Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

 
 

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis
silence
silence@fofo
epong
fajar@pixelpost
ila jauhari

~@~

CAPAIAN PANTAS

Berita Harian
Utusan Malaysia
Yahoo! Mail
Gmail
CIMB Clicks
Maybank2u

~@~

GENG JURNAL

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
muring
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi
nic
mushroomcute
shah
kak nis
baby berry

~@~

BLOGS, FORUM& FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com
sinzmanunal

~@~

ISLAM

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

FOTOGRAFI

better photo
kodak

LAIN-LAIN

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake
peta jalan kuala lumpur

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006
mei 2006
jun 2006

julai 2006
ogos 2006
sept 2006

Ver 5.0
okt 2006
nov 2006
des 2006

~@~


biarlah kalian yang teka meneka dan berkata-kata...

29 Disember 2006
:: Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat tahun baru 2007

Dengan ringkasnya aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang sudi singgah di sini. Moga kita bisa memahami erti pengorbanan dan menghargai insan-insan yang telah banyak berkorban untuk kita selama usia ini. Begitu juga pengorbanan kita terhadap perkara-perkara di sekitar kehidupan kita. Moga lebih tabah... dan berjaya. Maaf zahir dan batin.

Selamat tahun baru masihi juga. Masih baru benar Januari 2006 itu. Mungkin aku yang hayal dilambung mimpi tak bertepi, tiga hari lagi aturan tahun matahari ini beredar lagi. Semoga segala pahit maung 2006 terhumban ke laut hitam yang tidak kutahu adanya. Semoga pula semangat jitu untuk merealisasikan apa saja mengisi ruang asa. Moga hasrat Nisah untuk melihat puisi ku di media cetak menjadi nyata juga. Tapi entahlah bila. Kepompongku masih basah Nisah, sayapku mudah rabak. Moga dengan kekuatan doronganmu aku mampu menongkah udara dan angin dalam serakkan pelangi.

Aku tinggalkan hujung rimba siber ini, untuk kembali ke hujung rimba yang nyata dan sebenarnya. Aku rindu suara cengkerik dan cacing gelang-gelang. Esok, beberapa ruas buluh muda akan terbakar...

[ Nisah, sok tibo la ko Buyau yo... ;) ]

28 Disember 2006
:: Yang buat aku geram...

Trend wanita bujang susukan anak angkat membimbangkan

Oleh Salehudin Mat Rasad

Sumber: http://www.utusan.com.my

BANDAR JENGKA 27 Dis. – Kecenderungan golongan wanita profesional yang belum berkahwin tetapi lebih suka mengambil anak angkat dan memakan pil penggalak susu badan untuk bayi angkat mereka adalah satu trend membimbangkan, kata Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, selain mematikan terus keinginan golongan itu untuk berumah tangga, langkah itu juga adalah tidak baik dan membantutkan sesebuah institusi kekeluargaan.

Katanya, setiap kaum Hawa harus kembali kepada fitrah manusia yang memerlukan institusi perkahwinan yang sah sebagai ikatan kekeluargaan bagi menyambung zuriat.

‘‘Trend negatif itu kian menular di bandar-bandar besar termasuk Kuala Lumpur dan ia harus disekat bagi mengelakkan musnahnya institusi keluarga yang menjadi teras perkembangan umat manusia,‘‘ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, kerajaan memandang serius kecenderungan golongan wanita termasuk selebriti yang mengamalkan trend seumpama itu.

Apa yang paling membimbangkan, Mashitah memberitahu, kemajuan perubatan dan kecanggihan teknologi membolehkan wanita yang tidak mempunyai anak menelan pil penggalak susu badan untuk makanan bayi angkat.

Menurut beliau, dengan memakan pil berkenaan, wanita yang belum berkahwin mampu mengeluarkan susu badan untuk bayi angkat yang diambil untuk dipelihara daripada keluarga terdekat atau badan kebajikan.

Beliau bimbang trend negatif seumpama itu akan mempengaruhi ramai wanita Islam yang akan lebih mengutamakan kerjaya secara membuta tuli dan menganggap perkahwinan sesuatu perkara yang menyusahkan mereka.

‘‘Perkahwinan yang berlandaskan ajaran Islam akan melahirkan generasi pelapis yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang dan ini penting bagi mewujudkan generasi baru yang berilmu dan pencorak kemajuan masa depan,‘‘ katanya.

Mashitah seterusnya mengajak semua pihak berganding bahu membangunkan institusi kekeluargaan khususnya di kalangan masyarakat belia supaya mereka menyedari dari awal lagi bahawa ikatan perkahwinan itu adalah sesuatu yang penting.

Benar perkara ini membimbangkan. Tetapi yang si doktor ustazah ni tak tau ialah, adakah wanita bujang macam aku ini punya pilihan??? Masing-masing yang sangat bertuah dan bernasib baik akan dapat berkahwin dan melahirkan anak dan membentuk institusi keluarga seperti yang dituntut oleh Islam. Tapi bagaimana halnya dengan ramai kawan-kawan yang senasib dengan aku. Cakap jangan main sedap mulut dan riak saja. Kalau tak mendalami apa masalah ramai wanita berkerjaya tidak berkahwin maka jangan sesuka hati nak buat kenyataan. Aku hilang hormat nanti.

Memang aku terguris, walau cerita itu bukan mengenai aku, walau aku tidak mengambil anak angkat (lagi) dan tidak mengamalkan menelan pil untuk menyusukan bayi... tetapi apa yang aku fikirkan ialah ramai yang tidak punya pilihan untuk berkahwin atas sebab-sebab mereka sendiri, dan tidak adil lah puan doktor ustazah berkata demikian, bahawa kerana mementingkan kerjaya secara membuta tuli dan menganggap perkahwinan itu menyusahkan. Yang dia tidak cakap ialah kami ini terpaksa meneruskan kerjaya dengan bersungguh-sungguh kerana kami tidak ada tempat bergantung dan terpaksa memikirkan masa depan yang mungkin entah sampai bila dengan situasi yang begini menghadapi segala pancaroba dan dugaan bersendirian. Pernah ke terfikir yang kami terpaksa memerah keringat dan berkorban untuk memastikan adik beradik dan sedara mara kami tidak tersiar di dalam Bersamamu TV3 itu? Maka jangan kata kami yang bujang ini mementingkan kerjaya secara membuta-tuli. Ada sebab. Paling tidak pun untuk kelangsungan hidup kami sendiri.

Dalam hal lain, hari ini perempuan memang seperti perlu atau setidaknya ada sumber kewangan sendiri. Tak kan buat-buat tak tahu, dengan banyak masalah isteri yang ditinggalkan dengan anak-anak begitu sahaja. Sahabat baik aku sudah merasa. Dia yang tidak berkerja kerana ingin menjaga anak-anak yang masih kecil ditinggal suami begitu sahaja. Lalu kemana hendak diadukan nasib? Lagi bagus ditinggalkan bersama dengan hutang Ah Long nya, lagi bonus si Ah Long mengungut isteri dan anak-anak. Kalau ada kerjaya sekurangnya masalah yang berat seperti yang dihadapi oleh sahabat aku tu akan menjadi sedikit ringan. Dan tidak lah pula terpaksa melalui hidup seperti kisah-kisah benar yang kutonton dikaca tv.

‘‘Trend negatif itu kian menular di bandar-bandar besar termasuk Kuala Lumpur dan ia harus disekat bagi mengelakkan musnahnya institusi keluarga yang menjadi teras perkembangan umat manusia,‘‘ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Mungkin puan doktor ustazah ini juga akan aku ajukan soalan sama yang aku berikan pada mak cik-mak cik yang selalu bertanya mengejek, "sudah berjumpa calon suami untuk saya?" Kerana saya bukan perempuan yang selalu bersosial di kelab-kelab atau entah mana tempatnya, dan saya memang tidak berbakat untuk menarik perhatian, maka saya tidak terdedah kepada kebiasaan 'orang kini' mencari pasangan. Aku teringin nak dengar apa puan doktor ustazah kita jawap.

26 Disember 2006
:: Yang memberi inspirasi, yang membunuh inspirasi...

Banyak perkara boleh membuat kita terinspirasi untuk mengusahakan sesuatu, membakar dan menggelegakkan semangat walaupun sekarang musim tengkujuh dan bumbung-bumbung acup digenangi air.

Antaranya membaca dan mengamati kisah hidup dan pencapaian insan-insan di sekeliling kita, apatah lagi mereka itu yang kita senangi. Kejayaan dan pencapaian mereka dalam kehidupan yang bermula dari bawah dan meningkat naik, dalam bisu memberitahu kita bahawa sesuatu diperolehi atas usaha. Rintangan dan kejatuhan adalah rencahnya. Cuma bila membicarakan kejayaan, kejatuhan dan kesakitan tidak memeritkan seperti saat ia terjadi. Ia mendapat slot yang minor dalam cerita kejayaan itu.

Sesetengah orang bernasib baik dikurniakan minda yang cemerlang, ditempatkan di pusat pengajian yang bagus dan berakhir cemerlang dalam kehidupan. Corak kehidupan mereka berbeza. Pandangan minda mereka berbeza. Dan selalunya kebanyakan mereka ini menonjol di mana pun mereka berdiri. Dan kemudian bila diketahui bahawa dia itu dari pusat pengajian di sana dan di sana itu, maka kita akan mengangguk-angguk sambil berkata dalam hati, "patutlah... ".

Sering kali juga wasangka baik kita terhadap seseorang terhakis dek kata-kata nista dan negatif orang yang tidak senang dengan individu yang kita kagumi. Sebagai contoh, kerana keterujaanku terhadap pencapaian Si A telah terlontar kata-kata puji-pujian di meja sarapan pagi. Maka di dengar oleh Si B. Si B akan segera membuka belahan ciri-ciri negatif Si A selaku menafikan kekagumanku. Secara tidak langsung berusaha untuk mematikan kekagumanku terhadap Si A. Ini berlaku, walau tidak seluruh kekagumanku luntur kerana aku punya pendangan sendiri, tetapi sedikit sebanyak terusik jua.

Begitulah manusia, seperti yang selalu aku katakan;

Fikiran yang bagus akan membincangkan idea-idea,
Fikiran yang sederhana akan membincangkan keraian-keraian,
Dan fikiran yang lemah akan membincangan tentang keperihalan manusia.

Ramai manusia tidak suka kejayaan orang lain, tidak kurang juga yang berusaha menjatuhkan dengan cara apa sekali pun. Dan ini bukan baru. Jadi semenjak titisan darah yang pertama di muka bumi, dunia ini tidak pernah sunyi dari semua ini.

Moga kita terdiri dari manusia yang mampu berfikir dengan bernas. Jangan pula mudah terpedaya dengan hasutan dan bisikan makhluk durjana iblis dan syaitan.

~~@~~

Yang aku baca dan memberi inspirasi hari ini:

Seorang yang tidak perlu diperkenalkan. Sewaktu dia bertugas di tv3 dahulu aku suka menonton dia membaca berita kerana cara penyampaiannya yang berbeza dan bersungguh-sungguh, bukan sekadar membaca berita begitu sahaja. Kejayaan itu bertangga-tangga. Kesungguhan merealisasikannya.

...dan rakannya yang mahir bermain lensa kamera...

dan ini yang akan kuceritakan dengan panjang lebar nanti, insyaAllah.

irama dan puisinya membawa peringatan dan keindahan yang sukar kuungkapkan. (Sempoii, pastikan misi kau di Jakarta nanti berhasil, kalau tidak pasti akan kucantas jua ke Morrokan mu... heh heh... Srikandi Aurora ini pasti murka kalau tak berjaya.)   

21 Disember 2006
:: Dalam talian, tidak dalam talian...

Seminggu ini capaian internet tidak stabil. Banyak urusan kerja jadi tertangguh. Diantaranya mel elektronik sukar di capai, maklumat sukar dikirim, pengujian sistem terbengkalai dan berbagai lagi. Aku bosan.

Kami pengguna perkhidmatan streamyx. Kekalutan begini memang sudah sinonim dengan nama streamyx. Seperti juga iklannya di kaca televisyen yang pengsan-pengsan tu... aku rasa ramai penggunanya termasuk aku yang pengsan-pengsan, kaki ke atas dan sepatu tercampak dengan perkhidmatan sebegini.

Pagi tadi aku sedikit lega bila bisa memulakan kerja dengan capaian yang agak laju. Tetapi menjelang tengahari keadaan kembali seperti semalam dan kelmarin.

Mereka memang bijak mencipta iklan. Sangat dan sungguh bertepatan! Aku pengsan....

 

15 Disember 2006
:: Wajah Bonda

Mengadap wajahmu bonda
dengan dada sarat perak yang murni
beralaskan samir syurgawi
wadah kasihNya terpinjam buat kita

Mendakap wajahmu bonda
air mata berentengan
atas bahasa yang bukan pada ucapan
kasih yang padu teralir
dari wajahmu ke hatiku
yang selalu digugah gulana duniawi

Menyeluruhi wajahmu bonda
semangatmu yang hangat dan kental
terpinjam hari ini
membakar gejolak jiwa
menghayun langkah kehidupan
yang acap kali kelayuhan.

~~@~~

:: Sekali harung...

1) Masuk barisan

Akhirnya Jiwa Kacau yang satu lagi ini terbit jua. Namanya Masuk Barisan (MB). Walau mengambil masa yang amat lama, ia dapat jua disempurnakan. Aku maklum akan kesukaran demi kesukaran yang dihadapi oleh para pengelolanya, kerana itu sabarku tebal.

Mengutip buku tersebut dari Basri sendiri di Restoren Fatimah Bangsar. Senja itu juga menemukan aku dengan Esis, Elmaaniq dan Yan. Yan terus membaca dan akhirnya dia adalah pembeli pertama MBku. Aku punya agenda seterusnya setelah pertemuan singkat mengambil MB.

2) Kekasih pujaan

Menyusur pekat malam bersama Yan dengan menumpang Myvi Elmaaniq, kami ke Gombak. Hasrat berziarahan ke rumah Wanny disamping hajat utama mengambil vcd dan juga foto-foto Majlis Hari Raya KSMN tempohari. Tak kusangka akan bertemu bondanya lagi buat kali kedua, seniwati veteran Asiah Tuah. Kali ini aku dapat berbual sedikit tentang penglibatan seni beliau.

   

Dan amat bertuahlah aku bila mak cik Asiah sudi memberikan sekeping cakera padat kompilasi lagu-lagunya. Mendengarnya membuatku rasa terbuai. Suara buluh perindu bak kata orang, amat merdu. Mungkin ramai yang boleh menyanyi sekarang ini, tetapi di telinga aku, tak ramai yang mempunyai suara yang merdu.

Terima kasih mak cik, sudi berkongsi sedikit cerita. Lain waktu kami datang lagi. Yan dan Elmaaniq terpingga-pingga melihat aku teruja panas-panas muka. Ahh kalian, janganlah buat aku merasa terlalu tua berbanding kalian pula, semata kerana aku kenal dan tahu lagu-lagu lama. Aku amat menghargai, terutama sesuatu yang berkaitan seni, budaya dan khazanah.

Sewaktu zaman kemasyurannya dulu, dia amat dikenali dengan lagu Kekasih Pujaan. Aku hanya tahu lagu itu dinyanyikan oleh Dato' Syarifah Aini. Memang aku menggemari lagu itu, dan ia mesra mengiringi zaman hingusanku. Tetapi rupa-rupanya dia adalah penyanyi asal lagu tersebut. Kalau tak silap dalam tahun-taun sekitar 50-an. Waktu itu kata mak cik usianya masih belasan tahun, mungkin dalam tujuh belas tahun. Selain Kekasih Pujaan, beliau juga merupakan penyanyi asal bagi lagu Teruna Idamanku yang kemudiannya dinyanyikan dan dipopularkan semula oleh Dato' Ahmad Daud.

Turut sempat berjumpa Wan Indera, juara pertandingan karaoke Majlis Hari Raya KSMN tempoh hari, ya dia juga abang Wan dan anak mak cik Asiah. Menurut mak cik kompilasi dalam bentuk cakera padat ini adalah usaha anaknya Wan Indera. Hmmm... patutlah dia bisa menyampaikan lagu rindu dengan baik sekali, darah seni yang kental!

12 Disember 2006
:: Penghuni cangkir madu...

 

 

cangkir ini madu penghuninya, anggur temannya
manisnya turun dari langit
mengisi hati

seluruh maya berlarianlah, mengejar dan mencari
di sini telah ditumpahkan rezeki
hiburan dan alunan melodi
diantaranya kikirlah hati
agar jernih dari pekat malam

kikir itu matanya semua arah
yang kau fikirkan
air itu kikir
madu itu kikir
anggur itu kikir
udara dan cinta itu kikir
maka mikrajlah menunggang cahaya
yang telah terbenam dalam jiwa sejak azali

yang harum meniti dari pintu jiwa
dan kelopak mawar kuning jingga bertaburan
ke sisi cangkir mengasyikkan
indah ini kepunyaan Tuan
telah membanjirkan mata kami
cinta ini kepunyaan Tuan
telah menggugah istana karma kami
mencair dan mengelegak ke dasar sarwajagat

jernih sebutir mutiara
datang bagai bingkisan meneduhkan
dari jauh mendamaikan jiwa nan rusuh
dan sahabat mutiara adalah untaian manikam
di celah kelopak mawar kuning jingga
sebagai permaidani empuk perjalanan
usahlah memijak onak
engkau telah diberi pesan dan pedoman
awasi tiupan bolak balik
fatamorgana menipu diri
dari halusinasi duniawi

aku seru ini teman
penuhilah cangkir nurani
dengan manisan dan cinta
biar mabuk dan terperusuk
ke celah rusuk asyik dan masyuk
lena ini memang membutakan
telah dituba sejuta kupu-kupu kayangan
memenuhi dada dalam lipatan
dalam ratib dalam dodoian

cahaya itu telah lama kita kenali
sebelum semua alam ini bererti
cahaya itu adalah dalam diri
dari cangkir dan madu
dari anggur dan manikam
dari kelopak mawar kuning jingga dan segala warna
telah sebati... menjadi diri.

6 Disember 2006
:: Dunia yang semakin GILA?

Kadang-kadang aku berjaya buat tak tahu. Pada:

- kenaikan harga barangan runcit
- kenaikan petrol kereta
- kenaikan tambang bas dan teksi dan segala pengangkutan awam,
   juga kenaikan cukai lapangan terbang yang melebihi tiga empat kali ganda harga tiket
- harga bawang merah mencecah RM7 sekilo
- harga ikan selar kecil sehingga RM2.50 seekor
- segala macam lagi kalau aku senaraikan nanti jari-jari aku kontot menaipnya,
   cukup yang ini saja sebagai contoh

Dan macam-macam lagi aku buat tak tahu. Bukan kerana aku kaya-raya laksana pak menteri atau kerabat diraja atau ahli perniagaan berjaya seperti Dato' yang sponsor Nadia Kassim dalam drama bersiri TV3 "Dua Hati" malam tadi. Cuma kalau aku marah pun, aku komplen pun, aku buat mesyuarat tingkap dengan jiran-jiran pun, aku boikot tiga tahun pun, tak kan ada apa-apa berlaku.

Siapa aku? Siapa aku yang nak turunkan harga ikan, ayam, kambing dan segala jenis benda yang kita terpaksa guna, beli dan makan setiap hari???

Kemana arahnya perjalanan kita ini ya? Saban hari semakin lemas di sogok materi? Setiap waktu kita mohon; "...tunjukkan aku jalan yang lurus..." tetapi nampaknya semakin banyak *TOL. Dan setiap tol pula berlumba-lumba menambah harga saban waktu terpica.

(aku berhenti dulu, untuk memohon ditunjukkan jalan yang lurus)

Dalam perlumbaan yang entah ke mana hala tujunya ini, apakah jalannya semakin mendekati yang hakiki atau semakin hanyut dalam maslahat duniawi sahaja. Kita akan ketemui apa yang kita cari, moga kita sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita cari.

Keluar dari semua ini, dan memandang segalanya dari kacamata 'luar dunia', apakah semua ini agak lucu? Mengejar dan berlari di sekitar itu sahaja, termengah-mengah dan ramai yang tertindas oleh keadaan yang sendiri diciptakan manusia?

Dan... ramailah antara kita semakin leka, berlegar-legar dan berkejaran dalam kelumpuk itu sahaja.

[ ... dan benarlah wuduk itu menyejukkan... hatiku pun telah sejuk. ]

----
* tidak kumaksudkan tol Tok Samy semata okey.

 

Cara Hidup

"Matahari dalam dunia terbenam senantiasa,
Tetapi seribu suria yang itu luar biasa
Seribu matahari ini yang datang dari salawat
Tetap cemerlang begini dalam dunia dan akhirat"

Bahasa dan Sastera dalam Islam

Ini adalah satu hajat yang panjang. Aku tertarik untuk mengkaji dan mempelajari tentang sesuatu yang kuminati. Maka di sini aku susunkan penemuan-penemuan tersebut. Jika ada salah silap dan kelemahannya, kepada yang mengetahui sila lah beri tunjuk ajar.

Sastera dalam Islam
(masih dalam penyusunan)

Adat Resam Melayu

Terindah

 

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones
Ulasan Album Sang Pencinta

Dengar lagu-lagu dari album Sang Pencinta

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Akan Datang

 

-----

Dunia

World Time

World Climate & Season

Google Earth

 

Menara Cahaya

 

Irama Hujung Rimba

Apakah ada bedanya

Apakah ada bedanya
Hanya diam menunggu Dengan memburu bayang-bayang
Sama-sama kosong
Ku cuba tuang ke dalam kanvas
Dengan garis dan warna-warni
Yang aku rindui

Apakah ada bedanya
Bila mata terpejam
Pikiran jauh mengembara
Menembus batas langit
Cintamu telah
Membakar jiwaku
Harum aroma tubuhmu
Menyumbat kepala
Dan pikiranku

Di bumi yang berputar
Pasti ada gejolak
Ikuti saja iramanya
Isi dengan rasa

Di menara langit
Halilintar bersabung
Aku merasa tak terlindung
Terbakar kegetiran
Cinta yang ku beri
Sepenuh hatiku
Entah yang ku terima
Aku tak perduli

Apakah ada bedanya
Ketika kita bertemu
Dengan saat kita berpisah
Sama-sama nikmat

Tinggal bagaimana kita menghayati
Di belahan jiwa yang mana
Kita sembunyikan

Dada yang terluka
Duka yang tersayat
Rasa yang terluka.

Free Download Here!

Dealova
Fix You
Down Under
Hiasan Kalbu
Perhaps Love
Somewhere Over the Rainbow
They
Wish I
Selumbar
Whirling
Whirling Derwish
Ranjang Mawar
Puteri
Riwayat Mandolin
Jerat

Mungkin (MTV by Rosh)

Pemilikan Terbaru

 

 

Bacaanku

 

Buku-buku ini boleh didapati di www.ujanailmu.com.my

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://www.elaira.net
I am apart of this glamourous organization... :D