Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
fajar
silence
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
epong
esis
little silence
re--open
silence@fofo
fajar@pixelpost
ila jauhari

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

GENG JURNAL

bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
nic
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006

~@~


biarlah kalian yang teka meneka dan berkata-kata...

31 Januari 2007
:: Tua...

Tergigil-gigil kudrat tuanya melangkah masuk ke klinik Nefro HUKM sambil dipimpin anak lelakinya yang juga sudah separuh umur. Tangan kanannya memegang tongkat berkaki empat. Wajahnya yang cengkuk tambah menyorokkan mata sepetnya yang diwarisinya ke dalam. Mungkin usianya mencecah 90-an.

Dia amat kurus, sekali lihat seperti hanya kulit sahaja yang membaluti tulang temulangnya. Bila dia mengangkat tongkat otot-otot lengannya kelihatan menegang di sebalik kulit yang kendur. Payah benar dia bertatih berjalan. Tak berapa lama anaknya kembali dengan sebuah kerusi roda.

Permandangan begini biasa setiap kali aku membawa mak untuk temujanji doktor atau fisioterapinya. Banyak kali juga berbagai kisah ingin kutuliskan, tetapi sebanyak itu juga lah aku gagal melakukannya diasak masa.

Jauh aku mengelamun akan masa tuaku yang tidak kutahu. Bila mana nanti kulitku kendur dan otot-otot mengecut. Masa depan itu hak Tuhan... aku hanya punya detik ini. Esok pun belum tentu aku dipinjamkan nyawa.

19 Januari 2007
:: SELAMAT TAHUN BARU - MAAL HIJRAH 1428

Jangan lupa doa Awal Tahun [ download ] dan Akhir Tahun [ download ] ok. Semoga di tahun yang baru ini lebih kemakmuran dan kesejahteraan buat semua umat Islam seluruh dunia. Ayuh sama-sama kita bilas hati kita.

18 Januari 2007
:: Yang datang tiba-tiba...

Banyak kejadian dan perkara yang terjadi dalam hidup kita hari ini berlaku secara tiba-tiba. Ada yang menggembirakan, tidak kurang pula berupa satu kejutan dan berita sedih.

Kematian diantaranya, itu pasti.

Lebih kurang tiga minggu yang lalu, setiausaha syarikat tempat aku bekerja telah dikejarkan ke hospital dan sehingga hari ini masih berada dalam keadaan kritikal tidak sedarkan diri. Serangan jantung.

Sepanjang aku mengenali beliau dalam empat tahun kebelakangan ini, dia kelihatan sihat-sihat sahaja. Susuk tubuh yang biasa, tidak gemuk, tidak pula kurus. Dia sentiasa kelihatan cergas dan gembira. Dalam satu majlis di rumah bos aku berkesempatan berkenalan dengan isteri dan anak perempuan bongsunya.

Kami terkejut. Bila kembali bekerja setelah cuti hujung tahun, kami dimaklumkan akan keuzurannya yang baru berusia awal 40-an.

Penyakit tiba bila-bila. Kesihatan ditarik bila-bila. Kekayaan, kesenangan, kemewahan malahan segala yang dalam kesederhanaan pun akan ditarik juga bila-bila masa. Segalanya akan diambil pergi tanpa mengira usia, status kewangan, status dalam masyarakat dan apa sekali pun.

Dia beruntung punya latarbelakang selesa yang memungkinkan dia mendapat rawatan di Ampang Puteri dan rawatan rapi. Aku mungkin tak bernasib baik seperti dia. Percubaan untuk mendapatkan kad kesihatan pun ditolak. Sekarang aku pun tak mampu untuk memohon atau memiliki kad tersebut. Aku cuma berharap tidak terjadi sesuatu yang menyusahkan orang lain dalam waktu terdekat ini. Kalau sakit biar mati terus, agar senang aku yang pergi dan mereka yang tinggal. Tapi bukan semudah itu. Semuanya atas takdir dan kehendak Allah. Segalanya kuterima.

15 Januari 2007
:: Perjumpaan Aurorans Di Tahun Yang Baru...

[ Gambar-gambar sekitar perjumpaan ]

Setelah merancang lama, yakni sedari bulan lepas akhirnya semalam ia terealisasi. Di Lavender Heights para Aurorans bertemu, bercerita dan mengeratkan silaturrahim. Ada juga yang telah berjanji untuk hadir tetapi tidak dapat hadir seperti Rosh dan Raja Kegelapan.

Aku menaiki komuter ke Seremban, yang telah dinaiki oleh Azamin dari Stesen Kuala Lumpur di stesen Bandar Tasik Selatan. Malangnya Zulela yang sepatutnya turut sama telah dirundung aral, bila ada saudaranya di Pahang kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah. Sepanjang perjalanan Azamin tak henti-henti bercerita. Semestinya satu input yang sangat berguna untuk aku yang malas membaca. Tentang keadaan ekonomi semasa, tentang nasib graduan IT (kerana kami dari aliran ini dan dari IPTA yang sama), tentang kemasukkan tenaga mahir dari luar dan kesusahan pribumi mencari pekerjaan di bumi sendiri. Tentang keburukkan menggunakan tenaga mahir dari luar negara dan betapa masalah yang dihadapi setelah mereka yang bekerja secara kontrak ini meninggalkan negara kita, walau majikan jimat duit dari membayar KWPS dan lain-lain kos jika mengambil pekerja tempatan. Dan banyak lagi isu yang tidak terdaya kuceritakan di sini. pendeknya isu semasa.

Sampai di stesen keretapi Seremban sekitar jam 11pagi, Panji Alam telah setengah jam menunggu. Dia menaiki keretapi terdahulu. Kami mencari-cari kedai kek di Seremban Parade, malangnya tak ada. Kek buat Orzaily de Zukkiri. 14 Januari hari jadinya. 14 Febuari harijadi Jundak. 14 Oktober harijadi Razliza. Itu setakat yang aku ingat.

Kembali ke stesen keretapi untuk mendapatkan teksi. Syukur pak cik teksi sudi berhenti di kedai kek sebentar. Tak sampai setengah jam kemudian kami sampai di depan banglow dua tingkat Abang Pat.

Abang Pat nampak sibuk, peluh membasahi diri. Sana-sini kesan tanah laman mencorakkan abstrak tak bernama di singlet putih yang dipakainya. Topi sukan yang menutup sesuku muka, tidak mampu melarikan wajahnya dari sapaan garang mentari pagi. Tanah lamannya merah, rumput-rumput mati berlonggokkan seperti baru dicangkul. Aku menyimpan rasa bersalah mengganggu rutin hidupnya. Tapi Abang Pat memang patut selalu diganggu... kekeke...

Diperkarangan rumah kancil biru dengan bintang putih sama berderet dengan kereta-kereta tuan rumah. Monasakti telah sampai dulu. Lama benar tidak berjumpa, dulu dia sibuk di maktab, sekarang telah bergelar pendidik. Rumah yang tadi sunyi telah kami riuhkan dengan cerita berjela dan tawa yang tak reda.

Di dapur Kak Long menyediakan nasi dagang. Abang Pat mula bercerita, Azamin dan Panji mula rentung. Aku dan Mona menahan kepanasan telinga. Tau-tau sajalah Abang Pat kalau bercerita pasti ada yang disindirnya.

Kak Long kata longkang di bahagian belakang rumah terhakis, aku kebelakang untuk melihat. Benarlah. Mungkin hujan yang tidak henti telah melarut dan menghanyutkan tanah di bawah simin, jadinya bahagian tepi longkang melongo.

Ada burung-burung dalam sangkar, di rumah jiran. Bila kuhampir ke tepi pagar ianya merusuh dalam kandang sendiri. Nyata benarlah ia ketakutan. Kata Mona itu burung tekukur. Burung tekukur ada bintik-bintik cokelat di tengkuknya. Antara lain itu membezakannya dari burung merpati. Aku dapat ilmu baru. Tidak lama selepas itu Sir Epong sampai bersama cakera-cakera padat lagu-lagu Aurora yang diusahakannya.

Setelah beberapa ketika bersembang penuh kelentong Abang Pat jemput kami merasa hidangan. Memang rugilah sesiapa yang tidak dapat hadir, nasi dagang Kak Long adalah yang paling enak pernah kurasa. Asyik benar menikmati hidangan hingga aku tidak terfikir untuk merakam gambarnya. Sambil itu aku mendengar lagu-lagu Epong dari komputer riba Panji. Teruja! Benar-benar teruja!

Silence tiba ketika kami semua asyik mendengar lagu-lagu Epong bersama Abang Pat. Aku suakan lirik yang kususun untuk lagu Laira. Segan amat sebenarnya, apa sangatlah yang mampuku sumbangkan. Tapi Epong kata, lirik tu boleh diterima dan semestinya perlu juga diperbaiki.

Sedang kami asyik mendengar suara Epong dalam lagu Dedaunan, Jundak pula sampai dari Kluang yang di landa banjir separas dada. Jundak bersiram dulu sebelum menyertai kami mendengar lagu-lagu. Abang Pat suka benar dengan lagu "Before War". Beberapa baris lirik terus meluncur mengiringi melodi.

Sedang berbincang soal lagu-lagu, Fajar pula sampai. Dengan D80nya yang buat aku terkedu melelan liur. Dia beri aku peluang, merasa aura D80. Kempunan...kempunan... Abang Pat suruh aku beli kereta dulu, dah ada kereta baru beli kamera katanya... huhu...

Memang berbeza benar rasa dan perasaannya memegang D80. Malah bunyi snapnya pun menyenangkan hati. Semoga di suatu masa aku mampu memiliki.

Rozaily pula tiba bersama isteri dan rakannya Nasim. Birthday boy ini malu-malu bila kami ucap selamat harijadi. Moga ulang tahun kali ini meninggalkan memori yang indah buat Rozaily yang terkenal dikalangan kami dengan kisah Antiga Prima tulisannya. Minta maaflah Rozaily tak ada hadiah, kami hanya sempat belikan kek.

Sejurus sebelum ketibaan Panglima Antiga Prima itu adalah ketibaan Silence bersama isteri dan anak-anak. Aku tak perasan samada Silence sempat menyertai kami dalam sesi pra-dengar lagu-lagu ciptaan Epong atau tidak.

Kemudian Asri pula tiba. Smsku selama ini tak berjawap, rupanya dia dah tukar nombor talifon. Kami bercerita tentang Eragon. Aku bercerita tentang filem, dia bercerita tentang bukunya. Dan juga tentang filem 300 yang bakal muncul tak lama lagi. Aku teruja ingin menonton.

Noor Azita yang belum pernah bertemu Abang Pat juga tiba dengan suami dan anak, dan juga seorang kawan. Setelah beberapa kali gagal hadir sama keperjumpaan, kali ini dia berjaya. Maka panjanglah sembang bual Abang Pat.

Itu belum masuk cerita Azreyzal yang tiba seawal jam 9pagi tetapi tidak singgah pun. Dia menalifon ketika dalam perjalanan keluar dari bandar Seremban. Katanya dia telah sampai ke rumah Abang Pat tetapi tidak melihat sesiapa pun, kecuali ada orang yang tengah bekerja di luar yang kelihatan seperti 'tukang kebun'. Apa lagi terhamburlah tawa. Sahlah 'tukang kebun' yang dimaksudkannya adalah Abang Pat sendiri yang sibuk merumput di laman! Sempat kuberikan talifon kepada Abang Pat agar Azreyzal bisa berbual dengan 'tukang kebun' yang dilihatnya sebentar tadi.

Boleh dikatakan ramai yang hadir ke perjumpaan kali ini. 11 orang semuanya tidak termasuk 6 orang suami, isteri, anak-anak dan rakan-rakan yang menjadikan jumlah 17 orang. Gamat juga rumah Abang Pat seharian semalam.

Tapi ada juga yang dijangka akan datang tidak berjaya menghadirkan diri seperti Rosh dan Raja Gelap. Rosh sibuk benar katanya menyiapkan kerja-kerja dan telah beberapa hari tidak tidur.

Aku, Jundak, Azamin dan Panji menumpang Mona balik ke Kuala Lumpur. Sementara Asri, Epong, Rozaily dan rakan masih rancak berbual dengan Abang Pat - isu Dajjal!

Semoga ada kesempatan seindah ini dan kita bisa bertemu lagi....

[Jangan tanya buku 8... ia belum wujud! ]

 

8 Januari 2007
:: Kesederhanaan...

Hidup akan lebih mudah dan indah jika kita mampu melayarinya dalam kesederhanaan. Bersederhana dalam apa pun jua waima tidak keterlaluan. Tidak inginkan yang bukan-bukan.

Selalu aku terfikir di mana sebenar letaknya bahagia hidup? Pada kesenangan, kemewahan, keberadaan atau pada semua yang lebih seperti kata Maya Karin dalam satu iklan tv yang kita tonton hari-hari kebelakangan ini? Atau sekadarnya sahaja. Kehendak hati memang macam-macam, kebanyakkan merimaskan diri sendiri sebenarnya. Kalaulah boleh bebas dari semua itu.

Memang banyak yang aku tidak kisah. Ramai yang merasakan aku terlalu bersahaja. Kalau dulu di zaman remaja mungkin aku berkehendak dan impikan yang macam-macam. Impikan hidup yang penuh warna-warni. Tidak pula kunafikan setakat hari ini Tuhan telah kurniakan sebahagian warna-warni yang aku ingini itu. Syukur ke hadrat Ilahi.

Tetapi setelah menjalani hidup seusia ini aku lebih memilih yang bersahaja dan penuh sederhana mengikut kemampuan. Itu tidak mematikan cita-cita, tetapi dengan begitu aku bisa meraih dalam tenang. Jika tercapai aku bersyukur, jika tidak ia hanya sekadar pengajaran dan rencah kehidupan.

Peringatan ini mungkin akan selalu kutuliskan, untuk mengingatkan diri sendiri. Jangan terpedaya hasutan-hasutan duniawi.

~~@~~

[ Puisi Santak Lima Puloh ]

4 Januari 2007
:: Sehelai nyawa...

Apa benarlah sehelai nyawa
serapuh rambut
semersik kaca
ditarik putus
dihempas berderai

Lalu merasa berkuasakah kamu
memutus sehelai rambut
menghempas sebutir kaca

yang nyata keduanya kaku
kau siram beku
dengan halwa dongeng purba
walau sedunia tidak mampu menyusun percaya
kau angkuh kerana telah lama merasa berkuasa
percaya insan tak bermakna
titahmu terpakai insan tamak haloba
buta dunia buta raga
buta hati buta nyawa
buta segalanya...!

Jika ada jiwa kemanusiaan, maka pastilah tersentuh. Waima apa pun kesalahannya. Peristiwa Saddam Hussin digantung turut menyedihkan aku. Mungkin aku tidak banyak tahu tentang kejahatannya, tetapi sebagai saudara sesama muslim sedih itu terhambur jua ke kalbuku.

Sehelai nyawa itu amat rapuh sebenarnya. Bisa hilang bila-bila masa. Dan bagi dia, begitulah takdirnya telah tertulis dari azali. Proses itu cuma sebab penyebabnya. Dan berderaianlah tawa musuh-musuhnya melihat sehelai nyawa tercabut sebegitu mudah. Proses kehakiman hanya sekadar memenuhi prosedur, sedang keputusannya telah ada sebelum pun hari pertama perbicaraan.

Aku melihat penjajahan dalam dunia moden. Memperolok dan memutar belitkan keadaan. Yang ingin beruntung menggunakan kesempatan tanpa belas. Lepas ini kita tengoklah telaga minyak Iraq digogok tembolok berlubang AS.

Dan aku kembali mengadu padaMu
yang Maha Mendengar segala keluh dan rayu
selamatkanlah warisan nenek moyang kami
yang telah meniti di jalan yang lurus
telah menegakkan kebenaran
berilah kami kekuatan untuk menyambung
satu perjuangan dijalanMu
dari rancung penuh racun hasad dengki duniawi.

 

Cara Hidup

"Matahari dalam dunia terbenam senantiasa,
Tetapi seribu suria yang itu luar biasa
Seribu matahari ini yang datang dari salawat
Tetap cemerlang begini dalam dunia dan akhirat"

DANIAL

Saksikan lagi satu kartun buatan Malaysia. Kali ni keluaran Sykt En. Nordin. Dan yang ini aku suka!

Setiap SELASA
7.00malam
RTM 1

Terindah

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Akan Datang

Anugerah Juara Lagu 21
Stadium Putra Bukit Jalil
8.30mlm

-----

Dunia

World Time

World Climate & Season

Google Earth

 

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Raja Kasih Yang Hilang
- Sofaz -

Dulu segenap jiwa ragamu
Belai nyawa
Begitu cintaku padamu

Kau jelangi rinduku
Kau junjungi kasihku
Hanya nak bermanja
Tanda hidup

Sejurusnya ku jatuh
mulalah ku kau jauh
Sengaja kau menjauh..

walaupun menjadi api
bagaikan raja kasih yang berubah menjadi benci
sinar pun menjadi bara
bagaikan raja cinta yang berubah menjadi curiga

Sejurusnya ku jatuh
mulalah ku kau jauh (3x)
Sengaja kau menjauh..

walaupun menjadi api
bagaikan raja kasih yang berubah menjadi benci
sinar pun menjadi bara
bagaikan raja cinta yang berubah menjadi curiga

Free Download Here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri
Riwayat Mandolin
Jerat

Mungkin (MTV by Rosh)

Pemilikan Terbaru

 

 

Bacaanku

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://www.elaira.net
I am apart of this glamourous organization... :D