B E L I !    B E L I !    B E L I !
Layari http://jiwakacau.blogdrive.com
Harga RM20 Postal RM2

Untuk pesanan dan tempahan sila klik

"Buku yang kamu sedang pegang ini, koleksi Jiwa Kacau, walaupun mungkin bukanlah himpunan terbaik dan definitif, adalah antologi yang mempamerkan wajah blog Malaysia (pengantar bahasa melayu) sekarang ini. Setahu saya belum ada satu pun blog bahasa kebangsaan yang dibukukan sebelum ini. Di tangan kamu adalah sehiris sejarah. Pertama seumpamanya. Capai dan belilah. Simpanlah. Hartakan."

- Saharil Hasrin Sanin -

:: 28/12/05

Sekitar jam 10malam Basri menalifon. Ada pertemuan diantara penulis-penulis JK dengan wartawan Berita Harian di Jalan Telawi. Aku ralat tak dapat ikut sama kerana aku di kampung menghabiskan cuti hujung tahun. Belum rezeki Elaira untuk jadi glamer agaknya

:: 5/12/05

Minggu lalu, diberitakan oleh tuan penyelenggara, bahwa projek JK2, dengan tajuk Seunggun Bara Dalam Dada (SBDD) akan menyusul setelah projek JK berjaya mencapai objektif penerbitannya.

Dengan izin Allah MitH sekali lagi ingin turut sama memeriahkan SBDD. Pada masa ini aku sedang menyelak-nyelak kembali tulisan yang boleh dan rasa layak dimuatkan di dalam SBDD kelak.

Semoga projek kedua tuan penyelenggara ini juga akan berjaya seperti JK!

:: 20/11/05

Perjumpaan Hari Raya Artakus Dot Net. 7 buah JK selamat ketangan yang berhajat. Terima kasih teman-teman atas sokongan!

Terima kasih:
Jundak Zulela Karlbum Aeryn Fajar Kirrotamagrak Sempoii

Ina Acap Ijot Jimi Rizal

Belum diserahkan:
Silence Ani Ita Shila

Baki = 4buah (berkemungkinan besar aku nak simpan sendiri sahaja baki ini)

:: 18/10/05

Mawi pun baca JK?

Aku tak arif, ada apa dengan Mawi, tapi yang aku tau... Mawi baca JK, justeru Mawi mungkin baca Daun terapungan, Pasir-pasir kelam dan lain-lain lagi. Selamat berkenalan Mawi, saya Puteri Elaira Eliza kekekeke

:: 17/10/05

JK ada dan boleh didapati di sini

:: 7/10/05 - Update order terkini:

1. Ita
2. Silence
3. Zu
4. Ijot
5. Has
6. Fajar
7. Shila
8. Jimi

Yang mengaku tapi belum dapat kupastikan kesahihannya:

1. Morrok
2. Ani
3. Karlbum

Ada 7 (atau kurang) lagi untuk dijual.

:: 6/10/05 - Ya, ini buku Jiwa Kacau, justeru orang yang sedia berjiwa kacau tak digalakkan membacanya, takut-takut menambah gelora di dada dan serabut di minda. Tapi jika anda sudah membaca bait tulisan ini, bermakna sudah tiada jalan kembali. Kerana rasa ingin tahu anda mengatasi segalanya. Dan sesungguhnya, jiwa yang kacau akan beroleh tenang bilamana tahu, dia tidak bersendirian dalam daerah bernama kacau.

Mona, sori salah listing. Sudah diperbetulkan kepada orang yang sepatutnya. Anda mengambil langkah bijak - kurangkan kekacauan... hehehe... Thanks anyway sis.

Aku membaca sedikit demi sedikit JK, aku mahu menghayati dan kerana kebanyakannya sudah aku baca dari blog-blog empunya karya. Apa yang aku dapati, ia benar-benar penuh variasi. Tidak sedikit pun sia-sia usaha M.I.E. mengumpul dan membukukan JK. Sukar untuk aku menuliskan dengan tepat apa yang cuba aku sampaikan. Dan aku bersetuju dengan apa yang antara lain Tok Rimau ulaskan:

" Sekejap saya senyum, sekejap saya sengih, sekejap saya ketawa keluar air mata, sekejap saya insaf dan ada masanya saya bosan hingga tertidur..."

:: 4/10/05 - Hari ini JK punya pembeli rasmi yang pertama! Rasa seperti tak percaya. Terima kasih Jimi! Selain Jimi ada beberapa orang yang telah booking:

1. Ita
2. Silence
3. Zu
4. Ijot
5. Has

Yang mengaku tapi belum dapat kupastikan kesahihannya:

1. Morrok
2. Ani
3. Karlbum

p/s: Fajar, hang tak mo ka? hehehe

:: 2/10/05 - Aku sempat singgah sekejap di rumah PENA mengambil 20 naskah JK bahagianku. Ketika itu DIABLOG sedang rancak berjalan. Aku singgah dengan tergesa-gesa kerana ada urusan lain. Bertemu Umie yang sudah lama tidak bersua, ada kerinduan yang tebal tetapi masa membataskan. Gembira melihat hasil karyaku buat pertama kalinya mekar di laman bercetak, tapi kecewa kerana url lama telah digunakan di situ, url itu tidak lagi terhubung ke sini, tidak seperti yang kusertakan sewaktu aku menghantar manuskrip itu dulu.

:: 28/9/05 - Dari makluman buku-buku JK akan diserahkan kepada penulis-penulisnya di majlis Diablog GEJU yang akan diadakan di Rumah PENA Ahad ini. Aku belum tentu dapat hadir.

:: 28/9/05 - Jiwa Kacau siap dicetak hari ini, walaubagaimana pun aku belum melihat kelibatnya lagi.

:: 8/9/2005 - Hari ini adalah hari pertama aku berhajat untuk mempromosi buku kompilasi tulisan penulis-penulis blog yang bernaung di bawah label GEJU, yang juga bakal menempatkan sebahagian kecil dari catatan Myths in the Haze di dalamnya. Hari ini juga Basri telah mempromosi buku ini di laman web Sahabat Radio KLFM.


MOHRAM IN JAPAN

Venue: Sinagawa Curian Hall, Tokyo
Date: 6th Dec, 2005
Time: 7pm

 

arkib I erikas

 


30 Disember 2005
:: Jawapan SMSmu...

Lewat malam tadi aku menerima satu pesanan ringkas dari seorang sahabat. Pesanannya penuh persoalan tentang CINTA. Mengapa dia bertanya kepadaku? Sedangkan aku tidak arif soal itu. Beginilah bunyi pesanan tersebut:

Apakah erti hidup tanpa cinta?
Apakah erti mati tanpa cinta?
Yang manis kerana cinta.
Yang pahit juga kerana cinta.

Sehabis membaca hati jadi kelu untuk menuturkan jawapan. Jadinya aku menyimpan bicara, biarlah kuulas di sini sahaja. Soalan itu walaupun mudah, ada dua cabangnya. Adakah dia bertanya tentang cinta ketuhanan atau cinta sesama insan? Jika cinta sesama insan yang dia maksudkan, maka aku hanya mampu tersenyum sumbing, bagaimanalah aku ingin menjawap kerana yang sebenar tulus itu aku definasikan belum tergapai oleh jiwa. Seharusnya dia lebih arif dalam menjawapnya kerana dia sudah punya.

Pun begitu anggaran rasa, bersekitar dari perjalanan yang telah kulalui, ayuhlah kucuba menyusun sesuatu. Sekedar pandangan tulus dari kalbu. Dan semestinya hanya berdasarkan apa yang kutahu.

Tanpa cinta manusia, sepilah raja yang menghuni hati. Raja yang kejam semestinya. Tuntutannya macam-macam, telah kubicarakan padamu dalam Bicara Tentang Hati. Banyak kerja yang tak menjadi kerana titahnya baginda seluruh kudrat dan urat tunduk akur menjadi abdi. Kacau bilau seluruh negeri, Perasaan nama diberi.

Ada yang kuat dan gagah ibarat laskar muda naik darah, raja ini tidak bersemi, bisa ditepis bisa tidak diperduli. Pada yang lemah dah goyah, terapunglah jiwa mencari erti, hingga ada yang hilang pertimbangan diri.

Apabila mati pula ia tanpa mendapat cintanya, seolah satu kepergian yang sia-sia, hampa. Seperti banyak yang digurindamkan orang, tentang duka nestapa kasih tidak kesampaian, begitu jualah layaknya, seorang insan yang kebulur dalam mengejar cinta hatinya.

Yang mengharapkan cinta, dadanya penuh kemanisan, yang terlakar diminda hanya bunga-bunga berkembangan, yang melagu dijiwa hanya gurindam penuh keasyikan. Tentulah manis dan manis sahaja bila segala yang diidamkan menjadi nyata dan dalam genggaman.

Ya, pahitnya jua kerana cinta. Pertama mungkin tidak tergapai idaman hati, meranalah hidup berhari-hari menghitung usia hingga ke mati. Mungkin pula walau sudah kedapatan, tidak pula kena di hati. Insan yang dulu indah terperi terbilang satun budi, sudah pula kelihatan ngeri dan basi. Persefahaman menjauh dan gagal ditelusuri, kata sepakat menjadi bukat dan hitam pekat. JIka begini, ada yang merasa daripada hidup lebih baik mati.

Kita ini memang jauh dari kesempurnaan, jika itulah yang kita cari. Menerima dan memberi seadanya, redha dan akur kekurangan insani. Menerima dan menghargai kelebihan yang ada, bersyukur dan tersenyum pada Ilahi, menghiasi penampilan diri. Menyedari dan memperbaiki diri, belajar dari kesilapan dan ketelanjuran adalah satu sifat amat terpuji. Yang tanpa kita sedari telah mencakup cinta Ilahi. Kerna pada pemahamanku menyintai hamba dan ciptaan Pencipta, adalah jua salah satu jalan menyintaiNya, dengan dasar berlandasakan tuntutan dan larangan yang jelas tidak tersembunyi.

Serba sedikit tentang cinta insan dan duniawi.

Jika melihat dari aspek cinta ketuhanan. Hidup dan mati tanpa cinta pada Rabbulizatti, nyata sia-sia yang tidak terungkapkan. Bermakna tidak mengenali diri, tidak menghalusi helaan nafas dan sedetik nadi. Tidak semua terbuka hati, tidak semua diberi kefahaman menghayati. Apabila timbul keinginan mengenali Ilahi, bermulalah dengan megenali diri. (Urat darahmu, kerdip matamu, decit nadimu, mungkin memberitahumu sesuatu, bertanyalah. Adat bertanya pada yang tahu, jangan pula dipakai melulu, rujuklah kitab dan berguru pada jalan yang satu.)

Cinta pencipta tiada pahitnya. Kasih dan sayang sahaja naunganNya. Indah, indah dan indah tiada terperi. Umpama manikam dan permata gemilang bersinar mengasyikkan merentas dari hujung sini kehujung sana tanpa sempadan. Umpama juraian manik-manik kecintaan, berdenting dalam munajat dan tasmid kepadaNya. Umpama bunga-bunga mekar sepanjang zaman merentasi alam dan wangian syurgawi yang tidak terkhabarkan. Ah, siapalah aku untuk mengumpamakan, ia jauh lebih murni, lebih suci, lebih kudus dari apa sahaja yang tertutur oleh hati dan perasaan. Indah itu tidak jauh, ia ada dalam hati, malah lebih dekat dari itu pada insan yang mengerti dan diberi kurnia memahami. Maka carilah diri, insyaAllah kau akan mengerti. Wallahualam.

27 Disember 2005

 

hati yang disembunyikan

terhadang gunung dan rimba
hati ini kita sembunyikan
rasa ini kita kambuskan
pada alasan-alasan kelam
tiada terukur punca
tiada tergali pendamai setia

hati ini kita sembunyikan
dari rasa berterus terang
kelambunya tebal tenunan kerahsiaan
tidak terduga kanta jiwa dan firasat indera
walau direnung dalam dan dalam

rasa ini kita kambuskan
kukuhlah benteng keegoan
berajalah jurang semakin dalam
jadi gerigis menghiris kesetiaan

tingkah mendatar tak berpenghujungan
pada alasan-alasan yang kelam
jadilah hati penunggu musim-musim suram
tanpa alam berseri
tanpa ceria memberi salam

setia ini aku ucapkan
bertampuk pada hati yang kau sembunyikan
lerainya nanti mungkin kerana masa
memuput sehelai nyawa kembali kepadaNya.

24 Disember 2005
:: Putih...

 

Putih

aku memilih putih
walau apa pun yang dunia warnakan
walau apa pun debu semilir yang menghempas
dan menikam sanubari
aku memilih putih...

aku memilih putih
walau betapa hitam dan kusam
kesumat dan dendam
hasad kecubung melingkari buana
kau lumatkan untukku
aku sekukuh urat nyawa
bertongkat paruh
menghidang senyum menyambut kantamu...

aku memilih putih
jika nanti hancur jawapan segala yang menanti
pemainan alam yang menguji diri
dan di mana aku berdiri
aku memilih putih
walau nanti hanya darah dan hanyir
yang tersisa dari senyum ini
untuk dunia dan manusia bahkan selepasnya
aku memilih putih...

moga putih itu tidak membebankan
engkau dengan kesal atau celaru
moga putih itu menghamparkan kau tenang
sepanjang jalan hidupmu
moga dengan putih itu
putihlah jua sakalian jiwa yang sendu...


19 Disember 2005
:: Menyusur telusur...

Panjeklah batang tinggi-tinggi
besuo pucuk selaronyo
galilah akar dalam-dalam
nak besuo urek tunjang mo isinyo...

[ Panjatlah batang setinggi-tingginya
agar bertemu pucuk dan selaranya
galilah akar dalam-dalam
agar bertemu akar tunjang dan isinya. ]

Tak keterlaluan ramai yang ngeri, bila pepatah indah tinggalan moyang ini menyonsong perjalanan hidup mereka. Ramai yang lari meranduk keinginan hati, kerana bimbang masa depan di muka bumi. Hari ini aku hanya mampu tersenyum, belum tentu kalau aku berkata pun, kefahaman itu akan tumpah pada hati yang dikeruhkan. Maka selalunya kuserahkan sahaja pada rasa ingin tahu mereka, maka galilah dalam-dalam, moga bersua akar tunjang dan isinya.

Bukan mengalah, aku hanya memilih diam kerna tiada guna bertikam lidah pada yang mengeruk tak sehabis gaung, meraba tak sehabis rasa, banyak faham nan tak langsung, hingga bertukar dari maksudnya.

Maka sempurnalah maksud Pesta Persukuan Adat Pepatih dan Makanan Tradisional Negeri Sembilan yang diadakan selama dua hari (17 & 18hb Disember) yang berakhir semalam di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang juga telah selamat dirasmikan oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar.

Indah, aku dah Nisah sependapat. Susunan pepatah petitih dalam adat pepatih ini sangat indah. Ia tegas menegakkan hukum dan undang-undang dalam sistem hidup bermasyarakat, itulah sebenar dasar adat itu sendiri. Yang cacat dan celanya digembar gembur oleh yang tidak puas hati barangkali.

Ya, mungkin itulah sukarnya, sebetulnya dasar adat itu tidak nyata kelihatan, ia tersembunyi dalam rangkaian pepatah, petitih, gurindam, mamang, bidal yang memerlukan kekuatan rasa dan perasaan serta fikiran, kerana keseluruhan peraturan yang dimaksudkan tersembunyi melalui kiasan dan perumpamaan-perumpamaan. Tidak hanya di situ, maksudnya meluas dan terpakai mengikut kesesuaian dan peranan segala sesuatu itu di dalam masyarakat dan kehidupan.

Rumah godang bori bepintu
nak torang jalan ko dalam
kolo dikumpa seleba kuku
jiko dikombang selebar alam...

[ Rumah besar beri berpintu
nak terang jalan ke dalam
kalau dikumpal selebar kuku
jika dikembang selebar alam ]

Jelas, kalau tidak difikirkan maka sebanyak itu sahajalah maksud yang kita faham, tapi bila diselidiki, dipelajari dengan mata hati... maka tebarannya melangkaui serata alam.

Kulit mair ditimpo batin
batin ditimpo galo-galo
dalam lahir ado bebatib
dalam batin behakikat pulo...

[ Kulit mair ditimpa batin
batin ditimpa gala-gala
dalam lahir ada berbatin
dalam berbatin berhakikat pula...]

Nanti... jangan pening dulu. Ada lagi yang ingin dikisahkan. Ibarat...

Sodang beguru kepalang aja
nan bak bungo kombang tak jadi
kok hanyo dapek dek mendonga
tidak didalam dihalusi...

[ Kalau berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
kalau hanya sekadar dapat dari mendengar
tidak kan dapat didalam difahami... ]

Itulah sekelumit dari ratusan pepatah petitih yang ada. Manis dan sinis, indah menyuluh sinar, ajakkannya alam terbentang sama-samalah kita fikirkan bahasa Tuhan dalam diam terang terbentang. Seperti yang sahabat ini telah tuliskan dan telah pula ia hujahkan pada majlis forum di perkampungan ilmu kebangsaan itu semalam, aku merasa terpanggil untuk memainkan peranan, biarlah...

Melompek samo patah
menyerunduk samo bongkak
tetangkup samo makan tanah
telontang samo minam ombun
terondam samo basah
terapung samo hanyut...

[ Melompat sama patah
menyeruduk sama bengkak
tertangkup sama makan tanah
terlentang sama minum embun
terendam sama basah
terapung sama hanyut... ]

~~@~~

Galeri foto sehari di Pesta Adat Pepatih dan Makanan Tradisional Negeri Sembilan:


tarian dari Kebudayaan NS


tumbuk kolang... alunan musik tradisional yang menggunakan lesung
kayu sebagai alat utama. ia di ketuk dari berbagai arah dan mengeluarkan
bunyi serta irama yang berbagai...


susah nak cerita, tengok dan dengar sendiri baru best...


tekad benang emas, dulu waktu arwah nenek masih ada, dia buat sendiri
persiapan untuk majlis perkahwinan along...


sempat hadir, forum Peramah Adat
dar kiri anda; Dato' Dr. Nordin Selat, Prof. , Nisah Haron dan Dato' Khalid Bonget


salah satu kuih tradisional... cucur tepung beras dan gula anau


buah salak di gerai Orang Asli


emping dicampur kelapa muda dan gula anau... yummyyyy...


adik-adik bermain gasing


congkak....


angklung


anggota rombongan beta... anak-anak buah den...


caklempong dari sekolah tunku durah


hijau... always capture my eyes...


sirih junjung dihias mawar kuning...

15 Disember 2005
:: Gula-gula dan pancuran...

kau cuit hatiku dengan gula-gula kegembiraan
manisnya kau tuba aku hingga mabuk
akupun lupa terpingga
mana langit petang
mana udara malam

kau siramkan aku dengan pancuran kebahagiaan
kuyup jiwaku kau lemaskan
akupun tersenyum merekah
pada isi alam
pada gurindam yang bertandang

kalau bisa aku memohon
gula-gula ini selalu kau berikan
agar manis hidupku dan terlahir di senyumanku

kalau bisa aku meminta
pancuran ini jangan kering airnya
agar segar akar rasa menyambung nyawa...

 

8 Disember 2005
:: Nasi goreng mak...

Sabtu minggu lalu, bermula dengan pagi yang sayu. Aku ke Pasar Tani tanpa mak. Mak tak sihat, kakinya sakit dan agak bengkak. Susah benar dia hendak duduk dan bangun. Hatiku gelisah, bimbang bukan kepalang. Apatah lagi bila melihat mak kesakitan.

Mungkin hakikat aku ini terlalu sensitif, berkaca sahaja pandangan. Aku sayu bila mak tak sihat begini, luluh rasanya hati. Tapi ini juga hakikat hukum alam, aku seharusnya redha. Kupohonkan mak segera sembuh walau aku jua tahu tahap perkembangan penyakit mak yang tidak mungkin dapat aku ramalkan.

Petang semalam aku minta mak masak nasi goreng. Nasi goreng mak lain. Orang lain tak dapat buat nasi goreng sesedap yang mak buat. Walaupun tiada perencah daging atau sayur dan bahan perisa tambahan, nasi goreng mak tetap sedap. Hanya dengan bawang dan sedikit ikan bilis yang ditumbuk hancur, ia sungguh sempurna bagiku. Sempurna juga bagi adik beradikku yang lain kiranya.

Itulah nasi goreng yang kubosani sewaktu di bangku sekolah dulu. Dulu, aku mahu 'value-added' nya, seperti telur dan ikan bilis goreng besar-besar. Sekarang aku seperti mengalah dengan usia. Aku jadi rindu dengan suasana zaman kecilku. Semua juadah masakan mak yang aku tidak suka, aku ingin merasanya kembali dan ia menjadi kegemaranku. Masakan yang sangat ringkas atau 'plain' serasa sangat lengkap dan sangat sempurna.

Aku semakin merindui waktu-waktu kecilku... susana di kampung dan apa adanya. Kenapa ya?

 

~~@~~

This song won't let me go! Kembali dihantui...

 

5 Disember 2005
:: Pembebasan


kubebaskan kau kelangit
angkasaraya idamanmu
moga melayah kau keserata dunia
menghirup madu dan wangi kasih suci
tebarlah sayapmu selebar yang mampu
teriakkan suaramu laksana lang melintas buana

kau bebaskan aku kembali ke rimba
sudut alam singgahsanaku
moga tenteram lembah dan kali
memeluk hijau dan seluruh redupnya
moga tenang menadikan udara
tersenyum kembali hujung rimba


buat hamba menimba secicip kasih sayangMu.

6 Disember 2005
:: Endless Love

   (Theme Song From The Myth)

Release me from this mysterious waiting
The stars are falling; the wind is blowing.
Finally I can hold you in my arms.
Two hearts beating together.
Believe me that my heart is never-changing
Waiting a thousand years.
You have my promise
Despite many bitter winters, I never let you go.

Close your eyes and tightly grab my hands.
Please recall the past - the days we were in love.
We loved each other too much,
It is sorrowful that we can't even say "I love you."

Every night my heart aches.
I never stop thinking of you.
I am used to being alone for such a long time
And I face it with a smile.
Believe me, I choose to wait.
Even though it's painful, I won't leave.
Only your tenderness can save me from the endless cold.

Close your eyes and tightly grab my hands.
Please recall the past - the days we were in love.
We loved each other too much,
It is sorrowful that we can't even say "I love you."

Let love be a blossoming flower in our hearts.
We can pass through time, never bowing our heads,
And never giving up our dream.

We loved each other too much,
That is the source of our pain.
It is sorrowful that we can't even say "I love you."

Let love be a blossoming flower in our hearts.
We can pass through time, never bowing our heads,
And never giving up our dream.

We never forget our promise.
Only true love follows us as we pass through time.
We can't even say "I love you."
The love we have in our hearts is the only never-changing myth.

[ download ]

[ heh heh... kebah Dealova, Myth pulak jadi hantu... ]

~~@~~

:: Engkau dan masalah...

Semua orang ada masalah. Kecil atau besar bergantung kepada penerimaan kau dan bagaimana kau mengendalikannya. Tentulah masalah yang kita hadapi jauh lebih besar berbanding dengan masalah orang lain, kerana itu masalah kita.

Dalam kehidupan seharian, aku telah bertemu dengan seorang insan yang aku deskripsikan sebagai seorang yang bermasalah. Ironiknya, permasalahannya itu terlahir dan membabitkan (dalam erti kata lain, melibatkan) orang-orang disekelilingnya. Awalnya ramailah yang bersimpati dan cuba memahami, tetapi bila itu dan itu sahaja adanya, lama kelamaan ia turut mengundang rasa tidak senang dan rimas dikalangan oang-orang yang berada disekelilingnya.

Masalahnya seperti bermula selari dengan terbitnya matahari - datang lewat setiap hari ke pejabat. Bercupak-cupak alasannya. Bila telah terlalu kerap, aku pun malas mendengar sekadar mengiyakan semuanya dan mahu cepat-cepat meletakkan gagang talifon atau kembali kepada apa yang kulakukan sebelumnya. Aku sudah tidak perduli akan masalahnya kerana sudah terlalu banyak. Lucunya dia tetap akan memberikan alasan yang berjela dengan penerangan yang sangat pantas, walaupun aku tidak berminat untuk mendengar.

Setahun yang lalu dia datang lewat kerana sakit perut, dan alasan itu terpakai bila-bila perlu sehingga kini. Kemudian motor rosak, kereta rosak, membaharui cukai jalan, melunaskan saman dan bermacam-macam lagi alasan, waktu rehat tengahari jadi berjela mencecah ke pukul 3petang. Sekarang, tidak siapa pun ambil peduli. Tambah lucu bila pihak pentadbiran terus menghulurkan borang cuti dan kau akan dengar komplennya berjela juga.

Telah terlalu sinonim dia dengan berbagai alasan dan alasan. Mencari jalan keluar yang merimaskan orang lain. Awal-awal dulu aku terpanggil untuk memahami kesulitan apa yang menaungi langkahnya, tetapi bila itu dan itu sahaja yang berlaku, aku jadi muak, kami semua jadi muak.

Bukan kerana masalah dia sahaja dia memberi alasan, kalau ada yang meminta dia berbuat atau menyelesaikan sesuatu tugas pun... pastilah berjela alasannya. Lantas, selalunya aku memilih untuk menyelesaikan sendiri atau meminta tolong dengan orang lain dari meminta bantuan dia.

Hari ini dia minta masuk lewat, dia kehilangan lima ratus ringgit dari mesen ATM katanya. Tengahari talifon lagi, urusan belum selesai harus ke Balai Polis pula dan mungkin tak sempat masuk ke pejabat. Bukan aku tak simpati dengan apa yang dialaminya, cuma ada saja yang berlaku saban hari, hingga aku betul-betul muak. Akhirnya aku tidak ambil perduli lagi.

Bekerja bukan kerana paksaan, harus ditatangi minat. Lebih indah jika dengan minat yang mendalam. Jika hadir di pejabat sekedar melepas batuk di tangga dan menunggu gaji di hujung bulan, mungkin sebenarnya ada yang lebih bagus yang boleh dilakukan dari hadir ke pejabat tanpa hasil. Tidak aku nafikan ada urusan-urusan segera atau kecemasan, tetapi bila saban hari urusan segera dan kecemasan... kategori apa sebenarnya itu?

Alasan bukan penyelesai masalah, ia cuma menambah. Mungkin masalah dia akan berkurangan kalau dia lebih kurang memberi alasan.

[ Bukan suka-suka aku menuliskan kisah orang di sini, mungkin aku sedikit terkesan dari perilakunya, merimaskan tepatnya. Semoga kita dapat pengajaran dan lebih matang menangani permasalahan. Dan semoga pula dia mengungsi daerah aman dan lebih bijak mengatur langkah menyelesaikan masalahnya. aku teringat pesan seorang teman, kesilapan adalah untuk dipelajari, bukan untuk diulang. Hmmm... aku sendiri pun selalu mengulang kesilapan.... aku tak pernah belajar? ]

30 November 2005

Dewa - Once (OST Dealova)

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg slalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tau bahawa aku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
bayangmu seakan akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu owhh
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi

[ download ]

Terpana sewaktu menyelusuri web dia ni. Atas jasa baik Ani, aku memiliki lagu tersebut. Sangat-sangat berhantu... kesan dari lirik yang puitis kena pula dengan melodinya, apatah lagi vocal Once yang... tak payah diulaslah, pasti kalian jua maklum akan itu. Aku yang selama ini tidak ambil tahu tentang kumpulan dan musik Dewa, tercari-cari maklumat yang boleh memuaskan rasa ingin tahuku.

Kelakar juga kerana tidak tahu dan di atas tajuk lagu dituliskan Dewa - Once (OST Dealova) maka fikirku, lagu ini nyanyian Dewa dengan judul Once, dan lagu ini kemudiannya diangkat menjadi soundtrack filem Dealova... heh heh...

Untuk kalian yang bellum mendengar lagu ini lagi, silalah download dari elaira dot net. Selamat mendengar.

29 November 2005

Coldplay - Fix You

When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep
Stuck in reverse

When the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone, but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

High up above or down below
When you too in love to let it go
If you never try you'll never know
Just watch and learn

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

[ Listen ]

~~@~~

Sudah beberapa pagi aku mendengar lagu ini di Mix FM. Ada sesuatu yang aku suka. Munkin kerana liriknya yang kuat. Maka bersegera pula aku mencarinya, bertemu dan kuabadikan di sini.

Sesuatu yang indah berlaku dalam perjalanan ke pejabat awal pagi ini... pelangi menghias langit. Aku tidak perasan jika Nana tidak memberitau. Malangnya hari ini aku tidak membawa kamera bersama. Indahnya itu kutelan dan simpan dalam hati.

21 November 2005
:: 12 November 2005
:: Journey Down Under...

9 Nov aku tiba di Melbourne. Dalam keadaan tergesa-gesa dan kabur tentang misi sebenar, hanya dalam penerbangan ia menjadi semakin jelas bila aku dan Dennis mula memerah otak merangka dan merancang apa yang sepatutnya kami lakukan. Dennis, warga Australia, adalah kenalan lama majikan yang kelihatanya juga rakan perniagaan.

Penerbangan hampir 7 jam rupanya tidaklah selama yang aku sangkakan. Mungkin kerana ia penerbangan malam. Dan sewaktu hampir sampai ke destinasi aku melihat satu fenomena yang amat menarik sekali.

Pancaran fajar saddiq dipinggir bumi. Aku cuba merakam permandangan ini namun ia tidak berapa memuaskan kerana refleksi pada tingkap kapalterbang.

Mendarat jam 4.30pagi waktu Malaysia, kira-kira jam 7.30pg waktu tempatan. Bila melalui pemeriksaan kastam di lapangan terbang Melbourne barulah aku tahu apa yang dimaksudkan Dennis malam sebelumnya di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur – dengan KLIA ‘quite efficient'. Heh heh…

Kami mengambil masa lebih sejam beratur untuk melepasi pemeriksaan kastam… huhu… lenguh kaki beratur dan aku serasa seperti hendak tertidur sambil beratur.

Cuaca sewaktu kutiba tidaklah terlalu sejuk… ia lebih kepada segar. Dan sedikit berangin, membuatkan bulu roma tegak mencacak. Puan bos beritahu ianya panas sekarang sekitar 30 darjah celcius…. Rupanya sekitar 18 - 23 darjah Celsius sahaja. Musim spring masuk ke musim panas. Tapi bagi insan khatulisatiwa yang pertama kali menjejak kaki keluar dari lingkungan panahan matahari terik …. ianya sudah cukup sejuk!

Semalam adalah hari yang sibuk. Aku bangun awal, seawal jam 5pagi bila Yah manalifon dari Jelebu. Iaitu kira-kira jam 2pagi waktu Malaysia…heh heh… Tapi aku mendapat tidur yang cukup, jadi aku bangun segar.

Di Digital Picture kami membincangkan storyboard yang dilakar Dennis dari perahan idea kami sepanjang penerbangan.

Sebelah petang aku dan Dennis ke studio rakaman Soundwoxs merakam voice over.

Bertemu Nick yang bersuara lunak dan pandai berbahasa Itali. Dia seorang pembaca berita media massa di sana. Seorang yang profesional. Dia mudah faham gaya intonasi yang aku mahukan untuk suara latar tersebut. Aku seperti seorang pengarah pula rasanya… aku juga terpaksa mengajar cara sebutan beberapa patah perkataan Melayu dengan betul. We had a lot of fun in the studio. Nick mudah belajar.

Sementara tuan punya studio – Eddie adalah kenalan lama Dennis. No wonder they shout at each other masa kami mula-mula sampai.

Sementara dalam masa yang sama Tara, tewan wanita Dennis mengurus kanak-kanak yang akan kami gunakan untuk bertutur dalam berbagai bahasa.

Sewaktu kami pulang semula ke Digital Pictures rakaman telah siap dijalankan. Dan kami menyambung semula dengan pemilihan gambar-gambar. Kami kekurangan gambar. Berurusan dengan pihak yang lagi satu memang akan memakan masa yang lama. Aku cuba selesaikan dengan apa saja sumber yang ada.

Logo yang kami cuba bentuk juga membawa masalah di saat-saat akhir bila memikirkan kesensitifan pihak yang berkenaan. Akhirnya semua dirombak dan kami kembali kepada reka bentuk yang sebelumnya. Dan aku sangat yakin, jika team kerja di KL yang buat logo tersebut, tentu ianya akan kelihat jauh lebih baik! Heh heh….

Kemampuan orang-orang kita tidak jauh berbeza sebenarnya, Cuma faktur masa sahaja yang mengalih produksi ke sini. Kami harus menyudahkan apa yang biasa di sudahkan dalam masa 2 – 3 minggu dalam masa 3 hari!!!

Memang tertekan, masa itu lapar masa itu lah nak menanam padi. Atau seperti yang arwah nenek selalu katakan, dah sakit perut baru nak cari jamban!

14 Nov 2005

Penerbangan balik adalah pukul 3.40petang waktu Melbourne. Lebih kurang jam 12.40tgh hari waktu Malaysia. Kerja yang sepatutnya disiapkan, belum habis lagi. Pagi tadi aku tanya Dennis samada aku akan tetap pulang tanpa membawa hasil kerja disini. Belum ada kata putus, dia harus membuat panggilan dengan beberapa agensi pelancungan. Aku pula akan merujuk pejabat di KL dahulu. Aku tetap mahu pulang dengan penerbangan Malaysia, sekurangnya aku tidak was-was menjamah makananan bila lapar nanti.

Tak tahu lah kalau kami ada masa untuk singgah di pasar lagi. Aku belum membeli baju panas untuk mak dan t-shirt untuk ongah, abang ipar dan diri kusendiri. Memang agak banyak aku berbelanja kali ini, tapi aku tau entahkan bila aku dapat ke sini lagi.

Secara tak langsung impianku untuk ke sini tercapai dengan belanja yang jauh lebih murah atau hampir percuma, berbanding jika aku datang sendiri. Walaupun aku tak punya banyak masa untuk melihat tempat yang indah-indah, sekurang-kurangnya aku telah menjejakkan kaki ke sini. Aku telah sampai ke tempat yang dulu hanya ku dengar namanya sahaja. Syukur kepada Penciptaku.

15 Nov 2005
11.05am waktu Melbourne, 8.05am waktu K.Lumpur.

3.40pm nanti aku akan berangkat pulang ke KL. Sepatutnya aku pulang semalam, tetapi ada lagi baki kerja yang belum selesai. Awalnya aku dijadualkan agar terus ke Brunei, tapi syukurlah lewat petang semalam aku dimaklumkan aku boleh pulang ke KL terus.

Pagi ini aku masih di studio Eddie meneruskan kerja-kerja memasukkan narasi bahasa Melayu yang dihantar dari KL. Aku terkilan tak dapat belikan mak baju panas yang aku lihat di pasar Victoria yg kupergi tempohari. Aku tak tahu kami tidak sempat ke sana lagi. Aku betul-betul terkilan. Tara dan Dennis agak sibuk, kami semua sibuk untuk ke sana lagi. Dua hari kebelakangan ini aku juga mengambil teksi untuk ke studio Steve di City Road dan Studio Eddie di Eastern Road.

Aku beritahu mak semalam, mak tak kisah asalkan aku pulang dengan selamat. Tapi aku yang tak sedap hati. Hmmm… mungkin di lapangan terbang nanti aku bisa dapatkan sesuatu buat mak.

3 - 7 November 2005
1 - 5 Syawal 1425
:: Raya yang sempurna...

Syawal kali ini bermula dengan pagi selepas hujan. Aku yang mengutip kesempurnaan demi kesempurnaan tersenyum dan bersyukur menyambut delar Syawal yang turut melengkapi kesempurnaan yang kucari. Sempurna bagiku terlalu sederhana, sudah amat memadai aku berada dalam tenang dan mampu tersenyum pada alam.

Cuti perayaan berganda membolehkan aku pulang ke kampung hampir seminggu lebih awal. Rumah bonda yang lama tinggal sepi, merah dironakan gembira kami sekeluarga. Kesempatan berbuka puasa bersama di hari-hari terakhir Ramadhan menambahkan ‘kesempurnaan' yang aku maksudkan.

Kesempatan berkunjung ke rumah saudara mara menyemarakkan lagi suasana hari raya. Terutamanya saudara mara yang sudah lanjut umurnya. Aku ingat pesan Ongah, kalau ingin berziarah sewaktu mereka masih ada inilah. Semoga aku terus ingat.

Aku bertegas ingin memasak lemang, walaupun buluh sangat sukar didapati. Aku tetap mengusahakannya dengan bahan yang ada. Alhamdulillah tersempurna jua hasratku. Sememangnya menjadi kebiasaan kami membakar lemang setiap kali menyambut puasa dan hari raya. Jika tidak, maka amat janggal rasanya, kuranglah meriahnya.

Sebelah malam hari raya kedua pula, Ongah menjadi hos BBQ. Malam yang cerah dengan bintang-bintang bertaburan di langit Syawal.

Kami berkumpul sambil berbual-bual menanti ikan dan ayam masak dipanggang di bawah khemah putih-biru yang Ongah beli khas.

Terasa benar sentosa berkumpul sekeluarga, 'berkelah' di malam hari di halaman rumah mak.

Aku paling suka ikan makerel (gambar kiri).

Anak-anak buah pula sibuk bermain bunga api. Ina yang kini mengikutil khursus senibina, harus mengabadikan suasana hari raya untuk tugasan subjek fotografinya. Aku turut menyibuk. Aku mula memberanikan diri menggunakan kamera-slr manualnya. Hasilnya... tidaklah seburuk mana. Ada banyak benda yang kita boleh belajar tanpa pergike sekolah kan?

Aku bersyukur, amat bersyukur pada Penciptaku, atas kurnia dan gembira seindah ini, apatah lagi masa-masa mesra dan sangat berharga bersama keluarga. Dan dalam lintuk deretan pelita di tepi pagar... kurenung satu-satu wajah darah dagingku ini... inilah hidupku, inilah bahagiaku, bersamamu...

   

27 Oktober 2005

 

26 Oktober 2005

Mendayu sahutan takbir
Merentasi maya serata negeri
Di hari yang sekudus ini kususunkan sepuluh jari
Kemaafan darimu amat kuhargai...

Sebening embun menitis memesrai bumi
Menyiram kasih Ilahi
Setulus kasih ibu sewangi syurgawi
Menyiram tenang ke jiwa
Buat ibu yang kami kasihi
Semoga bahagia serata alam terhimpun buatmu
Di hari semulia lebaran ini...

Inilah wajah kasihmu Ilahi
Tersenyum dalam delar fajar Syawal
Yang menjalar merekahkan limpahan rahmat ke wajahku
Mengalirkan lautan nafas yang tiada redanya
Hingga hadirku menjamah senyuman
Hari mulia suci hari raya...

Bayu terakhir Ramadhan
melambai salam perpisahan
delar fajar Syawal mengiringi takbir mulia
dari hujung rimba dan sahutan unggas nan berbalam
dari gemercik kali dan suara halus seroja di dadanya
hamba menyusun kemaafan
hamba pohonkan keikhlasan
mengampunkan segala ketelanjuran
meredhakan segala yang terjamah
dan menjadi santapan...

Salam lebaran dari hujung rimba.

Puteri Elaira Eliza
www.elaira.net

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://www.elaira.net