I am a part of this Glamurous Organization!!!

... di ruang bisu ini,
ku himpun semua lagu kehidupan
ku lemparkan agar tersulam
sekuntum senyum penghias hari
dalam jalan-jalan yang semakin kelam
dalam jalan-jalan menuju pulang.
..

~@~

REMEMBER ME

elaira.net
elaira.fajaronline.com
elaira.cjb.net

~@~

GUESSBOOK

erikas

~@~

IKLANEKA
HOT DEAL

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa bilik pejabat, berhampiran Pejabat Urusan KRU, Keramat.

Fasiliti termasuk meja (4x6), kerusi exec, aircond, pintu bilik sendiri dan kemudahan bilik mesyuarat percuma.

Suite 17-3 Jalan AU1A/4B Keramat Permai Business Centre, 54200 Kuala Lumpur

Untuk keterangan lanjut hubungi:-

tel: 42569007
fax: 42579124
email: smart_esdey@yahoo.com

~~@~~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis

~@~

KRONISM

elaira@kroni
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

~@~

menarik@GEJU

geju realiti
geju lumba kata
antologi geju !!!

GEJU

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi

~@~

ISLAMIC

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

OTHERS

Faisal Tehrani
Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
Ju`an Einriqie
rizal
strozze
gigi tak bertatoo
aceh menangis
cstech
saiful nang
shaliza
shaliza.com
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake

~@~

ARTICLES

which tree
penubuhan ifc

~@~

MESTI TONTON

ahad
melodi-12.30pm-tv3
mentor-9pm-tv3

isnin
top host-9pm-tv3
misteri nusantara-9.30pm-tv3

selasa
tremors-9pm-tv3
kingdom hospital-11.30pm-tv3

khamis
999-9pm-tv3
maggie bersama bintang-tv3
ambush makeover-9.30pm-tv2

jumaat
national geographic-9pm-tv3

sabtu
jalan2 cari makan-4.30pm-tv3
majalah3-9pm-tv3
cerekarama-10pm-tv3

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005

~@~

 

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://elaira.net

28 Jun 2005
:: Sebuah pemergian...

Datang dan pergi, kelahiran dan kematian... adalah kehidupan seharian.

Semalam aku dikejutkan dengan berita kepulangan kerahmatullah mak ulu Sumah (mak cik). Walaupun tidak terkejut kerana dia memang sudah lama menghidapi penyakit tak mahu makan dan tidur, ia tetap satu kehilangan.

Selama lebih seminggu sebelumnya, mata kiriku bergerak-gerak, tiap-tiap hari. Aku yang kehairanan dan merasa sedikit terganggu bertanyakan kepada teman-teman di pejabat dan juga teman-teman di YM. Begitulah kata mereka dan aku sendiri tahu, bahawa selalunya ia dikaitkan dengan berita sedih yang akan diterima dalam masa terdekat.

Bukan pula aku tidak percaya, tapi aku tidak mahu mengambil terlalu serius komen teman-teman, atau mungkin ia satu bentuk penafian dalam diri... tidak mahu berita sedih mengetuk pintu hidup sehari dua ini.

Pagi ini di pejabat, mak menalifon dan memberi tahu tentang kepulangan ke rahmatullah mak ulu Sumah. Aku bersegera pulang ke rumah di mana Ongah sudah sedia menanti. Oleh kerana maklumat yang tidak lengkap, kami terus ke HUKM di mana gemulah menghembuskan nafas terakhir. Setiba di sana, menurut kakitangan rumah mayat, jenazah sudah dibawa pulang. Ke mana? Kami tidak tahu, samada ke kampung atau ke salah satu rumah anak-anaknya yang ramai di Kuala Lumpur ini. Ongah cuba hubungi salah seorang anak gemulah; abang Khalid... talifon tidak dijawap. Lama juga kami termanggu, ke mana mahu dituju.

Akhirnya, seorang lagi abang sepupu menalifon dan memberi tahu, jenazah akan di sempurnakan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang, berhampiran KLCC. Dan kami pun ke sana. Setiba di sana, bacaan talkin sedia untuk dimulakan. Alhamdulillah jenazah mak ulu disempurnakan dengan segera. Menjelang zohor semuanya selamat disempurnakan.

Melontarkan pandangan disekitar tanah perkuburan yang sendat itu, aku mengutip ketenangan. Aku faham, di situlah perjalanan akhir sebuah kehidupan setiap gemulah yang disemadikan. Melihat nisan-nisan kaku, aku tidak lagi merasa berdebar dan takut seperti waktu kecil dahulu... tapi satu ketenangan yang sukar aku tintakan. Insan-insan di situ tidak lagi terkejar-kejar, tidak lagi tertekan, tidak lagi runsing atas apa saja hasad duniawi... mereka sudah sampai pada titik nokhtah kehidupan dunia yang fana ini.

Pohon-pohonnya mesra dan hijau, memberi redup pada suasana yang selalunya pilu dan sayu dan menelan semua hiruk pikuk deru kenderaan di jalan-jalan besar yang mengelilingi tanah perkuburan itu. Batu-batu kaku sebagai kad pengenalan terakhir yang tidak standard berbagai bentuk dan ukiran, mungkin jua lambang kehidupan yang dilalui oleh insan di bawah sana. Seorang datuk atau menteri akan punya bingkai kuburan dari marmar hijau atau hitam yang mahal harganya, seorang penjaja surat khabar pula hanya dibekalkan dua nisan pudar yang sering pula dilangkahi manusia yang berziarahan. Ada satu pengertian, ada satu penilaian dalam diri seorang aku melihat semua itu.

Sewaktu melangkah pulang, mak bertemu ayah ulu (abang sepupu mak yang selalu peduli tentang mak semenjak arwah abah tak ada). "Kakak kau dah pergi dulu..." adunya sayu pada mak, bergetar nada penuh sedih dalam suaranya. Airmataku laju. Ayah ulu Sudin dalam usia 80-an, terketar menerima takdir Allah. Mak berkata sesuatu, aku tidak lagi mendengar, jiwaku penuh sayu. Dan aku pun melayang ke satu ruang cuba memengertikan sebuah kehilangan dalam hidup pasangan suami isteri. Betapa kosong, betapa luluh... hancur bertebaran jasad yang terketar berdiri... rayuan nurani biarlah bersama bersemadi.

Aku tidak arif soal hati dan perasaan orang yang telah berumahtangga apatah lagi bila sudah melebihi 60tahun. Tetapi aku boleh mengagak gejolak emosi yang meruntun setiap urat nyawa pasangan yang tinggal. Seperti mana yang mak selalu katakan, apabila arwah abah dijemput pergi, dia turut kehilangan sebahagian dari dirinya. Aku faham, kerana aku juga tidak janggal dengan kehilangan... malah banyak kehilangan itu menjadikan aku tidak gentar menapak hari dan aku semakin mengerti, kita mendapat sesuatu hanya untuk kehilangan.

Di antaranya kedapatan dan kehilangan itu ayuhlah penuhi dengan segala erti, segala makna, segalah sedih, segala ceria... agar kehilangan itu kelak memberi segala makna terhadap apa yang ditinggalkan, terhadap erti sebuah kewujudan.

25 Jun 2005
:: Hampir ke penghujung...

Ada apa dengan Jun? Semuanya mahu tamat selaras dengan berakhirnya Jun. Kerja-kerja di pejabat mahupun yang di luar pejabat. Dan aku telah bayangkan minggu depan adalah kemuncaknya. Hujung minggu ini biarlah aku di rumah sahaja. Lelah terkejar ke mana-mana. Jun tahun ini juga serasa sangat mencabar. Sesuatu berlaku dan aku harus fikir banyak untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik. Alhamdulillah bertemu penyelesaiannya, tetapi ia turut menyumbang kepada kesesakkan penghujung Jun. Baru sahaja rasanya awal tahun, kini kita sudah tiba di pertengahan, dan pastinya tidak lama lagi tahun 2005 akan hanya tinggal kenangan, seperti mana tahun-tahun yang telah kita lewati dahulu. Bezanya ia semakin pantas... aku faham dan ingat, petanda hukum alam di dunia akhir zaman.

Aku memang seorang yang sentiasa melihat kembali jalan-jalan yang telah kulalui, berbagai coraknya. Terkadang aku menggeleng sendiri melihat warna yang telah kulakarkan, terkadang aku terkilan melihat irama yang kau karangkan. Memang aku tidak faham, selain dari warnamu bertali tujuh, apakah hatimu jua demikian rupa. Aku lelah menyusun kepingan jigsaw puzzle yang kau ciptakan, maka aku biarkan ia begitu. Aku faham hidup ini penuh teka-teki, tapi alangkah baiknya jika engkau memudahkan kecelaruan yang sememang menyelirat di mana-mana?

Tapi aku penuh sedar, apa hak ku untuk tentukan apa yang perlu engkau hamparkan. Justeru kubebaskan kau kelangit di mana warna-warnamu bermukim, mungkin aku sekadar mampu meminjam dan mengingati keindahan yang sebati dengan hukum alam. Aku redha... dan alhamdulillah aku belum lupa tersenyum pada langit di mana kau pernah bermukim. Sudah resam, jika ruang yang begitu kosong dirona warna-warna indahmu lagi... aku pasrah pada kebarangkalian untuk ia abadi. Sementara itu izin aku tersenyum dan berbahagia dengan segala adanya di hujung rimba ini.

Terkadang juga aku lupa sendiri, hujung rimba penuh suasana, penuh ceria, penuh warna... tapi mungkin semua kulihat biasa. Resamlah adanya... yang di sekitar dan sudah terlalu biasa tiada nampak indah, semua sama. Yang jauh tak tergapaikan menjadi impian menghias hayalan. Aku senyum sendiri pada diri, berkata-kata dalam hati, apakah ini namanya kebodohan berulangkali? Senyum sinis melihat kealpaan diri sendiri.

22 Jun 2005
:: Cahayamata Fajar...

Tiada bandingan senyuman tulus si comel
menyentuh hati dan makna kehidupanmu
yang terdalam
persis senyuman suci yang dibawakan
dari haruman surga ke ribaanmu...

Laksana bintang cemerlang di langit timur
kerdipan mata si comel mulus
cerahkan segenap usiamu
walau apa tintaan sukar waktu-waktu lalu
semua telah kau lupakan
hari ini,
yang menghuni jiwamu hanya wangian surgawi
tertitip dari Tuhan melalui senyuman sang puteri...

Anugerah ini kurniaan cinta dan Pencipta
tatanglah ia sepenuh rasa
isikan dadanya iman dan ilmu bercahaya
tatih langkahnya melengkap muslimah sejati
atur tuturnya sulaman bicara merekat ukhwah dunia
hiaskan pula keperibadian mutiara nadwah di wajahnya...

~~@~~

Izin aku meminjam bahagiamu sekali lagi. Kali ini atas kelahiran bintang timur nan indah berseri, laksana manikam turun kayangan. Sungguh tersemat indah sebuah kegembiraan yang sukar aku zahirkan dengan kata-kata di sini, yang kutahu aku sungguh gembira hingga senyum-senyum sendiri... pada Pencipta alam barangkali atas semua kurnia keindahannya.

20minit setelah kelahirannya, aku dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas. Tiba-tiba mentari cemerlang, dunia jadi indah berseri... terasa hangat bahagia menerangi hati. Betapalah aku memahami, kebahagian yang jauh lebih dan lebih lagi, bagi empunya diri yang telah bergelar seorang bapa kini. Aku tumpang merasakan gembira yang tercerna disinggahsana yang kini dikongsi bertiga... seorang puteri melengkapkannya.

Serasa ucapan tahniahku tidak seberapa, tapi hanya itulah yang mampu kutitipkan di hari bahagianya ini. Dari panggilan ringkas sebentar tadi, tergambar gunungan gembira dari suaranya yang bergetar. Terharu. Senyum sahaja pada diri, moga satu masa aku bukan sekadar terpinjam rasa yang bahagia.

Tahniah Fajar dan Anis sekali lagi, semoga menjadi ibubapa yang baik...

21 Jun 2005
:: Indigo dan Peniup Ney...

Nisah bertanya, tidakkah aku mahu memilikinya. Sudah tentu kataku, dan beliau bersetuju untuk menghantarkan dua buah buku tersebut secara pos kepadaku. Dan sekembali dari rumah puan bos lewat malam sabtu kelmarin, sampul surat besar berisi buku-buku tersebut sedia menunggu kepulanganku.

               

Terima kasih Nisah kerana sempat mendapatkan tandatangan Faisal Tehrani untuk kedua-dua buku tersebut. Hari ini aku belum boleh mengulasnya, belum habis baca!

Walau bagaimana pun, sekalung tahniah diucapkan buat Faisal Tehrani kerana berjaya memenangi tempat pertama dan kedua - Hadiah Sastera Utusan-Exonmobil ke 20, 2004!!!

Tak sabar nak habiskan, teringat betapa hebatnya 1515 dan 1511H....!

[ psssttt.... Fajar... heh heh... jangan jeles naa.... ]

20 Jun 2005
:: Semoga aku selalu ingat...

Hujung minggu yang lalu ada beberapa pelajaran dan peringatan baru yang perlu aku ingat dan buat panduan sepanjang perjalanan yang sementara di bumi Allah ini.

1) Masalah yang membuat kita keluh kesah saban waktu adalah semua berdasarkan masalah dunia - pesan Abg Pat.
2) Elakkan dari terlalu berkongsi sesuatu masalah atau perbincangan kerana ia mungkin akan membawa kita ke satu keadaan yang sama sekali tidak kita sangkakan, dan kita akan menyesal sepanjang hayat - terfikir sendiri.
3) Hukum manusia dan hukum Tuhan, seringkali kita salah letak keutamaannya - pesan Ongah.
4) Yang pahit dan getir itu ada manis di sebaliknya, kita harus bijak menukar cuka kepada gula, kita akan ketemui kalau mencari - terfikir sendiri.

Aku bersyukur tidak mengangkat pena sewaktu jiwaku tidak tenteram, kerana jika ia berlaku pasti akan kukongsikan sesuatu yang tidak sepatutnya. Alhamdulillah subuh pagi ini aku bangun tersenyum pada alam, masih terlalu besar rahmat Tuhan untuk menidakkannya dan memasamkan muka. Aku bermasam muka dengan Penciptaku? Nauzubillah.... mohon dijauhkan.

Hujung minggu ini melelahkan. Saat ia berlangsung aku hilang kawalan diri, jauh hati dan sedih. Aku terlontar jauh, jauh ke gaung penuh onak dan duri. Terhukum. Aku kesal apa yang telah aku perlaku, tapi sepertilah kata-kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Aku telan padahnya, walau ia sungguh pahit meracun hati. Aku tetap mahu berdiri... jika ia mahu bersemadi meracun peribadi selagi aku mengungsi dunia ini, maka silalah pabila ia kehendak Allah, aku redha...

Seringkali aku sarankan dan ingatkan pada diri: jangan sesekali menyusahkan orang dalam hidup yang sementara ini. Secara sedar aku telah menyusahkan orang. Aku jadi sangat sedih. Aku telah salah, aku telah menyusahkan orang, seseorang yang sangat-sangat aku ambil berat terhadap kesejahteraannya, dan aku sangat tersiksa melihat akhibat yang telah aku lakukan.

Aku telah berfikir, dan aku telah temukan kebarangkalian adalah cara menukarkan keburukkan itu kepada kebaikkan. Alhamdulillah, Tuhan berikan ilham... dan aku bersyukur dikurniakan teman-teman seperti kalian yang tanpa jemu memberi sokongan tenaga, wang ringgit dan idea.... InsyaAllah, usaha kita akan diberkatiNya.

17 Jun 2005
:: Di sebalik langsir...

Di sebalik langsir yang dipuput bayu
aku mendengar rintihanmu
aku mendengar keluhanmu
betapa hatiku jua luluh dan pilu
tapi biarlah ia kekal begitu...

Maafkan aku pagi ini
tidak bermaksud membuat kau berdarah
robek diratah ranjau dugaan dalam kesendirian
tapi aku juga lelah
dan tanganku telah patah
untuk terus menggapai dan memapah
langkah kita yang selalu bertukar arah...

Bayu dingin pagi ini telah membuat jemari kita kaku
dan langsir nipis menjadi tembok kaca yang tebal
dari sebalik ini aku tunduk menghitung debu
walau terkaku... dengan izinNya, doaku mengiringi perjalananmu.

15 Jun 2005
:: Mungkin...

I l i a . . .

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terubat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...

Sila tonton [ Mungkin - Anuar Zain ]

Katakanlah sebab musabab untuk aku tidak merasa berbangga dengan hasil karya seni Rosh. Bila diberitakan Rosh keluar dalam majalah Gempak, aku berusaha mendapatkan satu salinan untuk simpanan peribadi, seperti juga berita-berita lain yang melibatkan Geju, Aurorans dan Abang Pat. Melihat gambar Rosh yang tertunduk, aku tersenyum sendiri, memang begitu kebiasaan Rosh yang pendiam. Disebalik sunyi yang menjadi peribadi, ada sesuatu yang sangat aku pandang tinggi, biarlah aku sahaja yang tahu (Rosh... don't fly to the moon yet, we need that Karmawizra out by October... heh heh).

Oh ya, menyebut tentang Karmawizra - ia adalah komik karya Abang Pat dengan ilustrasi Rosh, gabungan dua insan yang pastinya membawakan sesuatu yang lain dan istimewa, yang kalian semua wajib miliki. Pelancaran dijangka Oktober tahun ini, dan kami di ADN sudah mula bersiap sedia menghadapi satu lagi hari bersejarah dalam persada seni penulisan sastera dan komik tanah air. Aku berani beri jaminan bahawa kalian tidak akan kecewa memilikinya, kerana aku sendiri tidak pernah putus asa menanti masa melewati buana melampaui 13 tahun mentari menanti kesinambungan Artakus dan Laira, dan kerana itu jugalah maksud wujud Istana di Hujung Rimba ini...

Oktober ini juga akan menyaksikan kelahiran semua Saga Artakusiad versi re-loaded.... hey fans, don't wait... don't even think of waiting, sebab... sekarang ni aku kekurangan waktu untuk menjawap pertanyaan mereka-mereka yang sayu akibat tertinggal keretapi heh heh...

Lakaran Rosh selalu buat aku terpegun, dia seperti melukis apa yang ingin aku lihat! Dari seawal mengenali beliau di tahun 2001 melalui FajarOnline, aku melihat perkembangan dan kemajuan artwork nya. He just getting beter and better, well done Rosh, and keep up the good work! You have my undivided support and so does the rest of Aurorans! Go Rosh! Go!

[Senyum buat Rosh! Promosi habis ni Rosh... heh heh... Miss you bro, lama kita tak bertemu (lama ke?) kali terakhir di pwtc bersama Abang Pat, 2 Mei - 7 minggu yang lalu... Jundak lagi lah lama tak jumpa... oye Odetakhun... di mana kamu....??? Kita nak buat recording untuk Karmawizra tu supaya lebih superb! (untuk kalian, maaf tak ada link lagu Karmawizra di sini... tunggu sahaja ya... Liana, dah contact Ramli Sarip for the vocal?]

14 Jun 2005
:: Route to KLIA, how to jimat tips...

Received this message from a dear friend of mine Izai, who is with Your Feel Good Channel this morning. thought of sharing it with you espeacially to those regular travellers out there. I dont really mind using the ERL, the company is paying by the way... heh heh... besides that, tak larat lah nak usung luggage turun naik transit ringan...

Do you know that you can travel from KL Sentral to KLIA for as low as RM12.50 instead of the normal fare of RM35.00?

Can't blame you for not believing that this is possible. A closer examination on the ERL fare structure using the link below will reveal the following weakness

Sentral(1) --> Bdr. Tasik Selatan(2) RM 4.20
Sentral(1) --> Putrajaya(3) RM 9.50
Sentral(1) --> Salak Tinggi(! 4) RM 12.50
Sentral(1) --> KLIA(5) RM 35.00

But,
Bdr. Tasik Selatan --> Putrajaya RM5.30
Putrajaya - -> KLIA RM6.20

So to save money on fares

1. Either take the ERL to Putrajaya for RM9.50. Get down and buy another ticket from Putrajaya to KLIA for RM6.20. Total cost
works out to RM15.70
instead of RM35.00

The inconvenience is having to wait for the next train for about 15 mins(peak) or 20 mins(non-peak). But the substantial saving of RM19.30 per person may be worthwhile.

Or

2. Take the Komuter to Bdr. Tasik Selatan for only RM1.00. From here take the ERL to Putrajaya for RM5.30. Get down and buy another ERL ticket to KLIA for RM6.20. The total costs add up to only RM12.50 instead of RM35.00. This option is cheaper by RM3.20 but the additional hassle may not be worth the additional saving.

ERL is banking on the fact that despite this apparent weakness in the fare structure, nob! ody will take advantage of it mainly because everybody is in such a hurry nowadays!

But then who knows, with escalating prices, more people may take advantage of this in future.

13 Jun 2005
:: Isnin ini birus...

BUKAN tidak ada apa yang ingin dilakukan, ada banyak, tapi aku kaku untuk memulakan mana-mana pun. Ini rasa tidak produktif, rasa malas dan lemah, aku tidak suka. Tiba-tiba semangat membara padam....

12 Jun 2005
:: Beautiful Sunday...

Bangun awal subuh dan seawal cerah tanah juga aku dan mak ke taman rekreasi yang jaraknya dua pelaung dari rumahku. Rancangan untuk berjoging pagi semalam terbubar setelah pulang dari pasar tani dan semangat meluap-luap melaksanakan operasi nyah habuk dan menukar susun atur bilik. Alhamdulillah hari ini hasrat mengeluarkan toksit yang terkampung seminggu dapat kulaksanakan. Rasa segar dan bertenaga kembali.

Jam 9pagi aku sudah kembali ke rumah semula. Aku pesan sesuatu dari kedai Gergasi, mereka kata hari ini dalam pukul 10pagi mereka akan sampai ke rumah. Aku tunggu, mereka tak sampai. Aku yang busuk berlengih ambil keputusan untuk mandi. Mereka tiba beberapa minit setelah aku di dalam bilik mandi.

Aku senyum. Aku tahu akhibatnya nanti jika ingin berpindah, barang-barang aku semakin bertambah, makin sulut pastinya. Tapi alasan untuk masalah itu kukuburkan, dan bila tiba waktunya masalah itu benar terjadi, dengan izin Tuhan aku akan selesaikannya. Dan aku tidak akan benarkan masalah yang belum berlaku itu menghalang segala niat dan usaha aku hari ini, sedangkan segala sesuatu itu aku perlukan dalam kehidupan sehari-hari.

Masalah yang belum terjadi kita selesaikan apabila ia benar-benar terjadi. Janganlah kerana berwaspada dan terlalu berhati-hati kita terus sahaja menghindari - kerana ia salah satu musabab untuk suatu apa pun tidak menjadi. Benarlah tidak salah berhati-hati dan merancang, tapi fikir-fikir jugalah... selaraskan dengan keperluan. Alhamdulillah mak tak ada bantahan. Aku kata pada mak (telah dialih bahasa), "Saya tak mau tangguh-tangguh sesuatu yang dapat saya usahakan, apatah lagi ia keperluan terkini dan selama saya hidup, saya rasa saya tak ada apa yang hendak ditunggu lagi."

Akhir-akhir ini aku banyak terinspirasi dari jiran sebelah meja kerja, dia tidak cakap banyak, tuturnya sepatah dua sahaja, tapi yang sepatah dua itulah yang meresap dalam pengertian dan buat aku sedar sesuatu yang telah jadi malap dalam diri. Aku teringat sesuatu yang tertangguh, satu peluang yang datang menemuiku, aku senyum... hari ini aku tidak akan bertangguh lagi, esok semuanya akan kugapai.

Aku selalu ingat, bahawa impian tak semudah yang kita lakarkan, aku menyusur di jalan yang tenang... apakah aku selamanya ingin begini atau berusaha keras dan memungkinkan sesuatu? Soalan dan jawapan sudah lama menjadi milikku, cuma ada waktunya beremeh temeh dan bermalasan menjadi penghalang utamanya. Indah dunia bila kita tahu dan nampak apa yang kita tuju, segala susah payah menuju ke arah itu pula menjadi sangat indah. Semoga Allah permudahkan segala yang sukar dan melancarkan segala urusan seharian yang aku usahakan ini. Aminnnn...

9 Jun 2005
:: Rumah idaman...

Dua tiga hari ini aku sibuk melayan angan untuk memiliki rumah idaman. Rumah tu nanti biarlah ada ruang untuk kakak dan abang bila mereka bertandang. Rumah tu nanti tak banyak perabot, aku mahu bukaan yang luas agar cahaya matahari mencapai kesegenap inci ruangnya. Rumah tu nanti ada satu sudut bacaan, ada fountain kecil di situ... tak terlalu kecil, tapi cukup untuk mengeluarkan bunyi percikan kali. Ada gubahan bunga yang sederhana di situ.

Temanya hijau dan cream. Mejanya siapan kaca, agar ruang tidak nampak sempit. Tapi aku mau ruang dapur yang agak luas, dengan lemari binaan dalam. Ada bunga segar dalam jambangan yang sedeerhana di situ. Ia mesti kemas! Sama macam gambar-gambar dalam majalah dekorasi dalaman. Jika aku memilih rumah pangsa, ia mesti ada balkoni, supaya nafasku tidak sempit.

Seronok berangan ni, tapi merealisasikannya belum tentu lagi. Apa yang ada dalam kepala sudah tentu ratusan ribu tuntutannya. Dengan gaji seciput ini, tak tau lah bila ia akan jadi nyata. Tapi aku tetap usahakan sesuatu. Bermula dengan merancang. Kemana bawaannya... biarlah takdir yang tentukan.

Dahulu aku tidak fikir soal memiliki rumah di Kota Lumpur ini, kerana kecenderunganku adalah untuk pulang ke kampung dan mencantikkan rumah di kampung. Tapi bila kerjaya berkukuh di sini, tambahan pula mak bersamaku kini, aku jadi terfikir untuk mendapatkan satu. Yang tentunya bermula dengan angan-angan.

Selepas joging ahad lepas, aku dan mak berangan di Giant. Semalam pamplet Carefour sampai di rumah, harganya sama di dua tempat ini. Aku malas nak fikir tentang kesukaran bila berpindah ke rumah lain dan banyak barang, aku memang ingin beli untuk kegunaan aku sampai tua nanti, bukan sekadar sehari dua (kalau umur panjanglah). Bila abang kata susah nak pindah, aku jawap sahaja, nanti aku panggil movers angkat barang-barang aku. (Kasihan Ongah angkat lemari berat aku dulu, lepas ni aku tak buat lagi...)

OK... cukup berangan untuk hari ni, nanti sambung lagi.

8 Jun 2005
:: Tawar

Selalu aku berkira-kira untuk menulis tentang banyak perkara. Walaupun aku punya masa, mood pula tidak ada. Rekabentuk laman ini juga belum kukemaskan. Tak tau... semuanya jadi tawar dan mendatar. Aku tunggu petang moga mentari bersinar garang!

Oleh sebab boring punya pasal... maka meh laa aku ikut si Fariz tampal diagnos ni kat sini:

Your past life diagnosis: I don't know how you feel about it, but you were female in your last earthly incarnation. You were born somewhere in the territory of modern South Australia around the year 1600 .

Your profession was that of a builder of roads, bridges and docks .

Your brief psychological profile in your past life:
Person with huge energy, good in planning and supervising. If you were just garbage-man, you were chief garbage-man.

The lesson that your last past life brought to your present incarnation:
You are bound to learn to understand other people and to meet all difficulties of life with a joyful heart. You should help others by bringing them a spirit of joy.

Aku gelak gila... mana tak nya, kekonon dedulu aku ni tukang buat jembatan... kalau tak pun chief garbage-man kekekekeke...
Nah... tengok lah korang punya diagnos plak... http://www.thebigview.com/pastlife/index.html

~~@~~

Dan oleh sebab boring punya pasal jugak... aku bincang pasal diagnos tu dgn kawan aku. Dia punya rajin, pergi trace zaman apa dia lahir tu, dan berdasarkan itu dia dikatakan lahir di wilayah Rusia, di sekitar Kazakstan, Turkstan, Uzbektan dan China. Dia siap bagi link peta Rusia lagi kat aku. Nampaknya dia benar-benar teruja, mentelah lagi susur galurnya memang dari sekitar sana... juga Iran dan Iraq. Katanya dia hidup waktu itu di zaman Rroman, sewaktu Empayar Byzantine. Aku gelak sahaja melihat kesungguhan dia mengkaji ramalan tu. Dia menguatkan lagi bahawa ibunya berdarah Kashmir, Cyelon dan bapanya pula berdarah Cina dan Minang. Lawak betul...tapi masuk akal juga!

Dia paste keratan ni:

Finally, several new theories of the origin of Slavs were published, and found large numbers of followers, in the 1990s and 2000s, fueled by the rise of nationalism in Ukraine and Russia. Most of them attempt to establish a direct connection between the Slavs and Aryans. Some even claim that Slavs existed as an entity as early as the 7th to 5th millennium BC and were ancestors of the Sumerians. They say that the fabled Sumerian city of Aratta was located in the Ukraine. Huge Russian Empire, stretching from Poland eastward to the Pacific Ocean.

Dia tambah lagi... katanya, itu menunjukkan ada susur galur Melayu, kerana sudah sampai ke Pacific Ocean. Hmmm... macam-macam dia ni, tapi aku seronok dia menyelidik fakta-fakta tu semua. Betul ke tidak tu bagi aku tak penting, yang aku nilai kesungguhan. Kesungguhan dia mengarut....

Aku minta dia cari tentang aku pula. Aku tau dia cenderung kepada sejarah dan kisah lama, jadi dia tidak mengambil masa yang lama untuk beritahu kisah tentang aku. Katanya aku ini dulu mungkin orang Maori...tergelak besar aku. Tapi katanya lagi... dulu Australia juga sebahagian Nusantara. Mungkin orang-orang Melayu dan Jawa sudah mengembara ke sana tika itu. Dia beritau lagi, kalau yang mengembara jauh ni selalunya orang handal, macam pahlawan ke. Eh aku teringat pulak moyang aku memang pahlawan. Hmmm...sungguh co-incident. Menarik-menarik.... tapi ini semua sekedar hiburan waktu bosan saja... takdir itu kan dari Tuhan...

6 Jun 2005
:: ayarkkk the date???

... remember the time.

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://elaira.net