+ news | books + order | aurora | him + words  | club | misc | about | forum | olai tannon
 


21 Mac 2007
:: Kelas Bimbingan Penulisan, Kelab Wizra

Assalamualaikum Aurorans semua,

Minta maaf agak lama tak update laman ni. Alasan terpakai ialah agak sibuk dengan kerja. :D

Dengan ringkas saya maklumkan bahawa semenjak dari bulan Januari 2007 yang lalu satu perjumpaan bulanan telah dirancang oleh kelab yang kini dinamakan Kelab Wizra. Sementara aktivitinya pula adalah membimbing para Aurorans yang berminat untuk menulis.

Perjumpaan 1 : 14 Jan 2007

: Perbincangan mengenai perjalanan kelab dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.
: Tugasan pertama diberikan. Setiap yang hadir diminta menghasilkan sebuah cerita dengan tema fantasi. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 12hb Feb, 2007. Ia akan dikupas pada perjumpaan akan datang, iaitu pada 24hb Feb, 2007.

Perjumpaan 2 : 24hb Feb 2007


gembiranya kanak-kanak tadika...

: Bertempat di 7-8-11 Intana Ria 2, Jalan 7/4, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
: Perkara-perkara asas serta panduan untuk menjadi penulis dikongsikan oleh Abang Pat.
: Seterusnya komen asas tentang pemilihan tajuk dan jalan cerita dikupas.
: Tugasan untuk perjumpaan akan datang ialah menuliskan artikel tentang watak utama.
: Perjumpaan akan datang adalah pada 24hb Mac, 2007 di tempat yang sama jam 3petang.

: Gambar-gambar sekitar Perjumpaan ke 2/2007

Perjumpaan 3 : 24hb Mac 2007

Jangan lupa semua, perjumpaan kita Sabtu ini 24hb Mac 2007.

Bertempat di kediaman Panjialam, 7-8-11 Intana Ria 2, Jalan 7/4, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

Sesiapa yang tidak hadir sebelum ini juga sila lah hadir. Janganlah segan-segan ok. Tak jadi hal kalau kalian tak buat assignment ke, tak join dari awal ke... masbuk je, macam tak biasa la pulak, yang penting kita berjumpa.

OK. Jumpa anda semua sabtu ini. Sebarang pertanyaan boleh saja hubungi elaira4ever@yahoo.com.

---------------------------------------------------------------------------------------

September 2006
:: Pengumuman Mutakhir tentang Buku ke-8

Tempahan untuk buku ke 8 masih dibuka, tetapi di sini saya bagi pihak ADN dan Abang Pat sendiri ingin membuat beberapa penjelasan terutama kepada Aurorans yang telah membuat tempahan berbayar.

Bahawa buku ke 8 yang sangat-sangat kita dambakan ini terpaksa ditunda tarikh siapnya ke satu masa yang hanya Tuhan mengetahui. Setelah beberapa pertemuan dan perbincangan, kami memahami kesukaran Abang Pat untuk meneruskan penulisannya. Ilham datang atas anugerah Allah, dan matlamat penulisannya adalah yang terbaik dari segala aspek. Kalian sendiri tahu bukan, untuk menulis satu buku sebaik Legenda Numerius bukannya mudah. Bacalah melebihi tiga kali, insyaAllah kalian akan memahami apa yang aku maksudkan. Bahawa ilmu yang cuba disampaikannya itu tergarap kemas disebalik jalan penceritaan. Dan apabila kita memahami, maka dunia pun akan bertambah indahnya, alam pun akan bertambah serinya, dan Tuhan pun semakin mendekati jiwa.

Sekiranya ada diantara kalian yang telah membuat tempahan berbayar sebelum ini dan merasakan kepedihan menunggu tanpa kepastian, maka dengan rasa rendah diri saya menawarkan untuk menguruskan pemulangan bayaran tersebut. Seterusnya membeli buku tersebut apabila ianya telah siap untuk dijual kelak. Tetapi untuk yang tetap setia dan berteguh memberi semangat dan sabar menanti kelahiran buku ke 8 ini, maka aku dengan sebesar-besar hati mengucapkan ribuan terima kasih, kerana sudi bersama dalam sukar dan kepayahan.

Kerana itu juga bagi yang berkemampuan saya suka mengajak akan pertemuan, kerana segala yang kelabu dapat kita cerahkan.

InsyaAllah pihak ADN akan sekali lagi mengatur pertemuan selepas Hari Raya sekali gus menjadikan sambutan tahunan Majlis Hari Raya ADN. Walau bagaimana pun tarikhnya belum ditetapkan. Diharapkan kali ini akan mendapat penyertaan semua, terutama yang jarang sekali berkesempatan untuk menyertai pertemuan-pertemua kecil yang sering diadakan.

Sila lah terus bersama dengan ADN untuk makluman terkini dari masa ke semada atau rujuk Olai Tannon yang sentiada bugar dengan berita terkini.

Terima kasih atas sokongan dan dorongan, insyaAllah kita adalah diantara barisan yang menuju kejayaan.

---------------------------------------------------------------------------------------

Buku ke-8 Siri Saga Artakusiad

Ya, buku ke-8 bakal terbit! Walau bagaimanapun, pihak kami difahamkan bahawa buku ke-8 ini adalah terhad cetakannya, iaitu hanya 200 naskah sahaja. Ia bakal setebal 700 mukasurat dan berharga RM80. Harga ini adalah termasuk harga pos.

Cara tempahan & bayaran:

Saya hanya mempunyai akaun Bumiputera Commerce (BCB) sahaja. Jika anda ingin membuat tempahan yang sah:

  1. Sila masukkan bayaran ke akaun saya yang bernombor 1418-0057690-523 MASLIZA ALIAS.
  2. Scan slip transaksi bank anda, dan emel kepada saya di elaira4ever@yahoo.com dengan Subject: BAYARAN BUKU KE-8, supaya mudah saya membuat semakkan kelak.
  • Sekiranya anda menggunakan transaksi secara on-line, sila screen-capture dan emel kepada saya.
  • Sekiranya menggunakan mesen untuk pindahan akaun, sila scan slip dan emel kepada saya.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai kemudah untuk scan, sila fotokopi dan pos kan kepada:

Masliza Alias
E-3A-16, Blok Suria,
Tasik Height Apartment,
Jalan Liku 6,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.

Sila tuliskan nama anda dan nombor telefon dengan jelas. Sila hubungi saya jika masih terdapat sebarang kesulitan.

Terima kasih.

Salam Sehijau Aurora
ElairaSelamanya

---------------------------------------------------------------------------------------

   



Arkus!

"Ini adalah hadiah dari Arasis. Namanya Arkus. Pedang ini akan menerangi jalanmu di medan perang dan di waktu kegelapan..."
- Permata Aurorius, 47.

[+] Read here: Kronologi pembentukan laman web artakus.net.my (compiled by elaira).

[+] Kata pengantar daripada webmaster(s) artakus.net.

[+] Ada apa dengan Saga Artakusiad? Buat mereka yang ingin mengetahui tentang siri fantasi ini, anda boleh dapatkan secebis info tentangnya dengan membaca sinopsis siri ini secara umum (x).

>> archives:
januari-07
oktober-06
july-06
mac-06
julai-05,

oktober-04
end-03,
ogos, julai

   
 
 

------------------------------------
Powered by:
elaira.net
@ MERCUMAYA.NET
------------------------------------

 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.