Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis
silence
silence@fofo
epong
fajar@pixelpost
ila jauhari

~@~

KRONISM

en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

~@~

menarik@GEJU

lumba foto
(ratu no. 3 sokmo hehehe)
projek jiwa kacau

GENG JURNAL

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
nic
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUMS & FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAMIC

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

PHOTOGRAPHY

better photo
kodak

OTHERS

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006

~@~


biarlah kalian yang teka meneka dan berkata-kata...

30 Jun 2006
:: Sinopsis Seminggu...

Seminggu ini aku tidak sempat menulis di sini. Jadual yang agak padat dan waktu senggang pula aku sudah keletihan. Semalam Aziah Hijrah Media tu tanya aku, "Kak, bila nak update?". Aku jawap macam biasa, "Cerita banyak, tapi akak belum sempat tulis". Ngeh ngeh ngeh... alasan. Sekurangnya alasan itu bisa menidurkan curiousity nya barang sebentar.

Ayuhlah kusinopsiskan perjalanan hidupku sepanjang hampir seminggu kebelakangan ini. Bermula Sabtu lalu.

24 Jun 2006

Berjanji dengan Shila untuk bertemu di KLCC, maka petang Sabtu itu sekitar jam dua, aku mengatur langkah membelah hujan yang tiba-tiba menggila. Aku senyum-senyum saja pada alam yang lencun disirami titisan rahmat dari langit itu, kerana hari ini langkahku tidak akan terbantut atas sebab apa sekalipun. Aku ingin bertemu MNasir. Mungkin bukan agenda yang terlalu prioriti, sekadar memenuhi hari barangkali. Mentelah aku kebelakangan ini agak selalu bertemunya. Kerana mengejar waktu, aku tertinggal CD Sang Pencinta, yang jika kubawa boleh saja ditandatangani nanti. Ah, tak apalah, insyaAllah akan ada lagi satu pertemuan tujuh haribulan nanti.

Sekitar jam tiga setengah petang aku sampai di stesen LRT, KLCC. Shila masih di Midvalley menghantar adik-adiknya untuk temuduga kerja. Jadi aku duduk sahaja di tepi lif di ruang tengah. Tidak lama aku nampak kelibat Shila melilau-lilau berpusing-pusing mencariku.

Dan sedang eloklah kami tiba di Tower Record, Sifu pun dah ada. Tidak ramai yang beratur untuk mendapatkan tandatangan MNasir. Samada orang tak tahu atau apa alasannya aku pun tak pasti. Yang aku tahu emel yang cuba kukirim ke Yahoo Groups Kelab Sahabat tidak lepas. Sementara surat dari Luncai Emas pula kuterima sebaik pulang malam itu.

Warner sediakan poskad untuk orang yang tak ada CD atau liat nak beli album. M Nasir tanya aku, tak beli album ke? Heh heh... sedangkan belum keluar lagikan kutunggu. Aku kata ada, nanti tujuh haribulan you sainlah kat CD, hari ni sain kat poskad je.


... dunia yang merah!


mamat ni beli tiga cd, poster lagi... mesti kipas-susah-mati ni...

Dan di celah-celah rak CD Tower Record, rupanya ada Kak Marlia kita menemani suami terchenta.

27 & 28 Jun 2006

ooo... masa tak cukup... nanti aku sambung lagi, aku nak balik masak-masak untuk potluck Aurorans esok...

nanti aku cerita pasal ni plak.........

4 Julai 2006

OK aku sambung takat yang boleh ya.

Aku sempat menyertai National Convention for Women Entrepreneurs 2006 di Kuala Lumpur Convention Centre. Dirasmikan oleh kak mentri kita Datin Seri Rafidah Aziz. Banyak yang aku pelajari dalam seminar satu setengah hari itu, tentang peluang, pengalaman, pahit getir perniagaan dari peribadi wanita-wanita berjaya seluruh negara. Malangnya kesempatan yang sekelumit di waktu minum pagi, makan tengahari dan minum petang terlalu singkat untukku mengutip seribu pengalaman dari berbagai jenis perniagaan yang berjaya digalas oleh ahli-ahli perniagaan wanita negara.

Sewaktu minum pagi, aku sempat berbual dengan pengusaha biskut raya yang terkenal, Kak Noraini dari Noraini's Cookies. Bertukar kad hubungan, pandangan dan mengorek pengalamannya, belum boleh berkongsi - aku kesana tanpa pengalaman berniaga. Jadi kenapa aku di sana? Atas permintaan bos dan keperluan masa-masa mendatang.

Ramai yang kujumpa, tapi tak sempat nak abadikan dalam bentuk gambar. Ini potretku bersama 'Iron Lady' dengan wajah diselar mentari petang. Diluar ruang legar pusat konvensyen. Ramai yang masih berkenal-kenalan dan berbual walau jam sudah menghampiri 7malam. Pertemuan secara serentak begini jarang sekali dapat dilakukan, bila berkesempatan mereka tak lepaskan peluang. Kelihatan ramai juga teman lama bertemu. Aku pun bertemu teman lama sewaktu menuntut di UiTM dulu, Fairus. Dia jurusan kejuruteraan... dan dia punya syarikat sendiri. Menakjubkan.

Ini adalah tuan punya Butik Jarum Emas, kalau kalian ke City Square bolehlah singgah melihat koleksinya. Selama dua hari itu kami makan tengahari semeja. Jadi berpeluanglah bersembang lama. Dia seorang yang agak pendiam dan tidak banyak bercerita tentang perniagaannya. Cuma dia minta aku datang ke City Square dan melawat kedainya.

 

Aku banyak janji sehabis seminar. Bertemu Aziah di KLCC dan berjanji bertemu Sempoii di Pasar Seni untuk membeli belah 'door gift' Majlis Ulangtahun ketiga ADN yang akan diadakan pada hari Sabtu. Lama menunggu Aziah. Maklum, usahanita yang seorang ini sibuk. Aku menghabiskan masa menziarah kedai-kedai yang dulu hari-hari kulewati. Aku pergi ke Ombak, ke Pucuk Rebung, melawat Galeri Petronas - sedang dalam pameran Selembar Benang. Memaparkan corak tenunan dari negara-negara Asia. Tak banyak yang menarik perhatian, mungkin aku keletihan.

Sampai di Pasar Seni, kami berpusing-pusing mencari hadiah yang sesuai dan berada dalam kesanggupan kami untuk membelinya. Alhamdulillah berjumpa juga. Bingkai gambar yang diperbuat dari kain songket. Menganggarkan seramai 20 orang Aurorans akan hadir, aku dan Sempoii beli 25 keping.


Pembaca berita perdana malam itu, menurut Sempoii.

Kami singgah di Oldtown Kopitiam. Penat dan dahaga. Adik yang kerja di situ ramah tamah melayan pertanyaan kami satu persatu. Atas saranannya aku memesan teh specialnya, dengan 2set roti bakar. Sempoii cuba bihun tomyam, aku pun curik merasa dari mangkuk jeluk bewarna merah terang. Mangkuknya besar, pastilah tak terhabis dek Sempoii, aku bantu sahaja.

Beriya-iya Sempoii ajak aku ke Petaling Street, aku dah tak larat... kaki aku dah hancur, aku nak pulang. Sempoii ke Petaling Street sendirian.

22 Jun 2006
:: Rindu teman II

Citah di UK

lama benar jarak memisahkan
dari senyum gurihmu
dari ketenangan yang menjadi peribadimu

lama benar berbeda benua
mengekang kita dari berkongsi rasa
mengamati langit khatulistiwa yang membara
dan hujan mencurah ketika senja

moga sejahtera mengiringi perjalananmu sahabat
mudah pula segala urusan dan tugas
tercapai cita-cita demi agama dan bangsa
maaf langkahku terbatas untuk menjejakmu di sana
ia tinggal angan atas halangan

tiga purnama lagi kau kembali
aku akan menanti
sahabat semua akan menanti
seperti mana dulu kami mengiringi kau pergi

nanti, aku pingin ulangi walau hanya sekali
nasi panas dan sambal belacan
masak lemak dan sayur kampung
atau cekodok panas di tengah malam

masa-masanya aku rindu
pada sahabat seperti kamu
hanya kerana kita yang tahu
dan prihatin rasa
serta kekal menghormati
kekal memahami
erti persahabatan sejati.

21 Jun 2006
:: Sang Pencinta

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi
Tiada bererti

Pada Mu jua
Tertuju segala jalan
Pada Mu jua
Cinta ku serahkan

Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya
Hanya Dia kekasihnya

Sang Pencinta
Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan

Sang Pencinta
Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini

Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia
Cinta yang dipuja
Mengenang Dia
Cinta yang diredha
Hanya Dia
Mengenang Dia
Hanya Dia...

[ dengar ]

~~@~~

This whole album put me back on track. Just look at the lyrics, and you can find the whole album's lyrics [here], make sure you have realplayer as well so that you could experience those songs too.

Mungkin aku sebenarnya tidaklah selayak mana untuk mengulas perihal lagu-lagu dalam album ini. Apa sangatlah yang mampu kufahami, cuma apa yang bakal kutuliskan semata dari pemahamanku sahaja.

Album M. Nasir kali ini berbeza dari 'kebiasaannya'. Kukatakan kebiasaan kerana sebermula dari album Solo hingga ke Pheonix Bangkit pendengar lebih disogokkan dengan irama ketimuran, kemelayuan, nusantara dan adunan padang pasir. Mengunakan elemen-elemen gendang dan tiupan seruling yang mendayu-dayu. Tapi kali ini ia pergi jauh dan lebih universal. Kadang-kadang aku terasa seperti dibawa kembali ke zaman Kembara.

Aku meminati kesemua lagu di dalam album ini. Kali ini juga lain, Loloq yang telah memenangi anugerah Penulis Lirik Terunggul untuk lima kali berturut-turut daripada Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik (MACP) hanya menyumbangkan lirik untuk dua lagu sahaja - Vendeta dan Tangisan di Hujung Rimba Galaksi, selebihnya adalah lirik tulisan beliau sendiri. Sementara semua lagu adalah ciptaannya. Seperti ada sesuatu disebalik semua itu, dan aku tak tahu. Mungkin juga terlalu banyak yang ingin disampaikan samada menerusi melodi mahupun kata-kata, jadi seluruh ruang dipenuhi sebaiknya.

Kenapa aku suka akan karya seni M. Nasir?
Kerana ia lain. Lain dari kebiasaan. Ia tidak kosong. Ia ada mesej ada pesanan. Mesej yang selalu mengajarku dalam diam. Seperti lagu di atas. Lagu cintanya membawaku jauh dari sekadar terkinja-kinja menyanyikan bait puisinya. Ia menyedarkan. Membawa pemahaman yang mikraj melangkaui nyata. Cinta yang lebih abadi dari segala yang nyata. Cinta yang lebih kekal. Cinta ketuhanan. Lagu-lagunya selalu membuat aku tenang dan bahagia. Kerana dihujungnya aku akan dibalut kemas kasih Sang Pencipta.

Itu yang aku rasa dan fahami. Dan aku menghargai semua ini. Sepertimana aku menghargai seorang guru barangkali. Mentelah dia pun dipanggil 'Sifu'. Kerana dalam bait puisinya juga dia mengajarkan sesuatu. Itu makna kepadaku. Orang lain aku tak tahu.

Seperti juga Legenda Numerius yang membicarakan lebih dari sekadar fantasi magus dan perperangan serta perjuangan membebaskan. Malangnya aku tidak boleh tawarkan buku itu kepada kalian. Ianya telah habis dijual. Out of stock! Mungkin 1 Julai ini kami bisa berbincang untuk mencetaknya semula. Hanya satu kemungkinan, aku tidak mahu membaja harap di dada kalian. Moga faham tentang itu. Dan sekiranya menjadi nyata akan kuwar-warkan ke seluruh pelusuk dunia.

Kebelakangan ini muncul pula Ahli Fikir. Dengan lirik lagu yang bagus. Banyak pesanan. Tetapi sekali dengar ia lebih cenderung kepada menasihati bangsa. Aku tidak membeli albumnya untuk mengulas secara terperinci. Untuk golongan remaja yang suka irama dan musik Ahli Fikir, moga ia juga membimbing anda ke satu ruang berfikir tanpa jemu. Tentang siapa anda dan peranan anda dilahirkan dalam bangsa bernama Melayu.

Kembali kepada album Sang Pencinta.

Aku membelinya setelah 3 hari ia dipasaran. Selain Juwita yang telah terlalu kerap kudengar sewaktu bekerja dan di radio, aku tidak pernah mendengar lagu yang lain. Seperti juga Legenda Numerius, reaksi pertama berhadapan kelainan dari kebiasaan adalah penolakkan. Aku menolak Legenda Numerius (mungkin hingga Abang Pat tersinggung) sepanjang dua bab pertama, mungkin kerana bahasa lama ditukar baru dan gaya bahasa yang telah berubah selaras usia dan kematangan, setelah itu kecintaanku berbunga-bunga! Penolakkan begini bukan penolakkan total. Cuma sedikit ruang untuk penyesuaian diperlukan.

Dan lagu pertama yang aku suka sebaik mendengar melodi pertamanya ialah Setiap Dambaan. Ia membawaku jauh. Jauh dari gembira yang pernah kau, kau dan kau sogokkan. Sogokkan gembira itu selalu buat aku sedih dihujungnya. Yang ini buat aku damai dan tenang. Maka aku memilih ini.

Setiap Dambaan

Merahnya tekadmu
Mewarnakan kalam
Memancarkan wajah-wajah
Yang berupa-rupa dalam kesatuan

Menyanyilah.. la..la..la..
Bersajaklah.. la.. la..la..
Biar kau capai ku
Dalam pendakian

Bila sampai nanti kitakan berkumpul
Lalu terbuka cerita lama
Terbongkarlah rahsia di setiap wajah

Menyanyilah.. la..la..la..
Bersajaklah.. la.. la..la..
Buailah.. la.. la..la..
Cintaku

Kau perhatikan perjalananku
Kau perhatikan kalbu yang berdegup
Setiap nafas adalah engkau
Setiap nama
Setiap dambaan

Dan aku serahkan tubuh ini
Buatku terima arahan baru
Selagi belum aku pergi
Selagi belum aku lupa lagi...

[ dengar ]

~~@~~

Jelaskan butir pesanannya? Satu peringatan yang cukup sederhana aku kira. Sesuai untuk jiwaku menerima sesuatu seperti itu dalam wujud yang penuh kesederhanaan. Maka aku pasti akan dambaan kalbu selama ini. Ia jadi bergetar bila halanya terarah ke destinasi yang mungkir, maka biarlah aku kembali dilorong lurus. Kerana itulah sebenarnya dambaan. Bahagia infiniti ada di situ. Syukur Alhamdulillah bertemu kembali.

Walau berulang kali kau yang melabelkan dahimu sebagai sahabat seakrab dunia dan akhirat merobek jantung damaiku. Jika kepinggir pilihanmu, maka selesaikanlah urusanmu dengan Tuhan. Ini sekadar dunia, insyaAllah aku tidak mahu lewa lagi. Aku telah membuat pilihanku, maka kau pilihlah jalanmu. Selayaknya aku menjaga tertib bersahabat, maka jika cela, itu adalah pilihanmu. Tudingkan jari ke dadamu dan renunglah apa yang mewarna sekeping kalbu yang selalu kau tuliskan di harianmu tentang pendirian dan pegangan, tentang maruah dan perjuangan, tentang kedukaan dilukai insan bernama kawan. Kau tentu lebih arif tentang itu. Kerana kau yang lebih selalu menyala dalam marak hujah, sedang aku hanya kali memercik di hujung rimba.

Aku menyambut baik kelainan album Sifu kali ini, sebagai satu anjakan positif. Seperti mana kata pendorong semangat terkini - achievement atau pencapaian! Kita harus beranjak! Dari mengungsi lubuk yang sama terlalu lama. Baru bersua pencapaian baru! Selaras dengan iramanya yang bertenaga, maka aku terpinjam untuk bernaung teguh dan utuh, bersemangat dengan alunan yang disampaikan. Ini waktu ceria dalam ketegasan, demi satu (atau beberapa) pencapaian!

Tahniah buat Sifu untuk album berkualiti dan penuh pesanan. Terima kasih.

Diriku,
Jangan lupa.............achievement! Achievement! Achievement!

Shila,
Jangan lupa date kita dengan Sifu di KLCC Sabtu ini....

Nic,
Jom ikut sekali...

20 Jun 2006
:: Subject: Dari Pengurusan KSMN

 

Hi Kak Puteri,

Launching Album Sang Pencinta

Tarikh: 7/7/06 (Jumaat)
Masa: 7-9 pm
Lokasi: J.W Marriot Hotel, Bukit Bintang K.L

*Kami ingin menjemput para sahabat terutama yg sudah memiliki album 'Sang Pencinta, kerana inlay album itu adalah tiket untuk ke pelancaran album ini. Maklumat lanjut hubungi ain ditalian 03-61561357 @ 012-6173351 @ ksmn_10@yahoo.com

Single Ke-2 M.Nasir berjudul 'Tujuh Nafas Lagi' akan menyusul tidak lama lagi.

Jadual Promosi 'Sang Pencinta' :

  • 20/6/06 - Shooting Music Video in K.L (Juwita..Citra Terindah)
  • 24/6/06 - Meet The Fans Session at Tower Records KLCC (3.30pm-4.30pm)
  • 1/7/06 - RTM Penang. 2/7/06 - Jom Heboh, Perlis.
  • 7/7/06 - Album Launching
  • 12-15/7/06 - Zoom In at RTM (para sahabat yg ingin menonton sila hubungi Ain di Luncai Emas)
  • 13/8/06 - Jom Heboh at Bukit Jalil

Yang benar,

Pengurusan KSMN

Ain

 

 

 

 

~~@~~

Petang semalam dalam kesibukkan tugas, aku menerima emel dari Ain di Luncai Emas. Buat aku teruja sangat-sangat. Tak sabar pula rasanya menanti tujuh haribulan Julai, dengan izin Pencipta aku akan hadir. Hari ini ada shooting MV - tak pergi lah. Tower Records KLCC tu pulak rasa macam boleh je, Shila pun kata ok... cantik lah dah ada geng, so jadik Sabtu ni!

Then Zoom In di RTM, aku akan buat rombongan, sesiapa berminat nak ikut... angkat mouse tinggi-tinggi, aku akan usahakan tiket.

So, sesiapa yang berpuas hati mendownload mp3 je tu, kali ni tak boleh lah ikut aku pi JW Marriot ek... thee he he... (babai Jundak.....)


8 Jun 2006
:: Hiasan Kalbu...

Mengaturi langkah selengkar keindahan
damba belaian kasih impianku
lalu bersua kita dihalaman percintaan
tersemai ikatan yang satu

tiada lagi sepi
tiada gundah mengiring
damai menanti diseraut kasih
semailah debunga seluruh taman seloka
kau mekar didalam jiwa ku

bagaikan mentari terangi hidup ini
bagai sang purnama suluh dunia
kuserahkan jiwa raga nan suci
kujadikan cinta ini bermakna
demi kasih sejati dari hati yang terbuka
menjadi hiasan di kalbu...

[ dengar ]

 

tune to...

The Way of Life

Waktu Haram Solat
Puasa-puasa Sunat
Pesan Nabi Ttg Makan
Tujuh Peringkat Solat
[will provide the links later]

 

Beauties to My Eyes

 

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Upcoming Events

20/6/06 - Shooting Music Video in K.L (Juwita..Citra Terindah)

24/6/06 - Meet The Fans Session at Tower Records KLCC (3.30pm-4.30pm)

1/7/06 - RTM Penang. 2/7/06 - Jom Heboh, Perlis.

7/7/06 - Album Launching

12-15/7/06 - Zoom In at RTM (para sahabat yg ingin menonton sila hubungi Ain di Luncai Emas)

13/8/06 - Jom Heboh at Bukit Jalil

-----

Friday, July 21, 2006
(8:00 PM - 11:00 PM)

M.Nasir - Mohram -
Ebiet G.Ade - etc.

MALAM AL-ASRI MUHIBAH
SENI PERSEMBAHAN DALAM ISLAM
at
Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, KL.

The World

World Time

World Climate & Season

Google Earth

Walk of Life

 

The Sound

Download here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri

Mungkin (MTV by Rosh)

Newly Possess

Listen: They :: Wish I

 

I am apart of this glamourous organization... :D