Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis
silence
silence@fofo
epong
fajar@pixelpost
ila jauhari

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail

~@~

GENG JURNAL

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
nic
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006

~@~


biarlah kalian yang teka meneka dan berkata-kata...

22 Sept 2006
:: Yang aku suka...

[ Nantilah aku letak gambar ]

Bagi warga kota sepertiku kelelahan bersesak dalam laulintas sepanjang perjalanan pulang dari tempat kerja adalah lumrah. Tetapi semenjak aku menginjak ke tempat baru sedikit sebanyak kepenatanku reda disambut alam yang mesra. Di perkarangan istana baru, aku sering disambut taburan kelopak bunga persis bunga dedap yang merah menyala di atas hamparan rumput menghijau setiap kali pulang dari kerja. Atau seawal pagi dengan embun yang masih berbaki kereta Nana akan merah di taburi kelopaknya yang berseri.

Persis... persis permaidani buat Sang Puteri... hahahaha....

[ Bila satu sudut alam menolak hadirku,
yakinlah telah Tuhan aturkan satu ruang yang lain
untuk menerima, menyambut dan menyenangkanku,
seadanya dengan apa pun jua peribadinya.

Ketabahan dan kemudahan itu aku pohonkan Ya Tuhan
kerana peribadi lengai dan sangsai
kerana hati seduh ditulari kecubung duniawi.

Maka Syukur padamu Pencipta... atas kasih yang tidak pernah rengkah.]

~~@~~

:: Bersandar di lemang hangat.


[ Sekadar hiasan dari Raya 2005 ]

Tertarik untuk menulis peribahasa ini. Boleh lah dikatakan rakyat Thailand merasa sedikit lega kerana tidak lagi bersandar di lemang hangat, apabila rampasan kuasa telah menjatuhkan Taksin, pemimpin yang zalim itu.

Bermaksud; rakyat Thailand merasa sedikit lega kerana tidak lagi berlindung kepada orang yang zalim, yang mana akhirnya jika keadaan itu berterusan akan membinasakan diri mereka sendiri.

Moral peribahasa ini:

Aku sedih, tak dapat pulang ke kampung dan buat lemang menyambut puasa kali ini. Huhuhu...

20 Sept 2006
:: Tahap perkhidmatan kaunter di sekitar kita...

Aku jarang ingin menulis perkara sebegini sebaik ia terjadi, kerana pertama-tamanya aku akan menulis dalam keadaan penuh emosi.

Marah dan geram. Itulah perasaanku, buat apa nak selindung lagi. Aku rasa seperti berurusan bukan dengan manusia. Kalau berkata-kata dengan manusia kita akan dapat timbal balas yang kita fahami, kerana kita bercakap bahasa manusia sesama manusia. Tetapi ini tidak. Dan kalau kalian ingin melihat perangai manusia yang pelik-pelik salah satunya sila lah berkunjung ke mana-mana perkhidmatan kaunter.

Dalam usaha aku berpindah ke istana yang baru tidak dapat tidak aku terpaksa berurusan dengan banyak perkhidmatan kaunter. Tak perlulah aku berselindung ya, kerana semuanya pun kenyataan. Ayuhlah aku senaraikan kronologi perkhidmatan kaunter yang kulawati.

Bermula dengan Telekom Malaysia. Talian tetap di rumah tentulah perlu kuubah ke lokasi yang baru. Aku tidak tinggal di situ lagi. Maka aku pun berkunjung ke TM Point di Uptown Damansara. Di situ juga aku membuat urusan pemasangan suatu waktu dahulu. Kali ini aku mohon pertukaran perkhidmatan ke premis baru aku di Bandar Tasik Selatan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, pegawai yang ramah melayani keperluanku. Dia juga bermurah hati membiarkan aku memilih nombor talifon baru yang menepati kemahuanku. Terima kasih. Aku diberi satu nombor rujukan dan nombor talifon baru sambil berpesan bahawa kakitangan teknikal yang selalunya diwakili oleh kontraktor swasta akan mengunjungi premisku dalam masa dua tiga hari lagi, iaitu menjelang Jumaat lalu. Dan tambahnya jika ada sebarang persoalan bolehlah mendail 100 untuk bantuan. Aku pulang ke dengan senyum lebar. Mudahnya berurusan di kaunter TM tengahari itu. Syukur. Dan aku pun menunggu, dengan pesan pada mak supaya benarkan mana-mana pegawai teknikal telekom memasang talifon yang baru.

Hari ini sudah seminggu dari tarikh aku membuat permohonan, dan aku semakin tertanya-tanya apa sudahnya permohonanku tempoh hari. Nombor talifon di kediaman lama masih aktif sedangkan aku tidak tinggal di sana lagi. Semua kunci telah dipulangkan pada tuan rumah. Kalau ada manusia lain yang menggunakan talian tersebut maka akulah manusia yang akan membayar segala bilnya!

Baiklah, aku dail 100. Selama lebih setengah jam dan entah berapa kali kuulang dail, aku hanya bercakap dengan perakan suara. Dan apabila memilih untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan, aku diberitahu oleh mesin tersebut bahawa mereka semua sedang sibuk, masih sibuk dan teramat sibuk! Maka habislah kredit talifon prabayar aku membayar untuk perkhidmatan palsu!

Aku cari di internet nombor talifon ibu pejabat Telekom Malaysia. Alhamdulillah, kali ini manusia yang menjawap dengan sopan dan tertib, hatiku sedikit terubat. Dia kemudian memberi nombor telefonis supaya aku boleh mendapatkan nombor dan berhubung dengan orang yang sepatutnya. Alhamdulillah.

Kakak telefonis itu melayan dan mendengar penjelasan masalahku dengan sabar. Dia kemudian memberi nombor talifon pusat khidmat pelanggan TM Point di Uptown. Dipendekkan cerita, samalah juga hasilnya dengan mendail 100. Aku tidak berpeluang bercakap dengan manusia. Dan mesin itu amat prihatin akan kesibukkan pegawai-pegawai di sana, bila dengan berulang-ulang kali memberitahuku bahawa mereka semua itu sibuk, sedang sibuk dan masih sibuk. (Terasa seperti mesin itu berkata "Tak reti-reti, tak faham-faham, orang sibuk????")

Maka bersabarlah aku sehingga bila aku pun tak tahu. Atau perlukah aku mengunjungi semula TM Point tersebut dalam keadaan histeria? Tentulah tidak, maka bersabarlah sahaja aku ini.

Itu kisah pagi tadi, sekarang jam 2.35petang. Sebentar tadi aku talifon Ongah. Dia telah ke TM Point. Dengan ringkas Ongah beritahu "Esok orang tu datang pasang pukul 11pagi". Hah syukur Tuhan dapat bantuan. Ruginya RM10 kredit talifon aku! Terima kasih Telekom Malaysia, perkhidmatan yang sungguh cemerlang!

Nak aku ceritakan pengalaman seterusnya?

Pengalaman paling istimewa aku berkunjung ke RHB Bank untuk membuka akaun simpanan biasa bagi tujuan pinjaman perumahan. Proses permohonan pinjaman perumahan memang agak mudah kerana diuruskan oleh seorang pegawai jualan yang sangat baik. Tapi jangan puji lebih-lebih dahulu, ada cerita juga disebalik itu.

Pada waktu makan tengahari Rabu minggu lepas, aku pun ke RHB Bank cawangan terdekat dengan pejabatku. Tercangak-cangak tidak tahu siapa yang ingin kutuju, maka aku bertanya kepada pengawal keselamatan. Dia mempersilakan aku ke Kaunter 1 untuk mendapatkan borang permohonan. Dan aku pun berbuat begitu.

Pegawai di kaunter, seorang wanita India memberitahu agar aku mendapatkan di unit ... aku pun tak dengar unit apa yang dia sebut. Tetapi setelah dua tiga kali aku mengulang tanya dia akhirnya menunjukkan tempat yang dimaksudkannya.

Aku pun ke sana. Ada pelanggan yang sedang berurusan. Dengan senyum aku menunggu. Maka selesailah urusan pelanggan tersebut. Aku pun memberi salam dan bertanyakan borang. Kakak itu memberitahu bahawa borangnya sudah habis. Aku mula berkerut. Dia kemudian bertanyakan surat dari majikan. Tambah aku berkerut. Aku beritahu bahawa aku bukan ingin membuka akaun syarikat. Lalu dia bertanya di mana pula aku tinggal dan meminta kad pengenalan. Aku katakan bahawa alamat di kad pengenalan adalah alamat kampungku. Dalam hati "Apa ada cawangan RHB di Buyau?". Aku jadi tersengih-sengih melihat wajah kakak itu yang seolah berkata, ini kawasan orang kaya-kaya kalau tidak ada dua tiga juta jangan buka akaun dengan kami. Kepelikkan ku berantai-rantai.

Panjang bebelan akak tu. Aku pun dah tak ingat. Yang aku faham layanannya membuatkan aku terguris. Sebagai orang yang tidak pernah berurusan dengan RHB Bank aku berharap diberi panduan dan berharap dapat layanan yang memuaskan. Bukan layanan istimewa pun, cukup sekadar jelas dan terang justeru memuaskan.

Katanya jika aku tidak tinggal dalam lingkungan kawasan itu aku tidak boleh membuka akaun, harus pergi ke cawangan berhampiran rumahku. Pening pula rasanya. Aku pun menerangkan tentang pinjaman perumahan. Dia meminta dokumen pinjaman, bagusnya dokumen itu pula tertinggal di pejabat. Dan kakak itu memaklumkan, jika begitu adanya aku tidak boleh membuka akaun. Sebenarnya aku pelik dan keliru, kerana di bank-bank lain seperti BCB KLCC dan Maybank Jalan Raja Laut kakitangannya sangat bersopan dan sangat ingin membantu, amat murah dengan senyuman. Walaupun aku ini hanya kuli cabuk tetapi mereka melayan aku seperti aku membawa tiga juta biliun untuk disimpan di bank mereka.

Baiklah aku tidak boleh membuka akaun. Dari marahku tumpah lebih baik aku keluar. Di luar bank aku menghubungi pegawai jualan yang menguruskan pinjamanku, dia pula membalas dengan nada hairan. Katanya senang sahaja buka akaun. Mungkin waktu itu aku terkasar dengannya. Maklum emosi pelikku menjadi-jadi. Katanya berikan maklumat dirinya di kaunter. Dan aku berbuat demikian.

Kalau kutahu sesusah ini, tak apalah aku membayar lebih setiap bulan di bank lain yang aku sebutkan tadi. Sebagai manusia biasa aku juga ingin berurusan dalam suasana yang ceria. Akhirnya aku pun diberi borang. Kakak yang mengatakan borangnya habis sebentar tadi kembali ke mejanya dan mengambil borang. ????? Tidak kah kau pelik? Ikhlas kak... ikhlas lah. Teringat pula pada Zuraimi, suami Janifah kawan baik aku yang pernah menawarkan khidmat Bank Islam tidak lama dulu. Tetapi banknya di Seremban.

Panjang lebar dan tidak kurang dari empat helai semua borang-borang itu. Aku pun ke meja tulis mengisi dengan sabar.

Dan aku pun mengira... tidak kurang dari enam kali aku terpaksa menulis nama, nombor kad pengenalan, alamat serta nombor hubungan. Aku teringat catatan Hisyamudin Rais, dalam masa hati menggerutu itu aku tersenyum sinis sendirian. Aku mengambil masa yang lama, agar hati ku reda amarahnya. Selang beberapa lama pengawal keselamatan itu menghampiriku dan dia memberitahu bahawa sebenarnya borang-borang yang di bahagian belakang itu tidak perlu di isi. Cukup sekadar mengisi di beberapa tempat sahaja. Heh heh... then whats the point of having all those paper clipped together in the same form??? Pengawal keselamatan itu turut menyerahkan sekeping nombor giliran. Selesai mengisi aku menunggu giliran. Setelah menyerahkan borang dan diminta kad pengenalan aku diminta duduk. Ya... sekarang aku tidak menunggu nombor giliran lagi, tetapi menunggu dipanggil untuk prosedur seterusnya.

Satu duduk yang panjang... hingga tersengguk-sengguk. Aku menoleh kebelakang sekali dua, jumlah pelanggan kurang dari sepuluh. Aku menunggu lama, kurang lima minit bagi waktu mencukupkan satu jam. Dan bila semuanya selesai aku pun sudah kelelahan. Dengan senyum simpul aku melangkah pulang setelah dihalau oleh mata petugas dikaunter. Aku pun pulang ke pejabat dalam lelah yang sarat.

Lebih kurang sejam selepas itu pegawai bank di kaunter tadi menghubungiku semula. Memberitahu kad pengenalanku tertinggal di sana. Elok sangat lah tu. Melengkapkan amarahku. Semudah itu dia meminta aku datang mengambilnya sebelum jam 4petang. Sangat bagus. Mujurlah pejabat Nana selang beberapa blok dari situ, maka kuminta jasabaik Nana turun mengambilnya. Lelah.

Dan sekarang aku pusing dengan pegawai jualan yang menguruskan pinjaman itu pula. Tidak satu pun panggilanku dijawapnya. Sepatutnya aku menyerahkan nombor akaun bank itu kepadanya. sungguh aku tidak faham. SMSku juga tidak dijawapnya. Apa yang terjadi sebenarnya? Pinjamanku itu bagaimana? Sah atau tidak? Jika tidak senang pula aku usahakan di bank lain yang lebih mesra pengguna.

Lelah... sangat lelah bila berurusan dengan.... m a n u s i a   yang sebegini ....

[ Jika kalian berkhidmat di kaunter, ikhlas dan senyumlah. Mudahkanlah urusan orang yang berurusan dengan anda. Sepatutnya jika itu polisi syarikat anda, terangkan dengan baik, dan pelanggan anda akan faham dan tak keliru. Tidak rugi senyum dan beramah mesra, kalian lupa agaknya kita ini bersaudara. ]

18 Sept 2006
:: Jejak pertama ke bumi legenda Puteri Saadong...

Pesawat Air Asia yang kunaiki buat pertama kalinya melewati ruang udara Kota Baru. Dari udara lanskap yang memaparkan Sungai Kelantan dalam warna teh susu yang pekat mengiyakan laporan berita utama sehari dua ini. Di kualanya, air laut yang kebiruan berusaha keras mendamaikan resah sungai utama itu. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Aku teruja mengenangkan apa agaknya yang bakal kulihat sehari dua sewaktu mengungsi di kota Serambi Mekah ini kelak.

Keceriaan digelus kepul-kepul awan persis gumpalan kapas kenyal berserta segala keindahan 'negeri di awan' yang kulewati sebentar tadi pantas diganti kemesraan dan kelunakkan udara juga kehijauan sekitar kota. Alamnya ramah menyambut hadirku, bisikannya terus ke hati hanya dengan senyum mampu kubalasi sapaan itu.

Aku ke sini meneman sahabat yang dijemput untuk mengulas tulisan penulis wanita Pantai Timur. Sekali gus melengkapkan kesibukkan yang sengaja kuciptakan. Zanazanzaly disertai adik-adiknya dan Rozais antara penulis Pantai Timur yang telah mekar namanya menjemput kami di lapangan terbang Pengkalan Chepa. Ramah dan mesra milik pribumi Melayu terlahir dalam pertemuan itu. Bertambah indah bila kami memutuskan untuk bercakap dalam dialek negeri masing-masing, maka riuhlah bahasa kampungku mencelah dilembut lenggok bahasa Kelantan. Kita kaya, amat kaya.

Mereka yang juga adalah pihak penganjur rupanya sudah mengaturkan acara petang itu, lalu kami dibawa ke kampus cawangan USM. Ada pemeriksaan kesihatan percuma di situ. Seingat aku kali terakhir aku menjalani pemeriksaan kesihatan adalah pada tahun 2003. Sekarang memang aku merasa tidak sihat. Jadi kalau ada keputusan yang tidak kena nanti, aku sudah bersedia. Alhamdulillah keputusan ujian jantung, paru-paru, darah agak memuaskan. Cuma terlebih bulat! Tertarik dengan replika gigi yang menunjukkan susunan gigi kekal yang masih berada di dalam tulang sewaktu gigi susu masih ada. Sempat merakam gambar, tetapi di kamera Nisah.

Setelah itu kami yang kelaparan mengunjungi gerai-gerai makanan yang terdapat bersebelahan dengan dewan. Char kuey tiau istimewa menjadi santapan petang itu. Menurut Zana, mereka sendiri tidak melepaskan peluang menikmati char kuey tiau itu setiap tahun bila ada acara seumpama itu diadakan. Seterusnya Nisah ingin mengunjungi sahabat baiknya sewaktu di matrikulasi dahulu, Nora namanya, di kediamanya di kampung Chica.

Kedatangan kami itu disambut selonggok timun cina atau biasa kita sebut tembikai. Walau bagaimanapun spesis buah ini bukanlah tembikai bulat yang biasa kita lihat di mana-mana pasaraya atau kedai di Kuala Lumpur ini, agak jarang kutemui dan kalau ada pun harganya agak mahal. Ia adalah dari jenis yang lonjong dan tidak terlalu besar. Ada juga yang memanggilnya tembikai madu.

Rupanya Nora sudah sediakan beberapa hidangan buat kami, maka merasalah aku nasi kapit (nasi impit) resepi orang Kelantan, dan juga mee goreng yang sungguh enak sekali gus membenarkan kata-kata Nisah yang tidak putus bercerita tentang sahabatnya yang pandai memasak itu. Hampir maghrib kami beredar dari situ.

Acara yang tidak terdugakan ini sekali gus menghambat hasratku untuk bertemu Karlbum. Aku cuba menunda pertemuan ke sebelah malamnya, malangnya aku pula sudah ditakluk keletihan. Nisah pun ingin menyudahkan kertas kerjanya. Mungkin bukan rezeki untuk bertemu walaupun sudah berada di daerah yang sama. Kali terakhir bertemu sewaktu ke rumah Abang Pat sedikit waktu dahulu. Semoga waktu menemukan kita lagi.

Esoknya (Sabtu) aku dan Nisah berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Baru. Ke muzium, melepasi deretan kedai-kedai yang majoriti dimiliki oleh orang Melayu tempatan. Satu permandangan yang sangat menyenangkan. Pak cik-pak cik dengan kain pelikat dan baju melayu, ada yang bersongkok, berkupiah atau berserban - benar-benar satu pemandangan yang menyejukkan. Cuaca tengahari itu pun cerah dengan langit biru, tidak berjerebu seperti di Kuala Lumpur.

Di kaki lima aku bertemu dengan seorang kakak penjual etok. Siput-siput kecil seperti kerang tetapi kulitnya licin dan berwarna hitam. Katanya etok dimakan begitu sahaja atau dibuat lauk nasi. Dia bukakan satu untuk kurasa. Memang sedap. Aku beli sebungkus dengan harga satu ringgit. Seorang peminta-minta menghampiriku dan menuturkan bahasa Kelantan yang sukar untuk kufahami. Entah kenapa aku bahagia melihat wajahnya. Aku memberi setakat yang mampu, dia menyalami sambil mencium tanganku. Aduhai kakak, usahlah begitu. Kita ini sesama manusia sahaja, esok lusa entahkan saya pula menerima nasib yang sama. Berjela doanya untukku. Benar, hatiku tersentuh sayu, wajahku panas diasuh malu.

Dan kami melalui kedai buku Jaafar Rawas. Aku hilang waktu di dalamnya. Kalaulah tidak dibataskan kewangan, mungkin bagasiku akan melepasi berat yang dibenarkan sewaktu pulang. Aku sabarkan diri, dan berjanji diam-diam bahawa aku akan kembali lagi suatu masa nanti, mendapatkan apa yang kutemui hari ini. Harapan itu tidak tebal, sekadarnya sahaja. Yang tebal selalu beralaskan kecewa, maka biasakanlah besederhana dan menurut apa saja yang disedekahkan alam.

Benar aku leka, hingga tidak sedar Nisah sudah lama membayar harga buku-buku yang menjadi pilihannya dan menunggu aku selesai pula. Aku sekadar tersengih-segih bersegera.

Seterusnya ke pasar MPK. Syukur aku tidak gelap mata pada kain dan pakaian. Hanya satu alasan aku meredah deretan gerai yang padat dengan kain bergantungan iaitu ingin membelikan emak sehelai tudung bulat bersulam. Nisah pandai kecek Kelate dengan itu kami dapat harga yang amat berpatutan. Begitu resamnya di tempat ini. Sesudah bertemu yang dicari, kami ke Pasar Besar Siti Khadijah. Tidak lengkap rasanya jika tidak ke sana. Aku ingin melihat sendiri suasananya yang selama ini hanya kulihat dari gambar-gambar sahaja.

Dapatlah kurakamkan beberapa gambar yang tidak seberapa hasilnya, tapi cukup untuk memahat memori bahawa aku pernah hadir di situ. Hampir jam 3petang Zana dan Rozais menjemput kami di hentian bas. Pulang ke hotel Perdana dan solat. Setelah itu belajar makan etok. Sampai sudah aku tidak pandai membuka etok, akhirnya aku mengalah, Rozais dan Nisah sukarela menghabiskan. Aku senyum-senyum bahagia berjumpa benda baru dalam hidup. Aku suka etok, tapi aku tak tahu nak buka kulitnya.

Sebelah petangnya pula dengan disertai oleh S.M. Zakir atau biasa kupanggil Abang Zakir sahaja, kami ke restoren ayam percik yang dikatakan ternama di Kota Baru. Sedap, tetapi biasalah masakan Pantai Timur - manis. Aku yang memang amat meminati laksam membeli sebungkus, tetapi rasanya mengecewakan, ternyata laksam yang selalu kubeli di pasar tani berhampiran rumah lama dulu lebih enak. aku membeli lompat tikam untuk dibawa pulang ke bilik hotel.

Zana merangka-rangka untuk membawa kami ke Wakaf Che Yeh malam itu, malangnya hujan pula memesrai bumi. Rancangan kami pun terbatal. Aku yang kepenatan pantas terlena sedang mereka dengan penuh semangat membincangkan isu semasa dan dunia penulisan tanah air.

Esoknya ada majlis Cakna Penulis Wanita Pantai Timur di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur. Nisah dan Abang Zakir bentangkan kertas kerja mereka. Maka banyaklah ilmu yang kupelajari tentang selok belok penulisan dan etikanya. Patutlah aku sehingga hari ini tidak menulis, kerana aku tidak secekap mereka menggarap suasana dalam menyusun cerita. Bukan senang menulis dan menjadi penulis. Ah, tidak ada pekerjaan yang mudah hanya usaha yang membezakan.

Petang itu sekitar jam lima, penerbangan pulang membawa aku kembali ke Kota Lumpur yang penuh jerebu. Tinggallah langit yang biru dan insan-insan yang membawa damai ketika melintasi mereka. Ada rezeki aku bertandang lagi.

[ Mungkin nanti aku selitkan gambar-gambar yang sempat kurakam, hari ini masih banyak kerja yang perlu kulunaskan. ]

8 Sept 2006
:: *Rejaklah akau bak terai menggah pumai...

Selamat menyambut Nisfu Saaban buat semua saudaraku. Moga hari sebahagia ini membawa sejuta keberkatan buat hidup kalian.

Penat!

Semalam melantit di kopitiam kat CM dan disambung di kedai mamak (sebab orang kopi tiam dah mula tutup-tutup lampu) hingga 10.30malam.

Artis-artis Aurorans yang sudi duduk semeja dan gelak sakan bersama aku semalam tak lain tak bukan Panglima Legion III Kerajaan Morrok: Odetakun Jundak, Srikandi Morrok: Sempoii, Cik Lelasari: Zulela dan kawan aku yang terpingga-pingga melihat orang Aurora berbicara (penat la nak terangkan kat dia apa yang kitorang bincangkan), kawan aku tu pernah juga aku kisahkan di sini suatu masa dahulu, kerana dia adalah 'teman sepenjenayahan' sewaktu aku di Polisas dulu iaitu Fiza.

Walaupun hanya lima orang, tetapi aku kira sungguh-sungguh meriah. Aku sering tidak mendapat peluang bercakap. (Ayat skema macam ni aku kira kurang berkesan untuk menceritakan suasananya... heh heh... tapi tak apa, biarkan Sempoii yang membuat ulasan secara sempoi, kerana dia memang pakar dalam hal-hal sedemikian rupa. Akan tetapi mungkin tertangguh kerana dia ke Hadyaii hari ini).

Antara lain pengisian pertemuan antara empat wajah Auroran itu selain membincangkan hal-hal Sultan Aurora yang kononnya tidak biasa dengan adanya peminat, turut membincangkan hikayat terbaru yang siap penulisannya oleh Odetakun Legion III Morrok. Memberi cadangan dan bertanyakan tentang itu ini. Kerana salinan manuskrip asal itu hanya satu, maka Sempoii harus menunggu hingga pembacaanku sempurna, sebelum giliran menjadi miliknya. Zulela pula dari awal bertemu sudah membaca secara rambang, mungkin mencari kata kunci yang bakal memikat pembacaannya. Keseluruhannya... empunya hikayat kelihatan mula bersedia untuk menerima kehadiran peminat. Ya, silalah biasakan diri dengan peminat.

Bersemperna juga dengan majlis pentauliahan Zulela di Universiti Islam Antarabangsa esok, kami meraikan kemenangannya secara sederhana. Kek beri biru yang amat enak dan penuh dengan hiasan bulat-bulat itu sebenarnya lebih kepada memenuhi seleraku. Sebahagian menjadi santapan Odetakun Jundak. (p/s: Morrok, betapa lah ruginya kamu!).

Dan Sempoii yang walaupun sangat alahan dengan bulat-bulat tetap berjaya menambahkan kereta dan lori (calorie) dengan tahap yang membanggakan. Mungkin juga aura kereta dan lori yang diambilnya sampai ke pancaindera Cikgu dietnya, kerana itu dalam masa yang sama dia menerima panggilan dari Cikgu tersebut - Sempoii pucat, melanggar pantang. Stepper 2 jam Sempoii weh!

[ Malam tadi sepanjang pertemuan Sempoii mempromosi Fitness First yang telah menghilangkan 6kg lemak tepu dan juga penyakit semputnya. Aku turut 'dibasuh' kiri dan kanan oleh semua yang hadir supaya menyertai Sempoii. Erk... aku ni bulat sangat ek? Bukan comel elok-elok saja ke? Ya, ya... lepas pindah nanti, semuanya lepas pindah nanti ok? Lirik lagu untuk Epong, habiskan Hikayat Lang Surya, khatamkan analisa novel Nisah... juga selepas pindah nanti ok? p/s: aku pindah Ahad ini, ayuh bantu angkat barang.]

Fiza nampak bertenaga setelah musibah yang dilaluinya. Tidak banyak yang dapat kubantu dalam permasalahannya, hanya dapat menjadi pendengar setia dan memberi nasihat semampu minda. Hidup ini perjuangan yang tak reda, selalu diadu pasang surutnya. Tabahlah, kerana alasan untuk berbuat demikian nyata di depan mata.

Malam tadi, Zu jadi panglipur lara, buat semua ketawa tak cukup udara dengan kisah sami Buddha yang bertapa. Cerita itu eksklusif untuk yang hadir sahaja.

Aku pulang dihantar oleh Fiza, maka sempat lagi berbual hingga sampai ke rumah, itulah objektifnya.

Terima kasih Auroran tersayang, menintakan bahagia dan berkerawang sentiasa di jiwa. Moga kalian jua segembira dan sebahagia saat yang kita kongsikan bersama... selalu.

[ Aku terlupa membawa kamera untuk mengabadikan kenangan, mujur ada Odetakhun dan talifon bimbitnya... sedang menunggu gambar-gambar dikirimkan ni. Oh, sudah dikirimkan rupanya, terima kasih Jundak, perkhidmatan yang cemerlang! ]

Jom tengok kuda menyanyi [ x ]

______

* Dapatkan Hikayat Lang Surya bila ia terbit nanti dan anda akan tau maksudnya.

~~@~~

:: Edisi bergambar pula...


ibu kanak-kanak yang ceria...


sah! teori kau memang betul Sempoii... kau kelihatan muda 5 tahun dari Jundak!


sahabat sepenjenayahan


Tahniah! Atas graduasi dan pentauliahan. Moga bertambah maju dalam tahun-tahun mendatang. (Itu lah kali pertama aku tengok orang potong kek sampai hancoooooo...... huhu).

1 Sept 2006
:: Selimut Hati

aku akan menjadi malam malam mu
kan menjadi mimpi mimpi mu
dan selimuti hatimu
yang beku

aku kan menjadi bintang bintang mu
kan s'lalu menyinarimu
dan menghapus rasa rindumu
yang pilu

aku bisa untuk menjadi
apa yang kau minta
untuk menjadi apa yang kauimpikan
tapi ku tak bisa menjadi dirinya

aku kan menjadi embun pagi mu
yang menyejukkan jiwamu
dan membasuh hatimu
yang layu

tinggalkan sejenak lalumu
beri s'dikit waktu
kepadaku
tuk meyakinkan mu...

 

~~@~~

Zam menalifon sebentar tadi dari Milan. Hampir setengah jam lebih kami berbual tentang hal-hal sahabat dan suasana di Malaysia, juga suasana di sana. Tentang rencana untuk ke sana yang tidak menjadi dan hasrat untuk mencuba lagi di tahun akan datang sebelum dia pulang ke tanah air bertuah ini.

Zam suka buat kejutan, dulu sewaktu Hari Raya begitu juga. Bukannya apa, aku tidak menyangka akan panggilan jarak jauh sebegitu. Terima kasih Zam, aku memanglah tak mampu untuk membuat panggilan antarabangsa selama itu.

~~@~~

Once - Dealova
Lagi dan lagi...

29 Ogos 2006
:: Masih merdeka lagi...

Kumerasakan bahawa kemerdekaan yang diisi segala makna itu sendiri agak semput nadinya. Mungkin selaras usianya yang menua, maka selayak itu jualah masalah kesihatannya tambah menular. Mungkin seawal usianya terlalu disuakan santapan yang enak-enak berkah dari kegembiraan terbebas dari senapang penjajah, maka menjelang usia menuju ke 50-an ini kolestrol telah tepu mendinding kapilari.

Memang semput. Apatah lagi tidak banyak senaman yang diamalkan selama ini. Kita duduk santai menikmati panorama warna warni, alam bugar dialun musik duniawi, perut kenyang diisi makanan-makanan segera dari industri francais yang berkembang maju.

Secara halus dan teratur, pemikiran dan perlakuan kita digelangi doktrin penjajah. Dulu akupun kurang sedar. Mungkin kerana dulu aku berusia 20-an. Cuma akhir-akhir ini sahaja aku mula celik, dan segala apa yang tersapa dek pancaindera meresahkan. Kita tegas melaungkan kemerdekaan dengan tangan dan kaki tergari kepada budaya dan peradaban asing. Kita tegas melaungkan kemerdekaan dengan lidah yang mula janggal berbahasa Melayu. Kita tegas melaungkan kemerdekaan dengan teknologi terkini yang banyak menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan iman. Wallahualam.

Aduhai ke mana kita tuju?
Oh Tuhan, terangilah jalan yang kami lalu
berkatilah kehidupan kami hingga ke anak cucu.

Cara Hidup

Oleh kerana Ramadhan Al-Mubarak menjelang tiba selang beberapa hari sahaja lagi, dan aku pula mendapat banyak kiriman ilmiah tentang ibadat ini maka di sini aku kongsikan dengan kalian.

Ramadhan Handbook
Kelebihan Ramadhan
Shiyam

Waktu Berbuka dan
Imsak 1427

Dan bagi yang mahu mencari idea untuk resepi berbuka atau untukhidangan tetamu di hari raya nanti:

Resepi Riang Ria
Resepi suria
Resepi Ramadhan

Bahasa dan Sastera dalam Islam

Ini adalah satu hajat yang panjang. Aku tertarik untuk mengkaji dan mempelajari tentang sesuatu yang kuminati. Maka di sini aku susunkan penemuan-penemuan tersebut. Jika ada salah silap dan kelemahannya, kepada yang mengetahui sila lah beri tunjuk ajar.

Terindah

 

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Akan Datang

SEPTEMBER

1/9 - Promo SHOWCASE ‘Sang Pencinta' @ Ruum, Life Centre

2-3/9 - Promo tour to JB

7/9 - Anugerah ERA @ Bukit Jalil

16/9 - Karnival Fiesta Pulau Indah, Klang (Warner Music)

-----

Dunia

World Time

World Climate & Season

Google Earth

 

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

selimut hati

aku akan menjadi malam malam mu
kanmenjadi mimpi mimpi mu
dan selimuti hatimu
yang beku

aku kan menjadi bintang bintang mu
kan s'lalu menyinarimu
dan menghapus rasa rindumu
yang pilu

aku bisa untuk menjadi
apa yang kau minta
untuk menjadi apa yang kauimpikan
tapi ku tak bisa menjadi dirinya

aku kan menjadi embun pagi mu
yang menyejukkan jiwamu
dan membasuh hatimu
yang layu

tinggalkan sejenak lalumu
beri s'dikit waktu
kepadaku
tuk meyakinkan mu

Download here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri

Mungkin (MTV by Rosh)

Pemilikan Terbaru

 

Bacaanku

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://www.elaira.net
I am apart of this glamourous organization... :D