[ linkasi ]
[ erikas ]  

 

 

 

 

 


20 Ogos 2004
:: Mana aku pergi?

Morrok tanya, kenapa aku tak update MitH, busy sangat ke? Seorang sahabat sekolah rendah juga sempat menghantar sms beberapa hari yang lalu, katanya dia telah iklankan di tv3, di radio juga, tapi tetap tak jumpa aku. Bila aku online dengan status 'available' semalam, tiga empat orang mesej aku serentak, tanya aku mana aku pergi... (tak apa... tak ramai pun yang cari aku... baru 5 orang saja... hehehe...)

M a n a   a k u   p e r g i ?

Aku pergi makan-makan laa... 5 hari aku kat Malaysian International Halal Showcase (MIHAS 2004)... 5 hari tu jugak laa aku mencuba segala macam makanan yang Jakim dah cop Halal kat kulit pembungkusnya. Ada macam-macam, kebanyakkan adalah hasil produk bangsa Cina dan dari luar negara yang telah menerima ijazah halal dari badan bertauliah. Negara-negara pengimport daging dan tenusu terbesar seperti Brazil, Argentina dan New Zealand turut hadir mempromosi atau mencari peluang memasarkan produk mereka di negara yang menyertai MIHAS.

Aku suka seafood. Dan aku paling berminat dengan satu produk vegetarian yang rasanya seperti ayam. Mereka kata ianya diperbuat dari kacang soya dan sayur-sayuran... rempah dan herba lah yang membuatnya berasa seperti ayam, udang atau daging. Ianya adalah kemahiran golongan pengamal vegetarian dari zaman dahulu kala, seperti yang kulihat dalam filem kungfu Cina.

Salah satu dari syarikat tersebut ada menunjukkan kepada aku herba-herba yang digunakan untuk menerbitkan rasa tersebut. Menarik... dan semestinya ia adalah hasil kepakaran mengadun dan sukatan yang tertib.

Selain dari makanan, ada juga pedagang membawa perabot dan pakaian. Aku melopong-lopong tengok baju-baju dan kain-kain sutera cantik. Aku melopong saja... nak beli aku tak mampu, harganya terlalu mahal buat aku.

Ada satu senikraf yang sangat-sangat aku minati, tapi empunya tidak benarkan aku mengambil gambar bidai yang diperbuat dari akar wangi itu. Ianya dilukis tangan dengan teknik chanting, bergaris luar warna emas, diwarnakan dengan begitu menarik dan harmonis sekali. Ilustrasi sepohon anggur yang membawa aku jauh, tinggi dan melampaui dari sekadar apa yang aku lihat. Ada fitrah di ilustrasi itu, ada seni, ada cinta, ada kasih sayang yang rimbun.... ada Tuhan. Sayang sekali, harga yang ditawarkan tidak membolehkan aku untuk memilikinya. Mungkin nanti aku akan lakarkan sendiri, sekadar menghangatkan memori, bahawa hasil tangan dari negara jiran Indonesia itu benar-benar menambat hati.

9 Ogos 2004s

[[
Suasana:
Kokokkan ayam di hujung kampung.
Riang-riang rimba mengadun lagu masa.
Kenari dan murai bersiul, terbang rendah sapa-menyapa.
Dedaun nyiur berlaga membalas mesra angin desa.

]]

Aku tahu, aku sudah lama tidak menulis. Bukan disengajakan. Hari ini pun syukur alhamdulillah beroleh sedikit tenaga menyusun bait kata.

Hampir sebulan kiranya aku mengerah kudrat siang dan malam, merealisasikan mimpi yang dulu berbalam dan melaksana tanggungjawap tukaran butir beras setiap hujung bulan. Aku gembira seadanya dalam kesibukkan sebegitu, sekurangnya terhindar dari merenung ruang kosong berbatu-batu yang semakin kelam ronanya kurun berkurun. Lupakan lah itu, jejaknya hanya di minda dan sejauh mana aku bodoh-bodoh menerokanya.

Pulangku ke kampung hujung minggu yang lalu seperti biasa, adalah mengusir segala debu dan senak kota yang telah kuhidu untuk sekian harinya. Yang aku tidak tahu... peringatan dari Yang Maha Kuasa juga bakal tiba. Aku dikurniakan nikmat dan rahmat, supaya aku beroleh rehat - Puan Tabib berikan cuti sakit dua hari. Sedang di pejabat ada agenda minit terakhir yang harus lunas sebelum hujung minggu ini pula. Buat sementara atau beberapa ketika... aku memang tidak boleh duduk rehat dan melupakannya. Kelangsungannya adalah tanggungjawap, kejayaannya adalah tumpuan, keberkesananya adalah seruan untuk seluruh umat manusia...

Terdahulu dari bebanan kerja di pejabat, aku sungguh-sungguh gembira, hingga tidak terkata, kerna itu juga aku gagal untuk menurunkan walau sepatah kata di dada MitH bagi merakam suasanyanya. Erti wujud MitH, tujuan aku membawa ke tatapan umum, Istana di hujung Rimba ini.... mencapai maksudnya. Tidak lain kerana kelahiran Legenda Numerius. Ia berlangsung dalam majlis yang sungguh bersejarah... semoga kini penulisnya percaya setelah kubawakan pengikutnya berhimpun dalam barisan yang panjang menunggu untuk bersua wajah dengan beliau, bahawa sokongan dan dorongan dari semua mereka itu benar-benar bergema di seruluh maya, ilusi dan nyata. Moga sorakkan semua tatkala dibawa ke dunia Aurora membakar semangat dan urat jiwa selagi usiamu bertapak di bumi nyata. Moga tidak kering nafas tinta menyusun bait indah dalam kata, membakar setiap andang semangat bangsa yang semakin lupa di mana tumpah darahnya. Ingat pesanku jangan lupa, hanya ada satu Ahmad Patria yang bijak melarik kata! Jika pernah dan bakala terjadi dirimu menyimpan pena, kenangkanlah maruah bangsa dan kehausan mereka yang semakin leka. Minggu lalu aku telah sampaikan kepada beberapa kenalan atas keluh kesah membaca bahasa terhias permata dan manikam...

"...cuba-cuba lah berani kan diri baca....
kadang kadang minda kita perlukan perubahan...
bila kita tau sebenarnya bahasa kita tu indah... baru kita tau sebenarnya melayu itu bermaruah..."

Seperti katamu, seni itu adalah pengorbanan. Maka saban hari pengorbananlah yang kita hidangkan. Pengorbananlah yang kita bentangkan, bukan menuntut penghargaan dan sanjungan, cukup jika ada kesudian melirik dan tersenyum sedikit kerna hasil keringat pengorbanan itu perrnah mengajak minda-minda beku berkata-kata dan memikir apa rahsia di sebalik setiap bayang yang tergarap dek mata kasar.

Di dunia ciptaan Yang Maha Berkuasa ini, tidak semua mampu kita fahami dari pembacaan dan pembelajaran. Dan bukan semua pula mampu dirungkai oleh minda-minda besar menjajah menakluk manusia separa sedar. Dan janganlah berkata, jika kita punya minda yang kecil kita tidak bisa sampai kepada pemikiran yang bertahap sekian, sekian dan sekian itu. Ianya bermula, segalanya bermula dari sekecil-kecil kemudahan berfikir dan merenung, bukan untuk memahami sesiapa yang jauh tak tersapa dek kanta mata dan hati... ianya sedekat-dekat rasa dan degup hati... iaitu mengenali diri sendiri...

Pasti kalian tertanya, bagaimana bicara tentang Legenda Numerius membawa hingga mengenali diri? Aku tidak punya ilmu untuk menerangkannya dengan teperinci. Berani-berani lah berfikir, mindamu tidak akan senak jika kau tahu apa yang engkau cari dari daerah gulita bila kelopak matamu terapat sujud pada Ilahi. (Berapa kali ia sujud saban hari sedang ubunmu ketemu sujud hanya lima waktu sehari?) Sesungguhnya bahasa adalah antara ilmu pertama yang sudi diikhsankanNya kepada kita.

Sudahlah... tak mahu pula penulisan di sini menjadi berat. Belum tiba masa dan cukup bekal untuk menintakan sesuatu yang seberat itu. Demam pun baru kebah, kokoi batuk pun baru reda, aku ingin senyum dan senyum saja... Mungkin sebulan kebelakangan ini aku melawan arus, lalu diberi ruang berehat. Dengan takdir Yang Maha Kuasa juga ia terlaksana sewaktu aku di tanah tumpah darahku, rumah kelahiranku, tempat yang begitu tenteram, begitu damai begitu tenang. Sewaktu aku kembali ke sejuk pangkuan ibu, lembut usapan tangan penuh kasih sayang, aku dianugerahkan rehat dan cuti hujung minggu yang panjang.... syukur ya Allah, rahmatMu tidak pernah lekang.

Bahasa memberi makna, menyubur jiwa, mengindahkan dunia, menyelak tabir pura-pura yang melangsiri dunia nyata. Antara kau dan bahasa hanya sedetik jaraknya, menemani setiap perantara, hanya kita yang mudah dan selalu lupa... bahasa yang mana mengukuh jiwa, bumi yang mana menjunjung ia terlaksana...

this is where rhyme and courage being spoken... where life uncertaintiness being discuss... where friendships fill the air... where love blooms all year through...  
SAGA ARTAKUSIAD ONLINE [ x ]
Dibawakan secara eksklusif
ketatapan anda.
Artakus Aurora [ x ]