<bgsound scr="midi/selokahariraya.mid" playcount="10">

sesuci sebening pagi
pagi yang damai di hujung rimba
embun menitik di pinggir kali
gemanya perlahan, alunnya tenang
surianya indah di pagi ini
langitnya pula membiru terbentang
kicauan gembira burung yang berterbangan
kelusan angin antara ada dan tidak...
pagi yang segar dan gemilang

sudah berundur dua belas purnama
kini kembali memesrai masa
tibanya ia dinantikan semua
suatu hari semulia hari raya...

Teristimewa buat semua pembaca MitH, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, semoga di hari sebahagia ini, kita beroleh keberkatan dan gembira mengikut kemampuan kita. Semoga Aidilfitri kali ini mencorakkan kebahagian mutlak buat anda semua, dan menginsafi pada mereka yang telah tiada.

Di kesempatan ini saya susunkan kemaafan, walaupun kita berbicara tanpa suara, walaupun bersahabat tanpa mengenal rupa... hati kita ikhlas menyambutnya. Dan di dalam jalinan maya sebegini manalah tau jika ada catatan di sini mengusik rasa memedihkan telinga... maka kemaafan dari kalian kupohonkan. Sesungguhnya kunjungan kalian di sini amat bermakna sekali buat saya dan semoga ianya berkekalan hendaknya.

Untuk yang pulang jauh, berhati-hati di jalanraya... titipkan salam dari hujung rimba buat semua di sana. InsyaAllah MitH akan ke udara selepas cuti Hari Raya... nantikan catatan berterusan versi offline... (insyaAllah).

Akhir kata... doaku untuk kalian semua, semoga Aidilfitri ini membawa keindahan dan kebahagiaan abadi yang tersendiri buat kalian.

Salam rimba;
Puteri Elaira Eliza 

 [ x ]