+ menu: news | olai tannon
 


KRONOLOGI artakus.net
a

 
  1988 - 1991 ::

Buku-buku dalam siri Saga Artakusiad telah diterbitkan. Buat pertama kalinya (bagi kebanyakan peminat siri ini) dikejutkan dan ditawan oleh satu bentuk penulisan yang begitu berlainan dengan bahan bacaan yang terbaris di kedai-kedai buku, di rak perpustakaan asrama dan sekolah, juga IPT tempatan.

Remaja pada masa itu lebih cenderung membaca novel-novel cinta (anggapan berdasarkan minat sebahagian besar rakan-rakan sebaya), yang meninggalkan airmata atau sengihan gembira di akhir pembacaan.

"Buat pertama kalinya juga, (saya) mengenali bunga bahasa sedemikian indahnya, yang tidak sedikit pun mencelakan ketakutan, kekalutan, harapan, keindahan, kasih sayang dan semangat yang dibekalkan! Pembaca boleh tertawa menekan perut dan kemudiannya sayu, dan di akhir pembacaan... ia tidak meninggalkan airmata atau rasa gembira semata, ia meninggalkan semangat yang sama kobarnya seperti deskripsi penulis ditambah dengan persepsi pembaca itu sendiri. Jelasnya buku-buku ini telah pergi jauh dari hanya sekadar pembacaan, ada tiupan semangat dan cita-cita dibawa bersama!" -elaira

<<---->>

 
  2001 ::

Fajaronline telah menyebut di dalam jurnal beliau tentang buku-buku karya Ahmad Patria sebagai antara bacaan kegemaran beliau. Bermula dari situ, ramai yang sering tersesat ke laman berkenaan untuk mengetahui tentang Saga Artakusiad. Ternyata, banyak peminat siri ini di luar sana.

<<---->>

 
  Mac, 2002 ::

Di laman jurnal jigoMorisson, catatannya ada menceritakan dia bersahabat dengan adik kepada penulis Ahmad Patria, jadinya jika betul-betul serius mahu mencari dan bertanya tentang kesudahan cerita Saga Artakusiad ini, maknanya sudah ada lorongnya!

<<---->>

 
  Sept, 2002 ::

Perbincangan tiga penjuru tentang buku-buku Saga Artakusiad antara Fajar, Elaira dan Silence bermula buat kali pertamanya. Secara keseluruhannya, satu website untuk tujuan tersebut perlu diadakan. Oleh kerana siri ini belum ada kesudahannya, maka kami mencadangkan supaya ia dijadikan cerita bersambung, dan peminat siri ini boleh mengambil bahagian dan mencorakkan jalan ceritanya sendiri.

Berbagai andaian serta idea mengenai jalan cerita seterusnya telah dibincangkan, termasuklah konsep bakal laman web itu nanti. Silence telah merangka cerita, di mana Laira telah terkorban dan Artakus kembali ke bumi. Akhirnya mereka bertemu semula di alam nyata. Mungkin versi ini lebih mirip kepada kisah kasih mereka.

Terdapat juga beberapa peminat Saga ini (selain kami bertiga) yang telah pun memberi pendapat tentang isi kandungan dan sitemap bakal laman web tersebut seperti farah chasez kent yang mencadangkan ruangan untuk 'favorite scenes', termasuk babak pertarungan Artakus dan Jundak. Selain itu termasuklah mengadakan Kamus Aurora (yang kini telah pun berjaya dihasilkan walaupun belum lengkap, dengan bantuan hampir kesemua peminat Saga Artakusiad) dan juga 'profile page' bagi memuatkan deskripsi penuh sesuatu watak itu, seperti deskripsi tentang Nazril seorang karman yang selalu membantu Artakus.

Kami jua turut membincangkan ilustrasi untuk site itu. Beberapa nama telah disebut sehingga membawa nama Rosh sebagai keputusan muktamad, berdasarkan kreativiti dan contoh artworknya. Beliau sendiri telah bersetuju dengan cadangan itu. Walaupun beliau belum pernah membaca siri ini, kesungguhannya untuk mula melukiskan watak-watak siri saga ini hanya berdasarkan sinopsis buku pertama (yang disediakan oleh mr. x) amat mengkagumkan. Promosi juga adalah perkara utama yang dibincangkan di penghujung mesyuarat tidak rasmi itu.

<<---->> x

 
  Jan, 2003 ::

Catatan di BlueHikari membuatkan peminat-peminat Saga Artakusiad tertanya-tanya sesama sendiri, sementara terus bercerita tentang angan kami untuk menjadikan laman Artakusiad Online itu satu kenyataan.

Isi kandungan laman web itu dibincangan lagi. Konsep, idea, warna, grafik dan sebagainya. Jika benar kami sudah di ambang ketemu, maka ia harus juga jadi kenyataan.

<<---->>n

 
  Feb, 2003 ::

Penghujung Feb. 2003, kebanyakkan peminat setia Saga Artakusiad telah membaca jurnal Bluehikari serta Fajaronline, dikejutkan oleh satu kunjungan, yang membuat kami tertanya-tanya. Benarkah itu kunjungan penulis unik Ahmad Patria ke buku tamu-buku tamu kami?

Kesahihannya terbukti tidak lama selepas itu. Gembira bersahutan. Serupalah mimpi menjadi kenyataan! Harapan siri itu akan disambung menjulang. Untuk seketika, kami hanyut dalam angan sendiri.

Tercetuslah dari keinginan Ahmad Patria sendiri agar Kelab Aurora ditubuhkan. Antara lain adalah bertujuan mengumpulkan seramai mungkin peminat siri ini. (club)

<<---->> v

 
  Mac, 2003 ::

Satu pertemuan dengan penulis ini telah diaturkan, antara lain bertujuan membincangkan halatuju dan perancangan terhadap buku-buku Saga Artakusiad. Antara percaya dengan tidak, antara debar dan tidak sabar, akhirnya kami bersua muka dengan Ahmad Patria, penulis buku-buku Saga Artakusiad.

Mendengar, memahami, cuba mengerti, kekaguman dan penuh inspirasi... Jika membaca keenam-enam siri saga itu pemahaman kita akan bersekitar dari apa yang tersurat dan mungkin ditambah sedikit persepsi kita sendiri. Tetapi mendengar dari bicara penulis ini sendiri, jelas... ia bukan sekadar jalan cerita untuk hiburan semata. Telah terangkum ilmiah, ilmu logik, sains dan ketuhanan di dalamnya, cuma lontaran kata itu belum disempurnakan dalam bentuk buku.

Peminat yang hadir telah dihadiahkan dengan salinan Bab 1, dari buku pertama; Permata Aurorius yang telah diolah semula dalam gaya bahasa yang lebih mantap [ baca ].

* Catatan pertemuan ini telah disiarkan di fajaronline, Bluehikari dan Myth in the Haze.

<<---->> m

 
  April, 2003 ::

Pertemuan secara tidak rasmi diadakan di antara Ahmad Patria dan Fajar untuk membincangkan tentang Kelab Aurora. Nampaknya, Fajar sungguh bertuah kerana berjaya mengupas keseluruhan kisah Saga Artakusiad yang 'original' daripada penulis. Fajar turut dikisahkan dengan perancangan penulis berkenaan dengan hasrat untuk menghasilkan sekuel baru Artakus. Bukan itu sahaja, Fajar telah diperdengarkan dengan lagu ciptaan Ahmad Patria yang pernah dicatatkan di dalam siri fantasi tersebut!

"He's a good storyteller! Best... how lucky I am to know him" - fajar.

<<---->>

 
  Jun, 2003 ::

Laman Artakusiad Online dibangunkan.

Rekabentuk keseluruhan telah diusahakan. Isi kandungannya termasuklah sumbangan dari ahli-ahli Kelab Aurora sendiri. Kerjasama serta komitmen yang bersungguh-sungguh telah diberikan, dan ini telah memudahkan kerja-kerja pembangunan laman ini.

<<---->> m

 
  July, 2003 ::

Laman web Artakusiad dilancarkan. http://www.artakus.net.

Dengan harapan ia dapat mengumpulkan peminat-peminat serta penyokong--penyokong siri Saga Artakusiad. Sekali gus menjadi pusat perbincangan, memberi serta meminta pendapat, ia juga diharap akan menjadi satu ruang yang menyumbang ke arah memajukan dan memelihara karya sastera melayu dan juga berkebolehupayaan dalam mencungkil serta mengasah bakat-bakat baru dalam arena penulisan khasnya.

<<---->>

 
compiled by: elaira
 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.