Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Kenangan Lalu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.my
olai tannon lama
olai tannon
fajar
silence
rosh
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal
lelasari
sang perba
wilis

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u
emel@artakus

~@~

DUNIA PENULISAN & SASTERA

ahmad patria
nisah haron
faisal tehrani - sr
faisal tehrani - jc
s.m. zakir
serunaifakir
ummu hani
rozais
fadh razi
amizakhusyri
saharil
nazmi
nazmi - kawad
sri diah
marsli n.o.
shamsudin othman
susan bakar
sy. salha
azizi abdullah
pyanhabib

rymza
jiwarasa
zaid akhtar
hanita hassan
ahmad zafran

esastera
teratakian

emha ainun nadjib
alamat cinta

~@~

KANVAS

yusuf gajah
alfienaive

LANTERA MINDA

fikir-fikir hashim yaacob
kadir jasin
penyair terbilang

~@~

MASKARA

sindiket sol-jah
bebudak jalan robinson
dewangga sakti
filem pendek
vovin

~@~

FOTOGRAFI

saiful nang
moqh
ahmad faisal
shaliza
shaliza fp
alamgrafik
alfiearth

kenrockwell
better photo

kodak
fototeacher
fotokawin

betterdigitalphotography
digital-photography-school

~@~

GENG JURNAL

unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
muringwien
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
jongkang jongket
en khairul
moplantai
zhoulsz
amyz
basrie

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry
jurnalbosan - hayatan

~@~

BLOGS & FOTOPAGES

qurraqas
sumpittsauber
bunda syafia
cekmi
strozze
budu dan belacan
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
sinzmanual
bob danial
norhaidatul azian

~@~

ISLAM

saifulislam
harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita
umrah2u

~@~ 

BLOG SEREBRITI

suhaimi sulaiman
mr manager
yasmin ahmad
afdlin shauki
razzi rahman

~@~ 

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007
apr 2007
mei 2007
jun 2007
julai 2007
ogos - nov 2007

Ver 6.0
dis 2007 - jan 2008
feb 2008
mac - mei 2008
jun - julai 2008
ogos 2008
sept 2008

Ver 7.0
okt 2008
nov - dec 2008
jan 2009
feb 2009

~@~

30 Apr 2009
::Kelelahan yang dalam...


Kredit: So, So tired

Tuhan,
aku ni kelelahan dari hidup yang kukejar-kejarkan
pada rutin yang aku suka
pada kesempatan yang sering menyuakan muka
pada kegemaran yang sering mengimarak kan jiwa
tapi terkinja-kinja buat aku letih seringkali tak bermaya.

Tuhan,
aku ini lunyai di perdu impian yang seringkali ku igaukan
kerana disergah beban yang melampaui daya
kerana diterpa prahara keseliratan kemahuan
kerana diajak kepada keindahan dunia
aku jadi lelah mengejar hari dan masa.

Tuhan,
serasa ingin tidur dipangkuanMu
dengan irama dari gemercik kali dan siulan unggas
serta bayu nyaman yang mendamaikan
aku ingin tersedar di syurgawi
idaman semua makhluk yang melata di bumi
aku ingin bangkit berjalan dalam damai
tanpa sekelumit pun kelodak menggugat sanubari
semua hanya tenang dan dalam diam.

13 Apr 2009
:: One at a time...

I'm into so many things. Thats what my mother said everytime when I've got jumbled up with my schedules. I wanted to do all, I wanted to be at three places at the same time and attended three functions on the same day. I know I can't do that... I'm not a super woman. And so I have to sacrifies the other two and choose ONLY one.

Ada masanya sampai termimpi-mimpi, seperti bengkel puisi yang terpaksa kulepaskan sabtu lalu. Rasa terkilan, rugi dan ketinggalan terpaksa aku telan dan hadam sebagai kenyataan. Aku terpaksa mengalah pada jadual kelas memandu yang telah sebulan aku tundakan bagi melunaskan aktiviti fotografi. Mungkin kerana keinginan untuk hadir sama di bengkel itu begitu menebal dalam minda, maka sepanjang malamku penuh dengan mimpi-mimpi di mana aku berada di majlis tersebut. Jujurnya aku benar-benar ingin turut sama, kerana selama usia aku tidak pernah belajar tentang penulisan puisi. Lagipun aku mungkin jua tak bisa hadir di bengkel kedua 30 Mei nanti. Yang demikian, ralat hati kendur sedikit.

Often, I don't have that much of time (cliché huh?) to documentise my path of life here, even though I wished so much to write or stick pictures that I'd taken or come across every now and then. But I do believe that things happen accordingly, and so... let's not feeling guilty for not being able to do so many things that you so-wished to do o.k. And do excuse me because now I started to write in mix language; my mother tongue and my-so-called re-invented version of English hak hak hak... well lets be selfish once in a while, this is my blog I'll write what I want too hohoho... Its not that actually, it's just sometime 'those' talking words in my head comes out in English. And I hope I will improve and not writing this broken English or broken grammar for the rest of my life. But if I still did after sometimes... I don't think I care damn much about it either... life can be beautiful as we take it, not by filtering it with perfection... Coz perfection for me it not humane, it belongs to the Creator, we can only walk towards it... and that is called corrections.

Apr 2009
:: Cinta pertama...

Cinta pertama itu membuka langit dan menyuakan keindahan yang belum pernah terlihat sebelumnya, tidak dapat kulukiskan di kanvas mahupun kugubah menjadi gurindam terindah. Dan dia telah merangkaikan pelangi dan gemawan menjadi kasur tidurku. Debar dan getarnya itu berbeda sama sekali. Tepatnya persis tsunami yang bermukim di dalam dada setiap kali mendengar suara atau melihat kelibatnya. Bila berada disampingnya, masa terlalu pantas seperti lintasan cahaya yang menyilaukan kantamata. Sepicing itu jua pertemuan berakhir. Dan hati dituntun kerinduan yang tidak berjujuk. Langkah dan nafas dipenuhi sepotong nama, adalah kamu.

Bayangan murni menjadi nuansa irama yang melagukan keindahan, likat dengan kerawang cinta. Kasih itu suci mulus bak embun jernih tidak terpalit sedebu pun noda. Kekal dalam ruang sucinya, terpelihara tak tercela hingga ke saat ini. Cemerlang bak kilauan permata syurgawi. Tertatang menurut tuntutan Ilahi.

Kerana lama itu waktu dipersoalkan, kerana tiada bersua itu keadaan dipertikaikan, kerana terputusnya tali kasih itu kita setuju semua takdir berketentuan. Kita jua sesuara tentang semua yang terhampar menjadi masa lalu itu adalah yang terbaik kurniaan Tuhan. Tinggal kita hari ini merungkai apa sebenarnya yang tidak terungkapkan pada suatu ruang yang dipekap sejarah.

Berbicara lagi denganmu setelah hampir dua puluh tahun mentari, membawa kembali segala indah, segala warna, segala kasih dan segenap tenaga remaja. Aku pun terbawa kembali dalam waktu, ke waktu kembangku baru berputik, dan mekarku baru saja mengorak langkah. Pada usia dengan tiada galau ditubakan ke hati ini, pada masa di mana semua manusia ini kulihat persis malaikat yang tersenyum penuh kasih sayang padaku.

Tapi kini sudah berbeda, tiada lagi malaikat yang tersenyum di jalanan, semua hanya syaitan bertopengkan keikhlasan dan kemuliaan hati yang disadur karat dusta yang diada-adakan demi menzahirkan segala tipu daya dan dogma ketua besar mereka bernama Iblis. Kata kulahir pedas kerana kesatnya perjalanan hidup ini sejak ketiadaanmu. Begitulah aku menongkah setiap ranjau hari mendatang dalam perit mengenang kasih tak kesampaian. Dan demi mengutuhkan langkah dalam sendiri itu, aku gagahkan hati cuba melupakan hadirmu sedikit demi sedikit. Lalu kukotakkan sejarah rasa dan perasaan terindah ini di suatu ruang khusus di sudut hatiku. Ia kekal terpelihara hingga kini, sebagai mercutanda itulah pintu ke alam persis syurgawi terlahir dari sapaanmu, senyummu, usikkanmu dan rajukku.

Masa telah menghanyutkan kita jauh dari sesama. Mengetahui kehidupanmu telah berhijrah ke alam yg lebih indah dan tenang, aku dari jauh mengumam perasaan dan menelan kecintaan. Terbaik begitu kerana segala sesuatu antara kita sebenarnya tidak pernah pun bermula.

Hampir dua puluh tahun mentari, langkahku telah membawa diri ini berdiri dan tersenyum di depanmu. Wajahmu ketika itu berada di depan kanta ini. Jelas kuingati, rasa terkejut yang bukan kepalang melukis setiap inci wajahmu tatkala pertemuan itu kembali menjadi takdir kita. Berulang kali kuucap salam dalam senyum seikhlasnya, kau seperti diterbangkan ke dunia tanpa bunyi barangkali. Sehingga aku pula diamuk gamam, malu jika ada yang menyedari kenapa dua insan ini bertemu dan terpaku pelik begini.

Ahh aku boleh saja menulis bagaimana rasa, bagaimana rupa, bagaimana semua adanya ketika itu, berjela-jela tanpa henti. Dan peliknya… kupu-kupu yang selama ini kusangka mati, kembali hidup cergas menari-nari di dalam dada. Bukan kah sudah kusangkarkan pejap-pejap tiada telus cahaya? Dan seperti tersedar... bunga-bunga yang telah hampir dua puluh tahun mentari layu itu, segar bugar persis tersiram rahmat hujan dari syurga. Begitulah nuansa pertemuan semula. Indah dan mengasyikan.

Dan setelah selama itu, hari ini kau menghubungiku semata-mata untuk menzahirkan apa yang selama ini tertunda. Apa yang selama itu kutunggu terlontar dari kotak suaramu. Apa yang selama itu menjerat aku dalam teka-teki. Apa yang selama itu menjadikan aku pengira detik, apakah akan ternyata sesuatu, apakah akan terjadi sesuatu? Akhirnya kau katakan jua... dengan indah ke pendengaranku. Ketika itu hatiku pilu, air mata pun mengalir. Perasaan terjerut suasana, aku hilang udara untuk bernafas. Walau sering kudengar tetapi darimu berbeza, getarnya sama seperti kali pertama. Gejolaknya hanya Tuhan sahaja yang mengerti. Aku lemas di ombak perasaan sendiri. Dan kau tanyakan padaku, apakah masih ada rasa itu. Ketika aku perlahan menuturkannya, sambil menyeka tangis dari pendengaranmu... aku sudah tuli dari suaraku sendiri, seluruh alam telah sunyi dan kau begitu berhati-hati menanti setiap butir lontaran kata dari bibir ini.

Setelah itu kesal menjadi nafasku, dan mungkin jua perasaanmu. Aku pun tidak mengerti apa perlunya diskusi ini. Sekadar untuk tambah melukakan aku yang tidak lugu atau sekadar menjadi bukti kejayaanmu menawan hatiku suatu masa dulu. Katamu bersamaku yang terindah, dan ingatan itu mahu kau suburkan sehijaunya hingga akhir hayat. Pahit kutelan kata-kata itu. Katamu aku yang pertama rasa sayang itu singgah di hatimu, aku mahu percaya moga bukan seperti kidung-kidung lain yang sekadar berlegar sebagai pelampias hiburan nafsu nafsi.

Kiranya setelah semua itu, aku jadi remaja dan kembali berjalan di tahun-tahun kenangan. Lagu-lagu waktu itu, menjadi sensitif dan pembawa cerita kita. Kauingat semuanya, warkah-warkah biru, titip jenakaku, tempat kita bertemu, santapan kita ketika itu, segalanya begitu hijau di mindamu. Apa benarkah kau mengenangku sebanyak itu? Kiranya dulu kukira semua ini hanya dalam lagu, dalam drama hiburan semata di kaca tv, hari ini akulah pelakon itu. Dan sejarah kasih yang kemas terbuku, bertambah bab yang baru.

Di atas semuanya kusyukuri rahmat Tuhan yang tidak pernah terjangkakan. Kita hari ini adalah insan-insan matang yang tidak hanyut terbuai rasa, biarpun ianya ada dan tidak sedikit pun arus kasih itu tenggelam dipuput masa, aku yakin kita akan lebih tenang jika seperti dulu dan selama ini, tunduk patuh pada aturanNya. Sesungguhnya rasa itu kekal indah dalam kotak kaca yang kita patrikan dulu, menjadi perhiasan hidup yang tak akan ada tolok bandingnya. Cukup bagiku mengenang dan mengetahui di celahan kehidupan ini, dari jauh ada insan yang peduli dan mengasihi.

Dan kau.. kekal istimewa, kerana kau cinta pertama.

[ Antara lagu-lagu masa itu adalah lagu dari penyanyi yang menggelarkan dirinya SARE - penyair dari gunung, yang telah melagukan puisi Kekasih - SN Dato' Usman Awang. Malangnya menjadi kontrovesi bila cetakkan di kulit kasetnya tertulis lagu dan lirik: Sare. Aku cuba mencari maklumat di internet tentang beliau ataupun lagu nyanyiannya itu, tetapi tidak satu pun kutemui. Aku masih memiliki kaset tersebut. Dan aku lebih suka versi dia berbanding penyanyi lain. ]

yang berziarah di hujung rimba...

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Jom Shoping

Jom Tonton

Kepada mereka yang tak dapat ke rakaman konset Salam Dunia seperti saya (demam) dan tak sempat juga nak duduk depan tv masa raya dek melayan tetamu, maka jom lah kita tonton online di website tv9. Klik banner di atas.


Kelab Sahabat
M. Nasir

Sertai kami di:
Yahoo Group
sahabat_mnasir


Satu Usaha Murni
Lagu Jiwa Kenduri Kawen

Juwita
mySpace
facebook

-----

Syair Debu

Terindah

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Cinta Pertama

tiada dpt aku lupa cinta pertama
apakah kau rasakan getaran yang ada
bila kita bersama memadu asmara
dapatkah kau rasakan apa yang kucurahkan

aluanan suara cinta aku untuk mu
engkaulah inspirasi yang memberi erti
tiada siapa serupa dengan mu manja
tiada siapa yang daku percaya
hanya denganmu cintaku... cintaku
kasihku ...

hanya dengan mu cintaku... cintaku
kasih, hanya dengan mu cintaku
kau membahagiakan aku..

Bacaanku

Sudah Tamat

 

Sedang Dibaca

Menunggu Giliran

Pemilikan Terbaru

 

 

Buku-buku boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2009 Myths in the Haze
http://www.elaira.net