27 Febuari 2006
:: Damaikanlah...

damaikanlah resah yang membuana ini
dadaku sempit di geledahnya
damaikanlah sekeping hati
agar lurus selirat nafas yang membelit
usaikan gejolak yang enggan surut
aku ingin tidur lelah salam tak bersambut
aku ingin tidur dari semua salam yang menyahut.

~~@~~

Memang aku tak ada rezeki... PGLTM dah habis pun... Seperti biasa aku cuba melupakan kekesalan, tidak mendapat apa yang kuingini sudah menjadi rutin. Ahh... semua pun hanya sekadar hal dunia, lupakanlah... yang abadi itu yang seharusnya kuberatkan. Biasakanlah melupakan kecewa dan rasa terkilan.

17 Febuari 2006
:: Amazing!

Masliza, your true color is Blue!

You're blue the most soothing shade of the spectrum. The color of a clear summer sky or a deep, reflective ocean, blue has traditionally symbolized trust, solitude, and loyalty. Most likely a thoughtful person who values spending some time on your own, you'd rather connect deeply with a few people than have a bunch of slight acquaintances. Luckily, making close friends isn't that hard, since people are naturally attracted to you they're soothed by your calming presence. Cool and collected, you rarely overreact. Instead, you think things through before coming to a decision. That level-headed, thoughtful approach to life is patently blue and patently you!

[ Benar, dulu dalam satu tempoh masa yang lama sedari zaman sekolah, biru adalah warna kegemaranku. Kebanyakkan baju kurung bewarna biru. Sampai kini pun. Cuma agak kagum, dari soal jawap yang mengutip keperibadian ia berakhir dengan warna ini.

Bagaimana dengan hijau? Oh... ia baru sahaja hadir beberapa tahun kebelakangan ini setelah aku menemukan rona yang sesuai dengan hujung rimba dan menjadi identiti di sini, jua harapan terhadap kehidupan... moga selalu hijau dan tenang... persis hujung rimba.

Apa pun jua warnanya, ia warna-warna alam yang mendamaikan, syukur buat Penciptaku atas kurnia warna-warna yang membuat hidup insa di bumi ini indah dan ceria.]

16 Febuari 2006
:: Pada satu seruan...

   
1247 Pada: 2006-01-29 15:36:25
Nisah ( no email / http://www.nisah.cjb.net ) menulis:

Elaira, Kau sememangnya boleh menulis kreatif. Gaya bahasa kuat dan aku harap sangat, kalau kau tak menulis cerpen / novel, puisi-puisi kau tu mesti terbit di mana-mana wadah. Sayang rasaya, kalau dunia kesusasteraan tidak sempat mengiktiraf seorang Puteri Elaira Eliza sebagai penyair wanita tanah air!

Aku mesti ingat pesanan teman-temanku ini selalu. Mesti.

Bukan aku tidak mahu, cuma sikap Melayuku ini terlalu utuh mendarahi pemikiran barangkali. Selain itu aku yang tidak pandai membahagi masa ini selalu tertipu di antara percandaannya. Bermula dengan rasa tidak yakin karya dan tulisanku punya tempat dan kelayakkan untuk dibukukan atau merona mana-mana terbitan bercetak, kerana itu juga aku menebang-nebas hujung rimba ini, mencari ruang kecil untuk aku berpuisi dengan alam. Tulisanku ada di sini, kalau ada yang mencari pasti ketemui.

Pun begitu aku sendiri amat berharap, suatu masa yang tidak jauh dari hari ini, gerakku menjadi pantas dan tangkas untuk ku menyusun kekuatan menyahut seruan dan dorongan kalian. Sehingga itu mohon jasa baik kalian mendoakan. :)

15 Febuari 2006
:: How do I get my PGLM tickets???

Called Istana Budaya just now. There are over hundred of people queuing up for the tickets! And theres no online booking!

Then I tried TicketCharge... no body pick-up the phone - its just the answering machine.

I sound desperate huh? I am desparate... this is among the things that I shouldn't missed!

I will ge tthe tickets.... I will...

... anybody? helppppp...

14 Febuari 2006
:: Buli Balik...

Akhirnya aku beroleh kelapangan dan kesempatan menonton filem Chip Kodok yang kedua, erk... yang pertama tahun ini, iaitu kesinambungan filem Buli.

Bagaimana inginku kisahkan? Pasti kalian awal-awal lagi telah menonton filem gempak seantero Tanah Melayu ini. Dengan kelainan yang tersendiri, Buli telah menjemput minatku untuk terus mengikuti filem titik peluh Chip satu demi satu.

Jika Baik Punya Cilok buat aku tersenyum sendirian dalam perjalanan pulang, Buli Balik buat rahang aku krem semasa menonton. Pendapat peribadi; Buli Balik lagi best dari Baik Punya Cilok, walau keduanya adalah lawak selamba.

Selepas seharian penat bekerja, aku tidak menumpukan perhatian pada perkara yang rumit di kain layar. I just sit back and relax and.... see what ever it is. Orang yang bijak akan meneliti kategori, watak, keaslian, dan keunikan. Aku yang lembab otak, hanya mengikuti cerita dan gelak bagai nak rak, sampai krem rahang. Seingat aku, ini adalah filem kedua selepas God Must Be Crazy, yang berjaya membuat aku ketawa demikian rupa. Erk... ada satu lagi Dennis the Manace... lupa pulak.

Fiza disebelahku pasti lebam-lebam tangannya kutampar kerana darjah kehormat kelucuan optimum mengeletek hati aku. Satu sen tak rugi! (erk.... bukan Fiza belanja ke? kui kui kui... apa kes daa...???)

Semudah itu, I like it!

Kalau boleh cakap dengan Chip... Chip, walaupun saya ni lambat dapat pergi tengok Buli Balik, orang lain dah tengok 5 kali, bersesak-sesak berebut tiket. Saya pulak tengok di kala panggung hanya separuh terisi dan amat selesa. Tiket pun tak berebut, ngam-ngam beli terus masuk. Dapat pula seat yang paling cun. Memang, satu sen pun tak rugi.... apatah lagi bila free!

Four thumbs up untuk Chip. Kalau ada ibu jari extra macam Rithik Roshan... mau gak saya angkat Chip... tapi saya ada empat jer....

Bravo... all the best Chip...! Ni yang tak sabar nak tunggu Sumo ni!

~~@~~

Kerana malam masih muda, aku pulang sendiri dengan LRT. Fiza dijemput suaminya. Tiba di KL Sentral, kulihat bunga-bunga kegemaranku berlonggok-longgok dalam jambangan yang indah. Apa kes?? Oooo... perayaan Yahudi dah kembali. Valentine's Day.

Jangan salahkan remaja terkinja-kinja, salahkan budaya meraikannya dengan boyfriend/girlfriend masing-masing, budak kecil jugak sudah masak diterapkan kepemikiran mereka hasutan-hasutan begini. Tak percaya? Tentu kalian tidak menonton Mickey Mouse hari ahad lalu.... kalau dari kecik dah sebati.... dah besar bukan masa untuk mengajar lagi.... dah jadi buluh Ustad, nak buat camner??

Sekarang bila cerdik pandai dan ahli politik serta para ulama bertegang leher mengisahkan gejala tidak sihat diamalkan muda mudi Muslim tanggal Febuari embat belas, rasanya kita dah boleh sama-sama jawap. Semuanya tidak bermula dalam masa sehari kan?

[ Syukur, kerana tiada faktor-faktor yang memungkinkan aku terlibat dalam keraian sebegini dari dulu hingga kini... rahsia Tuhan hanya Dia yang tahu.. ]

12 Febuari 2006

Bumi kupijak terasa lembut dan beralun-alun perlahan. Cecair koklea tentunya tidak stabil. Peluh merembes keluar seiring dengan hujan lebat di luar, tetapi aku menggigil kesejukkan. Pendengaran terasa sunyi, seperti tiada satu bunyi pun yang mengisi ruang udara. Pendengaran seperti berada di ruang hampa, aku pun melayang dan melayang.

Hujung minggu ini aku tidak sihat, angan-angan membawa mak ke Taman KLCC tinggal menjadi cerita basi. Aku tiada kudrat untuk berdiri.

Bila tidak sihat selalu rasa sayu. Bila tidak sihat kita terasa ingin macam-macam. Aku terlalu banyak meminta barangkali, meminta macam-macam pada dunia. Ahh... aku terlalu mengada-ngada!

[ sorry beb, wa lalokkkk aaa.... panadol tu bawak wa terbang aaa... huuhuu ]

9 Febuari 2006
:: Tak sabarnya...

Puteri Gunung Ledang - versi musikal sedang dipentaskan di Istana Budaya sekarang ini. Aku sedang berkira-kira untuk pergi menonton. Siapa nak temankan?

Jom kita pergi ramai-ramai, tengok Hang Tuah omputeh... heh heh... Hmmm... see... see... thats the pulling factor huh?

8 Febuari 2006
:: Angin perubahan...

Setiap dari kita pasti bercita-cita dan mengimpikan satu kehidupan yang lebih baik dari hari ke hari. Berbagailah caranya dikalangan kita ini mengejar impian itu. Tidak kiralah apa sahaja latar belakang kehidupan seseorang itu.

Bagi mereka yang menyerlah hidup berjaya dan menjadi figura umum, kejayaannya dipertontonkan di dada-dada akhbar dan media massa. Bagi yang hidup penuh sederhana mahupun kekurangan cukuplah dengan berpuas hati atas perolehan sehari-hari.

Pun begitu pasti di dalam hati setiap manusia itu ingin berubah dan melangkah ke tahap yang lebih baik dari masa ke semasa.

Meributkan angin perubahan tidak selalunya mudah dan selalunya amat sukar, penuh getir dan dugaan. Semua kita melaluinya, cuma berbeza keadaan.

Untuk menongkah perubahan aku harus kuat, walau selalu lupa dan selalu pula berguling jatuh ke jurang kegagalan.

6 Febuari 2006
:: Sifu kembali!!!

Bagi seorang insan bernama aku, adalah amat menggembirakan bila hari ini FajarOnline kembali memesrai dunia blog yang semakin meriah dan penuh telatah ini. Url rasminya yang baru adalah:


       ›››
http://www.fajaril.net

Dalam keadaan lain hati diusik kerisauan semenjak tiga hari yang lalu, bila anakanda Najla dimasukkan ke wad kerana demam panas, dan ke hari ini masih di sana. Syukur keadaannya stabil sahaja. Moga ayahanda dan bonda tenang melalui semua ini, kudoakan semoga anakanda yang comel segera sembuh kembali bermain seperti selalu.

jejarinya masih kecil dan sungguh lembut
tidak membantah dan nampak selesa
tika kuriba
kali pertama bersua hati terpaut
pada wajah indah tanpa dusta
sesuci bunga-bunga kapas yang baru merekah
sewangi kasturi dari langit ke tujuh

namun petang itu
pertemuan kita amat singkat
tinggal aku menyimpan kenangan
pada sebuah senyuman
yang engkau hadiahkan
pada sebuah harapan
moga tertakdirkan pertemuan
di masa hadapan...

~~@~~

:: Elaira di buletin utama tv?

En. Nordin melalui YM bertanya; " Akak! Akak keluar tv ya hari tu?".

Aku pula pelik-pelik, kerana aku hampir pasti kamera Bernama yang panjang sedepa itu tidak memuatkan wajahku dalam tali perutnya.

Pun begitu, sungguh... aku tidak tahu.

Kalau aku tahu, sempatlah aku riak dengan kalian semua dan meminta kalian tunggu di depan tv muka aku keluar tv (walau 2 - 3 saat jer).

En. Nordin kata lipstik aku ok!

[ glamer rupanya aku, hanya aku yang tidak tahu... kekeke... izinkan aku perasan sebentar ya...]

3 Febuari 2006
:: Masak lemak cili api ikan tenggiri dan buah asam gelugur...

Hari ini aku nak kisahkan tentang apa yang aku masak untuk makan tengahari.

Sesekali bercerita tentang masakan dan resepi apa salahnya, ya tak? Ala-ala resepi dari istana di hujung rimba adanya. Bukan pula menulis resepi dalam bentuk puisi ya, berkreatif cara itu nanti-nanti sahaja aku cuba.

Marilah kuperkenalkan, di sebelah kiri ini adalah buah asam gelugur yang muda. Buah yang masak biasanya berwarna kuning-oren. Buah yang masak selalunya dipotong nipis dan dikeringkan untuk menjadi asam keping yang mudah didapati di pasar-pasar biasa atau pasar tani.

Bukan sahaja buahnya yang dibuat masakan, pucuknya juga selalu dijadikan campuran dalam masakan lemak cili api ini. Daunnya juga masam! Daun-daun muda akan dipilih, pucuk yang baru keluar selalunya berwarna kemerah-merahan, ia diracik halus kemudian dicelur dan diramas sebelum dimasukkan ke dalam gulai yang hampir masak.

Perihal buah gelugur ini pula, seingat aku inilah kali pertama aku cuba memasaknya. Buahnya dicincang tidak terlalu halus, seperti yang kalian boleh lihat di dalam gambar di atas ini.

Kemudian sediakan santan dari sebiji kelapa. Cili api biar lebih sedikit agar terasa pedasnya. Kalau gulai buah asam, tidak terasa pedasnya, maka kuranglah 'kick' nya. Hehehe...

Tumbuklah cili api segenggam dan kunyit hidup sebesar setengah ibu jari. Setelah hancur keduanya masukan kedalam periuk dan digaul dengan potongan-potongan ikan tenggiri (8 - 10 potong ) yang siap dibersihkan. Masukkan santan dan didihkan di atas api. Semudah itu. Cuma perlu hati-hati jangan sampai pecah minyaknya.

Bagi anak jati Negeri Sembilan, masak lomak cili api merupakan antara menu utama . Selalunya masak lomak ini akan ditambahkan buah-buah asam seperti belimbing buluh, bacang muda, mangga muda, buah cepu, buah lempato dan bermacam buah asam yang boleh didapati dari sekitar kawasan kampung. Antara lain adalah untuk mengimbangi rasa lemak dari pati santan kelapa yang dijadikan kuahnya. Ia juga untuk mengimbangi kandungan lemak dalam santan itu.

Aku tertarik untuk berkongsi masakan tradisional negeri sembilan ini kerana ia jarang-jarang dapat ditemui di mana-mana kedai makan mahupun restoren melayu. Antara lain mungkin kerana ia sejenis buah bermusim selain dari ia adalah 'gulai kampung', bak kato omak den.

Sekian.

1 Febuari 2006

Sedang aku mengamati persekitaran halaman rumah kampung menerusi jendela yang terbuka, panas terik memanah bumi. Sinarnya silaukan mata. Serumpun pohon ubi kayu kelayuan menadah matahari garang tengahari ini.

Tiba-tiba aku terfikir sendiri, betapa kuat dan tabah menjadi sifat peribadi sang ubi. Walau betapa lembut pun daunnya itu, selogiknya ia seolah hangus direjam bahang matahari pun begitu ia tidak terbakar. Ia tidak mati. Tidak pula berubah warna, ia kekal hijau dan bermaya. Malah sebaik bersua angin senja dan embun dini hari, segera pula ia bugar kembali.

Mungkin itulah yang ingin Penciptaku sampaikan, ketabahan dan kekuatan harus menjadi peribadi. Bila ia menjadi peribadi, apa sahaja keadaan getir yang mencengkam, kita tetap akan menjadi diri kita sendiri. Seperti kisahnya biji kopi dan ikan di laut yang Abang Pat ceritakan. Walau ia tinggal dan hidup dalam lautan garam, tidak pula dagingnya menjadi masin.

[ masih banyak pengajaran alam, masih banyak yang harus kufikirkan... ]

31 Januari 2006
:: Selamat Menyambut Awal Muharam 1427

29 Januari 2006

Ada harinya perjalanan kita menginjak pada tempat yang sama dengan insan-insan yang dahulu kita kenali sekadar dari nama dan tulisan, juga dari sekadar rakaman lensanya dalam meneroka dan merakamkan keindahan alam ciptaan Tuhan.

Dalam agenda setengah hari di Masjid Wilayah semalam, selepas pembentangan ringkas selama hampir setengah jam, mesyuarat kali pertama sekretariat CyberDakwah di akhiri dengan jamuan makan tengahari.

Di dewan makan itulah aku sempat bertegur sapa dengan Nizam Zakaria yang dulu kukenali menerusi blognya - Kisah Seorang Limau Nipis. Dan kemudian melalui cerpen-cerpen undergroundnya dan juga cerpen-cerpen mayanya. Yeay! Aku kenal dan bertemu seorang lagi artis ahli Geng Jurnal.

Kemudian, aku dihampiri seseorang. Dia memperkenalkan diri dan perbualan kami jadi rancak seperti tiada hentinya. Semata-mata kerana kami mempunyai minat yang sama dan kebarangkalian bisa meneruskan satu future project yang sangat kuhajati tetapi telah terbengkalai kerana kekurangan bahan. Walau dia jauh lebih profesional dan established dariku, dia tidak kekok berbicara denganku yang hanya berbekal minat. Dia, tuan punya MalaysiaScene.com. Semoga sesuatu yang bermanfaat akan terhasil dari perjumpaan dan perkenalan kita semalam.

Syukur ya Tuhan, memberi kesempatan bertemu dengan insan-insan yang aku kagumi di dunia maya.

[ ada orang yang tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya waktu itu, membuka cerita dan kisah berbelit-belit, bertanya soalan yang kita ragu, supaya dia nampak cerdik dan amat mengetahui. mungkin dia ingin dirinya dikagumi dan menyenangkan hatinya sendiri, bahawa setengah jam yang lalu - dia buat aku benar-benar malu, bila di majlis peringkat kebangsaan dia berucap seperti pertandingan bercerita anak-anak darjah lima. he he he... biarkan... biarkan... ]

Down Under - Men at Work

There are songs that remind you of yesteryears, and this is one of it. It was my school days in Convent Seremban, which turns out to be the biggest and mysterius swimming pool right in the heart of of the town now days. The fondest memories lie there, my dearest friends and teachers... my early days seeing the world from different perspectives. Those days that opened up my mind - life is so too very great! Thanks to the memories! :)

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis
silence
silence@fofo
epong

~@~

KRONISM

en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

~@~

menarik@GEJU

lumba foto
(ratu no. 3 sokmo hehehe)
projek jiwa kacau

GENG JURNAL

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi

~@~

BLOGS, FORUMS & FOTOPAGES

Faisal Tehrani
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com

~@~

ISLAMIC

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

PHOTOGRAPHY

better photo
kodak

OTHERS

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006

~@~



 
  Copyrights © 2006 Myths in the Haze :: http://www.elaira.net