+ news | olai tannon
 


Selamat datang ke artakus.net. Syukur, akhirnya kami berjaya juga membentuk sebuah website kepada peminat-peminat Saga Artakusiad khususnya. Semoga ia menjadi medan pertemuan ('Olai Tannon') buat semua peminat karya fantasi Ahmad Patria Abdullah. Anggaplah ini adalah hasil daripada peminat kepada peminat juga.

Siri yang begitu unik ini telah berjaya menyentuh hati saya sejak zaman sekolah lagi. Itulah kali pertama saya diperkenalkan dengan dunia fantasi dan keajaiban di luar batas imaginasi di dalam bentuk penulisan. Ianya merupakan genre yang sememangnya menarik perhatian saya. Tidak ramai yang mengetahui tentang siri ini, dan sekiranya saya dapat berjumpa dengan peminat siri ini, kami rasa cukup gembira kerana dapat berkongsi cerita tentangnya. Dan apabila dunia internet berkembang dengan pantas, saya masih berusaha mencari sedikit sebanyak maklumat berkenaannya, tetapi hampa. Apatah lagi, buku yang terakhir dibaca seperti tiada kesudahan dan menimbulkan banyak persoalan.

Saya telah menulis berkenaannya di website peribadi saya. Tanpa disangka, ramai peminat siri tersebut telah menghubungi saya melalui buku tamu serta e-mel. Ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan, kerana saya tidak menyangka terdapat mereka yang mempunyai minat yang sama. Dalam diam-diam, saya berusaha untuk menghasilkan sebuah website khusus untuk Artakus Aurora. Lebih-lebih lagi dengan bantuan dan dorongan daripada para peminat serta rakan-rakan saya, seperti elaira, farah ck, rosh, rudy dan mr. x. Tidak lupa juga rakan-rakan Geng Jurnal yang cukup sporting! Terimalah hasil yang tidak seberapa ini. Semoga semangat Aurora akan terus segar di ingatan kita semua.

Semoga laman ini menjadi dorongan dan semangat untuk 'Artakus' terus berjuang!

Salam hormat,

[+]

Oleh kerana di waktu itu belum ada laman khas teruntuk buat Saga Artakusiad, saya telah mengabadikan minat yang mendalam terhadap saga ini dalam rekabentuk serta konsep laman web peribadi. Dengan lahirnya Saga Artakusiad Online ini, diharap ia akan menjadi satu medan perbincangan dan luahan pendapat, mengasah bakat menulis berasaskan genre sastera melayu, perkembangan terkini buku-buku yang sedang dalam penulisan, perancangan serta aktiviti-aktiviti semasa ahli-ahli Kelab Aurora, pesanan terus daripada penulis serta berbagai kemudahan online yang masih dalam usaha membangunkannya.

Salam Sehijau Aurora,

[+]

Diangkat menjadi KARMAN bukanlah satu tugas mudah dalam merealisasikan harapan semua peminat SAGA ARTAKUSIAD menjadikan laman web ini satu realiti. Kuasa magis KARMAN yang perlu digunakan sebaik mungkin dan bukan untuk jalan yang salah. Terima Kasih untuk semua yang bergabung tenaga menjadikan impian kita satu realiti terutamanya buat FAJAR dan PUTERI ELAIRA, mereka yang sama-sama berpadu tenaga.

Aku dipertemukan dengan Ahmad Patria Abdullah melalui adiknya, Iqbal Abdullah ketika sama-sama mengaji ilmu di Negara Matahari Terbit. Aku berusaha menjejak beliau setelah sekian lama tenggelam dengan dunianya sendiri tanpa penghasilan karya-karya baru yang benar-benar membuatkan ribuan peminatnya merinduinya. Kejutan pada bulan Februari 2003 melalui satu mesej di buku tamu bluehikari.com benar-benar memulakan segala-galanya. DAN Alhamdulillah, kerjasama adik beliau dan akhirnya beliau sendiri membuahkan hasil, setelah satu pertemuan kecil yang pertama dibuat di Kampung Bharu, Kuala Lumpur pada bulan Mac 2003.

Saya mengalu-alukan beliau untuk membuat come back demi peminat yang sudah lama menunggu karya terbaru beliau. Apatahlagi siri SAGA ARTAKUSIAD sekadar tergantung tanpa bertali lewat buku terakhirnya PEDANG AURORA!

Untuk kalian, terimalah ARTAKUS.NET!

Salam hormat,

   
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.