[ erikas ]  

 

 


29 Jun 2004
:: http://perkahwinan.bluehikari.com
:: Selamat Pengantin Baru Rudy dan Insyirah, semoga kekal ke anak cucu...

Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti. Tidak dapat menulis lebih awal tentang majlis indah ini kerana hari pertama di minggu yang baru ini juga betul-betul sibuk, ada dua mesyuarat pagi dan petang, di antaranya aku lupa, aku demam.

Sabtu - aku ke Seremban bertemu Ita, membincangkan masalah negara. Mujur kali ini komuter tidak buat hal seperti selalu. Jadinya perjalanan antara dua buah bandar menjadi santai. Alhamdulillah. Tekak sudah mula perit, mungkin kesan dari pencemaran udara dari kesan pembakaran di Sumatera turut memberi salam. Kami duduk berjam-jam bercerita, seperti dulu... masih seperti dulu, bezanya sekarang kami dikekang waktu dan tugasan. Diakhir pertemuan, masalah negara terbendung, langkah-langkah penyelesaian telah terpatri dan kami bakal tidak menoleh kebelakang lagi. Moga kali ini kita lebih utuh sahabat... lets be fair to our self, aku sangat-sangat sayang kamu!!!

Ahad - menyertai sahabat Geju yang lain ke majlis perkahwinan bluehikari di Banting. Kami sepatutnya tiba lewat, tapi terawal sejam, sahabat-sahabat Geju yang lain belum sampai. Slot Geju pukul 2ptg. Tak apa, kami tunggu. Semestinya di majlis ini aku akan berkesempatan untuk bertemu Geju yang lain... seronoknya...

Hijau pucuk pisang merona perkarangan kediaman, singgahsana juga persalinan raja sehari ini. Geju datang dengan baju biru. Celaru juga mencari baju biru, aku tidak punya kecuali yang lama. Untuk memeriahkan apa salahnya... masalah belum menjadi masalah sehingga kita menjadikannya masalah.

Sewaktu mula sampai, aku yang tiba bersama Mie dan Umie berselisih dengan Mukeh, dia sudah mahu pulang, mungkin ada agenda lain dan tidak dapat menunggu Geju yang lain. Kemudian Fajar pula sampai... (dia bawa mangga-mangga yang sungguh manis!!! Thanks Fajar!).

Angin bertiup deras mengusir panas terik hari itu. Hidangan yang enak. Aku yang sakit tekak masih seenaknya meneguk airbatu warna warni, walau dalam hati penuh sedar implikasi airbatu dan cuaca panas ke atas tekakku yang sudah meragam. Seperti yang Along selalu katakan... aku kalau sudah jumpa kawan - pengsan!

Kemudian Pikor pula sampai, kemudian Blueshade, kemudian Kaezrin dengan babynya yang comel... mungkin ada lagi yang aku dah lupa. Pengantin begitu sibuk melayan tetamu.

Tetamu datang dan pergi, kami masih tidak berganjak. Mungkin timbul juga persoalan diminda makcik-pakcik penanggah, kenapa kami tak balik-balik lagi. He he he... kami ni special case, makcik... penat berdiri dan ambil gambar kami duduk di kanopi utama, yang juga hijau pucuk pisang.

Sekitar jam 3ptg (jika tak silap), geju-geju yang lain tiba serentak. Seketika ia lebih kelihatan seperti Gathering Geng Jurnal. Aku tidak tahu jumlah sebenar yang datang, mungkin sekitar 30 orang seperti kata Mie. Dan tidak semua juga sempat aku kenali... tak apa nanti kita jumpa lagi.

Acara bergambar. Ini kebiasaan. Aku sendiri merakam 41 keping gambar termasuk 2 movie bisu. Ini sebahagian sahaja, separuh Geju sudah pulang, aku juga tidak turut serta bergambar ramai, sebab aku tukang ambil gambar.

Kak Ungku bawa muffin coklat yang sedaaaap... Terima kasih Kak Ungku, nanti bawakan lagi ya.... Lihat sajalah telatah Geju yang tidak sabar-sabar 'menyerang' muffin Kak Ungku.

Nett... sabar Nett...

Aku rasa inilah salah satu dari majlis perkahwinan yang paling lama aku hadiri. Cuaca yang cerah dengan tekakku yang tidak selesa (kadang-kadang saja terasa, selebihnya lupa kerana gembira) sedikit memenatkan. Pun begitu ia terusir tidak lama kemudian bila rancangan lain pula menyusul.

Bagan Lalang! Ya... kami ke Bagan Lalang! Aku, Mie, Umie, Nett, Amyz, Iwan, Napang, Spyz & family menuju Bagan Lalang. Khabarnya 6 kereta lagi menuju Wetland Paya Indah atau Putrajaya aku kurang pasti.

Jarang sekali aku merasakan angin yang dingin ketika berkunjung ke pantai walaupun lewat petang seperti itu. Tapi petang itu... suasana begitu nyaman. Kali pertama aku sampai ke pantai ini walaupun bukan kali pertama ke Bagan Lalang yang terkenal dengan ikan bakarnya.

Mangga pemberian Fajar kami nikmati di sini... enak... dan manis sekali. Tiba-tiba ada pisang goreng dan keledek goreng yang panas, cepat betul Mie menggoreng.

Kanak-kanak bermain layang-layang. Aku teringin sekali untuk menarik tali layang-layang melawan angin, kalau tidak mengenangkan masih berbaju kurung, rasanya sudah lama aku dan Nett berlari-lari dengan tali layang-layang. Kali terakhir aku bermain layang-layang lebih 20 tahun yang lalu di halaman rumah... layang-layang yang kubuat sendiri dari kertas surat khabar... itu pun tidak naik.

Oh ya... bila aku loading gambar-gambar dari kamera ke Tuah, tiba-tiba ada 2 pos aksi dugung oleh Napang... aku ketawa senak perut sorang-sorang, ini mesti Mie yang ambil. Tak payah lah letak kat sini kan? Nanti Napang saman malu ngan aku, susah pulak... encik laywer masih honeymoon... sapa nak tolong aku?

Senja yang cukup indah... sungguh-sungguh indah... aku ingin kembali. Geju   m e s t i   buat gathering di sini. Kita BBQ? Nak tak? Nak lahhh... nak lahhhh..... aku nak main layang-layang... Mesti best... mesti seronok... sangat-sangat seronok! Apa kata selepas ini kita buat Gathering-BBQ Geju di Bagan Lalang? Rasanya ia adalah pilihan yang lebih baik dari PD. Siapa nak ikut... angkat mouse tinggi-tinggi, aku nak kira ni...

Kalau jadi... aku sudah bersedia sepenuhnya untuk dibakar mentari...

 

p/s: terima kasih kalian, secara tidak langsung membantu aku menatang ceria...

p/ss: nanti jangan minta gambar-gambar dulu... mungkin rabu atau khamis aku cuba upload ok?

p/sss: aku sampai ke rumah jam 10.30mlm.... kuaaa kuaaa kuaaa... kita ke mana ya Mie selepas solat maghrib di Masjid KLIA? Terkena badi Nett laa ni... Syyyyyhhh.... tak boleh cerita, aku dah janji ianya rahsia...

sekian 5.45am

24 Jun 2004
:: Masalah dan keperibadian seseorang

Pagi tadi aku mendengar satu topik yang menarik dibincangkan di radio. Ianya tentang bagaimana seseorang itu menghadapi masalah. Ada 3 kategori orang menghadapi masalah ini, yang pertama dia akan berdiam diri dan menyimpan masalahnya sendiri, yang kedua dia akan bercerita dan mengadukan semua masalahnya itu kepada seseorang, dan yang ketiga bersikap tidak menentu dan terburu-buru.

Menurut DJ yang bertugas, keperibadian sebenar seseorang itu akan dapat dilihat apabila dia menghadapi masalah. Samada dia seorang yang tenang, berfikiran panjang dan terbuka, boleh mengawal keadaan, seorang yang gelabah, mudah putus asa, seorang yang berfikiran singkat, terburu-buru, tidak pandai menyimpan rahsia, dan berbagai lagi. Apa sahaja reaksi seseorang itu menghadapi masalah adalah keperibadian dia yang sebenar.

Beberapa pendengar menalifon dan berkongsi cerita mereka. Menarik.

Aku di kategori yang mana? Aku rasa semuanya sekali...

23 Jun 2004
:: PERIDOT

Aku rasa aku dah gila dengan PERIDOT ni, sedari minggu lepas. Sebelum ini seperti aku tidak ketemu permata secantik ini. Maksud aku permata yang benar-benar buat aku terpana begini.

Aku benar-benar terpesona dengan PERIDOT. Tambahan warnanya betul-betul kena dengan warna kegemaranku - hijau. Tapi bukan sembarang hijau... ia hijau Myths in the Haze, ia hijau PERIDOT! Dan dengan rasminya aku mengistiharkan bahawa PERIDOT adalah permata rasmi Puteri Elaira Eliza empunya Istana di Hujung Rimba.

Minggu lepas sempat meneman Fajar mencari batu permata. Beraneka warna dan bentuk potongan. Walaupun kecil-kecil sahaja ukurannya... harganya mencecah ratusan ringgit. Aku tak tahu mana yang asli mana yang palsu. Tapi memegang yang asli ada 'rasa'nya. Aku tak tahu nak gambarkan bagaimana... tapi ada sesuatu. Bila dilihat betul-betul kita boleh lihat work-of-nature pada batu-batu tersebut. Atau mungkin itu hanya naluri aku sahaja.


T e r p e s o n a . . .

    
p a d a   k e i n d a h a n . . .

Kalau bukan kerana harganya yang mahal... pasti aku beli, kalau tidak dipakai pun simpan buat koleksi. Terus terang aku memang tak pandai memakai barang kemas. Hanya pada Hari Raya, dan ke majlis kenduri kahwin, itu pun sebab mak paksa.... boleh? Hehehehe...

Kata Zu, dia punya koleksi batu permata di rumah. Hmmm... aku rasa satu hari yang sesuai nanti aku ingin melihat koleksi dia. Selama ini aku hanya kumpul batu anak air. Mana tau, selepas ini aku bakal mengumpul batu permata pula... berkongsi minat dengan Zu. Boleh ke Zu?

Selama ini juga aku adalah peminat batu kristal, aku akan ambil masa yang lama membelek batu-batu kristal di mana-mana kedai kristal yang kutemui. Kagum dengan corak dan kejadian Tuhan yang begitu indah. Tapi entah bagaimana aku tidak perasan kehadiran peridot... hmmm... sedangkan ia berada di situ. Mungkin ini juga memberitahu aku, bahawa sesuatu yang indah itu walaupun berada hampir di depan mata, jika belum diizinkan Tuhan untuk kita menikmati keindahannya, kita tidak akan dapat melihatnya.

Kalau lah aku dapat memiliki... hmmm.... aku nak pakai ke? Eh... dah ada, tentulah aku pakai. Boleh lah aku pakai ke majlis Perkahwinan Bluehikari [ x ] hujung minggu ini... Tapi sebab tak ada... aku bawa senyuman saja lah nanti.

Untuk Rudy dan Dayah.... nah... akak hadiahkan semua PERIDOT kat sini untuk awak berdua... hehehe... pilihlah yang mana berkenan ya....

Tahniah buat Fajar kerana telah berjaya memiliki PERIDOT lebih awal dari akak... yang pertama mestilah Fajar... kan kan kan? Tapi akak dah habis baca 1511H terlebih dahulu dari awak...

Aku...? Aku tunggu orang hadiahkan kut? Erkkk... ada sesapa nak hadiahkan peridot untuk aku????

Semoga suatu hari nanti aku berjaya memilikinya...

16 Jun 2004
:: Minta izin...

 

 

Beberapa purnama
bertukar ganti mengambang
musim pun luruh
alam berputaran mendenyutkan nadi kehidupan
nadiku kedinginan

Beberapa daun muda gugur
melayang tenang di akhir hanyatnya
menyatukan diri ke bumi
tempat semua bersemadi

Di sini aku merenung hari
bicarakan dalam hati
apa maunya hidup ini
apa corak yang telah kau warnakan
apa warna yang telah kulunturkan
apa hamparan masa depan

Dalam kelam meranduk berputaran
tersadung berdarah dan rebah
izin aku ke pinggir
mencari daerah ruang tak berpenghuni
mencari diri sebelum mati.

 

:: Bila aku nak pindah?

Aku dah ada rumah baru. Rumah baru beli. Kongsi-kongsi ngan kengkawan lain. Tapi aku belum pindah lagi. Rumah tu lawa (konon), besar. Tapi aku belum pindah lagi. Aku nak sewa lori, nak angkat semua perabot, sofa dan tv. Tapi aku belum sewa lori lagi. Bila aku nak pindah? Beli rumah besar-besar takkan tak nak pindah?

Rumah besar boleh letak macam-macam. Hiasan dinding warna warni dan bunga segar setiap sudut. Aku boleh letak tempayan basuh kaki kat depan pintu masuk dan tikar mengkuang baru dianyam di ruang tamu.

Tapi... bila aku nak pindah?

Rumah baru aku [ x ]

11 Jun 2004
:: RESET CPU hidup...

Menjengah Febuari tahun ini sudah mula ada riak gelombang tak menentu mengganggu tenang perjalanan hidupku. Aku sudah mula sukar tersenyum. Di antaranya ada juga ceria yang bertandang, aku bersyukur pada Tuhan.

Mac, April dan Mei... aku seperti menempah keranda aku sendiri. Terlalu banyak kesilapan demi kesilapan aku lakukan. Perkara paling besar aku menyusahkan orang, lebih daripada itu aku tak mahu fikirkan, otakku sudah tepu. Kerana itu aku sudah tidak tenang... aku terima dengan redha, aku insaf dan tak mahu ulangi lagi.

Kemudian, semua perkara yang aku rancang tergendala... salah satunya usaha untuk belajar memandu. Dan aku mungkin kehilangan beberapa ratus ringgit tanpa ada hasilnya.

Lagi, aku menggunakan duit untuk sesuatu yang boleh dielakkan, jumlah yang agak besar juga. Sahabat yang aku temui semalam berpesan... duit bukannya senang dicari, tidak semudah itu kita mendapatkannya, beringat semasa ada, dan belanjakan dengan bijak. Dia juga mengingatkan, semua orang ada buat salah dan silap dalam hidup, everybody makes mistake, bila menyedari kesilapan itu... kita punya kesempatan membetulkan diri. Menyesali sesuatu kesilapan dan tidak berbuat apa-apa adalah tidak berguna. Belajar dari kesilapan. Hidup ini terlalu singkat untuk mengulangi kesilapan yang sama.

Lagi dan lagi... otakku tepu, kurang oksigen agaknya, berfikir pun seperti tidak berfikir. Atau sebenarnya aku terlebih-lebih fikir. Yah selalu berpesan, jangan fikir lebih-lebih. Well... mungkin selepas ini aku harus let the nature take its course.

Aku mungkin ingin berbuat sesuatu yang mengatasi kemampuanku. Aku mohon ampun pada Tuhan, semua niat baikku bertukar kepada beban buat insan lain. Yang aku tidak sedar sewaktu itu ialah kemampuan aku untuk membantu.

Aku benar-benar mahu reset hidup. Terlalu banyak salah, terlalu banyak silap. Hati aku tidak benarkan aku melakukan itu semua, dan bila ianya terjadi, inilah yang aku dapat... aku jadi tidak tenang. Bila aku tidak tenang... aku tak mahu satu apa pun... aku hanya mahu tidur... tolong jangan ganggu tidurku...

 

 

 

 

 

... dulu warna warna ceria begini menghias harianku, sekarang semuanya semakin pudar. Genggam erat tanganku teman, jangan sekali kau lepaskan. Aku mahu warna warna ini kembali memesrai hidupku.

 

10 Jun 2004
:: Pertemuan indah...

Setiap insan itu anda keistimewaannya yang tersendiri, samada disedari oleh insan lain mahu pun tidak. Lebih istimewa jika dia membahagiakan insan lain dengan segala keistimewaan yang ada pada dirinya itu. Tuhan Maha Kaya... dijadikanNya begitu rupa agar kepelbagaian wujud.

Perjalanan hidupku telah menemukan aku dengan insan yang punya keistimewaan sendiri, yang juga telah meninggalkan kenangan indah. Terima kasih untuk persahabatan indah yang sudah menjangkau 4 tahun secara maya, semalam kami bertemu muka. Ternyata amat mesra dan seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Terasa begitu sedih bila tiba waktu berpisah. Entah bila lagi dapat berjumpa. Kadang-kadang di dalam kehidupan kita ini, kita bertemu dengan seseorang yang baik. Dan kita tidak tahu samada kita akan bertemu semula dengannya atau tidak. Itulah yang aku rasa.

Setelah berpisah dan aku menuju jalan pulang, tiba-tiba aku rasa seperti hanya aku sahaja yang berada di dalam lrt malam itu... begitu sunyi dan begitu sendiri... sedihnya...

8 Jun 2004
:: Wadi

telah kering wadi kasih
kurniaan Tuhan
telah retak lantainya
dasarnya kekontangan
kusuakan kaki kedasarnya
rapuh
aku terperosok jauh
ditelan perut bumi
penuh ceracak buluh tajam-tajam
menusuk jauh hingga ke jantung hitamku
menusuk jauh matikan akal warasku
darah pekat itu
basuh hatiku yang layu dan membusuk
lembah gemilang telah kontang
tinggalkan aku telentang...
 

-----

Aku memang kurang suka menonton TV... tapi aku nak letak link ini.
TV1 Guide TV2 Guide TV3 Guide

4 Jun 2004
:: Berundur

Telah berundur segenap rasa...
menunduk ke perdu asa yang hancur
telah tertiarap sebuah duka
menyatu diri dalam sendu bertakung kurun berkurun

Mengusung busur segenap lara...
lepaskan tujahan ke angkasa raya
menjunam menghujam jantung hati
berdarah terebah menggelepar pedih sekali

Akulah hantu
penunggu makam beracun
mencucuh duri dan onak
lukakan kaki dan butakan mata
menjerut leher memamah nyawa...

Akulah dedaun mereput
menyelimut makam sendiri
di dalamnya terisi hati-hati terkelar berdarah
hati-hati yang pernah mengungsi
sebuah lembah penuh bunga warna warni
sebuah lembah hijau dan berseri.

-----

:: menanti

kau biar aku beku
menanti dalam waktu
seribu cerita telah menerpa selangit cahaya
aku buta dan bisu

kau biar aku mati
menanti tidak pasti
ada dedaun hijau bergetar
sebentar mengelepar jatuh ke bumi
walau usia hanya beberapa hari

kau rejam aku ke tebing kejam
cacakkan lembing di paruku
biarkan darah membuakkan resah
menunggu tanpa arah

[ Ita... lain kali jangan buat aku menanti... ]

3 Jun 2004
:: Singgahsana

kubentangkan permaidani
dari kelopak mawar nan suci
jalan indah ke singgahsana ini
adalah janji sehidup semati
dengan restu Ilahi

kusuburkan bunga-bunga segar mengharum
membawa mesra kurun berkurun
menghias singgahsana ini
adalah memekarkan kasih putih
kusulam teruntuk buatmu
tetamu istimewa mahkota hatiku

singgahsana inilah gerbangnya
masa depan yang dulu berbalam
hari ini di depan kita ia terbentang
singgahsana inilah pintunya
istana yang dahulu kita impikan
hari ini terlaksana penuh bersejarah

genggam erat tanganku kasih
bersama kita tugukan kasih sayang
dalam mencari rahmat dan nikmat Tuhan.

030604::6.39pm

[buat sahabat yang bakal bertakhta di singgahsana tidak lama lagi...]

2 Jun 2004

Buku yang baik akan membawa anda kepada perkara-perkara yang baik. Sangat berterima kasih kepada penulis 1511H [KOMBAT]:: Faisal Tehrani [ x ] atas tulisan yang telah membawa aku ke satu dimensi pemikiran yang berbeza dari sebelumnya. Pendek kata ia pencetus revolusi pemikiranku yang semakin berkarat semenjak membaca 1515 lagi. Semoga Tuhan kurniakan seribu kebaikkan untuk insan penulis ini yang telah membawa kebaikkan kedalam pemikiran lembab seorang aku. Dan terima kasih buat Fajar kerana kenal kan aku pada penulis favorite dia ni...

this is where rhyme and courage being spoken... where life uncertaintiness being discuss... where friendships fill the air... where love blooms all year through...  
SAGA ARTAKUSIAD ONLINE [ x ]
Dibawakan secara eksklusif
ketatapan anda.
Artakus Aurora [ x ]