Selamat datang ke dunia hijauku... Istana di Hujung Rimba... this is where rhyme and courage being spoken, where life uncertaintiness being discussed, where friendships fill the air, where love blooms all year through...

tadahan hijau dari MERCUMAYA

BUKU TAMU

Katakan sesuatu [ erikas ]

~@~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis
silence
silence@fofo
epong

~@~

KRONISM

en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

~@~

menarik@GEJU

lumba foto
(ratu no. 3 sokmo hehehe)
projek jiwa kacau

GENG JURNAL

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi

~@~

BLOGS, FORUMS & FOTOPAGES

Faisal Tehrani - forum
Faisal Tehrani - blog
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com

~@~

ISLAMIC

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

PHOTOGRAPHY

better photo
kodak

OTHERS

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005
julai 2005
ogos 2005
sept 2005

Ver 4.0
oct 2005
nov 2005
dec 2005
jan 2006
feb 2006
mac 2006
apr 2006

~@~

28 April 2006
:: Untaian kasih Tuhan...

Petang semalam, setelah habis sesi di Jalan Raja Laut, tanpa terkendali langkahku terbawa ke Pasar Seni. Tanpa apa-apa tujuan. Sekedar ingin melewati tempat-tempat yang serasa lama benar telah tidak kujejaki. Rupanya aku rindu benar melewati masa-masa lalu, walau kali ini cerianya tidak sama tetapi terpinjam sedikit kenangan mampu buat masa lalu sedikit hadir meminjamkan bahagia. Mungkin mencari bahan bacaan jika ketemu, atau sekadar melihat-lihat ratusan lukisan yang cantik-cantik di kanvas, ada yang sudah siap, ada yang masih dilakari. Setiap satunya unik dan membawaku bermimpi.

Petang yang semakin hanyut itu akhirnya membawa aku ke tingkat atas, aku tidak mencari apa-apa, sekadar melihat-lihat dan terpingga tanpa arah, selain menunggu Zu menghabiskan baki kerja di pejabat dan kami setuju untuk bertemu di situ, aku tidak punya apa-apa perancangan.

Pasar Seni atau singkatnya CM (Central Market) tidak banyak berubah, letak duduk kedai-kedai yang kaya dengan hasil seni yang kau namakan apa sahaja ada di sini, sekali pandang juga seperti adanya dahulu. Sebenarnya aku malu untuk melihat-lihat di situ, kerana hadirku bukan pun untuk membeli, manalah aku mampu. Jadi dalam malu yang tebal aku bersetuju dengan hati, aku hanya layak untuk memerhati dan menghargai secara sebegini.

Antara sedar dan tidak aku disapa pemilik salah satu kedai lukisan. Aku balas dengan senyuman, dan secara jujur aku maklumkan bahawa aku hanya hadir untuk memerhati dan menikmati keindahan lukisannya, kerana sudah pastilah dalam serba kekurangan diri, aku tidak mampu untuk memiliki. Aku agak terkejut jua bila air mukanya tetap ikhlas, tidak kisah dan masih ramah melayaniku.

Perkenalan singkat itu membawa aku jauh mengenali dirinya yang sudah separuh usia, hingga kutahu bahawa kami datang dari institusi pengajian yang sama, cuma jarak masa melebihi 20tahun membezakan hari-hari kami mengutip ilmu di menara gading itu.

Dan tidak berapa ketika perbualan itu menjangkaui lebih dari sekadar seni dan lukisan. Seperti mana fitrahnya ilmu dan empunyanya yang azali, ia mikraj kepada Penciptanya. Petang itu jadi emas!

Ia jadi lanjut dan merunduk. Aku jadi hening dan ringan. Tau lah aku mengapa langkahku terpandu ke situ. Ada sesuatu yang bakal berlaku yang aku tidak tahu. Mungkin alam telah mendengar rajukku. Dan ingin memberitahu ia tidak pernah menolak hadirku. Lantas aku bertemu dengan pertemuan dan meniti di satu suratan. Nyata dan benarlah itu semua kerja Tuhan.

Kita ini pencari yang berpanjangan. Ada masa sesama kita dalam perjalanan yang berbalam, kita butuh pada pautan. Perlu pada dorongan, impi pada buah fikiran yang memungkinkan perjalanan. Petang itu menjadi manikam!

Berkali-kali si pemilik kedai bertanyakan padaku, apakah sebenarnya aku sudah pun mengenali dirinya. Dan berkali-kali itu jua aku maklumkan bahawa ini kali pertama aku bertemunya. Dan aku sungguh-sungguh mohon maaf jika sekiranya dia insan ternama, dan aku tidak pun mengenalinya. (Sesetengah orang bergelar merasa tersinggung jika kita tidak mengenali mereka.) Akhirnya dia memberitahu, sangkaannya itu adalah kerana aku sangat 'natural' dengannya. Berbual seperti bertahun sudah berjumpa. Mungkin itu fitrahku sahaja, balasku memendekkan cerita.

Dan bila Zu sampai, cerita tambah panjang pula. Hingga terbersit mutiara di sudut mata. Betapalah kaya RahmatMu Tuhan, segala erti manakan mampu hambaMu terjemahkan. Syukur jua kepada alam, kepada teman, kepada mu tuan yang sudi berkongsi secebis bimbingan. Senja itu adalah untaian kasih Tuhan yang tidak pernah lekang!

27 April 2006
:: Hanya sekerdip...

Pejam celik sudah hampir separuh 2006 berlalu. Bulan ini juga hanya tinggal beberapa hari lagi bakal menjengah Mei. Aku tidak sempat berbuat apa. Terlalu banyak yang ingin kukerjakan, ingin kucapai. Banyak impian tidak sempat kutenunkan, tidak kurang pula banyaknya impian mendebu dibawa angin begitu sahaja.

Satu masa aku sesak, aku senak. Hitam dan putih - kelihatan sama. Hijau dan biru - penuh gelora. Tidur dan jaga - mata celik semuanya. Beza membeza - tiada apa pun bezanya.

Semalam kutanyakan pada Azie, kalau dia tau mengatur diri, kalau dia tau menyatukan apa yang hari ini tidak tersusun, apa yang hari ini enggan tersenyum. Aku tanya dan tanya dia lagi, tanpa sempat dia memberi jawapan pada setiap satu soalan.

Aku kata padanya, aku rindu menjadi aku yang dulu. Tika dedaun kering dan mereput terlihat amat indah dan merenjis gembira ke jiwa. Tika kulihat gemawan berarak dan menelanjangkan langit membiru, aku ghairah merakamkan ke lensa kamera yang selalu kubawa (kini tidak lagi). Tika aku mampu tersenyum pada hijau pepohonan, tersipu malu dikelus mentari pagi yang cemerlang, dan merasakan alam mesra meramahi setiap langkahku di dada bumi ini.

Kebelakangan ini semua itu seperti meminggirkan diri, meninggalkan aku sendiri jauh dari keindahan, kemesraan alam, malah seperti mengusirku pergi... jauh dan jauh dari sini. Bukan aku lupa kasih Ilahi, bukan aku tidak tau Dia sentiasa menemani. Tapi alam tidak tersenyum padaku lagi.

Dan bila kujawap di dalam hati, lantaran apa semua ini terjadi... pastilah jujukan dosaku yang tidak terperi, yang telah tiba menghantui hati, telah menuba tenang dan membukatkan resah. Lalu kutanyakan pada kalian, buih yang mana membasuh nanar, kali yang mana menjernih luka, tunjukkan aku jalan yang damai dan hijau... aku ingin kembali ke hujung rimba, tenang dah ikhlas menapak hari-hari kurniaanNya yang kian suntuk, semakin suntuk.

14 April 2006
:: Selamat berhujung minggu...

Aku tak pasti lagi apa agenda hujung minggu kali ini. Jedah ada mengajak berkelah ke Sungai Congkak. Tapi malam tadi aku terjumpa segerombolan anai-anai menyerang kabinet dapur. Sebahagian telah kuuruskan lewat tengah malam tadi, dan ada banyak lagi barang-barang yang perlu kukemaskan.

Dulu mak rajin buang sampah sarapku, tapi semenjak aku sedih tahap histeria, dia tak usik lagi sampah sarap yang akubuat hari-hari. Kesian jugak kat mak, tapi apa nak buat, aku adalah si pengumpul sampah. (Hmm.. baru aku teringat, dalam satu penemuan dulu, dia kata dalam kehidupan yang terdahulu aku adalah Chief Garbage Man... huhuhu... what a co-inciden ). Sila rujuk catatan Jun 2005 entri 8 Jun 2005, maaf aku malas nak buat link anchor kat situ.

So, selamat hujung minggu, dan sementara menunggu ia berada di pasaran, inilah Juwita buat halwa telinga: Video - Real Media File (terima kasih en jaki).

10 April 2006
:: Pulang Kampung...

Malam Jumaat yang lalu aku dan mak pulang ke kampung. Selepas maghrib kami ke KL Sentral, mak yang ingin pulang dengan komuter sahaja, dan along menunggu di Seremban untuk menghantar kami pulang ke kampung. Sampai di kampung sekitar jam 1pagi. Berhenti makan di Ampangan dahulu. Along pulang semula ke rumahnya di Seremban kerana esoknya dia bekerja. Tinggallah aku dan emak sahaja.

Asalnya seba salah juga untuk memohon cuti hari ini (isnin) tapi, bila mengenangkan esok cuti Maulidur Rasul, dan mak yang sudah lama tidak tinggal di kampung, maka aku pohon jua cuti tahunan dari majikan walaupun baru dua minggu lepas aku bercuti isnin dan selasa ke Cherating.

Sabtu. Maklumlah rumah tinggal, apa sahajalah yang ada di dapur. Ada sebungkus tepung gandum, aku buat cucur tepung sahaja untuk sarapan pagi. Tengahari pula, aku dan mak ke darat (sebutan di sini: darek atau da-ghek) mencari pukuk cemperai. Rebus pucuk cemperai dan sampai gesek (ikan bilis ditumbuk dengan sedikit bawang dan cili api serta di perahkan asam limau) adalah hidangan yang enak. Sudah lama tidak merebus pucuk cemperai.

Di darat adalah rumah arwah nenek yang telah tinggal lama. Lamannya telah dipenuhi belukar, di antaranya pokok-pokok pucuk cemperai tumbuh. Alhamduillah walaupun tidak banyak, sekurangnya lepaslah buat hidangan kami dua beranak hari ini. Nyamuk-nyamuk, hitam menghurungiku. Adatlah namanya bila meredah semak di kampung.

Bila di kampung, kita boleh mengutip sayur-sayuran atau pucuk tumbuhan yang tumbuh meliar untuk dijadikan juadah makan tengahari atau pun malam. Seingat aku sewaktu kecil, kami agak jarang makan berlauk, kami lebih bergantung pada sayur-sayuran yang ditanam sendiri atau pucuk tumbuhan, samada dimasak ataupun terus dibuat ulam. Ikan, apatah lagi ayam atau daging hanya merasa sekali sekala sahaja, hanya pada hari-hari istimewa atau di hari raya sahaja.

Ahad. Pucuk ubi pula hari ini - masak lemak cili api pucuk ubi. Yummmyyyyyy........... sukar diungkapkan enaknya. Trully kampung life... he he he... Jika di bandar semuanya pun harus dibeli. Waima pucuk paku dan pucuk labu sekali pun. Itulah bezanya.

Hari ini - isnin, jantung pisang pula.. he he he... Kalau aku merayau-rayau lagi keliling kampung, pasti dapat idea untuk juadah esok pula.

Tapi esok, aku akan pulang ke kota lumpur semula. Akan dihimpit bebanan kerja semula. Akan dirimas debu asap hitam semula. Akan dibakar panas berbahang dan hujan di sebelah petang. Kota lumpur itu aku deskripsikan sebagai terlalu garang dan kejam pada hati kampung aku ini. Aku tersepit di sana. Tapi apakan daya, rezeki ada di sana.

:: Sahabat

Semalam Ida tiba. Dan kami berkongsi cerita hingga malam. Banyak yang kita renungkan dan kita simpulkan, hanya kita yang bisa membuat keputusan terhadap letak duduk diri kita. Sesekali fikirlah tentang diri sendiri, janganlah menzalimi diri hanya kerana menurut kemahuan hati. Hati kita sering keliru, antara apa yang kita mahu dan apa yang kita mampu. Jika keadaan tidak menyebelahi, sewajarnya kita fikirkan untuk merubah matlamat dan mengerjakan apa yang memberi faedah pada diri kita, di dunia ini dan yang selepasnya kelak.

Hari ini pula Yah sekeluarga akan tiba pula dari Melaka. Syukur Ya Tuhan, ada kawan-kawan sebaik kalian yang sentiasa menemani hidup dalam susah dalam senang.

:: Catatan yang tertinggal...

Ada beberapa catatan penting yang tidak sempat kuabadikan di sini. Maka ini, bersempena dengan cuti dan waktu senggang yang tenang di kampung, kuabadikan peristiwa-peristiwa tersebut:

1 April 2006
:: Laman Seni, Futsal Kelab Sahabat M.Nasir dan April Fool

Laman Seni
Agenda aku padat hujung minggu awal April 2006 ini. Dengan izin Allah, semua acara dapat kusertai. Bermula seawal terang tanah ke pasar tani berhampiran rumah bersama mak, membeli keperluan seminggu. Kemudian terus ber-LRT dan ber-komuter ke Stesyen Serdang, untuk bertemu Fiza sahabat Polisasku. Hari ni dia free-kan masanya untukku, anak-anaknya dijaga bibi. Sudah lebih sebulan aku "booking" dia untuk acara seharian hari ini.

Sewaktu di dalam kereta Fiza memberitahu, bahawa rancangan asal untuk bertemu Saida telah dibatalkan, kerana Saida ada hal lain. Begitu juga dengan audition anak-anaknya untuk satu iklan. Jadi kami terus ke Jalan Tun Razak dan menuju ke Balai Seni Lukis Negara, untuk acara bulanan di Laman Seni.

Walaupun aku suka apa yang ada di Laman Seni, tidak selalu aku dapat peluang ke sana. Seingat aku ini adalah kali yang kedua, selepas yang pertama tanda sokongan buat Rosh yang menjual merchandise Saga Artakusiad sambil menjual buku Legenda Numerius.

Segala apa yang ada di sana adalah minatku. Bermula dari lukisan, rekabentuk dan hasil tangan, poskad dan fotografi serta bermacam-macam lagi, semuanya amat kuminati. Cuma kewangan yang membataskan rasa ingin memiliki.

Tapi kali ini Rosh tidak ada. Aku tidak datang untuk menemuinya. Hari ini hari Mat Jan menjual buku-kuning-mata-besar dia dengan harga yang istimewa. Sebaik tiba di sana, aku lihat Mat Jan sibuk menandatangani buku-buku kuningnya. Sebelah dia ada OP, ada Tok Rimau... ada Naga. Aku tak berani dekat, bodyguard Mat Jan hari ni semua yang buas-buas.... dan mereka tahan berdiri dalam panas.

Di sebelah kanan dekat tepi longkang, aku nampak Nett, Amyz, En. Nordin dan seorang gadis jelita yang hari ini hanya sempat kuingati sebagai housemate Nett sahaja. Aku terus ke sana menghampiri mereka dan menidakkan keglamuran Mat Jan serta bodyguard berbisanya... (Mat Jan tak suka titik tiga ni.. heh heh ).

Aku peluk-peluk dengan Nett dan Amyz, lama tak jumpa... rindu. Tapi aku tak peluk En. Nordin tau! Macam-macam yang kami bualkan, Mat Jan tak ada dalam itu cerita, dia diabaikan sama sekali.

Tak lama selepas itu aku nampak kelibat Basri. Tak lama selepas itu juga Basri datang mintak autograf aku pada buku Jiwa Kacau, aku tak kurang glamer berbanding Mat Jan. Tak lama selepas itu Spyz pula menyertai group borak tepi longkang kami. Tak lama selepas itu aku pun pergi ke meja di mana Mat Jan sedang sain-sain buku-kuning-mata-besar dia. Aku beli dua set. Satu untuk Silence.

ada Basri, ada OP, ada En Nordin... ada Jigo dan kawan baik aku Fiza yg tgh berlakon membaca tu...:pNaga otograf buku untukj aku, kelihatan Mat Jan yang tgh riak heh heh

Waktu itu gerai tempat Mat Jan menjual buku-buku dia semakin sesak dikerumuni orang ramai. Aku berinsut keluar. Aku bukak buku-kuning-mata-besar yang Mat Jan sain kejap tadi. Terus aku ketawa besar bila baca apa yang dia tulis untuk aku.. Aku tutup cepat-cepat. Buku Mat Jan tidak boleh dibaca di khalayak ramai, takut orang salah faham kata aku mengalami ralat sintaksis mental pula.

Aku nampak Salina dan Nida di tingkat atas bangunan Balai Senilukis, diorang melambai-lambai ala Evita Peroni kepada kami di bawah. Diorang tak turun, aku pun tak naik. Aku harus segera beredar untuk agenda yang seterusnya. Aku ajak Nett turut sama. Mula-mula aku ingat Nett nak ikut sama, rupanya dia terus ke kereta dan kami berpisah. Tak kisahlah, aku dan Fiza meneruskan perjalanan ke Sunway.

Sport Planet, Sunway
Aku dan Fiza tiba di Sport Planet sekitar sepuluh minit melepasi jam satu tengahari. Matahari panas terik. Syukurlah trafik tidak sesak sewaktu di Lebuhraya Persekututan dan kami sampai pada waktunya. Pasukan-pasukan yang bakal bertanding sudah tiba. Pun begitu kelibat Sifu tidak kelihatan. Aku membaharui keahlian dan membayar tiket untuk menonton sahaja. Keahlianku agak misteri. Mungkin ada maklumat yang pengurusan lama kelab sahabat tidak kemaskinikan. Pengurusan baru kelab sahabat berjanji untuk menghantar makluman kepadaku kemudia, tetapi sampai hari ini aku masih belum menerima apa-apa dari mereka. Semoga masalah kecil sebegini dapat ditangani segera, nanti berlamaan jadi masalah besar pula.

Ini kali pertama aku menonton perlawanan futsal. Barulah aku tahu yang masa permainannya singkat sahaja. Dan dengan saiz gelanggang yang agak kecil pemain tak perlulah berlari jauh dari satu hujung ke satu hujung lagi. Aku bukan peminat sukan. Dan aku teringat pesan Dr. Zakaria - tulislah apa yang kita tahu. Jadi... aku tidak akan mengulas tentang pertandingan itu.

Oleh yang demikian, aku biarkan gambar-gambar sekitar perlawanan itu bercerita sendiri. Silalah ke halaman fotoku... [ x ]

Kadang-kadang aku merasa seronok berada dalam satu suasana dengan orang-orang terkenal seperti Sifu, sekurang-kurangnya aku terpinjam semangat dan kesungguhannya. Dan aku yakin, selalu yakin, atas setiap usaha dan perancangan yang bersungguh-sungguh kita akan mendapat apa yang kita impikan, dengan izin Tuhan.

Semoga rencana KSMN untuk acara mini konsert di KL Tower menjadi. Aku nak pergi. Ada sesiapa nak ikut?

[ Suprise! Bertemu Sempoii di sana. Ahhh Sempoii selalu ada di mana orang glamer mcm aku ada. Tapi, kenapa kat kamera aku tak ada gambar ko Sempoii? Rasanya banyak kali aku snap gambar ko??? Oh ya Sempoii, minta kawan ko si YM dan si Aidid hantar gambar-gambar diorang kat aku. ]

2 April 2006
:: Pesta Buku Antarabangsa, berjumpa Aurorans dan KLCC

Berjanji untuk bertemu Aurorans di pesta buku. Malangnya ia diadakan di dewan seberang sungai, orang yang berkunjung pula teramat ramai. Kepala aku mula pening dalam lautan orang ramai yang tiada surutnya. Hari terakhir pesta buku lah katakan. Nampaknya semakin ramai rakyat Malaysia suka membaca.

Alhamdulillah mudah saja bertemu Ahmad Mahzan yang menanti di luar bangunan PWTC. Puas pula mencari-cari Sempoii, Babusyka dan yang lain-lain. Akhirnya aku putus asa, aku perlu masa juga untuk melihat buku-buku yang menarik. Syukurlah dengan kredit talifon yang tiba-tiba habis itu, aku berjaya menemui Sempoii dan Babusyka. SMS Attokz, Aylanin dan beberapa orang lagi tidak dapat kubalas dan kami kekal tidak berjumpa hingga akhir. Bertemu Silence di pintu masuk, dia bawa cenderamata dari Bangladesh. Aku pilih sehelai baju-t warna maroon, Ahmad Mahzan dapat warna kuning. Balqis pun ada. Tak lama selepas itu kami berpisah.


Aurorans mengabadikan kenangan bersama penulis-penulis terkenal tanahair, Nisah Hj. Haron dan Faisal Tehrani. Berdiri dari kiri, kawan Babusyka, Babusyka, Sempoii dan Ahmad Mahzan a.k.a Kliwonwagiman. Aku - tukang ambil gambar.

Aku, Sempoii, Ahmad Mahzan dan Babusyka serta kawannya mencari NIsah. Berjumpa dia sedang melayan peminat bersama Faisal Tehrani. Ini kali ketiga aku bersua Faisal Tehrani. Tetapi rasanya ini kali pertama dia bertegur sapa dan mengingati aku selepas bertemu (dia sudah menjejak hujung rimba ).

Dan petang itu juga aku hangus! Terbakar dengan semangat serta dorongan dari dia. Supaya aku menulis. Nisah dah berjuih memberi galakkan. Bukan aku tak mahu mula, cuma aku masih kalut ingin berbuat semua dalam satu masa. InsyaAllah aku ingat pesanan dan dorongan kalian.

Dan aku akan bermula dengan puisi-puisi di hujung rimba ini... dengan izinNya...

:: KLCC

Oleh kerana Fajar telah dari awal menunggu di KLCC, maka kami semua berarak pula ke KLCC dari PWTC, Silence sudah mendahului kami. Aku yang sudah sakit kaki tawaf dua dewan besar tadi, mengajak kawan-kawan terus menaiki teksi. Rupanya tidak begitu jauh dan tambangnya juga tidak begitu mahal.

Sampai di KLCC kami terus menyusur Fajar sekeluarga di San Fancisco Cofee (kalau tak silap). Najla makin comel!!!!!!!! Dia tertawa girang saat aku memanggil namanya. Dia terus selesa ketika kudukung. Berbeza dengan kali pertama bertemu dulu, Najla sudah besar, tampak lebih bijak. Dan yang penting dia mesra denganku!


Silence, Balqis, Najla dan ibunya.

Najla Sempoii


Bergurau bersama ibunya... sori lah Fajar nampak spek awak jer...

Lama juga kami bersembang-sembang di foodcourt KLCC. Termasuk membincangkan aktiviti Aurorans. Kami tidak merancang banyak, kerana masing-masing pun sibuk. Cuma untuk pelancaran buku ke lapan Abang Pat nanti, aku sudah tanyakan dengan Nisah, apakah kami bisa menyelitkan acara pelancaran buku tersebut di mana-mana aktiviti majlis sastera peringkat negeri. Nisah memberi jaminan semuanya bisa diuruskan, hanya menunggu persetujuan Abang Pat sahaja. Aku lega...

5 April 2006
:: Semalam

Semalam harijadi Jedah. Bukan tak ingat untuk sms atau call... cuma ianya tidak terjadi.

Selamat Hari Jadi buat sahabat tersayang - Jedah. Moga panjang umur murah rezeki. Tahun-tahun kebelakangan ini, kita tidak bisa lagi berziarahan di harijadi masing-masing. Menyedihkan. Dulu pasti aku usahakan membeli kek dan menjerit suprise di muka pintu rumahnya walaupun lewat malam.

Sekarang ia hanya indah sebagai kenangan. Kesempurnaan yang cuba kita lukiskan menghias persahabatan semakin berbalam. Syukur persahabatan kita tetap utuh walau dirapuh masa dan keadaan.

tune to...

The Way of Life

Waktu Haram Solat
Puasa-puasa Sunat
Pesan Nabi Ttg Makan
Tujuh Peringkat Solat
[will provide the links later]

 

Beauties to My Eyes

 

M Nasir

Kelab Sahabat
Satu Usaha Murni

Ringtones

Lagu Jiwa Kenduri Kawen
Juwita

Upcoming Events

25 Mei 2006
M. Nasir - Artis Undangan
One Night Only With Jamal
Istana Budaya

50% off for Celcom user
Tiket: RM80, RM140, RM180, RM220, RM260 & RM300
[ detail ]

-----

26 May 06 (Jumaat)
8.30 malam, Menara K.L, Harga Ticket RM50, RM100 & RM150.

-----

Upcoming Events

Tema

IKON UNPLUGGED DINNER SHOW

Tempat PALACE OF THE GOLDEN HORSES (Royal Ballroom)
Tarikh 5hb May 2006
Masa 8.30 - 11.30 mlm

-----

Friday, July 21, 2006
(8:00 PM - 11:00 PM)

M.Nasir - Mohram -
Ebiet G.Ade - etc.

MALAM AL-ASRI MUHIBAH
SENI PERSEMBAHAN DALAM ISLAM
at
Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, KL.

The World

World Time

World Climate & Season

The Sound

FREE Download here!

tunggu ya sekejap lagi aku siapkan list download

Newly Possess

Listen: They :: Wish I