincah itu kecuali bapanya. Begitu masa merakam suasana dalam kapsul ingatan yang sungguh indah.

Hari ini setelah bertahun-tahun atas gesaan hati, kedengaran semula alunan yang lunak dan merdu itu, suasana lama pun jadi baru. Bezanya kali ini tidak ada pemain piring hitam, tidak ada suasana kampung, kakak dan ibu juga tidak turut sama mendengar.

Hari ini sudah amatlah berbeza... tidak ada seorang ayah yang membawa pulang piring hitam berkulit merah. Tidak ada anak kecil yang menghentak-hentak lantai memaksa jarum piring hitam melompat 'track'nya. Dia juga sudah tidak berlari-lari ke sana ke sini lagi.

Hari ini irama tersebut telah mengalun dari corong suara komputer, dan dalam bentuk fail .mp3. Fizikalnya sudah tidak kelihatan, cuma diwakili bait aksara di skrin komputer. Tidak ada jarum untuk memainkan irama itu, hanya dengan dua kali ketikkan yang pantas pada nama fail tersebut, lagu pun berkumandang.

Seorang ayah itu tidak pernah tahu apa itu .mp3 begitu juga dengan komputer dan perkakasannya. Kalaupun ada dipengetahuannya melalui pembacaan yang sebanyak itu adalah mesen-mesen yang disebut di negeri atas angin sahaja, digunakan untuk kajian sains dan angkasa lepas. Bukan sebagai alat hiburan yang mudah dibawa ke mana-mana.

Ya... seorang ayah itu sudah tiada, telah lama dijemput Pencipta, tidak lama selepas dia membawa pulang piring hitam merah itu. Dan... anak kecil itu juga telah lama dewasa dalam ketiadaannya... menjadi seorang aku.

Nahna wil kamar jeeraan - Fairuz

Arabic Lyrics
English Translation
Nahna wil kamar jeeraan. We and the moon are neighbours.
Bay-toe khalf tlaalna. His house is behind our hills.
B-yitlaa' min kbaalna B-yismaa'i El-alhaan. He rises in front of us listening to the tunes.
Nahna wil kamar jeeraan. We and the moon are neighbors.
A'aref b-mwaa a'eidna w-taarek b-karmeadna ajmal el-alwaan. He knows about our dates and he leaves on the top of our tiles (top of the house--red bricks) beautiful colors.
W-yaa ma shirna maa'ouh b-lail elhana maa' el-nahdaat, And how we stayed awake with him all the happy evening accompanied with our sighs...
W-yaama a'ala matlaa'ouh sharahna elhawa ghawa hkayaat. And how on his rising we explained our love and its stories.
Nahna wil kamar jeeraan. We and the moon are neighbors.
Lamma ttal w-zaarna a'a kanater daarna rashrash el-mirjaan. When he showed up and visited our house' arches... he sprinkled the coral all over.
Yaaaa jaaret el-kamar... ya ahla ghinniyeh... Oh you moon's neighbor... The most beautiful song...
Yah jaaret el-kamar mouj bhal sahriyeh... ya m-you-zika... Oh you moon's neighbor... Oh music...
Aah... houb w-samar... Aah. Aah... Love and chatting at night... Aah...
Lail el-hawa sahraatek Aah... Ya jaaret el-kamar... aah. An evening of love... your evening Aah? Oh you Moon's neighbor... Aah.
Nahna wil kamar jeeraan -- jeeraan... baiytou khalf tlaalna... B yitlaa' min kbalna B-yesmaa'i El-alhaan. We and he moon are neighbors -- neighbors. His house is behind our hills. He rises in front of us listening to the tunes.
Nahna wil kamar jeeraan -- jeeraan. We and the moon are neighbors -- neighbors.
A'aref b-mwaa a'eidna w-taarek b-karmeedna ajmal el-alwaan. He knows about our dates and he leaves n the top of our tiles (top of the house--red bricks) beautiful colors.
W-yaama shirna maa'ouh b-lail elhana maa' el-nahdaat. And how we stayed awake with him all the happy evening accompanied with our sighs.
W-yaama a'ala matlaa'ouh sharahna elhawa ghawa hkayaat. And how on his rising we explained our love and its stories.
Nahna wil kamar jeeraan. We and the moon are neighbors.
Lamma ttal w-zaarna a'a kanater daarna rashrash el-mirjaan. When he showed up and visited our house' arches... he sprinkled the coral all over.

Lagu ini jua turut dimelodikan dengan indahnya oleh pencipta, penggubah dan pemimpin orkestra yang cukup masyur, Ron Goodwin. Kalian boleh rujuk di Hamlau untuk mendengar susunan lagu-lagu dari Salute to Lebanon dan Arabian Nights

Antara pilihanku:

  • The Moon and I (nahna wil kamar jeeraan, irama ini juga pernah dinyanyikan oleh Syarifah Aini dengan lirik bahasa Melayu diberi judul Di Malam Pernikahan, malah lagu inilah yang melekat di mindaku dari zaman kanak-kanak kerana bahasanya kufahami )
  • April is Coming
  • Old Beirut
  • Grotto of Jeita
  • Avenue Des Francais (juga telah dijadikan irama sebuah lagu nasyid tempatan)
  • Bazaar (terasa gembira mengikuti melodi ini)
  • Return to Paradise
  • Barefoot Girl (lagu ini sering digunakan sebagai latar radio RTM sewaktu kukecil, malah rasanya hingga ke hari ini)

Ada juga beberapa lagu lain yang bagus, kalian dengarlah ya.

3 Dis 2007
:: Sudah terlewat kah?

sudah terlewatkan mencari kalam
mempelajari ilmu terdalam
gedung ilmu yang masih berbalam
mengaut segala makna isi alam

sudah telewatkah mencari makna
mengutip segala zarah yang membentuk diri
menghimpun sepuluh laksa sebab musabab
menulis mengarang segala lembah dan kali
melengkapkan maksud hadir di sini

sudah terlewatkah mencari punca
mencorak keindahan terawang minda
mencanting batik-batik emas dan dakwat suasa
pada kasa dunia sutera tenunan bonda

sudah terlewatkah perjalanan ini
kalau hari ini baru merangkak
esok lusa baru menapak
sedang orang lain sudah laju dan pantas berlari
apa akukah yang memiliki istilah rugi?

sudah terlewatkah kota ilmu itu untuk kudakap
sepertinya saban hari semakin sayup semakin jauh
ingin benar kutadahkan dada sesempit ini
menggali segala yang tersembunyi
aku tagih pengertian jauh menerobos ruang kedunguan
aku rindu pada haruman kitab yang menebarkan saktinya
bila di sini pun langkah tidak lugu, tak terpeluk rasanya gunung ganang di China

 

29 Nov 2007
:: Surat buat sahabat...

Pagi ini aku telah mengarang sepucuk surat, istimewa buat sahabat yang dekat sekali di hatiku. Dalam masa yang sama aku juga ingin mengongsikan ini denagn kalian semua yang tidak dapat kucapai melalui emel. ketahuilah bahawa, kalian juga adalah dekat sekali di hatiku.

Sahabat yang kukasihi,

Puisi ini telah Pak Emha deklamasikan di Rumah Pena sewaktu Kongres Sebudaya Serumpun baru-baru ini. Ketika menyaksikan secara langsung (dengan Zulela duduk di kiriku), auranya jauh lebih mencengkam penghayatan dari mendengar audio ini. Tetapi untuk memahat memori, yang ini pun sudah lebih dari memadai. Justeru aku kongsikan dengan kalian.

Pada rangkap yang kuwarnakan merah…. Aku benar-benar terkesan, rasa insaf dan sedih bila mana menyedari itu juga hakikat dalam diri ini. Kita meremehkan urusan Ketuhanan dan mendahulukan keduniaan yang kalau diikutkan bisa menghanyutkan kita ke laut hitam mana pun kita sendiri tidak tahu.

Puisi ini mungkin melatari suasana di tempat Pak Emha berada dan juga pandangannya terhadap dunia yang lagi satu, tetapi membaca dan menghayati bari-barisnya, ia juga melorekkan gejala apa yang ada di depan mata di tanah air kita sendiri.

Sesuatu terkongsi, dalam sebuah puisi. Sesuatu ternasihati melalui sebuah puisi. Tentang anak muda kehilangan punca. Tentang dunia yang merobek nyawa. Tentang merdeka kita yang masih utuh terjajah. Ahh… kalian baca sahaja lah sendiri…dan fahami mengikut naluri.

Hayati lah…

KEMANA ANAK-ANAK ITU - Pak Emha Ainun Nadjib

Kemana anak-anak kita itu
Kemana anak-anak yang dilahirkan oleh seluruh bangsa ini
Dengan keringat, dengan luka, dengan darah dan kematian

Anak-anak yang dilahirkan oleh sejarah,
Dengan air mata tiga setengah abab
Kemana, kemana anak-anak itu
Siapa yang berani-berani menyembunyikan mereka
Siapa yang menculik mereka,
Siapa yang mencuri dan membuang mereka

Anak-anak yang bernama kemerdekaan
Yang bernama hak makhluk hidup dan harkat kemanusiaan
Yang bernama cinta kasih sesama
Yang bernama adilnya kesejahteraan
Yang bernama keterbukaan dan kelapangan
Kemana...

Aku melihat anak-anak itu lari tunggang langgang
Anak-anak itu diserbu oleh rasa takut yang mencekam
Aku melihat anak-anak itu bertiarap di bawah semak-semak jaman
Anak-anak itu ngumpet di balik kegelapan

Kematian bukanlah tragedi
Kecuali jika kita curi dari Tuhan hak untuk menentukannya
Kematian tidak untuk ditangisi
Tapi apa yang menyebabkan kematian, itulah yang harus diteliti

Nyawa badan, nyawa rohani, nyawa kesadaran
Nyawa fikiran, nyawa hak untuk tentram
Nyawa kewajiban untuk berbagi kesejahteraan
Nyawa Amanat untuk merawat keadilan

Nyawa, Nyawa, Nyawa,..... itu dihembusan oleh Tuhan
Dielus-elus dan disayang-sayang
Bahkan nyawa setiap ekor coro ,
Bahkan nyawa cacing yang mengeliat-geliat
Dijaga oleh Tuhan dalam tata kosmos keseimbangannya

Tuhan sangat bersungguh-sungguh
Dalam mengurusi setiap tetes embun yang Ia tampung di sehelai daun
Tuhan menyayangi dengan sepenuh hati
Setiap titik debu yang menempati persemayamannya di tengah ruang

Tapi kita iseng sesama manusia
Kita tidak serius terhadap nilai-nilai
Bahkan terhadap Tuhan pun kita bersikap setengah hati

Masya Allaaah....
Apa sih yang nancap di ubun-ubun kesadaran kita ini
Di akal kepala kita ini, di dada kita ini
Sehingga sedemikian rajin kita tanam dendam dan kekerasan
Bukannya kelembutan atau kasih sayang.....

 

[ Terima kasih tidak terhingga buat Rizal yang telah bersusah payah dan sudi mengirim puisi ini dan fail audionya. Ya, kamu juga antara insan yang dekat sekali di hati saya. ]

Apa perlu kumuatkan audio deklamasinya di sini? (Untuk mendengar audionya boleh ke blog Jundak)

 

yang berziarah di hujung rimba...

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Terindah

Cedar of Lebanon... yang juga tajuk lagu Fairuz yang satu lagi

The Temple of Venus in Baalbeck


Kelab Sahabat
M. Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha MurniLagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

-----

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Nahna wil kamar jeeraan - Fairuz

Free Download Here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri
Riwayat Mandolin
Jerat
Raja Kasih Yang Hilang
Jujur
By Your side

Mungkin (MTV by Rosh)

Bacaanku

Sudah Tamat

Sedang Dibaca

 

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net