I am a part of this Glamurous Organization!!!

 

 

... di ruang bisu ini,
ku himpun semua lagu kehidupan
ku lemparkan agar tersulam
sekuntum senyum penghias hari
dalam jalan-jalan yang semakin kelam
dalam jalan-jalan menuju pulang.
..

~@~

REMEMBER ME

elaira.net
elaira.fajaronline.com
elaira.cjb.net

~@~

GUESSBOOK

erikas

~@~

IKLANEKA
HOT DEAL

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa bilik pejabat, berhampiran Pejabat Urusan KRU, Keramat.

Fasiliti termasuk meja (4x6), kerusi exec, aircond, pintu bilik sendiri dan kemudahan bilik mesyuarat percuma.

Suite 17-3 Jalan AU1A/4B Keramat Permai Business Centre, 54200 Kuala Lumpur

Untuk keterangan lanjut hubungi:-

tel: 42569007
fax: 42579124
email: smart_esdey@yahoo.com

~~@~~

ARTAKUS DOT NET

artakus.net
olai tannon
artakus.events
jundak
rosh
sempoii
sempoiizone
little silence
re--open
esis

~@~

KRONISM

elaira@kroni
en nordin
en khairul
saljibiru
moplantai
jongkang jongket
zhoulsz
amyz
kappucino
basrie
purbe

~@~

menarik@GEJU

geju realiti
geju lumba kata
antologi geju !!!

GEJU

fajar
bluehikari
nisah haron
JiGoMorisson
manmoncang
attokz
unsunghero
tok rimau
ep
rosram
nett
cik daun
sera
max
enmiya
karlbum
ct musafir
paichowan
syihab
syati
angah
lan
ayobkelubi
tipah vogue
ijot
yanti
op
nis tajuddin
saziyana
jimi

~@~

BLOGS, FORUMS & FOTOPAGES

Faisal Tehrani
rizal
bunda syafia
strozze
gigi tak bertatoo
Ju`an Einriqie
fiqarash
saiful nang
shaliza
shaliza.com

~@~

ISLAMIC

harun yahya
bangsa musnah
utusan rasul
momentum islam
emuslim
islamic world
aguskita

~@~ 

PHOTOGRAPHY

better photo
kodak

OTHERS

Enya
Enya
Sade
Tracy Chapman
Tracy Chapman
Cirque du Soleil
Julio Iglesias
aceh menangis
cstech
laluan sutera
anjung seri
currency converter
moluv
speedometer
sting
current earthquake

~@~

ARTICLES

which tree
penubuhan ifc

~@~

MESTI TONTON

ahad
melodi-12.30pm-tv3
mentor-9pm-tv3

isnin
top host-9pm-tv3
misteri nusantara-9.30pm-tv3

selasa
tremors-9pm-tv3
kingdom hospital-11.30pm-tv3

khamis
999-9pm-tv3
maggie bersama bintang-tv3
ambush makeover-9.30pm-tv2

jumaat
national geographic-9pm-tv3

sabtu
jalan2 cari makan-4.30pm-tv3
majalah3-9pm-tv3
cerekarama-10pm-tv3

~@~

ARKIB

Ver 1.0
index
oct 2002
nov 2002
des 2002
jan 2003
feb 2003
mac 2003
apr 2003
mei 2003
jun 2003
july 2003
ogos 2003
sept 2003

Ver 2.0
index
oct 2003
nov 2003
des 2003
jan 2004
feb 2004
mac 2004
apr 2004
mei 2004
jun 2004
july 2004
ogos 2004
sept 2004

Ver 3.0
index
oct 2004
hibernasi
{oct 2004 - mac 2005}
index
hibernasi2
{mac 2005 - apr 2005}
mei 2005
jun 2005

~@~

 

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://elaira.net

27 Julai 2005
:: Hendak kuapakah rindu ini...

 

Hendak kuapakah rindu ini
hadirnya mencengkam semua urat di dada
memerangkap nafas sekalian yang kuhela
kalau di situ lah tempatnya hati
hatiku lah yang terpiuh oleh selirat ini

Hendak kuapakan rindu ini
jika realitinya ia hanya menggapai gemawan
bagaimanakan ku tahu hatimu
apakah sama seperti ku
menjadi tawanan rindu dan sepi
atau hanya menjadi banduan di penjara mimpi.


26 Julai 2005
:: Puteri...

Harum semerbak kasturi indah mewangi
Cantik rupa parasnya puteri di sinar maya
Cinta bukannya semata yang ku perlu zahirmu
Hey... yeah... yeah...
Puteri... ohh...

Kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
Rindu di hati ku ini tak dapat aku sembunyi
Entah bila kan kembali
Setelah kau pergi oh...

Puteri... malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Kembalilah... ku kehilangan tawa mesramu itu
Ohh puteri... malam ku dingin aku kehilanganmu
Kembalilah... mengertilah oh kekasihku
Ohh... puteri ku

Dengarkanlah rayuan (hati)
Tak sanggup aku kehilanganmu
Di dalam jaga aku keliru
Ohh... mengertilah

Kembalilah
Malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Puteriku...
Ku kehilangan tawa mesramu itu
Kembalilah...
Malam ku dingin aku kehilanganmu
Kekasihku... mengertilah oh kekasihku... ohh...

Kekasihku... kembalilah...

[ thanks to vernon's blog for the lyrics ]
[ listen to puteri - thanks Airain, love you too! ]

22 Julai 2005
:: Bila detik jarum jam terdengar begitu kuat...

Sudah dua minggu mak pulang ke kampung. Beriya-iya benar dia mahu pulang menjaga buah-buahan yang mulai meranum. Apa tah lagi bila mendapat panggilan talifon dari Along memberitahu buah-buahan sudah mula 'mencelah'. Mak fikirkan anak-anak dan cucu-cucunya, mak mahu semua merasa buah-buahan di musim ini. Sudah beberapa musim buah-buahan di kampung tidak menjadi kerana faktor cuaca.

Dan kali ini mak bertegas mahu pulang ke kampung menjaga buah-buahan itu dari di luruhkan oleh monyet dan siamang yang tidak jenuh datang bertandang. Kata mak, binatang-binatang ini kalau datang memakan buah pasti semuanya akan habis, bukan sahaja yang baru hendak mengkal, bahkan putiknya pun dilurut sama.

Dua minggu lalu, dua tiga hari sebelum kuhantar mak pulang ke kampung, hampir saban hari mak bercerita tentang mimpinya yang telah membawanya kembali ke tanah tumpah darahnya itu. Aku tahu mak rindu untuk pulang ke kampung halaman sendiri, dan aku pun tidak tergamak menghalang terus, walaupun aku sebenarnya bimbangkan kesihatan mak. Akhirnya, pada hari Sabtu dua minggu yang lalu, aku dan Nana menghantar mak pulang ke kampung. Jernih wajah mak menjejak tanah kampung, menghirup udara segar serta mesra hijau rimba.

Baru beberapa jam kami di kampung, sedang aku terlena dihembus bayu kampung yang tenang dan damai, aku dikejutkan dengan panggilan dari sepupu memberitahu bapanya telah kembali ke rahmatullah kira-kira sejam sebelumnya. Aku maklumkan pada mak hal itu. Kami redha, hari itu setelah genap lima tahun pemergian arwah nenek, anak sulungnya pula menyusul. Arwah Ayah Ulu Adam memang sakit-sakit, jadi berita sedih ini bukanlah kejutan.

Sebuah lagi kehidupan berakhir, teringat pula kejadian sebulan lalu di mana mata kiriku berkerdip-kerdip sendiri. Kehidupanlah namanya itu, datang dan pergi. Kehidupanlah namanya itu, ramai dan sendiri. Aku hubungi Along yang ketika itu di Perak melawat anak sulungnya Ina yang baru seminggu di Sri Iskandar, dan juga Ongah yang sibuk dengan agenda keluarganya di KL, untuk sama pulang menziarahi arwah di Kampung Serting Ulu.

Malam itu setelah sekian lama bumi beradat ini diratah bahang mentari hingga memaksa kerajaan negeri mencatu bekalan air, lantaran aras takungan di Sungai Terip semakin berkurangan, hujan telah turun dengan lebatnya. Seiring dengan perjalanan jenazah ke masjid untuk disempurnakan dan disembahyangkan. Aku, Along dan mak dirumah arwah pak cik sahaja, Sementara Ongah sekeluarga dan abang ipar menyusul ke masjid.

Hujan benar-benar lebat malam itu, hingga tidak sependengaran, bercakap pun tidak dapat menangkap buah butirnya. Moga itulah bicara alam, agar nyaman yang menyambut arwah disemadikan. Melepasi dini hari kami kembali semula ke kampung, ke rumah mak. Mencari lena, sebelum kembali semula ke kota debu ini mengutip rezeki buat bekalan menapak hari di dunia yang serba fana ini.

Berbekalkan keyakinan dari dua sesi terakhir pemeriksaan doktor yang mengesahkan kesihatan mak normal sahaja, maka kutinggalkan mak di kampung dengan percaya.

Minggu lepas aku pulang melihat keadaan mak, alhamdulillah baik-baik sahaja adanya. Along pulang pada hari Ahad untuk menumpangkan aku hingga ke Seremban, dan aku mengambil komuter untuk kembali ke KL.

Ada pesta di raja waktu itu. Tapi aku lebih selesa diulit damai kampung. Lewat malam sewaktu kantuk menjemput lena dalam dingin angin dan hujan di kampung, aku mendengar dentuman bunga api berturutan. Kutinjau ke luar jendela rumah mak, langit cerah diwarnai ribuan duit yang terbazir melahirkan cahaya melakar pekat malam. Pun begitu kerana terhadang pohon kundangan (orang utara panggil buah staq) pandangan ku tidak menjamah indah warna-warni cahaya yang terburai diletuskan ke udara.

Entah, aku tak ada ingin untuk turut sama pesta Keputeraan Yamtuan Besar kali ini, ahh... bukan kali ini sahaja, begitulah selalunya. Angin apa melanda aku pun tidak tahu, beberapa buku habis kubaca... bila tamat buku yang kubawa, almari di kampung yang menampung buku-buku lama kuselongkar. Dan berjumpa beberapa buah buku puisi dan novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Banyak juga buku-buku yang kubeli ketika CONSAL 2003 di Bandar Seri Bengawan dulu, terutama buku puisinya... aku mahu lihat bagaimana pula orang Brunei menggarap bahasa. Setelah bertemu Syair Rakis serta sejarahnya di Pusat Arkib Kerajaan Brunei, aku percaya tentu ada kelainan dalam corak mereka berbahasa.

Tapi kali ini aku memilih untuk membaca sebuah novel kecil, novel cinta remaja... tulisan seorang guru bernama Hajah Maznah, dengan tajuk Fantasi Musim Cinta. Aku memang bukan penggemar novel cinta, jadi tidak hairanlah jika sekian lama aku beli tapi masih belum aku baca. Plot ceritanya tidak berapa teratur, aku mengesan pincang di sana-sini. Aku tidak kisah itu semua kali ini, kerana aku hanya ingin membaca dan melepasi masa. Jalan ceritanya terlalu sempurna, mungkin sesuailah dengan jiwa remaja muda (aku remaja senior ). Sewaktu aku membeli buku itu pun aku bertanyakan pada seorang gadis remaja yang turut sama melihat pameran buku di ruang legar Pusat Konvensyen Negara Brunei itu, aku pinta dicadangkan buku yang 'glamer' ketika itu. Lalu dia menunjukan buku tersebut, tanpa ragu ia kuselitkan dalam pilihan buku-buku yang ingin kubeli. Mentelah harganya cuma $3.50 sebuah... luak duit elaun yang diberi majikan untuk belanja seharian disana. Yang aku lupa, jumlah itu harus didarab 2.23 bagi menjadikan sebutannya dalam Ringgit Malaysia... hehehe... Dalam kunjungan yang seterusnya, aku sangat berhati-hati berbelanja di Brunei...

Panjang meleret rupanya entri kali ini, anggaplah sesi melepas geram setelah lama tidak berkesempatan menulis sesuatu di sini. Seterusnya aku nak wrap-up peristiwa hidup yang belum kuabadikan di sini.

Jumaat lepas, 15 Jun 2005, seawal pagi di pejabat Aeen telah menalifon bertanyakan samada aku ingin menyertai mereka yang lain berjumpa dengan Ita di Hotel Legend. Sahabatku yang bekerja di Hotel Legen Cherating itu dalam sesi latihan di KL. Aku masih berbelah bagi untuk menjawap 'ya' kerana terdahulu aku sudah menghantarkan jawapan 'ya' untuk hadir ke majlis perpisahan Duta Brunei di Hotel Nikko. Sejurus selepas itu aku terima pula sms dari seorang lagi sahabat iaitu izai@ntv7... isu yang sama, bertanya aku turut sama atau tidak petang itu. Hmmm... hati tambah berbalah.

Satu acara formal, aku harus pulang dan tukar pakaian sebelum ke majlis rasmi itu. Satu lagi acara 'cemporo maut' like no body business. Maka kutanya-tanya tahap ketepuan kepala otak, yang mana satu mahunya - done! Aku nak 'cemporo maut' biar lepas tensi, biar bertempiaran lelah dikejutkan tawa sahabat-sahabat sejati dari alam persekolahan ini! Mentelah aku tak perlu pulang ke rumah menukar pakaian... heh heh... settttt.... lagi pun lama benar aku tidak bersua Izai... alasan menguatkan lagi keputusan.

Aeen dan Izai menanti separa tak sabar di KL Sentral, aku tiba dengan langkah jongos... heh heh.. Bila MGH88 sudah bertemu - nothing else matter... berapa kali salah naik tangga lrt aku pun tak tau, mana tidaknya... yang melangkah kaki, otak dan mulut terlalu sibuk berborak... maklumlah semua peristiwa dari kali terakhir bertemu sehingga hari Jumaat bertuah itu menemukan kami semula yang ingin diliputkan. Tak boleh kubayangkan, mungkin di KL Sentral dan sepanjang perjalanan dengan tren ke Hentian Lrt Star Stesyen Putra, hanya suara kami sahaja yang membelah udara agaknya. Jedah juga di dalam perjalanan dari Shah Alam. Jedah juga memillih pengangkutan awam, dalam musim hujan jangan menempah maut membawa kereka ke pusat kota!

Setiba di The Mall, Aziah sudah sedia menunggu... jeritan rindu menyusul selepas salam diucapkan. Salam-salam, peluk-peluk... jerit sikit lagi. Heh heh... Kuala Lumpur kita yang punya senja itu.. astaga... Kami pun ke tingkat 15 mencari bilik Ita, dan... sebaik pintu dibuka... jerit lagi... ish ish ish... what to say... we used to scream from the school days, and nothing has changed since then. Mungkin tetamu-tetamu di tingkat 15 yang lain juga bisa mendengar suara kami yang riuh rendak bercerita dan berjenaka. Never mind... its a 'girl out' day. Tiba-tiba Aeen, Ita dan Aziah jadi bujang kembali daaa.... heh heh heh, sah-sah terlupa sebentar anak-anak di rumah. Kak Sam (kakak Ita) juga tiba dengan seikat rambutan dari kampung mereka di Lenggeng (aku terbayang pokok rambutan di cucur atap rumah mereka, rendah boleh dicapai)... jerit lagi, kami memang rapat dan mengenali keluarga masing-masing semenjak dari mula zaman persekolahan lagi. Kemudian Jedah sampai.... jerit lagi. Kemudian Kak Lela dan rakannya pula sampai.... jerit lagi. Kak Lela pula ialah bekas rakan sekerja Ita dahulu, Ita kerja di banyak tempat, aku tak berapa ingat di mana, tapi semenjak Ita berkawan dengan Kak Lela, aku juga turut sama berkawan dengna Kak Lela... the network just get bigger and bigger. Sebelum turun dari tingkat 15 itu kami mengabadikan kenangan, syukur Raden ada dalam beg untuk agenda tergempar seperti ini. Sebelum pulang kami makan malam di Food Court The Mall. I'm having Thai glass noodle, not bad at all... yummy!

Tika jam menghampiri 10malam kami berpisah dan menuju pulang. Oleh kerana Jedah mengambil komuter dan aku tak sampai hati membiarkan dia meredah hujan, dan jalan gelap yang jauh maka aku juga mengambil komuter ke KL Sentral sebelum bertukar tren ke Kelana Jaya.

Hujan menyejukkan malam yang selalunya berbahang di kota lumpur ini, dan hujan malam itu juga mencabar tahap survival aku bila sandal yang aku pakai mula menganga dan mengikut nyanyian hujan. Sampai di Stesyen Komuter Putra, nganganya semakin lebar, sesuatu harus dilakukan kalau tidak di KL Sentral nanti aku bakal berkaki ayam.

Jedah ada membawa gam dalam beg tangannya, tapi dengan keadaan basah begitu, gam manalah yang mau merekat. Aku korek-korek dalam beg galas, satu pin kertas pun aku tak jumpa. Yang ada 'lanyard' menggantung kad dan kunci ofis. Mujur juga pen-knife Macromedia itu ada dalam beg aku, lalu aku mula menggunting 'lanyard' yang lebar sekuku itu, untuk mengikat sandal yang telah terbelah menanti tercabut itu.

Tika ini aku teringatkan kisah Nett dan sandalnya yang putus suatu masa dahulu, esokkannya mendapat liputan ramai dan menjadi berita utama di blog masing-masing... heh heh... Nett, do you remember the time?

Hasilnya, not bad... McGuyver juga aku ni ya... heh heh... selamat lah sampai di KL Sentral. Tapi di KL Sentral, tiba-tiba.... kling kleting... tulang sandal tu yang berupa besi selebar dan sepanjang sejari terpelanting keluar dari nganga sandalku yang melebar. Aku buat-buat tak tahu, kononnya aku tersepak besi itu, sambil buat-buat mencari dari mana arah datangnya bunyi itu aku menuju kaunter tiket. Ini adalah antara ketika yang aku berjalan perlahan... selebihnya, langkahku lebar-lebar...

Dalam tren ke rumah pula aku melihat cebisan 'lanyard' pengikat tadi mula terurai. Tentulah benangnya mudah terurai kerana ia bukan dibuat untuk mengikat. Maka aku potong pula lebihan yang tinggal tadi kepada tiga bahagian dan mula menjalin atau menocang supaya ia tak mudah putus. Sampai di Stesyen Taman Bahagia jalinan itu belum selesai. Aku heret kaki kanan dan duduk di bangku menghabiskan jalinan tadi. Mesti tahan hingga sampai ke teksi di bawah sekurangnya, kata hatiku.

Dua tren telah melepasi stesyen itu bila 'lanyard' itu habis kutocangkan. Cuba mengikat... eh... tak boleh disimpul pula, kerana simpul di kedua-dua hujung bertemu di situ. Alahhhh penatnya. Jadinya kuambil 'lanyard' yang seperti hendak putus itu.... dan aku simpul mati dalam jarak lebih kurang dua inci supaya ia teguh sedikit, sempat sampai ke bawah jadilah. Waktu-waktu itu muka aku kekal serius tanpa menunjukkan sedikit pun kesulitan atau emosi. Mimik muka begini diperlukan agar tidak menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang, kalau ada juga yang berhenti menegur... aku akan minta kasut mereka atau aku akan rampas tanpa kompromi... heh heh...

Siap, dan aku melangkah hebat keluar dari stesyen lrt itu. Masuk teksi dan pulang. Aku suruh Uncle India teksi tu turunkan aku betul-betul sebelah lif. Masih yakin lagi ikatan tadi teguh, aku terus menuju ke lif dengan kadar yang tak berapa perlahan. Ada dua tiga pelajar Unitar di situ, ahh tak apalah, muka mesti kekal seperti tak ada apa-apa berlaku. Di hadapan lif kulihat tali pengikat tadi sudah tak ada, tercicir entah dimana aku pun tak perasan. Sebelum menaiki teksi tadikah, atau di dalam teksi tadikah, aku sudah tak ambil pusing, aku sudah di dalam lif dan pintu lif berdepan dengan pintu rumahku... heh heh lagi...

Sempat sandal itu berjasa padaku hingga ke destinasi akhirku. Syukur. Kelakar, lucu, geram pun ada. Begitulah dalam hidup semua orang, kalian juga pasti pernah mengalami kejadian begini kan? Ini cerita kelakar, esoknya aku ceritakan di ofis buat teman-teman tertawa biar ceria hidup mereka.

Habis cerita sandal, ada lagi satu kisah ingin kuabadikan dalam entri panjang meleret ini. Alamak sudah 2.30pagi, tak apa sikit sahaja lagi. Sekejap buka kipas dulu, panas lah...

Dan hari Selasa yang lalu aku ke Angkasapuri lagi. Kali ini rakaman Konsert Zainal dan Ning pula. Penonton tak ramai, auditorium tak penuh. Minggu lepas sewaktu rakaman M. Nasir dan Jamal Abdillah, auditorium sesak! Lebih seribu peminat tiba untuk menonton rakaman itu. Zainal dan Ning kurang peminat kah? Atau pengaruh AF3 sesakkan auditorium Angkasapuri itu? heh heh lagi...

Ini kali kedua aku menonton persembahan live kedua-duanya. Kali pertama menonton Zainal adalah ketika Konsert Ikhlas Tapi Jauh lebih sepuluh tahun yang lalu di Stadium Perbandaran Seremban (sekarang sudah dibina Seremban Parade di atas tapaknya), itu pun Cuna yang bawa. Aku tak mahu bercerita tentang pengalaman itu, aku kekurangan masa. Ning pula aku menonton sewaktu pejabat masih di KLCC sewaktu acara bersama pemandu-pemandu Formula Satu Sauber-Petronas. Zainal makin sehat. Ning makin kurus dan cantik... heh heh lagi dan lagi...

Malam itu, Zainal abidin menyanyikan lagu Puteri khas untuk aku seorang sahaja huhu......... yiiihaaaa....

orang resah berkasih, imannya lenyap rasa berahi, walaupun luarnya masih, membatu menyadari...

Ya, gambar ini juga untuk menjeleskan Fajar...
hehehe... peace Fajar... peace...
sepasang sayap tak terlihat, umpama mimpi yang tersirat, jadi rintik-rintik hujan, menciptakan awan yang terpilu...

Sekian entri yang panjang meleret ini, beta mau beradu.... sambil terngiang-ngiang.... Puteri.... kembalilahhhh....

[ Siapa ada lagu Puteri? Kirim kat aku... elaira4ever@yahoo.com, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih   lagi... ]

Notakaki: 2,224 patah perkataan, bukan aku yang kira mikro-lembut yang kira.

13 Julai 2005
::
Di negeri Fantasia....??

Lama benar rasanya tidak bersua wajah dan menonton persembahannya secara live. Kali terakhir di rakaman Studio 1, Astro. Sebelumnnya di Hotel Singgahsana, yang mana ia adalah persembahan live M. Nasir yang paling menghiburkan yang pernah aku hadiri setakat ini. Mungkin juga kerana ia adalah mini konsert dan berbayar. Berbanding persembahan malam tadi di RTM, ia adalah siaran rakaman dan menonton secara percuma pula.

Mahupun begitu, aku tetap berpuas hati... sekurangnya terlepas jua rindu untuk menonton persembahan Sifu. Dulu dia sibuk dengan filem Puteri Gunung Ledang. Dan setelah itu dengan rakaman menjelajah dunia untuk program Destinasi Dunia yang disiarkan di Astro. Acara dimulakan dengan pencak silat mengiringi lagu Mentera Semerah Padi, melakar rentak membuka siaran rakaman pada malam itu. Dia kemudiannya menyampaikan lagu-lagu lama sepanjang pembabitannya dalam arena seni termasuklah lagu-lagu ciptaannya yang dinyanyikan oleh penyanyi lain seperti Kau Ratnaku yang dulu dinyanyikan oleh Roy dan lagu Laila Namamu Teratas dendangan Amy Search. (Tapi aku dengar, dia sebut Elaira Namamu Teratas... hehehe...)

Aku pingin lagu Rindu diperdendangkan, namun hanya lagu Hidayah sahaja yang dipersembahkan. Tak apalah keduanya sama bagusnya. Hidayah punya maksud yang mendalam, aku pernah mengabadikan lagu ini di hari-hari awal aku mula menitikkan tinta di MitH, bagi mengiringi catatanku pada masa itu, begitu jua dengan lagu Rindu.

Malam ini tidak ada Mohar. Jadi aku lebih tertumpu kepada persembahan Sifu saja. Jika tidak pasti pengamatanku dicuri Mohar, si peniup seruling bambu itu.

Rakaman malam ini adalah beriringan dengan penyanyi bersuara mapan dan lunak serta penuh kontroversi, iaitu Jamal Abdillah. Ini kali pertama aku menonton persembahan Jamal secara live... dan memang bertenaga nyanyian bekas Juara Bintang RTM ini. Malam tadi dia bertukar dari seorang yang kufaham selalu diam kepada seorang yang pandai melawak. Hingga M.Nasir pun kering ide melayannya.

Aku dapat rasakan bahawa duduk di atas bangku tinggi yang agak pelik rekabentuknya itu tidak menyelesakan. Kerana itu aku lihat mereka kerap bangun berdiri ketika menyampaikan lagu-lagu, apatah lagi bila ianya lagu yang agak rancak.

Ini rakaman untuk musim Hari Raya, aku tahu ini kerana selain mereka menyanyikan lagu-lagu Hari Raya, mereka juga mengucapkan Selamat Hari Raya dalam beberapa slot perbualan, gamat satu audotorium ketawa.

Ia habis tepat satu setengah jam dari waktu ia bermula. Teringat rakaman di Astro dahulu, meleret-relet sampai melepasi tengah malam, terpaksa berulang-ulang pula. Walaupun mereka terpaksa mengulang semula lagu Kepadamu Kekasih sekali lagi, ia tidak lah mengambil masa yang lama. Malah percubaan menyanyikan lagu tersebut secara berduet uat kali keduanya jauh lebih bertenaga dari sebelumnya.

M. Nasir mengakhiri persembahan malam tadi dengan lagu Tanya Sama Hud-hud. Hajatnya berduet bersama Jamal, malangnya Jamal tidak hafal lirik lagu tersebut. Lagu ini bukan lah lagu untuk rakaman, tetapi sekadar menghibur penonton yang hadir pada malam itu.

[ Aku sengih-sengih sendiri bila teringat buku yang telah habis kubaca itu; di mana rakyat jelata negeri Fantasia asyik masyuk dengan hiburan sahaja... emm... aku tak samalah dengan yang diceritakan itu, aku hanya duduk diam-diam sahaja, tidak pula pening terkinja-kinja atau terlolong fanatik dari bangku penonton... heh heh... dan rancangan ini tidak memerlukan penonton hantar sms untuk beri penyanyinya kemenangan.... ]

[ Terima kasih juga untuk elmaaniq, walaupun ada kesilapan teknikal dengan tiket, ianya tetap satu trigger untuk saya menjejak M.Nasir malam tadi... thanks... ]

6 Julai 2005
:: Tersenyum pada kehidupan lagi...

Mencabar. Kehidupan itu mencabar, semua pun tahu. Perjalanan kehidupan penuh liku dan cabaran, yang jika tersilap menitinya akan tersadunglah kaki di daerah berpaya selut yang berbagai pula jenisnya. Kita semua disuakan semua ini saban hari. Tekanan dan pilihan. Ada yang menyerah kalah dan akur, ada juga yang berpaah balik dan menjaga kaki dari terpijak onak dan duri di dalam selut yang kelihatan tenang di permukaan. Air yang keruh diampai pula karat air di permukaannya itu, sudah cukup bagiku sebagai satu amaran, bahawa dasarnya tidak terdugakan.

Sewaktu menyertai ekspedisi ke Jeram Jin lebih 14tahun yang lalu, aku meranduk sungai yang tenang dan paya yang diam... ternyata, langkah yang kusua perlahan tetap memberi kejutan. Jika disambut anak-anak batu, untuk melepaskan jejak yang di kiri, harus terlebih dahulu memastikan tapak di kanan mencapai kestabilan yang secukupnya, atau kebarangkalian untuk terjatuh dan menggigil kesejukkan sepanjang perjalanan.

Pengalaman itu mudah diperolehi, sangat mudah. Tetapi tiadalah banyak bezanya dengan menapak kehidupan kita sehari-hari, yang bukan pula semudah yang kita sangkakan. Dalam tempoh 24jam kehidupanku hingga ke ketukkan papankekunci yang ini, kehidupan menintakan sesuatu, yang membuat aku berfikir... seolah hidupku ini telah siap acuannya. Mengapa aku katakan begitu, adalah kerana perkara yang sama berulang dan berulang. Walaupun jalan ceritanya sikit berbeza, tetapi itulah juga takdirnya.

Dalam tunduk yang dalam, kutanya pada Tuhan; beginikah yang tertulis dari azali? Aku mohon ketabahan untuk terus redha dan kekuatan agar aku terus gagah melangkahi segala yang tidak terdugakan ini. Aku teringat kata-kata Yah di saat dugaan yang berat di atas pundaknya, kata Yah Tuahn hanya akan beri dugaan yang sanggup untuk seseorang itu hadapi. Lalu aku tersenyum kembali, nyatalah onar itu sekelumit cuma, hati dan perasaan yang tergelora sahaja menjadikannya lubuk tuba berkaca.

Dari tunduk yang dalam, kudongakkan pandangan melampaui aras garisan langit dan bumi, aku lihat cerah mentari pagi menyinari, ahh... betapa terlalu banyak indah sebuah kehidupan, tidaklah terinjak sedikit pun kebahagian yang Allah kurniakan dengan getar keruh yang selalu melintas sebuah kehidupan. Dan pastilah sudah atas pilihanku, gejolak itu kuhalakan agar mengungsi satu daerah yang bergelar sejarah.

~~@~~

Aku ingin:
Duduk tenang tanpa apa-apa yang memberatkan fikiran di atas sebuah bukit yang damai dan nyaman... angin yang mesra, melihat alam terbentang ciptaan Tuhan... semestinya dalam senyum yang panjang.
Kemudian ada irama mengiringi, seperti ini, ini dan ini... yihaaa... a live again!!! Oh ya, forget the lyrics ya... just the melody.

... dengan izin Tuhan semua yang kukatakan keruh akan hilang dibawa angin tenang.

[ semua lagu kupindahkan dari Jakionline - thanks ]

5 Julai 2005
:: Sebuah cinta...

Untukmu Sayang - Febians

keindahan pelangi adalah
keindahan wajahmu sayang
yang sering bermain dimata hatiku ini

keharuman bunga kasihku
hanyalah untukmu sayang
bagaikan pantai dan lautan
takkan terpisah

kasih sayangku ini hanyalah untukmu
kutelah berjanji
kaulah yang satu
dalam hati ini untuk selamanya
oh..sayang
ooo..ooo..untukmu sayang

klik kanan dan save untuk [ dengar ]

S e b u a h   C i n t a

Setiap irama ada memorinya
antaranya menyulam cinta hingga berbunga
yang meresap dalam maya
tak terluput walau diusir arus masa
yang tak pernah perduli untung timbul atau tenggelam

Setiap cinta ada tinggalannya
dan irama inilah tinggalannya
dan puisi inilah tinggalannya

Sebuah cinta berundur tiba-tiba
waktu itu langit jadi bumi
bumi melayang pecah berderai
pelangi pun tidak indah lagi

Setelah itu musim pun berganti
cinta datang dan pergi
tiada memberi bekas lagi.

4 Julai 2005
:: Jalan-jalan cari makan buku ke Alaf 21...

Morning glory di ofis baru Alaf 21 yang belum digunakan lagi.. tempat kitorang parking kereta... Jumaat lalu bersamaan 1hb Julai 2005, Nana telah bersetuju untuk mengikut aku ke Alaf 21 bersama dengan Geng Jurnal yang lain. Jemputan dari Alaf 21 untuk mengadakan sesi pertemuan dan forum antara penulis-penulis blog dan penulis-penulis di Alaf 21 yang terkenal dengan novel-novel cintanya itu. Aku tidak memasang harapan yang tinggi untuk Jumaat itu menjadi indah, tetapi resmi Jumaat dalam kehidupanku selalunya tidak mengecewakan malah aku beroleh satu pengalaman yang cukup berharga sepanjang menyertai sesi lawatan dan forum di Kumpulan Syarikat Karangkraf itu.

Geju lain yang turut serta telah bercerita panjang lebar perihal kunjungan kami ini, dan aku memilih untuk tidak mengulangnya semula, lagi pun En. Nordin dah warning awal-awal tadi agar aku tidak menulis tentang kunjungan ke Alaf 21 - dia sangat sangat sangat jealous!

Dia memang patut merasa cemburu, malah bukan En. Nordin sahaja sepatutnya, Nett, Spyz, Salji, Kak Pnut, Rudy, Fajar, ep, Kak Ungku, Ros, Tipah yang telah membatalkan hasrat di saat akhir dan erk... tak larat laa nak senaraikan semua... kira semua orang lah... memang patut cemburukan kami. Kami dihadiahkan dengan berbagai jenis majalah (nasib baik diorang tak beri semua 32 jenis majalah tu, kalau tak mesti lenguh tangan jinjing beg), teristimewa sebuah novel terbaru berjudul Saat Cinta Bersemi tulisan Damya Hanna, juga dengan p e r c u m a  heh heh... sila lah jealous!

Aku bukan seorang peminat novel cinta. Walau tulisan aku di MitH bertahap jiwang karat (orang yang kata, aku kata aku tulis saja apa yang ada di minda), tapi aku memang agak kurang membaca novel cinta. Nana suakan aku dua tiga, maka dua tiga helai jugalah yang aku baca, selebihnya aku sekadar bawa buku itu ke hulu ke hilir sampai bergulung kulitnya dah akhirnya aku pulangkan semula ke khutub khanah kecilnya.

Dalam lawatan itu aku melihat mesin mencetak yang besar, dengan keupayaan output yang tinggi, dikatakan boleh mencapai maksimum 40,000unit sejam. Penerangan lengkap tentang proses menyunting, mereka bentuk, dan persediaan sebelum mencetak, termasuk pemisah warna dan sebagainya. Tetapi dengan teknologi yang terkini, pemisahan warna dan proses mencetak tidak lagi serumit dahulu, kualiti dan output yang tinggi adalah jawapannya.

Di bahagian grafik kami ditunjukkan cara-cara sesebuah kulit buku itu diolah. Menarik. Di bahagian komik, kami diperlihatkan bagaimana komik dilukis, secara manual dan dengan menggunakan komputer. Bertemu dengan kartunis Gayour, seperti kata Basri, kami membesar dengan kartun-kartunnya, terutama 'Bersama Selamanya'. Sekarang aku jarang membaca komik, kerana aku tidak membeli lagi, dulu - aku pinjam!

Ayuhlah kukongsikan sebahagian dari gambar-gambar kenangan di Alaf 21...


Inilah persekitaran kerja di Karangkraf... mereka mengolah berbagai majalah... kelihatan dalam gambar dari kanan kalian: yg garu hidung tu aku tak tau nama (minta maaf), then Basri, then tak tau nama jugak,
then el-maaniq - ini kali pertama bertemu live selalu kat siber jer, selain geju dia juga
ahli kelab sahabat m nasir yang semakin suram kebelakangan ini (sigh... i miss the good old days). Kemudian Puan Sandora sedang memberi taklimat tentang kerja-kerja yang mereka lakukan di situ, dan akhir sekali aauuuummm... Tok Rimau.


Faizal memberi penerangan tentang penghasilan kulit novel Sayang Tak Terucap, Basri termanggu kehairanan melihat magis si Faizal, Tok Rimau pula terasa seperti ingin menukar kerjaya berdasarkan kepada kenyataan bahawa sebarang monitor boleh digunakan untuk digandingkan dengan mesin Mac.


"Inilah kerja yang buat saya berpeluh-peluh ni, kalau ikut saya tak ada masa nak jumnpa dan sengih-sengih ngan korang ni, deadline minggu lepas... tapi tak apa, berdasarkan tahap keglameran aku dan kalau aku tak keluar sure korang tak boleh tidur malam nanti... maka inilah aku menunjukkan muke...
kill! kill! die! die!!" - Gayour, kartonis glamer.


Maka melopong laa peminat-peminat Gayour yang sedari dalam buaian telah digeletek dengan kelucuan karya si Gayour. Wak Din... awat ngintai jer...?


Gayour kata dia tak macam Aura kaler-kaler pakai komputer, dia pandai menggunakan warna dan tak mengharapkan ctrl-z kalau tersalah kaler, jadi dia kaler sendiri... tapi printer yang besar-besar kat bawah tu yang kitorang tengok sebelum tu sangat jahat... dan bila keluar di komik, kaler dia semua dah lari pecut 100meter... sungguh tak patut printer kat bawah tu ya Gayour... harap badan jer besau... uupppsss....


Saya sama sekali tidak menafikan, bahawa acara bergambar seperti ini adalah atas dasar dan tujuan untuk menjeleskan mereka-mereka yang tidak hadir... lihatlah betapa hepinya Gayour diapit Mushroomcute dan ... alamak... den dah lupo laa namo dio... heh heh... diikuti oleh Attokz dan Basri dan... beta... heh heh...


Yess.... aku pun first time berjumpa Nic... nanti-nanti kita sembang panjang lagi ya...
up close and personel... huhu scary...


Defenately... untuk menjeleskan Fajar... heh heh... jemput Fajar... kalau nak akak leh super impose gambar Fajar kat sebelah Faisai Tehrani tuh...


Kak Syarifah Abu Salem, yihaaaa Ramlee Awang Murshid dan En. Nordin a.k.a Aiman Haikal... in a row... novelis-novelis terkenal di Alaf-21/Karangkraf.

Akhir sekali minum petang di garden cafe Karangkraf.... dan eh... eh... ada kek... best nyer... hari jadi Sri Diah rupanya yang diawalkan... Selamat Hari Jadi Kak Sri, moga panjang umur murah rezeki...


Selamat Hari Jadi Kak Sri... ermmmm... aku penggila bluberi... tapi aku segan nak usha kek tu... huhuhu

Copyrights © 2005 Myths in the Haze
http://elaira.net