Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis
silence
silence@fofo
epong
fajar@pixelpost
ila jauhari

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

GENG JURNAL

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
nic
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
Okt 2006

~@~


biarlah kalian yang teka meneka dan berkata-kata...

MAJLIS HARI RAYA KELAB SAHABAT M. NASIR 19HB NOV, 2006

27 Nov 2006
:: Majlis Hari Raya Kelab Sahabat M.Nasir 19hb Nov, 2006 - Bahagian 2.

Pemenang Kategori Ahli Paling Baru

Pemenang Kategori Ahli Paling Muda

Cabutan Bertuah

Heh heh ini mangsa ketupat beracun aku... jangan mare aaa... Mangasa ketupat beracun akan ditanya soalan-soalan kuiz yang kami buat beramai-ramai sewaktu perbincangan di Luncai Emas dahulu, tapi kata Tukang Kata Incik Pyan... soalan-soalan itu banyak yang susah, ye ke? Sebenarnya kita ada banyak hadiah, tapi tak cukup banyak nak beri pada semua orang, jadi kami gunakan cara ini untuk menyampaikan hadiah pada para sahabat semua. Sahabat yang tidak dapat menjawap dikenakan denda.

Syoknya ketawakan orang ya??

Bila Sifu yang memberi denda... maka beratlah hati untuk menolak ya...

Peserta pertandingan karaoke. Mohazam, tak tau nama, tak tau nama, tak tau nama, Kapten Hassan dan Wan Indera.

Dan juaranya ialah.... Wan Indera...!!! Dengan lagu Rindu... ohhh tidakkkk... itu tangkap leleh punya lagu wooo... salah satu dari lagu yang sangat ku minati.

Dan tidak lah kami suka-suka meminta para sahabat membawa sakibaki kuih raya, melainkan untuk dipertandingkan jua lah adanya (hadiah banyak cakap lu...). Kuih-kuih raya yang telah disaring oleh pensaring separa bertauliah, dan diadili di peringkat final oleh Bekas Pengetua AF Tiga... heh heh glamer tu...

Maka ini lah kueh yang berjaya menambat selera Sifu kita... kuih raya Abang Zaidi, dengan judul Pheonix Bangkit... (raya tahun depan boleh jadi pembekal kuih bangkit dikalangan sahabat! Order... order... aku tukang ambil order... er incik Zaidi... ada imbuhan untuk yang tukang ambil order tak? )

Dan... yesss... Juwitaaaaa!!! Kita nyanyi sama-sama dengan Sifu... erk ada banyak pitching lari, baju tak kena untuk persembahan, macam mana korang nyanyi ni... tak buat latihan ke??? huhuhu... anyway, u are all the best sahabat!

Mari kita lihat para penontonnya pula... merakan memori...

Harban memang sporting!

Sesi bergambar, aku dari tempat duduk mengabadikan yang ini... full version kena tanya Incik Roslan selaku juru gambar rasmi keraian kali ini.

Aku keluarkan versi gambar yang berempat-empatan ini... yang berdua-duaan tu sogan lah den.

Sempat meminta autograf. Hari Sifu paling spoting sedunia, satu pun dia tak tolak. Tabik Sifu yang layan para sahabat dengan begitu ramah dan baik sekali... cayang dier lebey!!!

Dari sudut yang berbeza... heh heh...

Serius, aku tidak tahu nama kalian...

Begitu juga kalian sekeluarga, Faisal dari hari sabtu talifon tanya nama kamu ya sahabat yang menyanyi karaoke... siapa gerangan nama? Pada hari yang sama pasangan suami isteri ini meraikan hari ulangtahun perkahwinan mereka... moga kekal ke akhir hayat ya...

Amboiii Cik Pidah de Misi, tak lepas peluang ek...

Huhu Harman... mantap! mantap! janggut, misai... rambut... err rambut kena improve, Emi... hang angkut Harman pi kedai gunting kasik sama dengan Sifu punya gaya okeh... heh heh...

Nasib baik sempat, peminat cilik ini sempat mengejar Sifu yang ingin pulang, kata ibunya dia beriya-iya ingin bersalaman dengan Sifu... semestinya kenangan yang terindah buat dia. Haaa... balik sekolah mesti dia bercerita tentang pertemuan ini dengan rakan-rakannya...

dan hujan pun tak mampu menghalang
sebuah kepergian
yang belum tentu menjanjikan
pertemuan nanti
hanya dingin merajut ingatan
bila hujan lagi
titis yang itu pernah menjadi saksi
satu senja warna warni
bersama bintang yang sentiasa mewarnai
hati kami...

Terima kasih tidak terhingga buat Sifu M. Nasir, bintang seni yang tersohor di negara kita kerana kesudian bersama para sahabat di petang Ahad 19hb Nov, 2006 dari jam 2.30 hingga 6.30petang. Terima kasih jua pada sahabat semua kerana memungkinkan pertemuan, tanpa kalian majlis ini jua tidak akan berlangsung sepertinya. Bagi pihak urusetia yang lain saya memohon berbanyak kemaafan diatas cacat cela majlis yang kami usahakan, sesungguhnya semuanya bermula dengan niat yang murni, untuk berkumpul dan saling mengenali sesama sahabat dan lebih-lebih lagi sebagai tanda sokongan buat insan yang sentiasa hijau dihati kita, yang irama serta melodinya mewarnai perjalanan kita saban hari, yang senikatanya menjadi inspirasi dan panduan bila mana kena pada tempat dan waktu.

dan biarlah hujan ini
menyampaikan rahmat dari langit
menyiram dan menyegar ikatan
mengikat persaudaraan
dan utuh menjadi ingatan yang pejap
bila raya hadir lagi
ayuhlah kita mengingati
satu masa
kita pernah berhimpun di sini
dalam melodi dan irama
mengusir duka menghalau nestapa
ayuhlah kita mengingati
sepercik sinar yang berkilau
menerangi prahara seni abadi
dan moga pula ia tahu
betapa kita menghargai sejujur perjuangan
dan seikhlas pengorbanan ...

 

~ t a m m a t ~

p/s: yan, den tak utang apo-apo dah yo

[ Tahukah anda, bahawa meninggalkan komen di blog yang anda baca akan menyuntik semangat untuk si penulis terus tegar meneruskan penulisannya? Sila tulis >>kat sini<< supaya tinta di hujung rimba ini tidak kekeringan, terima kasih atas sokongan anda.] Ngeh ngeh ngeh

22 Nov 2006
:: Majlis Hari Raya Kelab Sahabat M.Nasir 19hb Nov, 2006 - Bahagian 1.

Sepertimana yang telah kuwar-warkan sekian lama, maka hari yang kami usahakan pun tiba. Aku dan rakan-rakan telah berada di Bora Ombak untuk persediaan awal. Mungkin banyak cacat celanya perjalanan majlis kami, mentelah ini adalah kali pertama aku terlibat mengurus majlis untuk artis, bintang besar pula tu. Walaubagaimana pun perasaanku biasa sahaja, tenang dan sederhana, tidak seperti waktu umur belasan tahun dulu acara begini pasti akan buatku tidak lena tidur malam, terujanya sampai meluap-luap, macam hamburan bunga api malam merdeka.

Yan kena dera memanjat tangga, maaf Yan akak lebih muatan tak boleh panjat tangga. Dengan sound check yang hingar bingar, nak bercakap pun kena jerit-jerit sekuat nyawa... heh heh letih nak bercakap. Akhirnya dalam pukul 1.15tgh hari saiaplah acara penggantungan kain-kain dan ketupat-ketupat yang kami usahakan dalam seminggu kebelakangan itu.

Bergegas ke Kenari merah Pidah untuk pulang ke rumahnya di Kampung Baru, dekat... tak sampai 15 minit kami sudah berkejar-kejaran di seluruh ruang rumah Pidah mengenakan baju dan menempek bedak tebal-tebal. Harus tebal, nanti peluh banyak habis bedak semua hanyut, tak tinggal apa. Objektif penggunaan bedak ialah supaya ia dapat dilihat oleh setiap orang yang memandang wajah kita... ngeh ngeh


Mengumumkan ketibaan ... Yang Mulia Dato' Panglima Hang Tuah.. heh heh.. siap pukul gong lagi tu...

Aku tidak berhajat pun sebenarnya untuk berada di lokasi ini (tempat aku mengambil gambar ini), tetapi naluri untuk merakam peristiwa telah membuat aku terpanggil dan meninggalkan meja kuih raya yang berada di bawah tanggungjawapku. Huhu... ampun Yan dan Pidah, serahan tugas sebentar. Sempat bersalam dan mengucap selamat hari raya pada Sifu. Dan aku tidak sabar menanti video dari En. Roslan kita...

Sesi temu bual eksklusif ini turut akan dimuatkan didalam video Majlis Raya KSMN nanti, insyaAllah. Dan kami mengharapkan agar penjualan cd video ini kelak dapat menampung kos aktiviti kelab yang bakal dilaksanakan kelak. Dengan itu para sahabat serta peminat yang berminat untuk memiliki vcd temuramah Sifu dan sekitar majlis hari raya tempoh hari terutama bagi sahabat yang naik kepentas tu, jangan ketinggalan untuk memililki rakaman disepanjang majlis itu, terutama yang masuk bertanding karaoke tu. Tahniah buat Yan, yang kali kedua menemuramah artis secara rasmi, nampaknya Yan ada bakat dari segi ini.

Abang Keon - timo kaseh woghih ateh segalo nasihat dan tunjuk ajar... p e a c e. Nun dibelakang turut hadir ialah abang Sani Sudin dari kumpulan kopratasa. Yan, bukan Usop ek... ingat tu.

Sahabat-sahabat otai di meja pendaftaran, minta maaf masih belum bisa menghafal nama kalian. Moga selepas ini akan ada lagi aktiviti yang menemukan kita. Pasti banyak cerita yang ingin kita kongsikan... simpan sorang kurang best... simpan ramai-ramai boleh riak sikit... ops ugama melarang kita riak, bukan riak ok , sekadar berkongsi. Sin wau rho ya.

Syaz bersama suami dan anak, bergambar bersama Massumi serta suami dari Johor. Selama ini kita bersembang di YM sahaja kali ini kita bersua muka. Gembira dapat berkenalan dengan awak... Mas..

Lagi sahabat-sahabat otai ksmn, Yus bertiga beradik (seorang tida dalam gambar, dan seorang lagi tidak dapat hadir) bersama sahabat yang lain. Hari yang indah dapat berkenalan dengan anda semua. Kalau terjumpa di tengah jalan tegur-tegur ok.

Kali pertama aku melihat mak cik ni aku menoleh dua kali, seperti pernah kulihat ya... tapi di mana??? Dua tiga kali aku pusing kat depan tu aku pula yang naik malu, lalu aku pun pergi menegur dan salam mak cik ni sekadar menghormati orang yang lebih tua. Dan masa itu aku teringat... aku pernah tengok dia di TV! Ya, dialah seniwati 60-an yang popular dengan lagu Kekasih Pujaan yang sangat merdu. Aku hanya punya versi Syarifah Aini untuk lagu itu.

Lagi barisan para sahabat, maaf aku juga tidak kenal kalian secara dekat, moga selepas ini kita bisa berbicara lanjut.

Ini adalah dua orang dari lima peserta karaoke tempohari. Salam perkenalan, dan seperti yang telah aku sampaikan tempohari... sila bising-bising di yahoo grup ok?

Majlis bermula dengan doa yang di bacakan oleh Aie Quest... aminnnnnn....

Syaz menyampaikan ucapan mewakili Kelab Sahabat, mana text ucapan tempohari Syaz... semua perlu di arkibkan di sini... heh heh... dan insyaAllah bila ada kelapangan sedikit, blog untuk kelab sahabat akan aku asingkan dari Myths in the Haze ini.

Harban lama menyepi, katanya dia tidak mendapat apa-apa emel dari Yahoo Group lagi. Kasihan Harban, lepas ni Yan akan selalu talifon awak ok. Seronok dapat jumpa Harban lagi. Moga nanti kita dapat berjumpa lagi di aktiviti akan datang.

Aie menyampaikan lagu Apokalips versi akustika.

Rombongan Cik Kiah merasa kuih raya... bukan... inilah barisan penyaring kuih raya sehingga top 5. Dan kemudian diserahkan pada Abg M. Nasir kita untuk memilih satu di antara lima itu untuk menjadi juara kuih raya tahun ini.

Tuan Pengurus Lantai mencuri waktu mengalas perut sebelum memeriksa lantai-lantai yang seterusnya.

Encik Syafie yang comel, berjumpa nasi lemak.

Meja vip, Sifu asyik menikmati persembahan Apokalips dari Aie.

Mengadili kuih raya paling enak yang dibawa oleh para peminat. Maaf gambar tidak sempurna, aku mengambil gambar ala-ala press dengan mengangkat kamera tinggi-tinggi... dasar amartur.. huhu... sila beri tunjuk ajar...

Memillih pemenang bagi kategori barang-barang kenangan yang paling unik.

Keset cetak rompak milik siapa kah ini???

Macam-macam barangan dan hasil kreativiti peminat yang dipertandingkan. Ok lah aku upload yang ini dulu, nanti esok kusambung lagi. Insyaallah.

Esok gambar pemenang-pemenang pula ya...

[ Tak reti-reti nak tinggalkan komen >>kat sini<< ] Ngeh ngeh ngeh

21 Nov 2003
:: Begitulah adanya

Di kebanyakkan masa Tuhan menguji. Kita yang lemah ini tertatih-tatih menapak hari. Tangan yang lesu tergapai-gapai mencari punca. Waktu pun diisi gundah dan gulana, tidur malam dicengkam igauan ngeri, berjalan siang diekori mata-mata yang menikam tangkai jantung. Tiada ruang untuk lari sehingga selesai kita diuji.

Bila ini terjadi bertenanglah. Sebentar tadi seorang kenalan yang kukenal kurang dari setahun lalu menalifon mengadu masalah. Aku mengenalinya melalui seorang kawan. Dan dia mencari kawanku itu. Timbul ketidak profesionalan dalam kerjaya mereka. Apa sangatlah yang mampu aku bantu selain menjadi pendengar setia dan memberi sedikit saranan.

Memang terluka bilamana seseorang yang kita percaya mencerca kepercayaan itu. Aku pun tidak sunyi dari peristiwa seperti itu. Dan aku percaya, kalian juga pernah melaluinya.

Beberapa kali dia menalifon, runsing benar hatinya. Walaupun kesalahan itu bukan terletak sepenuhnya di atas pundaknya, atas keprihatinannya itu aku melihat dia sebagai seorang yang benar-benar jujur dalam tugas yang diamanatkan kepadanya. Sebolehnya dia tidak mahu ada onar di dalam kerjayanya, ya lah... siapa pula yang ingin meracuni periuk nasi sendiri kan?

Lama aku mendengar keluhannya, dan berbagai cerita pula yang dikongsikannya dalam usaha menjalankan perniagaannya. Rupanya di mana-mana pun berlaku 'ganjaran' harus diberi untuk dapat dianugerahkan projek-projek yang ada di sekitar kita. Kecil periuk, maka kecil pula keraknya. Besar periuk maka besar pula lah keraknya. Merasuah dan menerima rasuah sudah menjadi biasa. Malah tanpa segan silu lagi.

Panjang bual kami. Ya lah, sekurangnya usai sedikit kabut yang mengundang gulana. Sabar-sabarlah sesungguhnya engkau mesra dijabat ujian.

15 Nov 2006
:: Meninjau Bora Ombak

Sudah menjadi kebiasaan pula kebelakangan ini, bila saja KSMN ingin berkumpul untuk berbincang pasti akan bermula dengan beberapa kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Kelewatan para sahabat bertemu di titik perjumpaan bukan disengajakan, dan semestinya telah dimaafkan. Tetapi resam menanti, yang menanti merasa tersiksa dan tertanya-tanya, apatah lagi bila sang sahabat itu tidak dapat dihubungi. Alhamdulillah Bora Ombak dapat kami temui tanpa kesesatan teknikal. Satu tempat yang meneduhkan hati yang tadinya runcing diasah kesabaran yang menipis.

Seperti biasa gambar lebih bijak berbicara... ayuhlah kukongsikan...


misi kita Cik Pidah sempat menghadirkan diri, walaupun ada kes letupan gas yang kronik.


heh heh... berselindung di sebalik lalang sehelai...


the quest...


series banget kak Jenny...


Kelapa Duda. Untouched and pure? Menu yang berjaya menggeletek hati kami selain dari menggeletarkan suara untuk memesannya... harga satu menu sama dengan 3 ekor ayam proses???


... in sarong beb cakap lu. Sarong batik ke pelikat?


and the meeting begins...


pian diberi taklimat... dia akan jadi tukang kata ahad nanti


mr. razi... bakal menjadi jurugegas ahad nanti


rancangan malaysia ke 9?


kena impliment kitab tajul muluk di sini... heh heh


the sound man in the middle...


kusyuk dan mengantuk


yang hijau sentiasa menggamit kalbuku


moh.... ram...?


model sampingan dalam sesi ujibakat sejurus sebelum pulang malam itu...


sampai menutup mata? (bak kata ND)


terakhir sebelum pulang.... tu siapa plak yang mengirai kutus tu... ke tepi! ke tepi! kutus berterbangan... abih laa ko Ain jadi penempatan squadron kutus yang baru daa.. huhuhu


aku suka pohon buluh... aku malas nak describe kenapa sekarang ni, sebab aku dah nak balik sangat...

so to all ksmn, jumpa anda ahad nanti..

dan kepada geng jurnal... jumpa anda sabtu nanti @rapat06!

14 Nov 2006
:: Dah lagu tu...

Dah namanya pun blogger, blogger tegar pulak tu bak kata Silence, jadi membaca dan menulis blog merupakan aktiviti sihat (sihat ke?) yang telah kurutini lebih empat tahun kebelakangan ini. Dulu sewaktu bermula, aku menulis saban hari, tidak boleh tidak. Bila tak menulis terasa tidak lengkap hari. Tetapi kebiasaan itu juga telah berubah, bila tugas pun semakin menuntut masa dan perhatian. Bukan hanya aku, malah ramai bloggers otai geng jurnal juga begitu, tidak kurang juga yang tidak aktif menulis lagi.

Selalunya bila kerja-kerja rasmi sudah selesai, aku punya masa melawat blog kalian. Mungkin kalian tidak tahu, membaca blog atau melihat fotoblog kalian, memberi berbagai kesan. Banyak pula yang kupelajari dan insafi. Ada yang berhenti menulis dan membuat hatiku walang, apatah lagi jika blog itu ditutup atau dipadam sama sekali. Yang kuingat dan mahu ingati adalah yang memberi kesan positif, gembira dan tenang.

Untuk kalian yang berada di sawang-sawang lelabah sedunia, terima kasih yang dalam!

9 November 2006
:: Bila langit kelam...

Di luar langit kelam dan bukat, begitu resamnya hari-hari kebelakangan ini - hujan petang yang sangat lebat. Ada teman-teman sepejabat yang menaiki motosikal basah lencun sewaktu pulang kerja, ada pula yang memandu tersekat di dalam banjir kilat.

Syyyhhh...! Cuba dengar tu, desah nafas alam. Semput. Ahh... ia pun demam.

Beberapa hari lalu, sepohon besar rebah di stesen lrt berhampiran rumah. Semua kenderaan tersekat, dan lebuhraya sesak tak bergerak. Senja itu aku menapak pulang dalam hujan renyai yang nipis. Harmoni dengan tempias yang menerjah, langkahku laju melarikan diri dari kegelapan yang semakin menakluk. Sampai di rumah tika imam di masjid lanjut dalam ratip dan wirid.

Bila langit kelam dan alam berubah wajah kita pasti menyapa, kalau tidak pun dalam hati akan berkata-kata. Begitu jua bila melihat wajahmu teman, keruh tidak bercahaya, apakah rengsa yang menikam kalbu. Aku sudi menjadi dian menerangi, membawa kata hidup tidak sunyi diduga. Sedang aku pun sama tertatih-tatih menongkah ribut yang acapkali mengganggu damai perkampungan kalbu. Benar aku kasihan, dan aku tambah sedih bila tidak lebih dari kata-kata semangat sahaja yang dapat kuberikan padamu, buat bekal tika langitmu pejap didakap kelam...

Kamu benar-benar diduga dalam anugerah dan kurnia. Menguji hati. Menguji di mana berdiri. Menguji dahan yang telah berkata akan meneduhi perjalananmu. Menguji di mana letak sudi dan budi. Menguji sabar agar mikraj imanmu. Semoga beroleh tenang yang dalam. Aku ada jika kau perlu, walau sekadar berkongsi air mata.

Tuhan, berikan kami cahaya... di mata dan di kalbu...

8 November 2006
:: Memelihara Hati...

Nurul Amalina hantar satu mesej luar talian, aku suka dan aku ingin abadikannya di sini:

"Menghadapi musuh. Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai."

6 November 2006
:: Pengumuman: Majlis Hari Raya Kelab Sahabat M. Nasir

Salam Mesra Salam Sahabat,

Sebelum kami meneruskan , kami bagi pihak pengurusan Kelab Sahabat M.Nasir (KSMN) terlebih dahulu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat yang beragama Islam. Semoga Hari Raya ini membawa kemeriahan dan keberkatan kepada semua.

MAJLIS HARI RAYA KELAB SAHABAT M.NASIR.

Sebagai meneruskan aktiviti Kelab pada tahun 2006, Kelab Sahabat M.Nasir akan mengadakan satu majlis hari raya seperti berikut:-

Tarikh : 19 November 2006 (Ahad)
Masa : 2.00 ptg - 6.00 ptg
Tempat : Restoran Bora Ombak
G1, Kompleks Sukan Ampang,
Persiaran Mamanda 1,
Taman Dato' Ahmad Razali (Ampang Point),
68000 Ampang, Selangor.
Bayaran : RM38.00 / seorang (dewasa)
RM19.00 / seorang (kanak-kanak)
Makanan : Jamuan Teh (Hi-Tea)
Pakaian : Hari Raya
     

Pelbagai aturcara menarik bakal disediakan, yang mana antara aturcaranya memerlukan penyertaan para sahabat. Apa aturcaranya???

Kami tak dapat beritahu, supaya kejutannya dapat dirasai nanti.

Untuk memeriahkan lagi majlis itu, kami perlukan kerjasama daripada pihak sahabat untuk berikut :-

•  membawa kueh raya secara ‘potluck' (tak cerewet kueh apa)

(kueh yang paling unik dan sedap bakal memenangi hadiah)

•  membawa apa-apa barangan kepunyaan anda yang membawa kenangan nostalgik mengenai M.Nasir (barangan yang unik mahupun kenangan terbaik juga bakal memenangi hadiah).

Kemasukan hanyalah melalui pengenalan kad keahlian Kelab Sahabat. Jadi sila bawa kad anda bersama.

Tempat adalah TERHAD . Sila beri pengesahan dengan mengembalikan borang dibawah dan pembayaran sebelum 9 November 2006 . Pembayaran boleh dibuat secara tunai, cek, atau deposit terus ke dalam akaun. Cek hendaklah dibayar atas nama ‘Kelab Sahabat M.Nasir' dan deposit terus bolehlah dibuat ke dalam akaun semasa ‘Luncai Emas Sdn Bhd' Bank Bumiputera Commerce Berhad, No akaun : 1229-0000419-05-9. Untuk deposit terus, sila fakskan salinan resit bank.

Jomlah Hadir!! Ambillah peluang ini untuk beramah mesra antara para sahabat, bersama M.Nasir dan juga artis-artis Luncai Emas seperti Spider, Quest, Azfar (OIAM), Yazer dan Idayu.

Untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan tempat sila hubungi Cik Ain di talian 03-61561357 @ 012-6173351.

JUMPA ANDA DI SANA !!!

AKHIR KATA

KSMN berharap akan mendapat lebih banyak penyertaan daripada para sahabat untuk aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Andainya ada cadangan untuk aktiviti-aktiviti lain sila usulkan kepada kami melalui surat , faks mahupun e-mail di ksmn_10@yahoo.com atau pun di ht tp://launch.groups.yahoo.com/group/Sahabat_MNasir/

 

“Telunjuk lurus Digalas Ibujari, Sahabat Tulus Mengasah Hati Budi”

 

Pihak Pengurusan
Kelab Sahabat M.Nasir.

~~@~~

Penting! Sila isi borang dan kembalikan. Download borang untuk menyertai Majlis Hari Raya ekslusif bersama M. Nasir [ di sini ].

Kepada peminat yang belum menjadi ahli Kelab Sahabat M. Nasir, masih belum terlewat untuk anda mendaftar dan mendapatkan hak ekslusif sebagai Sahabat dalam setiap aktiviti dan keraian bersama M. Nasir. Anda juga berpeluang menjadi orang pertama mengetahui tentang perkembangan terkini M. Nasir.

Sila download borang keahlian serta penuhi syarat serta arahan yang terdapat di borang tersebut untuk mendaftar.

Terima kasih.

2 November 2006
:: Jalan raya ke Luncai Emas

Dalam hujan renyai-renyai senja semalam aku menjejakkan kaki buat pertama kali ke Luncai Emas, studio rakaman dan juga pejabat urusan Luncai Emas. Aku dan rakan-rakan di sana merangka acara bagi majlis Hari Raya Sifu bersama peminatnya yang insyaAllah akan diadakan pada 19hb November nanti.

Sewaktu tiba Spider sedang berlatih lagu Relaku Pujuk. Khabarnya Mawi sedang menjalani rakaman di studio bahagian atas. Sifu pun di tingkat atas. Tak ada pula rasa nak pergi tengok, sebab aku datang ke sana atas objektif yang lain. Suasana dan mood studio ini mengingatkan aku akan studio Soundwoxs milik Eddie di Eastern Rd, South Melbourne [ x ]. Tapi Soundwoxs tidaklah sebesar Luncai Emas atau NAR [ x ]. Ayuhlah kubiarkan gambar yang berbicara.

 


Faisal, Ain, Wan dan Yan


rencana akan datang untuk ksmn... Abg Nan bersemangat memberi idea... xpdc ke Belum yang ingin kita "sudah"kan... InsyaAllah April tahun depan, ayuh... kita shooting ramai-ramai di hutan Belum!


Kusyuk ke dah lelap? Penerangan Abg Nan benar-benar membuat aku terasa dinginnya air terjun Bekelah, air terjun Jeram Jin... rimba Bukit Pelindung, rimba Tioman... huhu.. aku ingin pulangggg.... (kembali ke suasana perkhemahan seperti dulu)


comei ler awek ni... heh heh jangan jangan jangan... jangan cepat marah nanti cepat tua...

Mesyuarat tidak habis di situ sahaja, berlanjutan pula di rumah Kak Jen dan Abg Keon.... kira merangkap jalan raya sekali lah.


Keon, Faisal dan Razi (tukang jaga intelectual property negara :D)


ayuuuuuuuu... (ala lagu Shiela Majid) Kak Jenny, Ida dan Ain.


hujah di depan kuih berkelambu ... bernas! riuh berdentum yek Emi?


kenalan baru


sebab gambar atas tu ada Abg Mael tapi muka Razi sekerat maka aku paparkan lah keduanya sekali.

Dan... ini pula adalah acara berbuka dahulu...


Abg Mael dan isteri, Ida


Faisal... kali ni tak de watermark ok

 

1 November 2006
:: Versi ke 5.0

Tanggal 22 Oktober tahun ini aku di rumah kelahiranku, dalam persediaan menyambut Syawal yang akan menjelma dua hari lagi. Beberapa teman mengutus sms ucap selamat, terima kasih sudi mengingati. Monasakti, Nisah, Tajul, Jedah terima kasih.

Ikhlas, aku tidak minta semua itu. Kini aku lebih senang dalam ketiadaan. Tetapi bila kalian sudi, maka selaut pula lah gembira dan terharu merona kalbu. Sangat aku hargai.

Begitu jualah istana di hujung rimba yang kuolahkan ini, mencapai usia empat tahun dan melangkah ke versi yang kelima. Silence kata aku penulis blog tegar. Entahlah. Aku hanya menulis dan berbuat sesuatu yang aku suka di waktu senggang.

Syukur Ya Allah masih sudi pinjamkan nafas dan mendegupkan jantung. Syukur perjalanan pendek ini telah melintas sampai ke sini. Mohon diberkati dan dirahmati perjalanan ini. Aminnnn....

20 Oktober 2006
:: Salam Lebaran dari Hujung Rimba...

 

Cara Hidup

Bahasa dan Sastera dalam Islam

Ini adalah satu hajat yang panjang. Aku tertarik untuk mengkaji dan mempelajari tentang sesuatu yang kuminati. Maka di sini aku susunkan penemuan-penemuan tersebut. Jika ada salah silap dan kelemahannya, kepada yang mengetahui sila lah beri tunjuk ajar.

Sastera dalam Islam
(masih dalam penyusunan)

Adat Resam Melayu

Terindah

 

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Akan Datang

NOVEMBER

19/11 - Majlis Hari Raya Kelab Sahabat M. Nasir

-----

Dunia

World Time

World Climate & Season

Google Earth

 

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

jerat

kala pertama kupandang
pesona di wajahmu
saat itu hatiku kan terpana
tiada ragu lagi
tiada bimbang lagi
semuanya ingin kumiliki

gelisah jiwaku ini
dilanda bayanganmu
kan mengkoyk dinding
keangkuhanku
kau ciptakan rindu
kau buat hatiku
terjerat tali cinta

resah... resah...
pun tiada menentu
bila semalampun tiada bertemu
mimpi... mimpi...
kan terasa oh sepi
bila kau tiada
tampakkan senyummu

harvey malaihollo

Free Download Here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri
Riwayat Mandolin

Mungkin (MTV by Rosh)

Pemilikan Terbaru

 

 

Bacaanku

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://www.elaira.net
I am apart of this glamourous organization... :D