Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis
silence
silence@fofo
epong
fajar@pixelpost
ila jauhari

~@~

KRONISM

en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

~@~

menarik@GEJU

lumba foto
(ratu no. 3 sokmo hehehe)
projek jiwa kacau

GENG JURNAL

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
nic
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUMS & FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAMIC

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

PHOTOGRAPHY

better photo
kodak

OTHERS

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

~@~


biarlah kalian yang teka meneka dan berkata-kata...

3 Ogos 2006
:: Di luar jangkaan!

"Grenn Canopy"

Begitulah tajuk yang kuberikan untuk gambar ini. Kerana merasakan ia bersesuaian dengan tajuk Lumba Foto Geju bulan lalu dengan tema "Dari Bawah" maka aku beranikan diri menghantar penyertaan. Sekadar suka-suka. Tapi bila ia memenangi tempat pertama, aku jadi betul-betul terkejut, kerana banyak gambar yang cantik-cantik lagi. Walau apa pun, syukur alhamdulillah. Dalam kesederhanaan, kukira ini jua satu pencapaian.

Gambar ini kuambil November tahun lalu sewaktu bertugas di Melbourne. Sementara menunggu di studio rakaman, aku ambil gambar di sekitar kawasan luar bangunan. Kenangan manis, yang kini hampir setahun berlalu, menjadi bertambah manis hari ini. Syukur Ya Allah!

Esok, aku akan ke Port Dickson, menyertai Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional 2006. Aku sangat teruja! Moga ilmu yang kutangguk nanti, memberi manfaat untuk agama, bangsa dan nusa.

Untuk kalian semua, selamat berhujung minggu. Untuk Zu, selamat berportluck dengan kak Adibah Noor, maaf aku tak dapat ikut seperti yang kita rancang, kirim salam dengan kak Adibah ok, aku memilih ke PD! Lain kali aku ikut ya.

~~@~~

:: Kabinet mahu blog internet dipantau

Sumber: http://www.bharian.com.my

PUTRAJAYA: Semua blog dalam internet akan diawasi dengan lebih rapi, manakala pemiliknya dikenakan tindakan jika menyiarkan bahan berunsur hasutan, fitnah atau bercanggah dengan undang-undang.

Mesyuarat Kabinet semalam memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mengawasi semua blog dalam internet serta mengambil tindakan sewajarnya.

Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata walaupun kerajaan tidak akan menyekat atau menapis kandungan internet seperti dijanjikan ketika penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC), pemilik blog atau penulisnya yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan.

"Mana-mana penulis blog sama ada bergelar Datuk atau tiada Datuk, akan diheret ke mahkamah jika melanggar undang-undang. Kita boleh ambil tindakan mengikut undang-undang jenayah, Akta Hasutan atau apa saja,? katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini.

Kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak boleh membiarkan internet menjadi alat menyebarkan perkara tidak betul kerana ia akan mencetuskan kekacauan sehingga memberi kesan terhadap ekonomi dan pembangunan negara.

Berikutan itu, Perdana Menteri mahu pihak yang menyebarkan fitnah serta membuat hasutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau internet ditahan serta disoal siasat.

Abdullah menegaskan tidak ada negara yang membenarkan sesuatu kebebasan diberikan secara mutlak sehingga membolehkan mana-mana pihak mengatakan apa saja yang disukai.

Isnin lalu, Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kewujudan media internet termasuk blog yang semakin berleluasa dan ditulis secara liar.

Mengulas lanjut, Dr Lim mengakui memang sukar untuk mengambil tindakan terhadap penulis blog dari luar negara, tetapi tindakan boleh dikenakan ke atas penulis blog tempatan.

Lim berkata, pada mesyuarat Kabinet semalam Perdana Menteri juga bersetuju supaya tiada penapisan terhadap kandungan internet, tetapi percaya ada jalan lain untuk bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Anda perlu pertahan undang-undang. Kandungan (blog), jika berunsur hasutan, maka mereka boleh didakwa

"Kita akan mengawasi semua blog dengan rapi," katanya.

Beliau berkata, pihak yang menyebarkan khabar angin atau berbentuk hasutan melalui SMS pula akan dikenakan tindakan sebaik usaha mendaftarkan semua kad prabayar siap akhir tahun ini.

-----

Apa pendapat kalian?

Adakah ini bermakna MiTH juga akan dipantau? Sila-sila, aku akan lebih dari gembira mendapat hits dari Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Jom berpuisi... dan jangan lupa pesan segera untuk buku Masuk Barisan yang bakal keluar nanti ya...

Adik Jiwa Kacau bakal lahir tidak lama lagi... stay tune...

2 Ogos 2006
:: Seruan kalbu

telah kuputuskan mega berlalu
dan nafas pun kembali tenang
dari keresahan yang menggunung dan membalun

kuciptakan manikam baru mengasyikan
selaut sutera lembut mengadun
Sang Pencipta semakin dekat
segaris urat nadi menyelinapi tubuh

hati pun mendenyutkan cinta
yang tak pernah palsu berjanji
tak pernah henti mengasihi
terbang menebar ke langit ke tujuh
turun bersaksi di malam dini

dalam dunia panca warna begini
di mana bunga-bunganya mekar dan berseri
unggas-unggas riang bernyanyi
satu nama itu berdenyut sebati
dalam nadi dalam hati

maka,
wahai maksud alam yang lain
jika kelak sapaanmu
membuat tiak langkahku
mengguncang tenang dudukku
hadirlah dengan senyum dari Sang Pencipta
dalam irama ratib dan tasbih
agar bicara sealun dan langkah seduyun
jika tidak
biarlah kanvas waktu terona sendiri.

31 Julai 2006
:: Malam Bersama Bintang SP Setia

Dan hari pun berlalu, sepantas halimunan, tak meninggalkan kesan. Semuanya tambah seperti mimpi yang tak terkejarkan. Begitulah kehidupan yang mewarnakan hari-hari terkini.

Masa berlalu, hari berganti. Kadang-kadang rasanya baru sahaja aku menoleh ke kanan, bila menoleh ke kiri, hari yang baru menerima hadirku dengan ramahnya.

Kota lumpur ini lencun dihujani rahmat dari langit sedari malam tadi. Bumi jadi sejuk. Alangkah enaknya jika dibungkus selimut dan menyulam sisa mimpi semalam. Tapi pagi-pagi lagi aku sudah di meja kerja.

Malam tadi aku sempat ke konsert Sifu dan CT di Setia Alam. Dimulakan dengan Apokalips. Seterusnya lebih kurang 10 buah lagu dipersembahkan dan satu lagu duet bersama CT - Dua Insan. Peta ke lokasi lengkap dan tepat. Penyelenggara tempat letak kereta juga amat teratur. Shuttle bus dari tempat letak kereta ke Taman Rekreasi Setia Alam juga sangat memuaskan.

Terdapat tidak kurang dari lima skrin besar menayangkan secara langsung persembahan dari pentas utama. Sistem bunyi juga memuaskan.

Tapi... aku tak puas. Waimanya kalau aku tak datang sekalipun tidak apa.

Satu ruangan besar di depan pentas diuntukkan bagi VIP. Seating area. Mungkin untuk kakitangan SP Setia dan bos-bos besar mereka, dan juga mereka yang telah membeli rumah di situ. Tapi ruangan itu terlalu besar dan agak banyak tempat duduk yang kosong begitu saja.

Penonton yang duduk di depan pentas ini pula macam duduk depan tv tengok berita perdana. Kesian pulak aku tgk Sifu yang sibuk ajak penonton turut sama dengan persembahannya, tapi macam tak kena layan saja. Aku berdiri jauh... di luar 'pagar' seating area, sorang-sorang - lebih kurang 100 meter dari pentas. Nak ambil gambar pun tak jelas, apatah lagi dengan keupayaan kamera silver aku. Walaupun aku cukup maklum tiket adalah percuma, tapi untuk kepuasan menonton persembahan Sifu aku sanggup keluar sedikit belanja.

Jedah dan Netty duduk di atas padang depan skrin besar yang silau tu. Bila Sifu dah habis nyanyi aku terhendap-hendap mencari mereka dalam lautan manusia yang duduk atas padang tu macam duduk atas karpet empuk di ruang tamu rumah yang berharga mencecah 1.4juta di sebelah tu. Telan air liur je lah tengok rumah banglow mewah macam tu, di luar kuasa membeli kami.

Dalam mencari Jedah dan Netty aku terserempak otai Kelab Sahabat yang selalu aku jumpa tapi aku tak tahu nama dia. Sempat bertegur sapa sekejap. Belum habis CT nyanyi kami dah angkat punggung. Asalnya nak numpang Spyz balik, tapi Netty baik hati nak hantarkan aku sampai depan lif. Terima kasih Nett!

~~@~~

:: Kunjungan ke Casa Zu

Sabtu lalu, kerana rencana awal semuanya tak menjadi, maka aku dan Zu ciptakan aktiviti. Aktiviti membelek buku. Aku nak tengok koleksi buku-bukunya, maka aku pun berkunjung ke rumahnya di Setiawangsa.

Its like walking down memory lane. Dulu aku pernah tinggal di Intan Apt Setiawangsa. Banyak yang telah berubah. Banyak bangunan baru dibina, hingga ruang mula nampak sesak.

Zu masakan rendang dan pulut, aku bawa cooktail buahan dan jeli.

Casa Zu menarik, ringkas dan kemas. Banyak kelengkapan yang disimpannya buat aku tergelak tak sangka, contohnya dia gunakan pasu zaman nenek moyang dulu untuk menadah air di bilik mandi. Kalau di kampung tu lain lah, ini di Mawarsari. Idea kreatif lah tu. (Tulisan membodek, sebab dia dah masak sedap-sedap untuk aku ).

Dia minta aku buatkan satu entri ala-ala Casa Impian. Manalah aku reti. Kiranya aku buat versi aku sendiri sahaja lah ni. Jadi aku pun mulalah mengambil gambar ruang tamu rumahnya itu. Untuk seketika, aku perasan menjadi wartawan dan jurufoto.

Ayuh lihat casa Zu...

 


Terasa seperti kunjungan hari raya pula


Cozy... one of my fav shot

 
Dari tanah Arab?


Ruang hijau dan timbal balas langsir oren


Pintu utama, di luar merah di dalam putih


Lampu antik zaman British


Teringat pasu-pasu lama arwah nenek di kampung


Luar jendela, selepas hujan


Taman atas angin...

Tidak semua yang kulihat kuabadikan di sini. Cukuplah sepuluh sahaja. Untuk Zu terima kasih atas masa yang dikongsi bersama. Terima kasih juga beri aku pinjam buku-buku, nanti aku pulang balik.

28 Julai 2006
::
Penyair itu

dari sepi itu kau susunkan bait kata hatimu
rajukmu
adumu

dari sepi itu mengalir tinta tak terbendung
kau luahkan
kau lepaskan

kesal dan resahmu bergabung
tumpah menjadi seni
mengiringi sunyi tak berpenghujung
dalam puisimu

bara di hatimu melunyai menjadi hujan
dicanai rasamu
yang telah engkau luahkan

mengutip tenang
adalah kiblatmu
kau usung segenap usia

mengutip tenang
adalah nadimu
kau perteguhkan denyutannya
mengutip pengertian dan pengabadian
dalam kasih menghadapNya.

 

:: puisi itu mudah

puisi itu mudah
kau tuliskan kata hatimu
yang seiring degup jantungmu

puisi itu mudah
kerana hati telah merangkai kata
sehabis subuh hingga terbenam suria

yang perlu
kau tintakan
abadikan di dada kertas
baca seiring kerdipan matamu
ukirkan perasannya
lakarkan penceritaannya
sampaikan pesanannya
hamburkan keresahannya
muntahkan perit derita dan duka lara
tukarkan titis air mata menjadi kata-kata bermakna
sematkan senyuman menjadi lenggok bahasa mengasyikan
jadikan ajakan gembira buat insan yang lara

puisi itu mudah
walaupun rajuknya berjela
bila mana kau tak punya masa.

21 Julai 2006

Tengahari Jumaat yang mulia ini lencun diratapi hujan yang mencurah. Lama benar bumi lumpur ini tidak dimandikan. Panas dan membahang. Hingga mula pula hutan dan semak terbakar. Alam cukup resah dalam usianya yang makin tua. Amarahnya kian terasa. Angkara dosa yang bermaharajalela barangkali.

Seperti selalu adanya, aku menyambut Jumaat dengan seluruh hari dan rasa kesyukuran. Ia hari mulia. Tidak kiralah apa yang sejarah telah warnakan pada Jumaat-Jumaat yang telah berlalu.

Tengahari ini aku sedikit kelelahan dari menyusun kandungan perpustakaan digital. Bersandar di kerusi hitam di meja sendiri. Pejabat sudah hampir tiada orang, yang lelaki ke masjid berhampiran, yang perempuan mencari santapan. Jendela kaca di sebelah tempatku ini dibanting keras jejari hujan yang menggila. Jika calang nipis, mahu juga meretak agaknya.

Rencana hujung minggu ini juga telah siap. Aku akan pastikan agenda hidup padat. Ruang yang tak terisi, selalu dipenuhi gerigis. Esok aku akan pulang ke rumah Along di Seremban. Dapatlah aku mengutip buah limau purut yang wangi itu lagi.

Ada sambutan Keputeraan Yamtuan Besar di kampung, kata Ida sambutan Ulangtahun ke 84 ini kelihatan begitu meriah. Tak tahulah sempat atau tidak aku menjenguk ke kampung. 'Rajo Begholek' ini memang dinanti-nantikan oleh sesetengah orang. Ada berbagai pertandingan, permainan, pertunjukan dan hiburan. Kadang-kadang ada majlis santapan bersama rakyat. Disulami pula dengan nyanyian dari penyanyi-penyanyi terkenal. Dan diakhiri pula dengan letupan bunga api yang berwarna warni. Tapi selalunya acara itu adalah pada hari Ahad malam Isnin. Aku selalu tidak berkesempatan kerana harus pulang awal ke Kota Lumpur.

Begitulah meriahnya jika dapat bersama sahabat dan handai taulan menyaksikan aktiviti yang telah disusun khas. Tapi mungkin kali ini aku hanya dapat mendengar ceritanya sahaja.

Alam terus mendung mengiringi petang. Sejuk sedikit suasana. Syukur. Lalu jadilah Jumaat yang sempurna, penuh dalam sederhana.

19 Julai 2006
:: Pencapaian

Aku begitu pingin kepada satu pencapaian. Tapi entah apalah sangat yang mampu kucapai. Kebanyakkan orang yang berjaya mencapai sesuatu, bermula awal. Kadang kala aku merasa seperti sudah agak terlewat. Tapi dalam keadaan lain pula, aku pun tahu sebenarnya tiada apa yang membataskan apa. Yang penting usaha ke arah pencapaian itu. Dan ia harus berterusan. (Seperti aku menulis blog???)

Setiap hari banyak pencapaian yang diwartakan. Di akhbar, di radio, di telivisyen, mahupun di majlis-majlis pengiktirafan. Sedari kecil aku jarang berjaya mencapai sesuatu yang cemerlang. Cuma seingat aku hanya tiga kali sewaktu sekolah rendah, aku dapat hadiah untuk pelajar terbaik matapelajaran Sains dan Geografi sewaktu darjah 4 dan mata pelajaran Sains sewaktu darjah 5. Dan hadiahnya ialah RM4 untuk setiap satu. Seingat aku juga itulah kali terakhir aku mendapat hadiah dalam pelajaran. Aku gagal berjuang bila berada dikalangan orang yang bijak-bijak di sekolah menengah. Dan nasi kawah buat aku selalu mengantuk. He he he ... alasan.

Jadinya, tiada pencapaian yang memuaskan sepanjang di sekolah menengah, masaku terlalu banyak diisi dengan kebosanan. Rasanya begitu juga di IPTA. Cuma di IPTS aku lebih berdaya saing. Waktu itu baru aku temukan cara belajar yang betul, dan waktu itu juga aku memberi tumpuan untuk merealisasikan matlamat hidup. Banyak yang berubah setelah itu. Hidup pun banyak mengajar. Tetapi, aku masih tidak mencipta pencapaian yang cemerlang. Dalam kedua-dua maksud hidup, ritual dan spiritual. Segalanya bagiku berlangsung dalam kesederhanaan. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan dan mencukupkan dengan apa adanya.

Baru-baru ini aku kembali terfikir semua ini. Melihat ke kiri dan kanan, teman-teman berjaya. Diiktiraf di media massa, terpampang nama mengiyakan berita. Aku gembira meminjam suasana, kerana mereka teman-teman yang kukenal mesra.

Tahniah buat Nisah, atas pingat yang diterima, you deserve it after all the hard work. Sungguh aku bangga!

Tahniah buat Rosh, kerja dia dah keluar tv pulak.

Tahniah buat Faznita, sahabat mgh88 aku, yang tulisan skripnya semakin menjadi-jadi, dulu dengan Sumaiyah, kemudian vSalina 1 & 2, dan terbaru Dua Hati yang mengisi slot Samarinda di tv3.

Mungkin ada yang aku tertinggal. Untuk semua, tahniah!

~~@~~

:: Ragam si Rosh

Orang kalau dah namanya kreatif macam ni lah jadinya.

Bagi mereka yang biasa dengan Artakus Dot Net (ADN), Rosh adalah nama yang tidak asing lagi. Dia ilustrator rasmi Saga Artakusiad. Watak-watak dalam novel itu direalisasikannya dalam bentuk lakaran. Termasuk 'Karmawizra' di atas itu. Hari ini dia buat lawak. Satu lawak super hero barunya. Satu lagi gambar yang di sebelah ini.

Rosh... spec mana? Nanti tak nampak harta karun menimbun, nak lawan-lawan lagi. Oops aku lupa dia Karmawizrosh!

Dan jangan lupa menyaksikan air tangan Rosh bermula malam ni di TV3, Agen 016.

~~@~~

:: Zoom In bersama M Nasir malam minggu lalu...

Insan dan Manikam

Ya insan yang hadir
Dengarkan semua
Ku isytiharkan dengan hati terbuka

Ya insan yang daif
Insaflah semua
Manikam yang disangkakan
Bukan yang asli
Hanya seiras dan serupa

Ya insan yang hagas
Awaslah semua
Maya yang indah
Ada kudisnya
Jangan terpedaya

Angin yang membawa berita
Pancaindera yang memang lemah
Mudah terkeliru

Pak Tua menangis sendiri
Mengenangkan nasib diri
Walaupun puas mencari
Namun belum ketemui

Cik Buyung riang selalu
Damai dan senang hati
Walaupun tak berusaha
Dia ketemui
Dia ketemui
Apa dicari
Dia ketemui
Yang abadi
Dia ketemui

Alam yang membawa cerita
Pancaindera yang memang lemah
Mudah terkeliru...

Seperti yang telah aku gembar gemburkan dan canangkan ke seluruh buana, tentang Zoom In bersama M Nasir malam minggu lalu. Maka inilah hari ini, aku kongsikan gambar-gambar yang memahat memori. Pertemuan dengan kalian sahabat-sahabat sedia ada dan juga yang baru kukenali, yang sudi menegur, menyapa dan beramah mesra.

Sedikit sebanyak kekecewaan tidak dapat melihat Pameran Lanskap Antarabangsa di Taman Tasik Perdana siangnya terubat. Aku dan Nana tidak dapat mencari tempat letak kereta walaupun sudah melebihi sejam kami berlegar-legar di dua tiga buah tempat letak kereta. Memang aku kecewa, kerana tidak dapat merakam yang cantik-cantik di sana. Hari pun dah tengahari, panas amat-amat pula tu, jadinya kami ke Midvalley sahaja.

Seperti biasa di mana-mana perjumpaan, jari aku akan kontot kerana membalas sms kalian. Tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dan kalian berjaya kutemui satu persatu, walaupun bagi sesetengahnya, ini adalah kali pertama bertemu.

Malam itu Sifu nyanyikan berbagai lagu termasuk dari album-album lama. Seperti katanya, lagu-lagu ini punya 'cerita' atau nostalgia tersendiri buat setiap pendengar. Lagu Insan dan Manikam (atas) turut didendangkan, semestinya membawaku ke masa-masa lalu. Dan bukan sekadar itu, lihatlah pesanannya. Walaupun lagu ini 'sedikit nakal' seperti yang dikatakannya, ia menyedarkan insan tentang hakikat sebuah kehidupan dan sebuah pencarian. Selain itu Padang Lalang yang menjadi lagu berhantu ketika aku di Politek Kuantan dahulu turut didendangkan. Jarang Sifu nyanyikan Padang Lalang. Aku puas hati.

Sewaktu menyanyikan Di Balik Cermin Mimpi, lagu bonus untuk penonton yang belum mahu pulang setelah rakaman habis.

Uihhh... Nett ngan Spyz... merakam.... gambar kat kamera korang mana?

Azrin dan awek dia bersama Loloq.

Di luar auditorium, peminat perpusu-pusu minta autograf. Aku memang kurang minat untuk berhimpit-himpit, jadi kami bersembang dengan Loloq dahulu, starring from left Spyz, Loloq dan Elmaaniq, keduanya rakan Geju juga.

Korang je, aku pun nak jugak bergambar dengan dia. Awat senget Loloq weh?? Inilah Raja Jiwang se Nusantara. Dan berkat kejiwangan dia tu, dia telah dianugerahkan Penulis Lirik Terunggul oleh MACP.

Berdoyonnnnnn........ aku pun ambil gambar ala-ala press tu... angkat kamera tinggi-tinggi dan snap...

Hai Yusnita... sangat gembira berkenalan dengan awak. Nanti kita chit chat lagi tau, hari tu tak sempat lah, kawan saya nak balik awal. Terkilan juga bila Ain call, waktu tu aku sudah di Federal Highway menuju pulang, mereka ajak lepak-lepak di Bangsar. Kalau tau awal mungkin boleh buat arrangement. Tapi tak apa, lepas launching album nanti kita cuba berkumpul ok? Anyway, bila jadinya launching ni Ain, sila lah maklumkan, teringin sangat nak pergi, apatah lagi CD belum ditandatangani lagi tu.

Dan sempat kita mengabadikan foto bersama akhirnya, ini sebahagian kecil rombongan cik kiah aku ke RTM malam minggu lalu. Dari kiri; Nic, Faisal a.k.a Elmaaniq, Azrin a.k.a Meza, Sifu kita, Spyz dan Nettbiru. Terima kasih kawan-kawan, nanti kita berdoyonnn-doyonnnn macam ni lagi ya. Spyz, nanti lain kali ko bawak je si Arip tu... insyaAllah boleh masuk dewan.

8 Julai 2006
:: Malaysia hari ini...

Sana sini heboh diperkatakan tentang perkahwinan bintang besar penyanyi Siti Nurhaliza. Aku tumpang gembira dengan kegembiraan yang bercahaya-cahaya diwajahnya itu. Walaupun bukan peminat CT aku tetap mendoakan kebahagiaan dan kerahmatan Allah terhadap perjalanan hidupnya itu.

Petang semalam juga kepulauan Jawa digegarkan oleh gempa di dasar lautan Hindi. Setakat pagi ini beratus nyawa telah disahkan terkorban oleh tsunami yang menyapa lagi. Jika dulu di penghujung 2004 kita digemparkan tsunami dan sangat dirasaikerana ia turut menyapa tanah air kita. Mungkin hari ini ia lebih sayup dan hampir tidak kedengaran kerana keriuhan mulut-mulut yang bercerita tentang perkahwinan CT.

Pagi tadi aku dapat SMS dari Jimi... tentang senario ini, banyak benarnya. Sebentar kemudian Zu pula talifon... juga bermukadimahkan perkahwinan CT. Atau adakah... hebatnya berita perkahwinan CT mengalahkan berita tsunami?

Seperti yang aku kata tadi, mungkin kerana tanah air kita tidak terlibat, jadi bahangnya tidak terasa. Tetapi biarlah 'bahang' peringatan itu sampai ke kalbu kita. Biarlah pemahaman yang dalam itu mengajar kita dalam diam. Bahawa sebenarnya semua ini terlalu dekat. Seperti jua tarikh perkahwinan CT yang semakin hari semakin dekat.

[ Buat masa ini aku belum sempat menaikkan gambar-gambar di Zoom In M Nasir malam minggu yang lalu dan kunjungan ke kapal Doulos pada Ahadnya. Semoga aku bisa menyempurnakannya dalam waktu yang terdekat ini. Semoga... (ahh aku membaja harapan lagi... ]

13 Julai 2006
:: KepadaNya kita kembali...

Al-Fatihah.

Terkejut. Aku mendapat mesej melalui Yahoo Messenger dari pengasas Geng Jurnal, Mie, tentang kepulangan kerahmatullah salah seorang ahli Geng Jurnal iaitu CikNana [url: http://misznana.blogdrive.com/ ] atau fotopagesnya [ http://ciknana.fotopages.com/ ].

Aku tidak mengenali beliau secara dekat. Tetapi namanya tidak asing. Kerana sumbangan dan keaktifannya dalam Geng Jurnal. Begitulah tersuratnya kehidupanmu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu, dan ditempatkan di sisi roh orang-orang yang beriman. Aku hanya mampu berkirim doa dan Al-Fatihah.

Merenung kehidupan, begitulah lumrahnya. Begitulah berharganya sebuah kehidupan. Aku insaf. Kita tak terduga apa yang bakal berlaku esok lusa. Sakit bukanlah sebab utama untuk mati. Ia hanya satu petunjuk. Kalau dah ajal, sambil menaip update untuk blog ini pun boleh mati.

Mak selalu kata, aku kena sihat, aku harus sentiasa tabah dan gembira menghadapi apa jua karenah kehidupan, kalau pun aku tidak hirau untuk diriku, sekurangnya untuk dia. Untuk jaga dia di masa-masa tuanya ini, untuk uruskan soal kesihatan dan ubat-ubat dia, hantar dia ke hospital dan berbual dengan dia di waktu senggang. Di hujung bicaranya, aku selalu merenung kosong sahaja. Senyum dan gembira banyak yang short term, selebihnya aku akan kembali ke dasar yang menjadi konkrit kehidupan - sifat yang berlawanan dari keduanya. Aku tidak memilih itu. Ia cuma seperti sebati. Aku sangat berharap aku dapat setabah dan sekuat mak menghadapi satu hidupan yang singkat ini. Sekurang-kurangnya untuk jaga dan gembirakan mak.

Dan nanti, bila kehidupan itu berakhir buatku, biarlah segalanya dalam keikhlasan dan tenang, biarlah hari terakhir itu seperti arwah nenek... mudah disempurnakan. Semoga pula aku tidak meninggalkan rasa tidak senang di dalam hati insan-insan yang kukenali. Untuk semua kesalahanku pada kalian, aku menyusun kemaafan. Dan semoga pula hari-hari mendatang ini aku semakin mengusahakan untuk lebih dekat kepadaNya, Sang Pencinta yang sejati. Aminnnn....

~~@~~

Ain dari Luncai Emas talifon, beritahu ada banyak lagi tiket untuk Zoom In malam minggu nanti. Sesiapa yang berminat hubungi aku, nyatakan nama sekali dan bilangan yang korang nak tempah. Email dan YM ID aku elaira4ever dan elaira4ever@yahoo.com.

extra tiket:

1. siti nazuha
2. husband siti nazuha
3. spyz
4. arip - anak spyz (nanti aku find out ok... arip leh masuk ke tak)
5. nic
6. kawan nic
7. norhayati mohamed a'stapa (kawan Nett)

12 Julai 2006
:: Zoom In Bersama M Nasir Sabtu ini...

Semalam Shila dengan baik hati meluangkan masa pergi ke RTM untuk dapatkan tiket masuk konsert malam minggu nanti. Aku ngan Shila dan kawan-kawan ada 5 orang. Aku minta Shila ambil 5 tiket lagi kalau ada member yang last minutes nak pergi. Tapi orang unit hiburan tu lagi baik, diorang beri Shila 12 tiket.

So kat sini aku nak list down senarai pemegang tiket yang telah menempah dengan aku:

1. elaira
2. Shila
3. kakde (Adik Shila No. 1)
4. yati (kwn shila)
5. M. Faisal
6. azlina bt mahad
7. zuraida bt hazir
8. zafirah bt mohd mansor
9. firdauz b mohd sani
10.bibi (kwn shila)
11.priscilla (kwn shila-xconfirm)
12. Nana

Setakat 3.59petang hati ni ada 1 je tiket lagi. Siapa yang terlambat tu mintak maaf banyak-banyak, sila ambil dari Ain ok.

~~@~~

:: CT rosakkan lagu aku...

Dealova adalah lagu yang menjadi pojaan-hati-ku semenjak kali pertama mendengar di blog si polan ni. That was in Nov 2005. Beberapa bulan sebelum ianya berkumandang di stesyen-stesyen radio tempatan. Lagu tu berhantu. Aku spin lagu tu dari pagi ke petang dekat nak dua bulan. Tanpa rasa bosan.

Sabtu lepas ada zoom in CT kat TV2. Masa dia memula nak nyanyi lagu tu aku excited. Tiba-tiba hancus. Sebelum tu pun Ferhad ada nyanyi lagu tu kat APM, lagi lah hancus. Hari ni keluar dalam suratkhabar pasal CT nyanyi lagu Dealova dgn begitu penuh perasaan bla bla bla... tak best tak best.... dia nyanyi tak best. Ct nyanyi Biarlah Rahsia memang best, tapi bukan Dealova! Once (sebutan on-chair) jugak yang nyanyi best... berhantu dan menghantui.

Dealova bakal sebaris dengan Srikandi Cintaku..... berhantu sampai kini.

11 Julai 2006
:: Dari kata kejar...

Aku tak tahu nak mulakan dengan yang mana satu, hidup mengejar, dikejar, terkejar-kejar atau berkejar-kejaran. Tapi semua itu buat aku bertenaga dan bersemangat. Walau letih yang amat.

Semalam aku bergegas ke sana ke mari menguruskan istana baru. Dan bergegas-gegas pulang ke pejabat semula kerana ada kerja urgent mesti siap minggu lalu. Memenatkan. Tapi aku puas hati.

Pagi ini hujan pagi
menyambut jaga.

Seperti segarnya alam
melengkapkan gembira.

Jika gembira ini mimpi,
biarlah aku
tak ingin jaga.

6 Julai 2006
:: Pelayaran

Aku menyanggup untuk 'tengok-tengokkan' novel Nisah, Puisi Esdyzuar. Soal buku cerita, novel, cerpen aku memang agak memilih. Kalau tiga hingga lima mukasurat pertama berjaya membuatkan aku ingin terus membaca dan rasa teruja ingin tahu kisah seterusnya, maka insyaAllah aku akan baca buku itu hingga habis. Jika tidak, ia akan terbaris kemas di rak buku. Dan bila aku benar-benar suka aku akan ulang baca lebih dari sepuluh kali.

Puisi Esdyzuar lulus peringkat itu. Dan alhamdulillah sudah tiga bab aku habiskan. Nanti aku sambung lagi. Dan bila masa yang sesuai mungkin aku boleh ulaskan serba sikit disini.

Kemudian Nisah ajak aku pergi ke pesta buku terapung di Port Klang. Dulu ada Yah dan Nana sebut pasal ni, tapi waktu itu kami tak berkesempatan untuk ke sana. Harapnya rancangan kami minggu depan menjadi. Kawan-kawan sesiapa yang nak ikut, jomlah sekali.

[ Baca sendiri tentang pesta buku terapung. ]

[ Berjaya kusambung akhirnya... ]

30 Jun 2006
:: Sinopsis Seminggu...

Seminggu ini aku tidak sempat menulis di sini. Jadual yang agak padat dan waktu senggang pula aku sudah keletihan. Semalam Aziah Hijrah Media tu tanya aku, "Kak, bila nak update?". Aku jawap macam biasa, "Cerita banyak, tapi akak belum sempat tulis". Ngeh ngeh ngeh... alasan. Sekurangnya alasan itu bisa menidurkan curiousity nya barang sebentar.

Ayuhlah kusinopsiskan perjalanan hidupku sepanjang hampir seminggu kebelakangan ini. Bermula Sabtu lalu.

24 Jun 2006

Berjanji dengan Shila untuk bertemu di KLCC, maka petang Sabtu itu sekitar jam dua, aku mengatur langkah membelah hujan yang tiba-tiba menggila. Aku senyum-senyum saja pada alam yang lencun disirami titisan rahmat dari langit itu, kerana hari ini langkahku tidak akan terbantut atas sebab apa sekalipun. Aku ingin bertemu MNasir. Mungkin bukan agenda yang terlalu prioriti, sekadar memenuhi hari barangkali. Mentelah aku kebelakangan ini agak selalu bertemunya. Kerana mengejar waktu, aku tertinggal CD Sang Pencinta, yang jika kubawa boleh saja ditandatangani nanti. Ah, tak apalah, insyaAllah akan ada lagi satu pertemuan tujuh haribulan nanti.

Sekitar jam tiga setengah petang aku sampai di stesen LRT, KLCC. Shila masih di Midvalley menghantar adik-adiknya untuk temuduga kerja. Jadi aku duduk sahaja di tepi lif di ruang tengah. Tidak lama aku nampak kelibat Shila melilau-lilau berpusing-pusing mencariku.

Dan sedang eloklah kami tiba di Tower Record, Sifu pun dah ada. Tidak ramai yang beratur untuk mendapatkan tandatangan MNasir. Samada orang tak tahu atau apa alasannya aku pun tak pasti. Yang aku tahu emel yang cuba kukirim ke Yahoo Groups Kelab Sahabat tidak lepas. Sementara surat dari Luncai Emas pula kuterima sebaik pulang malam itu.

Warner sediakan poskad untuk orang yang tak ada CD atau liat nak beli album. M Nasir tanya aku, tak beli album ke? Heh heh... sedangkan belum keluar lagikan kutunggu. Aku kata ada, nanti tujuh haribulan you sainlah kat CD, hari ni sain kat poskad je.


... dunia yang merah!


mamat ni beli tiga cd, poster lagi... mesti kipas-susah-mati ni...

Dan di celah-celah rak CD Tower Record, rupanya ada Kak Marlia kita menemani suami terchenta.

27 & 28 Jun 2006

ooo... masa tak cukup... nanti aku sambung lagi, aku nak balik masak-masak untuk potluck Aurorans esok...

nanti aku cerita pasal ni plak.........

4 Julai 2006

OK aku sambung takat yang boleh ya.

Aku sempat menyertai National Convention for Women Entrepreneurs 2006 di Kuala Lumpur Convention Centre. Dirasmikan oleh kak mentri kita Datin Seri Rafidah Aziz. Banyak yang aku pelajari dalam seminar satu setengah hari itu, tentang peluang, pengalaman, pahit getir perniagaan dari peribadi wanita-wanita berjaya seluruh negara. Malangnya kesempatan yang sekelumit di waktu minum pagi, makan tengahari dan minum petang terlalu singkat untukku mengutip seribu pengalaman dari berbagai jenis perniagaan yang berjaya digalas oleh ahli-ahli perniagaan wanita negara.

Sewaktu minum pagi, aku sempat berbual dengan pengusaha biskut raya yang terkenal, Kak Noraini dari Noraini's Cookies. Bertukar kad hubungan, pandangan dan mengorek pengalamannya, belum boleh berkongsi - aku kesana tanpa pengalaman berniaga. Jadi kenapa aku di sana? Atas permintaan bos dan keperluan masa-masa mendatang.

Ramai yang kujumpa, tapi tak sempat nak abadikan dalam bentuk gambar. Ini potretku bersama 'Iron Lady' dengan wajah diselar mentari petang. Diluar ruang legar pusat konvensyen. Ramai yang masih berkenal-kenalan dan berbual walau jam sudah menghampiri 7malam. Pertemuan secara serentak begini jarang sekali dapat dilakukan, bila berkesempatan mereka tak lepaskan peluang. Kelihatan ramai juga teman lama bertemu. Aku pun bertemu teman lama sewaktu menuntut di UiTM dulu, Fairus. Dia jurusan kejuruteraan... dan dia punya syarikat sendiri. Menakjubkan.

Ini adalah tuan punya Butik Jarum Emas, kalau kalian ke City Square bolehlah singgah melihat koleksinya. Selama dua hari itu kami makan tengahari semeja. Jadi berpeluanglah bersembang lama. Dia seorang yang agak pendiam dan tidak banyak bercerita tentang perniagaannya. Cuma dia minta aku datang ke City Square dan melawat kedainya.

 

Aku banyak janji sehabis seminar. Bertemu Aziah di KLCC dan berjanji bertemu Sempoii di Pasar Seni untuk membeli belah 'door gift' Majlis Ulangtahun ketiga ADN yang akan diadakan pada hari Sabtu. Lama menunggu Aziah. Maklum, usahanita yang seorang ini sibuk. Aku menghabiskan masa menziarah kedai-kedai yang dulu hari-hari kulewati. Aku pergi ke Ombak, ke Pucuk Rebung, melawat Galeri Petronas - sedang dalam pameran Selembar Benang. Memaparkan corak tenunan dari negara-negara Asia. Tak banyak yang menarik perhatian, mungkin aku keletihan.

Sampai di Pasar Seni, kami berpusing-pusing mencari hadiah yang sesuai dan berada dalam kesanggupan kami untuk membelinya. Alhamdulillah berjumpa juga. Bingkai gambar yang diperbuat dari kain songket. Menganggarkan seramai 20 orang Aurorans akan hadir, aku dan Sempoii beli 25 keping.


Pembaca berita perdana malam itu, menurut Sempoii.

Kami singgah di Oldtown Kopitiam. Penat dan dahaga. Adik yang kerja di situ ramah tamah melayan pertanyaan kami satu persatu. Atas saranannya aku memesan teh specialnya, dengan 2set roti bakar. Sempoii cuba bihun tomyam, aku pun curik merasa dari mangkuk jeluk bewarna merah terang. Mangkuknya besar, pastilah tak terhabis dek Sempoii, aku bantu sahaja.

Beriya-iya Sempoii ajak aku ke Petaling Street, aku dah tak larat... kaki aku dah hancur, aku nak pulang. Sempoii ke Petaling Street sendirian.

tune to...

The Way of Life

Waktu Haram Solat
Puasa-puasa Sunat
Pesan Nabi Ttg Makan
Tujuh Peringkat Solat
[will provide the links later]

 

Beauties to My Eyes

 

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Upcoming Events

20/6/06 - Shooting Music Video in K.L (Juwita..Citra Terindah)

24/6/06 - Meet The Fans Session at Tower Records KLCC (3.30pm-4.30pm)

1/7/06 - RTM Penang. 2/7/06 - Jom Heboh, Perlis.

7/7/06 - Album Launching

12-15/7/06 - Zoom In at RTM (para sahabat yg ingin menonton sila hubungi Ain di Luncai Emas)

13/8/06 - Jom Heboh at Bukit Jalil

-----

Friday, July 21, 2006
(8:00 PM - 11:00 PM)

M.Nasir - Mohram -
Ebiet G.Ade - etc.

MALAM AL-ASRI MUHIBAH
SENI PERSEMBAHAN DALAM ISLAM
at
Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, KL.

The World

World Time

World Climate & Season

Google Earth

Walk of Life

 

The Sound

Download here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri

Mungkin (MTV by Rosh)

Newly Possess

Listen: They :: Wish I

 

I am apart of this glamourous organization... :D