[ secangkir madu ]    
[ elaira ]   
[ taryusis ]   
[ arianur ]   
[ irionel ]   
[ erikas ]  

Archieve
[ Okt ' 02 ]
[ Nov ' 02 ]
[ Dec ' 02 ]
[ Jan ' 03 ]
[ Feb ' 03 ]
[ Mac ' 03 ]
[ Apr ' 03]
[ Mei ' 03 ]
[ Jun ' 03]
[ Julai ' 03]
[ Ogos ' 03 ]
[ Sept ' 03 ]
[ Okt ' 03 ]

12 Nov 2003
:: akhirnya ter'upload' jua...

Assalamualaikum... alhamdulillah, akhirnya berkesempatan jua aku menaikkan MitH Ver2.0. Masih banyak pincangnya. aku harap kalian mengerti. Aku akan cuba sempurnakannya nanti.

Dan... sehingga aku sempat buatkan kalian kad hari raya yang baru... maka marilah aku kongsikan semula kad hari raya tahun lepas... kira re-cycle lah ni... boleh? Hehehe... maaf ya... tidak sempat kompil yang baru... masa tidak bertamu...

Sehingga aku kembali dari bumi Darussalam, inilah kad raya maya untuk kalian. [ x ]


11 Nov 2003
:: so many things, so little time...

Semenjak dua menjak ini aku seperti kesuntukkan masa, meski pun sebenarnya aku punya masa yang cukup untuk melakukan semuanya. Mungkin aku kurang cekap mencakup masa. Atau otakku dituruni hujan lebat sepanjang waktu justeru kadar kelembabannya semakin menjadi-jadi? Hasrat menukar wajah MitH jadi tertangguh melampau-lampau. Hati mengerutu sikap diri sendiri setiap hari. Mungkin waktu santai di rumah salah kupenuhi? Aku jadi hutang itu, hutang ini dengan diri. Banyak perkara ingin kutakluki. Buku-buku tersusun minta dibacai, kad-kad ucapan tersadai minta dikirimkan, pamplet dan broucher yang aku kutip di Expo OIC tempoh hari juga belum seempat aku amati. Mungkin aku perlu tenang dan mengatur segalanya dengan lebih bijak. Tapi aku jauh sekali dari bijak. Ada sesiapa jual bijak? Aku mahu beli.

Seperti juga masa, duit juga satu darinya. Semakin aku ingin berjimat, semakin laju habisnya. Aku selalu sedar dan mengingati diri, guna masa secekapnya dan jimat belanja buat bekal masa hadapan. Tapi selalu benar aku kecundang. Pasti... ini godaan syaitan yang direjam. Hmm... jangan salahkan iblis dan syaitan sahaja, nilai dan kualiti diri, sendiri yang perlu baikinya.

Aku ingin kembali punya masa, untuk laksana semua. Terutama untuk tunduk dan sujud padaNya. Tuhanku, lapangkan masa dan peluangku, permudahkan bagiku segala urusanku, sesungguhnya semua itu amat mudah bagiMu.

||:.

10.37pm

Sejurus selepas berbuka senja tadi, talifon bimbit yang masih dalam tas tangan berbunyi. Terkial-kial aku menariknya keluar. Nama bos nyata di paparannya. Beberapa saat selepas itu tahulah aku tujuan beliau menalifon. Sewaktu di pejabat siang tadi beliau ada membayangkan aku mungkin terpaksa ke Brunei lagi dalam dua tiga hari ini. Tapi panggilannya tadi benar-benar buat perutku senak. Aku harus berangkat jam 3.15 petang esok juga.

Selama ini pun aku biasa menjadi jurugegas, tapi kawasan gegasanku sekitar Kuala Lumpur sahaja. Kali ini kawasan gegasannya sudah bertambah luas. Aku bakal pergi sendirian, kalau ada pun yang turut sama adalah mereka yang aku tidak kenal sebelum ini. Ahh segannya. Dan yang pasti aku seorang sahaja perempuan! Aduh.... perutku sudah sakit!

Aku tidak punya pilihan kecuali menurut. Sememangnya aku tidak punya rancangan lain kecuali pada hari Sabtu ini, di mana aku secara tidak pasti memungkinkan kehadiranku ke perjumpaan a.k.a majlis berbuka puasa Kelab Aurora. Aku dijadualkan pulang Sabtu... jika di sebelah pagi berkemungkinan aku masih boleh turut sama, tapi jika di sebelah petang... kemaafan yang berjujuk kupohonkan, berkemungkinan besar aku tidak dapat turut serta. Aku terkilan, perjumpaan itu ditundakan ke minggu ini semata-mata kerana aku. Aku sekadar mengharapkan mereka faham situasi ini.

Dan aku masih lagi berharap, sangat-sangat berharap... agar kepergian itu dibatalkan.

||:.

Dan aku gembira.. sorak-sorak gembira... bila aku menerima sekeping kad ucapan yang .... erkkk... tak terkata.. well... seperti kata Abg Pat yang meminjam bait lagu Ronan Keating, "you say it best, when you say nothing at all..." but now I would like to repeat the great saying... "picture speaks a thousand words"...

Salam Dunia... dari M Nasir...


7 Nov 2003

Bengang. Aku sudah punya rancangan untuk balik kampung hujung minggu bila tiba-tiba aku diminta untuk stay back. Segala mood ceria bertukar haru biru. Dada aku sudah penuh dengan gambaran-gambaran kampung halaman dan wajah ibu yang tenang. Aku tetap mahu pulang. Aku rela selesaikan apa jua kerjanya menjelang subuh pagi esok.

Syukur, bos lepaskan kami balik dan hasrat balik kampung jadi nyata... yiiihaaa...


6 Nov 2003

Semalam bertemu Fajar yang dalam perjalanan pulang. Sempat berbuka puasa bersama. Kunjungan mengejut. Jadi, layanan sekadarnya sahaja. Kita pusing-pusing pusat kesesakkan mencari kotak ajaib. Sudah ketemu, tinggi pula galang gantinya. Lalu kita bawa pulang idea.

Maaf sahabat jika semalam bicara kita jadi agak terbatas, aku kesibukkan mencari masa berkenalan dengan adikmu. Tambahan pula pohon bicara kami tumbuhnya di danau subur berbaja mesra. Harap engkau tidak kisah itu. :D Terima kasih berlanjutan antara musim, atas jejak gembira dan ceria yang kalian bawa bersama, yang justerunya menitipkan gembira buat hariku.

Kemaafan jua ku susulkan jika terkasar bahasa atau terlanjur kata. Aku sedar ada masa gurau dan senda tidak kena pada tempatnya, mana tahu ada rasa yang tercedera.

||:.

Hari ini pula, sewaktu hari mula melangkah petang aku merancang untuk mengikut Nana berbuka bersama teman sepejabatnya. Tapi terpaksa kubatalkan kerana jemputan Puan Bos. Kami yang berkesempatan meluangkan masa berbuka bersama di Mandarin Oriental. Masakkan Cinanya boleh tahan juga.

Berkesempatn bertemu dan kenal-kenal dengan tiga orang sahabat majikan. Wanita-wanita senang kuungkapkan. Seorang berbangsa Korea, seorang berketurunan Portugis dan yang seorang lagi Melayu Singapura.

Si perempuan Korea sudah beberapa kali kutemui di rumah majikan. Dia tidak fasih berbahasa Inggeris, jadinya kita guna bahasa Inggeris sangkut-sangkutl. Ada masa aku tertawa sendiri mendengarkan bahasa yang kututurkan. Kucar kacir sungguh bunyinya. Suaminya berjawatan besar di sebuah kilang elektronik milik syarikat Korea di negeri kelahiranku.

Si Portugis pula kelihatannya seperti orang Melayu sahaja, cuma cara dia berpakaian membuat aku tertanya sendiri. Bila Puan beritahu dia bukan orang Melayu, aku faham sendiri. Kata Puan lagi dia berkahwin dengan lelaki Jerman, seorang jurureka kokpit kapalterbang. Wah, hebatnya... aku melopong dalam hati.

Perempuan Melayu kelahiran Singapura itu pula agak bergaya dan pandai menyesuaikan diri. Solekannya ringkas tapi menarik. Suaminya seorang doktor pakar di salah sebuah pusat perubatan terkenal.

Aku sekadar tersenyum melihat mereka berbual rancak dalam bahasa bercampur-campur. Kena tempatnya aku mencelah dan tumpang ketawa. Bertuahnya wanita begitu. Tidak payah bekerja kuat masih boleh bermewah-mewah. Mata pencarian suami mereka sudah membolehkan mereka membeli-belah tujuh hari seminggu.

Selesai makan-makan, aku pulang dengan kenderaan rasmi tanpa pemandu :D Sampai di rumah, aku perah idea untuk buat rekabentuk baru MitH. Senang kata, baju baru untuk MitH sempena usianya setahun. Setakat aku menulis ini, aku masih belum puas hati dengan hasilnya. Ada yang tidak kena, tapi jam sudah melewati jam 2pagi, mata pun sudah berat ingin pejam. Jika siap boleh saja kunaikkan esok, jika tidak... tulisan ini bakal tertunda siarannya hingga kuketemu rekabentuk helaian dalam yang aku ingini.

Di pejabat tadi Puan beritahu, kemungkinan selepas hari raya aku terpaksa bepergian lagi, kali ini misinya membawa pulang teknologi. Aku antara kecut perut dan gembira. Aku takut tidak tersempurnakan tugas berat itu. Aku gembira juga, kerana jika benar, perjalanan itu nanti akan menjadi koleksi pengalaman yang berharga semestinya. Siapa ya teman jurnal di Cairo, mungkin kita bisa jumpa di sana?

this is where rhyme and courage being spoken... where life uncertaintiness being discuss... where friendships fill the air... where love blooms all year through...  
SAGA ARTAKUSIAD ONLINE [ x ]
Dibawakan secara eksklusif
ketatapan anda.