21 - 24 Mac 2006
:: Kisah yang kuhutangkan...

Nota: Catatan kali ini dimuatkan dengan imej-imej yang berat, minta maaf atas kelewatan muat turun.

Tergerak hati untuk menulis kisah hujung minggu yang sudah kutangguhkan semenjak dua minggu lalu. Kesibukkan membataskan waktu untuk aku berkunjung ke hujung rimba ini. Pun begitu aku tidak pernah lupa jejak dan hijau yang selalu menyegarkan di sini.

Malam Jumaat sepuluh haribulan lalu aku, mak serta ongah sekeluarga meredah pekat kelam malam pulang ke kampung halaman tanah tumpah darah kami. Rasanya lebih sebulan kami tidak pulang menginjak tanah bertuah, menghirup sejuk segar bayu bukit bukau nan hijau. Kali terakhir pulang adalah pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Aku rindu...

Esoknya pagi-pagi, seberedar sejuk subuh diusir mentari yang cemerlang, Nisah menjemputku di rumah. untuk turut sama menyertai Bengkel Novel PEN di Sri Menanti Resort. Walaupun selalunya aku berjalan sahaja keluar ke pekan kecil Sri Menanti yang mengambil masa kira-kira 20minit, tetapi pagi itu aku dijemput di depan rumah.

Diperkenalkan kepada para peserta yang masih di meja sarapan pagi dan juga pembimbing bengkel, Tokoh Sasterawan Negeri Sembilan bagi tahun 2005, Dr. Zakaria Ali. Aku asing dalam kelompok sebegini. Mereka adalah penulis serta novelis yang bergiat serius dalam arena ini. Aku sekadar menempel atau 'mengendeng' sedikit ilmu dan pengalaman mereka.

Banyak yang aku pelajari, bermula dengan Ceramah II iaitu yang pertama kuikuti (yang pertama berlangsung malam sebelumnya), ia seperti perkara-perkara mudah, yang tidak pernah aku tahu ia sepenting itu. Hukum perjalanan jika mahu menulis dan mengarang kisah, tertib serta tarinya agar apa yang ingin disampaikan itu difahami dan tidak memeningkan pembaca. Sedangkan bentuk tulisan yang aku baja di sini adalah kesamaran dan memang berhajat agar tidak difahami kecuali yang memahami. Aku pun tidak pasti sewaktu sesi temu-balik nanti apakah aku akan membawa sesuatu untuk dikongsikan bersama sebagai bukti suntikan bengkel kali ini membuahkan sesuatu dalam sanubariku.

   
Ceramah II

Aku harus menguntukkan ruang jika ingin melihat hasilnya, pun begitu aku kelabu idea. Apa subjek ingin kutuliskan, apa kisah yang ingin kukarangkan, apa irama atau gurindam yang menghias perjalanan? Belum ada perkaranya, belum ada titik mulanya. Menulis bukan enteng, apatah lagi jika novel yang ingin ditintakan. Kurang satu penerangan, kisahnya bakal cacat. Terlebih satu kejadian, kisahnya akan merewang merapu-rapu. Itulah pesan Dr. Zakaria.

Aku beli buku terkini beliau. Ingin tahu bagaimana dia menulis. Percikan. Aku baru baca dua bab. Tak tahu bila akan kusambung lagi. Ayat beliau pendek-pendek tidak banyak menggunakan kata imbuhan. Kisah kehidupan rumah tangga insan separuh umur yang penuh konflik. Aku hanya perlu membaca, aku tidak perlu berfikir banyak. Buku yang bersaiz agak kecil, berkulit merah garang membuat aku meneka, isinya pasti gelisah. Nanti aku sambung baca lagi.

Petang Sabtu itu setelah berbincang-bincang dengan Nisah, kami ingin memenuhi acara santai dengan membawa peserta mendekati kehidupan di kampung kami. Salah satu yang tersenarai ialah melawat kolam ternakan udang harimau di Jumbang. Kebetulan ia milik saudara sepupu Nisah, kebetulan juga dia bersedia menerima tetamu. Walaupun kampung ku tidak jauh dari kampung Jumbang, tetapi petang itulah pertama kalinya aku menjejak kaki ke situ. Kampung arwah abah bersebelahan dengan kampung ini.


Selamat datang... En. Azman memberi penerangan pada Dr. Zakaria

Semestinya kunjungan itu lain, jika aku ke sana sendiri tanpa kumpulan ini. Petang itu kami mendapat taklimat hampir lengkap tentang penternakan udang. Tetapi apa yang sangat menarik perhatianku ialah teknik pengairan yang dijalankan. Tanpa menggunakan mesen serta pam sedut, air dari jeram yang berhampiran memancut mengikut hukum alam di saluran sebesar peha dalam irama yang amat indah. Kalian boleh lihat gambar di bawah ini...

Sementara di dalam kolam itu pula adalah udang-udang yang telah dikeluarkan dari kolam ternakkan, ia ditempatkan di situ sementara menunggu untuk dijual. Nisah beritahu, pemiliknya En. Azman tidak menjual udang-udang itu secara runcit tetapi menjualnya secara pukal kepada pengusaha kolam memancing.

         

        

Tetapi dalam kes istimewa seperti kunjungan kami, kami diberi peluang untuk membeli udang hidup buat santapan. Aku yang sememangnya penggemar udang tidak melepaskan peluang. Ketika itu juga Wak yang menjaga kolam-kolam ternakan itu mengambil tangguk... dan masuk ke kolam transit melunaskan hasratku dan peserta yang lain.

Menghirup udara kampung melepas lelah setelah seharian memerah otak menghadam setiap ilmu yang disuakan.

Kolam dikeringkan setelah semua udang dikutip keluar dan ditempatkan di kolam transit. Kunjungan kami merupakan langkah kanan, kerana baru semalamnya udang-udang ditangkap dan keluarkan untuk dijual. Udang tidak dikeluarkan dari kolam sembarangan, ada masa dan tempoh tertentu pada peringkat pembesarannya.

Memahami... peralatan yang menyokong kelangsungan penternakkan udang harimau di sini. Dr. Zakaria selalu menulis-nulis sebarang perkataan atau apa sahaja yang baru diketahuinya dalam satu buku nota kecil, which I think a good practice. Manalah kita mampu ingat semua perkara yang baru kita jumpa atau pelajarikan. Banyak juga istilah dan bahasa kampung yang kututurkan selamat diabadikan dalam buku tersebut.

Mesin getah lama yang pada pengamatanku masih boleh digunakan, menjadi monumen sejarah lampau rutin pribuminya.

Tiga dara comel... bila nak tambah lagi satu Nisah? Boleh gunakan lagu "Empat Dara" nanti...

Kak Ju yang sempat berposing... aku suka dengan gambar ini, tetapi dengan keupayaan kameraku apa sangatlah yang mampu dihasilkannya...

SF... lain kali kalauorang ambil gambar berdiri diam-diam.

Kolam transit, sambil melihat udang harimau yang cukup matang kami mendengar penerangan tentang pengairan kolam-kolam udang ini dari En. Azman.

Aku suka gambar ini. Ada sesuatu... tapi aku tak tahu...

The proud owner, En. Azman

The greens that catch my eyes... (as usual)

Dari sudut yang lain...

Hijau, dan segerombolan pencakar air (water scater)...

"Wayar-wayar semua saya tanam di dalam tanah, saya tak mahu ianya berselirat di atas dan mengganggu pandangan. "

Kalian nampak tudung periuk di tangan mak cik tu? Ia hampir membirati belakangku bila mak cik itu tahu siapa aku... he he he.. peace Cik

Penanggah panjang di tepi kolam memang sesuai untuk kunjungan yang ramai begini.

Setelah selesai di kolam ternakkan udang milik En. Azman, kami kembali semula ke Sri Menanti Resort. Petang pun sudah lewat, langit sudah mula kelam mendekati malam. Tetapi di dalam perjalanan kami sempat singgah sebentar di mahligai Engku Fuad. Tidak banyak gambar yang sempat kurakamkan kerana bateri kamera menemui ajal... hehehe.. dan kualiti gambar amat tidak memuaskan, pun begitu ayuhlah kukongsikan jua, sekurangnya ia merakam memori.

Tiba-tiba Engku Fuad bertanya kepadaku, "Kau budak sinikan, anak arwah Cikgu Alias bla bla bla..?" Alamak! Do I look like my father ka? Dah kampung sekecil itu, siapalah yang tidak saling mengenali, tambahan Along diagihkan menjadi anak angkat arwah ibunya - Engku Endon. Tapi aku jadi malu, kerana tidak memperuahkan dia mengikut gelarnya, langgar bahasa namanya, aku orang lingkungan air kaki raja, seharusnya tau adat! Aku memang tidak pandai berpatik-engku dengan raja-raja di sini, lainlah kalau emak. Aku harap senyumku boleh membayar segala kurang sopan dan kesalahan.

Beroleh tiga ijazah yang berlainan; kejuruteraan, perkapalan dan senibina Engku Fuad melabuhkan karyanya kepada rumah yang dibina secara beransur-ansur ini selari dengan minat dan kebolehannya. Kepada peminat motorsikal antik beliau bukanlah asing lagi, rencana mengenai beberapa buah motorsikal yang diubah suai menjadi motorsikal 'super-bike' diantaranya dengan nama 'roaming boar' pernah menjadi bahan tulisan akhbar tempatan. Sayangnya aku tidak menyimpan keratan akhbar itu.

Antara hasil tangannya. Rangka kasur yang diukir indah ini masih dalam pembikinan. Gambar yang jelas boleh dilihat di blog Nisah Haron.

Ahadnya adalah majlis penutup bengkel ini. Kesempatan Puan Nor Azah yang bertugas sebagai Editor Kanan di Utusan Publications & Distributors serta Ketua Satu PEN, Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin menyemarakkan semangat bagi seorang insan sepertiku yang baru ingin berjinak-jinak dengan penulisan novel. Pengalaman dan nasihat yang dikongsikan mencetuskan satu pandangan yang berbeza bagiku.

Dari kiri: Puan Nor Azah, Nisah Haron dan Puan Hajah Mahaya yang sedang memberikan ucapan penutup.

Penyampaian cenderamata dari penganjur kepada Dr. Zakaria (atas) dan kepada Puan Nor Azah (bawah) oleh Ketua Satu PEN.

Bergambar ramai... buek konang-konagan kito esok luso yo...

Tentulah mau di autografkan, alang-alang membeli dari penulisnya. Dr. Zakaria dan buku Percikannya.

Aku tidak pernah terfikir sebenarnya, bahawa aku akan segembira ini di kampung sendiri. Dan acara melawat di kampung sendiri benar-benar membuat aku sedar gembira itu ada di dalam hati. Maka hati aku mohon, gembiralah kembali.

Esok, aku akan lari lari kota lumpur ini. Bukan, aku bukan pulang ke kampung. Aku ingin ke pinggir Cina Selatan mengunjungi teman dan membasuh kusam di hatiku yang enggan tenang.

20 Mac 2006


sering kali teringat
tidak pernah terlupakan
walaupun sudah sayup berbalam
meninta perjalanan usia
percik pancurnya mesra
dan dedaun memori pun
kekal hijaunya
kekal segarnya
mengingatkan seribu mimpi
selaksa harapan
tak kesampaian...

7 Mac 2006
:: Alam yang mendung...

Dunia ini dipenuhi oleh orang-orang seperti engkau dan aku. Bezanya ada diantara kita yang sanggup mengaku dan ada pula yang menidakkannya.

Aku sendiri antara sedar dah tidak sebenarnya adalah insan yang berlangitkan kelam. Walau tidak sepanjang masa, daerah itu tidak jauh dari ruang aku bernafas.

Hari ini di antara waktu kerja yang sibuk aku seperti terpanggil untuk menulis sedikit perihal ini. Kerna aku tahu bukan hanya aku yang berbumbungkan kelam, malah pernah suatu masa aku terfikir mungkin juga penulis-penulis blog seperi aku ini pernah bertandang di bawah jajahan langit kelam ini. Kerana itu kita mencari medium melepas suara terdalam ini, dengan harapan usai dan tenang jiwa yang dibungkas kecamuk tak berasal-usul yang selalu mengganggu damai dan meragut senyum ikhlas dari bibir kita.

Daerah ini terkadang berbalam, terkadang ia mendakap kemas hingga jika kau meronta sekuat mana sekali pun tidakkan lepas.

Aku pun seperti kalian berusaha keras keluar dari daerah ini. Selalu juga aku berjaya, selebihnya kecundang memeluk duka. Dan bila begitu adanya, hiruk pikuk pun serasa sunyi dan sunyi sahaja.

Anak buah aku selalu berkata, dia mahu "enjoy". Seorang teman pula berkata "dia mahu release tensyen". Yang lain mencipta hobi dan memenuhi masa senggang dengan aktiviti berkumpulan seperi berkelah ke Sungai Congkak pada hujung minggu ini yang tidak dapat kuturuti, dan bermacam kaedah adanya lagi. Semua untuk menidakkan suatu rasa yang selalu mebuat kita sedih dan bernaung dibawah langit kelam dan berkeluh kesah.

Semua orang ada langit kelamnya, cuma bagaimana individu itu menangkis debu-debu kelabu yang memenuhi ruang udaranya. Bagaimana dia menyalakan andang menerangi kekelaman. Atau bagaimana pula dia berjaya berlari keluar dari naungan kelam.

Aku pula berusah menukarkan segala pengaruh negatif ini menjadi positif dan menghasilkan sesuatu. Hari ini alhamdulillah, menerusi blog sudah ada pulangan yang memberansangkan untuk aku meneruskan jejak ke hari muka setakat yang Allah pinjamkan untukku. Ternyata menulis dalam diam di sini, berkarya dalam serba kekurangan ini mampu membawa aku ke satu ruang yang membelakangkan langit kelam. Walau tidak seratus peratus mujarab, sekurangnya aku berpeluang mengenali kalian dan menjalin persahabatan.

Dan persahabatan yang kalian hulurkan langitnya sungguh terang benderang, laksana manikam di sayap Jibril a.s? Wah... terpengaruh Sekuntum Kembang si Sayap Jibril ni ya? Kira ok laa ek Abg Zakir? Pinjam secopot idea karyamu.

6 Mac 2006
:: Di mana segalanya bermula...

Malam tadi setelah selesai solat maghrib, tiba-tiba aku teringat... eh bukan kah hari ini 5hb Mac? Terus kucapai talifon dan menghantar mesej kepada sahabat mgh88 yang ada di dalam phone book talifonku.

Aku :: Woii korang mgh88! hari ni ler ulangtahun kita mula2 kenal & mask hostel. dah lupo lah tu masing2. anyway u all adalah sahabat plg hebat & sejati an ponah ado. luv u all!

Tak lama lepas tu enset outdated aku mula berdecit-decit.

Ayu :: La Mas, dah tak ingat dah.. Tq for reminding.. How r u. Take care!

Ita :: Lap u 2... 22 taun tuu...

Ummi :: Tq coz ingat date tu! I luv u 2.

Aeen :: Ha ah lah... lama dah kita x berkumpulkan?

Has :: Tq

Ida :: Timokaseh la tlg ingek2 kan, den pon tgh chat ngan Citah ni.. Luv u too...

~~~@~~

Besh nyer..... at least ada gak orang sayang aku .... Citah kat UK pun aku sms, tapi dia tak balas. Miswati pun gagal menyahut, dikerumuni si kembar agaknya. Ain pun sunyi sepi. Izai pun diam. Jedah pun bisu. Senah kelu. Walau dimana pun kalian berada, walau jarang sekali dapat bertegur sapa, aku tetap ingat kalian selalu. Kawan-kawan yang da'boomm macam you all mana bley lupa... luv u all mgh88!

5 Mac 2006
:: Demikianlah...

Semalam kami sekeluarga melawat Ayah Ulu Sidin, yang dahulu kutuliskan sewaktu kepulangan ke Rahmatullah gemulah isterinya.

Dalam usia 80-an, dia kelihatan uzur. Apatah bila beberapa minggu lalu dia terjatuh sewaktu di bilik air, semenjak itu dia tidak dapat berjalan lagi. Dia cuma bisa mengingsut ke bilik air yang berdekatan dengan bilik tidurnya. Ayah Ulu Sidin kini dijaga oleh anak perempuannya Kak Normah yang tinggal di Bandar Tun Razak.

Sewaktu kami tiba, dia baru sahaja mengingsut dari bilik air dengan dibantu oleh kak Normah, ingin bersolat katanya. Bila ditanya, dia ingin solat subuh sedangkan waktu itu menginjak asar. Sedikit lucu selebihnya terharu kerana dia mengingatkan aku persis kelakuan arwah nenek dahulu. Dalam keadaan lain, ingatannya terhadap Tuhan tetap utuh. Merenung diri sendiri, aku terasa amat malu.

Mak selalu berpesan, jika ingin beramal di waktu muda inilah, diwaktu sihat inilah. Aku selalu lupa dan leka. Moga Ayah Ulu segera sembuh.

Setelah itu kami sempat pula ke rumah Kak Rosnah. Berziarahan ke rumah saudara mara selain dari hari raya selalunya sukar, kerana tugas dan waktu. Tetapi sesekali dapat berkunjung begini, terasa hangat silaturahim apatah lagi darah yang mengalir di antara kami adalah dari susur galur yang sama.

27 Febuari 2006
:: Damaikanlah...

damaikanlah resah yang membuana ini
dadaku sempit di geledahnya
damaikanlah sekeping hati
agar lurus selirat nafas yang membelit
usaikan gejolak yang enggan surut
aku ingin tidur lelah salam tak bersambut
aku ingin tidur dari semua salam yang menyahut.

~~@~~

Memang aku tak ada rezeki... PGLTM dah habis pun... Seperti biasa aku cuba melupakan kekesalan, tidak mendapat apa yang kuingini sudah menjadi rutin. Ahh... semua pun hanya sekadar hal dunia, lupakanlah... yang abadi itu yang seharusnya kuberatkan.

tune to...

The World

World Time

World Climate & Season

The Sound

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis
silence
silence@fofo
epong

~@~

KRONISM

en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

~@~

menarik@GEJU

lumba foto
(ratu no. 3 sokmo hehehe)
projek jiwa kacau

GENG JURNAL

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi

~@~

BLOGS, FORUMS & FOTOPAGES

Faisal Tehrani
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com

~@~

ISLAMIC

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

PHOTOGRAPHY

better photo
kodak

OTHERS

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006

~@~



 
 
  Copyrights © 2006 Myths in the Haze :: http://www.elaira.net