B E L I !    B E L I !    B E L I !
Layari http://jiwakacau.blogdrive.com
Harga RM20 Postal RM2

Untuk pesanan dan tempahan sila klik

"Buku yang kamu sedang pegang ini, koleksi Jiwa Kacau, walaupun mungkin bukanlah himpunan terbaik dan definitif, adalah antologi yang mempamerkan wajah blog Malaysia (pengantar bahasa melayu) sekarang ini. Setahu saya belum ada satu pun blog bahasa kebangsaan yang dibukukan sebelum ini. Di tangan kamu adalah sehiris sejarah. Pertama seumpamanya. Capai dan belilah. Simpanlah. Hartakan."

- Saharil Hasrin Sanin -

:: 18/10/05

Mawi pun baca JK?

Aku tak arif, ada apa dengan Mawi, tapi yang aku tau... Mawi baca JK, justeru Mawi mungkin baca Daun terapungan, Pasir-pasir kelam dan lain-lain lagi. Selamat berkenalan Mawi, saya Puteri Elaira Eliza kekekeke

:: 17/10/05

JK ada dan boleh didapati di sini

:: 7/10/05 - Update order terkini:

1. Ita
2. Silence
3. Zu
4. Ijot
5. Has
6. Fajar
7. Shila
8. Jimi

Yang mengaku tapi belum dapat kupastikan kesahihannya:

1. Morrok
2. Ani
3. Karlbum

Ada 7 (atau kurang) lagi untuk dijual.

:: 6/10/05 - Ya, ini buku Jiwa Kacau, justeru orang yang sedia berjiwa kacau tak digalakkan membacanya, takut-takut menambah gelora di dada dan serabut di minda. Tapi jika anda sudah membaca bait tulisan ini, bermakna sudah tiada jalan kembali. Kerana rasa ingin tahu anda mengatasi segalanya. Dan sesungguhnya, jiwa yang kacau akan beroleh tenang bilamana tahu, dia tidak bersendirian dalam daerah bernama kacau.

Mona, sori salah listing. Sudah diperbetulkan kepada orang yang sepatutnya. Anda mengambil langkah bijak - kurangkan kekacauan... hehehe... Thanks anyway sis.

Aku membaca sedikit demi sedikit JK, aku mahu menghayati dan kerana kebanyakannya sudah aku baca dari blog-blog empunya karya. Apa yang aku dapati, ia benar-benar penuh variasi. Tidak sedikit pun sia-sia usaha M.I.E. mengumpul dan membukukan JK. Sukar untuk aku menuliskan dengan tepat apa yang cuba aku sampaikan. Dan aku bersetuju dengan apa yang antara lain Tok Rimau ulaskan:

" Sekejap saya senyum, sekejap saya sengih, sekejap saya ketawa keluar air mata, sekejap saya insaf dan ada masanya saya bosan hingga tertidur..."

:: 4/10/05 - Hari ini JK punya pembeli rasmi yang pertama! Rasa seperti tak percaya. Terima kasih Jimi! Selain Jimi ada beberapa orang yang telah booking:

1. Ita
2. Silence
3. Zu
4. Ijot
5. Has

Yang mengaku tapi belum dapat kupastikan kesahihannya:

1. Morrok
2. Ani
3. Karlbum

p/s: Fajar, hang tak mo ka? hehehe

:: 2/10/05 - Aku sempat singgah sekejap di rumah PENA mengambil 20 naskah JK bahagianku. Ketika itu DIABLOG sedang rancak berjalan. Aku singgah dengan tergesa-gesa kerana ada urusan lain. Bertemu Umie yang sudah lama tidak bersua, ada kerinduan yang tebal tetapi masa membataskan. Gembira melihat hasil karyaku buat pertama kalinya mekar di laman bercetak, tapi kecewa kerana url lama telah digunakan di situ, url itu tidak lagi terhubung ke sini, tidak seperti yang kusertakan sewaktu aku menghantar manuskrip itu dulu.

:: 28/9/05 - Dari makluman buku-buku JK akan diserahkan kepada penulis-penulisnya di majlis Diablog GEJU yang akan diadakan di Rumah PENA Ahad ini. Aku belum tentu dapat hadir.

:: 28/9/05 - Jiwa Kacau siap dicetak hari ini, walaubagaimana pun aku belum melihat kelibatnya lagi.

:: 8/9/2005 - Hari ini adalah hari pertama aku berhajat untuk mempromosi buku kompilasi tulisan penulis-penulis blog yang bernaung di bawah label GEJU, yang juga bakal menempatkan sebahagian kecil dari catatan Myths in the Haze di dalamnya. Hari ini juga Basri telah mempromosi buku ini di laman web Sahabat Radio KLFM.

 

 

arkib I erikas

 


21 Oktober 2005

 

18 Oktober 2005
:: Kalau tak melangkah, kita tak akan ke mana.

Teruja betul bila seorang demi seorang sahabat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sedang aku masih di tahap ini. Kalau aku fikir dan kaji, semua berpunca dari diri sendiri. Dulu sewaktu menghabiskan sarjana muda, aku sangat beriya-iya ingin meneruskan keperingkat seterusnya. Tetapi bila hari-hari diulit angin kerja, api semangatku jua seperti dipuput prahara lalu terpadam.

Memajukan diri ada berbagai caranya. Ia akan jadi tambah mendesak bila merasakan hidup itu sudah sampai ke satu perjalanan yang malar. Mungkin hidup menghamparkan terlalu banyak segala sesuatu untuk aku fikirkan dan resahkan saban hari. Lalu impian untuk menapak di menara gading semula menjadi berbalam.

Mungkin sebenarnya aku harus mengubah rutin yang terlalu menyelesakan. Mencari kelainan dan terus berusaha. Melihat hidup dari jendela yang berbeza. Aku ternyata harus tegas pada diri sendiri, menggenggam segulung sarjana adalah impian yang harus direalisasikan, bukan selamanya cakap kosong dan tidak berakhiran. Moga aku tetap dalam pendirian dan tegas dalam melaksanakan. Semoga...

[Berdoa sahajalah bara yang membara tidak cepat sejuk dan memutihkan abu sahaja, seperti selalu lazimnya.]

To remember:

• Gathering Geng Jurnal 2005

Gathering Geng Jurnal dirangka akan diadakan pada 1 Januari 2006. (Haiyaa the tarikh, long weeken ni, usually ada aktiviti keluarga.) InsyaAllah aku akan hadir kalau tak ada aral melintang. By the way, I loveeeeeeeeeeeeeee the banner... its so MitH!!!


Narnia


Dah lama sangat aku perhatikan Narnia ni, dijangka ditayangkan dipawagam December ini juga. Moga sempat menontonnya nanti.

Narnia is the fictional setting for seven books written by C. S. Lewis from 1950 to 1956. This site will introduce the wonderful land of Narnia to those who have never heard of it, and bring back fantastic memories to those who have forgotten its magic!!!

10 Oktober 2005
:: Selepas hujan...

Seperti yang aku selalu dan akan terus tuliskan, suasana selepas hujan adalah suasana yang sangat aku suka. Walaupun aku lebih suka suasana selepas hujan di awal pagi, yang aku rasakan menyemarakan kesegaran alam, suasana di sebelah petang juga mampu membuat aku gembira dan ceria. Hujan dan tumbuh-tumbuhan antara dua elimen alam yang sangat kusukai. Dan wajah tumbuh-tumbuhan selepas dimandikan hujan lain bahasanya... ia juga lebih segar lebih bermaya.

Sabtu lalu, sewaktu pulang ke kampung, aku telah sempat mengabadikan bekas titisan hujan yang sangat mempersonakan. Tanpa tripod, tak banyak shoot yang menjadi, tambahan keupayaan lensa hanya sederhana. Seperti yang aku selalu kata, aku pun sekadar menekan-nekan punat kamera sahaja. Semoga pengalaman kelak menjadi guru yang baik buatku.

Ayuhlah kukongsikan dengan kalian.... Selepas hujan...

7 Oktober 2005
:: 3hb Ramadhan 2005

Mula-mula marilah kita tersenyum pada Pencipta dan isi alam.

Syukur. Beroleh tidur yang nyenyak dan damai malam tadi, mungkin tanpa mimpi. Kadang-kadang aku pelik sendiri. Bila di pejabat sikit pun tak rasa penat. Tapi bila melangkah untuk pulang ke rumah, apatah lagi bila sampai ke rumah.... Tuhan sahaja yang tahu. Serasa penat serata alam singgah bersemadi dalam tubuhku. Mungkin itu lah sebabnya aku tidur-tak-hengat-dunia malam tadi.

Awal pagi hantar mak buat pemeriksaan tulang di HUKM. Pengambilan steroid selama hampir 8 bulan sudah menampakan kesan. Kalau ikutkan masa itu juga aku mahu doktor hentikan pengambilan ubat mak. Tapi kerana aku bukan doktor, dan aku tak pernah berani menjadi doktor atas alasan otak aku lembab, maka nak tak nak aku terpaksa tunggu Disember untuk sesi temujanji mak dan doktor di Klinik Nefro itu lagi.

Dalam pertemuan terdahulu doktor telah meminta supaya mak diberi dos kalsium yang tinggi. Aku dah belikan dan mak dah makan 2 kali. Doktor yang baik hati itu kata mak hanya perlu makan sekali seminggu sahaja. Kalau mak kena ambil ubat tu hari-hari aku takut aku pula yang tak mampu, harganya sangat-sangat tinggi. Tapi untuk mak, semuapun akan aku usahakan, waima melibatkan nyawa aku sekali pun. Aku hanya ada mak dan mak adalah segalanya. Moga aku tak pernah lupa itu.

"Hari ini harijadi saya mengikut bulan Islam mak!" kataku pada mak sepulang dari HUKM. Dan mak pun mula bercerita tentang kelahiranku (aku dah agak dia mesti cerita punya). Setiap kali lain cara penyampaiannya. Mak kata aku lahir waktu malam, sekitar selepas Isyak. Selepas itu mak bercerita pula tentang kelahiran Ongah (abangku). Aku hanya senyum mendengar campur terharu.

Aku bertuah punya ibu seperti mak. Lagi bertuah sebab mak suka tinggal dengan aku. Saya sayang mak!

p/s: nak balik kg malam ni...rindu kampung lama tak balik!

2 artikel untuk kalian, dari emel yang kawan-kawan kirimkan:

Peringatan
Istidraj

4 Oktober 2005
:: Ramadhan jua bulan kelahiranku...

Sudah tiga tahun berturut-turut bulan Ramadhan dan Oktober berselisih. Dan tiga tahun kebelakangan ini juga aku menyambut harijadi bulan Islam dan bulan bukan Islam dalam bulan yang sama. Pada tahun kelahiranku ia jatuh pada, 3 Ramadhan, hari Jumaat. Sebenarnya aku sedikit terkejut bahawa tahun ini mengikut tarikh Hijrah, harinya bertembung benar-benar sama - hari Jumaat! Oh ya, kalendar Hijrah adalah sistem lunar harinya genap 30 setiap bulan, jadi pastilah ia bertembung semula. Apa benarkah begitu? Aku minta dua orang teman di pejabat untuk mencari selang waktu beberapa tahun kehadapan untuk mencari satu kesimpulan tetapi kedua-dua mereka tidak pula mendapat jawapan yang sama.

Atau adakah hanya berlaku bagi mereka yang tahun kelahiran sama sepertiku? Lalu aku ambil tarikh lahir Ita dan cuba janakan hasilnya. Berlainan sekali. Atau mungkinkah ia terjadi secara kebetulan? Apa yang ingin kuandaikan?

Walau apa pun jawapannya, tahun ini memang istimewa. Selain mak ada bersamaku, ia jatuh pada hari Jumaat seperti hari kelahiranku. Pasti nanti mak akan bercerita lagi saat bagaimana aku dilahirkan. Kalau mak tak cerita pun aku akan tanya semula. Indah!

p/s: Aku harap tahun ini, aku dapat berterawih di masjid dengan mak pula. Terujanya!

[ semak tarikh kelahiran anda dalam kalendar Hijrah ]

3 Oktober 2005
:: Menjengah lagi bulan kelahiranku...

Aku selalu menulis begitu... setiap kali di awal bulan Oktober. Jika dulu di helaian halaman buku-buku catatan harian, kini di sini pula. Bezanya menulis di sini seronok, ada seorang dua yang baca apa yang aku tulis. Kalau di buku, ia sekadar ditemani ulat-ulat buku yang bila sudah bertahun-tahun tidak kuselak mula menebuk-nebuk jahitan antara halamannya.

Seperti biasa pagi ini aku tiba awal di pejabat. Kebiasaan membuka emel-emel, bermula yang rasmi, kemudian ke beberapa emel percuma yang lainnya. Setelah itu membuka MitH agar sapaannya mewarnai hari, dan melihat fotopages. Aku jadi sungguh teruja bila ada komen Citah di situ. Melalui emel yang ditinggalkannya, aku masukkan idnya ke daftar Yahoo! Messenger. Tiba-tiba kulihat Citah online!

Maka berjerit-jeritanlah kami berdua di YM! Rindunya tak terkata, gembiranya tak terhingga, bisa berhubung dalam dunia maya walau lautan dan benua menghadang bicara. Sebentar itu pula kulihat Ita online terus sahaja kami bertiga berjerit-jeritan seperti bertemu berdepan. Rupanya Citah berjaya hingga jam 2pagi menanti kami. Dan tentulah penantiannya itu berbaloi kerana kami berdua muncul jua akhirnya. Ita menarik diri, harus melayan tetamu Pak Menteri. Citah juga ingin menjemput lena sudah terlalu larut dini hari... aku juga ada deretan kerja yang perlu diteliti.

Jadilah kami bertida sangat-sangat puas hati. Aku - lega rasanya bila tau Citah selamat semuanya di sana dan bakal mendaftar hari ini. Ada pula sambungan internet di dalam bililknya, justeru mudahlah berkomunikasi. Citah - pastilah terasa tidak terlalu sunyi bila teman-teman rapat sejak berumur 13tahun bisa di capai di hujung jari...

Take care Citah.... we love you!

29 Sept 2005
:: Antara kita sudah jauh...

Ahad lalu (25 Sept), aku dan teman-teman MGH88 ke KLIA menghantar Citah yang akan melanjutkan pelajaran ke UK. Berbaur-baur perasaanku waktu itu. Tentulah gembira apabila sahabat karib berjaya melanjutkan pelajaran ke negeri orang, aku berkongsi gembiranya. Tapi dalam masa yang sama aku sayu, kami tidak pernah sejauh ini terpisah benua.

Aku, Jedah, Nett dan Izai sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 8.45malam. Citah dijadualkan berangkat jam 11.30malam. Sementara Ida ditemani seorang kawan yang hanya kukenali dengan nama Along telah sampai lebih awal. Selama lebih kurang dua jam di ruang legar balai berlepas, kami sempat mengabadikan kenangan. Bertukar pesanan terakhir dan berjanji untuk saling berkomunikasi menerusi medium paling mudah dan murah - internet.

Bila Citah melambai kali terakhir sebelum memasuki pintu automatik pemeriksaan kastam, serasa alam sunyi buat beberapa detik. Aku bangga punya teman yang mampu pergi jauh untuk belajar. Menuntut ilmu ini bukan mudah, apatah lagi bila jauh beribu batu, jauh dari saudara-mara dan handai-taulan. Citah pergi bersendirian, hanya berbekal janji dari penuntut Malaysia di sana yang akan menunggu di lapangan terbang. Serasa ingin pergi menghantar Citah sampai ke destinasinya, agar kupasti sahabatku ini selamat sampai ke tempat tujuannya.

Dua tiga hari ini aku menanti-nanti khabar berita darinya. Kadang-kadang aku, Ita dan Jedah bertanya sesama sendiri tentang keadaan sahabat kami di tempat baru. Sedikit cemburu bernaung, aku belum pernah menjejak negeri atas angin itu. Pastilah pula suasananya nyaman dan segar seperti yang selalu ku lihat di kaca tv. Mungkin juga sangat sejuk dan Citah terpaksa memakai berlapis-lapis pakaian untuk menghangatkan badan. Dua tiga hari ini aku membelek-belek gambar-gambar yang kami rakamkan di KLIA. Dua tiga hari ini aku bertanya-tanya sendiri, apakah Citah mendapat teman-teman yang baik-baik di sana, semoga untuk insan sebaik Citah, akan ada insan yang sebaiknya juga membantu hari-hari awal dia di bumi asing itu.

Melihat foto-foto kalian di negara Inggeris Beraja itu dan keindahan suasananya, semakin kuat azamku untuk menjejak Citah, mungkin ini juga satu trigger untuk aku berusaha mencukupkan biaya untuk ke sana. Semoga Citah selamat di tempat orang, mendapat teman baru yang baik-baik, mudah pula menyesuaikan diri dan suasana pembelajaran yang baru.

19 Sept 2005
:: Perhaps love...

Perhaps love is like a resting place
A shelter from the storm
It exists to give you comfort
It is there to keep you warm
And in those times of trouble
When you are most alone
The memory of love will bring you home

Perhaps love is like a window
Perhaps an open door
It invites you to come closer
It wants to show you more
And even if you lose yourself
And don't know what to do
The memory of love will see you through

Love to some is like a cloud
To some as strong as steel

For some a way of living
For some a way to feel

And some say love is holding on
And some say letting go
And some say love is everything
And some say they don't know

Perhaps love is like the ocean
Full of conflict, full of pain
Like a fire when it's cold outside
Thunder when it rains
If I should live forever
And all my dreams come true
My memories of love will be of you

And some say love is holding on
And some say letting go

And some say love is everything
And some say they don`t know

Perhaps love is like the ocean
Full of conflict, full of pain
Like a fire when it`s cold outside
Or thunder when it rains
If I should live forever
And all my dreams come true
My memories of love will be of you

[ dengar ]

~~@~~

Apakah, apabila tiada kita menginginkannya? Apabila ada ia meresahkan? Adakah ia seperti nasi? Tiada - kita kelaparan? Bila ada - kita kenyang? Bila terlebih - memudaratkan?

Seorang sahabat keresahan. Ia datang dalam satu pekej yang sangat mengelirukan. Pakej itu memerangkapnya lama, tangan terjerut nyawa tersiksa. Kerana cinta cahayamata, berkorban diri waima nyawa, selama mana tubuh setia mengusung nyawa. Cintanya menjadi tuba, aku kasihan mengalir air mata. Katanya alangkah bertuahnya jiwa, jika aku menjadi engkau tidak bertemu tuba berpuaka.

Aku mengenang tentang dia dalam-dalam. Aku hanya ingin dia bahagia. Aku hanya ingin dia gembira. Mendapat sesuatu dari keindahan di alam Tuhan. Aku benar-benar ingin sahabat kesayanganku itu gembira dan bahagia.

Aku tidak punya apa yang engkau ada dan telah menjadi tuba. Aku jua sepertimu berusaha untuk hidup tenang dan gembira dalam suasana yang sungguh-sungguh sederhana. Apakah kita akan mengalah dan kalah? Apakah kita akan utuh dan teguh? Seutuh persahabatan kita yang melampaui separuh usia?

Dicelah segala keseliratan kau dan keseliratan aku - kita hanya mahu damai, tenang dan bahagia, supaya kita cukup masa mengenali diri yang berhujung di sana...

15 Sept 2005
:: Somewhere over the rainbow...

Mencari hati jauh dalam lubuk bukat
entah mana jernihnya
berenang mencari punca
entah mana talinya

aku bertanya sepuluh dekad
kali ini baru kau jawab
lubuk itu sememangnya bukat
kau biarkan bukat
agar aku terus sesak
dan menyisih pergi
mencari anak air jernih
agar aku menua dan mati dalam dadanya.

SMS tanda ingatan. Aku sengih tergawang-gawang. Mimpi apa, igauan apa. Entah. Aku telah buntu mencari jawapan. Maka biarlah ia mengalir mengikut masa. Biarlah aku tenang tergenang sebentar, sebelum takdir tentukan aku tenggelam.

~~@~~

Menerawang seawal pagi, mencari lagu ini dan banyak versi yang kuperolehi. Aku mahu simpan semuanya, satu lagu yang dinyanyikan dengan berbagai rentak dan ekspresi, ada apa dengan lagu ini sebenarnya? Kenapa ramai orang ingin menyampaikan lagu ini dengan cara dan musik mereka sendiri. Yang aku belum jumpa - versi lagu asli Melayu attau dondang sayang,, kalau ada... bagaimana bunyinya ya? Antara versi yang paling aku adalah nyanyian mendiang Braddah Iz dari Haiwaii, ia menjadi soundtrack beberapa buah filem.

Mungkin antara lain ciri sebuah lagu yang baik ialah, apabila mendengarnya kita akan rasa gembira yang datang entah dari mana, kita rasa terbawa dengan suasana di mana selayaknya irama itu berada, di opera, di tepi pantai, di kawasan pergunungan, waima dalam sebuah rumah kotak sekali pun. (Aku teringatkan Effa, dengan entri Rumah Kotaknya dulu, sekarang Effa tak menulis lagi, atau aku tidak jumpa blog dia lagi. Mungkin sibuk dengan tugas dan rumahtangga. Always miss her writting!) Dan petikan ukelele ini... membawa aku ke tempat yang belum pernah aku sampai... the island of Aloha...

Over The Rainbow/What A Wonderful World Lyrics
:: Israel Kamakawiwo Ole'
:: Sountrack Meet Joe Black
:: [ dengar ]

Oooooooooooooooooh
Oooooooooooooooooh
Oooooooooooooooooh
oooooooooh oooooooh
Somewhere over the rainbow
Way up high
And the dreams that you dream of once in a lullaby

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly
And the dreams that you dream of
Dreams really do come true.

Someday i wish upon a star
Wakeup where the clouds are far behind me
Where trouble melts like lemondrops
High above the chimney top
That's where you'll find me

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly
And the dreams that you dare to
Oh why oh why can't i

Well i see tree's of green and red roses to
I'll watch them bloom for me and you
And i think to myself
What a wonderful world

Well i see skies of blue and
I see clouds of white
And the brightness of day
I like the dark
And i think to myself what a wonderful world.

The colours of the rainbow
So pretty in the sky
I also one the faces of people passing by
I see friends shaking hands saying
How do you do
They're really saying I I love you

I hear babies cry and i watch them grow
They'll learn much more then we'll know
And i think to myself what a wonderful world
World

Someday i wish upon a star
Wakeup where the clouds are far behind me
Well trouble melts like lemondrops
High above the chimney top
That's where you'll find me

Oh somewhere over the rainbow
Way up high
And the dreams that you dare to
Why oh why can't i I

Versi lain:

Judy Garland
Faith Hill - Wizard of Oz
Marusha (Remix)
Jewel
Kenny G (seperti musik latar MitH)
Valera Xrennikov
Placido Domingo
Jimmei Hendrix
Ronan Kiting

Di alam Melayu juga terdapat banyak lagu yang dinyanyikan oleh ramai penyanyi. Tetapi selalunya dengan rentak dan melodi yang hampir sama, walau ada beberapa lagu pop yang dikeroncongkan atau ada lagu rock yang diaslikan. Mungkin setiap seorang dari penyanyi itu mahu menghargai sesebuah lagu yang begitu indah dalam nada mereka sendiri. Dan kita sebagai pendengar, boleh memilih versi yang kita ingin dengar. What a wonderful world... huuuu yeayyyyyyy......

9 Sept 2005
:: Rumah Pusaka Bertuah...

dari depan - no 5, kg terap, senaling, kuala pilah.... terima kasih kepada pemilik/pewaris...Aku cuti bekerja hari ini, semata-mata mahu membantu anak saudara menyudahkan tugasan yang diberi oleh pensyarahnya. Apa yang endorong aku sehingga sanggup mengambil cuti adalah kajian yang harus dilakukannya itu sangat bersangkutan dengan kecenderungan dan pekerjaanku jua.

Dia telah dimnta untuk merakamkan rupabentuk rumah tradisional - kerana tinggal di Negeri Sembilan maka rumah tradisional Negeri Sembilan menjadi pilihannya.

 

dari sisiTempat yang kami tuju ialah Senaling, ianya tidak berapa jauh dari kampungku. Pun begitu kami tidak menuju rumah sesiapa, sekadar memerhati rumah-rumah yang memenuhi ciri-ciri rumah tradisional dari jalan utama dan berhenti memberi salam. Alhamdulillah kedatangan kami diterima mesra oleh pemilik/pewaris rumah-rumah yang semakin hilang bentuk asanya akhibat diperbaharui dan ubahsuai yang melampau.

Masih tinggi budi bahasa masyarakat kita rupanya. Aku cukup terharu apabila penghuni tua tak bergigi menyambut kami dengan ramah dan cukup mesra, walaupun sebelum ini kami tidak pernah bertentang mata. Menjawap segala pertanyaan malah sudi berkongsi sejarah rumah yang usianya melangkau lebiih seratus tahun itu.

adunan baru dan lamaSenibina rumah tradisional ini sangat unik. Kebanyakkan adalah tanpa menggunakan paku. Sebagai ganti, pasak digunakan. Pasak ini adalah sepotong kayu kecil yang dimasukkan diantara sambungan kayu untuk 'mengunci' kedudukkan sambungan itu. Ianya kukuh walaupun telah melalui hujan panas sejak lebih dari sekurun yang lalu.

Rumah pertama yang kami siggahi, kelihatan sunyi sepi, bahagian dapurnya sudah diganti sepenuhnya dengan dapur bawah bertembok batu. Ada alunan alunan halus dari stesyen radio tempatan. Namun aku tidak melihat kelibat sesiapa pun. Aku sedikit teragak-agak mahu memberi salam. Lalu kami ke rumah di sebelah kiri kedudukan rumah tersebut, kerana rumah tersebut kelihatan terbuka tingkapnya.

tabir airAbang ipar memberi salam dan disambut mesra oleh seorang kakak yang kemudian mempelawa kami masuk ke dalam. Kami turuti pelawaannya, memperkenalkan diri serta tujuan. Nyatalah rumah kecil yang kami intai tadi kepunyaan saudara maranya juga. Dengan berlapang hati dia memanggil Kak Ani yang sedang melepaskan kambing-kambing jagaannya. Ianya satu ermandangan yang sungguh harmonis dan damai. Kambing-kambing berlarian riang terlepas dari reban ke sekitar kawasan rumah lama yang lapang. Kami pantas meminta diri, untuk segera menyelesaikan tujuan kami.

 

rumah tanggaRumah ini kecil dan comel dari pandangan mataku. Ia sangat sederhana, tetapi cirinya lengkap. Menurut Kak Ani, dahulu rumah itu sempurna cirinya lengkap dengan dapur kayu dan pelantarnya, tetapi perjalanan masa telah mentakdirkan ia mengalah dengan perubahan suasana.

Apa yang menarik perhatianku adalah bahagian tangga di hadapan rumah tersebut. Ada penanggah tempat duduk di kiri kanannya yang disokong oleh kayu berpasak yang disambungkan dari kayu penyokong atapnya. Mungkin di situlah tempat orang-orang dahulu duduk berbual di waktu-waktu senggang.

pasak di sana siniNyatalah rekabentuknya tidak jauh berbeza dari rumah nenek dan rumah nenek saudara. Tetapi kedua-dua rumah pusaka ini telah usang dan terbiar. Sementara bahagian dapur sudah dirombak dari terbiar runtuh menyembah bumi. Yang tinggal cuma kenang-kenangan zaman kanak-kanakku di kedua-dua rumah tersebut.

Sementara rumah mak sekarang adalah bentuk rumah limas berbumbung lima. Dari pandanganku banyak bahagian telah dipermodenkan. Jika dahulu awan larat, pucuk rebung dan segala nama ukuran memenuhi hiasan kekisi bilik dan tingkap-tingkap, di rumah mak gerigi besi menggantikannya. Nyatalah rumah yang dibina oleh arwah abah untuk mak ini banyak diengaruhi ciri rumah moden.

jendela saksi masa...Aku bertanya kepada mak, kenapa arwah abah tidak membina rumah tradisional, mentelah dia juga Dato' Palembang? Kata mak, arwah abah sudah menyempurnakan rumah nenek (rekabentuk tradisional) tetapi dia masih tidak puas hati lalu mengambil keputusan untuk membina sebuah rumah di sebelah baruh rumah arwah nenek, dengan rekabentuk begini.

Rumah arwah nenek punya cerita pembinaannya sendiri. Keadaan ekonomi keluarga kami mudur ketika itu, malah sejarah awalnya ia diperbuat daripada pohoh-pohon buluh yang dibelah membentuk pelepah lalu dijadikan lantai. Kata mak, ia mengeluarkan bunyi yang berkeriut yang agak kuat bila dipijak. Justeru ramai anak-anak kecil jiran yang terbangun apabila nenek sekeluarga bangun awal-awal pagi untuk menoreh getah.

aku masih ingat cerita dari mulut arwah nenek sendiri, dia bersama arwah atuk menggalas batu-batu anak air dati Tpbek Porah, satu tempat di hujung kampung yang punya anak air dan kolam ikan (tobek). Batu-batu anak air sebesar kepala lutut dibawa beransur-ansur dengan kudrat sendiri.

pelantar dapur, ini selalunya adalah tempat membasuh pinggan.Hampir setahun juga arwah nenek dan arwah atuk berusaha memunggah batu-batu itu untuk dijadikan asas konkrit lantai simin di bahagian dapur. Kata mak waktu itu ada juga di antara penduduk kampung yang menebang sendiri pohon-pohon hutan seperti kayu ponak untuk dibuat tiang rumah.

Patutlah arwah nenek bersungguh-sungguh memelihara rumahnya itu, mengganti atap rumbia dan menampal mana yan gbocor. Aku masih ingat arwah nenek mengutip daun rumbia dan dijadikan atap. Aku ingat sedikit sebanyak proses-prosesnya, walaupun aku tidak yakin bisa melakukannya lagi ketika ini.

Hidup tidak semudah itu waktu itu, aku hanya mampu menyaksikan sisa-sisanya sahaja. Mungkin kakak dan abang lebih mengerti kerana mereka sendiri berpeluang melalui waktu-waktu itu. Aku dilahirkan di rumah mak yang terletak di sebelah baruh rumah nenek.. Maka tidak banyak susah payah arwah nenek yang sempatku alami.

Kata mak lagi, lantai buluh itu diganti papan dengan duit gaji arwah ayah ulu yang menjadi askar Melayu. Malam-malam nenek akan meraut papan untuk dibuat kekisi tingkap. Rumah itu mereka bina sendiri secara beransur-ansur.

kekisi yang diukir indah, sekarang majoriti menggunakan kekisi besi, termasuk rumah mak.Aku membawa suasana ke waktu itu. Udaranya nyaman, suasananya lebih tenang tetapi agak gusar dengan tekanan keperluan dan kemampuan. Malamnya pula hanya dicemari lintuk pelita ayan, aku sempat walau dalam waktu yang singkat merasai suasana berpelita ayan. Jika hari ini aku terpaksa melalui keterbatasan seperti itu, sehari dua mungkin pengalaman manis tetapi jika lebih, mungkin jiwa juga bisa terganggu.

Dalam ruang masa 30 - 40 tahun, terlalu banyak yang berubah. Negara kita juga sendat dengan perubahan mendadak. Dalam jangka 10 tahun, lihatlah segalanya hari ini... Syukur Alhamdulillah.

loteng - kata mak, waktu dulu anak-anak dara tidur di atas iniRumah pusaka nenek semakin sayup melalui masa. Ia tidak dapat diuruskan lagi. Sudah hampir 10 tahun ia tinggal begitu sahaja. Dulu, ada juga arwah Ayah Ulu sempat tinggal di situ bila dia menoreh getah di kebun hilir buat biaya sekolah anak-anaknya. Kemudian Acu juga pernah tinggal di sana bersama anaknya Saiful. Tapi sekarang ia sepi, ia hanya sebuah rumah yang tinggal. Semak-semak sudah memenuhi halamannya.

Mungkin bila Along atau Ongah sudah pencen, mereka kembali ke rumah pusaka ini, mewarnai kembali kehidupan di tanah warisan moyang yang datang jauh dari Pagar Ruyung dan membina keluarga di sini. Aku pun sangat pingin untuk bangun dalam suasana berembun dan berkabus, dengan udara yang sungguh-sungguh nyaman dan bersih. Semoga tanah pusaka bertuah ini akan menyatukan waktu tua kami adik-beradik...

10 Sept 2005
:: Buku lama...

Hari ini aku menyelongkar buku-buku tinggalan arwah abah. Aku encari-cari sesuatu. Manakan tau, ada rezeki aku mungkin bertemu sesuatu di dalam almari buku yang telah separuh diisi buku-buku teknologi maklumat milikku.

Aku menjerit-jerit kepada mak bila bertemu apa yang kucari. Sekurangnya aku dapat memenuhkan sebahagian lagi tugasan membongkar khazanah lama. Banyak juga yang kutemukan, cumanya banyak pula buku-buku itu yang telah dibakar mak sewaktu mengemas rumah menjelang kenduri perkahwinan kakak dulu.

Sebahagian adalah buku bertulisan jawi, aku panggil mak untuk bacakannya. Aku bukan tidak boleh langsung membaca, tetapi agak tergagap-gagap hingga bunyinya juga membuatkan mak ketawa. sekarang warisan lama seperti ini mungkin hanya boleh didapati di perpustakaan sahaja.

Aku bertanya-tanya pada mak tentang peribadi arwah abah. Mak bercerita, aku mendengar dan membayangkan kalau arwah abah masih ada hari ini, pasti banyak ilmu yang dapat kutanyakan darinya. Kata mak, arwah abah suka membaca. Pantang ada waktu senggang dia pasti membaca. Pernah kata mak, dia menegur arwah abah kerana asyik membaca. Jawapan arwah abah mudah, seperti mana makanan itu memuaskan kelaparanmu, begitulah membaca bagiku. Terdiam aku mendengarnya, kerana ternyata minat membaca arwah abah tidak turun sehebat itu kepadaku. Kalau dia masih ada, mungkin banyak yang daat kutanya tentang sejarah zaman dahulu, tentang kegiatan keagamaan, tentang politik dan sistem beraja. Pasti banyak yang akan kutanya...

[Terjumpa catatan/nota arwah abah ketika membaca, hatiku sebak mataku berkaca, aku rindu sesuatu yang tak pernah lunak aku kenali.]

7 Sept 2005
:: Sejarah itu ilmu alam...
(Part 1)

Aku banyak berfikir kebelakangan ini. Mungkin dipengaruhi oleh pembacaanku. Sejarah bukanlah satu bidang yang kugemari. Sewaktu di zaman persekolahan dulu pun aku sangat-sangat sengsara dengan matapelajaran sejarah. Aku tidak melihat ia sebagai sesuatu yang menarik. Tambahan semuanya adalah fakta-fakta yang perlu dihafal. Dengan tarikh dan kejadian - benar-benar membuat otakku senak. Aku lebih senang dengan ilmu alam atau geografi. Aku suka melukis permukaan-permukaan bumi yang terakhibat dari hakisan glasier, banjir, kikisan angin, frost dan segala macam kesan lagi.

Belajar geografi membawa aku ke dunia yang indah. Bila membaca dan mempelajari tentang iklim serta tumbuhan di negeri yang beriklim lain dari negara kita ini, aku akan membayangkan kawasan pergunungan, rumput-rumput steppe, buah-buah sitrus, ladang gandum yang biji benihnya 'tidur' di musim dingin dan bercambah di musim bunga. Teknik tertentu dilakukan supaya biji benih tidak musnah oleh frost apabila cuaca terlalu sejuk dan lembab. Entah, aku merasakan ia lebih kepada satu penceritaan dan ianya cantik.

Sementara mempelajari sejarah, ia seperti melihat masa lalu itu dengan segala rona warna kertas yang perang. Alam jadi murung di kertas yang keperangan dan kuning dengan tulisan yang susah dibaca, walaupun buku teks sejarahku sangat putih halamannya dan baru dibeli. Aku mudah bosan melihat foto Stamfort Raffles - yang aku hanya ingat dia ada kaitan dengan Singapura, dia ditulis sebagai 'membuka' Singapura. Aku rasa gelaran itu kurang tepat, dia lebih kepada mentadbir bukan membuka, tapi itu lah sejarah dan kesan terhadap penulisan.

Jika sesuatu yang kita tulis hari ini adalah sesuatu yang tidak benar, maka apa yang generasi dekad akan datang faham adalah fakta tidak betul yang kita tinggalkan itu. Penulisan anda mungkin bisa mengubah pemahaman tentang sejarah, harus berhati-hati tentang itu. Dan mana-mana bahan bacaan pula haruslah jangan ditelan bulat-bulat pula, sedikit fikiran dan minda yang bekerja diperlukan untuk merungkai benar salahnya. Jangan sampai kita hanya jadi generasi 'angguk-angguk, geleng-geleng' saja. Orang kata 'ya' kita pun kata 'ya'. Orang kata 'halal' kita pun kata 'halal'. Apa pun orang kata, kita mesti ada papan pemproses dan papan logik sendiri disamping papan pintar untuk melaksanakan pemikiran yang menjana kemajuan bangsa kita selamanya. Tidaklah kecoh satu negara tentang isu Bapa Kemerdekaan jadinya.

Aku tidak menyalahkan golongan muda semuanya (sebab aku pun golongan muda ), sedang sebenarnya banyak jua golongan tua yang tak tahu apa-apa, sekadar jadi agen angguk-angguk, geleng-geleng saja.

Hari ini entah badai apa melanda mindaku, aku seperti mahu mengutip semua cebisan sejarah yang ada. Kerana aku telah mengerti apa bawaannya. Bawaannya maruah, perjuangan, patriotik, harga diri dan segala benda positif yang boleh kau namakan.

Kerana itu aku lakukan apa yang sedang aku perbuat hari ini, kerana aku tidak mahu sepuluh tahun akan datang, orang Melayu tetap lebih menghargai filem Inggeris, lebih bangga becakap sesama Melayu dalam Bahasa Inggeris (seperti yang aku tonton dalam realiti TV Mencari Cinta malam tadi). Aku pun selalu bertutur bahasa itu sesama bangsa Melayu, aku ada alasan - aku sedang memahirkan diri... he he he... seperti biasa alasan untuk menyelamatkan diri. Seperti kata mak, "kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik". Hmmm.... bolehkah aku guna peribahasa itu dalam keadaan ini?

Aku suntuk masa, aku mahu pulang esok aku lanjutkan lagi soal ini....

---

Akhirnya Ron Goodwin kembali di Hamlau [ x ]

6 Sept 2005
:: Resah...

Aku adalah seorang yang jarang menyelak helaian akhbar. Bukan kerana aku tidak suka mengetahui berita-berita menarik dari segenap pelusuk alam, cuma aku mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkan pembacaanku. Selalunya akhbar dalam talian sahaja yang kubaca, itupun dipilih mengikut tajuk beritanya. Atau ada sesuatu yang hangat diperkatakan pada hari tersebut, atau aku sempat menonton berita utama di mana-mana stesyen televisyen dan mahukan susulan lanjut, maka aku akan berusaha mendapatkan senaskah akhbar. Dalam sedar, ini adalah salah satu punca kenapa tahap kelembaban otakku sangat-sangat menyerlah, kurang input dan pembacaan. Aku hanya tahu sedikit-sedikit dari itu dan ini sahaja.

Namun pagi ini adalah antara pagi-pagi yang aku sempat menyelak laman-laman yang sendat dengan kecubung dunia ketika ini.

Muka pertama - kemalangan pesawat udara di Medan, Indonesia. Mengorbankan 149 nyawa, penumpang dan juga penduduk kawasan perumahan di mana pesawat itu terhempas. Membaca, melihat dan membayangkan, kalaulah aku atau keluarga aku atau kenalan aku yang berada dalam keadaan itu... sayu.

Muka seterusnya - pembunuhan melulu di Selatan Thailand. Terbaru seorang imam, Abdul Ghafar Yusof ditembak mati ditangga rumahnya sebaik pulang dari mengimamkan solat Isyak di masjid berhampiran. Aku membayangkan beliau adalah kenalan atau saudara atau jiran tetanggaku.... pedih.

Muka belakang seksyen pertama akhbar - manusia-manusia tersadai digenangi air nun di bumi jauh, New Orleans. Kemusnahan yang maha hebat dipaparkan media saban hari, ratapan dan tangisan mengingatkan aku tragedi tsunami yang sangat hampir dengan kita Disember lalu. Jika tsunami dahulu, bumi kembali kering setelah diamuk badai dari laut, tapi di sana... air itu tidak kemana. Ia seolah ingin menakluk kawasan yang dulu bukan miliknya. Mungkin sama dengan hasrat ketua pimpinanan negaranya, meraja di bumi orang... sinis.

Dari semua tragedi yang menimpa, apakah yang dapat kita simpulkan? Kelihatannya seperti sama rentak dan gayanya. Manusia, mahupun bumi sama resahnya. Mengapa resah? Mengapa gelisah? Beginikah resah dan gelisah menghadapi sakaratul maut? Dunia ini beserta semua penghuninya semakin hampir dengan titik akhir itu, penamat segala yang mula, dan permulaan segalan yang kekal. "Beginilah laku dunia akhir zaman..." terlalu kerap deriaku mendengar ucapan itu, semenjak dari ia masih lembut lagi. Benarlah itulah arah yang dituju; "Ingat, kita berjalan harus kehadapan." satu iklan komersial Hari Kemerdekaan itu turut mengiyakan destinasi yang semakin kita hampiri.

Dalam helaian lain, Mawi menerima hadiah pertamanya - Suzuki Swift dan wang tunai RM26,000. Rezeki orang getus hatiku. Aku melihat beberapa kali AF di Astro. Tetapi aku tidak pula mendapat tarikkan seperti orang lain. Aku download lagu Seroja nyanyiannya, suara dia biasa saja. Adalah yang orang ramai minati tentang dia tu. Mungkin samalah seperti orang lain tidak melihat indahnya sehelai lalang di mataku, atau merdu dan penuh ilmu sebuah irama dan susunan kata yang menjadi gurindam penyanyi kegemaranku. Semoga dia maju dan dirahmati Allah sentiasa, semoga pula dia sentiasa berakhlak baik seperti yang ditulis di media-media massa. Semoga juga apa yang tidak aku ingini tidak terjadi antara dia dan tunangannya, seperti yang selalu terjadi pada kebanyakan artis dan dunianya.

Dalam helaian lain, satu pembacaan yang sangat menarik dan bersamaan dengan perkara yang sedang kukaji sekarang ini. Tentang kitab-kitab Melayu Lama, bermula dari seawal kedatangan Islam ke Nusantara ini. Alhamdulillah Tuhan tunjukkan jalannya, Syukur kerana ianya dipermudahkan.

 

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://www.elaira.net