Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari
azreyzal

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

GENG JURNAL

nisah haron
unsunghero
nic
JiGoMorisson
bluehikari
manmoncang
attokz
tok rimau
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006
jan 2007
feb 2007
mac 2007

~@~

20 April 2007
:: Kehidupan yang indah...

Setiap orang ada tafsiran sendiri tentang hidup yang indah. Mungkin segunung emas adalah hidup yang indah. Memiliki rumah agam dan kereta mewah adalah hidup yang indah. Mungkin juga tidak. Mungkin hanya hidup yang sederhana dan selesa. Ya, aku memilih yang begitu.

Aku berharap (lagi?) untuk memenuhi kehidupan dengan segala yang bermakna. Ibarat air mengalir, aku akan melalui semua yang tertakdir buat diriku. Kali ini aku tidak akan bertakung lama di satu daerah yang merimaskan. Kali ini aku mahu setiap persinggahan merona makna, untuk hidup yang kulalui, mahupun untuk dunia setelah mati.

Tentang mati, bila ia terjadi tak satu pun yang aku sibukkan hari-hari ini akan sama mati dan mengiringiku. Aku akan berjalan sendiri. Aku mahu jalan yang lurus. Kerana mahu makna-makna duniawi ini juga menjadi makna di dunia yang lagi satu, maka peliharakanlah Tuhan langkahku dan pekerjaanku. Agar setiap yang kukerjakan dan kuusahakan ini juga menjadi bekalan buatku di dunia yang lagi satu.

Seringkali bila berbaring di dalam gelap menunggu lena, aku terbayangkan kalau nanti aku terbujur kaku di liang lahat segelap ini kah? Tak. Nanti lagi gelap. Sekarang masih ada delar dari lampu jalan di bawah. Nanti semua kulit, daging, bola mata, urat darah dan semuanya akan pecah berair bernanah... busuk. Nanti ulat-ulat akan melenyapkan seorang aku hingga tinggal tulang temulang. Tulang temulang pun tak tahu berapa lama tahan sebelum kembali menjadi tanah.

Itu kalau tiada pergerakkan tanah maka tulang temulang serta sisa-sisa jasad akan tinggal setempat, jika ada... maka aku akan berserakkan di bawah sana. Kalau nanti tumbuh pula lanar berapi... maka aku akan terhambur dalam lahar panas... dan menjadi debu. Alam roh itu rahsia. Aku tak tahu. Ramai yang tidak tahu. Yang mengaji mungkin tahu.

Indahnya hidup ini. Terkadang aku persiakan bila memikir yang bukan-bukan. Sedihkan yang bukan-bukan. Mengharapkan yang bukan-bukan. Semoga aku tidak harap dan fikir yang bukan-bukan lagi, dan semoga insan-insan yang dirahmati Allah sekalian juga tidak menyakiti aku dengan bukan-bukan lagi. Aku percaya hidup ini indah, dan ia tidak pernah ingin menyakiti aku... Sekadar adatnya air mengalir... berbagai yang dilaluinya, bermacam yang menghadang sementara sampai ke destinasi akhir dan kering...

~~~@~~~

:: Selamat Hari Jadi Mak...

Selamat Hari Jadi Mak. Moga seluruh kesejahteraan milik Mak di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Moga panjang umur dan murah rezeki. Moga mak sentiasa sihat. Mak jangan susah-susah hati dengan saya, saya tak ke mana. Tapi jika sesuatu terjadi percayalah semua itu pun suratan takdir yang tak mampu kita halang.

Aku sebenarnya kagum dengan Mak. Mak kuat dan tabah. Entah macam mana nak jadi macam mak. Pelik.

Pagi tadi mak terpingga dan hairan bila aku cium pipinya tika dia masih berzikir di sejadah subuh. Dia tanya kenapa. Hari ni hari jadi Mak... kataku ringkas menahan sebak. Ah aku memang terlalu banyak berfikir agaknya. Kerana tanpa Mak... aku tak tau aku jadi apa, mana aku berpijak, mana aku bernaung... mana aku bernyawa.

Terlalu istimewa. Mungkin aku suka tunjuk aku sayang Mak. Memang pun. Tapi akulah anak yang paling degil. Aku tau Mak selalu kecil hati. Besarnya dosa aku. Minta ampun ya Mak.

Selamat Hari Jadi Mak, semoga dapat kita capai impian kita ke tanah suci yang entah bila berezeki. Dan saya ingin bawa mak melihat alam indah di bumi yang lain.

Selamat Hari Jadi Mak, semoga segala yang indah dan segala keberkatan dan rahmat Allah teruntuk buat Mak. Kalau mampu semua ingin saya gapai buat Mak.

Selamat Hari Jadi Mak... sayang terlalu sayang Mak!

16 april 2007
:: Orked lah...

Sebulan dua kebelakangan ini aku suka membeli sejambak orked dari pasar tani. Walau ia bukan bunga kegemaranku, tetapi ketahanannya sehingga tiga minggu adalah faktor yang kukuh selain aku suka melihat bunga hidup. Sekurangnya ada satu elimen yang mendamaikan di sudut ruang tamu yang sangat kosong. Lihat lagi [ x ].

10 April 2007
:: Sekali harung...

Awal bulan lalu aku berkesempatan ke Bandar Seri Begawan lagi. Bukan berdarmawisata, seperti kunjungan-kunjungan sebelumnya atas nama tugas. Setahun lebih aku tidak ke sana. Sewaktu meninggalkan KLIA hujan turun dengan lebat. Titisannya kasar dan keras membanting ke tingkap kecil di tepiku. Aku dapat tempat duduk yg kusuka - di tepi tingkap. Tetapi semuanya hilang bila kuberada di atas awan. Pemandangan juga bertukar... dengan suasana negeri di awan pula.

Terpesona dengan permandangan di bawah sana, bentuk muka bumi semakin mengecil dan setelah lebih kuang tiga puluh minit meninggalkan pesisiran pantai timur gugusan pulau-pulau yang cantik kelihatan. Aku tertanya-tanya sendiri dalam hati pulau-pulau apakah itu. Sewaktu melintasinya di tahun-tahun yang lalu aku selalu menganggapkan ianya gugusan pulau Tioman. Tetapi bukankah sepatutnya ia lebih ke selatan?

Sepulang ke Kuala Lumpur aku pun mencari maklumat dari internet, nyata ia adalah kepulauan Natuna rentetan dari kepulauan Riau! Tidak banyak maklumat serat gambar tentang pulau ini, selain menyebut tentang kekayaan hasil petroleum dan perikanannya. Betapalah dangkalnya pengetahuanku. Terlalu banyak perkara, tempat, budaya dan segala macam khazanah Nusantara ini yang sangat menarik sebenarnya. Aku akan terus menggali satu persatu biar ia menghiasi kutubkhanah kalbu.

Ketikaku tiba sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung lebih seminggu masih meriah. Dan aku mendapat senaskah Surah Yassin terbitan khas kerajaan Brunei. Kali ini aku tidak ghairah untuk melihat persekitaran, aku datang semata untuk kerja. Mungkin kerana sudah merasa biasa dan aku merasa ia semakin dekat, jadi jalan-jalan boleh saja di lain masa.

Sabtu yang lalu pula aku ke Seremban, ada jemputan kenduri kawin di rumah Nisah. Terima kasih pada Tipah dan Cik Mah yang sudi temankan. Panas berdenting seperti di dalam ketuhar, bukti alam terhadap ketidak pedulian manusia. Walaupun begitu kemeriahan tetap terasa. Ketika merapati khemah jamuan aku bertemu Kak Azah Utusan dan Faisal Tehrani. Dari pengamatanku dia agak susut berbanding kali terakhir aku bertemunya. Mungkin langkah menjaga kesihatan agaknya.

Atas permintaan Nisah aku cuba merakam suasana hari itu, walaupun hasilnya tak seberapa aku harap ianya mampu mengabadikan kenangan manis dalam sejarah hidup kalian sekeluarga. Aku berkongsi gembira dengan keluarga kecil ini. Ada yang bertanya, apakah aku ini ibu saudara Nisah. Maka besarlah ketawa kami. Asalnya kawan, kemudian sahabat, kemudian aku dapat tahu dari mak bahawa suami Nisah ada kena mengena dengan keluarga di sebelah arwah abah dan kemudian aku mendapat tahu dari abah Nisah bahawa dia pula bersaudara dengan abang iparku. Abang ipar ku juga bukan orang lain, ada juga kena mengena dengan keluarga sebelah nenek. Rumit juga kan? Tetapi di situlah letak istimewanya barangkali.

Petang hampir jam 4 kami bertiga menuju pulang. Panas masih tak reda. Ketika di lebuhraya sedikit hujan menyejukkan. Malam itu Tipah dan Cik Mah tidur di rumahku, dimeriahkan lagi dengan Shila. Maka berbagai kisah zaman pengajian dulu kembali meniti bibir dan menjadi bahan usikan. Terlalu banyak yang lucu termasuk kejadian aku tertidur di dalam bas dalam perjalanan ke kolej, semua turun aku pula selamba tidur, mujur tak sampai ke KL. Aku suka, kerana bila bisa kita bawa cerita lama terasa baru semalam sahaja hari itu kita tinggalkan. Mengingatinya ada sejernih kegembiraan yang sukar digambarkan. Ada kelapangan nanti kita berkumpul lagi ya.

 

 

 


biarlah kalian yang
teka meneka dan
berkata-kata...

Terindah

Danial

Saksikan lagi satu kartun buatan Malaysia. Kali ni keluaran Sykt En. Nordin. Dan yang ini aku suka!

Setiap SELASA
7.00malam
RTM 1


Kelab Sahabat
M. Nasir

- BOWLING INTER FC -

Tarikh : 2hb June 2007
Waktu : 1.00 ptg (Pendaftaran) Tempat : Ampang Superbowl , BERJAYA TIMES SQUARE Penganjur : Farah Fauzana FC

Setiap Fans Club harus menghantar 1 team (4 orang)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ain di talian Luncai Emas Sdn Bhd 03-6156 1357 / 6700

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

-----

Dunia

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

By Your Side - Sade

You think I'd leave your side baby?
You know me better than that
You think I'd leave down when your down on your knees?
I wouldn't do that

I'll do you right when your wrong
I-----ohhh, ohhh
If only you could see into me

oh, when your cold
I'll be there to hold you tight to me
When your on the outside baby and you can't get in
I will show you, your so much better than you know
When your lost, when your alone and you can't get back again
I will find you darling I'll bring you home

If you want to cry
I am here to dry your eyes
and in no time you'll be fine

You think I'd leave your side baby
You know me better than that
You think I'd leave you down when your down on your kness
I wouldn't do that

I'll do you right when your wrong
I-----I, ohhhh, ohhh
If only you could see into me

Oh when your cold
I'll be there
To hold you tight to me
Oh when your alone
I'l be there by your side baby

Free Download Here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri
Riwayat Mandolin
Jerat
Raja Kasih Yang Hilang
Jujur

Mungkin (MTV by Rosh)

Pemilikan Terbaru

 

Bacaanku

 

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2002 - 2007 Myths in the Haze
http://www.elaira.net
I am apart of this glamourous organization... :D