~ m y t h   i n   t h e   h a z e ~ 
P u t e r i  E l a i r a  E l i z a 

[ elaira ]   [ taryusis ]   [ arianur ]   [ irionel ]   [ erikas ]  

:: Elaira

Saya menggunakan nama ini seawal 1992. Tentunya mengambil dari watak dalam novel Saga Artakusiad – Laira, ditambah ‘e’ diawalnya untuk lebih menariklah kononnya. Kemudian pada 1994 (ada insiden yang tersendiri) saya menambah lagi nama di hadapan dan di belakangnya bagi melengkapkan – Puteri Elaira Eliza, sambil memasukkan sedikit nama saya di situ. Saya suka nama pena ini, dan inilah nama pena terakhir yang saya gunakan hingga ke hari ini. Ramai yang suka nama ini, saya lebih-lebih lagi. Elaira itu adalah saya. Macam nama kedua. Boleh? Kawan-kawan rapat tahu itu saya… semua nota, buku saya labelkan Elaira.

:: Saga Artakusiad

Ini lah mulanya... ini lah pencetusnya... ini lah jendelanya yang menggamit saya untuk mula menulis. Walau semuanya hanya untuk diri sendiri. Bahasanya indah, perumpamaannya baru, deskripsinya tentang sesuatu kenyal. Di mana minda tidak mencapai di situlah hamparan baru ini menguak ruang dan memberiku fikir... tentang... indahnya maksud bila disulam bahasa alam. Wataknya hidup, dunianya wujud, nama-nama yang berbeza sungguh dari biasanya, inilah kali pertama berjumpa karya sedemikian rupa. Selanjutnya [ x ] ...

:: The real me in general

Tentang diri saya sendiri… saya punya perjalanan hidup yang agak ‘smooth’. Saya katakan demikian kerana saya tidak ditimpa masalah-masalah besar atau saya tidak menganggap ianya besar. Namun saya mudah terganggu walaupun dengan perkara sekecil hama sekalipun. Saya suka berkawan, berkawan rapat dan juga mencari kawan baru. Berkumpul bersama para sahabat adalah aktiviti kegemaran selain baik kampung menatap wajah bonda.

:: Kegemaran

Kalau berpeluang saya suka jalan-jalan dalam hutan, berkhemah, saya seronok mencari air terjun, memanjat jeram (saya tidak fikir itu mungkin lagi kerana sudah lama saya tinggalkan). Saya suka alam semulajadi (kalian akan mengesannya bila membaca puisi saya). Saya suka kehijauannya bersama apa saja yang bernaung di situ. Saya suka aktiviti lasak, bukan semua dan bukan yang terlalu lasak pun, sekadar sesuai dengan peribadi, tapi kesempatan hampir tidak lagi menjadi millik saya.

:: Musik

Saya suka musik. Suka sangat-sangat. Lebih-lebih lagi lagu-lagu yang senang didengar (easy listening) dan inspiring. Kalau di tanah air pertama-tamanya sudah tentu MNasir, then a few others yang best-best such as Ning, Ella, S. Aini (suara yang sungguh merdu [ x ] ), Ziana + Anuar Zain, Rem, Amy Mastura pun ok juga, aku suka lakonan dia juga, selalunya kelakar. Kumpulan... dulu-dulu BPR, Wings, Search, Bloodshed (Srikandi Cinta).. then, Spider... siapa lagi ya... sudah lupa, kalauingat aku tambahlah nanti... kalau cerita tiga malam mau tak habis ni... hehhehe... Tapi yang pasti punya suara tersendiri bukan yang seperti dia tu atau dia ni, dan yang tidak meninggi diri, this really spoil your talent tau. :D

Kalau luar negara Enya, Tracy Chapman, Julio Aglesias, Sade, Carpenters, Westlife... ramai lagi...:D latest Norah Jones.... sort of lulaby... membawaku bermimpi!

Muzician... Kitaro, Jim Brigman, Kenny G, .... plus few others. Dulu aku suka juga Jean Micheal Jerre, persembahan unik dengan cahaya-cahaya leser segala.

:: Status Myth in the Haze

Site ini jiwang! Tak kisah lah apa sekali yang ingin dilabelkan. This is from me… kalau jiwang bahasanya… maka jiwang lah ia… jika semangat bahasanya… rasakan bahangnya. Setiap orang punya cara tersendiri dalam menghayati kehidupan mereka, melahirkan apa yang dirasa, sengsara atau derita. Apa saja yang membuat kau gembira teruskanlah… tapi ingat dasar-dasar perjalananmu di muka bumi ini.

Mungkin ada yang merasakan pembacaan di sini agak 'meloyakan' kerana tidak semua orang 'tahan' dengan bahasa-bahasa jiwang atau bunga-bunga. Saya minta maaf. Tapi ini adalah apa yang lahir dari Myths in the Haze. Minta maaf jika saya buat anda tidak selesa di sini, sesungguhnya bukan maksud saya begitu.

:: Di dalam Myths in the Haze

Untuk pilihan menu saya menggunakan nama-nama aurora, untuk yang kurang mengerti nantikan kemunculan Saga Artakusiad versi online (insyaAllah - sedang diusahakan).
taryusis (catatan harian) - bunga bewarna merah, mendapat nama dari pendekar aurora yang terkenal Taryusis Tarera.
arianur (kumpulan puisi) - bunga bewarna putih yang tepinya ditinta kebiruan, ia lambang kasih sayang.
irionel (email) - bunga kecil bewarna kuning garang.
erikas (buku tamu) - menara di hujung lembah Tarkayan. Sebuah runtuhan menara yang sepi (harapnya tidak lagi dengan kehadiran kalian).

:: Dedikasi

Izinkan saya melampirkan dedikasi. Saya meminati cara penulisan beberapa GJ. Maaf saya belum sempat menjengah yang lainnya, waktu luang di pejabat agak terhad. Jurnal pertama yang saya temui ialah jurnal Fajar, saya kagum dengan layoutnya (maaf jika saya terpengaruh), dengan catatan tentang kesukaran beliau meneruskan kursus sarjana, persahabatan yang menarik di GJ dan yang paling saya suka, entri beliau tentang ketupat periuk kera! Saya tak pernah terfikir adanya hidangan sebegini. Inilah jendelanya, yang kemudian menemui linkasi ke jurnal Rudy, tak perlu pengenalan, dia memang sudah femes, saya kagum dengan konsistensi penuh penulisannya (saya tak mungkin bisa berbuat begitu), yang paling mengesankan ketabahan beliau menghadapi hari-hari yang mencabar, banyak yang saya insafi dari site ini, terima kasih.

Effa, penulisan beliau begitu istimewa, saya benar-benar suka… bagaimana lagi yang harus saya tuliskan. Semua digarapnya menjadi satu… bakatnya begitu besar, mesejnya jelas dalam simpul bahasanya yang tersendiri. Kelakarnya bersahaja, nasihatnya berguna, sinis sindirannya, tanggungjawapnya ketara. Bukan memuji keterlaluan sekadar menghargai sebuah perjuangan.

Saya suka tulisan Adi, sekali pandang memang lain sungguh dari konten di sini, tapi dia punya gaya sendiri dan di mata saya ianya menarik… sungguh menarik. Selain itu JiGoMorisson, Lala, Enmiya (GJ pertama menyarankan saya menulis dengan serius), tuan presiden kita, Mie, lagi… Saljubiru, Adyshah, YB MatJan, TokRimau, CT Musafir dan ramai lagi… tak tertulis di sini…minta maaf ya… (saya harus mengejar masa – harus siap semua ini sekarang juga!) Untuk geng jurnal yang belum saya sebutkan… itu bukanlah bermaksud saya tidak pernah menjenguk tulisan anda. Sesungguhnya kalian semua Hebat-hebat belaka!! 22 Oktober 2002

:: Olai Tanon

Fajar
Rudy
Effa
Penyubiru
Poad

Lala
Adyshah
Biskut
Ros
Adi
Mie
Max
Toksik
CT Musafir
Zatul
Fifie
Analogi
Angah

... more will be added, I hope soon... :D

this is where rhyme and courage being spoken... where life uncertaintiness being discuss... where friendships fill the air... where love blooms all year through...