~  m y t h   i n   t h e   h a z e ~ 
P u t e r i  E l a i r a  E l i z a 

[ secangkir madu ]    [ elaira ]   [ taryusis ]   [ arianur ]   [ irionel ]   [ erikas ]  

31 Dis 2002
:: Selamat tinggal tahun 2002

Selamat tinggal 2002, sungguh manis hamparanmu, pastinya akan kudakap erat dalam perjalanan di tahun baru ini.

2002 menyaksikan keperitan menghela langkah bila masalah di tempat kerja lama muncul dan menyebakkan dada pekerja-pekerjanya. Dalam tempoh keperitan itu graduasi berlangsung juga... alhamdulillah. 2002 juga ditakdirkan aku mendapat pekerjaan yang aku sandang sekarang ini. Alhamdullillah... syukur tidak terhingga padamu Tuhan kerana rahmat dan kurniaMu yang sungguh tidak terjangkakan.

2002 bermulanya Myth in the Haze... harapan menggunung ianya berteguh menyusur jalan yang serba mencabar ini. Kerananya aku punya rakan-rakan baru yang sungguh-sungguh istimewa sekali di GJ. Pembaca-pembacanya yang istimewa memberi inspirasi yang dalam... sukar untuk kulafazkan... terimakasih...

Secara keseluruhan aku gembira, ada pengajaran yang dalam telah dibekalkan 2002... cuma aku yang masih termengah mengutip pengertian untuk memahami setiap satu petunjuk yang diberikan Tuhan ini. Semoga aku diberi kelapangan dan kemudahan untuk mengutip dan menghadam setiap satu darinya.

Untuk semua pengunjung Istana di hujung Rimba / Myth in the Haze.... Selamat Tahun Baru 2003... semoga kita semua akan sejahtera dilingkung rahmat Ilahi di tahun baru ini.

++

Aku tahu... aku telah berjanji dengan beberapa orang untuk melunaskan catatan ke Tanah Tinggi Cameron, setakat ini nampaknya belum berhasil. Seperti hilang kata-kata. Bukan kerana tidak gembira, malah syukur yang teramat kerana kami berempat benar-benar dikurniakan Tuhan kegembiraan di sepanjang perjalanan dan kunjungan itu... seperti kata Ida, dua hari serasa sudah dua minggu kita di sini. InsyaAllah akan ku abadikannya di sini nanti.


30 Dis 2002
:: I wish for a fairy to be my friend...

fire fairy
What kind of fairy are you?

brought to you by Quizilla   

kalau aku angankan
seekor pari-pari jadi kawan
apa yang aku harapkan?
harapkan mimpi dilakarkannya jadi pasti?
harapkan igauan ngeri bertukar jadi rindu bahagia?
harapkan pelangi merentasi dari cucuran atap di baruh ke darat?
harapkan bunga-bunga sentiasa mekar di keliling kediaman?
harapkan keceriaan berpanjangan?

mungkin bukan itu pintaku
aku cuma mahu kau tertawa
gembira berkerdipan dalam anak mata
bahagia menari dalam gerak langkah
ya... aku mahukan kebahagian buatmu
sahabat-sahabatku
boleh kau tunaikan wahai pari-pari?

[ ...jumpa pari-pari ni kat site Ros. ]


27 Dis 2002
:: Tali-tali duka

kamu sudah lakarkan
tali-tali kecewa petang tadi
walau aku tak pernah simpan harapan

kiranya tali itu halus
dan ia bisa putus
meninggalkan aku kelegaan dalam waktu
meninggalkan aku mengangguk-angguk
begitulah... seperti biasanya

kamu sudah lakarkan
garis-garis pengenalan
berdakwat merah
dengan pena yang ditekan dalam-dalam

payah juga memengertikannya
tambah sempurna pintaannya sabar yang dalam
cumanya kita ini manusia biasa
kesabaran itu pantas bergetar
dan memalapkan semangat
yang sedia pudar.

231202:11.35pm

 

 

Kiranya... aku ingin meranduk dingin, berpergian membawa ruang-ruang kosong. Supaya pulang nanti, berupaya kuselusuri lembah dan kayangan, buat teman dan kalian menyambung tali temali kasih suci.

Di situ terlukis lakaran ilusi, bunga-bunga cinta dan bunga gembira, melambai melarik warna dari penjuru ke penjuru kolam mimpi yang lanjut.

Di situ... seperti dua puluh musim yang lalu, aku ingin menyelusuri walau pedih tersaji di balang-balang pameran kedai cenderahati.

Di situ bagai dijanji, aku tidak pernah memungkiri, walau patri yang kau tugukan sudah lama lebur dan hilang, berasap menjadi kabus, lenyap bersatu dalam siang.

Doa kusulamkan... sudilah apa kiranya, dingin kali ini menggenggam kemas dingin di hati, membawanya keluar dari sanubari, bawalah ia pergi jauh nun ke puncak tak terhitung, ke hutan tak teredah, ke langit tak tertakluk. Bawalah dingin itu pergi... jauh... dan jangan kembali lagi.

Supaya... bila kuselusuri pula kembali jalan-jalan di lembah ini, hanya hangat dan bunga-bunga kasih sahaja yang mekar, hanya hangat dan gilang gemilang rona pelangi, hanya hangat dan gemercik pancuran cinta... mengiringi hari.

Dingin itu millik Disember, maka ini kupulangkan kepangkuanmu .... millikmu yang hakiki... izinku dalam tenang mengundur diri.....

++

d i   m a n a   i n g i n   b e r a d u

aduhai dimanalah aku ingin beradu
sebak malam menanggung rindu
rindu tidak bertangkai
tangkai tidak berjinjing
kasih tidak bermukim
terbang bertaburan menjadi pusara

aduhai dimanalah aku ingin beradu
jika siang tempiasnya tajam-tajam
tika malam pula embunnya dingin salju
menongkah ketentuan bukan maksud
ia bersebut pengertian dan pengorbanan
lalu hati bertaburan jadi pusara

aduhai dimanalah aku ingin beradu
jalannya kabur-kabur
lintuk lalang jadi onak
manis bayu jadi kecubung
anginnya panas meruap-ruap
ruangnya berbatu sempit-sempit
berkaca dimata bersatu dihujung lengan
berguguran menjadi pusara

aduhai dimanalah aku ingin beradu...

140602:3.28pm



24 Dis 2002
:: SMS dan kawanku...

"Mlm ni saya dpt tangkap & bunuh 2 ekor cicak."

Aku sengih-sengih sambil menyuakan paparan telefon kepada Citah. SMS ini kuterima dari seorang sahabat (yang enggan namanya disiarkan...hehehhe). Benar... dia begitu anti dengan cicak. Pantang saja cicak melintas di hadapannya... alamat selamatlah cicak itu. Aku pernah tengok dia tangkap cicak... tak lah... bukan guna apa-apa pun... guna tangan saja.

Aku geli.... eeeiiii.... tak mahu... eeeiii... tapi dia selamba saja, tangkap cicak dan merembatkannya ke dinding batu atau apa saja yang boleh menamatkan riwayat cicak itu. Bunuh cicak sunat... itu lah katanya. Dari pengamatan aku... dia akan tangkap cicak bila dia gembira.... ya ke? Betul ke? Entah lah... dia sahaja yang tahu.

Kalaulah kalian dapat lihat macam mana 'comel'nya cicak di dalam genggamannya.... haa... betul... macam cicak tertelan kapur... lebih sikit dari itu rasanya.... sebab sekarang bukan tertelan kapur lagi... sudah kena picit kuat-kuat... kalau tidak lepas pula. Terjegil mata cicak tu. Comel pun aku tak berani usik... geli... kalau dia sua-suakan padaku... nyaringlah jeritanku...

Kadang-kadang aku hairan juga, macam mana dia boleh tangkap cicak. Aku nak tangkap ayam yang besar tu pun selalu gagal. Kalau dia jentik dengan gegelang getah, selalu kena dan cicak itu akan jatuh ke lantai.... apa yang terjadi selepas itu... tau-tau saja lah...

So.... maknanya tak semua perempuan takut cicaklah kan? Apa binatang yang kalian geli? Aku memang geli sangat2 dengan ... ish nak tulis pun aku dah kebas-kebas tangan dan meremang bulu roma... aku tak akan tulis lah.... sebab sekarang ni pun, kalau kalian nampak muka aku.... dah berkerut semacam dah ni... dah macam kertas kena keronyok dah ni...eeeiiiii geliiiiii.....


23 Dis 2002
:: Selamat Pengantin Baru Gee & Zali

Hujung mingguku bersekitaran majlis untuk pasangan sahabatku ini. Kedua-duanya adalah rakan sekelas ku dari darjah 1 hingga darjah 6. Sewaktu mereka mengumumkan mereka ingin mengikat tali pertunangan kira-kira 10 bulan yang lalu, aku adalah antara yang 'terperanjat beruk' dengan berita itu. Memang kami gembira, tapi selebihnya tak sangka! Masing-masing sudah puas berpacaran seantero negara... berbagai pula rintangannya, namun semua itu bukan lah jembatan untuk sahabatku ini mengecap bahagia dengan mereka yang ditemuinya.

Sehabis sekolah rendah, kami sama-sama ke Convent Seremban. Tapi Gee di Convent cuma sekitar 2 - 3 bulan sahaja. Dia layak memasuki asrama penuh STJ. Gee bertemu Yah di STJ. Sekali-sekala terserempak dia di pekan kecil kami, atau sekali sekali aku pergi ke rumahnya atau jalan hari raya. Lama juga terputus hubungan, sekadar menerima berita melalui sepupu dan juga seorang sahabat yang berjiran dengannya. Aku mendengar sahaja dia belajar di UiTM Arau, dan kemudiannya di Shah Alam.

Aku bertemu dia semula sewaktu kami sama-sama di Shah Alam. Dia mengambil diploma lanjutan. Kami menetap terus di Shah Alam, dan bekerja di sana, tapi jarang berjumpa. Semasa bekerja, agak kerap juga bertemu dia di dalam perjalanan pulang menaiki bas mini pink bernombor 2. Dan akhirnya dia pindah ke Seksyen 8, bersebelahan dengan blok sewaanku. Semenjak itu kami selalu pulang ke Shah Alam bersama. Sepanjang jalan ke KL selalu dijadikan peluang untuk kami terus bercerita dan bertukar perkembangan. Berbual panjang di tembok tepi blok kami, dan hidangan roti telur sewaktu balik dari kerja. Aku masih ingat itu. Selalu juga Gee bercerita, mengadu hal... biasalah... bual sahabat karib. Bila dia berpindah, dan aku juga berpindah dari Seksyen 8, kami berhubungan melalui telefon dan berjumpa sekali sekala. Ada masanya dia datang ke rumah sewaktu aku bercuti di kampung. Aku berusaha membantu melegakan perasaannya ketika dia dihambat masalah. Ahh... begitulah kehidupan, masalah adalah agen pendewasaan sejagat.

Pada hari raya tahun lalu, dia datang kerumah bersama Zali, rakan sekolah yang juga jiran sekampung. Aku tidak menyimpan sebang tekaan. Semuanya seperti biasa saja. Rupanya telah terbit mesra. Dan alhamdulillah... terikat sudah satu kemesraan dalam jalinan yang sungguh murni.

Selamat Pengantin Baru sahabatku Gee dan Zali. Tahun depan jangan lupa jaran raya rumah aku lagi.... mana tahu kalau-kalau masa itu kalian sudah mengendong si kecil.... :)

The making of...

Jumaat aku bermalam di rumah Citah, dia buat makan-makan untuk kawan-kawan ofisnya, aku tumpang dua belah kaki. Kemudian mengikut Citah jalan raya ke rumah kawannya itu. Kunjungan berbalas nampaknya. Kami sembang-sembang hingga lewat pagi. Esoknya bangun macam zombie.

Sabtu, jemput Jedah di Keramat, jimat kos naik satu kereta sahaja. Sepanjang perjalanan yang meriah, cerita banyak... ketawa banyak... masih ingat pesan emak... jangan terus-terus gembira sahaja... ingat Tuhan jangan lupa...

11.15am sampai ke rumahku. Sudah janji dengan Yah dan Ida. Setelah semua sampai kita bertolak ke rumah pengantin. Kulihat ibu bapa Gee sibuk menyambut tetamu, tapi masih sempat melihat aku sampai, dari jauh pak cik sudah melambai-lambai. Kusalami pak cik dan memperkenalkan kawan-kawan yang dia tak biasa jumpa macam Citah dan Jedah. Kemudian bertemu ibunya, yang senyum meleret-leret... tentu bahagia sekali puteri sulungnya menjadi raja sehari. Kemudian kami naik ke atas rumah untuk bertemu Gee di bilik pengantin yang 'dikawal ketat' oleh mak andamnya... hmmm... nak buat macam mana... jumpa sekejap sahaja, ucap tahniah dan menghulurkan sedikit tandamata. Gee cantik sekali!!!

Adat ke rumah kenduri.... "sila makan.... jemput makan..." kami sengih-sengih menuju khemah. Ahh... kawan lama... sapa menyapa, bertanya khabar, ustazah kami pun ada. Hmm... sempat ustazah mengusikku.... faham-faham sajalah... soalan berdezasss.... tu.... Aku sekadar senyum-senyum dan jawab ... belum lagi... Ramai juga mak cik-mak cik yang kukenal, bila terjumpa begini eloklah bersalaman dan menegur mereka, hari raya pun masih berbaki.

Sewaktu makan, seorang lagi sahabat kami sampai, Ummi datang dengan anaknya. Ini kali pertama sahabat berjumpa dengan anak sulung Ummi. Alhamdulillah... nampaknya semuanya bahagia-bahagia sahaja.

Aku mengandaikan untuk bertemu ramai sahabat sekolah rendah yang sudah bertahun-tahun tidak bersua muka, tapi sehingga jam 2 petang cuma bertemu tiga empat orang. Kemana yang lain? Mungkin mereka akan tiba lewat. Entahlah... Jaja beriya-iya menjemput semua ke rumahnya. Kami menurut sahaja. Sembang-sembang dan bertukar cerita. Yah ingin ke KL, kami tidak boleh lama.

Pulang semula ke rumahku, mak sudah siap-siap ingin ke rumah Zali... orang pangkal, kalau di tempat lain orang panggil orang penanggah kan? Kita rehat-rehat... kita bual-bual lagi. Sebelum sessi 'jalan raya' ke rumah Ida dan Jedah di Bahau.

Dan petang itu aku beraya lagi ke rumah Ida untuk kesekian kalinya.... hampir jam 6 petang baru kita bertolak ke rumah Jedah. Di rumah Jedah masih banyak kuih-kuih raya. Kita sembang panjang... macam-macam... termasuk cerita kawan-kawan. Dan oleh kerana ada yang sudah mula bertanya bila nak buat re-union, kami meeting sekali tentang itu. Alhamdulillah, nampaknya sudah ada kata sepakat. Dan kami berempat (tidak termasuk Yah... dia tetamu khas... :E ) sudah setuju untuk tidak meminta sumbangan kawan-kawan, kerana semua itu yang pastinya akan mengurangkan kadar kehadiran ke majlis re-union. Aku berkongsi cerita susah payahnya mengendalikan re-union dengan mereka. Aku lebih suka kalau ada orang yang sanggup menggiliri tugas itu.... tapi semua pastinya akan memandang padaku... dengan muka comel-comel dan senyum lebar-lebar.... ya laa... ye laa.... bak lah sini... meh aku arrange kan.... dan mereka senyum puas hati... Dulu Ita akan mengepalai urusan re-union aku sekadar jadi orang kedua dan tukang promosi yang merengek-rengek meminta kawan-kawan hadir... hah... azabnya! Tapi semua kegetiran itu akan berakhir bila melihat para sahabat gembira bertemu. Aku puas hati melihat kalian berkumpul bersama, walaupun tidak semua... sekurang-kurangnya kita masih bersama... all through the years... Dan kali ini... Ita jadi tetamu jemputan khas saja lah ya....

InsyaAllah, walaupun tarikhnya belum diketahui tapi rancangan sudah meniti dan kami ingin buat kenduri doa selamat untuk Zam sekali. Sahabatku ini ditimpa kemalangan jalan raya sedikit masa lalu dan dia sudah hampir pulih kini. Kami bernazar untuk buat doa selamat bila dia pulih kembali.

Jedah kami tinggalkan, kami bertiga menyusuri gelap malam menuju ke rumahku. Ida pun bermalam di rumahku. Gembira sungguh kita ya... tak habis-habis ketawa. Dan... sedih juga kita.... berkongsi-kongsi airmata...

Ahad, kononnya lah Ida nak balik rumah dia awal-awal... sebab nak pergi ke rumah terbuka kawannya. Tapi oleh kerana topik yang kita bawa kaw-kaw punya... hampir jam 12 tengah hari baru Ida balik.

Sepatutnya aku pergi kenduri rumah Zali pula, tapi sembang-sembang belum habis dan kami tersedar lewat... langsung tak jadi pergi. Bila mak balik.... dia beritahu pengantin bertanyakan aku... Ampunnn.... thee he he... alah... semalam kan sudah bertemu kalian... tak kan hari-hari nak tengok muka aku saja.... sebenarnya aku naik segan juga... ye lah... takkan hari-hari kenduri tu muka aku ada saja.... thee he he... banyaklah alasan....

Petang melewati pukul 6, aku dan Citah siap-siap nak balik.... tapi teh dan kuih bom serta sembang-sembang mak mengheret kita sampai pukul 7. Bukak tudung.... maghrib dulu... lepas maghrib 7.30mlm kami menuju kota rezeki...

[ Dan.... Citah sudah SMS... ajak ke rumah dia lagi... Jedah nak datang sebab tertinggal fail dalam kereta Citah.... hmmm... ok lah aku nak pergi lah ni...]


20 Dis 2002
:: Follow me...

You don't know how you met me you dont know why
You cant turn around and say goodbye
All you know is when I'm with you I make you free
And swim through your veins like a fish in the sea
I'm singin' follow me everything is alright...

Cool.... the rhythm is cool... at least boleh cool kan kepala aku yang tengah tepu mencari idea ni. Banyak lagi lagu yang aku rasa ianya cool & soothing dan suka sangat, antaranya lagu baru Mariah Carey...I only wanted tu... (ada orang senyum-senyum), Everyday I love you, I knew I love you, Falling into you, It might be you.... banyak lagi, ini kategori lagu inggerislah. This among those yang rasanya got good lyrics and melody. Semua lagu cinta? Belasah lah...

I've been so happy this few days, everything is perfectly glorious. I'm so thankfull... so very thankfull... Sorry... guess my mind is not functioning ok... so keluar lak bahasa rojak... dan rotten english aku... apa kena ni...?

Semalam, balik dari kerja... tunggu Citah di stesyen Sentral, Citah sampai dalam gerimis. Rancangannya untuk pergi makan malam bersama. Citah cadang satu tempat, selepas solat maghrib di rumahnya, Citah bawa aku ke tempat itu... yang aku suka sangat dan kata dengan Citah... satu hari nanti kita mesti bawa kawan-kawan kita ke sini. Mungkin ada antara kalian yang sudah pergi ke sana - Banyan di Pantai Plaza. Ini kunjungan pertama dan sungguh indah. Kami tiba agak lewat dan tidak ada pelanggan lain kecuali kami, Citah sempat melawak, dia minta orang kedai tu clearkan kedai tu khas untuk aku. Hehehe... apa-apa lah Citah.

Aku gembira... sangat-sangat bersyukur... aku mengajak Citah makan malam pun untuk bersyukur kerana rasa gembira yang sungguh meriah ini. Tapi di sebalik semua itu seperti yang aku bincangkan dengan Citah over the dinner table... tak semua orang rasa gembira dalam kehidupan mereka. Dan ada di antaranya yang sukar sekali merasa gembira. Kita kena bersyukur sangat-sangat, yang kita ini adalah orang-orang yang mampu bergembira, dikurnikan kegembiraan dan boleh berkongsi dengan kawan-kawan.

Aku insaf dengan kata-kata Citah. Walaupun kami ini tidak punya teman seperti orang lain tapi kami punya kawan-kawan yang cukup menghiburkan, dan berada di sisi bila diperlukan. Aku tengok Citah, Citah tengok aku... dan kami sama-sama teringatkan kawan-kawan yang lain... Jedah, Ita, Ida... dan semua sahabat kami yang lainnya. Alangkah indahnya jika semua mereka berada di situ, pada masa itu. (Ini tanda-tanda awal nak kena buat re-union ni Citah).

Hidup kita ini berbagai warnanya kawan, adakalanya gemerlapan dan adakalanya dirona kesuraman. Kita harus menerima mana-mana antara duanya dengan hati yang terbuka dan redha. Aku tanya Citah.... kenapa agaknya Tuhan beri aku gembira sebegini? Citah berikan jawapan yang buat aku hampir menitiskan air mata... "Sebab kau buat orang lain happy..." Hah ya ke? Terharu mendengar komen Citah. Entahlah aku tak pasti, tak pasti samada aku mampu buat orang macam dia gembira, tak pasti aku buat sahabat-sahabat lain gembira. Jika benar alhamdulillah... Tapi di sebalik itu aku tahu juga ada orang yang berkecil hati dengan aku... maaf... itu buktinya aku juga banyak buat silap. Aku hargai bantuan kalian untuk memperbaiki kesilapan dari masa ke semasa.

Mungkin aku terlalu mengagungkan sahabat-sahabat... tapi itulah yang ku rasa. Sahabat yang sedia mendengar bila masalah berkecamuk dan sahabat yang selalu tersenyum bila aku bercerita gembira. Aku tak dapat bayangkan suasananya jika aku kehilangan kalian semua. Pasti kelam perjalanan ini...

Citah sempat mengingatkan lagi "Gembira ini juga satu dugaan..." Benar, apa bentuk sekali pun adalah dugaan. Jangan terlalu leka dengan gembira... sehingga kita alpa. Begitu juga kesedihan, jangan terlalu murung dengan kesedihan kerana ia juga boleh buat kita alpa.

Aku rasa cukup beruntung kerana adanya kawan-kawan seperti Citah, Yah, Jedah dan lain-lain yang selalu murah dengan pesanan-pesanan ikhlas sebegini. Sungguh-sungguh aku menghargainya. Aku berdoa kepada Tuhan, agar persahabatan kita ini dipelihara dan berkekalan keakhir hayat, walau apa sekali yang mendatang.

Syukur Tuhan kerana masih mengurniakan aku dengan sahabat-sahabat sebaik mereka...

[ aku gembira di sini, aku harapkan kalian di luar sana juga gembira... gembira dalam ruang kalian sendiri ]


19 Dis 2002
:: Bunga Gembira

bila gembira telah bersusun
bunga-bunga berkembang di seluruh alam
pancuran segar terbit, dimana mata menyapa pandangan
warna-warna pelangi mengadun udara
bernafaskan ceria yang mesra
merantau keseluruh jiwa

terpesonalah persis dalam mimpi
barang realiti jarang seindah ini
harumnya laksana kasturi
mekarnya disulam seribu erti
indahnya gembira sebegini...

bertulang percaya gelisah pergi
berjejak igaunya menjadi pasti
bergelora riaknya dikuak ke tepi
mencari jalur laluan
menghampar murni seluruh lautan
terbentanglah sinar gilang gemilang

semuncul suria
kabus pun mula merangkak pergi...

++

Pertamanya bersyukur yang teramat sangat kehadrat Ilahi kerana gembira seindah ini. Kedua, terima kasih sahabat kerana sudi meluangkan masa. Semestinya ia menjadi antara kenangan yang terindah.

Petang semalam aku ada mission.... bukan mission impossible... bukan juga secret mission... ini pakej penginapan tajaan kakak officemate, menemankan dia kerana suaminya outstation. Pakej penginapan ini lengkap bersama juadah berbukanya sekali.

Kali pertama mencuba masakan udang galah fried with butter.... wow! dan ada tomyam udang. Guess its a day of udang-udang segala.... Kata akak, ianya dibawa dari Kuching, semasa dia pulang berhari raya tempoh hari. Its a lot cheaper there compared to here and some more it is even fresher. Memang... lain rasanya dengan yang biasa kurasa di sini.... very udang... thats how I describe it. Aku yang memang penggemar makanan laut apa lagi.... its like.... I had the time of my life.... hehehe... Kek lapis juga masih ada, ini juga favorite aku. Tapi nak buatnya susah, kan? Kena masak layer by layer...

Ada lagi... dia masakan laksa serawak... haa ini lah kali kesatu aku merasa laksa serawak. Cara membuatnya tak susah... cuma yang perlu ada pes laksa atau rempah laksa itu, ayam dan udang direbus di dalam air yang dicampur rempah tu. Kemudian kuahnya dicampur santan kelapa. Dimakan bersama mihun atau mee biasa. Memang lain.... dimakan bersama sambal belacan dan diperahkan asam limau. Pergh.... kalau ada masa aku nak cari rempah ni...

I had a nice time accompanying her, thanks akak for the lovely dinner for two... dengan lagu-lagu best dari rmkl kekkekeke.... srupa dinner kat restoren eksklusif rasanya... hehehe...

[ maaf... hari ni moda bahasa campur-campur... ]


18 Dis 2002
:: Happy Birthday Fajar

Hari ini hari jadi sahabat kita Fajar... Selamat Hari Lahir di ucapkan, semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. Rasanya banyak berita gembira yang merona hidup sahabat ini... alhamdulillah. Setelah banyak pahit getirnya, Tuhan kurniakan keindahan dan kelapangan. Kerana itu kita kena redha setiap dugaan mendatang kerana rahsianya tidak kita ketahui...

Sesungguhnya kehidupan kita ini begitu indah sahabat.... bukalah mata, kau akan melihatnya.... pejamlah mata... kau akan merasakannya dalam setiap nafas yang kau hela... setiap mimpi yang tercerna... setiap semangat yang membara.... setiap perjuangan yang diperjuangkan.... hidup ini juga satu perjuangan.... pertamanya berjuang untuk hidup... seterusnya berjuang untuk berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ada sesuatu yang kuinsafi, sedar dan redha menilik hakiki, bahawasanya ketabahan dan keyakinan, bersadur usaha yang jitu, insyaAllah dengan izinNya akan membuahkan jaya. Tahniah sahabat... its all paid for kan.... best nyer....

Ayuh sahabat semua.... jangan pernah kenal erti putus asa!

...the future is not ours to see
que sera... sera...


17 Dis 2002
:: Rembulan petang

awal kau muncul rembulan
ini masih petang belum malam
tidak sabar bersenandung barang kali
kerinduan sahutan pungguk malam tadi

biasa dipuja disanjung
jika kau tiba awal
punggukmu belum muncul lagi
tampaknya kau gelojoh
langit yang terang pasti memamah sinarmu
yang kepudaran
kau belum beraja di langit siang
jangan lupa itu

meredah kelam malam
ketika lena memelukku kemas dipembaringan
maaf tidak sempat menatap indahmu
yang selalu menjadi sebutan
mungkin sudah terlalu biasa
jadi ku andaikan sinarmu biasa saja
beritahu aku ya.... jika ada kelainannya...

-121202:2.20am:hsh-

 


16 Dis 2002
:: Catatan offline

#2 >> Hari Raya Wrap-up
HR = Hari Raya

HR kesatu - spoil, pili denial of sevice!!! Terpaksa ke Seremban rumah Along untuk mandi HR. Orang lain bergegas ke masjid, kami pula kelam kabut mencari air! Air yang di takung juga sudah kehabisan bila 2 hari sebelum HR bekalan air sudah berhenti. Mau saja rasanya mandi raya di rumah YB. Masalah apa yang tidak dapat parti selesaikan, hingga setengah abad ranumnya, dan masih tidak bertemu jawapan? Atau YB tidak melihat ini sebagai satu permasalahan? Ke, ubatnya... semester hadapan kami tiba-tiba tidak jumpa kotak YB untuk dipangkah lagi? Atau parti berbintang libra itu sudah jadi capricon???

Memang aku marah. Aku rasa memang patut aku marah. Mereka lain lah... paip ke rumah mereka sebesar batang kelapa... kalau kontang pun, tidak putus-putus lori air memberi salam. Di rumahku... deru enjin lori itu pun tidak kedengaran... kalau berterusan begini... ayuh biar saja ku bongkar sesalur paip seluruh mukim ini... biar aku tanya satu persatu... paip yang mana dicekik lehernya hingga enggan tali perutnya dilalui bekalan air ke kampung kami! Kalau lain harinya tidak mengapa... tapi hari yang satu ini Hari Raya!!! Semester depan aku ingain bertanding....! Atas label parti kepala paip!!!

Tengah hari baru kami sampai semula ke kampung. Beraya ke rumah jiran-jiran. HR begini baru bersua muka... maklum semua duduk jauh-jauh, setahun sekali baru berjumpa. Teman karibku, Ita, juga tiba menziarahiku. Rindu bertemu bercerita apa-apa yang keciciran. Perjalanan hidup adakalanya memisahkan... terima kasih di hari mulia ini sempat juga dia merealisasikan satu pertemuan dengan janji akan berkunjung lagi sebelum cuti HR ku tamat.

Petang, kami tutup rumah, dan menziarahi sepupu-sepupu kami sebelah mak dan arwah abah di rancangan Lui Muda dan Lui Timur. Lama benar tidak ke sana. Cuti abang dan kakak yang terhad memungkinkan kami memilih hanya destinasi tertentu sahaja untuk diziarahi.

Tahun ini kami ke Lui. Ramai juga saudara mara yang menjadi peneroka. Gembira sungguh bertemu semula. Bertukar-tukar cerita dan perkembangan keluaraga. Hampir tak terasa senja sudah menghulurkan salamnya. Dari Lui Muda kami ke Lui Timur. Rumah Kak Ngah sepupu sebelah arwah abah. Arwah emak Kak Ngah adalah kakak sulung arwah abah. Kak Ngah juga sudah kematian suami empat tahun yang lalu. Dia punya anak seramai 7 orang, 4 lelaki dan 3 perempuan. anaknya yang pertama (lelaki) kurang upaya, tidak boleh bercakap dan agak pemalu. Anak keduanya (lelaki) yang dulu merupakan tunjang utama keluarga, telah jatuh sakit baru-baru ini dan berhenti kerja. Tapi sewaktu ke rumahnya kesihatannya nampak bagus, dan dia berusaha mencari pekerjaan semula. Anak ketiga (lelaki) sudah bekerja, rasanya dia kini yang membantu kewangan keluarga. Keempat perempuan masih bersekolah di tingkatan 3, kelima perempuan sudah tidak bersekolah kerana sakitnya yang berterusan, tapi keadaannya stabil dengan bekalan ubat yang berterusan dari hospital. Kemudian lelaki yang masih bersekolah dan yang bongsu perempuan di darjah 5. Kesemua ahli keluarga ini yang berpenyakit adalah pengidap diabetis. Kakak sepupu bekerja di sebuah retoren di Bahau dan anak perempuannya yang kelima mengambil upah menjaga anak jiran. Di mataku keadaan ekonomi keluarga ini agak sukar, pun begitu aku bersyukur mereka punya tempat berteduh yang agak selesa.

Kuhulurkan bantuan setakat yang terdaya, kalau boleh ingin selalu membantu, tapi bebanan lain menagih perhatian juga. Harapnya dengan sedikit bantuan kami boleh meringankan sedikit kesukarannya.

Kami semua mandi siap-siap di rumah Kak Ngah barang sudah pasti pili kami tercekik lagi lehernya. Tengah malam baru sampai ke rumah. Menurut jiran ada dua buah kereta ke rumah kami petangnya... aku tak tahu siapa mereka, mungkin saudara yang lain...

HR kedua - ada kunjungan mencerna ingatan lama... tapi segala erti sudah lenyap ditelan masa dan perubahan. Kita yang tinggal ada kalanya keliru dan cuba menafikan. Apakan daya kadang-kadang segala rasa harus kita korbankan bila undang-undang dan batasan sudah ditetapkan. Tinggallah kita... ada masanya kesempatan yang sekelumit membenarkan kita mengecap bahagia seperti sewaktu ianya terjadi... menyusun rindu dalam hati dan zaman remaja yang semakin berbalam kita tinggalkan itu ada keistimewaannya yang tersendiri.

Kasihan engkau... kerana berkorban dirimu sendiri menjadi mangsa... kerana terlalu memendam jiwamu sendiri yang binasa. Aku tahu kau bisa meluahkan padaku... tapi kita tidak seperti dulu... bukan aku tidak peduli... cuma aku akur takdir Ilahi... Engkau juga antara yang terindah... kerana kau yang pertama...

Saudara mara berkunjung, Ongah sudah balik ke rumah mertua. Along pula di sebelah petangnya. Aku tinggal berdua dengan mak.

HR ketiga - kakak sepupu berkunjung... dia sudah ada cucu... yang sekali gus menjadikan aku nenek! Aaarrgghh... tidakkkkk! Dia sudah punya 6 cucu... hebat... maknanya aku juga sudah jadi nenek kepada 6 orang manusia... kekkekeke.... Nenek pun neneklah..... janji rock!

HR keempat - Ida datang beraya, dan kita sembang-sembang sambil makan biskut raya yang ada dari petang sampai ke malam. Pukul 10 lebih baru Ida balik. Dan rancangan mantap sudah disusun... kita akan beraya sakan.... ya kali ini insyaAllah... jadi....

Selain dari melayan tetamu... aku sekadar lepak-lepak dan tengok tiwi sepuas-puasnya. Tengok MNasir!!! Best!

HR ketujuh - yeah... this is it... ini baru the real HR sakan... acara beraya bersama Sahabat MGH bermula. Citah datang petang itu... semasa aku terkial-kial menolong mak menarik batang pisang kari yang condong dan menghempap pagar. Sudah lama Citah tidak datang ke rumah... akhir sekali semasa re-union tahun 1997/98 yang diadakan di rumahku. Yah yang sudah tiba lebih awal menunggu Citah datang, dia balik sejurus lepas itu.

Citah bermalam di rumahku. Kita masak-masak... masakan kampung jantung pisang masak kari... pergh! Nasib baik boleh berhenti. Malam itu kami ke rumah Ida, yang cuma 10 minit perjalanan (dgn kereta). Kita meriahkan rumah Ida dengan gelak tawa. Jam 11 malam kami berdua balik.

Berderet-deret kerbau di tepi jalan... sewaktu kami pergi tadi kerbau-kerbau tu baru saja keluar dari ladang kelapa sawit... sewaktu balik semuanya sudah berbaris lepak tepi jalan.... rasanya tak kurang dari empat puluh ekor... mungkin kalau cermin kereta dibuka bau luluk (lumpur) yang menusuk hidung ketara. Tapi dengan cermin kereta bertutup kami tidak bau apa-apa dan seronok melihat kerbau duduk berbaris-baris di tepi jalan dan matanya berkilau ditembak lampu kereta.

HR kelapan - Ida datang ke rumah dan kita jalan ke Seremban, menjejak kasih kawan-kawan yang lain. Aku naik kereta Citah... kita ada banyak cerita dan perbincangan ya Citah? Dan Ida sudah memecut laju di depan. Ida punya driving 70% lagi ngeri dari Yah.... tapi aku kalau naik kereta dia... konfiden aje... she know what she's doing kan... aku cuma duduk diam-diam... eh mana ada... aku akan jadi panglipur lara dan buat dia ketawa.

Serbu Ita, di gerai makannya, amboi awalnya bukak bisnes. Entah macam mana, macam tak percaya kawan kami yang seorang ini tiba-tiba pandai memasak dan buka kedai makan. Hmmpphhh.... ini lah peluang baik kami buli dia. Kami tiba sewaktu makan tengahari jadi we can see her at work.... tu diaaaa...

Serbu rumah Janifah a.k.a Ipah. Kami sudah tegak di sajikan makanan yang enak-enak. Nasi tomato dan ayam masak merah.... Kemudian ke rumah Citah di Lenggeng... kena ikut jalan rahsia sebab Citah tak nak lalu depan rumah kakak dia yang nak buat kenduri esoknya... katanya kalau ikut jalan sana gerenti kena hambat kat tengah jalan dan lepas tu gerenti tak boleh keluar lagi dah... kekeke... so kira tour de kampung lah kami... best... adiknya sudah siapkan mee sup untuk kami... makan lagi... waduh kenyangnya... makan sikit saja... mata pun sudah kuyu.... masing-masing sudah nampak bodo saja... kekenyangan dan mengantuk.... hehehe... Ada 2 rumah lagi nak pergi... Tak kira... its now or never... jadi belasah saja...

Next rumah Aniza, dia mengajar di KPM sudah punya dua cahayamata. Kami benar-benar keletihan dan kekenyangan. Kenyang-kenyang pun kita belasah juga goreng pisang Ani yang sedap tu. Bila masa pulak kau pandai buat goreng pisang sedap macam ni Ani....ish pelik betul kengkawan aku sekarang ni...

Hampir maghrib... kami mencari rumah Aminah. Dia ada baby.... baby pertama, sudah 3 bulan kata Ida. Cari punya cari jumpa juga akhirnya... apa lagi... macam nak tercabutlah atap rumah Minah bila kita riuh rendah bercerita dan ketawa. Selesai solat maghrib hidangan makan malam sudah tersedia... nak tak nak makan juga lagi... pergh... sedap betul masak lemak cili api ikan parang ko Minah... podeh berasap!!!

Sudah lebih 9 malam.... jalan pulang agak jauh mahu tak mahu kami kena juga minta diri... eiiii geramnya kat baby Minah yang asyik dok pandang aku tu.. agaknya apa laa dia kata dalam hati ya?? Terima kasih untuk suami-suami kalian yang sporting.... dan join sekali kita bersembang... semestinya kita tidak boleh dipisahkan.

Citah terus balik ke rumahnya... Aku dan Ida balik ke rumahku.... dalam kenyang dan mengantuk... seboleh-bolehnya aku buat lawak bodo supaya Ida tak mengantuk... Ita asyik telefon... jeles bila kita jalan raya tanpa dia... next time ya.... next time...

Jam 11 kita sampai rumah.... waaa.... penat yang sungguh-sungguh buat lena tidak bertangguh. Ida tak sempat balik tidur di rumahku saja. Tapi malam itu aku tengok tiwi sampai pagi sampai pukul 3 pagi... sebab terlalu penat memang susah nak tidur.

HR kesembilan - pagi-pagi setelah sarapan aku dan Ida pergi pasar K.Pilah. Beli lauk dan sayur-sayur untuk mak. Kerana esoknya aku sudah mahu kembali ke KL semula.

Tengahari Ipah sekeluarga sampai. Aku masak-masak.... selaju-laju yang boleh sebab Ipah nak ke Palong pula. Aku rasa ini lah kali pertama aku masak speed macam tu. Alhamdulillah siap.... sedap ke tak sedap ke.... blasah ajer laa... hehehe...

Inilah kali pertama Ipah datang rumah aku walaupun kita sudah bersahabat 18 tahun! Dia selalu punya alasan dan aku tak pernah memaksa.... aku faham.

Kemudian aku ikut Ipah ke rumah Ida (nak tunjuk jalan lah konon). Beraya ke rumah Ida kali kedua... kekeke... tak malu betul... tahun lepas rasa nya dekat 5 kali aku beraya ke rumah Ida...kekeke... special case...

Selepas Ipah balik kami berdua sembang-sembang lagi sampai pukul 6 petang... kemudian Ida hantar aku balik. Selepas makan malam Ida balik ke rumahnya.

Selepas solat maghrib tiba-tiba badan rasa tak sedap macam nak demam... mungkin kerana terkena hujan sewaktu di pasar awal paginya. Aku tidur awal setelah menelam dua biji KK.

HR kesepuluh - Ida datang lagi... kali ini sebab nak poskan aku ke KL. Ida hantar sampai K.Pilah. Aku ambil bas ke Seremban, dan mengambil komuter ke KL. Orang tak ramai... bagus... perjalanan lancar seperti waktu aku balik untuk beraya hari tu juga. Turun di KL Sentral... mencari i-Remaja sebab nak baca kisah Gathering Geng Jurnal kali ke-2, 3 Nov lepas.

Nampaknya bertambah-tambah femes lah rakan-rakan kita yang dah sedia femes tu... bagus... bagus... next year magazine mana pula yang nak buat liputan tentang GJ ya? Tahniah untuk semua MT GJ yang berusaha keras untuk memajukan a.k.a mengglamerkan GJ... belum terlambat lagi kan nak ucap tahniah lagi sekali buat Tuan Presiden - Mie kerana perkembangan yang begitu positif dan membanggakan ini. Tahniah juga untuk semua penulis online jurnal yang bernaung di bawah GJ, you all memang best... di sini aku ketemu suatu keindahan yang tidak dapat aku tuliskan... tidak dapat kulakarkan.... untuk menceritakannya juga payah sekali... hanya mereka yang mengerti... Tahniah dan terima kasih juga buat semua pembaca jurnal-jurnal online... walaupun yang tak pernah sampai ke sini... sebab tanpa pembaca, tak ada serinya dunia web log ini....

[ aku dah tak marah dah.... hujan lebat hari-hari sudah siram bara-bara kemarahan semua.... sekarang sudah jadi salji semuanya.... sesungguhnya aku ni pemaaf orangnya... ]

[ Selamat Hari Raya untuk semua ------;-@ ]


#1 >> 3 Dis

Di hentian lrt menunggu bas, waktu berbuka sudah masuk. Azan dari masjid terdekat jelas kedengaran. Di sisi tangga stesyen lrt ada seorang mak cik yang saban hari menjaja kuih di situ... aku membeli karipap tiga biji.

Mencari-cari tempat duduk di penanggah menunggu. Alhamdulillah ada ruang. Lelaki India di sebelah kanan menginsut sedikit melebarkan ruang di sebelah kirinya bagi membolehkan aku duduk selesa.

Berdoa ringkas selepas azan, dan mencapai sebiji karipap dari plastik di tangan kiriku. Perlahan saja aku menyuakannya ke bibir, di kiri kananku bukan muslim. Sakit gigi masih berbaki... jadi aku terpaksa berhati-hati mengunyah kuih kegemaranku, buat berbuka petang itu.

Sambil menunggu bas pengantara yang entahkan bila munculnya... mataku menyapa wajah-wajah yang turut berada di situ dengan tujuan yang sama. Mataku melewati satu wajah lelaki di usia lewat 50-an. Garis wajahnya sahaja sudah memberitahu liku kehidupan yang telah dilaluinya. Kita semua pun sama bezanya ruang dan keadaan sahaja.

Dia memanjang-manjangkan jelingan ke arah tangga stesyen. Mungkin menjenguk ke arah mak cik yang berjaja kuih. Di mataku wajahnya melayu... atau mungkin melayu Indonesia. Berpuasakah dia? Muslimkah dia.... hatiku rancak sekali bertanya. Renunganku tajam mencari jawapan di wajah tua itu. Tapi bagaimanakah aku harus tau? Kuat benar gesaan hatiku untuk memberi salam dan mempelawa dia berbuka dengan kuih yang masih ada lagi. Berbagai bicara yang bersoal jawap dalam mindaku... aku benar-benar ingin berkongsi rezeki berbuka puasa yang masih berbaki.

Kaku aku untuk menyusun kata. Kalau mungkin dia benar-benar duduk di sebelahku... boleh saja aku bertanya, tapi dia duduk di penanggah lagi satu di sebelah lelaki India yang memberiku ruang bertinggung sebentar tadi. Gelisah betul rasanya, tapi maluku menjadi-jadi... seganku separuh mati. Entah kenapa hari ini... selalunya tidak begini.

Dia masih menjenguk-jenguk kearah tangga stesyen... kenapa dia tidak pergi saja membeli minuman atau kuih buat berbuka... mungkin dia tidak berkemampuan? Atau dia tidak berpuasa, sehabis azan tadi dia tidak berdoa... manalah tahu dia berdoa dalam hati... lagipun tak semua orang berdoa selepas azan. Tapi bagaimana kalau dia bukan muslim? Sekarang ini bukan boleh meneka orang melalui rupa saja.

Segala teka-teki dan persoalan terbiar begitu sahaja, lelaki separuh usia dengan garis-garis kasar di mukanya dan kulit yang dibakar matahari itu akhirnya bangun bila bas pengantaranya tiba. Meninggalkan aku dalam ruang yang begitu luas... tidak sempat berkongsi rezeki. Itulah silapku bila terlalu menghitung malu... akhirnya kesal telah mengenyangkan perutku malam itu untuk menjamah selain dari karipap itu.


3 Dis 2002
:: Lena

 

 

 

 

berlena sebentar di sini
irama alam jadi gurindamnya
angin utara jadi bantalnya
bayu timur jadi tilamnya

lelah usai diragut bahagia
keringat kering disapu gembira
cerah mentari di tengah hari
menyogok sejuta warna
mekar dan ceria

 

 

 

 

terlena aku di sini
asyik benar melayan angan
lintuk manis bunga lalang
dan daun kapal terbang
membawa aku jauh dari debu kota
jauh sekali merentas daerah kosong
yang bersamaku
jauh sekali hingga terigau gembiranya
terbawa tawanya

terlena rupanya aku
kuingat pasti, rupanya mimpi
kuingat realiti, rupanya fantasi...

~031102:11.40pm~

++

Semalam aku pulang kerja lewat. Ada beberapa perkara yang aku cuba habiskan. Lagi pun idea ada. Hampir jam 11mlm baru sampai di rumah. Baru mencari-cari rezeki di dapur. Nampaknya tak ada yang ready-made... so masak sekejap... cincai-cincai. Berbuka kat pejabat cuma dengan air kotak yang ada dalam peti sejuk tu dan beberapa keping biskut. Alhamdulillah... mencukupi... Selalunya balik lewat ok saja tak rasa apa-apa... tapi malam tadi... bulu roma tetiba nyanyi stand-by-me. Err... nasib baik tidak ada kejadian aneh berlaku... kalau tidak... hish... nauzubillah...

Hari ini di pejabat.... immediate bos tanya, esok aku kerja ke tidak... aku kata kerja lah. Dia kata "tak payah lah... esok you boleh balik...." hmmmph... goreng pun sodap! Maka aku rasa esok.... ya lah... setelah dipertimbangkan... tak payah lah aku datang kerja... kekekkek...

Banyak betul kerja yang... "Nanti lepas raya kita buat" "Cakap dengan dia lepas raya lah"... Nampak gayanya lepas raya nanti memang full-swing lah jawapnya. Masa tu mungkin jadi macam Mie... atau macam geng-geng dia... tidur kat pejabat saja....

Tapi sebelum aku balik raya... aku nak share cerita menjelang raya tahun ini... ataupun apa yang kebiasaannya berlaku ( kek ghumah den... di kampung tu haa...)

Air

Ini lah masalah yang paling merimaskan. Dan ini bukan masalah baru. Ia sudah jadi masalah keturunan rasanya. Semenjak yang aku dah boleh mengingat... semenjak tu lah bekalan air sering menjadi masalah, bukan sahaja di hari raya, hari-hari biasa dan perayaan lain pun begitu juga. Kadang-kadang naik pelik pun ada juga. Nak dikatakan daerah kami tak cukup bekalan air... macam tak logik saja bunyinya... sebab empangan Talang tu bukan main besar lagi... kalau pecah bukit tu mahunya tenggelam seluruh kampung kami... tapi entah lah. Aku sendiri kurang pasti dari mana sumber utama air ke kampung kami.

Dulu masa kecil, ada perigi, dekat rumah arwah nenek di depan rumah aku. Sekarang perigi tu sudah tidak boleh digunakan lagi. Sebab beberapa tahun yang lalu ada dua ekor ayam jantan jiran kamikaze terjun dalam perigi tu. Perigi itu memang sudah lama tidak digunakan, sebab bekalan air 'boleh tahan' dan kami sudah bina kolah besar untuk staying-alive dalam tiga empat hari! Selepas proses penerjunan tiruk ayam-ayam tersebut diberitakan tidak ada seorang pun yang sudi mengangkatnya keluar. Jadi sekarang perigi itu sudah menjadi kubur ayam kamikaze itu. Begitu lah menurut sumber yang sangat boleh dipercayai iaitu mak, yang telah menutup perigi itu dengan zink sebab sudah tidak tahan dengan bau bangkai ayam tersebut.

Baru-baru ini pula, masalah air ini seperti ingin mengulang sejarah. Semakin kerap gangguannya walaupun hujan lebat saban hari. Kami memang pelik. Dan untuk memeriahkan lagi keadaan, kolah besar tu dah pandai buat magic. Petang ni aku isi air... pagi esok setitik pun tak tinggal. Kemana air itu pergi sehingga hari ini masih menjadi misteri kerana longkang di luar rumah kering tidak dilalui air pun. Jadi sebagai konklusi, dipercayai air-air tersebut telah menemui satu jalan rahsia menerusi lantai kolah untuk kembali berehat di perut bumi. Hal ini telah berlaku beberapa tahun dulu, dan tanpa membaikinya kami cuba bertahan dengan menggunakan khidmat tangki di luar rumah dan tong-tong warisan bertahun lama itu.

Acara memaksa air keluar dari paip pun sudah menjadi kegiatan yang sangat menyeronokkan, dan sebagai hiasan halaman menjelang hari raya dan semasa hari raya.... jika berkunjung ke rumahku kalian boleh lah melihat salur-salur getah menghiasi dekorasi halaman.

Jadi abang dan abang ipar telah menampal terowong rahsia air itu. Harap-harap mak cukup masa untuk memenuhkan kolah besar itu dengan air. Dan kalau air itu hilang jugak secara magic... maka aku akan 'menyah-kolah-kan' kolah itu... dan di ganti dengan calon-calon baru yang lebih berwibawa. Lagi pun tidak ada sumber air sungai yang boleh dipercayai di sekitar kawasan itu kecuali nun betul-betul di kaki bukit.... wallahhualam banyak mana pulak airnya.

Tiwi oh tiwi

Yang ni lagi satu.... asyik nak raya je rosak... nak raya je rosak... kejadian ni dah macam mesti jadi punyalah. Dan aku memang tunggu-tunggu jer... dalam bulan puasa tu.. bila tiwi betuah tu nak buat hal. Selalunya kawan cina mak yang akan hantar tiwi contigency... kekekke... sampai cina tu naik muak dah datang beraya dua tiga kali ke rumah tu menguruskan hal tiwi. Rasanya dah dua tiga kali dia baiki tiwi mak yang Ongah belikan tu... dan tahun lepas... di bulan puasa juga tiwi tu rosak lagi. Bila aku balik kampung tengok-tengok ada tiwi yang rekabentuknya macam hampir-hampir design pra-sejarah tertetak kat tempat tiwi bertuah tu. Mak pun cerita kehebatan tiwi bertuah tu rosak lagi dan kawan cina dia tu (dia bukan enggan namanya disiarkan.... aku tak tau pun nama dia)... dan kawan cina mak tu 'sedekah' tiwi buruk dia kat mak sementara dia repair tiwi mak yang rosak tu.

Maka kitorang gunalah tiwi outdated tu. Dan tiwi mak yang rosak tu, cina laki bini tu tak dapat-dapat nak baiki sebab sparepart tak ada. Dan seperti kebiasaannya, menjelang hari raya (cam nak nyanyi lak kan...) perkara yang sama berlaku ... sejarah mungkin berulang.... bila aku balik kampung dua minggu lepas, mak bagi tau tiwi rosak. Bezanya kali ni tiwi outdated cina tu pulak yang rosak... kekekkeke... dia turut mengambil bahagian rupanya.

Dah tu... mak buat muka benyek... sebab nanti dia kata tak dapat lah dia nak tengok Rosalinda. Harhamakkk.... aku pun tak tengok cerita tu. Kesian lah pulak... macam mana ya caranya... aku tak kisah tak ada tiwi... janji ada radio. Kecuali nak tengok MNasir raya nanti! Yang tu aku sanggup tumpang rumah jiran :E

Jadinya secara kebetulan abang aku (Encik Ongah) yang akan balik ke kampung petang tu telefon. Maka aku dengan selamba suruh dia beli tiwi baru kat KL. Yang best sikit pesanku. Aku cuma bayang kan dia akan beli atiwi 14 inci macam yang lama tu jugak la. Tapi dulu aku pernah dok berangan sampai tercakap kuat-kuat pasal aku nak beli tiwi besar... sampai dia dengar walaupun masa tu dia buat-buat tak dengar je. Tak kisah lah... tunggu Ongah balik.

Dia balik petang tu... Adila, kakak Pian dah jerit-jerit dari pintu pagar lagi... "Usu... abah beli tiwi besar...! ". Hah? Apa... wah katakan ini ilusi. Haa... dah berhenti je kereta tu terus Ongah keluarkan tiwi tanpa kotak (kotak kena buang sebab tak muat nak sumbat dlm bonet kereta dia). Fuhh.. lega nasib baik tak 44 inci! Kekekke... mentang-mentang aku belanja.. syok betul Ongah. Tak pe... tak pe.. selalunya dialah yang tukang beli tiwi untuk mak...lepas satu-satu.. Kali ni biar ak'kaak pulak ya...

Ok giler lah tiwi tu.. memang padan dengan jebat! Sama kaler ngan jebat... kaler silver! Eh.. korang dah berkenalan dengan jebat ke? Jebat ni redio aku. Redio idaman dari zaman sekolah dulu... baru-baru ni je baru dapat memiliki. Dan aku suka sound system tiwi baru tu... rasa nak duduk depan tiwi tu aje. Dan... aku tengok The Brand yang siarkan clip Malaikat di Jendela tu... kat tiwi baru tu ler. Habis jugak riban-riban.... lagi mo jimat... lagi banyak nak kena spent.... tulunnnnn.... Tapi aku hepi... sebab itu hasil titik peluh aku. Dan lagi bertambah hepi sebab nanti mak boleh tengok Rosalinda...

Aku pun tak sabar nak balik ni... anak-anak buah aku kat rumah tu gerenti dah ganyang Dang Anum kat rumah tu....grrrrrr..... korong kalau rosak jugak yang ni.... ganti balik tiwi usu!!!! Aku akan jengil mata besar-besar, jerit kuat-kuat, biar diorang takut sampai kencing-kencing. Heh... anak buah aku takut kat aku ker? Mana ada... Usu paling best dalam dunia, aku lah orangnya.... sporting habis... mana mo cari tidak terdapat di pasaran tuan-tuan... Nanti aku keluarkan sesi interview dengan diorang... insyaAllah... wah banyak betul janji aku dengan kalian ya...?

Ya... raya tahun ini dengan tiwi baru.... yeay...yippaaa.... andree... yaribbaaaa....

Jalan raya ke tahun ni?

Tahun lepas... raya aku memang all out! Memang meriah.... semeriah-meriahnya. Masa tu aku baru je... kenal-kenal dengan Geng Jurnal ni... mana berani nak join lagi, kita ni siapa lah kan... chewah...

Meriah yang aku katakan tu... adalah kerana... aku pergi rumah kawan-kawan sekolah rendah yang tak pernah aku jumpa semenjak habis darjah 6. Diorang datang rumah aku dan sembang sampai 2-3 pagi. Yang pompuan masak mengulai di rumah aku... aku tak ada masa tu sebab beraya ke rumah Citah. Bila balik diorang dah lama tunggu. Kesian, tapi kesudian Ghazali, Razali dan Fauziha tunggu aku beraya sakan ke Seremban sangat-sangat aku hargai. Aku sampai rumah pukul 10mlm dengan Jedah. Jedah terus tidur di rumah aku dah tak larat nak balik.

Kemudian esoknya aku pula bertamu di rumah mereka. Lusanya kita meng'ambush' sorang kawan sekolah yang lama menyembunyikan diri. Dialah satu-satunya murid sekolah kami yang masuk MRSM... di Jasin. Best... member buat mee kari.

Dan beberapa bulan selepas itu, aku di kejutkan dengan panggilan Zali. Katanya Fauzi nak bertunang. Wah! Siapa ya? Zali merahsiakan dariku. Dia suruh aku tanya Fauzi sendiri. Bila aku serkap jarang bertanya pada Fauzi.... memang sah tekaanku, mereka berdua yang nak bertunang.... cist berdebah! Ditipunya aku! Nasib baik aku tak buta... hehheheh.... Alhamdulillah.... Tapi macam tak percaya ... ya lah... kawan sekolah rendah.... tiba-tiba dah lama-lama jumpa balik dan bertemu jodoh pulak tu... hehhehe.... jadi mereka akan naik pelamin 21 Dis nanti. Macam mana ya? Nak pergi rumah siapa? Zali sekampung denganku, Fauzi di pekan kecil kami. Hmmm... aku pergi rumah Fauzi dulu... lagi pun Yah akan pergi sekali sebab dia pun kawan Fauzi juga. Mereka belajar di satu sekolah yang sama.

Jadi tahun ini, aku, Jedah, Ida dan Citah sudah berangan lama-lama nak jalan raya all-out lagi. Kali ini nak serbu kawan-kawan di Port Dickson. Tapi Jedah beritahu dia kena kerja juga... tak boleh cuti... Alamak... rosak rancangan. Penat laa aku cuti seminggu... nak buat apa lama-lama lepak rumah saja? Aku tetap akan serbu rumah-rumah yang aku boleh pergi dengan Ida dan Citah.... dan orang lain serbu-serbu lah rumah aku ya... errr.... tapi duit raya tak de... Kuih raya dengan buah kelapa banyak lah. Kurang satu korem pun mana best dah! Ish.... babab bos Jedah! Tak tau lah lagi macam mana ya... nak jalan jugak tak kira! Adakah aku akan kidnap Jedah dari opisnya??? Kita tunggu cerita selepas raya...

++

Kalau nak diikutkan memang banyak yang aku nak cerita kat sini, naik semangat pulak, sebab esok dah nak pulang beraya kan?

Dengan itu untuk semua, Selamat Hari Raya.... jaga diri baik-baik....

ryna... selamat hari raya, poad... selamat hari raya, penyubiru... selamat hari raya, zatul.... wawa... mie... effa... fajar... rudy... hah... tarik napeh dulu.... ramai laa nak sebut pulak...sat... adyshah... biskut... toksik.... amd... CT musafir yang di perantauan... ros... lala.... ish tak habis lagi ni.... angah... paktam... aliatul... alhena... analogi.... fifie... JLan... cash buyer ... amyz... syeikh... asrie... oschin... mukeh... nic (kekkeju)... cik keili... adi demam... ultrojo... adeh...adeh...lagi... meor jay.... nisa... haa... enmiya di bumi mesir.... doktor max kita... nettbiru... salsabila.... insyirah... fakhri... ade lagi ker.... nectar... attok... iwan... jiGO... ladyfloppy... dan semua laaa... (ni pesal aku rajin sangat nak sebut ni...?)

Selamat Hari Raya untuk semua... kepada GJ dan pembaca yang tak sempat saya taipkan namanya disini...atau mana tau tertaip dua kali ker... mintak ampun bebanyak...tahun depan saya buat list untuk nama-nama u all okeh...? (janji lagi??? errr... bahaya ni...)

Okeh... babai semua... den nak balik kampung dah ni...

perjalanan dokek tak kurasa
kerna hatiku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata
nun menghijau gunung ladang dan rimba
langit biru bertambah birunya
deru angin turut sama berlagu
bla... bla blaa.... untuk full version pi nyanyi kat site effa ek... kekkeke


2 Dis 2002
:: Tenunan perasaan

Kami bertentangan muka. Aku ingin dia melihat air mukaku, melihat tenunan perasaan yang sekian lama terpendam dalam diriku. Aku ingin dia menatap gambar hatiku yang sebenarnya, agar dia mengerti warna-warna duka yang memberi tinta kepada luahan bicaraku. Dadaku menjadi sebak. Tiba-tiba sahaja segala peristiwa silam berkumpul dan berombak di dalam benakku. Diriku seolah-olah telah menjadi fokus bagi segala ketakutan, kerisauan dan kebimbangan yang telah kutempuh dengan gigih sebelum ini. Perasaanku bergelora dengan hebat dan kemudiannya meledak bagaikan sungai api yang muntah dari perut bumi yang hangat dan cair.

6:3:41

Hanya kalaulah dia mengerti, malangnya tidak. Dan tidak itu, membuatkan langkahnya ringan berpaling. Meninggalkan segugus bunga kasih yang sarat mekarnya, basah kuyup dialiri hujan airmata.

Dingin yang mereputkan tidak lagi terasa... terang pun sudah kelam... dimana matanya? Meraba-raba mencari arah... kemana halanya? Tongkat itu sudah patah, sayap itu sudah rebah. Terperosok serambi menyembah tanah, tiang utama sudah terbelah. Hatinya lah itu.. yang patah.

Yang membelakang tidak berpaling... perginya deras bersatu dalam malam. Tidak terjejak langkah yang nekad, walau ada janji yang merekat. Dipujuk sudah, dirayu pun sudah, entah tuba mana yang tumpah, kasih mereka bernanah.

Bertahun mengiyakan, merelakan, entah angkara siapa momokkan selalu datang, dalam gelap dalam bayang, ganggu mengganggu tika berjalan.

Jika sudah pergi... pergi sajalah... kenapa pula ada baki yang tertinggal? Jika sudah hilang... hilang sajalah... kenapa pula ada mimpi yang tertinggal? Bencilah dia pada kenangan, benci kerana ia mengingatkan. Benci seluruh-seluruhnya... tapi ia datang percuma.

Jika mampu mahu saja disimpannya dalam kotak kaca... penjurunya dipatri kedap udara... supaya jangan ada yang bolos keluar. Kemudian dibuang jauh-jauh dilautan bergelombang... hanyut hingga ke bulan. Tidak mahu jumpa lagi... hanyut tak mahu bertemu lagi... hanyut tak mahu ingat lagi.

Namun kecundang bertandang jua, yang dibuang rupanya berantai di tangan, yang dihumban rupanya berantai di perasaan. Lalu bertali-talilah ia pulang mencari tuan. Apalah daya sudah suratan, ini hidup bukannya mimpi, yang bernama kenangan.... peribadinya abadi.

++

Jumaat lepas aku dapat mc khas kerana sakit gigi. Alhamdulillah setelah tiga hari sakit itu berundur pergi. Doktor cadangkan ianya dicabut, tapi aku belum berhajat lagi. Walaupun belum boleh makan sesedap rasa, aku sungguh-sungguh bersyukur, ia sudah tidur hampir aman sekarang.

Sabtunya, aku mengundang sebahagian sahabat karib yang tinggal berdekatan berbuka puasa di rumah. Inilah hujung minggu yang aku tak balik kampung. Awal-awal pagi Sabtu Yah sudah sampai dan hantar aku ke klinik gigi. Menjelang berbuka puasa aku sudah boleh menyertai mereka... terima kasih ubat tahan sakit... dan semestinya terima kasih buat sahabat-sahabat yang sempat hadir, aku gembira sangat-sangat sebenarnya.... sebab itu lah sakit hilang tanpa disedari.

Aku puas hati bila mereka makan sungguh-sungguh... jadi chef aku hari tu. Lain kali kita buat lagi ya... Sudah lengkap edisi berbuka... di mulai dengan rumah Nett dan Jedah di Shah Alam, kemudian di rumah Citah... dan berakhir di rumahku.

Menu hari tu pun ringkas-ringkas saja. Asam pedas kegemaran Jedah, ikan bakar cicah air asam dan budu, daging goreng rock dan sayur campur kruk-krak... aaa... ada lagi sup special Nana (Citah ko kono buek baik mo Nana... soh dio aja ko camno nak buek sup sodap tu...kekeke). Mulanya bercadang juga nak masak gulai ke... kari ke... tapi majoriti tak mahu masakan yang menggunakan santan... sebab dah boring... lagi pun time bulan puasa dah sampai hujung ni... selera meragam... hehhehe... banyaklah korang...

Semalam (Ahad), awal paginya sesi lepak-lepak saja di rumah. Sementara Yah dan Nana ke Jalam TAR membeli belah untuk hari raya. Nana punya senarai kiriman yang panjang dari kampung. Awal betul mereka keluar rumah... rasanya sekitar 7.30 pagi... kerana bimbang tak dapat tempat parking dan jam. Tapi baru pukul 12 lebih mereka sudah balik. Rupa-rupanya KL sudah jam dan sesak dari awal-awal pagi. Jadi mereka balik awal. Nana pula tetap ingin pergi lagi di sebelah petang... dan separuh rela aku kena jadi co-pilot pulak kali ni sebab Yah sudah ada rancangan lain.

Ada anjakan besar yang bakal berlaku dalam dunia persahabatan aku dengan Yah. Semuanya ke arah kemajuan. Aku sangat-sangat gembira. Kami membuntuti kereta Yah. Sekejap saja Yah mula hilang dari pandangan... Yah memang memandu laju (kan Yahkan...?) Tapi... ada perasaan sayu mengiringi perpisahan kali ini.... terasa Yah pergi jauh sekali.... aku cakap macam tu pada Nana... Nana kata nanti kan jumpa lagi... aku senyum saja sambil mencari-cari kelibat kereta merah Yah jauh-jauh nun di hadapan meluncur lebuhraya persekutuan.

Petang itu kami turut memeriahkan Jalan TAR yang sesak padat... alhamdulillah kali ini hampir semua barang yang Nana ingin beli dapat kami temui. Sepanjang bersesak-sesak... dua tiga kali orang minta sedekah menatap mukaku. Aku tak sampai hati, kutarik seringgit dua dan kuhulurkan pada mereka bersama sedekah senyum... aku mengeluh dalam-dalam, siapalah yang akan membela nasib anak kecil yang sudah meminta-minta dari awal usianya. Bagaimana masa depannya? Setelah dia pergi... aku dicuit Nana minta pendapat warna keronsang yang mana ingin dipilihnya... aku pilih satu untuk emak.

Seronok juga pengalaman menambahkan sesak Jalan TAR menjelang hari raya... kecik besar tua muda... baby semua ada. Aku doa-doa supaya janganlah gigi sakit semula... Seronok-seronok pun... pening kepala juga sebab orang ramai sangat... dan aku beli buah kegemaranku yang nombor satu... buah delima!!!

Sesak Jalan TAR seperti tidak mahu reda... meski pun waktu berbuka hanya sejam sahaja lagi. Kami terus memilih tudung... murah-murah dan rekaan baru.... alhamdulillah mission accompplished di situ! Yeay.... sudah ada tudung baru untuk dipakai di hari raya. Kami pun tidak mahu mengalah... selesai di situ kami kembali ke Sogo. Nana nak beli tempat kuih raya yang dipesan maknya. Orang ramai duduk-duduk di mana saja melepaskan penat berjalan tambahan di bulan puasa ni. Memang meriah. Tokey-tokey kedai lagi lah meriah hasil dangangan mereka ya? Dua tiga kali kami turun ke parking menghantar barang, turun semula berbuka di dalam kereta dengan sebotol air mineral dan dua keping kek apollo... ketawa... makan ubat... dan naik semula. Beli... beli... beli... dan balik secepat mungkin.

Sampai di rumah... sesi melambakkan barang yang dibeli dan membelek2 kembali.... senyum lebar-lebar... kira hutang.... kekkeke... dan makan. Mak telefon... suara mak seperti muda 20 tahun! Rupa-rupanya Ongah sudah hantar semua anak-anaknya kekampung... meriah lah rumah mak... tambahan lagi dengan keletah si Sufian yang becok tu.... tak serupa budak 3 tahun!

Tak sabar nak raya!!! Lusa baru balik.... harap-harap komuter tak laa sesak gila sampai aku tak boleh nak naik... untuk semula Selamat Hari Raya. Terima kasih untuk wish dan ecard yg cantik-cantik di guestbook tu...

 

[ Okt ' 02 ] [ Nov ' 02 ]

this is where rhyme and courage being spoken... where life uncertaintiness being discuss... where friendships fill the air... where love blooms all year through...