Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis
silence
silence@fofo
epong

~@~

KRONISM

en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

~@~

menarik@GEJU

lumba foto
(ratu no. 3 sokmo hehehe)
projek jiwa kacau

GENG JURNAL

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi

~@~

BLOGS, FORUMS & FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAMIC

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

PHOTOGRAPHY

better photo
kodak

OTHERS

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006

~@~

31 Mei 2006
:: Penat

4.45petang. Penatnya. Dari pagi bergegas-gegas menyiapkan segala yang perlu siap hari ini. Sampai awal di pejabat sekitar jam 7.50am, terus mengemaskini catatan MitH yang bakal kuhantar kepada Basri selaku tuan penyelenggara bagi Projek Jiwa Kacau 2. Berhempas pulas aku cuba 'mengecutkan' catatan sepanjang dua belas mukasurat itu agar menjadi sepuluh mukasurat sahaja sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli lembaga Jiwa Kacau.

Berjaya juga akhirnya.

Waktu pejabat pun tiba. Ada beberapa perkara yang mesti kuselesaikan hari ini juga. Satu pendaftaran dengan satu jabatan kerajaan harus selesai hari ini juga, kerana hari ini tarikh akhirnya. Bukan tidak mahu selesaikan awal-awal, menunggu input dari bahagian pentadbiran dan pengesahan dari bos.

Aku dan rakan-rakan sepejabat selalu menggelar diri sebagai "expert in last minute tasking". Jadi semuanya buat sahaja lah. InsyaAllah selesai. Ya... semuanya selamat selesai.

Tiba-tiba bos minta satu kad nama baru, syarikat baru dan tak ada logo semuanya. Untuk mereka kita perlu berangan dulu. Tiba-tiba bos kata lagi, mahu kad nama itu siap sebelum jam 2petang. Aku pun terdiam. Kalau lah agenda dan kegunaannya untuk mesyuarat dengan satu syarikat minyak gergasi di negara kita ini, nak bawa kad yang aku cetak dan potong sendiri, sudah tentulah ia akan memberikan gambaran yang tidak begitu memuaskan bagi imej syarikat. Aku terus diam. Buat sahaja lah, hendak dihantar ke 'fast print' pun tentu tak sempat. Akhirnya mereka ambil keputusan untuk menggunakan kad yang ada sahaja. Aku terus menyambung diam. Jurugegas tak boleh kata banyak, mesti ikut kata bos saja.

Begitulah satu persatu kuselesaikan. Tapi di akhirnya terasa penat. Dah tua amat agaknya. Sikit pun penat, bukan melambuk sawah dan membaja. Bukan menuruni denai dengan memikul seikat kayu api seperti arwah nenek dulu.

5.50petang. Teringat pula lumba foto. Sewaktu di Pangkor tempoh hari ada beberapa gambar yang memenuhi ciri pertandingan bulan ini: teks. Kecilkan saiz dan hantar untuk pertandingan. Sempat!!!

Dan... aku penat.

6.00petang. Nana talifon, dia sudah menunggu di bawah. Aku harus meneman dia ke KLCC, dia ingin membeli belah sebelum pulan gke Miri Sabtu ini. Life must go on. Aku pergi dulu.

29 Mei 2006
:: Aku Singa!


Sewaktu gambar diambil, lembaga di depan tu tak ada....
alih-alih bila balik download gamba... tiba-tiba muncul.
Misteri! Lembaga apakah itu??? Sempoii... jawap....

Sabtu lalu, 27hb Mei. Aku ke Istana Baru Sultan Aurora di Lavender Heights Seremban besemperna dengan Hari Keputraan Baginda Sultan sehari sebelumnya. Seperti lazimnya Aurora, begitu jua lah adanya persekitaran Istana Baru ini, dimesrai kehijauan. Dan ironinya rumah ku di kampung hanya dipisahkan bukit dengan istana baru ini (baca: rumah baru Abang Pat). Sempoii cadangkan aku buat terowong.

Pulang petang itu aku adalah singa!

Kata Abg Pat, singa ni suka glamer. (Ye ke??? Mana ada... glamer by nature laa... huhu). Selalunya kehendaknya mengatasi pemikirannya. (Ye ke??? Selalu aku tak dapat apa aku ndak... huhu). Dulu Abang Pat selalu kata aku firery, aku garang... hehe... memang pun... TAPI... tapi... aku rasa aku baik hati... (ye ke??? bukan sepatutnya orang yang judge kita, bukan kita yang kata diri kita baik hati kan kekekke... what ever...).

Banyak lagi dia ceritakan tentang singa... dan juga harimau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, dalam hujan lebat dan ribut di lebuhraya utara-selatan senja itu. Azamin adalah musang. Abang Pat? Ohhh... dia yang baik-baik sahaja lah... dia serigala.... huhu...

Tapi.... seganas-ganas singa tu... dia manja tau...

23 Mei 2006
:: Laporan Projek Sotong Kering versi Elaira Part 2

Sampai mana cerita semalam? Kita berhenti sampai Islan Tour kan... Baiklah mari kita sambung. Time check 10.59pm sambil tengok MyTeam. (Aku sokong MyTeam - no reason)

Maka setelah sempurna tuntutan biologi untuk mengenyangkan perut dengan ayam masak kicap yang... walla pergh... goreng pun sodap, maka kami pun menaiki teksi pink untuk menjelajah keliling pulau. Aku yang sedikit terganggu 'kehilangan' satu dari bateri kamera kembali lega bila menenukannya semula di dalam salah satu kocek beg galas. Malangnya ia bateri terakhir, dan aku tidak punya simpanan yang lain semuanya sudah kering.

Mujurlah Salina de Walinongsari tidak turut sama dan dia akan tinggal di hotel menunggu rombongan 2 van padat Geng Jurnal berkeliling pulau. Maka kutitpkan pengecaj dan dua biji bateri yang kering agar dapat dipenuhkan semula.

Cuaca panas terik. Aku berpeluh macam hujan. Kalau selalu begini kan bagus, sehat sikit... cair kolestrol, betul tak Mush? Jadi, ini lah sebahagian ahli rombongan se-van aku. Van kami mesra alam, tak ada pendingin hawa. Jadi angin pulau yang hangat sahaja yang menerobos masuk menghalau sepertiga hawa panahan mentari.

Dan angin itu jualah yang menghadiahkan bau-bauan yang berbagai sepanjang perjalanan mengelilingi pulau petang itu. Salah satunya seperti tempat pelupusan sampah. Ada juga pantai-pantai perkelahan yang 'kaya' dengan bau-bauan kurang menyenangkan itu. Syukurlah kami hanya lalu.

Suasana di sekitar laluan sangat menarik, sangat cantik dan hijau... tetapi aku tidak punya banyak kesempatan untuk merakan semua itu. Dalam keadaan bergerak dan bergegar apa sangatlah yang mampu dirakamkan oleh Raden. (lama sungguh aku tidak menggunakan nama itu)

Pantainya memutih, pepohonnya menghijau, lautnya membiru... cuaca yang sungguh sempurna untuk mengambil gambar. Simpan sahajalah hasrat yang membuak-buak. Mungkin nanti, kalau ada rezeki untuk aku kembali menjelak pulau ini dengan misi yang lain, maka aku bisa menzahirkan apa yang hari ini menjadi idaman.

Kak Shila dan Spyz duduk di depan meneman angkel pemandu van. Nun di depan sana adalah van yang lawa membawa VVIP Geju... huhu... jadi van itu lebih baru dan lebih bertenaga mendaki bukit-bukit curam di pulau ini. Syukurlah tidak sampai aku kena turun dan menolak van yang kunaiki. Don't under estimate that teksi-van-lama okey.

Di Pangkor ada lapangan terbang, dan ada sebuah kapalterbang kecil di situ. Sekadar menyimpan gambaran dalam memori, mungkin ada Geju yang lain sempat snap, contohnya Nd dan Op. Tadi dalam conference Nd beritahu jumlah semua gambar yang diambilnya di Pangkor adalah sebanyak 778keping. Dan mungkin akan dimuatkan di fotopagesnya sekitar 100 keping sahaja. Aku tunggu.

Permandangan yang cantik ini, walaupun kecantikkannya sudah 50% terhapus dek kekurangan kemampuan kamera dan kekurangan kemampuan aku menggunakannya, tetapi tetap membawa aku kembali ke waktu melihat semuanya di depan mata.

Pantai yang sudah kulupa namanya.

12.43am, aku berhenti dulu, esok sahaja kusambung - ngantuktullazi.

:: 24 Mei 2006 sambung lagi daa...

Sewaktu melintasi bengkel membuat bot ini, angkel pemandu van kami telah bermurah hati berhenti sekejap, kesempatan itu aku gunakan untuk merakam gambar di atas. Kalaulah boleh dan cukup masa, aku ingin berhenti melihat-lihat bengkel tersebut, tapi yalah... hari Ahad tiadak ada orang bekerja.

Seterusnya kami sampai ke tempat objektif utama percutian serba memuaskan dan menggembirakan hati ini - lubuk sotong kering! Gambar yang kat atas tu adalah sewaktu recording video 'Dari Sinar Mata' huhu.. Kalau nak tengok boleh [klik sini]. Diorang memborong tak-hengat-donia punya. Lagi-lagi VVIP kita, eh aku tak cakap kosong, ada bukti. Cube je tengok gambar bawah ni :D

Tok-Rm : Rasa-rasanya tak cukup ni.
Spyz : Aku dah agak dah...
Along : Ishh... kita participate jugak, sebungkus jadi la...

Kuasa membeli sekarang telah berubah, di Pangkor segalanya terbongkar. Kaum Adam telah mengatasi kaum Hawa. Tak, aku tak cakap kosong... ada banyak bukti. Mari kita tengok lagi...

Tok menabadikan kenangan dengan hasil belian. Tak pe Daun... kita tak boleh cakap banyak nanti dia mengaum aku takut... huhu... Mungkin sekarang mereka tahu dan memahami apa itu 'shopping theraphy'.

"Ainiiiii.....! Angkat ikan hujan, jemuran dah turun...."

Kawan Elaira1 dan Kawan Elaira2 sedang dalam usaha menyerap bau ikan kering. Penemuan terbaru mereka; ikan kering mampu dikomersialkan menjadi minyak wangi. Selesai 'mewangikan' diri, dan kecik-kecik mata menahan panas yang cemburukan kami bersantai-santai bersama sotong kering, kami ke Tokong Foo Lin Kong pula. Sebaik turun dari van, satu bunyi 'ala-opera-cina' membingitkan telinga. Sebuah pondok dengan dua patung kecil terkedek-kedek di situ. Mari kita lihat dekat-dekat.

   

Gambar ini aku ambil dengan gaya ala-ala wartawan merakam gambar pak menteri (aku selalu lihat di warta pedana), dengan kamera yang diangkat tinggi dan menekan butang tanpa melihat arah focusnya. Well... sesekali aku jua ingin 'kelihatan pro'.

Tetapi tidaklah aku tahu hujung pangkal ceritanya. Aku tidak lama di situ, melihat waktu yang semakin panjang, aku segera ke Tokong untuk melihat dengan lebih dekat. Satu perkara yang aku perasan sedari awal tiba ke sini, bau colok nya tidak kuat... sekadar bau asap biasa sahaja... dengan itu aku tidak merasa begitu terganggu. Jedah dan Ida tidak ke mana, mereka berehat di satu wakaf yang terdapat di situ. Aku pula menjelajah ke serata, maklumlah ini kali pertama aku tiba di sini. Entahkan tiba lagi atau tidak.

LIlin-lilin merah yang mencair juga cantik. Nantilah aku letak di fotopages. Terlalu banyak gambar di sini, pasti loading nya berzaman-zaman.

Tokong Foo Lin Kong

Great Wall of China

Nampak gayanya tidak habis lagi laporanku ini. Walaupun tinggal sedikit sahaja lagi... tetapi bantal telah memanggil... huhu... Oleh yang demikian, kita sambung lagi esok dengan laporan yang ke 3. Sekian terima kasih.

22 Mei 2006
:: Laporan Projek Sotong Kering versi Elaira Part 1

Membawa sahabat kesayangan menyertai aktiviti Geng Jurnal menghadirkan perasaan berbaur dalam diri. Aku kisah akan keselesaan dan kegembiraan mereka. Tetapi jaminan awal mereka tidak kisah dan turut teruja sewaktu kusebutkan tentang Projek Sotong Kering membuat aku lega. Apatah lagi bila kalian dengan ramah tamah mula menyapa dan berkenalan seawal kita berkumpul di Jeti Lumut lagi.

Sabtu pagi, seperti janji di forum kita akan berkumpul di R&R Sungai Buluh jam 7.30 - 8.00. Aku confiden Jedah tau nak pergi tempat tu. Rupanya tidak. Jadi kami mengikut papantanda sahaja. Mohon maaf pada semua, kami terlewat sedikit. Terima kasih pada Spyz yang beri direction via mobile, akhirnya kami tunggu kalian di Hentian Rawang sahaja. Sebaik semua yang berkonvoi tiba, perjalanan ke Lumut dimulakan. Tak silap aku lebih kurang 5 kereta semuanya.

Perjalanan kami melewati kawasan kampung, sawah padi, ladang kelapa dan berbagai lagi, amat menarik perhatianku. Malangnya kami mengejar destinasi, jadi pemandangan sawah padi yang menarik itu tidak sempat kuabadikan. Moga kenangan kekal hijau.

Dan acara memotong kenderaan antara satu sama lain di sepanjang lebuhraya menjadikan perjalanan ke Lumut terasa amat singkat. Alhamdulillah, semua pemandu berhemah dan perjalanan kami selamat semuanya. Kami sampai ke Jeti Lumut lebih kurang jam 11.40pagi.

Di jeti Lumut, menunggu V V I P sampai... Azah, Salina, Ida dan Jedah. Nun yang sedang membelek kamera hitam dia Encik ND. Kak Ros selaku tuan rumah dan AJK Projek telah sedia menunggu ketibaan kami, perjalanan, penginapan dan aktiviti sepanjang dua hari telah diuruskan dengan sempurnanya.

Akhirnya V V I P itu tiba jua.... tidak perlu diperkenalkan lagi... disambut penuh takzim oleh Pengarah Projek, Encik OP.

Sah! Kawan Elaira1 dan Kawan Elaira2 hepi dengan trip ini. Kawan-kawan aku ini selalu kuceritakan di sini, jadi dalam aktiviti kali ini kalian berkesempatan bertemu mereka juga. Cuaca agak panas hari itu. Aku dan kawan-kawan sampai sakit kepala.

Ada pancuran di depan tempat menunggu (gambar ini kuambil sewaktu pulang), terasa nak berdiri di situ, biar basah, biar hilang panas. Tapi nanti jadi tajuk utama akhbar harian pula. Hasratku mati di situ sahaja. Feri ke Pangkor bertolak sekitar jam 1.45tgh, kalau tak silap. Sangat-sangat teruja, waktu pun terabai begitu sahaja.

Adik-adik dari TSS menanti untuk boarding feri... salam perkenalan.

Feri yang membawa kami ke Pulau Pangkor.

Di dalam feri, kawan-kawan yang kita suka tak betah duduk, semua excited!

Dalam Feri sudah diputarkan lagu-lagu yang bakal diperdendangkan sewaktu acara Geju Idol disebelah malamnya. Aku rasa Spyz dan Tok-Rim dapat inspirasi masa ni lah.

Sampai ke Jeti Pulau Pangkor sekitar 2.15petang. Masih sangat panas tetapi keterujaan seperti membawaku jauh dari memikirkan soal itu. Van berwarna merah jambu adalah teksi rasmi di pulau ini, telah sedia menanti ketibaan kami. Kami dibawa ke hotel.

Sekolam teratai menyambut hadirku... I feel so at home...

Oleh kerana aku adalah di antara yang lambat membayar tempahan bilik maka aku tidak mendapat tempat di Golden Beach Resort Kak Ros, sebaliknya ditempatkan di hotel jiran yang sangat best! Bila diberitahu namanya adalah Puteri Bayu Resort, aku faham sendiri... itulah namanya untung orang lambat... huhu... :D

Selesai check in, kami kembali ke Golden Beach Resort untuk makan tengahari. Yummy, ayam goreng berempah yang sangat enak. Selesai makan tengahari, sesi berkenal-kenalan (walau pun setengah sudah saling mengenali) antara geju dan juga kawan-kawan yang terlibat dalam Projek Sotong Kering ini.

Sesi yang berjaya merapatkan silaturahim peserta. Banyak soalan banyak pula jawapan. Tidak kering gusi dibuatnya. Soalan-soalan mencabar dijawap dengan mesra, kreatif dan selamba.

Di sebelah petang, perlawanan bola tampar menentang pasukan polis kalau tak silap aku. Geju tidak kalah aksi!

Jedah ajak aku mandi laut. Airnya sungguh jernih dan bersih. Ombaknya kuat, kami tak tahu berenang. Tapi semuanya menjadi begitu selamat, sebab Mushroomcute jadi penyelamat kami petang itu. Thanks Mush. :D

Lama juga di laut. Nic dan Shah pun turut sama. Yang lain-lain main banana boat. Aku ajak Jedah, dia tak berani, aku pun sama... terutama bila lihat semua tercampak ke laut. Kami hanya ketawakan dari jauh sahaja. Tertelan juga air laut bila kaki tak berjejak ke dasar dan ombak membawa ke tengah. Tetapi segalanya menjadi selamat, dengan adanya penyelamat, thanks again Mush. Petang yang sungguh ceria.

Acara berendam di laut tidak habis di situ sahaja. Kami ramai-ramai penuhkan kolam Puteri Bayu. Aku 'berenang' ke hulu ke hilir, seperti-bukan-urusan-perniagaan-sesiapa! Kami berendam hingga senja. Ada ballet air juga. Tok-Rim, Spyz, Attokz, Neslo, Mush, Kak Ungku, Salina, Azah, Daun dan semua lah yang ada dalam kolam tu tunjuk bakat masing-masing berenang, terjun tiruk atau pun 'berenang'. Kami berendam hingga senja. Senja yang ceria.

Malam itu ada BBQ. Kami agak lambat. Udang dan sotong tinggal bau sahaja. Tapi ada banayk ayam dan ikan lagi. Cuma aku yang tak larat nak tunggu ia masak. Aku suka nasi gorengnya. Kawan-kawan aku kenyang, aku happy.

Setelah itu ada Geju Idol a.k.a sesi karaoke. Kerana penat 'berenang' dan kenyang makan, maka mata amatlah mengantuknya. Tak tertahan-tahan betul rasanya. Tetapi kuusahakan jua menunggu bekalan elektrik diselenggarakan untuk melihat dan mendengar dengan mata kepala sendiri kebolehan geju berkaraoke malam itu.

Hasilnya amatlah berbaloi, bila Spyz ala-ala Awie Wings menyampaikan lagu Misteri Mimpi Syakila. Siapa sangka Spyz punya bakat sehebat itu. Hampir jam sebelas aku mengalah. Tok-Rim dengan Spyz tengah membelasah Ekspres Rakyat, bila aku, Jedah, Nic mahu pulang ke Puteri Bayu. OP beritahu, ada birthday party untuk Yadziz pada jam 12. Melihat jam ada lebih kurang sejam lagi, aku menyangka akan dapat datang kembali dalam waktu itu. Yang terjadi ialah aku tertidur. Minta maaf tidak dapat turut sama.

Yang berusaha Encik OP, dengan prihatin akan hantar SMS dari masa ke semasa, memaklumkan saya dan kawan-kawan 'di seberang sana' akan aktiviti, waktu makan dan sebarang pindaan. Tak ada umpat keji untuk beliau hanya puji-pujian melambung sahaja adanya.

Esoknya kami pergi Island Hopping. Seronok 'makan' garam. Daun telan banyak garam lah jugak... hehehe. Kalau kalian tengok susunan dalam boat ni, ini bukanlah pilihan kami. Aku lebih suka duduk di sebelah Jedah dan bersembang. Tapi tuan punya boat minta kami duduk dalam susunan macam ni - supaya boat balance dan tak senget... huhu...

   

Melewati Pangkor Laut. Penginapan percutian yang ekslusif dengan harga sekitar RM800 semalam... huhu...

Banyak batu-batu di sekitar Pulau Pangkor ini berupa binatang-binatang, yang ini sangat ketara berupa penyu.

Berupa ikan paus, siap dengan semburan airnya.

Sang Buaya

Inilah tempat yang sesuai untuk snorking, kalau nak diikutkan seperti yang pemandu perjalanan katakan, cuaca hari itu agak tidak sesuai untuk aktiviti tersebut. Awalnya sekadar memberi ikan makan roti. Tetapi...

ada yang boleh berenang tanpa terhalang atau merasa gentar oleh apa jua keadaan - Tok-Rim membuka acara, dengan terjunan pertama merasmikan acara snorkling pagi itu.

Akhirnya semua pun turun sama ke laut. Kecuali ... err... aku dan Jedah... huhu... Ombak kuat buat kawan-kawan yang kat dalam air tu cepat letih.

   

Dan untuk yang tidak turun ke air, acara berposing sakan dalam boat digalakkan.

Pulang dari Island Hopping, mereka sambung di kolam Puteri Bayu. Aku pun tak mahu ketingalan. Maka berendam lah kami hingga tengahari. Setelah itu bersiap-siap dan kemas semuanya untuk check out. Selesai check out kami ke Golden Beach untuk makan tengahari. Walaupun tiada dalam agenda, tetapi kerana Kak Ros baik hati dia telah aturkan makan tengahari untuk kami juga. Terima kasih Kak Ros.

Selesai makan tengahari, kami Island Tour dengan teksi pink. Tetapi sekarang aku dah mengantuk sangat, dah 1.10pagi, esok pun nak kerja. Kutangguhkan laporan yang seterusnya, insyaAllah esok kusempurnakan.

Korang seme dah baca kalu, siler laa ke [ erikas ]

19 Mei 2006

Bertemu Azie semalam. Pertemuan pertama walaupun dah bertahun aku mengenalinya. Dia Aurorans. Dan aku hutang buku Legenda Numerius dengannya semenjak buku itu dilancarkan. But because she is a girl with no hurry, so she don't mind.

It was indeed a very... fruitful meeting. And I was inspired meeting someone like her, oh ya... and her friend too, Asiah. Seperti bertemu Aurorans yang lain, yang secara batinnya kami sudah lama kenal... hehehe. Kita kena jumpa lagi. There are still unfinish businesses... I mean businesses. Serious. Cause there is something, well more than something in my mind running on until now... its fast and spinning dan membentuk kepulan gemawan manikam.

Yeap, we have to asssemble all these clouds and execute!

Thanks for the meeting, for the time - to both of you. Minta maaf kasar kata dan mengejutkan jantung damaimu dengan tawa garudaku. Jangan serik jumpa saya lagi okeh.

[ excuse the rojak language, aku selesa menulis begini beberapa hari ni huhu... ]

18 Mei 2006

Hari ni seperti biasa aku tiba awal di pejabat. Sekitar 7.50pagi aku sudah di meja kerja. Tak lah, aku tak rajin untuk memulakan kerja seawal itu. Kesempatan ini memboleh kan aku untuk melayari linkasi yang berderet-deret di sebelah kiri ni.

Menziarahi blog kalian seperti jua menziarahi rumah kalian, dan aku bisa merasa dekat. Ternyata ini rutinku kegemaranku bila aku 'sihat'. Cuma sempat ke blog Bunda Shafiya dan Strozze. Dan Strozze buat aku benar-benar cemburu dengan perjalanan serta tempat yang dilawatinya. Tak apalah, tahun ini aku bermula dengan menjelajah negeri-negeri Semenanjung, insyaAllah aku dan Nisah sudah merangka-rangka agenda ke Sumatera di tahun hadapan. Moga menjadi kenyataan. Dan siapa bisa tau kalau hajat ke Bandung atau Surabaya juga menjadi kenyataan, dan moga pula bisa bertemu Bunda Shafiya di sana. (Beranganlah ni...)

Sebenarnya ada benda-benda yang kita rasa kecil atau tidak kita sedari memberi kesan kepada orang lain. Medium bacaan banyak pengaruhnya. Minda sekeras batu pun bisa merunduk dilentur bacaan yang mengesankan jiwa seseorang itu. Minda yang resah didamaikan melalui bacaan, ahh... yang damai pun bisa diresahkan oleh bacaan.

Memilih bahan bacaan persis memilih peluang dalam kehidupan. Bahan bacaan yang kumaksudkan bukan merangkumi semuanya ya, tidak hanya blog. Pertamanya, adakah kita memillih bahan yang betul, yang mampu membawa kita ke satu tahap. Tahap itu juga terpulanglah kepada penerimaan dan tindakkan individu. Nyata, sebaik kita "memilih" kita berhadapan dengan cabang kebarangkalian yang semestinya lebih dari seminimanya dua.

Ada antara kita yang membaca buku-buku Azizi Ali misalnya. Dapat pula serasi dengan cara dan saranan yang terdapat di dalam tulisan-tulisannya, maka begitulah jua ia memberi manfaat kepada yang membaca dan mempraktikkan. Dalam konteks ini pembacaan telah membawa pembacanya ke satu tahap yang lebiih cemerlang berbanding sebelumnya. (Aku adalah spesis baca sekerat dan simpan ) Sewaktu di Pesta Buku 2006 yang lalu, aku sempat bertemu Azizi Ali. Sekadar melemparkan senyum dan melihat buku-bukunya. Aku tidak membeli. Waktu itu aku tidak terpanggil untuk bersapa dengannya. Mungkin sesuatu tidak tertakdir untuk ku pada hari tersebut, lalu hati membisu. Aku tidak impikan menjadi jutawan dan kaya-raya hingga sebegitu sekali, tetapi ada corak kehidupan yang tergambar di dalam kepala setiap seorang dari kita kan? Selesa, mungkin diskripsi lebih tepat. Dan, walaupun selalu tersasar, aku juga punya gambaran-gambaran tertentu. Dan hari ini aku kembali ingat gambaran-gambaran yang aku telah terlupa di bulan-bulan kebelakangan ini.

Baru-baru ini aku membeli The Art of War. Sudah separuh kuhabiskan. Menarik dan menakjubkan. Abang Pat sudah lama suakan buku itu kepadaku, tetapi waktu itu aku sekadar 'flip-through' helaian buku merah tersebut dan meletakkan kembali ke rak bukunya. Dan ada satu buku tasawuf tentang hati yang kubeli. Aku sungguh-sungguh mahu membacanya, tetapi bila melihat mak selalu membacanya, maka kubiarkan sahaja mak membacanya dahulu. Buku yang kubaca selalunya kukendong ke mana-mana, walaupun berat. Mencuri-curi masa yang terluang. Dan aku paling suka membaca dalam LRT.

Bila aku 'sihat' aku menulis berjela-jela, dan cakap merapu-rapu. Jadi eloklah aku tamatkan di sini dan memulakan kerja pejabat pula, sudah jam sembilan!

[ Di luar mendung bukat, aku akan pertahankan mendung itu tidak melepasi tingkap kaca yang tertutup rapat, sekurangnya tidak untuk hari ini! ]

17 Mei 2006

Dengan perlahan, amat perlahan
bunga-bunga kembali mekar
irama kembali asyik
syukurlah

Mohon maaf, teman-teman
mengumpul gusar di hati kalian
atas tengkujuh yang berlarutan
di bumiku

Sesungguhnya, aku tidak pernah mahu
belati dan pedang berceracakkan
di dadaku
tapi yang terjadi adalah fitrah alam
cuma kaki ini terlalu lemah
dan berkali-kali jatuh ke selut maut
ke hitam laut bukat yang melemaskan

hari ini... jom kita layan rock kapakkkkkkkkkk........
ayuh head banging satu hari ....
kempunan album baru m nasir sebenarnya ni,
tak pe... dapat dengar suara latar dia dalam album ni
at least...
well life is all about give and take after all
so kena selalu berpuas hati
even at the worst senario sekali pun

Tapi engkau selalu berpura
Menghilangkan dirimu sentiasa
Kau menjelma ada masanya
Kau berlindung di sebalik sang mega

[ remember the time, thanks to fullfilth ]

p/s: silence, motivasi untuk melayu di bumi bangla... (ada kena mengena ka? kekeke... whatever)

wait... wait... this aint' over yet...
me and mai prens are going tu Pangkor this Saturday!!!
mengikut Geju dengan projek sotong kering nyer.......
can't wait! can't wait! can't wait!
sungguh kutak sabar
nanti aku letak gambar-gambar kat sini ok...

~ 10.00am

Some people makes you happy, just by saying 'hi...'
just now
someone makes me extreamly happy, just by a 15 minutes call...
thank you Abang Pat, that was such a great news,
to Aurorans, we have to wait for book 8 - insyaAllah before year end, that is his promise
to give way to the most fantafabulos comic to be - KAMAWIZRA!!!
so Rosh.... start sharpening your pencil (or what ever it is) Bro...
this is another can't wait! can't wait! can't wait! ...............

11 Mei 2006

Benar.

Aku tak mahu apa-apa lagi. Moga aku tidak meminta-minta lagi.

2 Mei 2006
:: Serpihan...

diri, adalah serpihan yang berselerakan
telah kau hancurkan dengan sekali nafas kejammu
dan engkau pun pergi menyulam damai dan wangian baru
lupa selaksa janji yang kau kubukan atas nama kasih abadi lagi setia
selagi nafas merekat nyawa

lafazmu adalah racun, gurindammu adalah kecubung
dan aku telah mati di sini
direjam selaksa busar panah yang kau bebaskan ke udara
darah hanyirku mendakap bumi
dan kau jadikan titisan mawar merenjis mekarmu yang baru

kerana janjiku ikhlas, maka kuusung hingga ke mati
aku tidak akan berdusta walau sezarah
kerana apa kukata adalah yang kurasa
tiada dusta walau terpaksa
maka begitulah aku mengusung duka
bukti karya agungmu yang tak terpadam dari kanvas usiaku.

1 Mei 2006
:: Selamat Hari Pekerja...

Selamat Hari Pekerja untuk semua. Setiap seorang dari kita adalah pekerja. Tidak kiralah pekerja bergaji atau pun tidak. Bekerja sendiri ataupun makan gaji. Senario kerja juga ada berbagai-bagai. Ada yang bekerja untuk kelangsungan hidup dan keluarga seperti kebanyakkan kita, ada juga yang kerja sekadar suka-suka, memenuhi masa lapang bila tak tahu apa nak buat dan tak betah duduk diam. Aku pernah berjumpa dengan insan sebegini kerana itu aku tulis.

Aku tidak tahu banyak tentang kupasan hari pekerja ini mengikut perspektif yang rumit-rumit. Dengan mudahnya hari ini cuti umum. Dan menjadikan jumlah cuti hujung minggu kali ini sebanyak tiga hari. Hari ini aku di rumah sahaja. Cukuplah Sabtu dan Ahad aku tidak lekat di rumah. Sabtu ke KLCC melihat pameran Harta Intelek yang kurasakan hambar dan membeli dua buah buku yang buat aku sedikit gembira.

Ahad diajak mak ke rumah Ongah dan melawat Ayah Ulu Sidin. Alhamdulillah dia bertambah sihat dan sudah bisa berjalan dengan menggunakan tongkat. Wajahnya bercahaya dan kelihatan sungguh gembira dengan kehadiran kami. Sekurangnya terpinjam jua gembira itu buat diriku, biarpun ia pantas lenyap selaras wajah tua itu hilang dari pandangan mata bila kami pulang menjelang maghrib senja itu.

 

tune to...

The Way of Life

Waktu Haram Solat
Puasa-puasa Sunat
Pesan Nabi Ttg Makan
Tujuh Peringkat Solat
[will provide the links later]

 

Beauties to My Eyes

 

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Upcoming Events

25 Mei 2006
M. Nasir - Artis Undangan
One Night Only With Jamal
Istana Budaya

50% off for Celcom user
Tiket: RM80, RM140, RM180, RM220, RM260 & RM300
[ detail ]

-----

26 May 06 (Jumaat)
8.30 malam, Menara K.L, Harga Ticket RM50, RM100 & RM150.

-----

Tema

IKON UNPLUGGED DINNER SHOW

Tempat PALACE OF THE GOLDEN HORSES (Royal Ballroom)
Tarikh 5hb May 2006
Masa 8.30 - 11.30 mlm

-----

Friday, July 21, 2006
(8:00 PM - 11:00 PM)

M.Nasir - Mohram -
Ebiet G.Ade - etc.

MALAM AL-ASRI MUHIBAH
SENI PERSEMBAHAN DALAM ISLAM
at
Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, KL.

The World

World Time

World Climate & Season

The Sound

Beri laluan pada
Hiasan Kalbu

Download here!

tunggu ya sekejap lagi aku siapkan list download

Newly Possess

Listen: They :: Wish I

 

I am apart of this glamourous organization... :D