Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis
silence
silence@fofo
epong
fajar@pixelpost
ila jauhari

~@~

KRONISM

en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

~@~

menarik@GEJU

lumba foto
projek jiwa kacau

GENG JURNAL

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
nic
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006

~@~


biarlah kalian yang teka meneka dan berkata-kata...

29 Ogos 2006
:: Masih merdeka lagi...

Kumerasakan bahawa kemerdekaan yang diisi segala makna itu sendiri agak semput nadinya. Mungkin selaras usianya yang menua, maka selayak itu jualah masalah kesihatannya tambah menular. Mungkin seawal usianya terlalu disuakan santapan yang enak-enak berkah dari kegembiraan terbebas dari senapang penjajah, maka menjelang usia menuju ke 50-an ini kolestrol telah tepu mendinding kapilari.

Memang semput. Apatah lagi tidak banyak senaman yang diamalkan selama ini. Kita duduk santai menikmati panorama warna warni, alam bugar dialun musik duniawi, perut kenyang diisi makanan-makanan segera dari industri francais yang berkembang maju.

Secara halus dan teratur, pemikiran dan perlakuan kita digelangi doktrin penjajah. Dulu akupun kurang sedar. Mungkin kerana dulu aku berusia 20-an. Cuma akhir-akhir ini sahaja aku mula celik, dan segala apa yang tersapa dek pancaindera meresahkan. Kita tegas melaungkan kemerdekaan dengan tangan dan kaki tergari kepada budaya dan peradaban asing. Kita tegas melaungkan kemerdekaan dengan lidah yang mula janggal berbahasa Melayu. Kita tegas melaungkan kemerdekaan dengan teknologi terkini yang banyak menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan iman. Wallahualam.

Aduhai ke mana kita tuju?
Oh Tuhan, terangilah jalan yang kami lalu
berkatilah kehidupan kami hingga ke anak cucu.

15 Ogos 2006
:: ‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.''
   [ Rujuk akhbar hari ini ]

Kebelakangan ini aku mudah tersentuh bila ada isu agama dan bangsa. Mungkin bias bulan kemerdekaan juga agaknya, maka semangat bernyala-nyala.

Aku tidak mahu mengulas berita tersebut, sekadar mematrikan dalam catatan kehidupanku bahawa perkara sebegini sedang berlaku dan ia berlaku dengan rancaknya. Walaupun hari ini aku belum boleh bimbangkan masa depan zuriatku kerana statusnya nil, tetapi itu juga tidak membuatkan ruang perasaan aku vakum dari kebimbangan yang amat sangat. Tentang masa, yang tidak berapa lama dari sekarang.

Inilah kenyataannya, inilah yang sedang berlaku, menular dan membudaya. Aku tidak menonton siaran langsungnya kerana aku tidak berada di rumah kakak atau abangku, aku belum melanggan Astro. Tetapi hari ini pagi-pagi lagi di dada akhbar perempuan-perempuan Melayu yang cantik jelita, yang senantiasa ditonton oleh masyarakat kita saban ketika, dari celik mata hingga tidur semula, berpakaian dalam busana yang tidak semestinya. Oh, aku lupa... aku ketinggalan masa. Anugerah itu masyur dan bertarap dunia, jadi begitulah yang harus dipertontonkan kepada 'dunia'.

Industri perkainan negara menghadapi era krisisnya barangkali. Terbukti benar aku buta fesyen ya? Yang aku persoalkan di mana letaknya imej Melayu itu pada hari ini? Oh, tak apa... aku tak sepatutnya rasa apa-apa, selak akhbar dah habis baca susun kemas kembali di atas meja dan teruskan dengan kerja. Kerana semua itu atas tiket kemajuan. Oh, lagi aku lupa... Pak Menteri kita ada di sana, jadi buat apa aku pula pening kepala, itu semua kementerian punya cerita. Ya?

Kemudian, tambah meriah pula bila tertuturnya "I sound stupid if I speak Malay". Alahai sayang, 20 tahun tu tidaklah terlalu muda untuk belajar bahasa Melayu. Dan awak akan kelihatan bijak jika bertutur dan berbahasa Inggeris? Kemudian ditambah lagi, mungkin kerana terlalu gembira "If the film (Gubra) mencemar budaya, let's do it more often." Bangganya dia ya. Adakah dia tau natijah tuturnya itu? Oh aku lupa lagi, dia baru 20 tahun. Dan aku lupa lagi dan lagi, dia berdarah kacukan dan moden, berkembang maju selaras dengan dunia di atas angin. (Faisal Tehrani mungkin dah mengulas panjang lebar isu ini, teringat perihal Gubra dulu).

Jujurnya seawal kemunculannya, aku senang dengan pelakon ini, kelihatan sederhana dan berbakat. Semoga dia maju. Tetapi bila begini tuturnya, apakah ajakkannya? Ajakan untuk mencemar budaya? Ajakan supaya memandang enteng soal adap dan kesopanan? Ajakan supaya menjunjung budaya yang tercemar? Aku tahu kalau dia bisa menjawap, ada banyak alasan. Aku tidak berminat dengan alasan, aku hanya berminat mengulas akan natijah ucapan pelakon wanita terbaik itu. Kerana dia bakal mempunyai pengaruh yang besar dan menjadi ikutan anak muda. Oh... lupa lagi, dia amat muda, baru 20 tahun sahaja umurnya. (Ini menjadikan aku *lima tahun lebih tua darinya - *bukan melalui kad pengenalan diri, tapi melalui pengamatan orang yang pertama kali bersua denganku... heh heh).

Di bulan kemerdekaan negara kita yang ke 49tahun ini, nampaknya kita semakin terjajah. Alasan beliau bahawa bahasa Inggeris semakin diajarkan di sekolah juga sungguh mantap. Bertepatan dengan perlaksanaannya oleh yang berkuasa dalam perihal itu. Inilah anak wawasan agaknya. Beginilah produk pembangunan dan kemodenan. Oh... aku tak tahu banyak tentang semua itu, sepatutnya diam dan angguk-angguk sahaja, memuji-muji dan mengiyakan satu wadah atas nama kemajuan.

Kalau kau tanya aku, aku tak mahu Melayu layu dan Islam pun sambil lalu. Kalau merasakan muda, maka belajarlah, jangan diulangi dan terlalu mengikut kata hati. Jika diwaktu aku masih kecil di kampung dahulu, pasti orang ramai akan terus bertanyakan - "Anak siapa itu?" Mak bapak akan tertumpuk malu. Maka nasihat dan pengawasan sepanjang langkah agar tak sumbang. Kerana mak bapak lah acuannya. Maruah penting amat penting, walau kami tak berharta. Adap sopan penting, amat penting demi menjaga perilaku susila dan agama.

Hari ini kita semakin jauh dari itu semua. Hiburan mengatasi segalanya. Melompat-lompat terhambur-hambur mengikut cara barat yang dibekalan media massa. Kalau kuteruskan memang tidak ada hentinya. Justeru cukuplah aku katakan, Melayu hari ini semakin terjajah dalam erti kata merdeka!

[ Pak Menteri mungkin boleh fikirkan penyelesaian, pelan serta tindakkan, itu pun jika kita masih kisah akan warisan dan budaya, di atas semua itu - ugama! ]

Oh ya, jangan lupa sekarang penulis blog semakin mendapat perhatian, dan sepertinya pedang kita sudah mula ditumpulkan (lainlah Tok-Rim, dia ada taring ). Oleh yang demikian, ayuh lebarkan senyuman

11 Ogos 2006
:: Jangan lupa...

Pagi yang dingin dan mesra ini tak mampu meredakan bara yang ditabur di perkarangan hatiku. Membaca tajuk akhbar utama pagi ini membuat aku geram. Tercabar. Semoga wakil orang Melayu yang berkenaan bijak menghamburkan kata dan memainkan peranan. Semoga mereka bisa melihat akibat dari kata dan perbuatan yang mereka sanggupi dalam tahun-tahun kehadapan. Kepentingannya terhadap keutuhan dan kedaulatan bangsa Melayu yang mendarah daging di bumi bertuah ini.

Moga tak terulang kesilapan dahulu, yang hari ini mereka menjadi tambah besar kepala. Bumi bertuah ini milik kita, bertolak ansur ada batas dan sempadannya. Ada masa kita perlu tegas, perlu bijak menyusun langkah. Umur kita mungkin dipinjamkan beberapa tahun sahaja lagi, tetapi generasi keturunan kita masih panjang selagi Tuhan tiupkan nafas buat bumi yang usang ini.

Aku jauh dari bijak untuk menghujahkan, apatah lagi mengulas dan mengkritik. Cuma ada satu rasa dalam hati, ianya hangat dan meransang. Ada irama perjuangan... persis rentak Ilia di medan Numerius!

Rujuk:
Gerakan tetap mahu sistem matrikulasi dihapuskan.
Tsu Koon ingatkan Pemuda UMNO kaji tuntutan gilir KM

Baca pula emel lanjutan yang kuterima ini, melihat sesuatu dari sudut positif mampu membangunkan kita dari lena yang mengasyikkan, sejauh mana ia meransang keprihatinanmu, rasa tanggungjawap dan rasa kepunyaan itu?

Terima kasih Article 11
Oleh Haniza Talha

Perbincangan mengenai agama sudah menjadi agak terbuka di Malaysia kebelakangan ini, lebih-lebih lagi semasa pentadbiran Abdullah. Banyak yang dibincangkan, khususnya mengenai Islam dan kandungannya. Namun, hari demi hari, perbincangan mengenai Islam bukan mewujudkan kefahaman dan seterusnya keharmonian dalam masyarakat berbilang agama, sebaliknya menambah keroh lagi keadaan. Ada pihak yang menggunakan perbincangan "terbuka" sebagai sesi menghina dan mencemuh Islam dan memperkecilkan institusi Islam dan mereka yang berkaitan dengannya.

Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku, sudah pastinya bukan perkara yang pelik. Memang mudah untuk mensteriotaipkan mana-mana penganut agama berdasarkan perbuatan sekelompok daripada mereka, bagi mengabsahkan (legalise) tuntutan yang dibuat. Begitu juga, menyalahkan agama yang dianuti berdasarkan perbuatan penganutnya, yang sebenarnya tidakpun mengamalkan dan menghayati apa yang diperintahkan oleh agama yang dianuti. Oleh kerana Melayu terlalu sinonim dengan Islam, segala perbuatan orang Melayu yang baik dan bertentangan dengan ajaran Islam dilabel sebagai Islam.

Selain dari perbincangan mengenai agama yang lebih bebas, bangsa-bangsa lain sudah mula menuntut "hak-hak" mereka. Di mana-mana di dunia sekalipun, apabila sesuatu kelompok sudah merasakan mereka mempunyai kekuatan dan sokongan, kelompok tersebut yang sebelum itu berdiam diri sahaja kerana mereka dari kelompok yang minoriti, akan bangun membuat tuntutan dan desakan agar tuntutan mereka ditunaikan. Itu sudah menjadi tabiat manusia, dengan itu, tidak perlu bagi sesiapa memberi alasan atau menafikannya.

Selama ini, penduduk Melayu di negara ini begitu selesa dengan taraf istimewa mereka sebagai bumiputera dan Melayu/Islam. Namun, kedudukan istimewa tersebut sudah mula dipertikai dan dicabar oleh bangsa lain yang dikatakan sama-sama membangunkan negara sehingga ke tahap di mana Malaysia berada sekarang.

Sikap tidak apa orang Melayu yang melihat diri mereka sebagai orang yang paling berhak ke atas apa jua peluang dalam negara ini, sebenarnya kini memakan diri mereka sendiri. Sikap yang membiarkan peluang yang datang "menggolek" dibiarkan saja bergolek, dek terlalu yakin kepada status istimewa yang diperuntukan dalam perlembagaan kepada mereka.

Status istimewa yang diberikan kononnya bagi melindungi hak-hak orang Melayu sebaliknya telah membuatkan orang Melayu begitu lesu dan berserah bulat-bulat kepada takdir. Walaupun tidak dinafikan, masih terdapat orang Melayu yang rajin dan bersungguh-sungguh merebut peluang tetapi rata-rata ramai yang karat dengan tabiat buruk itu.s

Berbagai cara dibuat bagi menyedarkan orang Melayu supaya mengubah sikap mereka yang merugikan itu. Kadar penagihan dadah paling tinggi, adalah dari kalangan anak muda Melayu. Permasalahan sosial yang melanda masyarakat hari ini juga ramai dari mereka adalah orang Melayu. Melayu juga mendahului bangsa lain dalam bilangan yang gagal peperiksaan, dan banyak lagi. Statistik-statistik yang berkaitan tidak dapat mengejutkan orang Melayu dari zon selesa mereka. Begitu juga jumlah yang sudah murtad, yang seingat saya, sudah beberapa tahun sebelum ini didedahkan, namun, orang Melayu terus selesa. Sehingga orang Melayu diasak bertubi-tubi dan suara-suara yang mengasak kian kuat kedengaran, baru orang Melayu gelabah dan tidak keharuan, menggaru kepala bertanya pada diri mereka, "apa sudah terjadi?"

Bagi saya, keadaan ini terjadi kerana orang Melayu yang kononnya beragama Islam membenarkannya berlaku dan berlarutan. Kata orang, jika kita menanam padi, maka hasil tuaiannya padi, tetapi jika kita menanam lalang, maka jangan terkejut jika hasilnya lalang.

Dengan tiba-tiba, banyak kumpulan-kumpulan anti murtad dibentuk oleh kalangan peguam-peguam, golongan profesional dan penduduk taman-taman perumahan. Semuanya tindakbalas daripada roadshow oleh Article 11 ke seluruh negara, maka perhimpunan- perhimpunan raksaksa juga telah diadakan di masjid-masjid dan roadshow oleh Pembela (gabungan 50 NGO Islam bagi membela Islam).

Orang Melayu, baru tersentak dari mimpi dan terus berdepan dengan api yang sedang marak. Kini orang Melayu baru sedar yang selama ini mereka hanya Islam pada nama. Apa yang diamalkan dan yang mereka tahu semata-mata apa yang diberitahu oleh ibu bapa mereka. Mereka tidak pernah tergerak hati untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Islam, begitu juga anak-anak mereka tidak dididik dengan nilai-nilai Islam. Mereka akan berhabis-habisan menghantar anak-anak mengikuti kelas-kelas tuisyen dari menghadiri kelas pengajian Islam.

Mungkin masa ini memberikan orang Melayu memahami apa perbezaannya antara Melayu dan Islam. Rupanya apa yang dipegang selama ini hanyalah apa yang diturunkan oleh nenek-moyang dan bukan apa yang diajarkan oleh Islam. Begitu juga, undang-undang syariah yang ada di negara ini bukan undang-undang syariah sepenuhnya yang diajarkan oleh Islam. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, bahawa orang yang tidak

Kini, orang Melayu mula sedar bahawa negara ini sebenarnya negara Islam celup. Ini kerana, ia mengambil sebahagian (yang sesuai dengan nafsunya seperti kahwin empat isteri) dari Islam dan meninggalkan sebahagian (yang ia tidak disukai seperti menghapuskan politik wang) yang lain, kemudian memanggilnya "Undang-undnag Syariah".

Pertubuhan-pertubuh an Islam perlu menggunakan masa ini menjelaskan keadaan sebenar dan apa yang umat Islam negara ini yang majoritinya Melayu, perlu lakukan. Ketiadaan ilmu kalangan orang Melayu membuatkan mereka keliru dan terikut-ikut emosi dan perasaan.

Saya tidak nampak jalan penyelesaian yang dekat kepada isu murtad dan juga yang sewaktu dengannya. Hal ini disebabkan kedua-dua belah pihak melihat permasalahan dari sudut yang berbeza dengan itu memang tidak ada titik pertemuan antara duanya. Nasihat saya, elakkan diri daripada terjebak dalam isu-isu yang berkaitan tuntutan-tuntutan dalam agama kerana ia akan hanya menjadi perdebatan yang tiada penghujungnya, malah akan membawa kepada perselisihan dan salah faham. Kewajipan dan perintah dalam mana-mana agama tidak boleh disamakan dengan undang-undang yang dirangka oleh kementerian atau pejabat peguam negara, hatta perlembagaan dunia sekalipun.

Mereka yang menuntut hak bagi pihak orang Islam atas dasar hak asasi manusia, perlu ingat, jika agama Islam dengan jelas memutuskan dalam hal berkaitan, dan wujud pengiktirafannya dalam perlembagaan, maka perintah mengikut agama lebih tinggi daripada undang-undang yang lain. Dengan itu, hak asasi manusia hanya diterima jika ia tidak bertentangan dengan perintah dan hukum agama.

Orang Melayu perlu sedar bahawa tidak semua undang-undang Islam dilaksanakan dalam undang-undang Syariah negara ini. Ia hanya dapat berlaku jika perlembagaan persekutuan mengiktirafnya. Perkara ini telah disebut dalam keputusan mahkamah pada 1988 dalam kes Che Omar Che Soh yang berbunyi:

"we have to set aside our personal feelings because the law in this country is still what it is today, secular law, where morality not accepted by the law is not enjoying the status of the law until the law and the system is changed, we have no choice but to proceed as we are doing today."

(terjemahan: "kita perlu mengenepikan perasaan peribadi kita kerana undang-undang negara ini masih merupakan undang-undang sekular seperti hari ini di mana moraliti yang tidak diterima undang-undang, tidak dapat menikmati kedudukan undang-undang sehingga undang-undang dan sistem kita berubah, kita tiada pilihan melainkan meneruskan apa yang kita buat sekarang).

Selagi kedua-dua belah pihak tidak bersikap terbuka terhadap pihak yang lagi satu, dan berbincang secara rasional, tidak akan ada persefahaman dan jalan penyelesaian. Saya juga dapat rasakan sentimen curiga-mencurigai antara kaum kian meningkat dan itu sudah tentu tidak baik untuk integrasi kaum di negara ini.

Sungguhpun ia kelihatan seperti keadaan yang gawat bagi orang Melayu, tetapi ia sebenarnya kata orang Inggeris, "blessing in disguise". Saya ucapkan terima kasih kepada kumpulan gabungan NGO, Article 11 kerana telah berjaya menggoncangkan orang Melayu daripada tidur yang lena sebelum ini untuk bangun semula membina tamaddun.


Sama-samalah kita berfikir dan bertindak. Moga Allah swt berkati perjalanan kita ini.

8 Ogos 2006
:: Bertudung...

Wanita Islam diwajibkan bertudung seperti di dalam Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat ke 31. Tiada kompromi! atau tiada kompromi?

Cuba kita tontoni video ini dan sama-sama fikirkan, moga kita sama-sama mendapat pengajarannya. Klik di sini >>Perempuan bertudung anda berada dipihak yang mana?

3 Ogos 2006
:: Di luar jangkaan!

"Grenn Canopy"

Begitulah tajuk yang kuberikan untuk gambar ini. Kerana merasakan ia bersesuaian dengan tajuk Lumba Foto Geju bulan lalu dengan tema "Dari Bawah" maka aku beranikan diri menghantar penyertaan. Sekadar suka-suka. Tapi bila ia memenangi tempat pertama, aku jadi betul-betul terkejut, kerana banyak gambar yang cantik-cantik lagi. Walau apa pun, syukur alhamdulillah. Dalam kesederhanaan, kukira ini jua satu pencapaian.

Gambar ini kuambil November tahun lalu sewaktu bertugas di Melbourne. Sementara menunggu di studio rakaman, aku ambil gambar di sekitar kawasan luar bangunan. Kenangan manis, yang kini hampir setahun berlalu, menjadi bertambah manis hari ini. Syukur Ya Allah!

Esok, aku akan ke Port Dickson, menyertai Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional 2006. Aku sangat teruja! Moga ilmu yang kutangguk nanti, memberi manfaat untuk agama, bangsa dan nusa.

Untuk kalian semua, selamat berhujung minggu. Untuk Zu, selamat berportluck dengan kak Adibah Noor, maaf aku tak dapat ikut seperti yang kita rancang, kirim salam dengan kak Adibah ok, aku memilih ke PD! Lain kali aku ikut ya.

~~@~~

:: Kabinet mahu blog internet dipantau

Sumber: http://www.bharian.com.my

PUTRAJAYA: Semua blog dalam internet akan diawasi dengan lebih rapi, manakala pemiliknya dikenakan tindakan jika menyiarkan bahan berunsur hasutan, fitnah atau bercanggah dengan undang-undang.

Mesyuarat Kabinet semalam memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mengawasi semua blog dalam internet serta mengambil tindakan sewajarnya.

Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata walaupun kerajaan tidak akan menyekat atau menapis kandungan internet seperti dijanjikan ketika penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC), pemilik blog atau penulisnya yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan.

"Mana-mana penulis blog sama ada bergelar Datuk atau tiada Datuk, akan diheret ke mahkamah jika melanggar undang-undang. Kita boleh ambil tindakan mengikut undang-undang jenayah, Akta Hasutan atau apa saja,? katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini.

Kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak boleh membiarkan internet menjadi alat menyebarkan perkara tidak betul kerana ia akan mencetuskan kekacauan sehingga memberi kesan terhadap ekonomi dan pembangunan negara.

Berikutan itu, Perdana Menteri mahu pihak yang menyebarkan fitnah serta membuat hasutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau internet ditahan serta disoal siasat.

Abdullah menegaskan tidak ada negara yang membenarkan sesuatu kebebasan diberikan secara mutlak sehingga membolehkan mana-mana pihak mengatakan apa saja yang disukai.

Isnin lalu, Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kewujudan media internet termasuk blog yang semakin berleluasa dan ditulis secara liar.

Mengulas lanjut, Dr Lim mengakui memang sukar untuk mengambil tindakan terhadap penulis blog dari luar negara, tetapi tindakan boleh dikenakan ke atas penulis blog tempatan.

Lim berkata, pada mesyuarat Kabinet semalam Perdana Menteri juga bersetuju supaya tiada penapisan terhadap kandungan internet, tetapi percaya ada jalan lain untuk bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Anda perlu pertahan undang-undang. Kandungan (blog), jika berunsur hasutan, maka mereka boleh didakwa

"Kita akan mengawasi semua blog dengan rapi," katanya.

Beliau berkata, pihak yang menyebarkan khabar angin atau berbentuk hasutan melalui SMS pula akan dikenakan tindakan sebaik usaha mendaftarkan semua kad prabayar siap akhir tahun ini.

-----

Apa pendapat kalian?

Adakah ini bermakna MiTH juga akan dipantau? Sila-sila, aku akan lebih dari gembira mendapat hits dari Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Jom berpuisi... dan jangan lupa pesan segera untuk buku Masuk Barisan yang bakal keluar nanti ya...

Adik Jiwa Kacau bakal lahir tidak lama lagi... stay tune...

2 Ogos 2006
:: Seruan kalbu

telah kuputuskan mega berlalu
dan nafas pun kembali tenang
dari keresahan yang menggunung dan membalun

kuciptakan manikam baru mengasyikan
selaut sutera lembut mengadun
Sang Pencipta semakin dekat
segaris urat nadi menyelinapi tubuh

hati pun mendenyutkan cinta
yang tak pernah palsu berjanji
tak pernah henti mengasihi
terbang menebar ke langit ke tujuh
turun bersaksi di malam dini

dalam dunia panca warna begini
di mana bunga-bunganya mekar dan berseri
unggas-unggas riang bernyanyi
satu nama itu berdenyut sebati
dalam nadi dalam hati

maka,
wahai maksud alam yang lain
jika kelak sapaanmu
membuat tiak langkahku
mengguncang tenang dudukku
hadirlah dengan senyum dari Sang Pencipta
dalam irama ratib dan tasbih
agar bicara sealun dan langkah seduyun
jika tidak
biarlah kanvas waktu terona sendiri.

Cara Hidup

Waktu Haram Solat
Puasa-puasa Sunat
Pesan Nabi Ttg Makan
Tujuh Peringkat Solat
[will provide the links later]

 

Terindah

 

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Akan Datang

OGOS

2/8 - Mega Merdeka Concert @ RTM ( 2pm ) Warner Music

4/8 - Show @ Hotel Singgah Sana (Beyond Event)

5/8 - Nestle Roadshow Dinner @ Palace of The Golden Horses. ( 8pm )

6/8 - Fantasia Concert @ Bukit Jalil ( 8pm )

7 & 8/8 - Recording ‘Antara KL & Jakarta' tv3 @ Finas (Warner Music)

9/8 - ITD Launch @ Sime Darby Convention ( 8pm )

13/8 - Festival Filem Malaysia @ PWTC (Warner Music)

17/8 - Petronas Dinner @ TBC ( 9pm )

18 & 19/8 - Senandung Muhibah @ RTM Kuching, Sarawak .

26/8 - Konsert 25 th Years Anniversary, SEARCH (3 Event)

27/8 - Promo MTFS @ Central Market - Pesta Puisi Patriotik @ Putrajaya (TBC)

SEPTEMBER

1/9 - Promo SHOWCASE ‘Sang Pencinta' @ Ruum, Life Centre

2-3/9 - Promo tour to JB

7/9 - Anugerah ERA @ Bukit Jalil

16/9 - Karnival Fiesta Pulau Indah, Klang (Warner Music)

-----

Dunia

World Time

World Climate & Season

Google Earth

 

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Download here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri

Mungkin (MTV by Rosh)

Pemilikan Terbaru

 

Bacaanku

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://www.elaira.net
I am apart of this glamourous organization... :D